1.0 PENGENALAN
Pendidikan pemulihan dan pengayaan amat
penting dalam mengatasi masalah pembelajaran yang berlaku dalam kalangan murid.
Pendidikan pemulihan dan pengayaan diwujudkan selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan yang mementingkan perkembangan potensi diri dalam
individu. Potensi yang ada dalam diri dapat mewujudkan individu yang proaktif
dan berkemampuan meneraju diri, masyarakat dan negara. Walaupun begitu, jika
murid tidak dapat mengatasi masalah pembelajaran, pastinya sukar untuk
memajukan diri.
Oleh
demikian, pendidikan pemulihan dan pengayaan diwujudkan untuk mengembalikan
keyakinan diri dalam diri murid. Keyakinan yang dimantapkan akan menjadikan
murid lebih yakin untuk belajar disamping mendidik mereka berusaha mengatasi
masalah pembelajaran yang dihadapi. Tugasan untuk subjek BMM3106 banyak memberi maklumat serta pengalaman
dalam mencari maklumat terhadap pendidikan pemulihan dan pengayaan yang
merupakan faktor penting dalam mengatasi masalah pembelajaran dalam kalangan
murid.
2.0 KONSEP
PEMULIHAN
Menurut pandangan Blair (1956) dalam buku
Pedagogi Bahasa Melayu yang dikaran Abd. Aziz Abd Talib, pemulihan ialah program khas berbentuk
tambahan bagi memenuhi keperluan kanak-kanak yang menghadapi masalah
pembelajaran agar ketidakupayaan yang menghalangnya dapat diatasi. Aktiviti
pemulihan tertumpu kepada penguasaan kemahiran. Menurut O.C Simpson (1975) pula,
aktiviti pemulihan merupakan tindakan khas atau tindakan khusus yang diambil
untuk mengatasi keperluan pendidikan murid yang mengalami kesulitan dalam
pembelajaran.
Tuan Jah Tuan Yusof (Pentaksiran Bahasa Melayu
Sekolah Rendah, 2011) pula
berpendapat pemulihan ialah satu tindakan yang diambil untuk mengatasi
keperluan pendidikan murid yang mengalami kesusahan dari segi pembelajaran
dalam darjah khas di sekolah biasa, di pusat khusus yang diasingkan daripada
sekolah biasa dan dalam darjah untuk pengajaran pembelajaran biasa Ishak Harun
dan Koh Boh Boon (Literasi Bahasa
Melayu, 2011:99) pemulihan ialah perkhidmatan khas untuk memenuhi keperluan
kanak-kanak yang menghadapi pembelajaran di sekolah biasa.
2.1 OBJEKTIF PENDIDIKAN PEMULIHAN
Aktiviti yang dijalankan oleh guru dalam
pengajaran adalah untuk mencapai sesuatu objektif yang dirancang. Salah satu
objektif dalam pengajaran pemulihan ialah mengatasi masalah pembelajaran dalam
kemahiran-kemahiran tertentu. Dalam sesebuah bilik darjah, pastinya terdapat
sebahagian murid yang tidak menguasai kemahiran-kemahiran tertentu. Pengajaran
pemulihan ini membantu murid dalam
mengatasi masalah tersebut. Sikap yakin diri dalam diri murid juga dapat
ditingkatkan dengan adanya aktiviti pemulihan. Kelemahan diri dapat diperbaiki
dengan adanya aktiviti pemulihan.
Selain itu,
pengajaran pemulihan berupaya memperbaiki tingkah laku negatif yang ada dalam
sikap seseorang murid. Tingkah laku negatif yang berlaku ini biasanya berpunca
daripada sikap sambil lewa kerana gagal menguasai sesuatu kemahiran. Apabila
kemahiran dapat dikuasai, maka pandangan negatif ini dapat diubah kepada
sesuatu yang positif.
