1.0 PENGENALAN
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) merupakan dasar pendidikan yang telah
dilaksanakan di negara Malaysia. Berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan,
setiap aktiviti pendidikan diadakan bagi mencapai intipati utama dalam FPK
iaitu melahirkan insan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan
intelektual.
Murid-murid adalah berbeza dari segi kesediaan belajar
dan keupayaan mereka menerima pelajaran. Oleh itu, untuk memenuhi hasrat
menyediakan kemudahan-kemudahan yang cukup serta memberi peluang kepada
murid-murid menerima pelajaran yang sama, rancangan Kurikulum Baru Sekolah
Rendah (KBSR) mengandungi program pemulihan dan pengayaan. Berdasarkan prestasi
murid yang dikesan melalui sistem penilaian. Murid yang mencapai taraf yang
ditentukan diberi peluang mengikuti program pengayaan, manakala murid yang
tidak mencapai taraf tersebut diperlukan mengikuti program pemulihan (Kamarudin
Hj. Husin, 1997: 191).
Pendidikan pemulihan adalah satu cabang yang khusus bagi
mengatasi serba sedikit masalah pendidikan yang timbul pada masa kini, khasnya
bagi kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran serta tercicir dan
ketinggalan dalam pembelajaran mereka sama ada dijalankan di dalam kelas
mahupun di luar. Masalah pembelajaran yang sering dihadapi oleh murid-murid
ialah kesukaran menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengiran (3M).
Pendidikan pemulihan merupakan satu rancangan khas untuk membantu murid-murid
menguasai kemahiran-kemahiran asas tersebut yang disertakan dengan aktiviti
pengayaan bagi memperkukuhkan kemahiran yang telah diajarkan.
Dalam tugasan kali ini, penulis telah dikehendaki
menghasilkan satu tugasan tentang konsep, objektif dan rasional pendidikan
pemulihan dan pengayaan serta menjelaskan cara-cara mengesan murid-murid yang
bermasalah dalam pembelajaran. Selain itu, penulis juga diminta untuk membina
Rancangan Pengajaran Harian pendidikan pemulihan dan pengayaan serta bahan
bantu mengajar berbantukan komputer.
2.0 PEMULIHAN
Pendidikan pemulihan merupakan satu proses pengajaran dan
pembelajaran yang memberi keutamaan kepada masalah murid dan langkah-langkah
yang sewajarnya diambil untuk mengenalpasti dan memulihkannya. Program pemulihan
juga akan memberi perhatian kepada sikap murid-murid yang negatif dan tingkah
laku yang kurang baik yang akan menjejaskan pembelajaran dan pembentukan sikap
yang baik (Asas KBSR 1, 1982: 134).
2.1 KONSEP PEMULIHAN
RAJAH 1 : Kamus Dewan Edisi Keempat 2005:
1245-1246
RAJAH 2 : O.C. Simpson, 1975: 83
RAJAH 3 : Syarifah Alwiah Alsagoff, 1983:
371
RAJAH 4 : Collins (1961)
RAJAH 5 : Ishak Harun & Koh Boh Boon,
1983 : 191
RAJAH 6 :
Mengikut konteks Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)
Berdasarkan pendapat-pendapat di atas, dapatlah disimpulkan
di sini bahawa pendidikan pemulihan adalah merupakan satu proses pengajaran dan
pembelajaran yang dijalankan bagi mengesan masalah pembelajaran yang dihadapi
oleh murid-murid bagi menguasai satu-satu kemahiran. Proses ini dijalankan sama
ada di dalam kelas biasa mahupun di luar kelas. Pendidikan pemulihan ini juga
dilakukan dari semasa ke semasa bagi memastikan masalah yang dihadapi dapat
diatasi dengan sebaiknya. Melalui pendidikan pemulihan, guru-guru akan dapat
memperbaiki kelemahan pelajar sekaligus mengatasi masalah pembelajaran yang
dihadapi oleh pelajarnya. Selain itu, jurang antara pencapaian pelajar akan
dapat dikurangkan dan mereka akan dapat belajar bersama-sama dalam suasan
pembelajaran yang lebih baik di dalam kelas biasa.
2.2 OBJEKTIF PENDIDIKAN PEMULIHAN
Pengajaran dan pendidikan pemulihan mempunyai objektifnya yang tersendiri.
