1.0 PENGENALAN
Badan manusia sememangnya
salah satu ciptaan yang unik. Pelbagai fungsi dapat dilakukan dengan adanya
anggota badan yang sempurna. Anggota badan manusia mempunyai keunikkan
tersendiri kerana mempunyai bahagian seperti tulang, otot, sendi dan
sebagainya. Tidak dilupakan mempunyai pelbagai proses yang mampu memberikan
manusia bertenaga dan mendapatkan bekalan asas untuk hidup. Dalam subjek PJM
3106 ini, peluang mempelajari anggota badan manusia telah diberi. Anatomi dan
fisiologi manusia dipelajari untuk menambahkan ilmu pengetahuan terhadap tubuh
badan manusia.
Selain itu, tugasan kali ini juga mengajar tentang
analisis denyutan nadi selepas melakukan ujian Multi Stage Run. Ujian Multi
Stage Run dijalankan untuk menguji daya tahan kardiovaskular disamping mengaitkannya
dengan denyutan nadi. Tugasan ini banyak memberi maklumat dan pengalaman yang
bermakna dalam subjek anatomi dan fisiologi.
2.0 KITARAN SISTEMIK DAN KITARAN PULMONARI
Manusia memerlukan oksigen dalam meneruskan kehidupan seharian.
Oksigen memainkan peranan yang penting dalam mengerakkan tubuh badan. Oksigen
yang diperoleh daripada proses penukaran gas di paru-paru. Oleh demikian,
proses kitaran darah dari seluruh tubuh badan yang mengangkut darah yang kaya
dengan oksigen dan kaya dengan karbon dioksida mengalami kitaran melalui
jantung ke paru-paru. Kitaran yang berlaku dalam proses ini ialah kitaran
sistemik dan kitaran pulmonari.
2.1 Kitaran Sistemik
Kitaran sistemik membolehkan darah beroksigen serta nutrient
dibawa ke organ-organ badan dan membawa darah nyahoksigen kembali ke jantung.
Kitaran sistemik berlaku apabila atrium kiri menerima darah beroksigen daripada
paru-paru. Ventrikel kiri mengepam darah yang kaya dengan oksigen tersebut ke
seluruh tubuh melalui aorta. Oksigen dibekalkan kepada tisu-tisu tubuh dan
karbon dioksida diangkut keluar.
2.2 Kitaran Pulmonari
Peredaran darah dalam kitaran pulmonari bermula apabila darah nyahoksigen dibawa ke paru-paru untuk
pertukaran gas sebelum darah beroksigen dikembalikan ke jantung. Proses peredaran
kitaran pulmonari bermula apabila atrium kanan menerima darah yang nyahoksigen
daripada tisu-tisu badan. Ventrikel kanan mengepam darah tersebut ke paru-paru
melalui arteri pulmonari. Di paru-paru, darah mengalami proses penukaran gas
iaitu mengambil oksigen dan melepaskan karbon dioksida.
Peredaran ini membawa darah beroksigen dan
nutrien ke seluruh badan melalui aorta dan membawa darah nyahoksigen
kembali ke jantung. Atrium kiri menerima darah beroksigen daripada
paru-paru. Ventrikel kiri mengepam darah tersebut ke seluruh tubuh melalui
aorta. Oksigen dibekalkan kepada tisu-tisu tubuh dan karbon dioksida
diangkut keluar.
|
Peredaran ini membawa darah tidak beroksigen
(nyahoksigen) dari jantung melalui
arteri pulmonari ke paru-paru dan balik ke jantung melalui vena pulmonary.
Atrium kanan menerima darah daripada tisu-tisu badan. Ventrikel kanan
mengepam darah tersebut ke paru-paru melalui batang pulmonary. Di
paru-paru, darah mengambil oksigen dan melepaskan karbon dioksida.
|
Rajah
1.1
Rajah
1.2
3.0 ARTERI, VENA DAN KAPILARI
Darah di dalam badan
manusia disalurkan ke seluruh bahagian dengan pembuluh darah. Pembuluh darah
yang terdapat dalam badan manusia
berperanan sebagai bahagian yang mengangkut darah yang kaya dengan oksigen ke
seluruh anggota sasaran dan mengangkut darah yang kaya dengan carbon dioksida
ke paru-paru untuk proses penukaran gas carbon dioksida ke oksigen. Pembuluh
darah yang terdapat dalam badan manusia mempunyai tiga jenis. Jenis-jenis
tersebut ialah arteri, vena dan kapilari. Berikut ialah ciri-ciri yang terdapat
pada ketiga-tiga jenis pembuluh darah yang terdapat pada badan manusia :
Pembuluh darah amat penting kepada sistem badan manusia.