Kemahiran seseorang
murid bergantung kepada keupayaan murid itu sendiri. Oleh itu, aktiviti
pemulihan ini membantu murid menguasai kemahiran tertentu menggunakan cara
ataupun kaedah yang lain dan lebih mudah difahami. Aktiviti pemulihan juga
berupaya memperkembang mental murid yang lemah kerana aktiviti yang diajar
mengikut keupayaan murid itu. Guru memainkan peranan dalam merangka aktiviti
pemulihan yang menarik untuk memperkembang daya mental murid.
2.2 RASIONAL PENDIDIKAN PEMULIHAN
Pendidikan pemulihan diwujudkan berpandukan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Dalam FPK telah dinyatakan salah satu
prinsipnya ialah mengembangkan potensi individu. Oleh demikian, pendidikan
pemulihan membantu dalam mengembangkan potensi yang ada dalam diri murid. Pengembangan
potensi ini berlaku dalam diri murid secara bimbingan guru. Kepelbagaian tahap
kognitif, afektif dan psikomotor dalam kalangan murid yang menwujudkan cabaran
dalam pendidikan pemulihan. Guru menggunakan pendidikan pemulihan untuk
membantu murid menguasai kemahiran-kemahiran yang diajar supaya potensi
diri dapat dikembangkan. Ada kalanya
murid yang tidak menguasai kemahiran-kemahiran yang diajar akan merasa
terpinggir dan rendah diri. Rasa tidak yakin dalam diri pastinya dikuasai
kerana kekurangan diri. Perkara ini akan menghalang perkembangan potensi diri
dalam diri murid. Oleh sebab itu, pendidikan pemulihan yang dijalankan oleh
guru membantu mengatasi masalah ini. Guru menjadi pembimbing yang mengembalikan
semula keyakinan dalam diri murid yang mempunyai masalah tidak yakin dengan
diri.
Pendidikan
pemulihan turut membantu murid dalam tertinggal ataupun tercicir dalam
pembelajaran. Pendidikan pemulihan membantu murid untuk menguasai ilmu yang
diajar oleh guru. Perbezaan individu dari aspek kognitif, afektif dan
psikomotor pastinya mewujudkan jurang dalam kalangan murid. Jika murid yang
lebih cerdik diutamakan manakala murid yang kurang cerdik diabaikan, pastinya
keputusan ujian dalam kalangan murid mempunyai jurang yang ketara. Guru perlu
berusaha mengurangkan jurang ini dengan menggunakan pendidikan pemulihan
sebagai alternatif untuk memperbaiki keupayaan murid. Pengaruh persekitaran,
pengalaman, minat dan sebagainya mempengaruhi daya penguasaan murid dalam
pembelajaran. Oleh demikian, pendidikan pemulihan ini digunakan untuk mengatasi
daya penguasaan murid dalam pembelajaran walaupun berbeza faktor yang
mempengaruhi pembelajaran.
2.3 KESIMPULAN
Pendidikan pemulihan banyak membantu murid
dalam mengembangkan potensi diri. Walaupun seseorang murid itu tidak dapat
menguasai kemahiran yang diajar dalam sesebuah pembelajaran, pendidikan
pemulihan membantu murid tersebut dalam menguasainya.
Kreativiti
guru menjadi kunci kepada kejayaan pendidikan pemulihan ini. Disebabkan kaedah,
teknik dan pendekatan biasa tidak berkesan kepada murid yang mengalami masalah
pembelajaran, guru bertanggungjawab menggabungjalin kaedah, teknik dan
pendekatan yang lain untuk memudahkan seseorang murid itu dapat menguasai
kemahiran yang diajar.
Pendidikan pemulihan
juga berupaya meningkatkan keyakinan murid supaya lebih yakin dengan diri.
