LAPORAN
INDIVIDU BINA INSAN GURU
Sebagai
permulaan, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih dan rasa
bersyukur kerana berjaya menyertai dan melaksanakan Bina Insan Guru (BIG) Siri Empat,
2014, bersama dengan kumpulan pengajian saya iaitu Bahasa Sejarah berserta
dengan Bahasa Iban dan kumpulan TESL. Program BIG Siri Satu ini telah diadakan
selama 3 hari 2 malam di Pulako IPG Kampus Rajang. Program BIG selama 3 hari 2
malam, iaitu dari 13-15 Ogos 2014 telah banyak memberi serta meningkatkan
kebolehan dan keyakinan diri saya sebagai seorang bakal guru.
Sepanjang program BIG ini, saya
telah diberikan banyak informasi dan kemahiran yang dapat saya gunakan dalam
kehidupan harian saya terutamanya apabila saya keluar mengajar di sekolah
pedalaman nanti. Sehari sebelum bertolak ke Pulako untuk menjalani program BIG,
81 orang dalam Kumpulan BIG Siri Satu telah dibahagikan kepada 10 kumpulan.
Setiap aktiviti akan dijalankan mengikut kumpulan dan kerjasama antara ahli
kumpulan akan dinilai. Perkhemahan ini bertempat di Pulako, IPG Kampus Rajang.
Seramai 81 orang guru pelatih Institut Pendidikan Guru Kampus Rajang dan 5
orang pensyarah pengiring yang terdiri daripada mentor setiap kelas, penyelaras
dari Jabatan Kokurikulum, dan Ketua Unit Kokurikulum selaku kem komandan.
Perkhemahan BIG Fasa IV lebih kepada khidmat sosial di mana kami telah
mengadakan satu Kembara Sosial ke Rumah Panjang Rantau Kemiding, Kanowit.
LAPORAN HARI PERTAMA: 13 OGOS 2014 (RABU)
Pada
hari pertama BIG, semua pelajar telah berkumpul di Pulako pada pukul 2pm.
Seawal jam 2 petang, Encik Mcnair telah merasmikan perasmian Bina Insan Guru
Fasa IV. Kemudian, Encik McNair menerangkan tentang program yang akan
dijalankan pada perkhemahan kali ini di mana kami akan mengadakan program
khidmat sosial. Selepas selesai memberi taklimat, setiap kumpulan menyediakan
gajet dan khemah masing-masing. Kami telah bekerjasama bersama rakan-rakan
untuk mendirikan khemah dan kami juga telah memilih tapak khemah yang sesuai
sebelum kami mendirikan khemah. Dengan pengalaman dan pengetahuan yang kami ada
di mana kami peroleh dari kem-kem yang lepas, kami lebih yakin dalam memilih
tapak khemah serta mendirikan khemah. Ini menyebabkan kami lebih bersyukur dan
menghargai apa yang kami pernah alami dan harungi sebelum ini kerana ia amat
berguna sekarang. Selain itu, kerjasama dibuat bukan sahaja dengan ahli
kumpulan sendiri, malah dengan ahli kumpulan yang lain. Peserta perempuan juga
mendirikan khemah pada masa yang sama. Terdapat 15 khemah untuk peserta
perempuan dan 6 khemah untuk peserta lelaki, manakala terdapat 4 gajet yang
telah didirikan. Terdapat 8 kumpulan kesemuanya dan setiap gajet dibahagi
kepada dua kumpulan.Setelah selesai mendirikan gajet dan khemah, pengagihan
makanan juga diagihkan kepada setiap gajet.