Penjagaan terhadap pembuluh darah amat penting kerana tanpa pembuluh darah,
pastinya tubuh badan akan mengalami kesukaran menerima oksigen. Lemak serta
kerosakan pada pembuluh darah boleh menyebabkan berlakunya masalah pembuluh
darah yang tersumbat dan menyebabkan strok. Jika dalam kes yang lebih serius,
pembuluh darah yang tersumbat terutama di jantung boleh menyebabkan penyakit
jantung yang boleh menyebabkan kematian. Oleh itu, penjagaan diri terutamanya
dalam pemakanan haruslah dijaga untuk mengelakkan kerosakan pada pembuluh
darah.
4.0 FISIOLOGI RESPIRATORI
Sel-sel
yang hidup di dalam badan kita memerlukan oksigen untuk menjalankan aktiviti
seharian dan menghasilkan karbon dioksida sebagai satu hasil akhirnya. Dua
sistem yang membekalkan karbon dioksida ialah sistem kardiovaskular dan sistem
pernafasan.
|
Rajah 3.1 :
Anatomi Sistemrespirasi
|
4.1 Jenis-jenis Respirasi
Dalam fisiologi
pernafasan, terdapat dua jenis pernafasan. Jenis pertama
adalah pernafasan melalui paru-paru atau pernafasan eksternal. Jenis yang kedua
pula adalah pernafasan tisu atau pernafasan internal.
4.1.1 Pernafasan Eksternal
Pertukaran
oksigen dan karbon dioksida adalah berlaku di paru-paru. Semasa bernafas,
oksigen akan disalurkan melalui hidung dan mulut. Oksigen ini akan
melalui trakea dan tiub bronkial ke alveoli. Proses ini mempunyai kaitan rapat
dengan darah dalam kapilari pulmonari.
Membran alveolar-kapilari merupakan
satu-satunya lapisan yang memisahkan oksigen dari darah. Bagaimanakah membran
ini memisahkan oksigen dari darah? Oksigen akan menembusi membran ini dan
hemoglobin sel darah merah akan membawa oksigen tersebut ke jantung. Kemudian,
darah akan dipam ke seluruh tubuh melalui arteri. Pada keadaan ini, darah yang
keluar dari paru-paru mempunyai tekanan oksigen 100mmHg. Pada ketika ini juga, bacaan
hemoglobin adalah 95% tepu oksigen.
Karbon dioksida yang terhasil akan
menembusi aveolar-kapilari dari kapilari darah, kemudian melalui tiub bronkial
dan trakea seterusnya dihembus keluar melalui hidung dan mulut. Pernafasan eksternal
mempunyai empat proses. Proses-proses tersebut adalah:
(i)
Ventilasi pulmonari – menggantikan udara dalam alveoli
dengan udara luar;
(ii)
Aliran darah melalui paru-paru;
(iii)
Pengagihan aliran udara dan aliran darah sedemikian
sehingga jumlah tepat dari setiapnya dapat sampai ke semua bahagian tubuh; dan
(iv)
Penggabungan gas yang menembusi membran pemisah alveolar
kapilari. Karbon
dioksida lebih mudah bergabung dengan darah berbanding oksigen.
Semasa melakukan aktiviti senaman, darah yang datang ke
paru-paru mengandungi lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen. Justeru
itu, karbon dioksida itu tidak dapat dikumuhkan, maka pengecutan dalam arteri
darah bertambah. Hal ini akan merangsang pusat pernafasan dalam otak untuk
mempercepat dan memperdalamkan pernafasan. Dengan ini, karbon dioksida dapat
dikumuh dan paru-paru dapat mengambil oksigen dengan lebih banyak.
4.1.2 Pernafasan
Internal
Pernafasan
internal berlaku pada semua tisu tubuh. Darah yang sampai di kapilari bergerak
dengan lambat. Darah tersebut juga hemoglobinnya tepu dengan oksigen.
