KES YANG DIKAJI
Dalam kes masalah
pembelajaran yang berlaku dalam bilik darjah yang dikenal pasti, murid-murid
mudah hilang tumpuan semasa proses pengajaran dan pembelajaran selepas
penukaran kelas untuk sesuatu subjek. Masalah pembelajaran yang seterusnya
ialah gangguan luar seperti komunikasi dengan murid dari kelas lain ketika guru
mengajar.
Pada kes pertama ini, murid-murid telah hilang tumpuan
semasa proses pengajaran dan pembelajaran selepas penukaran kelas untuk sesuatu
subjek. Masalah pembelajaran yang berlaku ini disebabkan murid belum bersedia
untuk pengajaran dan pembelajaran seterusnya, berasa bosan dan aktiviti seperti
bermain dan berbual dengan rakan lebih menarik minat mereka berbanding
pengajaran yang dibuat oleh guru. Faktor-faktor ini menyebabkan murid tidak
dapat menumpukan perhatian sepenuhnya untuk pengajaran dan pembelajaran yang
dilakukan oleh guru. Akibatnya, murid melakukan aktiviti yang dirasakan
menyeronokkan bagi mereka yang pastinya tidak berkaitan dengan pengajaran dan
pembelajaran yang dibuat guru.
Masalah yang wujud dalam proses pembelajaran
seterusnya ialah gangguan luar. Jika murid tidak memberi respons terhadap
gangguan yang berlaku, pastinya masalah pembelajaran iaitu hilang tumpuan
terhadap pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan oleh guru berlaku. Murid
cenderung untuk berkomunikasi dengan rakan di luar dari kelas lain kerana
berpendapat lebih menyeronokkan. Gangguan seperti ini tidak dapat guru kawal,
tetapi guru dapat berusaha untuk mengelakkan murid daripada memberi respons
terhadap gangguan yang dilakukan oleh murid lain.
MODEL YANG DIGUNAKAN UNTUK
MEMAHAMI KES YANG DIANALISIS DENGAN MENDALAM
Model Disiplin Asertif
Canter ialah salah satu model dalam
pengurusan disiplin bilik darjah. Model ini menekankan respons yang
bersifat asertif, tidak asertif dan agresif. Respons asertif apabila guru
memberi amaran kepada murid apabila kesalahan dilakukan. Respons tidak asertif
pula merupakan respons yang diberi dalam bentuk penegasan dalam nada suara dan
meminta murid menghentikan salah laku yang dilakukan. Respons agresif pula
berlaku apabila nada yang paling tegas dan hampir melaksanakan hukuman terhadap
murid.
Dalam kes yang berlaku,
murid-murid telah hilang tumpuan ketika guru mengajar selepas penukaran kelas. Disebabkan hilang minat dalam pembelajaran
yang berpunca daripada rasa bosan, masih minat dalam matapelajaran sebelumnya,
ataupun tertarik dengan aktiviti lain, murid cendurung dalam melakukan kerja
sendiri dan melakukan sesuatu yang bagi mereka lebih menyeronokkan.
Model Disiplin Asertif
Canter digunakan untuk mengenalpasti masalah pembelajaran yang berlaku dalam
kalangan murid. Pada mulanya, apabila murid mula menimbulkan masalah
pembelajaran seperti hilang minat untuk belajar selepas penukaran waktu
subjek dan mula membuat bising kerana
bosan, guru perlu memberi respons asertif. Respons asertif berlaku apabila guru
memberi amaran kepada murid contohnya dalam kes ini, guru memberi amaran kepada
murid yang mula membuat bising atau bermain selepas hilang tumpuan untuk
belajar.
Jika murid masih lagi
menimbulkan perkara yang cenderung untuk menimbulkan masalah pembelajaran,
respon tidak asertif boleh dilakukan selepas respon asertif untuk mengenal
pasti adakah masalah pembelajaran dilakukan oleh murid secara berterusan.
Respons yang diberi dalam bentuk penegasan dalam nada suara tegas dan meminta
murid menghentikan salah laku yang dilakukan. Respons ini biasanya akan
menghalang murid daripada melakukan aktiviti seperti bermain dengan rakan,
berbual ataupun tidak menumpukan perhatian terhadap pembelajaran yang dilakukan
kerana menunjukkan sifat tegas yang ada pada guru.
Respons yang terakhir boleh
diberikan guru iaitu respons agresif. Respons agresif dilakukan dengan nada yang paling tegas dan
hampir melaksanakan hukuman terhadap murid. Respons ini dilakukan untuk
menghalang murid yang terlampau aktif dalam melakukan perkara yang tiada kaitan
dengan pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan. Guru perlu menghalang murid
daripada terus menimbulkan masalah pembelajaran kerana ini akan mengganggu guru
dalam mengajar murid lain disamping mengganggu tumpuan murid lain.
Jika respons agresif
dilakukan pada peringkat akhir Model Disiplin Asertif Canter, in bermakna murid
telah hilang minat untuk belajar dan pengawalan kelas yang dilakukan oleh guru
adalah kurang berkesan. Murid yang menimbulkan masalah pembelajaran itu
pastinya mempunyai masalah dalam memberi tumpuan kerana respons dari tiga
peringkat iaitu respons asertif, respons tidak asertif dan respons asertif
daripada guru telah dilakukan.
Model Pengurusan Kelompok
Kounin merupakan model yang berpandukan konsep kesan riak. Konsep riak ini
membawa maksud guru menegur seorang murid, murid yang lain turut menghentikan
melakukan sesuatu salah laku. Model ini menggambarkan kesedaran yang diberikan
daripada guru terhadap murid yang melakukan kesalahan dapat menghalang murid
lain daripada melakukan perkara yang sama. Dalam kes ini, gangguan dari luar
berlaku kerana murid berada dekat dengan tingkap ataupun melihat luar kelas.
Apabila murid lain seperti rakan murid yang berada di dalam kelas dan berada
dikawasan yang boleh berlaku komunikasi, pastinya komunikasi akan berlaku
antara murid di dalam kelas dan murid diluar kelas. Jika perkara ini berlaku,
Model Pengurusan Kelompok Kounin boleh digunakan untuk mengenal pasti masalah
pembelajaran yang berlaku dalam kalangan murid.
Gangguan daripada luar
pastinya tidak dapat dielakkan, namun begitu jika murid tidak memberi respons
terhadap gangguan tersebut, pastinya gangguan tersebut dapat mempengaruhi
murid. Model Pengurusan Kelompok Kounin ini menyatakan guru menegur murid yang melakukan salah laku
tersebut. Murid yang lain akan sedar terhadap teguran itu dan berhenti untuk
memberi respons terhadap gangguan daripada luar kerana bimbang guru akan
menegur mereka juga. Sebagai contoh, apabila seseorang murid berkomunikasi
dengan murid dari kelas lain yang berada di luar kelas tanpa pngetahuan guru,
guru perlu menegur murid dengan nada yang tegas. Ini perlu dilakukan untuk memberi
kesedaran kepada murid bahawa guru perlu dihormati apabila berada di dalam
kelas. Murid juga perlu menghormati proses pengajaran dan pembelajaran yang
sedang dilakukan. Teguran yang dibuat oleh guru dengan nada yang tegas pastinya
dapat menghalang murid daripada melakukan salah laku yang sama disamping
mengelakkan murid melakukan masalah pembelajaran yang lain.
No comments:
Post a Comment