. Amoi Chantek Source: http://www.amronbadriza.com/2012/10/cara-membuat-anti-copy-paste-di-blog.html#ixzz2Q2hwp6eP

Thursday, 7 January 2016

SJH3113 SEJARAH EROPAH SEHINGGA ABAD KE- 20
Sejarah Yunani
·         Orang Greek, atau Orang Yunani memanggil negara mereka sebagai Hellas, atau Ellas dalam bahasa Greek Moden. Nama "Greek" berasal daripada bahasa Latin, Graecia yang sebelum ini digunakan untuk selatan Italy.
·         Tamadun Yunani bermula dengan pembentukan petempatan manusia yang dikenali sebagai negara kota atau polis.
·         Negara kota terbentuk hasil gabungan beberapa buah kampung dan bandar pada sekitar tahun 1000 - 800 S.M.
·         Terdapat banyak negara kota pada zaman Yunani dan setiap negara kota mengandungi sebuah kota yang dikelilingi oleh kawasan pertanian dan di dalam kota terdapat pasar, kubu, kuil. dan istana.
·         Walaupun terdapat banyak negara kota di Yunani tetapi yang paling menonjol ialah Athens, Sparta dan Corinth.
·         Ketiga-tiga negara kota tersebut terletak berhampiran dengan Laut Mediterranean. Setiap negara kota memiliki corak pemerintahan dan undang-undang tersendiri selain turut memiliki beberapa tuhan.
·         Masyarakat dalam setiap negara kota itu sentiasa bersatu padu, walaupun begitu, peperangan sering berlaku antara negara kota tersebut.


Sejarah Rom
·         Bermula sbgai sebuah bandar di bahagian utara bahagian barat semenanjung Itali pada abad ke 7 sebelum masihi.
·         Menjelang abad satu sebelum masihi, Rom telah bermula dan berkembang menjadi suatu empayar.
·         Penyatuan geografi yang lebih luas, seluruh eropah dan kawasan mediterranean.
·         Telah lahir bandar-bandar baru yang dihubungkan dengan jalan raya sehingga berkembang menjadi pusat perdagangan dan pendidikan.
·         Sistem pemerintahan berasaskan beraja, republik dan empayar. Kuasa raja dikwal oleh majlis yang terdiri daripada 300 org ahli.
·         Zaman kegemilangan Rom dikenali sebagai Pax Romana (Keamanan Rom) kerana Rom berjaya membawa keamanan, keagungan dan kesejahteraan kepada Rom dan empayarnya.
·         Rakyat Rom ketika itu terdiri daripada pelbagai bangsa memandangkan empayarnya merentasi tiga benua, iaitu Eropah, Asia dan Afrika.



Peluasan kuasa dan pembinaan empayar
Empayar Yunani berakhir selepas kematian Alexander The Great dan dengan kemunculan Rom. Zaman Perluasan kuasa Rom berlaku pada zaman pemerintahan Augustus Caesar. Beliau telah berjaya menubuhkan system empayar yang berbeza daripada sistem republic sebelumnya, iaitu mewajibkan system pemerintahan warisan. Empayar Rom terdiri daripada Britain, Sepanyol, kawasan Sungai Rhine, Danube, Laut Hitam, Pergunungan Atlas, Afrika Utara, Macedonia, sebahagian Turki dan Palestin. Kesan penyatuan wilayah kecil yang ditaklukinya , telah membentuk sistem pentadbiran pusat. Julius Caesar telah menamatkan sistem republik apabila beliau menjadi diktator , menguasai angkatan tentera dan senat serta menggunakan gelaran maharaja. Augustus Caesar meneruskan sistem pemerintahan bercorak empayar dan terus menggunakan gelaran maharaja. Zaman pemerintahan beliau dikenali sebagai Pax Romana (Keamanan Rom) kerana beliau berjaya membawa kamanan, keagungan dan kesejahteraan kepada Rom dan empayarnya. Keadaan ini berkekalan untuk lebih kurang 200 tahun. Rakyat Rom ketika itu terdiri daripada pelbagai bangsa memandangkan empayarnya merentasi tiga benua, iaitu Eropah, Asia dan Afrika.

Kesusteraan, kesenian dan seni bina.
·         Seni bina Rom menggambarkan gabungan antara orang Rom, Etruscan dan Yunani.
·          Orang Rom meniru bentuk arca dari orang Etruscan dan dari situ mereka mencipta bidang-bidang baru lain yang tidak ada di Greek. Sebenarnya Rom banyak mewarisi seni bina Greek.
·         rekaan orang Rom tidaklah sehalus ciptaan orang Greek namun keluasan binaan Rom menampakkan sesuatu yang mengkagumkan.
·         Seni bina rom banyak dipengaruhi seni bina Greek dan Asia.
·         Seni bina Rom dapat dilihat melalui binaan pintu gerbang, bumbung yang melengkung, arked (peneduh), kubah, tiang , bangunan bundar, saluran-saluran air yang besar (akuadak) , tempat mandi awam, arca, jalan raya, jambatan, pembentung, hospital, rumah dan gereja.
·         Antara bangunan yang masyhur ialah Colosseum (tahun 80 M). Colosseum merupakan sebuah teater atau gelanggang yang besar untuk pelbagai jenis permainan yang boleh memuatkan seramai 50,000 orang.
·         Rom juga terkenal dengan binaan jalan raya yang dibina sepanjang 12,000 batu dengan 372 jalan utama yang menghubungkan Rom dengan negara-negara di bawah empayarnya.
·         Rom membina saluran air (akuadak) yang ada yang sampai 80 km panjangnya. Contoh akuadak yang terkenal ialah Aqua Claudia.
·         Rom juga terkenal dengan binaan kolam mandi. Antara yang terkanal ialah Caracalla seluas 11 hekatar yang boleh memuatkan seramai 1500 orang.
·         Augustus telah membina sebuah istana di Bukit Palatine dan sebuah kuil untuk Apollo berdekatan dengannya. Kuil ini dicirikan oleh jajaran tiang. Seni bina Rom mencapai puncak pada zaman Trajan dan Hadrian.