Pengoksigenan akan berlaku apabila sel tisu mengambil oksigen dari hemoglobin
dan hasilnya adalah karbon dioksida.
Rajah 4.1: Pernafasan
Eksternal dan Internal
|
4.2 Komponen dan Fungsi
Sistem Respiratori
Sistem pernafasan
terjadi dengan adanya organ-organ tertentu. Organ-organ yang terlibat di dalam
sistem pernafasan adalah hidung, farinks, larinks, trakea, bronkus dan
paru-paru.
Rajah 4.2: Sistem
Pernafasan
|
Rajah 4.3: Larinks, Trakea
dan Bronkus
|
|
Organ
|
Fungsi
|
|
Hidung
|
·
Bahagian
hidung boleh terbahagi kepada dua iaitu bahagian internal dan bahagian
eksternal.
·
Bahagian eksternal terletak pada permukaan muka. Ia terbentuk
daripada tulang dan rawan yang berbentuk rangka penyokong.
·
Rangka hidung ini dilitupi oleh kulit di bahagian luar
dan membran mukus di lapisan dalamnya.
·
Lubang
hidung atau nares eksternal adalah dua bukaan yang terdapat di bawah hidung
eksternal.
·
Bahagian internal pula terletak di atas mulut dan
di antara dua kaviti orbit.
·
Septum hidung membahagi hidung kepada bahagian
kanan dan kiri.
·
Membran mukus yang melapisi kaviti hidung dipenuhi
dengan pembuluh darah.
|
·
Bulu hidung menapis debu dan mikroorganisma dari
udara yang masuk.
·
Lapisan mukus pula memerangkap debu dan mikroorganisma.
·
Membran mukus menerima bekalan darah yang banyak dan
berfungsi untuk mengawal udara yang masuk menjadi hampir sama dengan suhu
badan dan melembapkannya.
·
Untuk
membau kerana terdapat reseptor bau di bahagian atas hidung.
·
Membantu menghasilkan bunyi dengungan (fonasi).
|
Farinks
|
·
Dikenali
juga sebagai tekak.
·
Mempunyai kira-kira 12 hingga 13 cm panjang tiub
berotot.
·
Merupakan satu salur yang bermula dari dasar tengkorak
dan tamat di belakang peti suara di aras vertebra leher keenam.
·
Bahagian paling atas farinks dikenali sebagai
nasofarinks.
·
Bahagian tengah pula dikenali sebagai orofarinks dan
bahagian paling bawah dikenali sebagai laringofarinks.
|
·
Menyediakan laluan bagi keluar masuk udara dan juga
makanan dan minuman.
·
Menyediakan ruang dengungan (resonasi) untuk bunyi
percakapan.
·
Memberi perlindungan daripada mikroorganisma yang masuk
bersama udara, makanan dan minuman.
|
Larinks
|
·
Juga dikenali sebagai peti suara.
·
Merupakan laluan pendek yang menghubungkan
laringofarinks dengan trakea.
·
Terdapat beberapa tulang rawan di larinks.
·
Tiga daripada tulang rawan ini tidak berpasangan dan
tiga lagi berpasangan.
·
Rawan yang berpasangan adalah aritenoid, kornikulat dan
kuneiform.
·
Manakala rawan yang tidak berpasangan adalah tiroid,
epiglotis dan krikoid.
|
·
Penghasilan
suara.
·
Laluan
udara.
·
Menghalang kemasukan bahan asing ke trek pernafasan
bawah melalui lipatan-lipatan epiglotis dan vokal.
|
Trakea
|
·
Merupakan satu salur berukuran 12cm panjang.
·
Terbentuk
daripada rawan-rawan yang berbentuk C.
·
Permukaan belakang salur dilapisi dengan selaput.
·
Otot
bebas terdapat di ruang antara rawan-rawan.
|
·
Menyediakan tempat laluan bagi udara yang masuk dan
keluar.
|
Bronkus
|
·
Trakea akan bercabang dan membentuk bronkus kiri dan
kanan.
·
Dilapisi
oleh tisu epitelium.
·
Bronkus kanan lebih pendek dan lebar daripada bronkus
kiri.
·
Bronkus kiri lebih panjang dan nipis.
