PENCEMARAN ALAM SEKITAR
Dalam
usaha mengejar kemajuan negara dan meningkatkan taraf hidup penduduk,kegiatan
ekonomi dan projek-projek pembangunan sesebuah negara tidak dapat dielakkan
manusia sering mengabaikan masalah-masalah alam sekitar yang timbul akibat
pelaksanaan aktiviti ekonomi dan projek pembangunan.Kesan-kesan negatif akibat
proses pembangunan dan modernisasi secara terburu-buru semakin mendesak dan ini
mengakibatkan kesan pencemaran. Kesemua kesan negatif ini semakin menggugat
kesihatan manusia, sumber-sumber ekonomi dan kemandirian bumi. Untuk
mengurangkan kesan-kesan negatif
pembangunan ke atas alam sekitar, setiap aktiviti ekonomi dan
pembangunan mestilah diseimbangkan dengan usaha pengurusan dan pemeliharaan
alam. Pencemaran boleh ditakrifkan sebagai pembuangan benda-benda atau
bahan-bahan hasil dari aktiviti manusia ke alam persekitaran menyebabkan
terganggunya keselesaan atau kemandirian kehidupan.
Takrifan
Pencemaran yang lebih bermaklumat adalah menurut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974
yang menyatakan bahawa pencemaran adalah sebarang perubahan sama ada secara
langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik, kimia, biologi atau
aras-aras radiasi mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan, mengeluarkan
atau meletakkan buangan hingga menjejaskan kegunaan-kegunaan berfaedah, yang
menimbulkan sesuatu keadaan berbahaya atau mungkin berbahaya kepada kesihatan, keselamatan
atau kebajikan awam atau organisma-organisma lain, tumbuhan dan haiwan.
Pencemaran
alam sekitar boleh didefinisikan sebagai sesuatu perkara yang mengotorkan alam
sehingga boleh menjejaskan ekosistem di muka bumi ini. Dewasa ini, era
permodenan menderaskan lagi pembangunan negara. Pelbagai projek sosio ekonomi
dijalankan begitu pesat untuk meningkatkan taraf pembangunan negara, namun kita
alpa tentang kesan terhadap alam sekitar yang boleh membahayakan diri manusia. Pencemaran
alam sekitar telah menjadi satu kemelut yang tidak dapat dielakkan oleh negara
kita sehingga mencalarkan nama negara. Negara kita sebenarnya terhimpit telah
terhimpit antara meningkatkan pembangunan negara setaraf negara maju dengan
kebajikan terhadap alam sekitar yang perlu di pelihara untuk masyarakat.Bak
kata pepatah”di telan mati emak di luah mati bapa”.
Antara
punca-punca yang boleh kita huraikan sebagai penyebab berlakunya pencemaran
alam sekitar ialah pencemaran yang disebabkan oleh faktor semulajadi. Pencemaran
ini terjadi tanpa diduga oleh masyarakat. Ini kerana pencemaran ini berpunca
daripada kejadian seperti gunung berapi, ribut taufan, gempa bumi dan
sebagainya. Pencemaran ini boleh mendatangkan kesan yang negatif terhadap
masyarakat setempat. Sebagai contah apabila berlakunya letusan gunung berapi, secara
tidak sengaja iklim cuaca juga akan turut berubah menjadi jerebu seterusnya
akan menyebabkan penduduk setempat mudah terkena penyakit seperti asma, batuk, paru-paru,
penglihatan yang tidak jelas dan sebagainya. Oleh itu, semua pihak memainkan
peranan yang penting dalam menangani masalah ini. Mereka seharusnya tidak
mengamalkan sikap “seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing”.
Antara
punca utama yang boleh menyebabkan pencemaran alam sekitar berada di tahap yang
kritikal adalah disebabkan tangan manusia sendiri. Pada kebiasaannya manusia
sering kali melakukan pencemaran alam sekitar dalam keadaan sedar ataupun tidak
seperti udara, air, tanah, bunyi dan radiasi. Kesan terhadap pencemaran alam
sekitar sudahpun disebarkan melalui media massa namun manusia ”durjana” yang
tidak mencintai alam memandang “enteng” terhadap permasalahan pencemaran alam
sekitar. Sifat materialistik yang ada dalam masyarakat pada hari ini juga sukar
untuk kita mengurangi masalah pencemaran di atas muka bumi ini. Oleh yang
demikian pihak yang berkuasa seperti Jabatan Alam Sekitar perlulah membuat
pemantauan di sesuatu kawasan bagi menjaga alam sekitar ini bersama. Selain
itu, semua golongan masyarakat perlulah sedar akan kepentingan alam sekitar
terhadap mereka.