Sistem sosial tamadun Rom
·         Wujud bandar-bandar baru yang bersaing dengan bandar lama.
·         Bandar berperanan sebagai pusat politik, sosial dan berkerja.
·         Golongan kelas atasan dan golongan hamba (tawanan perang)
·         Golongan hamba tidak mempunyai hak sivil
·         Muncul perkhimatan polis, pusat kesihatan, pembekalan air, kejuruteraan, pembinaan banggunan.

Sistem ekonomi tamadun Rom
·         Zaman Yunani – pertanian jenis sara diri dan perdagangan dengan dunia luar
·         Sistem sara diri di dalam kota Sparta dan perdagangan di kota Athens.
·         Sistem ekonomi mngalami perubahan padan zaman pertengahan bila negara barat ditakluki oleh orang gasar dan dikenali sebagai sistem feudal.
·         Perubahan lebih pesat berlaku pada zaman Renaissance yang dipengaruhi oleh kapitalisme.
·         Abad ke 18 muncul Revolusi pertanian dan revolusi perindustrian.



Maksud Zaman Gelap
Pengertian
Mundur. Bermula selepas kejatuhan tamadun Rom, masyarakat dalam keadaan mundur, merupakan peringkat awal Zaman Pertengahan. Mengalami kemerosotan dalam bidang politik, ekonomi dan sosial.
·         Eropah mengalami zaman mundur selepas kejatuhan tamadun Rom merupakan peringkat awal zaman Pertengahan
·         Eropah mengalami kemorosotan dalam bidang ilmu pengetahuan
·         Eropah mengalami kemorosotan dalam perdagangan
·         Eropah mengalami kemorosotan dalam kehidupan perbandaran

Ciri-ciri zaman gelap
Politik
·         Tidak terdapat pentadbiran pusat yang berkesan / pentadbiran wilayah musnah
·         Berlaku huru-hara
·         Kemunculan golongan Baron
·         Golongan petani mencari perlindungan daripada tuan tanah
·         Petani membayar cukai yang tinggi kepada tuan tanah
·         Jika tidak mampu , mereka terpaksa menyerahkan tanah kepada tuan tanah
·         Petani terpaksa menjadi hamba kepada tuan tanah
·         Tuan tanah mendapat perlindungan daripada golongan raja
·         Pembentukan sistem feudal
·         Golongan pembesar memberi khidmat kepada pihak rajaa
·         Golongan pembesar mendapat naungan daripada pihak istana

Ekonomi
·         Kegiatan ekonomi tidak berkembang dan terhad
·         Perdagangaan diganggu orang-orang Gasar seperti Viking dan Magyar
·         Orang Eropah tidak berdagang ke Timur Jauh
·         Perdagangan di kawasan Mediterranean dikuasai oleh pedagang Islam
·         Hanya menumpukan kepada kegiataan pertanian
·         Perniagaan secara kecil-kecilan
·         Perniagaan menerusi sistem tukar barang
·         Penggunaan mata wang dalam urusan peerdagangan terhad

Sosial
·         Sifat gereja yang mengongkong / memiliki kuasa / hartanah
·         Gereja memberi fokus kepada kegiatan amalan agama / keakhiratan
·         Kemerosotan kehidupan perbandaran
·         Kelembapan perkembangan ilmu pengetahuan
Zaman Pertengahan
Pengertian
·         merupakan zaman kedua dalam pembahagian traditional sejarah Eropah tiga zaman iaitu Tamadun Klasik Purba, Zaman Pertengahan dan Zaman Moden.
·         Zaman pertengahan ini juga merupakan satu titik yang membawa kepada perubahan besar dalam kebudayaan, ekonomi, politik dan sosial di Eropah. (Zaman perubahan)
·         Pada zaman pertengahan ini juga telah berlakunya pembandaran berkekalan pertama di utara dan barat Eropah.