·
Terdapat banyak pencabangan pada bronkus dan membentuk
seperti batang pokok dan sering dirujuk sebagai pepokok bronkus.
|
·
Menyediakan tempat laluan bagi pengagihan keluar dan
masuk udara.
|
Paru-paru
|
·
Berbentuk
kon dan berpasangan.
·
Jantung dan struktur lain memisahkan paru-paru dari
pasangannya.
·
Paru-paru kiri mempunyai dua lobus, manakala paru-paru kanan
tiga lobus.
·
Dikelilingi oleh dua membran serosa yang dipanggil
sebagai pleura.
|
·
Pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida.
|
5.0 VENTILASI PULMONARI
Respirasi adalah dapat
diertikan sebagai proses pertukaran gas dalam badan, iaitu oksigen (O²) yang
diperlukan tubuh untuk metabolisme sel dengan karbon dioksida (CO²) yang
dihasilkan dari metabolisme tersebut dikeluarkan dari tubuh melalui paru-paru.
Respirasi boleh berlaku dalam tiga langkah asas iaitu Ventilasi Pulmonari,
Respirasi Eksternal dan Respirasi Internal. Ventilasi Pulmonari adalah di mana
udara akan disedut masuk dan dihembus keluar dari paru-paru supaya udara yang
berada dalam paru-paru akan sentiasa mengalir. Proses ini juga dikenali sebagai
pernafasan.
Robert Boyle telah mengemukakan Hukum Boyle yang
menyatakan bahawa tekanan berkadar songsang dengan isipadu. Ini bermakna
apabila isipadu bekas tinggi, tekanan akan menurun manakala sebaliknya apabila
isipadu bekas kurang tekanan akan meningkat. Ventilasi Pulmonari yang merupakan
proses pernafasan di mana gas atau udara mengalir atau bergerak antara
atmosfera dan paru-paru disebabkan oleh perubahan tekanan udara dalam
paru-paru. Terdapat dua fasa penting dalam Ventilasi Pulmonari iaitu sedutan
nafas (inhalation), proses pergerakan
udara masuk ke paru-paru dan yang kedua adalah hembusan nafas (exhalation), proses pergerakan udara
keluar dari paru-paru. Perbezaan tekanan yang disebabkan oleh perubahan isipadu
paru-paru akan memaksa udara masuk semasa fasa sedutan nafas dan keluar ketika
fasa hembusan nafas.
Alveoli merupakan salah satu struktur dalam sistem
respiratori. Alveoli turut dikenali sebagai beg udara. Ia diselaputi oleh
beribu-ribu kapilari darah yang membawa CO² untuk proses penyerapan ke dalam
alveoli dan membawa O² ke sistem peredaran darah. Ciri-ciri yang terdapat pada
alveoli adalah kecil, lembap, berdinding nipis, dan setiap kapilari mempunyai
banyak beg udara. Fasa sedutan nafas adalah merupakan proses di mana udara
masuk ke dalam paru-paru. Justeru itu, untuk membolehkan udara masuk ke dalam
paru-paru, tekanan di alveoli mestilah rendah daripada tekanan di atmosfera. Keadaan
ini boleh dicapai dengan meningkatkan isipadu paru-paru. Paru-paru pula
mestilah mengembang untuk meningkatkan isipadu paru-paru dan merendahkan
tekanan udara di dalam paru-paru. Salah satu otot yang terlibat adalah
diafragma di mana pengecutan otot diafragma akan menyebabkan ia mendatar dan
meningkatkan dimensi toraks rongga. Dalam pernafasan normal, diafragma akan
menurun sebanyak 1 cm, dan menghasilkan tekanan udara sebanyak 1 hingga 3 mmHg.
75% udara yang masuk ketika sedutan nafas adalah terhasil daripada pengecutan
otot diafragma.