Asap-asap
kilang dan kenderaan boleh diwartakan sebagai punca-punca pencemaran udara. Ini
disebabkan oleh asap-asap hitam yang keluar dari kilang dan kenderaan boleh
mengakibatkan asap-asap tersebut terperangkap di ruang udara. Selain itu, terdapat
juga gas-gas yang beracun seperti gas monoksida yang boleh membunuh sekiranya
terkumpul dalam kawasan tertutup. Sejenis lagi bahan yang boleh dihasilkan oleh
kenderaan bermotor ialah plumbum iaitu sejenis bahan kimia yang sangat
berbahaya sehingga boleh menyebabkan kerosakan otak terutama kanak-kanak. Selain
itu, manusia juga turut menerima udara yang tidak segar untuk menarik nafas. Ini
menimbulkan ketidakselesaan oleh setiap masyarakat dalam kehidupan seharian. Dengan
ini jelaslah bahawa pencemaran udara yang dilakukan oleh segelintir masyarakat
yang tidak bertanggungjawab amat memberi kesan terhadap seluruh masyarakat. Oleh
itu, kerajaan perlulah melakukan kempen dan memantau industri perkilangan untuk mereka mendapat kefahaman
yang hakiki tentang kepentingan udara kepada masyarakat.
Air
merupakan komponen yang utama dalam kehidupan seharian namun masih ramai lagi
yang ”buta” terhadap kepentingan air tersebut. Antara pencemaran yang dilakukan
terhadap air ialah pembuangan sisa toksik, sampah sarap, barangan pepejal, dan
sebagainya ke dalam sungai-sungai yang berdekatan. Apabila pencemaran ini
dilakukan terhadap sungai tersebut, airnya akan bertukar warna menjadi warna
cokelat ataupun merah hati. Selain itu, pencemaran air laut pula seperti
tumpahan minyak oleh kapal-kapal dagang. Sebagai contoh di Selat Johor pelanggaran kapal di situ mengakibatkan minyak tertumpah.
Kedua-dua punca di atas akan mengakibatkan organisma laut terhapus iaitu
mengurangkan habitat laut. Hal ini kerana pencemaran ini menjejaskan tumbesaran
dan kesuburan plankton yang boleh mengurangkan pembiakan makanan laut. Selain
itu, habitat burung juga akan terancam. Oleh itu, pihak kerajaan seperti
penguatkasa undang-undang memainkan peranan yang penting dalam menangani
masalah ini. Sebagai contoh, laluan kapal di selat johor terdapatnya pelanggaran
sehingga menyebabkan kapal tangki minyak tersebut bocor, laluan lain perlu
disediakan bagi melicinkan pentadbiran maritim dan juga mengelakkan kejadian
sedemikian berulang.
Menurut
peraturan pemerintah R1 NO150 tahun 2000 tenteng pengendalian kerosakan tanah
untuk produk bio massa, tanah merupakan satu komponen lapisan teratas kerak
bumi yang terdiri daripada bahan mineral dan bahan organik serta mempunyai
sifat fizik,kimia dan mempunyai kemampuan untuk memanjang kehidupan manusia dan
makhluk hidup dan sebagainya. Pembuangan sampah dan sisa-sisa industri
perkilangan menyebabkan bau busuk di sesuatu kawasan tertentu. Hal ini kerana
terdapat reaksi kimia yang menghasilkan gas yang tertentu. Penggunaan pestisida
juga mematikan tanaman dan juga mikrooroganisma yang berguna di dalam tanah, padahal
kesuburan tanah bergantung kepada jumlah organisma di dalamnya. Oleh itu, langkah
seperti mengurangkan pengguanaan bahan sintetik dan pelbagai bahan kimia
perlulah dilakukan bagi mengatasi masalah ini. Selain itu, kita seharusnya
menanamkan sikap merasa jijik terhadap pencemaran yang boleh mengakibatkan
rumah kita berbau busuk, kotor serta berasap. Hal ini, haruslah diterapkan
dalam diri setiap individu bagi sama-sama membenteras pencemaran tanah yang
semakin berleluasa ini.