Ciri-ciri Zaman Pertengahan
·         Perubahan ekonomi- Raja berkuasa mengenakan cukai
·         Kemunculan bandar-bandar seperti Venice, Milan dan Florence
·         Lahirnya kelas pertengahan terdiri daripada artisan , pedagang, ahli perbankan
·         Status sosial berasaskan kekayaan bukan pemilikan tanah
·         Rakyat mula terlibat dalam urusan politik / memberi hak politik kepada rakyat
·         Parlimen diwujudkan bagi memenuhi tuntutan rakyat
·         Wujud hubungan antara rakyat dengan pemerintah

Masyarakat feudal
·         Konsep Feudalisme ialah konsep yang diperkenalkan untuk membicarakan sejarah masyarakat Eropah Zaman Pertengahan.
·         Feudalisme juga boleh didefinisikan sebagai satu bentuk kerajaan iaitu, kuasa politik dikuatkuasakan secara tempatan oleh individu persendirian dan bukannya kerajaan pusat Ataupun sebuah kerajaan politik tempatan yg ditadbir oleh individu tertentu dan bukan wakil kerajaan pusat.
·         Kamus dewan – susunan masyarakat yang dikuasai oleh golongan bangsawan

Ciri-ciri
·         Raja berkuasa mutlak
·         Masyarakat trbahagi kepada dua: golangan memerintah & golongan diperintah
·         Golongan pemerintah berkuasa keatas golongan diperintah.
·         Golongan diperintah perlu setia dengan golongan yang memerintah. (terikat dengan peraturan pemerintah)

Cara kehidupan pada zaman feudal.
·         Sistem feudal secara jelas dicirikan oleh masyarakat yang terpisah mengikut kelas. Setiap peringkat masyarakat feudal mempunyai peranan mahupun tanggungjawab masing2. Walau bagaimanapun, sistem feudal memperlihatkan golongan rakyat biasa hanya berkerja untuk golongan bangsawan.
Kesan Perang Salib
Peperangan Sesama Kristian
·         Perang Salib mendedahkan kelemahan Kerajaan Byzantine di Constantinople dalam Perang Salib ke empat (1202-1204) tentera Salib yang dihasut oleh pedagang Venice menawan Pelabuhan Zara dibawah pemerintaha kerajaan Byzantine.
Perkembangan Bandar
·         Perang Salib menyubang kepada perkembangan bandar-bandar di Eropah. Golongan bourjuis mendapatkan hak-hak istimewa untuk menjalankan perdagangan dengan negara-negara timur. Kemakmuran bandar kian meningkat.
Kemerosotan kuasa feudal dan bangsawan
·         Dari segi politik kuasa raja-raja di Eropah bertambah kuat akibat berlakunya kemerosotan kedudukan golongan bangsawan. Jadi Perang Salib telah menyubang kepada kemerosotan sistem feudalisme dan kebangkitan sistem kerajaan monarki.
Perkembangan Industri
·         Perkembangan industri dipergiatkan melalui hubungan orang-orang Barat dengan penduduk-penduduk tempatan di Asia Barat. Tambahan pula pengetahuan sains Graeco- Arab mempergiatkan juga intelek Latin yang akhirnya menyubang kepada Renaissance.
Penjelajahan dan Penerokaan
·         Ekspedisi-ekspedisi tentera Kristian juga menggalakkan kebangkitan minat orang-orang Eropah dalam penjelajahan dan penerokaan. Misalnya Marco Polo, seorang pengembara Venice. Alat kompas diperkenalkan ke Eropah dan dapat menggalakkan aktiviti maritim.
Teknologi Peperangan.
·         Perang Salib menyumbang kepada perubahan organisasi dan taktik peperangan di Eropah. Alat kelengkapan baru diperkenalkan ke Eropah seperti busur silang dan baju besi. Serbuk letupan digunakan meluas telah mengubah corak peperangan di Eropah.
Perkembangan Intelektual
·         Pemangkin kepada kemajuan di Eropah dan bidang agama, Intelektual dan perdagangan.



Zaman Renaissance
Konsep
·         Berasal daripada perkataan  Itali “renisciment”  yang bermaksud kelahiran Semula.
·         Kelahiran merujuk kepada perkembangan daripada segi agama, kebudayaan dan pencapaian sains dan kesasteraan hasil bakat individu.
·         Penghargaan semula ilmu yang telah dihasilkan oleh cendekiawan dan pejuang  seni dalam Tamadun Yunani dan Rom.
·         Menonjolkan keupayaan manusia berfikir untuk menyelesaikan permasalahannya.

Faktor kemunculan
·         Kemunculan tamadun islam di Sepanyol
·         Penindasan pihak gereja terhadap rakyat
·         Pertumbuhan kelas pertengahan yang kuat mmpengaruhi kemunculan.

·         Semangat pemikiran dan minat kepada pembaharuan yang telah wujud pada ahli fikir.
·         Dorongan semangat inkuiri atau semangat ingin tahu yang kuat
·         Kemunculan bandar-bandar Itali seperti Venice, Genoa, Florence, Rom, &  Milan
·         Bandar-bandar ini menjadi pusat perdagangan antarabangsa
·         Kedudukan Itali yang strategik kerana dikelilingi oleh Laut Mediterranean
·         Itali sebagai persimpangan utama dan pusat perdagangan antarabangsa
·         Bandar Venice dan Genoa sebagai bandar pelabuhan terkenal
·         Berlaku pertembungan budaya, bahasa, dan agama di Itali
·         Kemunculan para pedagang kaya  dan  menjadi golongan patron
·         Berfungsi sebagai penaung kepada para pelukis, ahli muzik, saintis, dan penulis
·         Berlaku persaingan antara bandar  di Itali untuk mendapatkan tokoh cendekiawan
·         Kemunculan golongan cendekiawan seperti Galileo Galilei, Leornardo da Vinci, Michaelangelo

Kesan-kesan zaman Renaissance
Perkembangan teknik pencetakan.
·         Membolehkan penerbitan buku lebih bnyak dengan kos yang murah
·         Memudahkan penyebaran semangat renaissance
·         Mengembang ilmu pengetahuan dalam kalangan kelas menengah.