Otot kedua yang terlibat dalam fasa sedutan nafas adalah
external intercostal. Apabila otot external intercostal mengecut, tulang rusuk
akan terangkat ke atas. Ini akan meningkatkan diameter rongga toraks. 25% udara
yang masuk ketika sedutan nafas adalah hasil daripada pengecutan otot external
intercostal. Apabila kapasiti rongga toraks meningkat, maka isipadu paru-paru
juga akan meningkat sekaligus tekanan alveoli akan menurun. Tekanan udara
adalah sebanyak 760 – 758 mmHg. Perubahan tekanan akan menyebabkan udara
bergerak dari luar ke dalam paru-paru. Selagi ada perbezaan tekanan, maka udara
akan terus masuk ke dalam paru-paru. Fasa hembusan nafas merupakan proses
pergerakan udara keluar dari paru-paru. Ia juga berlaku disebabkan oleh
perubahan tekanan. Fasa ini berlaku apabila tekanan di dalam paru-paru adalah
lebih tinggi daripada tekanan di atmosfera. Tidak ada pengecutan otot berlaku
semasa fasa ini terjadi.
Hembusan nafas adalah hasil
daripada ‘elastic recoil’ yang
berlaku pada dinding toraks dan paru-paru. Ia mempunyai kecenderungan untuk
kembali ke bentuk asal selepas mengembang. Apabila otot external intercostals
mengendur, tulang rusuk akan menurun. Oleh itu, tekanan dalam paru-paru akan
meningkat. Maka, udara akan bergerak keluar; dari kawasan tekanan tinggi ke
kawasan tekanan rendah.
6.0 MEKANISME PENGAMBILAN DAN PENGHANTARAN
GAS DALAM SISTEM RESPIRATORI
6.1 Mekanisme
pernafasan
Mekanisme pernafasan melibatkan dua
proses fizikal, iaitu tarikan nafas (inspirasi) dan hembusan nafas (ekspirasi).
Mekanisme pernafasan melibatkan otot-otot interkosta (luar dan dalam) dan otot
diafragma. Perubahan yang berlaku semasa mekanisme tarikan dan hembusan nafas
ditunjukkan dalam jadual di bawah.
|
Rajah 5.1 Mekanisma Respirasi Inspirasi
|
|
Rajah 5.2 Mekanisma Respirasi Ekspirasi
|
Perubahan yang berlaku semasa mekanisme tarikan dan hembusan
Tarikan nafas (inspirasi)
|
Hembusan nafas
(ekspirasi)
|
Otot interkosta luar
mengecut
|
Otot interkosta luar
mengendur
|
Otot interkosta dalam
mengendur
|
Otot interkosta dalam
mengecut
|
Sangkar
rusuk tertarik ke atas dan ke luar
|
Sangkar
rusuk tertarik ke bawah dan ke dalam
|
Otot diafragma mengecut
|
Otot diafragma mengendur
|
Diafragma menjadi kurang
melengkung
|
Diafragma
melengkung ke atas seperti bentuk kubah
|
Pergerakan
otot-otot di atas menyebabkan isi padu rongga toraks bertambah dan tekanan
udara di dalamnya berkurang
|
Pergerakan
otot-otot di atas menyebabkan isi padu rongga toraks berkurang dan tekanan
udara di dalamnya bertambah
|
Akibatnya
udara dari luar masuk ke dalam peparu
|
Akibatnya
udara dari peparu ditolak ke luar
|
Apabila kita menarik nafas, otot
diafragma akan menguncup sekali gus menjadikan ruang toraks lebih luas. Pada
masa ini, juga paru-paru akan mengembung dan menjadikan tekanan udara dalam
paru-paru berkurangan. Akibat daripada tindakan itu, udara akan disedut masuk
melalui salur udara ke dalam paru-paru.
Semasa menghembus nafas, ruang dada
menjadi lebih kecil. Ini berlaku kerana otot diafragma naik ke atas dan tulang
rusuk ditarik ke bawah oleh otot interkosta dalam. Tekan udara menjadi lebih
tinggi di dalam paru-paru dan ini menyebabkan udara berasak keluar dari
paru-paru.
Terdapat beberapa gerakan pernafasan
yang dianggap istimewa kerana ia berbeza daripada gerakan pernafasan biasa. Ia
berlaku pada keadaan;
(i)
Mengeluh
dan menguap – gerakan menarik nafas yang panjang.
(ii)
Batuk
dan bersin – gerakan menghembus nafas yang terpaksa.
(iii)
Tersedu
– gerakan menarik nafas dengan mengejut kerana sentakan otot diafragma. Bunyi
tersedu terjadi kerana udara dihirup dengan segera melalui pita suara.