Keyakinan diri yang kurang apabila tidak menguasai sesuatu kemahiran pastinya
menjadi faktor seseorang murid meras dirinya terpinggir. Jika ini berlarutan,
potensi diri dalam murid akan terbantut. Pendidikan pemulihan inilah yang
diwujudkan untuk membantu murid dengan bimbingan guru. Guru dapat memberikan
fokus yang lebih dalam pendidikan pemulihan kerana sesi pendidikan pemulihan
boleh dilaksanakan selepas waktu pengajaran.
Selain itu, guru juga dapat mengenal pasti dengan lebih terperinci masalah yang
dihadapi murid. Dalam erti kata lain, guru dapat merancang pengajaran yang
khusus untuk mengatasi masalah kemahiran yang dihadapi murid.
3.0 KONSEP
PENDIDIKAN PENGAYAAN
Pengayaan merupakan aktiviti tambahan kepada
aktiviti asas pembelajaran yang dilakukan sama ada semasa sesi persekolahan
atau di luar waktu persekolahan. Tujuan aktiviti pengayaan ialah untuk mengukuhkan
lagi pengetahuan sedia ada murid disamping meluaskan pengalaman yang ada pada
murid. Kemahiran yang telah dikuasai oleh murid juga dapat dikukuhkan lagi
dengan adanya aktiviti pengayaan. Pengetahuan dan kemahiran yang diperluaskan
ini berupaya membentuk murid yang lebih berdaya kreatif, lebih yakin, berdaya
saing dan sebagainya kerana sifat ingin tahu yang ada dalam diri murid telah
diasah untuk digunakan dalam memajukan diri.
Dalam
Kamus Dewan Edisi Keempat (2005: 693), pengayaan ditakrifkan sebagai “perihal (usaha, proses,
dsb) mengayakan, misalnya mengayakan atau meluaskan kosa kata”. Takrifan ini
bermaksud aktiviti yang dilaksanakan membantu murid dalam memperoleh
pengetahuan lebih dan memperluaskan sesuatu kemahiran.
Mok
Soon Sang pula dalam bukunya Pedagogi
Untuk Pengajaran Dan Pembelajaran menjelaskan
bahawa aktiviti pengayaan disediakan untuk semua murid di dalam kelas, sama ada
di peringkat sekolah rendah, menengah, sama ada dalam kumpulan cerdas,
sederhana, atau lambat. Aktiviti pengayaan yang dijalankan berupaya memperluas
pengalaman dan pengetahuan yang berupaya menjurus kebolehan dan minat mereka
dalam sesuatu bidang pelajaran tertentu.
Justeru,
aktiviti pengayaan berupaya memperluas pengetahuan dan pengalaman murid yang
diajar. Selain itu, kemahiran yang diajar juga dapat diperkukuhkan. Tingkah
laku positif ini membimbing murid untuk terus berusaha memajukan diri. Selain
itu, murid-murid juga dapat mewujudkan persekitaran yang berdaya saing kerana
aktiviti pengayaan ini membantu murid menimba pengetahuan yang lebih luas dalam
sesebuah mata pelajaran.
3.1 OBJEKTIF PENGAYAAN
Sama seperti aktiviti pemulihan, pengajaran
pengayaan kepada murid-murid juga mempunyai objektifnya sendiri. Objektif yang
paling utama dalam pengajaran pengayaan
ialah memperluas pengetahuan dan pengalaman yang ada dalam diri murid.
Aktiviti pengayaan yang dijalankan juga mampu mewujudkan pembelajaran yang
lebih mencabar kerana aktiviti yang dirangka bertujuan memperluas pengetahuan
murid. Pembelajaran yang mencabar ini membolehkan murid belajar untuk berdikari
dalam mencari ilmu pengetahuan yang lebih meluas kerana pengajaran pengayaan
ini dilakukan semasa ataupun selepas waktu pembelajaran dan pengajaran.