Pencemaran
bunyi dapat diertikan sebagai bunyi bising yang keterlaluan dan boleh
memekakkan telinga dan boleh menganggu ketenteraman awam.Hal ini berlaku
apabila pengeluaran bunyi di tempat yang tidak sesuai. Sebagai contoh industri
perkilangan besi mengeluarkan bunyi bising di kawasan penempatan penduduk. Pencemaran
bunyi bising kebiasaannya melebihi 80 desibel (db). Aktiviti seperti kawasan
pembinaan rumah, bunyi akan dikeluarkan apabila cerucuk besi ditanam di dalam
tanah akibat oleh pembinaan tanah yang tinggi. Pencemaran ini juga menyebabkan
orang awam tidak dapat melakukan sesuatu dan berfikir dengan tenang. Kesannya, masyarakat
setempat akan wujud pelbagai penyakit, gangguan psikologi, menjejaskan
produktiviti, hilang imbangan diri, pekak dan kehamilan seseorang. Oleh itu, industri
perkilangan haruslah ditempatkan pada jarak yang jauh dari kawasan penginapan
masyarakat agar dapat mengelakkan gangguan yang tersebut. Selain itu, majikan
industri perkilangan haruslah peka terhadap kebajikan masyarakat yang perlu
diambil kira sebelum beroperasi. Gangguan
seperti ini akan menyebabkan masyarakat mengambil tindakan untuk mendapatkan
hak mereka.
Radiasi adalah salah satu
sel-sel elektronik seperti bateri, computer, kalkulator, bahan-bahan kimia yang
telah diolah dan sebagainya. Pencemaran radiasi adalah disebabkan oleh debu
radioaktif akibat terjadinya ledakan reaktor-reaktor atom serta bom atom. Pencemaran
radioaktif seperti nuklear adalah sangat merbahaya dalam kehidupan
sekelilingnya seperti radiasi alpha, beta, dan gamma. Ini kerana pencemaran
radiasi tersebut boleh menyebabkan sel-sel dalam badan rosak. Selain itu, apabila
sesebuah kawasan terkena bom atom tanah tidak boleh dijadikan sebagai kawasan
pertanian. Ini juga mengakibatkan satu sumber ekonomi dunia telah lenyap. Terdapat
pelbagai kesan terhadap masyarakat iaitu masyarakat akan mengalami pening
kepala, berat badan menurun, hilang selera makan,peningkatan denyutan nadi atau jantung dan sebagainya. Oleh itu, pihak
yang tertentu memainkan peranan yang penting dalam hal ini. Ini kerana
pencemaran radiasi tersebut meninggalkan kesan jangka yang panjang terhadap
masyarakat.
Bumi adalah satu-satunya yang boleh
menghidupkan ekosistem dan organisma secara bebas. Kita seharusnya menjaga alam
kurniaan tuhan ini dengan sebaik mungkin. Sepatutnya kita melahirkan sifat
keprihatinan kita terhadap alam sekitar dengan mencintainya dan rasa hormat
atas sumbangan yang diberikan. Menjaga alam sekitar supaya tidak tercemar, ini
sudah cukup menandakan kita bersyukur dengan kurniaan yang diberikan kepada
kita seterusnya membolehkan kita semua untuk menghirup udara dan bekalan air
yang bersih. Penglibatan Jabatan alam
sekitar dalam melaksanakan tanggungjawab hanya akan tercapai dengan kerjasama
dan kefahaman masyarakat umum akan betapa pentingnya penjagaan alam sekitar. Alam
sekitar yang bersih dan menarik mencerminkan masyarakat yang harmonis dan
sihat bagi menerajui pembangunan sains
dan teknologi negara.
Rujukan
Abu
Bakar Yang. 2004. Alam Sekitar Anugerah
Tuhan. Budiman Sdn. Bhd, Kuala Lumpur.
Jasman Ahmad. 1996. Pencemaran Alam Sekitar. Utusan
Publications & Distributors
Sdn. Bhd, Selangor.
Dilayari pada 3 Julai 2015, http://www.sabah.org.my/bm/kenali_sabah/as_pencemaran_bunyi.asphttp://www.sabah.org.my/bm/kenali_sabah/as_pencemaran_tanah.asp
No comments:
Post a Comment