Antaranya ialah:
2.3 RASIONAL PENDIDIKAN PEMULIHAN
Dalam dunia moden ini, tidak dapat mengenal huruf akan menyekat kemajuan,
tidak boleh mengira akan menggangu perjalanan kehidupan seharian dan tidak
pandai menulis beerti tidak mempunyai satu kemahiran asas untuk membatang dan
menurunkan sesuatu kepada lambang yang telah diterima oleh masyarakat sebagai
bukti kebolehan dalam zaman moden ini.
Menurut
kajian pakar-pakar pendidik, kanak-kanak pada keseluruhannya mempunyai daya
intelek dalam kecerdasan yang rendah
serta kurang berkebolehan menerima pendidikan biasa dengan sepenuhnya. Mereka
kurang mampu membuat kesimpulan dan kurang memahami tentang pelajaran yang
abstrak. Oleh itu, ramai murid yang menghadapi masalah dalam aktiviti
pembelajaran mereka. Untuk membantu murid-murid ini menghadapi masalah pembelajaran,
program pemulihan merupakan satu-satunya aktiviti pengajaran dan pembelajaran
yang paling berkesan (Mok Soon Sang, 1994: 224).
Seperti
diketahui umum, murid-murid di dalam sebuah kelas berbeza dari segi intelek,
jasmani, rohani, emosi, pengalaman, minat, bakat dan sebagainya. Oleh yang
demikian, kadar keupayaan mereka belajar juga berbeza. Di dalam sebuah kelas
yang mengandungi ramai murid, perbezaan-pebezaan ini memang tidak dapat diberi
perhatian dan dilayani oleh guru. Tambahan pula, untuk menghabiskan sukatan
pelajaran begitu berat, guru terpaksa mengguna kaedah seluruh kelas dalam
aktiviti pengajaran mereka. Dalam keadaan ini murid-murid yang mempunyai
kebolehan rendah tidak boleh menerima apa yang diajarkan oleh guru. Akibatnya,
murid-murid ini ketinggalan di belakang kerana tidak dapat menguasai
kemahiran-kemahiran asas. Dalam situasi ini, program pemulihan hendaklah
disediakan untuk mereka dengan serta merta supaya masalah-masalah pembelajaran
tidak berhimpun hingga ke peringkat yang tidak dapat dipulihkan lagi.
Murid-murid memang
memerlukan banyak perhatian dan bimbingan guru sama ada secara kumpulan kecil
atau secara individu. Justeru itu, program pemulihan haruslah disediakan untuk
membantu mereka mengatasi masalah pembelajaran yang mereka hadapi.
3.0 PENGAYAAN
Pengayaan merupakan aktiviti tambahan kepada aktiviti asas pembelajaran
yang dilakukan sama ada semasa sesi persekolahan atau di luar waktu persekolahan.
Tujuan program pengayaan ialah untuk meluaskan pengetahuan dan pengalaman di
samping mengukuhkan kemahiran yang sedang dipelajari. Penglibatan murid-murid
dalam aktiviti ini membolehkan mereka mengembangkan lagi sifat ingin tahu,
minat, kreativiti, sikap berdikari dan bakat kepimpinan serta melibatkan diri
dalam membuat sesuatu keputusan untuk diri sendiri, kumpulan dan masyarakat.
3.1 KONSEP
PENDIDIKAN PENGAYAAN
RAJAH 1 : Pengajian Melayu 1, 1997: 202
RAJAH 2 : Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005:
693
RAJAH 3 : Mok Soon Sang, 1990: 55
RAJAH 4 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu
KBSR, 1994: 5
Rajah 5 : Pedagogi Untuk Pengajaran dan
Pembelajaran Edisi 2, 2010: 505
Berdasarkan
konsep-konsep di atas, dapatlah disimpulkan di sini bahawa pendidikan pengayaan
merupakan sesuatu aktiviti yang dijalankan bagi mengukuhkan lagi pengetahuan
dan pembelajaran murid-murid terhadap sesuatu kemahiran yang diajarkan kepada
mereka. Aktiviti pengayaan disediakan untuk semua murid di dalam kelas, sama
ada peringkat sekolah rendah atau menengah mahupun dalam kumpulan cerdas,
sederhana atau lambat. Biasanya, aktiviti pengayaan diberikan kepada
murid-murid selepas mereka telah berjaya menguasai satu atau beberapa kemahiran
asas tertentu. Melalui aktiviti pengayaan ini, murid-murid akan dapat
memperluaskan pengalaman dan pengetahuan mereka sekaligus masalah pembelajaran
akan dapat di atasi.