Pengayaan juga
melatih murid dalam memupuk dan meminati ilmu pengetahuan. Ilmu pengetahuan
yang diperoleh berdasarkan pelbagai rujukan ini memberi peluang kepada murid
untuk menanam minat membaca. Rujukan
biasanya diperoleh dalam bentuk artikel ataupun rujukan bertulis. Oleh demikian,
ilmu pengetahuan tersebut diperoleh dengan bacaan. Ilmu pengetahuan yang luas
ini akan membuka minda murid. Masa lapang selepas sesi persekolahan juga dapat
diisi dengan perkara yang bermanfaat kerana aktivit pengayaan ini boleh
dilakukan selepas aktiviti persekolahan.
3.2 RASIONAL PENDIDIKAN PENGAYAAN
Sama seperti pendidikan pemulihan, pendidikan
pengayaan wujud selaras dengan pembangunan potensi diri individu yang
terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Pendidikan pengayaan
diwujudkan untuk mengukuhkan pengetahuan sedia ada murid. Selain itu, pengayaan
juga membantu murid dalam meluaskan pengalaman yang berguna untuk pembelajaran.
Pendidikan pengayaan
biasanya melibatkan pengelasan murid mengikut tahap keupayaan pembelajaran
murid. Murid dibahagikan kepada kumpulan cerdik, sederhana dan lambat. Tujuannya
adalah untuk memudahkan guru merancang pengajaran yang lebih efisien supaya
murid lebih mudah mengukuhkan pengetahuan sedia ada disamping meluaskan
pengalaman. Jika pembelajaran dijalankan
tanpa mengambil berat tahap penerimaan murid, pastinya murid yang lemah akan
tercicir. Oleh demikian, pembahagian kumpulan ini akan membantu guru dalam
menjalankan pendidikan pengayaan yang sesuai dengan tahap keupayaan murid.
Selain itu, pendidikan
pengayaan juga memberi peluang kepada murid untuk menikmati pelbagai pengalaman
baharu. Secara tidak lansung, pengalaman baharu ini akan menimbulkan minat mereka dalam proses
pembelajaran.
3.3 PRINSIP PROGRAM PENGAYAAN
Aktiviti pengayaan memberi penekanan kepada
aktiviti yang bersifat kreatif dan eksperimental. Penekanan dalam sifat kreatif
dan eksperimental dalam aktiviti pengayaan melatih berupaya melatih daya
kognitif murid untuk lebih aktif. Aktiviti pengayaan juga bertujuan melatih
murid untuk melakukan sesuatu kerja dengan daya usaha sendiri. Aktiviti yang
dirangka untuk murid selepas ataupun semasa sesi pengajaran dan pembelajaran
dilakukan untuk memperbaiki dan menambahbaik kemahiran yang ada dalam diri
murid untuk kemajuan diri.
Aktiviti yang
dilaksanakan untuk kemajuan diri ini juga dapat memupuk sifat kepimpinan dalam
diri murid. Keyakinan diri dalam mencari maklumat tambahan serta memperkukuh
kemahiran yang dikuasai menjadikan murid lebih yakin terhadap diri sendiri.
Ditambah dengan bimbingan guru sebagai pendidik, seseorang murid dapat dilatih
menjadi pemimpin dalam sesuatu organisasi berkumpulan kerana keyakinan diri
untuk memimpin telah dibentuk.
3.4 CARA-CARA MENGESAN MURID-MURID YANG
BERMASALAH DALAM PEMBELAJARAN
Masalah pembelajaran dalam kalangan murid memang
sukar untuk dikenalpasti jika tidak dikesan. Bilangan murid yang ramai pastinya
menyukarkan lagi masalah mengesan murid yang mempunyai masalah pembelajaran
ini. Guru boleh mengesan masalah pembelajaran yang ada dalam kalangan murid
dengan menggunakan kaedah:
3.4.1 PEMERHATIAN
Teknik pemerhatian sering digunakan dalam
mengenalpasti penguasaan murid dalam kemahiran seperti dalam faktor kognitif,
afektif dan psikomotor. Selain itu, aktiviti pemerhatian juga dilakukan
terhadap tingkah laku murid. Pemerhatian
yang dilakukan adalah berdasarkan respon dan tingkah laku murid semasa di dalam
sesi pengajaran dan pembelajaran mahupun
di luar bilik darjah.