Pemikiran humanisme
·         Humanis ialah golongan akedemik yang mengkaji tentang manusia, ieda-idea agung dan kesenian klasik.
·         Mementingkan hal ehwal kebahagian di dunia.
·         Menekankan peranan akal fikiran, budi perkerti, intelektual dan kehendak manuia sendiri
Perkembangan Ilmu
·         Sastera
·         Sains
·         Seni
·         Undang-undang

Politik
·         Kemunculan monarki baru   
·         Terdapat di England, Portugal, Castile dan Aragon ( Sepanyol ), Perancis dan Belanda
·         Kewujudan kerajaan pusat dan kesatuan kebangsaan
·         Kekuasaan monarki diperkukuhkan melalui  pembayaran cukai kepada kerajaan pusat
·         Kuasa raja semakin kukuh
·         Kuasa gereja dan golongan bangsawan semakin berkurangan

Ekonomi
·         Kegiatan ekonomi sara diri kian pupus
·         Sistem perdagangan tempatan dan antarabangsa semakin berkembang dan meluas
·         Kegiatan penjelajahan dan penerokaan berkembang
·         Seiring dengan kemajuan bidang matematik, geografi, kartografi, dan astronomi
·         Merintis jalan kepada perkembangan ilmu sains seperti biologi, fizik, kimia & perubatan 

Sosial
·         Perubahan dalam pemikiran dan gaya hidup manusia
·         Manusia menzahirkan emosi mereka melalui muzik, lukisan & ukiran yang dihasilkan
·         Dapat memupuk dan melahirkan budaya yang menyuburkan keyakinan diri
·         Perubahan sikap terhadap pendidikan yang menekankan pemikiran logik, saintifik,  falsafah, dan metafizik
·         Pendidikan menekankan tanggungjawab sosial dalam masyarakat
·         Manusia mempergunakan sepenuhnya minda mereka dlm pelbagai bidang ilmu




Pembaharuan agama (Reformation)
Konsep reformation
·         Satu gerakan agama atau satu kebangkitan agama menentang sebahagian drpd fahaman pentakrifan ajaran dan pentakbiran gereja katolik yang dianggap menyeleweng daripada ajaran Scripture.

Kritikan terhadap gereja katolik
·         Gerakan Albegensian – untuk mendapatkan perasaan takwa kepada tuhan dengan lebih bermakna, manusia harus berhubung terus dengan tuhan dan bukan melalui perantaraan gereja.
·         Tidak puas hati terhadap agama kristian katolik kerana dianggap kolot dan ketinggalan zaman
·         Tidak puas hati dengan gereja kerana menjual surat pengampunan untuk mengumpul kekayaan
·         Institusi gereja juga telah mngabaikan tugas-tugas dan mula korup
·         Jawatan-jawatan mula dibeli dan dijual secara terbuka

Tokoh reformasi
Martin Luther (1483-1546)
·         Luther lahir pada tanggal 10 November 1483 di Eisleben, Jerman.
·         Seorang tokoh yang paling berpengaruh dalam gereja bahkan di kalangan Protestan setelah era Reformasi di mana Luther merupakan salah satu tokoh utamanya.
·         Luther membawa pembaharuan besar di Jerman.
·         Dalam persembunyian dia menerjemahkan Kitab Suci Perjanjian Baru ke dalam bahasa Jerman.
·         Luther membawa pembaharuan besar di Jerman pada masa itu. Dalam persembunyian  dia menerjemahkan Kitab Suci Perjanjian Baru ke dalam bahasa Jerman.
·         Inti perjuangan:
o   Menghapuskan amalan atau kepercayaan yang tidak mengikut kehendak ajaran kitab Injil.
o   Mengurangkan bilangan sakramen (doa tuhan)
o   Mnggunakan bahasa ibunda untuk upacara gereja dan menterjemah kitab injil dalam bahasa Jerman
o   Mengutuk doktrin massa ( upacara untuk agama Katolik)




Zwingli
·         Huldrych (atau Ulrich) Zwingli lahir di Swiss, 1 Januari 1484 adalah pemimpin Reformasi Swiss, dan pendiri Gereja Reformasi Swiss.
·         Rakyat Jerman yang memulakan Reformation di Switzerland. “67 Articles”
·         Artikal diterima dan dijadikan sebagai doktrin bagi mazhab Protesten. Antaranya ialah:
o   Khutbah dan pembacaan kitab injil dipergiatkan
o   Imej dan bahan pemujaan dihapuskan
o   Perkhawinan dikalangan ahli gereja dibenarkan.
o   Monastri dibubarkan dan kekayaannya disumbangkan untuk tujuan pendidikan dan kebajikan golongan miskin.

