Bahagian
A
1.0
Pengenalan
Secara
umumnya, disiplin boleh didefinisikan sebagai latihan pemikiran dan kelakuan
supaya boleh mengawal diri sendiri dan patuh kepada tatatertib. (Kamus Dewan
edisi keempat, halaman 356). Selain itu, Chong Leon Keow pula menyatakan bahawa
disiplin adalah pencegahan dan pemulihan atau secara keterangannnya adalah
latihan yang dijangkakan menghasilkan watak yang khusus atau pada tingkah laku.
Beliau juga menyatakan bahawa disiplin juga merupakan hukuman yang bertujuan
membetulkan atau melatih seseorang murid.
Seterusnya
dalam model pengurusan tingkah laku terdapat tiga perspektif utama yang
ditekankan. Perspektif tersebut adalah:
i.
Pengurusan bilik darjah sebagai satu disiplin
ii.
Pengurusan bilik darjah sebagai satu sistem
iii.
Pengurusan bilik darjah sebagi satu pengajaran
Ketiga-tiga
perspektif ini adalah saling berkaitan dan amatlah ditekan dalam model-model
pengurusan disiplin bilik darjah. Menurut ahli-ahli pendidik, terdapat lima
model pengurusan disiplin bilik darjah yang boleh dijadikan rujukan kepada
guru-guru sekolah. Model-model tersebut ialah:
i.
Modifikasi Tingkah Laku
ii.
Model Disiplin Asertif Canter
iii.
Model Akibat Logikal Dreikurs
iv.
Model Pengurusan Kelompok Kounin
v.
Terapi Realiti Glasser
Secara
ringkasnya model Modifikasi Tingkah Laku dipelopori oleh Skinner. Beliau
mengutarakan model ini adalah berasaskan prinsip bahawa semua tingkah laku
boleh dipelajari dan dikekalkan melalui pengukuhan. Pengukuhan ini boleh
berbentuk positif atau negatif. Beliau juga menekankan pengukuhan kontingensi
iaitu hubungan antara tingkah laku dan konsekuan yang membawa kepada kawalan
tingkah laku secara berkesan.
Manakala
model Disiplin Asertif Canter pula diutarakan oleh Lee dan Marlene Canter pada
tahun 1976. Model ini menekankan bahawa gaya respon seseorang guru boleh
bersifat asertif, tidak asertif serta agresif. Sifat asertif berlaku apabila
guru memberi amaran dan menyatakan hukuman kepada murid jika melakukan sesuatu
salah laku. Sifat tidak asertif pula meminta guru untuk memarahi dalam nada
tegas dan meminta murid menghentikan perbuatan tersebut. Dan terakhirnya,
bersifat agresif pula berlaku apabila guru bercakap nada yang paling tegas dan
hampir melaksanakan hukuman kepada murid. Model ini lebih menunjukkan bahawa
guru bersikap authoritarian dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Seterusnya
adalah berkaitan dengan model Akibat Logikal Dreikurs atau dikenali juga
sebagai Model Disiplin Sosial. Model ini telah diajukan oleh Dreikurs. Model
ini menekankan empat prinsip asas iaitu manusia ingin dimiliki atau menjadi
anggota sesuatu kelompok, semua tingkah laku adalah bersebab, manusia boleh
membuat keputusan dan realiti dipersepsikan oleh manusia.
Bagi
model Pengurusan Kelompok Kounin yang diutarakan oleh Jacob Kounin pula
berasaskan konsep “kesan riak”. Konsep ini bermaksud bahawa apabila guru
menegur seorang murid, murid yang lain turut berhenti daripada melakukan
sesuatu salah laku. Antara teknik yang dicadangkan oleh beliau adalah seperti
with-itness, bertindan-tindih, kelicinan, momentum, dan kepekaan kelompok.