Setelah
semua selesai, maka tibalah masa untuk berehet seketika. Sesetengah daripada
kami menyediakan minum petang kepada ahli kumpulan masing-masing di mana
terdapat roti, the dan juga telur. Selain itu, sesetengah daripada kami juga
menyediakan bahan-bahan untuk makan malam semasa pengurusan diri agar dapat mempercepatkan
atau memendekkan masa memasak. Kami juga telah bergilir-gilir membuat kerja
agar semua orang dapat menyumbang tenaga. Setelah semua selesai, kami
meneruskan program kami dengan sesi bersama Encik Hadeli iaitu LDK pertama yang
bertajukkan Intrapersonal. Sesi ini berakhir pada jam 6.30pm dan kami
masing-masing pergi mengurus diri setelah berakhirnya sesi LDK tersebut. Setiap
gajet juga telah dihadkan hanya 2 orang sahaja yang boleh berada di gajet untuk
menyediakan makan malam. Selepas siap memasak, kami semua menjamu selera di
gajet bersama ahli kumpulan masing-masing. Oleh kerana menu yang pelbagai, kami
juga saling bertukar lauk dengan gajet yang lain agar dapat merasai lauk yang
berbeza. Setelah makan malam, kami membahagikan tugas agar orang yang memasak
tidak perlu membasuh pinggan. Selepas selesai semua, kami pun menghadiri slot
sesi moral dan tazkirah di mana sesi moral diadakan di Dewan Kenanga, manakala
sesi tazkirah diadakan di Pulako. Sesi moral pada hari tersebut diketuai oleh
saudari Yusnitha Merang selalu Pengerusi TCF IPG Kampus Rajang. Semasa sesi
moral, beberapa video telah ditayangkan bagi tontonan bersama di mana ia
menekankan nilai-nilai positif dalam diri seseorang terutamanya seseorang yang
bergelar guru haruslah sentiasa berfikiran positif dalam apa jua tindakan.
Pada
malam itu juga, kami telah menjalankan aktiviti ice breaking bersama Encik
Hadeli. Walaupun kesemua kami telah bersama selama tiga tahun, namun saya
merasakan kami semua masih lagi kurang mengenali satu sama lain. Sesi ini telah
merapatkan lagi hubungan di antara kami semua dan bagi saya, sesi ini amat
penting di dalam sesebuah program kerana sesi ini dapat memecahkan halangan dan
mengurangkan rasa malu untuk bertegur sapa di kalangan peserta. Sesi bersama
Encik Hadeli ini amat berjaya bagi kami kerana melalui pemerhatian, semua
peserta semakin rapat dan selesa dengan masing-masing selepas sesi ini. Pada
malam harinya, kami bertugas mengikut kumpulan bertugas yang telah diagihkan.
Setiap kumpulan amat bertanggungjawab dan berdedikasi dalam membuat semua
kerja. Sentri adalah amat penting dalam sesuatu perkhemahan agar tapak
perkhemahan sentiasa dalam keadaan selamat dari segala ancaman tidak kira dari
segi pencerobohan mahupun didatangi haiwan yang tidak diingini seperti ular.
Tugas sentri telah dibahagikan mengikut kumpulan. Setiap kumpulan akan berjaga
selama dua jam semasa bertugas. Kami langsung tidak merungut kerana perlu
berjaga malam kerana bagi kami, keselamatan semua warga adalah sangat penting.
Oleh itu, kami sanggup bersengkang mata demi menjaga keselamatan semua dan itu
adalah tanggungjawab bersama.
HARI
KEDUA- 14 OGOS 2014
(LAWATAN
KE RUMAH PANJANG RANTAU KEMIDING, KANOWIT)
Seawal jam 6.20 pagi, kami telah
berkumpul di tempat meletak bas kerana dijangka bas akan bertolak pada pukul
6.30 pagi. Tanpa dijangka, bas kami bertolak pada jam 7 pagi. Oleh kerana
bilangan kami yang agak ramai, kami terpaksa menggunakan dua buah bas. Sesudah
sampainya kami di destinasi tersebut iaitu di Rumah Panjang Rantau Kemiding,
Kanowit, jam menunjukkan lebih kurang pukul 8 pagi. Tujuan kami membuat lawatan
ke sana adalah untuk mempelajari dengan lebih mendalam tentang cara hidup
mereka yang tinggal di kawasan pedalaman, cara mereka mencari nafkah, memberi
pendidikan kepada anak-anak dan sebagainya. Tibanya kami di sana, kami disambut
dengan penuh mesra. Tuak atau “ai pengayu” juga dihidangkan sebagai adat orang
Iban
Berdasarkan
lawatan ke rumah panjang ini, kami turut sedari bahawa zaman kini sudah tidak
seperti dahulu. Hal ini kerana Tuai Rumah itu sendiri adalah seorang yang
berjaya dalam hidup. Beliau merupakan salah seorang pekerja syarikat Shell yang
telah bersara. Manakala, isterinya pula adalah seorang guru Bahasa Inggeris
yang juga telah tamat tempoh berkhidmat. Jelas di sini bahawa mereka yang
tinggal di rumah panjang ataupun kawasan pedalaman juga menerima pendidikan
yang sepatutnya. Kami berasa amat bangga melihat pencapaian mereka lebih-lebih
lagi melihat Tuai Rumah yang begitu berpandangan luas dalam memajukan rumah
panjang tersebut.