John Calvin (1509-1564)
·         John Calvin lahir di Noyon, Kerajaan Perancis, 10 Juli 1509 Swiss.
·         Menutarakan idea bahawa oleh sebab keimanan itu bergantung kepada individu dengan tuhannya maka tidak perlu ada sistem kepausan, gereja, bishop dan paderi kerana itu ialah ciptaan manusia
·         Iman bergantung kepada daya dan kemahuan tuhan.
·         Kuasa gereja hanya dalam bidang agama.


Faktor-faktor yang menyebabkan kemunculan Gerakan Reformation.
·         Rasuah, kepincangan, dan penyelewengan berlaku dalam gereja Rom
·         Masyarakat mula mempersoalkan kedudukan dan amalan Gereja Katolik
·         Gaya hidup yang menjadi amalan Gereja Katolik tidak selari dengan ajaran kitab Bible
·         Golongan Gereja lebih cenderung mengamalkan gaya hidup pemerintah & bangsawan
·         Kehidupan mereka tidak mencerminkan kehidupan keagamaan
·         Penjualan sijil  Indulgences iaitu surat pengampunan bagi penganut Kristian yang telah melakukan dosa
·         Kejayaan Reformation di Jerman telah dibantu oleh mesin cetak ciptaan
·         Johann Gutenberg
·         Bible dapat dihasilkan dalam masa yang singkat dan berharga murah
·         Martin Luther, profesor ilmu teologi di Jerman mengambil langkah menentang Indulgences
·         Tindakan Luther yang mencabar institusi paderi melahirkan mazhab Protestan
·         Fahaman ini berkembang ke  Sweden, Denmark, Norway, Switzerland dan England



Kesan kesan reformation
·         Agama Kristian berpecah kepada dua mazhab iaitu mazhab Katolik & mazhab Protestan (protestan memprotes kepincangan yang ada dalam kristian katolik)
·         Mazhab Protestan / Lutheran berkembang di Poland, German, dan England
·         Mazhab Katolik di Sepanyol, Portugal, Perancis dan Italy.
·         Negara Eropah berpecah dan berperang mengikut mazhab masing-masing
·         Berlaku perang keagamaan di Perancis dan perang 30 tahun yang melibatkan Jerman, Bohemia, Denmark, dan Sweden
·         Timbulnya sikap toleransi antara penganut pelbagai mazhab Kristian iaitu mempergiatkan pendidikan dan menyebarkan fahaman mereka
·         Kuasa Gereja telah dicabar secara terbuka
·         Kuasa Gereja terhadap kerajaan atau monarki semakin berkurangan

Zaman Pencerahan
·         Zaman Pencerahan bermula antara 1650-1800 Masihi dan adalah era di mana semangat kepercayaan dan pegangan manusia adalah kritikal, berasaskan sebab musabab dan kaedah-kaedah saintifik
·         Zaman ini berusaha untuk melahirkan masyarakat yang lebih terbuka, bertolak ansur, menekankan kebahagiaan individu dan berdasarkan undang-undang dan perlembagaan.
·         Menyebabkan sehgelintir raja terpaksa mengikut rentak ahli fikir pergerakan zaman itu untuk mengukuhkan kedudukan masing-masing.
·         Pada zaman ini lahir pemikir terkenal seperti Voltaire, John Locke, Montesquieu, Jeremy Bentham, David Ricardo, Thomas Malthus dan Rousseau yang telah memberikan idea pemikiran yang berjaya mengubah lanskap politik, ekonomi dan sosial negara-negara Eropah pada abad ke-19 dan 20 Masihi.

Perbandingan negara feudal dan negara moden.
·         Feudalisme ialah kerajaan yang terbentuk di eropah barat
·         Wujud apabila kuasa kerajaan jatuh ke tangan orang persendirian.
·         Didefinisikan sebagai satu bentuk kerajaan iaitu kuasa politiknya dikuatkuasakan secara tempatan oleh individupersendirian dan bukan oleh kerajaan pusat.
·         Hubungan saling memerlukan antara tuan dan orang biasa – petani berkerja dan menjadi tentera untuk melindungi seseorang bangsawan.






Ciri-ciri negara moden
·         Kebangkitan raja-raja monarki. Dasar kerajaan monarki ialah dasar kerajaan mutlak.
·         Konsep kedaulatan sebagai satu usaha memperkukuhkan negara.
·         Ekonomi – semasa feudal cukai yang dikenakan terlalu tinggi dan tidak berprikemanusiaan sehingga akhirnya ekonomi runtuh.
·         Pengasingan kuasa – raja yang berkuasa mutlak dan bukan lord sebagaimana semasa zaman feudal.

Penjelajahan dan penerokaan
Kuasa-kuasa Eropah yang terlibat dalam penjelajahan dan penerokaan pada abad ke-15.
·         Portugal
·         Sepanyol
·         Belanda
·         Inggeris

Maksud imperialisme
·         Imperialisme boleh diertikan sebagai penguasaan sesebuah negara yang lebih kuat terhadap negara yang lemah.
·         Penguasaan bertujuan untuk mendapatkan keuntungan dari segi politik dan ekonomi.

