KES
YANG DIKAJI
Dalam kes masalah pembelajaran yang berlaku
dalam bilik darjah yang dikenal pasti, murid-murid mudah hilang tumpuan semasa
proses pengajaran dan pembelajaran selepas penukaran kelas untuk sesuatu
subjek. Masalah pembelajaran yang seterusnya ialah gangguan luar seperti
komunikasi dengan murid dari kelas lain ketika guru mengajar.
Pada
kes pertama ini, murid-murid telah hilang tumpuan semasa proses pengajaran dan
pembelajaran selepas penukaran kelas untuk sesuatu subjek. Masalah pembelajaran
yang berlaku ini disebabkan murid belum bersedia untuk pengajaran dan
pembelajaran seterusnya, berasa bosan dan aktiviti seperti bermain dan berbual
dengan rakan lebih menarik minat mereka berbanding pengajaran yang dibuat oleh
guru. Faktor-faktor ini menyebabkan murid tidak dapat menumpukan perhatian
sepenuhnya untuk pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan oleh guru.
Akibatnya, murid melakukan aktiviti yang dirasakan menyeronokkan bagi mereka
yang pastinya tidak berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran yang dibuat
guru.
Masalah yang wujud dalam proses pembelajaran seterusnya
ialah gangguan luar. Jika murid tidak memberi respons terhadap gangguan yang berlaku,
pastinya masalah pembelajaran iaitu hilang tumpuan terhadap pengajaran dan
pembelajaran yang dilakukan oleh guru berlaku. Murid cenderung untuk
berkomunikasi dengan rakan di luar dari kelas lain kerana berpendapat lebih
menyeronokkan. Gangguan seperti ini tidak dapat guru kawal, tetapi guru dapat
berusaha untuk mengelakkan murid daripada memberi respons terhadap gangguan
yang dilakukan oleh murid lain.
MODEL
YANG DIGUNAKAN UNTUK MEMAHAMI KES YANG DIANALISIS DENGAN MENDALAM
Model Disiplin Asertif Canter ialah salah
satu model dalam pengurusan disiplin
bilik darjah. Model ini menekankan respons yang bersifat asertif, tidak asertif
dan agresif. Respons asertif apabila guru memberi amaran kepada murid apabila
kesalahan dilakukan. Respons tidak asertif pula merupakan respons yang diberi
dalam bentuk penegasan dalam nada suara dan meminta murid menghentikan salah
laku yang dilakukan. Respons agresif pula berlaku apabila nada yang paling
tegas dan hampir melaksanakan hukuman terhadap murid.
Dalam kes yang berlaku, murid-murid telah
hilang tumpuan ketika guru mengajar selepas penukaran kelas. Disebabkan hilang minat dalam pembelajaran
yang berpunca daripada rasa bosan, masih minat dalam matapelajaran sebelumnya,
ataupun tertarik dengan aktiviti lain, murid cendurung dalam melakukan kerja
sendiri dan melakukan sesuatu yang bagi mereka lebih menyeronokkan.
Model Disiplin Asertif Canter digunakan untuk
mengenalpasti masalah pembelajaran yang berlaku dalam kalangan murid. Pada
mulanya, apabila murid mula menimbulkan masalah pembelajaran seperti hilang
minat untuk belajar selepas penukaran waktu subjek dan mula membuat bising kerana bosan, guru
perlu memberi respons asertif. Respons asertif berlaku apabila guru memberi
amaran kepada murid contohnya dalam kes ini, guru memberi amaran kepada murid
yang mula membuat bising atau bermain selepas hilang tumpuan untuk belajar.
Jika murid masih lagi menimbulkan perkara
yang cenderung untuk menimbulkan masalah pembelajaran, respon tidak asertif
boleh dilakukan selepas respon asertif untuk mengenal pasti adakah masalah
pembelajaran dilakukan oleh murid secara berterusan. Respons yang diberi dalam
bentuk penegasan dalam nada suara tegas dan meminta murid menghentikan salah
laku yang dilakukan. Respons ini biasanya akan menghalang murid daripada
melakukan aktiviti seperti bermain dengan rakan, berbual ataupun tidak
menumpukan perhatian terhadap pembelajaran yang dilakukan kerana menunjukkan
sifat tegas yang ada pada guru.
Respons yang terakhir boleh diberikan guru
iaitu respons agresif. Respons agresif
dilakukan dengan nada yang paling tegas dan hampir melaksanakan hukuman
terhadap murid. Respons ini dilakukan untuk menghalang murid yang terlampau
aktif dalam melakukan perkara yang tiada kaitan dengan pengajaran dan
pembelajaran yang dilakukan. Guru perlu menghalang murid daripada terus
menimbulkan masalah pembelajaran kerana ini akan mengganggu guru dalam mengajar
murid lain disamping mengganggu tumpuan murid lain.
Jika respons agresif dilakukan pada peringkat
akhir Model Disiplin Asertif Canter, in bermakna murid telah hilang minat untuk
belajar dan pengawalan kelas yang dilakukan oleh guru adalah kurang berkesan.
Murid yang menimbulkan masalah pembelajaran itu pastinya mempunyai masalah
dalam memberi tumpuan kerana respons dari tiga peringkat iaitu respons asertif,
respons tidak asertif dan respons asertif daripada guru telah dilakukan.
Model Pengurusan Kelompok Kounin merupakan
model yang berpandukan konsep kesan riak. Konsep riak ini membawa maksud guru
menegur seorang murid, murid yang lain turut menghentikan melakukan sesuatu
salah laku. Model ini menggambarkan kesedaran yang diberikan daripada guru
terhadap murid yang melakukan kesalahan dapat menghalang murid lain daripada
melakukan perkara yang sama. Dalam kes ini, gangguan dari luar berlaku kerana murid
berada dekat dengan tingkap ataupun melihat luar kelas. Apabila murid lain
seperti rakan murid yang berada di dalam kelas dan berada dikawasan yang boleh
berlaku komunikasi, pastinya komunikasi akan berlaku antara murid di dalam
kelas dan murid diluar kelas. Jika perkara ini berlaku, Model Pengurusan
Kelompok Kounin boleh digunakan untuk mengenal pasti masalah pembelajaran yang
berlaku dalam kalangan murid.
Gangguan daripada luar pastinya tidak dapat
dielakkan, namun begitu jika murid tidak memberi respons terhadap gangguan
tersebut, pastinya gangguan tersebut dapat mempengaruhi murid. Model Pengurusan
Kelompok Kounin ini menyatakan guru
menegur murid yang melakukan salah laku tersebut. Murid yang lain akan
sedar terhadap teguran itu dan berhenti untuk memberi respons terhadap gangguan
daripada luar kerana bimbang guru akan menegur mereka juga. Sebagai contoh,
apabila seseorang murid berkomunikasi dengan murid dari kelas lain yang berada
di luar kelas tanpa pngetahuan guru, guru perlu menegur murid dengan nada yang
tegas. Ini perlu dilakukan untuk memberi kesedaran kepada murid bahawa guru
perlu dihormati apabila berada di dalam kelas. Murid juga perlu menghormati
proses pengajaran dan pembelajaran yang sedang dilakukan. Teguran yang dibuat
oleh guru dengan nada yang tegas pastinya dapat menghalang murid daripada
melakukan salah laku yang sama disamping mengelakkan murid melakukan masalah
pembelajaran yang lain.
No comments:
Post a Comment