Secara
jujurnya, kami tidak pernah menjangka bahawa rumah panjang juga mempunyai
teknologi yang maju seperti memiliki Astro, mempunyai saluran elektrik dan air
sepenuh masa, mempunyai bilik Wi-fi khas, mempunyai beberapa buah telefon awam
di ruai rumah panjang tersebut, mempunyai laman web khas bagi mempromosikan
tempat tersebut dan banyak lagi perkara yang membuatkan kami terpegun dengan
rumah panjang tersebut. Sememangnya lawatan ini telah membuka mata dan minda
kami setelah melihat kesemua ini dengan mata kasar kami sendiri.
Selain
itu, kebanyakan daripada anak-anak muda mereka sekarang bekerja sebagai
penjawat kerajan seperti pembantu kesihatan, polis dan guru. Pengalaman melawat
ke rumah panjang ini betul-betul telah menyedarkan kami tentang betapa gigihnya
mereka bagi memberi peluang kepada anak-anak untuk menuntut pelajaran. Ada di
antara mereka yang terpaksa membuat kraftangan ataupun mencari buah-buahan dan
sayur-sayuran dan menjualnya di pasar Kanowit yang terletak lebih kurang dalam
jarak 4 kilometer dari rumah panjang demi mencari sesuap nasi. Namun,
kebanyakan daripada mereka mendapat keuntungan melalui Homestay mereka. Kami
amat mengkagumi mereka kerana setiap pelosok rumah panjang tersebut, mereka
bersihkan dengan teliti. Kami sebagai pelawat sangat senang hati melihat
kebersihan dan kekemasan setiap pintu(bilik) di rumah panjang tersebut. Selain
itu, kami juga diberi peluang untuk ke kebun mereka untuk merasai sendiri
bagaimana rasanya mencari sayur midin dan juga daun ubi. Sejujurnya, ramai di
antara kami yang tidak pernah menjejakkan kaki ke rumah panjang, apatah lagi
mencari midin dan mahupun daun ubi. Oleh itu, lawatan khidmat sosial ini
sememangnya banyak membawa pengalaman dan ilmu kepada kami secara langsung dan
tidak langsung.
Lebih
kurang pada pukul 2.30 petang, majlis penutupan telah berlangsung. Beberapa
persembahan telah dipersembahkan oleh pihak rumah panjang tersebut. Sememangnya
pertunjukkan mereka amat mengkagumkan kami lebih-lebih lagi apabila mereka
mempersembahkan tarian tradisional orang Iban iaitu ngajat. Semasa majlis
penutupan, ucapan daripada Tuai Rumah telah diberirkan, Encik McNair, serta
penghulu kami iaitu saudara Emyanex Welly Tugis. Setelah selesai majlis
penutupan, kami mengakhirinya dengan sesi bergambar bersama keluarga angkat
kami, gambar sekelas, serta gambar bersama ahli AJK Homestay Rantau Kemiding,
Kanowit. Apabila jam menunjukkan jam 4.30petang, kami pun bertolak balik ke IPG
menggunakan bas.
Setelah
tibanya kami di IPG, kami pun menguruskan diri masing-masing bagi meneruskan
aktiviti yang seterusnya. Ada di antara kami yang tanpa mengenal erti penat
lelah, terus menyediakan makan minum kami. Setelah selesai memasak, kami pun
menjamu selera bersama-sama ahli kumpulan kami. Kemudian, aktiviti kami
diteruskan dengan sesi moral. Sesi moral itu diketuai oleh saudari Kathy dan
Nancy. Sesi moral itu amat seronok kerana permainan yang telah dianjurkan oleh
saudari Nancy. Permainan itu bukan setakat permainan sahaja, tetapi ia juga
membawa maksud yang sangat mendalam di mana nilai persahabatan itu adalah
sangat penting. Selepas selasai sesi moral, kami teruskan dengan sesi refleksi
Kembara Sosial. Namun, kami telah diberi peluang untuk berbincang bersama ahli
kumpulan masing-masing sebelum kami membentangkan refleksi Kembara Sosial
tersebut.
