1.0 PENGENALAN
Dalam era globalisasi,
dunia pendidikan manjadi semakin mencabar. Profesion keguruan bukanlah satu
kerjaya yang mudah dan di pandang enteng lagi. Jika dulu guru hanya masuk ke
kelas dan memuntahkan ilmu kepada murid-murid tapi kini guru dibebani dengan
tanggungjawab dalam melahirkan generasi yang berilmu sejajar dengan misi dan
visi Wawasan 2020. Oleh itu, guru dituntut untuk mengetahui serba serbi
termasuklah pengurusan bilik darjah yang effektif. Guru yang mengambil peranan
dalam membentuk modal insan yang bermadani untuk Negara, harus bijak dalam
mengambil langkah untuk menangani murid-murid dan persekitaran pembelajaran.
Guru perlu mengetahui cara untuk mengenal pasti punca utama kepada masalah
disiplin yang berlaku dalam bilik darjah. Hal ini kerana masalah jenayah yang
berlaku di luar sana mampu di bendung dari peringkat awal lagi melalui
pendidikan di sekolah.
Oleh itu, model-model pengurusan bilik darjah seperti Model Modifikasi Tingkah laku
Skinner, Model Disiplin Asertif Canter, Model Akibat Logikal Dreikuts, Model
Pengurusan Kelompok Kounin dan Model Terapi Realiti Glasser boleh dijadikan
sebagai panduan oleh guru-guru dalam mengurus disiplin bilik darjah dengan
lebih berkesan. Aspek pengurusan bilik darjah dan tingkah laku pelajar amat
penting bagi guru dalam menyampaikan proses pengajaran dan pembelajaran kepada
pelajar. Guru perlu memahami konsep pengurusan bilik darjah, faktor yang
mendorong wujudnya masalah disiplin dan cara menangani masalah yang timbul bagi
memudahkan tugas seorang guru apabila masuk ke bilik darjah. Dalam hal ini,
Omardin Ashaari (1999) berpendapat bahawa kaedah yang paling berkesan
dalammengawal kelas dan lazimnya digunakan oleh guru ialah menggunakan kekuatan
dan ketegasan yang ada pada diri mereka sendiri.
2.0 ANALISIS KAJIAN KES
Dalam kes pengurusan
disiplin bilik darjah yang dikenal pasti melalui video, murid-murid cepat
berasa bosan dan mudah hilang tumpuan semasa proses pengajaran dan pembelajaran
sering menganggu rakan-rakan yang lain. Masalah pembelajaran yang seterusnya
ialah gangguan daripada murid ketika proses pengajaran dan pembelajaran seperti
komunikasi dengan murid lain dan membuat bunyi bising untuk menarik perhatian
guru.
Pada kes pertama ini, murid-murid cepat berasa bosan dan telah
hilang tumpuan semasa proses pengajaran dan pembelajaran menyebabkan mereka
sering menganggu rakan-rakan yang lain. Murid juga sering berbual serta tidak
mengendahkan guru yang mengajar dihadapan. Masalah pembelajaran yang berlaku
ini disebabkan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh guru
tersebut membosankan dan tidak dapat menarik minat murid untuk bersama-sama
mengikuti pelajaran yang diajar, oleh itu mereka berasa bosan dan aktiviti
seperti bermain dan berbual dengan rakan lebih menarik minat mereka berbanding
pengajaran yang dibuat oleh guru. Faktor-faktor ini menyebabkan murid tidak
dapat menumpukan perhatian sepenuhnya untuk pengajaran dan pembelajaran yang
dilakukan oleh guru. Akibatnya, murid melakukan aktiviti yang dirasakan
menyeronokkan bagi mereka yang pastinya tidak berkaitan dengan pengajaran dan
pembelajaran yang dibuat guru.
Masalah yang wujud dalam proses pembelajaran seterusnya
ialah gangguan daripada murid ketika proses pengajaran dan pembelajaran seperti
komunikasi dengan murid lain dan membuat bunyi bising. Keadaan ini
hanyalah untuk menarik perhatian guru.