Akhirnya
adalah melibatkan Terapi Realiti Glasser yang dipelopori oleh Glasser pada
tahun 1965. Model ini ditukar kepada teori kawalan dan kemudiannya kepada teori
pilihan. Prinsip-prinsip yang ditekankan adalah dengan menyatakan bahawa setiap
individu bertanggungjawab atas tingkah laku masing-masing serta berupaya untuk
berubah dan hidup secara berkesan jika bimbingan dan sokongan diberikan. Selain
itu, prinsip model ini juga mengkehendaki setiap individu bertingkah laku
mengikut cara tertentu mengikut kehendak masing-masing.
2.0
Kajian Kes
Encik
Miller dan dua lagi guru Matematik yang lain telah menggunakan strategi
pengajaran secara berkumpulan untuk mengajar subjek tersebut. Setiap hari selepas
rehat, terdapat beberapa orang murid ke kelas Encik Miller dan yang selebihnya
ke kelas rakan-rakannya. Encik Miller berasa kecewa dengan proses perjalanan
menggunakan kaedah ini. Hal ini kerana beliau mendapati bahawa masa banyak
dibazirkan semasa murid-murid bertukar kelas, menyusun dan bersiap sedia semula
setiap kali pertukaran berlaku.kadang-kadang. Murid-murid yang tiba awal di
kelas tersebut serta murid dari kelas lain yang melalui laluan tersebut
mengganggu rakan-rakan mereka di dalam. Selain itu, didapati beberapa orang
murid tidak membawa bahan yang hendak digunakan dalam proses pembelajaran.
Semasa,Encik Miller mengajukan soalan penyelesaian masalah, kebanyakan daripada
mereka hanya membuat bising atau melihat sekeliling. Dan apabila Encik Miller
hendak memulakan pengajaran, beliau begitu sukar untuk meminta murid berhenti
dan bersedia untuk proses pembelajaran. Maka, apakah yang boleh dilakukan oleh
Encik Miller bagi memastikan pengarajaran berkumpulan ini berjalan dengan
lancar dan teratur?
(Lampiran
4)
3.0
Masalah yang timbul.
Berdasarkan
keadaan dalam kes di atas dapat dikesan bahawa terdapat beberapa masalah yang
berlaku. Antara masalah-masalah yang dapat dilihat dalam kes ini adalah:
i.
pembaziran masa,
ii.
keadaan pelajar yang terpaksa bersiap sedia dan menyusun semula minda mereka,
iii.
ketidakseragaman penukaran kelas,
iv.
gangguan dari murid yang terlibat dan tidak terlibat dengan pembelajaran ini,
v. sering
berbual serta tidak mengendahkan soalan guru,
vi.
sikap murid yang tidak membawa bahan pembelajaran dan
viii.
kesukaran guru untuk mengawal kelas.
4.0
Cara mengatasi dengan mengaplikasikan model pengurusan disiplin untuk
penyelesaiannya.
Berpandukan
senarai masalah yang dinyatakan di atas, terdapat beberapa kaedah atau strategi
yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah tersebut. Bagi masalah yang
melibatkan pembaziran masa, kaedah yang boleh digunakan adalah dengan
mengaplikasikan model Disiplin Asertif Canter. Model ini juga boleh
diaplikasikan bagi masalah kesukaran guru untuk mengawal kelas. Strategi yang
boleh digunakan oleh Encik Miller adalah dengan mengamalkan sikap asertif pada
peringkat permulaan. Pada kali pertama memulakan kelas tersebut, Encik Miller
perlu menyatakan terlebih dahulu peraturan-peraturan yang dikehendaki olehnya.
Encik Miller juga perlu mengingatkan rakan-rakannya yang lain untuk menyatakan
peraturan bahawa setiap murid perlu menepati masa. Cara yang terbaik adalah
dengan menamatkan lima minit lebih awal.perkara ini akan memudahkan murid untuk
bergerak dan bersiap sedia untuk kelas yang seterusnya. Hal ini secara tidak
langsung dapat membantu Encik Miller mengawal kelas. Naturalnya, kanak-kanak
akan mudah mengingati perkara pertama yang berlaku ke atas dirinya. Maka,
ketegasan amat diperlukan semasa kali pertama memasuki kelas.