6.2 Kawalan
Pernafasan
Dalam
sehari kita menarik dan menghembus nafas tanpa henti. Pada setiap satu minit,
orang dewasa melakukan gerakan pernafasan sebanyak 16 hingga 18 kali. Ada dua
faktor yang mengawal pernafasan iaitu kawalan saraf dan kawalan kimia.
(i)
Kawalan
saraf
Sistem saraf mengawal gerakan
pernafasan menjadikannya gerakan otomatik. Namun begitu manusia boleh mengawal
gerakan pernafasan dengan kuasa kawalan pada jangka masa yang pendek
sahaja. Pusat kawalan pernafasan yang
terletak di medula oblongata bertanggungjawab menjadikan gerakan pernafasan
menjadi gerakan otomatik. Di pusat inilah utusan saraf mengalir melalui
gentian-gentian saraf khas dan sampai ke otot diafragma dan ke lain-lain otot
pernafasan.
(ii)
Kawalan
kimia
Kepekaan pusat kawalan pernafasan
terhadap kehadiran karbon dioksida dalam darah adalah sangat tinggi. Pusat
kawalan pernafasan akan terangsang apabila penghasilan karbon dioksida
bertambah. Ini akan menyebabkan pengaliran utusan pernafasan ke otot-otot
pernafasan untuk mempercepatkan dan memanjangkan gerakan pernafasan untuk
menyingkirkan karbon dioksida. Secara amnya boleh dikatakan bahawa pusat
kawalan pernafasan mengawal atur jumlah karbon dioksida di dalam darah serta
menentukan bilangan dan panjangnya sesuatu pernafasan.
7.0 RUMUSAN
Subjek
anatamoni dan fisiologi banyak memberi maklumat tentang tubuh badan manusia.
Manusia mempunyai keunikan yang berbeza berbanding hidupan yang lain di dunia
ini. Segala anggota badan daripada sekecil sel hinggalah menjadi satu anggota
badan, semuanya amat penting untuk kelansungan hidup. Manusia perlu menjaga
tubuh badan untuk memastikan kehidupan penuh dengan rasa cergas dan bebas dari
sebarang penyakit. Namun begitu, kesibukan rutin harian membuatkan mansia leka
daripada menjaga tubuh badan. Senaman dan penjagaan makanan amat penting kerana
kedua-dua faktor ini mempengaruhi kesihatan manusia. Jika tidak dijaga, jangka
hayat manusia akan berkurangan dan penyakit yang dihidap akan merosakkan tubuh
badan.
Tambahan pula, tugasan ini juga
berkaitan dengan ujian amali Multi Stage Run atau pun lebih dikenali sebagai
bleep test. Oleh itu, semasa melakukan amali ini terdapat pergerakan yang
melibatkan otot-otot, tulang-tulang, sendi-sendi dan organ-organ lain yang
berkaitan. Jelaslah, otot-otot, tulang-tulang dan sendi-sendi sangat penting
dalam melakukan pergerakan seperti ujian amali Multi Stage Run. Seterusnya,
menerangkan kadar nadi yang diambil selepas melakukan ujian amali Multi Stage
Run. Kadar nadi sangat penting untuk mengetahui kadar nadi rehat seseorang
individu selepas melakukan aktiviti seperti ujian amali Multi Stage Run.
Tambahan lagi, tugasan ini juga menerangkan tentang faktor-faktor yang
mempengaruhi sistem kardiovaskular dan respiratori.
Selain itu, tugasan ini juga juga
menerangkan tentang pelbagai aktiviti yang sesuai untuk masyarakat Malaysia
seperti aktiviti yang boleh memberi kesihatan dan dapat menjaga jantung agar
sihat sentiasa. Aktiviti seperti senaman mestilah dilakukan sekurang-kurangnya
tiga kali seminggu dan mestilah lebih daripada 30 minit ianya dilakukan agar
dapat memberi kesan ke atas tubuh badan. Oleh demikian, kita perlulah bijak
dalam mengurus diri untuk menjaga dan menghargai kurniaan tubuh badan yang
sihat ini. Rutin harian perlulah diseimbangkan dengan gaya hidup sihat.
Kesedaran yang timbul dalam diri perlu bermula dengan awal sebelum terlambat.
No comments:
Post a Comment