Ia gangguan dari murid yang terlibat ataupun tidak terlibat dengan pembelajaran
ini. Jika murid tidak memberi respons terhadap gangguan yang berlaku, pastinya
masalah pembelajaran iaitu hilang tumpuan terhadap pengajaran dan pembelajaran
yang dilakukan oleh guru berlaku. Murid cenderung untuk mendapatkan perhatian
dan menganggu proses pengajaran dan pembelajaran guru ini kerana berpendapat
lebih menyeronokkan disamping sebagai tanda protes terhadap tindakan guru yang
sering menggunakan pendekatan yang agak keras dan tidak bertolak ansur.
Gangguan seperti ini tidak dapat guru kawal, tetapi guru dapat berusaha untuk
mengelakkan murid daripada memberi respons terhadap gangguan yang dilakukan
oleh murid lain dengan cara-cara tertentu.
3.0 MODEL-MODEL DISIPLIN BILIK DARJAH
Menurut Mok Soon Sang (1996),
merujuk tingkah laku bermasalah dari konteks pendidikan sebagai sebarang
tingkah laku murid yang boleh menjejaskan kelicinan dan keberkesanan pengajaran
dan pembelajaran, khasnya di bilik darjah. Berpandukan senarai masalah yang
dinyatakan di atas dan masalah yang sama dihadapi di dalam konteks Malaysia,
terdapat beberapa kaedah atau strategi yang boleh digunakan untuk mengatasi
masalah tersebut melalui model-model disiplin bilik darjah. Bagi masalah yang
melibatkan murid-murid cepat berasa bosan dan telah hilang tumpuan semasa
proses pengajaran dan pembelajaran menyebabkan mereka sering menganggu
rakan-rakan yang lain. Kaedah yang boleh digunakan adalah dengan
mengaplikasikan model Disiplin Asertif Canter. Model ini juga boleh
diaplikasikan bagi masalah kesukaran guru untuk mengawal kelas. Strategi yang
boleh digunakan oleh guru adalah dengan mengamalkan sikap asertif pada
peringkat permulaan.
Pada kali pertama memulakan kelas tersebut, guru perlu
menyatakan terlebih dahulu peraturan-peraturan yang dikehendaki olehnya. Guru
juga perlu mengingatkan rakan-rakannya yang lain untuk menyatakan peraturan
bahawa setiap murid perlu fokus terhadap sesi pengajaran dan pengajaran yang
dijalankan oleh guru. Cara yang terbaik adalah dengan menggunakan pendekatan
yang lebih mudah difahami oleh murid dengan menerangkan satu persatu
langkah-langkah kerja yang diperlukan. Perkara ini akan memudahkan murid untuk memahami
dan seterusnya dapat mengikuti dengan fokus untuk kelas yang seterusnya. Hal
ini secara tidak langsung dapat membantu cikgu mengawal kelas. Naturalnya, murid-murid
akan mudah mengingati perkara pertama yang berlaku ke atas dirinya. Maka,
ketegasan amat diperlukan semasa kali pertama memasuki kelas. (Mok Soon Sang,
1996)
Seterusnya, masalah yang berkaitan dengan gangguan
daripada murid ketika proses pengajaran dan pembelajaran seperti komunikasi
dengan murid lain dan membuat bunyi bising untuk menarik perhatian guru. Menurut
Omardin Ashaari (1999), golongan murid bersikap degil ini gemar menentang guru
dan apa yang dilakukan hanya untuk menjaga kepentingan diri semata-mata. Gangguan
dari murid dan rakan sebaya mereka serta tidak mengendahkan guru dapat dicegah
melalui model Akibat Logikal Dreikurs. Berdasarkan prinsip ini, perubahan
tingkah laku terdorong dalam seseorang individu dengan bimbingan daripada
individu lain. Maka, model sesuai diaplikasikan kerana salah laku itu perlu
diubah dan seterusnya dikekalkan. (Ragbir Kaur, 2012). Guru
boleh membantu murid untuk mengubah tingkah laku tersebut dengan pendekatan
yang lebih lembut tanpa terus menghukum mereka dan memberi peluang kepada
mereka. Justeru, mereka akan sedar akan kesilapan yang mereka lakukan dan
berusaha untuk belajar lagi. Antaranya dengan memberi kesedaran dan menasihati
setiap tingkah laku negatif mereka. Jika, strategi ini tidak berjaya
dilaksanakan, maka kaedah atau strategi dari model-model lain boleh
diaplikasikan. Misalnya menggunakan langkah yang telah dinyatakan dalam Terapi
Realiti Glasser. Dalam model ini, cikgu perlu meningkatkan cara pertanyaannya.