Manakala
bagi masalah ketidakseragaman penukaran kelas pula diselesaikan dengan
melaksanakan teknik yang terdapat dalam model Pengurusan Kelompok Kounin.
Teknik-teknik yang wajar digunakan adalah teknik kelicinan, momentum dan
kepekaan kelompok. Teknik kelicinan dan momentum diaplikasi sewaktu proses
penukaran berlaku. Encik Miller perlu memastikan murid berada dalam keadaan
selesa sebelum atau setelah bertukar kelas. Murid pula dinasihati dapat
meningkatkan momentum pergerakan mereka. Manakala kepekaan kelompok
diperlihatkan apabila Encik Miller peka terhadap masa untuk menamatkan sesi
pengajaran dan pembelajaran. Bagi memastikan teknik ini lebih berkesan,
disarankan bahawa Encik Miller menyelaraskan jam di setiap kelas yang terlibat
dan menggunakan jam loceng. Jam itu akan berbunyi lima minit sebelum masa
sebenar tamat dan guru perlu menamatkan sesi pengajarannya.
Seterusnya,
masalah yang berkaitan dengan keadaan pelajar terpaksa bersiap sedia dan
menyusun semula minda mereka, gangguan dari murid dan rakan sebaya mereka serta
tidak mengendahkan pertanyaan guru dapat dicegah melalui model Akibat Logikal
Dreikurs. Berdasarkan prinsip ini, perubahan tingkah laku terdorong dalam
seseorang individu dengan bimbingan daripada individu lain. Maka, model sesuai
diaplikasikan kerana salah laku itu perlu diubah dan seterusnya dikekalkan.
Encik Miller boleh membantu murid untuk mengubah tingkah laku tersebut.
Antaranya dengan memberi kesedaran dan menasihati setiap tingkah laku negatif
mereka. Jika, strategi ini tidak berjaya dilaksanakan, maka kaedah atau
strategi dari model-model lain boleh diaplikasikan. Misalnya menggunakan
langkah yang telah dinyatakan dalam Terapi Realiti Glasser. Dalam model ini,
Encik Miller perlu meningkatkan cara pertanyaannya. Sebagai contoh, “Apa yang
kamu lakukan?” adalah lebih berkesan daripada” Mengapa kamu lakukan perbuatan
itu?”
Manakala
bagi masalah yang berikutnya iaitu sikap murid yang tidak membawa bahan
pembelajaran dan sering berbual boleh diperbaiki dengan menggunakan kaedah yang
sama seperti di atas. Namun, strategi yang disarankan adalah dengan
melaksanakan model Modifikasi Tingkah Laku. Encik Miller boleh mengaplikasikan
strategi ini bagi masalah di atas juga. Model ini berasaskan prinsip
pengukuhan. Encik Miller perlu memberi ganjaran kepada murid yang membawa bahan
pembelajaran dan peneguh negatif apabila kesalahan dilakukan. Bagi murid yang
tidak membawa bahan pembelajaran atau berborak semasa guru mengajar, kaedah
time-out boleh digunakan. Encik Miller meminta murid untuk berada di belakang
atau pun hadapan kelas apabila melakukan sesuatu kesalahan walaupun setelah
beberapa ditegur dan diberi amaran.
Selain
daripada cadangan penyelesaian yang telah dinyatakan, Encik Miller juga boleh mengaplikasikan
terus model Terapi Realiti Glasser. Seperti mana yang telah dinyatakan di atas,
dalam terapi ini ada 10 langkah yang disarankan. Berikut merupakan langkah yang
boleh diikuti oleh Encik Miller:
i.
Mengenal pasti punca berlakunya masalah tersebut
ii.
Memilih Strategi yang sesuai digunakan
iii.
Mengatasi masalah melalui dua cara iaitu memberi latihan yang menarik dan
relevan serta membina hubungan positif dengan murid
iv.
Meningkatkan cara penyoalan
v.
Membuat perbincangan dengan murid
vi.
