. Amoi Chantek: UJIAN PERTENGAHAN TAHUN SEJARAH TAHUN 4 Source: http://www.amronbadriza.com/2012/10/cara-membuat-anti-copy-paste-di-blog.html#ixzz2Q2hwp6eP

Thursday 7 September 2017

UJIAN PERTENGAHAN TAHUN SEJARAH TAHUN 4

UJIAN PERTENGAHAN TAHUN
ARAHAN : Jawab semua soalan.
Jawab semua soalan di bawah. Pilih satu jawapan yang betul sahaja.

1. Maksud sejarah yang paling tepat ialah
A         Sejarah ialah peristiwa yang benar-benar  berlaku pada waktu lampau
B         Sejarah ialah peristiwa yang akan berlaku
C         Sejarah ialah cerita dongeng yang  berlaku pada waktu lampau
D         Sejarah ialah cerita yang menarik untuk dibaca

2. Sumber pertama boleh didapati dalam bentuk
            A         Buku
            B         Ucapan
            C         Akhbar
            D         Batu bersurat

3. Muzium berperanan sebagai
            A         Tempat bersiar-siar sambil membeli barang purba
            B         Tempat menyimpan dan memelihara bahan-bahan bersejarah
            C         Tempat orang ramai berkumpul dan menjual barang-barang bersejarah
            D         Tempat untuk orang ramai mendapatkan maklumat tentang suatu tempat

4. Mengapakah sejarah penting dalam kehidupan kita?
            A         Mengetahui cerita seseorang
            B         Boleh menjadi iktibar dan pelajaran
            C         Melahirkan masyarakat yang suka membaca
            D         Bersemangat untuk berperang dengan orang lain

5. Apakah maksud biodata diri?
            A         Pengenalan diri seseorang
            B         Dokumen berkaitan orang lain
            C         Keterangan tentang diri dan keluarga
            D         Profil yang mengandungi maklumat tentang diri kita
6. Keluarga asas terdiri daripada
            A         datuk, nenek dan sepupu
            B         ibu saudara, abang dan kakak
            C         ayah, ibu, datuk, nenek dan cucu
            D         ayah, ibu dan anak-anak

7. Bagaimanakah kita menunjukkan rasa hormat kepada ahli keluarga?
            A         Menggunakan kata panggilan yang sesuai dalam keluarga
            B         Meninggikan suara apabila bercakap dengan mereka
            C         Mengambil barang kepunyaan keluarga sesuka hati
            D         Tidak mahu mendengar nasihat daripada ahli keluarga

8. Apakah gelaran nama bagi anak sulung dalam sesebuah keluarga?
            A         Adik
            B         Along
            C         Angah
            D         Mak Su

9. Siapakah yang memegang jawatan tertinggi dalam organisasi sekolah?
            A         Guru
            B         Murid
            C         Kerani
            D         Guru Besar

10. Apakah yang dimaksudkan dengan visi?
            A         Sesuatu yang hendak dicapai
            B         Lambang kebanggaan sekolah
            C         Wawasan atau berpandangan jauh
            D         Langkah untuk mencapai kejayaan


11. Antara berikut, manakah menunjukkan sikap murid yang bertanggungjawab?
            I    Mematuhi disiplin sekolah
            II   Bermain semasa guru sedang mengajar
            III Membuang sampah di kawasan sekolah
            IV  Menggunakan kemudahan sekolah dengan baik
      A   I dan II                                    C   I dan III
      B   II dan III                     D   I dan IV

12. Bagaimanakah caranya untuk menjadikan sekolah kita bersih dan ceria?
            A         Membuang sampah merata-rata
            B         Mencantas pokok dan memetik bunga sesuka hati
            C         Bersama-sama menanam pokok bunga di sekolah
            D         Menconteng dinding sekolah

13. Alamat tempat tinggal dapat menunjukkan
            A         saiz rumah seseorang
            B         taraf hidup seseorang
            C         lokasi tempat tinggal seseorang
            D         bilangan ahli keluarga seseorang

14. Pernyataan di bawah menunjukkan keistimewaan kawasan setempat, kecuali
            A         mempunyai kemudahan asas yang mencukupi
            B         mempunyai pemandangan semulajadi yang indah
            C         dikelilingi oleh kawasan kilang yang pesat membangun
            D         kawasan yang mempunyai nilai sejarah yang menjadi sebutan hingga kini

15. Mengapakah kita perlu menjaga dan mengindahkan kawsan persekitaran tempat tinggal?
            A         Mengharapkan pujian orang lain
            B         Untuk memenangi pertandingan yang dianjurkan
            C         Untuk menjamin kesihatan dan keselesaan hidup
            D         Menggalakkan golongan remaja melepak di kawasan tersebut
16. Manakah antara berikut merupakan adab menggunakan telefon awam?
            A         Meletakkan semula telefon ke gagang telefon selepas menggunakannya
            B         Menghempas telefon dengan kuat kerana marah
            C         Membuang sampah di tempat tersembunyi di pondok telefon
            D         Membiarkan sahaja jika telefon rosak tanpa membuat aduan

17. Apakah yang dimaksudkan dengan Zaman Air Batu?
            A         Zaman ketika bumi ditimpa hujan berterusan
            B         Zaman ketika permukaan bumi dilitupi oleh air batu
            C         Zaman ketika bumi dilanda kemarau yang panjang
            D         Zaman gelap di mana cahaya matahari tidak dapat menembusi bumi

18. Manakah antara berikut merupakan kepulauan Melayu?
            I  Tanah Melayu                      III  Afrika
            II Sumatera                             IV  Asia
            A  I dan II                   C  II dan III
            B  I dan III                 D  III dan IV