Sebagai contoh, “Apa yang kamu lakukan?” adalah lebih berkesan daripada”
Mengapa kamu lakukan perbuatan itu?”
Manakala bagi masalah yang berikutnya iaitu sikap murid
yang sering mengganggu rakan lain, minta perhatian guru dan sering berbual
boleh diperbaiki dengan menggunakan kaedah yang sama seperti di atas. Namun,
strategi yang disarankan adalah dengan melaksanakan model Modifikasi Tingkah
Laku. Cikgu boleh mengaplikasikan strategi ini bagi masalah di atas juga. Model
ini berasaskan prinsip pengukuhan melalui ganjaran ataupun teguran yang
berkesan. Sebagai contoh cikgu perlu memberi ganjaran ataupun pujian kepada
murid yang dapat menjawab soalan dan peneguh negatif apabila kesalahan
dilakukan. Bagi murid yang melakukan kesalahan atau berborak semasa guru
mengajar, guru boleh menegur dengan cara sindiran sambil menerapkan unsur
kecindan supaya murid tidak bosan dan dapat menerima teguran tersebut. Selain
itu, kaedah time-out juga boleh digunakan. Cikgu meminta murid untuk berada di
belakang atau pun hadapan kelas apabila melakukan sesuatu kesalahan walaupun
setelah beberapa ditegur dan diberi amaran. (Mok Soon Sang, 2011)
4.0 KEBERKESANAN
STRATEGI PENGURUSAN DISIPLIN
Model Disiplin Asertif Canter
ialah salah satu model dalam pengurusan disiplin bilik darjah. Model ini
menekankan respons yang bersifat asertif, tidak asertif dan agresif. Respons
asertif apabila guru memberi amaran kepada murid apabila kesalahan dilakukan.
Respons tidak asertif pula merupakan respons yang diberi dalam bentuk penegasan
dalam nada suara dan meminta murid menghentikan salah laku yang dilakukan.
Respons agresif pula berlaku apabila nada yang paling tegas dan hampir
melaksanakan hukuman terhadap murid. (Mok Soon Sang, 1996)
Seperti juga di Malaysia, dalam kes yang berlaku iaitu
murid-murid telah hilang tumpuan ketika guru mengajar dan sering menganggu
rakan yang lain. Disebabkan hilang minat dalam pembelajaran yang berpunca
daripada rasa bosan, kurang minat dalam matapelajaran yang diajar oleh guru
tersebut, ataupun tertarik dengan aktiviti lain, murid cendurung dalam
melakukan kerja sendiri dan melakukan sesuatu yang bagi mereka lebih
menyeronokkan. Model Disiplin Asertif Canter digunakan untuk mengenalpasti
masalah pembelajaran yang berlaku dalam kalangan murid. Pada mulanya, apabila
murid mula menimbulkan masalah pembelajaran seperti hilang minat untuk belajar apabila
tidak meminati matapelajaran tersebut dan mula membuat bising kerana bosan,
guru perlu memberi respons asertif. Respons asertif berlaku apabila guru
memberi amaran kepada murid contohnya dalam kes ini, guru memberi amaran kepada
murid yang mula membuat bising atau bermain selepas hilang tumpuan untuk
belajar.