Faktor Penjajahan (Gold, Gospel, Glory) emas, agama, kemegahan
·         Ingin mendapatkan barangan seperti emas, sutera dan rempah ratus dari Timur.
·         Raja Sepanyol dan Raja Portugal merupakan pemerintah yang bertanggungjawab memberikan galakan menjelajah ke Timur.
·         Perjanjian Tordesillas telah ditandatangani untuk menamatkan persaingan mendapatkan tanah jajahan bahagian timur kepada Portugal manakala Barat kepada Sepanyol.
·         Perdagangan rempah ratus dan sutera telah mendatangkan keuntungan yang besar kepada para pedagang Eropah.
·         Ingin menyebarkan agama Kristian seperti yang ditekankan oleh penguasa gerej a di Eropah.
·         Semangat untuk menyebarkan agama Kristian.
·         Kemunculan Monarki Baru di England, Perancis dan Belanda menggalakkan penjelajahan dan penerokaan ke seberang laut.
·         Semangat kebanggaan bangsa telah mendorong orang Eropah untuk menjelajah di luar Eropah sebagai kebanggaan bangsa.





Kesan penjelajahan orang Eropah terhadap masyarakat setempat
Politik 
·         banyak perjanjian dibuat antara penguasa tempatan dengan wakil kuasa Eropah. Perjanjian ini menandakan pengiktirafan kuasa Eropah.
·         Di antara wakil Eropah tersebut seperti Syarikat Hindia Timur Belanda ( VOC ). Syarikat Hindia Timur Inggeris ( EIC ). Syarikat seperti ini berdagang hingga ke Afrika, Latin Amerika, Asia Tenggara dan Asia Timur.

Ekonomi
·         kawasan luar Eropah menjadi pembekal kepada masyarakat Eropah, Goa, Melaka contohnya di kuasai Portugal.
·         Jalan perdagangan di Lautan Hindi dan Asia Tenggara yang dikuasai oleh pedagang Arab telah diambilalih oleh kuasa Eropah seperti Portugal.

Sosial
·         gaya hidup masyarakat tempatan terpengaruh orang Eropah, malah ada yang memeluk agama Kristian.
·         Perang berlaku antara orang tempatan dan kuasa Eropah contohnya Sepanyol berperang dan menakluk tamadun Aztec di Maxico dan tamadun Inca di Peru.
·         Penjajah telah menguasai emas dan perak contohnya di Amerika Latin, mereka turut mengekspotasi buruh peribumi di lombong dan ladang.
·         Di timur, Sepanyol menguasai Filipina dan Portugal menguasai Melaka dan Goa.

Tokoh
·         Marco Polo,
·         Christopher Columbus,
·         Ferdinand Magellan,
·         Vasco da Gama

Revolusi pertanian
Faktor-faktor perkembangan pertanian
Pemilikan Tanah
·         Perubahan dalam penggunaan dan pemilikan tanah persendirian setelah tuan tanah mendapat kelulusan Parlimen untuk memagar tanah awam bagi membolehkan penanaman secara ladang.

Kaedah dan ciptaan baru dalam pertanian
·         Tanaman baru diperkenalkan seperti turnip dan ubi kentang. Terdapat alat yang dicipta oleh Jethro Tull untuk kegunaan menggali dan menugal serta penanaman biji benih dapat dilakukan dengan pantas
·         Kaedah penanaman secara bergilir diperkenalkan oleh Lord Townshend dengan menanam pelbagai jenis tanaman secara berterusan sepanjang tahun.
·         Melalui kaedah ini kesuburan tanah dapat dikekalkan kerana tanaman berbeza memerlukan nutrien yang berbeza serta tanah tidak dibiarkan kosong.

Pertanian Komersil
·         Penggunaan baja asli secara meluas telah menjadikan tanaman lebih subur dan hasil pertanian meningkat.
·         Lebihan produk dapat diperdagangkan melalui kaedah pemasaran secara meluas.
·         Britain menghadapi pertambahan penduduk, menyebabkan permintaan hasil pertanian meningkat dan menyebabkan harga gandum meningkat.

Kesan revolusi pertanian
·         Pertanian menjadi punca ekonomi negara.
·         Lebihan produk dieksport.
·         Para peladang besar menjadi pedagang antarabangsa.
·         Menyediakan makanan yang cukup kepada tenaga buruh industri di bandar.
·         Kedudukan tuan tanah sebagai tokoh penting dalam masyarakat.
·         Muncul sistem ekonomi skala besar dengan pembukaan ladang pertanian membolehkan rakyat bekerja sebagai buruh ladang mewujudkan golongan buruh dan majikan.

Revolusi Perindustrian
Faktor-faktor perkembangan perindustrian
·         Para peladang yang menjadi kaya hasil daripada Revolusi Pertanian telah melaburkan lebihan modal dalam sektor perindustrian.
·         Perubahan sikap sanggup mengambil risiko untuk melaburkan modal dalam bidang perindustrian.
·         Dana dapat diselamatkan kerana Britain tidak perlu bergantung pada pengimportan bahan makanan dari luar seterusnya membantu pertumbuhan dan perkembangan industri.
·         Rekaan dalam bidang sains dan teknologi dengan mencipta mesin baru dalam kegiatan perindusrtrian.
·         Penggunaan arang batu sebagai sumber tenaga perusahaan.
·         Semangat dan kegiatan keusahawanan telah mencetuskan daya kreativiti dan inovatif tokoh-tokoh perindustrian Britain.