Melalui
pemerhatian, guru berupaya mengesan perubahan yang mungkin berlaku dalam diri
murid terutamanya dari aspek aspek emosi,
perubahan tingkah laku daya kognitif, dan sebagainya.
3.4.2 PENTAFSIRAN REKOD PRESTASI
Rekod prestasi merupakan rekod yang mempunyai maklumat pencapaian murid merangkumi
pencapaian akademik murid dan peningkatan prestasi murid dalam pelbagai
penguasaan dalam mata pelajaran tertentu.
Guru dapat menilai murid dengan bantuan rekod prestasi ini dan merangka
pengajaran yang dilakukan. Perubahan dapat dilihat dalam jangka panjang dan
pendek bergantung kepada pengajaran yang dirancang.
Rekod
prestasi juga mempengaruhi ibu bapa. Rekod prestasi ini membantu ibu bapa dalam
mendapatkan prestasi akademik anak-anak mereka. Maklumat yang diperoleh dari
rekod prestasi pastinya membantu ibu bapa dalam mengenal pasti kelemahan
anak-anak. Bimbingan di rumah pasti dapat dilakukan dan ibu bapa pastinya akan
lebih mengambil berat terhadap perkembangan anak-anak mereka.
3.4.3 REKOD PROFIL
Rekod profil ialah rekod pencapaian murid-murid dalam semua mata pelajaran
yang dipelajari murid. Pencapaian murid dalam rekod profil ini direkod dalam
bentuk markah dan gred. Prestasi murid pada setiap penghujung semester direkod
untuk tujuan pemerhatian. Rekod ini menggunakan ujian sumatif untuk mendapatkan
rekod.
3.4.4 UJIAN KERTAS DAN PENSIL
Ujian kertas dan pensel biasanya dalam bentuk
ujian objektif dan ujian subjektif. Ini bermakna dalam sesuatu ujian,
soalan-soalan itu memerlukan murid membaca, meneliti, mengkaji dan menulis
jawapan. Secara tidak lansung, ujian seperti ini menguji kemahiran berbahasa
murid yang meliputi pelbagai kemahiran. Kelemahan murid dalam kemahiran
tertentu dapat dikesan dalam ujian kertas dan pensil.
3.4.5 UJIAN DAN LATIHAN HARIAN
Teknik ujian dan latihan harian paling kerap
digunakan guru dalam mengesan masalah pembelajaran dalam kalangan murid. Guru
boleh mendapatan penguasaan murid dalam pengajaran yang diajar melalui
pemeriksaan dan keputusan ujian murid atau latihan harian bertulis. Keputusan
ujian dan latihan tersebut memberi gambaran awal kepada guru terhadap ujian
sumatif yang bakal dihadapi oleh murid pada pertengahan ataupun hujung
semester. Guru dapat merangka pengajaran yang lebih terperinci untuk membaiki
keputusan murid.
3.4.6 SOAL JAWAB ATAU KUIZ
Soal jawab atau kuiz membantu guru mengesan kelemahan
penguasaan kemahiran membaca atau mengira dapat dikesan dengan serta-merta.
Soal jawab atau kuiz ini tidak tertumpu kepada kemahiran menulis kerana soal
jawab dan kuiz lebih berfokus kepada jawapan spontan murid. Aktiviti penilaian
formatif ini biasanya dilakukan guru semasa guru menjalankan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Guru dapat memberi bimbingan secara
terus jika murid melakukan kesilapan.
3.5 KESIMPULAN
Pendidikan pengayaan melatih murid menggunakan
kemahiran yang sedia ada untuk memperluas pengetahuan dan pengalaman mereka.
Ini membantu murid untuk mengisi masa lapang selepas sesi persekolahan.
Kemahiran yang dipelajari digunakan sebaiknya dengan mencari pelbagai maklumat
tambahan untuk pengetahuan diri.
