Strategi pelaksanaan Aktiviti Pengayaan.
1.
Kumpulan Mengikut Kebolehan
Kelas
dibahagikan kepada tiga kumpulan: cerdas, sederhana dan lambat. Setiap kumpulan
menjalankan aktiviti pengayaan dengan menggunakan kemahiran yang sama tetapi
kadar kesukaran yang berbeza
2.
Aktiviti Pengayaan berjalan serentak dengan aktiviti pemulihan.
Semasa
murid-murid cerdas dan sederhana menjalankan aktiviti pengayaan, murid-murid
lambat menjalankan aktiviti pemulihan.
Arahan
yang diberikan kepada kumpulan cerdas dan sederhana perlu jelas agar mereka
dapat menjalankan aktiviti pengayaan secara individu tanpa bimbingan guru. Guru
boleh memberi perhatian atau membantu murid-murid lambat menjalani aktiviti
pemulihan.
3.
Aktiviti Pengayaan melalui kumpulan pelbagai kebolehan
Murid-murid
cerdas akan dilatih membantu murid-murid lambat menjalankan aktiviti pengayaan
yang disediakan Murid-murid cerdas dapat menambahkan pengalaman memimpin dan
memupuk semangat kerjasama antara murid dalam kumpulan masing-masing. Cara ini
amat sesuai untuk menjalankan pelbagai aktiviti yang berlainan dalam masa yang
sama. Antara aktiviti yang boleh dilaksanakan ialah: kerja projek, permainan
dan rekreasi dan sebagainya
Pengelolaan
Aktiviti Pengayaan
Aktiviti
pengayaan boleh dijalankan berdasarkan;
1.
Pilihan Murid
a.
Aktiviti pengayaan dijalankan secara tidak formal, iaitu guru hanyalah sebagai
pendorong dan penggalak kepada murid-murid untuk memilih dan menjalankan
aktiviti-aktiviti yang telah disediakan
b.
Bagi murid cerdas dan sederhana, bimbingan khusus daripada guru kurang
diperlukan kerana kebanyakan aktiviti pengayaan yang diberi adalah berbentuk
belajar sendiri. Justeru, untuk memudahkan pengelolaan bilik darjah, guru
bolehlah memberi bimbingan kepada murid yang lambat.
c.
Memandangkan murid-murid lebih senang berinteraksi dan belajar dengan
rakan-rakan sebaya, guru bolehlah pada masa tertentu mendapatkan bantuan
daripada murid-murid yang cerdas bagi membantu murid-murid yang lambat
menjalankan aktiviti mereka sama ada secara individu atau berkumpulan. Cara ini
bukan saja berfaedah kepada murid-murid yang lambat tetapi juga berfaedah
kepada murid-murid cerdas kerana secara tidak langsung pengetahuan dan
pengalaman mereka bertambah. Di samping itu bakat kepimpinannya dapat
dikembangkan di samping memupuk semangat kerjasama di kalangan murid.
d.
Setelah murid-murid selesai menjalani sesuatu aktiviti yang diberikan, hasil
kerja mereka hendaklah diberi penghargaan, misalnya dengan cara mempamerkan
hasil kerja mereka atau mengadakan perbincangan kelas.
2.
Pilihan Guru
Biasanya
aktiviti-aktiviti ini dijalankan secara formal untuk semua murid mengikut
peringkat keupayaan mereka. Pengajaran dan pembelajaran boleh dijalankan
berdasarkan aktiviti-aktiviti yang dicadangkan dalam buku teks atau buku
panduan khas yang ditetapkan. Ia hendaklah dijalankan selepas murid-murid
diberi aktiviti-aktiviti asas untuk sesuatu kemahiran. Aktiviti-aktiviti ini
adalah untuk membantu murid-murid mengukuhkan kemahiran yang sedang dipelajari.
Pelaksanaan
Aktiviti Pengayaan
Aktiviti-aktiviti
pengayaan boleh dilaksanakan:
1.
Dalam masa yang telah ditentukan setiap hari.
2.
Selepas menjalankan aktiviti-aktiviti asas untuk sesuatu kemahiran
3.
Selepas menguasai sesuatu kemahiran atau sekumpulan kemahiran
4.
Selepas menguasai semua kemahiran dalam sesuatu unit pembelajaran
MURID
PENGAYAAN
1.
Mereka yang berkeupayaan dalam kemahiran 3M serta berkemampuan dalam daya
pemikiraan abstrak. Mempunyai kemampuan menganalisis sesuatu untuk membezakan
antar yang penting dengan yang kurang penting seperi dalam kefahaman dan dapat
menganalisis teks.
2.
Mempunyai kelebihan koordinasi pancaindera dengan pemikiran, pengamatan,
pendengaran dan pertuturan.
3.
Berupaya menerima konsep-konsep baru, boleh mengingat kembali, cerdas serta
berpengalaman tentang alam keliling.
4.
Mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan boleh bertindak balas dengan bebas
serta kreatif.
5.
Berkebolehan belajar sesuatu dalam waktu yang terhad. Darjah kecerdasan yang
tinggi berbanding dengan rakan sebaya yang lain.
AKTIVITI-AKTIVITI PENGAYAAN
1.
Bacaan Tambahan
•
Kad-kad bacaan mengikut tajuk dan tema
•
Buku pengetahuan dan cerita kanak-kanak
•
Majalah pelajar
•
Surat khabat / keratan
•
Risalah-risalah
2.
Kerja-kerja Projek
•
Lawatan
•
Melapor Peristiwa
•
Menulis Cerita
•
Membuat Zoo Mini Sekolah
•
Mengumpul setem, gambar, keratan akhbar – Buku Skrap
•
Mengadakan pameran bilik darjah
•
Minggu Bahasa [ Kuiz, Teka Silang Kata ]
3.
Permainan dan Rekreasi
•
Teka Silang Kata
•
Teka Benda
•
Teka Teki
•
Mencari Jalan Keluar
•
Menyambung Titik
•
Mencari tajuk kepada sesuatu gambar / cerita
•
Mencari benda tersembunyi
•
Meneka bunyi
•
Dam
•
Catur
•
Sahiba
•
Bingo
•
Ular dan Tangga
•
Jigsaw Puzzle
•
Bermain bentuk geometri
No comments:
Post a Comment