Kesan-kesan revolusi perindustrian
Kemajuan dalam perindustrian dan pengangkutan
·         Kemajuan rekaan dan penggunaan kereta api berkuasa wap menyebabkan gerabak boleh dipacu dengan lebih laju.
·         Enjin berkuasa wap boleh menarik lebih banyak gerabak bagi mengangkut barangan dan pekerj a kilang.

Penghijrahan penduduk
·         Dari kawasasn luar bandar berpindah ke bandar untuk mencari perkerjaan dan menaikkan taraf hidup yang lebih baik.

Pertambahan penduduk
·         Disebabkan oleh kemajuan kesihantan dan pengurangan kadar kematian.
·         Juga berlaku penghijrahan penduduk.

Perubahan dalam pemikiran politik

Perluasan perdagangan antarabangsa
·         Lebihan produk hasil daripada Revolusi Perindustrian diperdagangkan pada peringkat antarabangsa dan keuntungan dapat dimaksimumkan.

Perubahan gaya hidup
·         Kedudukan tuan-tuan tanah sebagai tokoh utama dalam masyarakat telah diganti oleh para pengusaha dan pemilik kilang.
·         Perubahan hidup dari luar bandar ke bandar.

Eksploitasi buruh
·         Peringkat awal golongan buruh tidak mendapat layanan atau pembelaan yang sewajarnya.
·         Kanak-kanak di bawah umur 10 tahun sering dieksploit di kilang tekstil.
·         Kanak-kanak dipaksa bekerja dilombong arang batu.
·         Masa bekerja panjang melebihi 10 jam sehari.
·         Sekiranya pekerja didapati melanggar peraturan tersebut, mereka boleh dikenakan hukuman berat oleh pemerintah.
·         Terdapat Akta Anti-penggabungan yang melarang para pekerja daripada bergabung dan bermuafakat atau menjalankan sebarang tindakan bagi mendapatkan gaji atau layanan yang lebih baik daripada majikan mereka.


Perluasan revolusi perinstrian
·         Kegiatan pembuatan dan pengilangan telah mula menggantikan kegiatan pertanian sebagai bidang utama ekonomi negara
·         Semakin ramai rakyat Britain terlibat sebagai pekerja atau buruh industri berbanding sebagai buruh pertanian.

Perkembangan idea ekonomi baharu
·         Kemunculan sistem pengangkutan laut dengan penggunaan kapal laut yang dikemudikan oleh jentera berkuasa wap.
·         Kemahiran para penenun dan tukang jahit tidak diperlukan selepas mesin membuat stoking, renda dan bahan pakaian lain tercipta.
·         Revolusi Perindustrian telah memperkenalkan sistem perkilangan terutamanya kilang tekstil.
·         pekerja mahir memprotes dan memusnahkan mesin-mesin pemidang membuat stoking dan renda dikenali sebagai Pergerakan Luddite.

IDEA DAN INSTITUSI POLITIK
Kedaulatan parlimen
·         kedaulatan ialah kuasa tertinggi yang dimiliki oleh sesebuah institusi dlaam masyarakat politik untuk membuat keputusan
·         ciri-ciri :
o   kekal- tidak berubah walaupun bertukar pemimpin
o   unsur kuasa tinggi- tidak boleh disaingi oleh kuasa lain
o   tidak terbatas- merangkumi segenap aspek
o   mutlak- tidak ada yang lebih berdaulat daripadanya.
o   Had rangkuman- meliputi seluruh rakyat dan setiap pelusuk wilayah.

Perjuangan hak asasi manusia
·         hak-hak individu atau kumpulan individu semata-mata kerana dia adalah manusia
·         tanpa mengira suku, bangsa, agama, jantina, umur dan lain-lain.

Machiavielli – matlamat menghalalkan cara
·         melakukan apa-apa sahaja atau mengambil apa-apa jua cara walaupun salah.

Kontrak sosial
·         menjelaskan bahawa negara dibentuk atas kehendak dan kesediaan anggota masyarakat dalam mengadakan kontrak untuk menjaga kepentingan dan keselamatan umum.

Pengasingan kuasa
·         objektif:
o   Tiada penumpuan kuasa – kerana akan memudahkan penguasa berkuasa.
o   Untuk mengelakkan dan menghindari bahaya, dapat mewujudkan dan mengekalkan kepimpinan dan menghindari kemaharajalelaan.
o   Setiap cabang berkuasa untuk menyemak dan menyeimbang kuasa dan perlaksanaan kuasa masing-masing.

Bill of Rights
·         Undang-undang yang telah diterima oleh parlimen Inggeris:
·         Isi penting:
o   kebebasan dalam memilih anggota parlimen
o   Kebebasan bersuara dan memberikan pendapat
o   Hak warganegara dalam emmilih agama masing-masing
o   Parlimen berhak mengubah keputusan raja.

