. Amoi Chantek: SOALAN SEJARAH TAHUN 4 Source: http://www.amronbadriza.com/2012/10/cara-membuat-anti-copy-paste-di-blog.html#ixzz2Q2hwp6eP

Thursday 7 September 2017

SOALAN SEJARAH TAHUN 4

BAHAGIAN A (20 MARKAH)
Arahan : Jawab semua soalan

1.         Maksud sejarah yang paling tepat ialah
A.         sejarah ialah peristiwa yang akan berlaku
B.         sejarah ialah cerita yang menarik untuk dibaca
C.         sejarah ialah cerita dongeng yang  berlaku pada waktu lampau
D.         sejarah ialah peristiwa yang benar-benar  berlaku pada waktu lampau

2.         Sumber pertama boleh didapati dalam bentuk
A.         buku
B.         akhbar
C.         batu bersurat

3.         Muzium berperanan sebagai
A.         tempat bersiar-siar sambil membeli barang purba
B.         tempat menyimpan dan memelihara bahan-bahan bersejarah
C.        tempat orang ramai berkumpul dan menjual barang-barang bersejarah

4.         Mengapakah sejarah penting dalam kehidupan kita?
A.         mengetahui cerita seseorang
B.         boleh menjadi iktibar dan pelajaran
C.         melahirkan masyarakat yang suka membaca
D.         bersemangat untuk berperang dengan orang lain

5.         Berikut ialah contoh sumber Pertama, kecuali;
A.        fosil
B.        manuskrip
C.        internet

6.         Apakah yang dimaksudkan dengan Zaman Air Batu ?
A.        zaman berlakunya kepupusan dinosor
B.        zaman ketika air batu melitupi permukaan bumi
C.        zaman bermulanya penggunaan air batu untuk mengawetkan ikan
7.         Yang berikut manakah yang bukan lautan di dunia ?
A.        Lautan Artik
B.        Lautan Hindi
C.        Lautan Oceania

8.         Timbunan besar ais yang bergerak perlahan-lahan menuruni cerun atau merebak ke permukaan laut
Nyatakan apakah fenomena alam yang dimaksudkan.
A.        Glasier
B.        Ribut salji
C.        Pemecahan ais

9.         Alam sekitar amat penting kepada manusia dan haiwan kerana__________________
i           membekalkan udara
ii          menjadi habitat haiwan
iii          membekalkan sumber air
iv         membekalkan sumber makanan

A.        I dan II
B         I, II dan III
C.        II, III dan IV
D.        I, II, III dan IV

10.       Apakah yang berlaku pada Pentas Sunda selepas pencairan air batu?                      
A.        membentuk lautan hindi
B.        membentuk lautan antartik
C.        membentuk kepulauan Melayu
D.        membentuk lautan pasifik selatan

11.       Berikut merupakan kemudahan-kemudahan yang disediakan di pelabuhan Melaka untuk keselesaan pedagang, kecuali ______________________.
A.        gudang
B.        makanan
C.        bekalan air
D.        tempat beriadah

12.       Berikut merupakan ciri-ciri tokoh terbilang, kecuali ___________________.
A         zalim
B         amanah
C         dihormati
D         boleh diteladani

“Jawatan ini berperanan untuk memimpin angkatan tentera perang dan menjadi pemangku Sultan semasa Sultan gering atau keluar Negara”
13.      




Apakah jawatan yang dimaksudkan?
A         Temenggung.
B         Laksamana.
C         Biduanda.
D         Bendahara.

14.     Apakah keistimewaan-keistimewaan yang ada pada Bendahara Tun Perak dan Laksamana Hang Tuah?
A         Berpandangan jauh.
B         Taat setia dan bijaksana.
C         Bercita-cita tinggi.
D         Mahir ilmu persilatan.