19. Berikut adalah faktor-faktor menyebabkan terbentuknya benua dan lautan kecuali
            A         kejadian banjir
            B         pencairan air batu
            C         pergerakan glasier
            D         kenaikan paras air laut

20. Terdapat ___________ lautan yang terbentuk akibat pergerakan glasier pada Zaman Air Batu
            A         lima    
            B         enam
            C         tujuh
            D         lapan


Jawab semua solalan.
a)         Isikan tempat kosong dengan jawapan yang betul.






sayang menyayangi                               anak-anak                                            hormat

                         rajah salasilah                                                                               maruah





1.         Keluarga asas terdiri daripada ibu, ayah dan _____________________.
2.         _____________________ antara satu sama lain di dalam keluarga amat penting untuk membina keluarga yang bahagia.
3.         Sikap ____________________ perlu ada dalam diri setiap ahli keluarga kerana ia dapat mengelak daripada berlakunya perselisihan faham.
4.         Kita mesti menjaga __________________ keluarga supaya nama baik keluarga tidak tercemar.
5.         ____________________ keluarga adalah sebuah rajah yang menerangkan asal usul sebuah keluarga.




b)         Tandakan (     ) pada pernyataan yang menunjukkan peristiwa sejarah dan tandakan  ( X ) pada pernyataan yang bukan menunjukkan peristiwa sejarah.

1.
Saya mula memasuki Tahun Satu semasa umur saya tujuh tahun.
2.
Setiap hujung minggu saya dan kakak akan pergi ke perpustakaan.
3.
Saya pernah berjumpa dengan Perdana Menteri Malaysia dua tahun yang lalu.
4.
Saya selalu mengulangkaji pelajaran bersama rakan-rakan.
5.
Negara kita mencapai Kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

c)         Senaraikan kemudahan yang terdapat di sekolah kamu dan nyatakan cara kamu menjaga kemudahan tersebut.

Bil
Kemudahan Sekolah
Cara menjaga kemudahan sekolah
1.
Makmal komputer
Menjaga kebersihan bilik komputer dan menggunakan komputer dengan cermat dan berhemah
2.


3.


4.


5.


6.


soalan sejarah tahun 4
Soalan  Sejarah tahun 4
1.Apakah sejarah?
a.Sejarah ialah peristiwa yang benar-benar  berlaku pada waktu lampau
b.Sejarah ialah peristiwa yang akanr  berlaku
c.Sejarah ialah cerita dongen yang  berlaku pada waktu lampau

2. “Sejarah ialah tindakan manusia dan sebab-sebab yang dilakukan oleh mereka
Penyataan ini  merujuk kepada pendapat sejarawan terkenal:-
a.Herodotus
b.Ibn Khaldun
c.Ibn Batuta

3.Siapakah Herodatus?
a.Sejarawan islam
b.Sejarawan Yunanai
c.Sejarawan Mesir

4.Siapakah Ibn Khaldun?
a.Sejarawan islam
b.Sejarawan Yunanai
c.Sejarawan Mesir

5.Sumber sejarah terbahagi kepada dua iaitu……………………
a.Sumber asli dan sumber baharu
b.Sumber pertama dan sumber kedua
c.Sumber tiruan dan rekaan

6.Pilih pernyataan yang BENAR
a.Sumber pertama ialah sumber asli dan sumber kedua ialah penulisan
b.Sumber pertama ialah sumber asli dan sumber kedua ialah artifak
c.Sumber pertama ialah sumber  majalah dan sumber kedua ialah penulisan

7.Berikut ialah contoh sumber Pertama  KECUALI
a.Fosil
b.Manuskrip
c.Internet

8.Apakah artifak?
a.Barang tinggalan yang dicipta oleh manusia
b.tinggalan haiwan atau tumbuhan
c.Naskah tulisan tanggan

9. Kaedah arkeologi ialah
a.kajian sumber dari bahan bertulis
b.kajian secara temubual
c.Kajian terhadap tinggalan purba

10.Gua Niah ialah gua yang……………………………….. di Asia Tenggara
a.terbesar
b.tertua
c.tercantik
Soalan 11-15
Padankan dengan yang betul
Masjid Kampung Hulu
dibina oleh Portugis sebaik sahaja berjaya menawan Melaka pada tahun 1511. Ia  terletak di Bandar Hilir, Melaka bersebelahan Gereja St. Paul. Ia merupakan seni bina Eropah tertua yang masih tinggal di Asia.
A famosa
Ia merupakan masjid tertua di negeri ini dan dibina sekitar tahun 1720 hingga 1728. Masjid ini dipercayai dibina oleh Datuk Arom atau Harun iaitu seorang pendatang dari China yang telah memeluk Islam.
Stadthuys
terletak di Jalan Laksamana, Melaka, Malaysia dibina pada tahun 1849 oleh Paderi Farve, seorang rakyat Perancis.
Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan
ialah sebuah binaan bersejarah terletak bersebelahan dengan Gereja Christ di Jalan Laksamana, Melaka, Malaysia. Bangunan ini dibina pada tahun 1650 sebagai penempatan rasmi Gabenor Belanda dan Timbalan Gabenor, di mana struktur bangunan ini melambangkan seni rekabentuk Belanda yang halus.
Gereja St. Francis Xavier
Bangunan ini dibina pada tahun 1911. Sebelum itu bangunan ini dikenali sebagai Kelab Melaka. Setelah merdeka, kelab ini dibuka kepada orang ramai. Kemudian pada 31 Ogos 1985, bangunan ini dijadikan memorial yang memuatkan segala dokumen tentang kemerdekaan.


No comments:

Post a Comment