Kebebasan, persamaan dan persaudaraan dan persaudaraan
Revolusi Perancis



Ideologi politik
Liberalisme
Konsep:
·         menekankan kebebasan individu sebagai nilai politik tertinggi.
·         Menekankan hak-hak peribadi serta kesamarataan peluang.
Kebebasan berfikir dan bersuara, batasan kepada kuasa kerajaan, kedaulatan undang-undang, hak individu keatas harta persendirian, pasaran bebas dan ketelusan sistem pemerintahan.

Sosialisme
·         Berasal daripada bahasa perancis yang bermaksud kemasyarakatan
·         Konsep pembahagian ekonomi sma rata kepada semua rakyat.
·         Muncul setelah melihat amalan kapitalisme yang telah mewujudkan pengagihan kekayaan dan ekonomi yang tidak sekata.
Tiga perkara asas
1. keutamaan diberikan kepada soal ekonomi.
2. keinginan untuk menghapuskan sistem ekonomiyang menindas
3. Rombakan sistem ekonomi untuk menghapuskan penderitaan.

Nasionalisme
Ideologi yang mencipta dan mempertahankan kedaulatan sesebuah negara dengan mewujudkan satu konsep identiti bersama.
Zaman moden ini nasionalisme merujuk kepada amalan politik dan ketenteraan yang berlandaskan nasionalisme.

Marxisme
·         Wujud penentangan golongan tertindas terhadap golongan penindas terutama golongan kelas feudal dan kapitalis.
·         Kelas pekerja berupaya melancarkan revolusi sosial dan meruntuhkan rejim kapitalis jika dipimpin oleh parti komunis.
·         Parti komunis berupaya memimpin kelas pekerja dan para petani untuk melahirkan masyarakat sosialis yang wujud di atas falsafah kesamarataan ekonomi dan sosial.

Komunisme (Karl Marx)
·         Ideologi politik dan struktur sosioekonomi yang menggalakkan penumbuhan masyarakat yang egalitarian, tanpa kelas, dan tanpa negara.
·         Pemilikan dan kawalan sama ke atas faktor pengeluaran dan harta secara umumnya.
·         Komunis tidak percaya kepada kewujudan tuhan. Menganggap bahawa agama ialah racun yang boleh mengongkong pemikiran rakyat.

Demokrasi
·         Suatu bentuk kerajaan yang berkuasa menggubal undang-undang dan struktur kerajaan yang ditentukan oleh rakyat.
·         Undang-undang digubal sma ada oleh rakyat atau wakil yang dipilih rakyat.
·         Dipanggil kerajaan yang demokratik.
·         Sifat demokrasi:
o   Perlembagaan yang mengehadkan kuasa dan kawalan operasi formal kerajaan.
o   Pilihan raya untuk memilih pegawai-pegawai awam bebas dan adil.
o   Kebebasan bersuara
o   Kebebasan akhbar dan akses kepada media lain.
Imperialisme
·         Penjajahan atau dasar sesebuah negara menjajah negara atau kawasan lain untuk meluaskan pengaruh dan wilayah kekuasaan.
·         Untuk mencari kawasan baharu yang mempunyai sumber untuk bahan mentah industri dan juga pasaran baharu bagi barang keluaran industri.

Jelaskan kesan-kesan imperialisme terhadap Tanah Melayu.
Politik
·         Para pemerintah tempatan terpaksa menerima penasihat dan pentadbir dari Barat        
·         Sistem perundangan peribumi telah diubah suai menyerupai sistem Barat
·         Persaingan kuasa-kuasa barat telah berlaku di Asia
·         Kuasa Inggeris telah campur tangan di Tanah Melayu, Burma, India, dan China
·         Kepulauan Melayu telah dipecah perintah akibat kedatangan kuasa Barat iaitu Inggeris
·         Tanah Melayu dan Belanda di Indonesia
·         Perancis telah menjajah Indo China ( Laos, Vietnam, dan Kemboja )
·         Amerika syarikat pula telah menduduki Filipina  

Ekonomi
·         Kegiatan ekonomi peribumi telah distrukturkan agar dapat memberi manfaat kepada negara metropolitan
·         Di  Tanah Melayu, penanaman getah dan perlombongan bijih timah telah
·         dikomersilkan untuk memenuhi keperluan industri di Britain
·         Kuasa Barat telah mengimport buruh dari negara lain untuk menjadi tenaga kerja bagi keperluan kegiatan ekonomi komersil mereka 

Sosial
·         Sistem pendidikan Inggeris telah diperkenalkan di Tanah Melayu
·         Sistem ini terhad di kawasan bandar
·         Dikhususkan untuk memberikan pendidikan asas dan melatih golongan pentadbir rendah bagi keperluan pentadbiran British
·         Kemasukan buruh asing menyebabkan perubahan kepada demografi dan komposisi etnik di kebanyakan negara yang telah dijajah oleh kuasa Barat
·         Pemerintah peribumi terpaksa memikul beban untuk menyatukan pelbagai kaum bagi mengelakkan perpecahan  sesama mereka

Pendidikan

·         sistem pendidikan Inggeris diperkenalkan di bandar dan untuk mereka yang akan menjadi pentadbir rendah British.

No comments:

Post a Comment