3.2 OBJEKTIF
PENDIDIKAN PENGAYAAN
Aktiviti-aktiviti pengayaan
bertujuan untuk membolehkan murid-murid:
3.3 RASIONAL
PENDIDIKAN PENGAYAAN
Pada peringkat permulaan
persekolahan, semua murid didedahkan kepada pengalaman pembelajaran yang sama.
Pada hakikatnya, murid-murid adalah berbeza dari segi fizikal, emosi, minat,
mental, bakat, latar belakang sosial dan sebagainya. Oleh yang demikian,
pertimbangan yang wajar harus diberikan dalam menentukan corak layanan yang
diperlukan oleh murid-murid tersebut.
Pada
umumnya, dalam sesuatu situasi pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat
dikelaskan dalam tiga kumpulan, iaitu kumpulan cerdas, sederhana dan lamabat.
Murid-murid ini haruslah menerima layanan dan kemudahan pembelajaran yang
sesuai dengan perkembangan dan pertumbuhan fizikal dan mental mereka.
Murid-murid yang cerdas dan sederhana merupakan murid-murid yang kurang
bermasalah atau yang berpotensi dalam pelajaran mereka. Walau bagaimanapun,
murid-murid ini mungkin akan menghadapi masalah sekiranya mereka tidak mendapat
layanan pembelajaran yang sesuai dengan mereka. Oleh yang demikian, murid-murid
ini patutlah diberi program pengayaan. Melalui program ini, mereka berpeluang
mengikuti berbagai-bagai bentuk aktiviti yang menarik dan mencabar (Pengajian
Melayu 1, 1997: 203-204).
Kesilapan
dalam memberikan perhatian dan menyediakan wadah yang sesuai dengan ciri-ciri
murid dan tahap kemampuan mereka boleh menjadi punca masalah kerana ianya berkemungkinan
akan membantutkan minat belajar murid. Contohnya, mereka berasa bosan kerana
saban hari dan waktu diajar dengan corak pembelajaran yang sama. Aktiviti yang
dijalankan sama untuk keseluruhan kelas juga boleh menghilangkan keghairahan
untuk belajar terutama bagi murid yang cerdas yang merasai aktiviti tersebut
tidak mencaba kemampuan mereka.
Bagi
murid-murid dalam kumpulan lambat, selain aktiviti pemulihan, mereka juga harus
diberi program pengayaan yang sesuai dengan kebolehan mereka. Melalui program
ini, mereka akan sama-sama berpeluang menikmati berbagai-berbagai pengalaman,
seterusnya menimbulkan minat mereka dalam aktiviti pembelajaran. Dengan adanya
program pengayaan, adalah diharapkan setiap orang murid bukan sahaja dapat
mengalami suasana pembelajaran yang lebih menarik dan menggembirakan tetapi
juga mengembangkan aspek fizikal emosi, minat, kebolehan, daya cita dan bakat
individu secara menyeluruh.
4.0 CARA-CARA
MENGESAN MURID-MURID YANG BERMASALAH DALAM PEMBELAJARAN
Beberapa kaedah yang harus dilakukan bagi mengenalpasti
murid-murid yang bermasalah dalam pembelajaran. Antaranya ialah melalui :
4.1 PEMERHATIAN
Teknik pemerhatian boleh digunakan untuk mengenalpasti
ciri-ciri perkembangan murid daripada bidang afektif dan psikomotor, khasnya
bagi mata pelajaran Agama Islam, Pendidikan Moral, Muzik dan Pendidikan
Jasmani. Aktiviti pemerhatian tingkah laku murid harus dibuat berdasarkan
perlakuan mereka semasa di dalam dan luar bilik darjah.
Melalui
cara ini, guru akan mengetahui perubahan yang mungkin jelas kelihatan misalnya
dari aspek emosi, ketegangan murid, kedudukan tubuh badan yang tidak semula
jadi dan perubahan tingkah laku.
4.2 PENTAFSIRAN
REKOD PRESTASI
Rekod prestasi merupakan rekod yang menyimpan maklumat
tentang pencapaian akademik murid dan keterangan yang tepat dan lengkap tentang
pencapaian murid dalam kelas. Pentingnya rekod prestasi ini antaranya dapat
membantu guru menilai secara jangka panjang dan membolehkan guru sentiasa
mempunyai pengetahuan tentang murid-murid mereka.