Pada
malam harinya, kami telah mengadakan BBQ bersama pensyarah-pensyarah. Kami
berasa amat seronok kerana kami yakin bahawa saat seperti ini merupakan saat
yang akan menjadi memori yang terindah bersama rakan-rakan. Oleh itu, kami
sangat menghargai setiap masa yang kami luangkan bersama. Pengalaman dan memori
ini adalah sangat berharga dan susah untuk didapati. Kami dihidangkan makanan
BBQ dan menikmatinya bersama-sama ahli kumpulan masing-masing. Kami sangat
seronok dan teruja pada malam terakhir ini. Walaupun penat, kami telah
bekerjasama dengan baik sekali dan kami sudah berasa berat hati untuk
mengakhiri program ini pada keesokkan harinya. Pada malam itu, kami tetap
bertugas untuk sentri. Walaupun telah mengharungi perjalanan yang sukar dan
memenatkan, kami tetap bersemangat untuk berjaga pada malam terakhir tersebut.
HARI
KETIGA-15 OGOS 2014
Pada hari terakhir, seperti biasa
kami bangun seawal jam 5 pagi bagi menguruskan diri kerana program sesi moral
bermula jam 5.30 pagi. Setelah selesai sesi moral, kami juga menyertai aktiviti
senaman pagi yang telah dikendalikan oleh PISMP Sejarah. Aktiviti senaman pagi
ini amat menyeronokkan kerana kami berasa lebih segar setelah bersenam. Senaman
pagi juga membolehkan kita mempunyai badan yang cergas dan otak yang cerdas.
Pada
hari ketiga juga hari terakhir, kami telah membentangkan tentang refleksi
Kembara Sosial kami. Kami telah membentangkan refleksi Kembara Sosial kami
dalam bentuk slaid. Setelah tamat pembentangan daripada setiap kumpulan, kami
pun mengemas khemah dan gajet kami. Walaupun panas terik, namun kami tidak
merungut. Malah, kami dengan satu hati dan satu jiwa, kami sama-sama mengemas
khemah di bawah pancaran matahari yang terik tanpa mengetahui erti penat. Kami
amat berbangga kerana mempunyai rakan-rakan yang amat serius ketika membuat
kerja dan sanggup membantu rakan-rakan yang lain untuk mengemas khemah tanpa
perlu disuruh atau diarah. Sikap inisiatif inilah yang harus ada pada setiap
insan bergelar guru. Kami juga yakin bahawa Bina Insan Guru Fasa IV ini dapat
mengajar kami lebih lagi dalam memupuk jiwa pendidik dalam diri kami.
Selain
itu, walaupun hujan lebat sepanjang perkhemahan ini, namun kami tetap berjuang
untuk meneruskan perkhemahan kami. Tiada siapa pun yang berputus asa dan tarik
diri dari mengikuti program perkhemahan ini. Khemah juga telah dimasuki air,
namun kami tetap bertekad. Cabaran seperti inilah yang harus ditangani untuk
membekalkan kami dengan hati yang cekal sebelum bergelar guru yang sah. Semua
yang berlaku pasti ada hikmahnya dan kita sebagai bakal guru harus mengetahui
sifat-sifat dan nilai yang harus diterapkan dalam diri kita melalui apa yang
telah dilalui. Yang penting, seorang guru haruslah bersabar. Kesabaran itu amat
penting bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini daripada berlaku. Oleh
itu, guru haruslah mempunyai kesabaran yang tinggi. Program Bina Insan Guru ini
amat bermanfaat kepada setiap bakal guru kerana ia dapat membina insan seorang
guru untuk bersedia dengan cabaran apabila sudah mengajar kelak. Selain tu,
program ini juga telah merapatkan jurang di antara tiga buah kelas yang terlibat
dan persahabatan antara kami akan sentiasa kekal.
No comments:
Post a Comment