Jika murid masih lagi menimbulkan perkara yang cenderung
untuk menimbulkan masalah pembelajaran, respon tidak asertif boleh dilakukan
selepas respon asertif untuk mengenal pasti adakah masalah pembelajaran
dilakukan oleh murid secara berterusan. Respons yang diberi dalam bentuk
penegasan dalam nada suara tegas dan meminta murid menghentikan salah laku yang
dilakukan. Respons ini biasanya akan menghalang murid daripada melakukan
aktiviti seperti bermain dengan rakan, berbual ataupun tidak menumpukan
perhatian terhadap pembelajaran yang dilakukan kerana menunjukkan sifat tegas
yang ada pada guru. Respons yang terakhir boleh diberikan guru iaitu respons
agresif. Respons agresif dilakukan dengan nada yang paling tegas dan hampir
melaksanakan hukuman terhadap murid. Respons ini dilakukan untuk menghalang
murid yang terlampau aktif dalam melakukan perkara yang tiada kaitan dengan
pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan. Guru perlu menghalang murid
daripada terus menimbulkan masalah pembelajaran kerana ini akan mengganggu guru
dalam mengajar murid lain disamping mengganggu tumpuan murid lain (Ragbir Kaur,
2012). Jika respons agresif dilakukan pada peringkat akhir Model Disiplin
Asertif Canter, in bermakna murid telah hilang minat untuk belajar dan
pengawalan kelas yang dilakukan oleh guru adalah kurang berkesan. Murid yang
menimbulkan masalah pembelajaran itu pastinya mempunyai masalah dalam memberi
tumpuan kerana respons dari tiga peringkat iaitu respons asertif, respons tidak
asertif dan respons asertif daripada guru telah dilakukan.
Model modifikasi tingkah laku
B.F.Skinner ini pula menggunakan prinsip peneguhan yang menggunakan
elemen-elemen luaran untuk meningkatkan tingkah laku yang diingini. Ianya terdapat
dua jenis peneguhan iaitu peneguhan positi seperti hadiah, pujian, markah merit
dan sebagainya ianya untuk meningkatkan tingkah laku murid yang diingini. Kedua
pula ialah peneguhan negatif seperti majalah, komik dikeluarkan supaya
murid-murid kembali menunjukkan tingkah laku yang diingini. Seterusnya ialah peneguhan
berbeza dengan dendaan dan yang terakhir sekali ialah peneguhan berkala. Dendaan
juga merupakan salah satu teknik modifikasi tingkah laku (Ee Ah Meng, 2001). Melalui
analisis kes ini kita dapati bahawa peneguhan positif dan peneguhan negatif
telah dilakukan oleh guru tersebut. Ini dapat dilihat apabila cikgu memberikan
pujian apabila pelajar dapat menjawab soalan. Ini juga telah menimbulkan
keyakinan kepada pelajar lain untuk menjawab soalan. Di sini kita melihat
kepada kebaikan dan kelemahan model ini ialah hasil pantas tetapi tidak kekal
lama, lebih memenuhi keperluan motivasi esentrik iaitu bergantung kepada elemen
ganjaran. Manakala untuk jangka masa panjang ini boleh mengakibatkan motif
murid bertukar dan murid lebih teruja mendapat ganjaran daripada ilmu
pengetahuan. (Mok Soon Sang, 2011)
Di Malaysia, penggunaan model modifikasi tingkah laku
B.F.Skinner akan memberikan impak yang positif kerana dengan penggunaan kaedah
peneguhan positif dan negatif. Penggunaan bahasa yang sesuai juga bermakna guru
perlu sopan dalam memberikan teguran di dalam peneguhan negatif agar murid
tidak merasa rendah diri yang terlampau manakala peneguhan positif pula akan
menambahkan lagi keinginan murid lain untuk mendapatkan sesuatu yang
diinginkan. Ternyata kaedah ini lebih meninggalkan kesan yang baik jika
digunakan dlam konteks Malaysia.