Bagi
ibu bapa pula, rekod prestasi dapat membantu mereka memahami prestasi akademik,
perkembangan sosila, fizikal dan emosi anak-anak. Melalui sumber berkenaan, ibu
bapa dapat membantu pihak sekolah seperti menilai anak-anak, meningkatkan
tanggungjawab sebagai penjaga dengan menasihati dan memberi tunjuk ajar di
rumah.
4.3 REKOD PROFIL
Rekod profil ialah rekod yang memberi maklumat tentang
pencapaian murid-murid dalam semua mata pelajaran yang diikuti di sekolah.
Pencapaian ini ditunjukkan dengan menggunakan markah dan gred. Rekod ini
mencatatkan prestasi murid-murid setiap penghujung semester. Biasanya catatan
dibuat pada awal tahun, pertengahan tahun dan akhir tahun atau mengikut
semester. Pencapaian dalam rekod ini berdasarkan satu ujian sumatif pada akhir
setiap semester.
Rekod
profil yang disarankan dalam KBSR dan KBSM adalah bentuk senarai kemahiran,
minat , bakat dan lain-lain yang tidak begitu formal bentuknya. Segala maklumat
tentang murid-murid haruslah didasarkan kepada penilaian yang dibuat dalam
bentuk pemerhatian yang dilakukan secara tidak formal. Walau bagaimanapun,
ujian kertas dan pensel yang biasanya dibuat secara formal juga dilaksanakan.
4.4 UJIAN KERTAS
DAN PENSIL
Ujian bentuk ini melibatkan penggunaan perkataan secara
tidak langsung menguji penguasaan bahasa murid. Ujian kertas dan pensel terdiri
daripada ujian objektif dan ujian subjektif. Ini bermakna dalam sesuatu ujian,
soalan-soalan itu memerlukan murid membaca, meneliti, mengkaji dan menulis jawapan.
4.5 UJIAN DAN
LATIHAN HARIAN
Guru boleh mengesan masalah pembelajaran murid-murid
melalui pemeriksaan dan keputusan ujian murid atau latihan harian bertulis.
Keputusan ujian dan hasil kerja murid dalam latihan harian akan memberi
gambaran yang jelas tentang kelemahan penguasaan kemahiran menulis dan mengira
seseorang murid.
4.5 SOAL JAWAB ATAU
KUIZ
Soal jawab atau kuiz merupakan cara yang paling cepat
untuk mengesan masalah pembelajaran yang dihadapi oleh seseorang murid. Melalui
aktiviti soal jawab di dalam kelas, bidang kelemahan penguasaan kemahiran
membaca atau mengira dapat dikesan dengan serta-merta.
Aktiviti
soal jawab atau kuiz ini merupakan sejenis aktiviti penilaian formatif yang
dilakukan semasa guru menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Dengan
cara ini, guru seterusnya akan dapat membetulkan kesilapan murid dan memberi
aktiviti pengukuhan bagi kemahiran yang berkenaan.
4.6 TEMU BUAL
DENGAN GURU DARJAH
Perbincangan dengan guru darjah dapat memberi maklumat
tentang seseorang murid yang hendak dikenal pasti. Melalui temu bual dengan
guru darjah atau guru mata pelajaranm kita boleh mendapatkan maklumat-maklumat
seperti rekod kedatangan, ketepatan masa, pencapaian kerja akademik, ciri-ciri
tingkah laku yang khusus dan perbezaan-perbezaan individu dalam kalangan
murid-murid yang lain. Maklumat-maklumat ini dianalisis dan hasilnya akan dapat
membantu guru mengesan masalah pembelajaran murid.
4.7 TEMUBUAL DENGAN
IBU BAPA
Ibu bapa seharusnya bekerjasama dengan guru untuk memberi
maklumat tentang masalah pembelajaran murid, terutamanya murid Tahun Satu.
Melalui temu bual dengan ibu bapa, guru dapat mengetahui banyak maklumat
contohnya tentang latar belakang keluarga, aspek kesihatan, pemakanan, kemudahan
pembelajaran dan kemudahan asas yang lain di rumah. Dengan adanya maklumat ini,
guru dapat mengenal pasti punca-punca masalah pembelajaran murid dan dpat
merangka suatu perancangan yang berkesan untuk membantu murid-murid bermasalah.
5.0 RANCANGAN PENGAJARAN
HARIAN PENDIDIKAN PEMULIHAN DAN PENGAYAAN
No comments:
Post a Comment