Pendidikan pengayaan
adalah aktiviti yang dilaksanakan sama ada semasa ataupun selepas sesi
pengajaran dan pembelajaran. Menggunakan kemahiran yang telah dikuasai dalam
pembelajaran bagi memperluaskan lagi pengetahuan dan pengalaman mereka adalah
objektif pendidikan pengayaan. Kemahiran yang dipelajari digunakan untuk
menimba pengalaman baharu murid. Pengalaman dan pengetahuan yang baharu
pastinya mewujudkan rasa seronok dalam menimba ilmu.
Pendidikan
pengayaan juga membantu dalam menyemai usaha berdikari murid. Disebabkan
pemerolehan ilmu pengukuhan dalam pengayaan dilakukan dengan usaha sendiri,
murid belajar untuk menimba ilmu tanpa dipengaruhi bantuan orang lain. Guru
hanya membimbing dan bukannya memberi bantuan secara terus kepada murid dalam
pendidikan pengayaan.
Pendidikan pengayaan
yang dilaksanakan oleh guru berupaya mengembangkan lagi potensi yang ada dalam
diri murid. Ini kerana murid belajar dengan usaha sendiri dengan membimbang
guru. Murid akan lebih memahami apa yang dipelajari dengan usaha sendiri da dengan
sedikit bimbingan daripada guru, pastinya potensi dalam diri murid dapat dikembangkan.
4.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) UNTUK
PENDIDIKAN PENGAYAAN DAN PENDIDIKAN PEMULIHAN
4.1 Rancangan Pengajaran Harian (Pengayaan)
Kelas : Tahun 4 Cemerlang
Jumlah : 30 orang
Tajuk : Simpulan Bahasa
Objektif : Pada akhir pembelajaran, murid dapat:
a) Mengetahui dan mengenali simpulan bahasa
b) Mengetahui maksud simpulan bahasa yang diajar
Pengalaman sedia ada:
a)
Murid pandai membaca secara senyap
b)
Murid mendengar secara aktif
Bahan Bantu Mengajar :
a)
Klip video pidato yang
bertajuk “Jagalah Kesihatan Kita”
b)
Teks pidato
c)
Lembaran kerja (teka
silang kata)
Masa/Langkah
|
Aktiviti
|
Catatan
|
Set Induksi
4 minit
|
·
Guru
menunjukkan gaya dan bertutur dengan intonasi orang berpidato dihadapan
murid.
·
Guru
meminta murid untuk menyatakan apakah kemahiran lisan yang dilakukannya
sebentar tadi.
·
Guru
memberi tahu murid kemahiran lisan yang dilakukan dan memberi tahu tajuk
pembelajaran iaitu simpulan bahasa.
|
|
Langkah 1
7 minit
|
·
Murid
dibahagikan kepada kumpulan mengikut kemampuan iaitu cerdik, sederhana dan
lemah.
·
Video
pidato yang bertajuk “Jagalah Jantung Kita” dipertontonkan oleh guru kepada
murid dan guru meminta murid untuk mendengar kandungan teks pidato yang
dihujah.
·
Setelah
tamat video pidato tersebut, murid diagihkan teks pidato yang dipertontonkan
tadi.
·
Murid
diminta mengenal pasti simpulan bahasa yang ada dalam pidato yang ditonton.
·
Murid
juga diminta membaca secara senyap teks tersebut seiring dengan video yang
dimainkan sekali lagi.
·
Video
pidato dimainkan buat kali kedua
|
BBM:
Ø Video pidato
Ø Teks pidao
|
Langkah 2
7 minit
|
·
Setelah
tamat tontonan video buat kali kedua, murid diberi lembaran kerja.
·
Dalam
lembaran kerja tersebut ialah permainan bahasa iaitu isi tempat kosong
berdasarkan teks pidato yang ditonton.