Meminta murid membuat pelan tindakan yang positif sambil dipantau oleh guru
vii.
Menggunakan kaedah time-out yang masih berada dalam kelas
viii.
Menghantar murid ke lokasi yang lain tetapi selesa dengan dipantau aleh guru
yang ditugaskan
ix.
Menghubungi ibu bapa
x.
Merujuk kepada pihak berkuasa
Perlaksanaan
terapi ini perlulah dilaksanakan mengikut kesesuaian murid tersebut.
BAHAGIAN
B
5.0
Pengenalan
Mengikut
Kamus Dewan (2005) pengurusan bermaksud mengurus sesuatu atau perihal mengurus.
Ini membawa pengertian yang lebih luas kearah mengendalikan sesuatu agar lebih
teratur dan tersusun. Dalam konteks pendidikan, pengurusan bilik darjah yang
baik boleh menjurus kepada situasi yang lebih baik dan berprosedur sempurna
untuk mencapai objektif-objektif aktiviti yang lebih berkesan dan bermakna.
Pengurusan bilik darjah ialah suatu aspek yang penting dalam melaksanakan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
Keadaan
fizikal bilik darjah seperti susun atur kerusi meja pelajar, jadual waktu mata
pelajaran dan tugasan, peraturan kelas, kemudahan asas, pencahayaan dan
sebagainya seharusnya menggalakkan proses pembelajaran dan pengajaran dalam
bilik darjah. Jadi sebagai seorang guru, perlu tahu cara menyusun tempat duduk
pelajar dan peralatan bilik darjah, mengurus pergerakan pelajar di dalam kelas
dan mengawal disiplin pelajar di dalam kelas supaya pengajaran dan pembelajaran
dapat berjalan dengan lancar.
Susunan
fizikal di dalam kelas boleh memberi sumbangan dari segi kawalan, perhubungan
guru dengan murid dan sesama murid di dalam kelas malah mewujudkan keseronokan
bekerja bersama-sama untuk mencapai sesuatu visi. Ini sangat sesuai sepertimana
menurut Marland (1975), suasana fizikal di dalam bilik darjah mungkin merupakan
kawan atau musuh dalam pengajaran. Menurut Savage (1999), menyusun atur
persekitaran fizikal bukan sahaja akan mempengaruhi tingkah laku murid malah ia
juga boleh mempengaruhi sikap murid dan menyumbang kepada
prestasi
akademik murid.
6.0
Pengurusan Bilik Darjah
Pengurusan
bilik darjah pula didefinisikan sebagai tindakan dan strategi yang
digunakan
untuk mengekalkan peraturan bilik darjah. Pengurusan bilik darjah adalah
satu
kemahiran yang amat penting dan perlu dikembangkan oleh guru-guru bagi
membolehkan
guru mengurus pembelajaran dengan lebih berkesan. Pengurusan bilik
darjah
pada umumnya bertujuan mewujudkan keadaan, suasana, dan persekitaran
pembelajaran
yang kondusif.
Menurut
Lemlech (1988), mengibaratkan pengurusan bilik darjah sebagai okestra dalam
kehidupan di bilik darjah yang memerlukan pembentukan kurikulum,
penyelenggaraan, prosedur dan sumber pengajaran. Ia juga menekankan tenteng
pentingnya penyusunan suasana bilik darjah bagi meningkatkan keberkesanan,
pemantauan perkembangan pelajar serta tanggungjawab guru dalam memikirkan
masalah-masalah yang mungkin akan timbul.
Manakala, pendapat Levin dan Nolan
(2004) pula, mereka memberi tumpuan aspek keberkesanan dalam pengurusan bilik
darjah itu sendiri. Mereka berpendapat bahawa kedua-dua aspek arahan dan
pengurusan merupakan proses yang mempunyai tujuan di mana tindakan serta sikap
guru itu bertindak untuk memudahkan objektif yang ingin dicapai oleh guru itu
sendiri dalam pengajaran dan pembelajaran.
No comments:
Post a Comment