Model Akibat Logikal Dreikurs menekankan kepentingan guru
memberikan kepercayaan dan tanggungjawab kepada murid-murid untuk bersama-sama
menjaga disiplin di dalam bilik darjah. Berdasarkan prinsip ini, perubahan
tingkah laku terdorong dalam seseorang individu dengan bimbingan daripada
individu lain. Maka, model sesuai diaplikasikan kerana salah laku itu perlu
diubah dan seterusnya dikekalkan. Konsep ini membawa maksud guru perlu
mengenalpasti punca salah laku. murid perlu dibimbing dengan teguran yang
berkesan supaya dapat memahami peraturan di dalam bilik darjah kemudian murid
perlu dilatih untuk mendapatkan kawalan kendiri terhadap pengurusan disiplin
bilik darjah. Murid dan guru bersama-sama memikul tanggungjawab dalam pengurusan
disiplin bilik darjah. Akhir sekali, jalan demokrasi perlu diaplikasikan. Model
ini menggambarkan kepercayaan dan tanggungjawab yang diberikan daripada guru
terhadap murid yang telah melakukan kesalahan supaya dapat menghalang murid
lain daripada melakukan perkara yang sama. Dalam kes ini, gangguan dari murid
berlaku kerana murid berasa bosan dan menganggu rakan lebih menarik minat
mereka. Apabila murid lain seperti rakan murid yang berada di dalam kelas dan
berada dikawasan yang boleh berlaku komunikasi, pastinya komunikasi akan
berlaku antara murid di dalam kelas dan murid diluar kelas. Jika perkara ini
berlaku, model Akibat Logikal Dreikurs boleh digunakan untuk mengenal pasti
masalah pembelajaran yang berlaku dalam kalangan murid. (Omardin Ashaari, 1999)
Menurut Mok Soon Sang (2011), gangguan daripada murid
yang inginkan perhatian tidak dapat dielakkan, namun begitu jika murid tidak
memberi respons terhadap gangguan tersebut, pastinya gangguan tersebut dapat
mempengaruhi murid. Model Akibat Logikal Dreikurs ini menyatakan guru memberikan
kepercayaan dan tanggungjawab kepada murid-murid untuk bersama-sama menjaga
disiplin di dalam bilik darjah. Murid yang lain akan sedar terhadap kepercayaan
dan tanggungjawab itu dan berhenti untuk memberi respons terhadap gangguan
daripada luar kerana rasa bertanggungjawab. Sebagai contoh, apabila seseorang
murid berkomunikasi dan membuat bising tanpa pngetahuan guru, guru perlu
menegur murid dengan nada yang tegas. Ini perlu dilakukan untuk memberi
kesedaran kepada murid bahawa guru perlu dihormati apabila berada di dalam
kelas. Murid juga perlu menghormati proses pengajaran dan pembelajaran yang
sedang dilakukan. Teguran yang dibuat oleh guru dengan nada yang tegas pastinya
dapat menghalang murid daripada melakukan salah laku yang sama disamping
mengelakkan murid melakukan masalah pembelajaran yang lain.
RUMUSAN
Seorang guru mempunyai
tugas dan peranan yang amat penting dalam mendidik anak bangsanya. Oleh sebab
itu, segala yang berlaku di dalam bilik darjah sangat penting. Guru yang
bertangungjawab mencorakan pengajaran dan pembelajaran harian murid-murid.
Dalam memastikan proses pengajaran dan pembelajaran bergerak lancar, guru perlu
memastikan disiplin murid dalam keadaan terjaga dan terkawal supaya matlamat
pengajaran terkawal. Oleh sebab itu, lahirnya model-model pengurusan disiplin
bilik darjah dalam membantu guru-guru membentuk disiplin murid. Maka terpulang
kepada-guru untuk menjayakan model-model tersebut atau mengadunkannya untuk
dijadikan strategi yang ampuh dalam membentuk disiplin murid khususnya di
Malaysia ini. Ini disebabkan disiplin sangat memainkan peranan penting bukan
sahaja di dalam bilik darjah malah mempengaruhi sepanjang hidup murid tersebut.
No comments:
Post a Comment