·
Murid
diminta mencari simpulan bahasa yang dikehendaki pada permainan teka silang
kata berdasarkan pembayang yang diberi iaitu maksud simpulan bahasa yang
dicari ke dalam kotak kosong
|
BBM
Ø Lembaran kerja
Ø Permainan bahasa (Isi tempat kosong
|
Langkah 3
6
minit
|
·
Guru
memberi jawapan terhadap permainan bahasa isi tempat kosong.
·
Guru
menerangkan maksud secara lebih mendalam perkataan yang terdapat pada
permainan isi tempat kosong.
|
BBM
Ø Permainan bahasa (isi tempat kosong)
|
Kesimpulan
5 minit
|
·
Guru
membimbing murid dalam membuat rumusan terhadap apa yang dipelajari.
·
Guru
menerapkan nilai-nilai murni ke dalam rumusan yang dibuat oleh murid apabila
merumuskan sesi pembelajaran.
|
|
4.2 Rancangan Pengajaran Harian (Pemulihan)
Kelas : Tahun 3 Didik
Jumlah : 15 orang
Tajuk : Kata Majmuk
Objektif : Pada akhir pembelajaran, murid dapat:
a) Mengetahui dan memahami maksud kata majmuk
b) Mengeja dengan lancar
Pengalaman sedia ada:
a)
Murid mengenal abjad
b)
Murid mengeja mengikut suku kata
Bahan Bantu Mengajar :
a) Kad perkataan
b) Gambar objek berkaitan kata majmuk
Masa/Langkah
|
Aktiviti
|
Catatan
|
Set Induksi
5 minit
|
·
Guru
menunjukkan gambar yang berkaitan dengan gambar objek yang berkaitan dengan
kata majmuk menggunakan slide yang dipaparkan menggunakan LCD.
·
Guru
menanyakan soalan kepada murid tentang apa yang dilihat pada gambar yang
dipaparkan.
·
Guru
menerangkan maksud gambar dan menerangkan tajuk pembelajaran ialah kata
majmuk.
|
BBM
·
Slide
·
LCD
|
Langkah 1
10 minit
|
·
Guru
menunjukkan kad perkataan yang mengandungi gambar berkaitan kata majmuk.
·
Kad
perkataan yang ditunjukkan mengandungi perkataan yang telah dibatangkan suku
kata.
·
Guru
membimbing murid untuk mengeja secara beramai-ramai.
·
Guru
meminta murid mengeja beramai-ramai tanpa bimbingan guru.
·
Guru
memilih murid untuk mengeja kata majmuk berdasarkan kad perkataan yang
ditunjukkan oleh guru secara individu.
|
BBM
Ø Kad perkataan
|
Langkah 2
10
minit
|
·
Murid
dibahagikan kepada tiga kumpulan.
·
Guru
mengagihkan kad perkataan yang menpunyai kata majmuk, berbeza daripada yang
dieja sebelum ini.
·
Dalam
kumpulan, murid diminta mengeja kata majmuk dalam kad perkataan yang
dibatangkan suku kata bersama ahli kumpulan yang diagihkan.
·
Ejaan
dibuat secara bersuara dan jelas.
·
Guru
membimbing kumpulan yang mengeja secara bergilir-gilir.
·
Selepas
ejaan dibuat secara kumpulan, guru memilih murid dalam setiap kumpulan untuk
mengeja secara individu.
·
Ejaan
yang dibuat secara bersuara dan jelas.
·
Bimbingan
daripada guru dibuat sehingga semua murid berjaya mengeja berdasarkan kad
perkataan yang telah dibatangkan suku kata.
|
BBM
Ø Kad Perkataan
|
Kesimpulan
5 minit
|
·
Guru
membimbing murid dalam membuat rumusan terhadap apa yang dipelajari.
·
Guru
menerapkan nilai-nilai murni ke dalam rumusan yang dibuat oleh murid apabila
merumuskan sesi pembelajaran
|
|
No comments:
Post a Comment