15.       Berikut merupakan tanggungjawab yang dipikul oleh seorang Laksamana, kecuali _______________________.
A         menjadi pengawal Sultan
B         menjadi penasihat Sultan
C         menjaga keselamatan perairan Melaka
D         menjamin keselamatan pedagang

16.       “Parameswara mengetahui potensi Melaka dan telah memajukan Melaka menjadi sebuah pusat perdagangan antarabangsa”.
Apakah keistimewaan yang ada pada Parameswara dalam situasi ini?
A         Berpandangan jauh.
B         Bertanggungjawab.
C         Bijaksana.
D         Amanah.

17.       Antara berikut, yang manakah sebab Tun Perak membawa pengikut dan keluarga mereka dari Kelang untuk mempertahankan Melaka daripada serangan Siam?
A         Menambah bilangan tentera.
B         Menjadi banteng pertahanan.
C         Melemahkan pihak musuh.
D         Membangkitkan semangat juang pahlawan.

18.       Mengapakah Tun Perak mengarahkan pengikutnya mengikat jamung di sepanjang pantai Melaka?
A         Untuk mengelirukan askar Siam yang tiba pada waktu malam.
B         Untuk mematahkan serangan Siam.
C         Untuk mengaku kalah kepada musuh.
D         Untuk mengalu-alukan kedatangan askar Siam.

19.       Antara berikut, yang manakah cara untuk memelihara tempat-tempat bersejarah?
I           Menaik taraf bangunan asal
II          Mewartakan tempat bersejarah
III         Reka bentuk asal bangunan dikekalkan
IV        Bangunan dibaik pulih

A         I, II dan III
B         I, II dan IV
C         II, III dan IV
D         I, II, III dan IV

20.       Gelaran _____________________ telah digunakan dalam pentadbiran Melaka setelah pemerintah memeluk agama Islam.
A         Raja
B         Sultan
C         Maharaja
D         Maharani


Bahagian B (10 MARKAH)
a) Arahan : Lengkapkan maklumat berikut dengan pilihan jawapan yang betul.
Sebelum
Sepohon Pokok
Beruas
Sumber kedua
Sultan
Sumber pertama

Laksamana
Identiti
Tun Perak
Parameswara

1. Nyatakan  jenis sumber tersebut: Sumber ini belum diolah dan dicetak, bersifat asli. _________________________

2. Sumber ini merupakan bahan yang dikaji melalui pembacaan bahan bertulis oleh pengkaji sejarah dan diolah, dicetak serta disebarkan kepada umum. __________________________

3. Bendera dan lencana sekolah ialah___________________sekolah.

4. Kerajaan _______________________ wujud sekitar abad ke-15 masihi selepas kemerosotan Gangga Negara.

5. Kerajaan Melayu Awal telah wujud _________________ Zaman Kesultanan Melayu Melaka.

6. Hang Tuah menyandang jawatan _______________ semasa berkhidmat di Melaka.

7. __________________ merupakan bendahara yang termasyhur di Zaman Kesultanan Melayu Melaka.

8. Negeri Melaka dibuka dan diasaskan oleh _____________________.

9. Nama negeri Melaka diambil sempena nama ______________________.

10. Gelaran _____________________ telah digunakan dalam pentadbiran Melaka setelah pemerintah memeluk agama Islam.








b) Arahan : Gariskan jawapan yang betul. (10 MARKAH)
1. Lokasi tapak arkeologi di Malaysia terdapat di (Gua Angin Sarawak, Gua Niah Sarawak).

2. Maklumat yang ada pada sijil kelahiran ialah (alamat tempat tinggal, nama sekolah)

3. Sejarawan pergi berjumpa ketua kampung untuk mendapatkan maklumat sejarah, ini merupakan sumber (lisan, arkeologi)

4. Mengapakah pentingnya mempelajari sejarah (mewujudkan kerjasama, menerbitkan semangat cinta akan negara)

5. Antara yang berikut yang manakah akibat tidak merancang masa (kerja sering tertangguh, selalu datang awal ke kelas)

6. Bidang pengangkutan (teknologi lama, teknologi baru) lebih lambat, harga murah dan menggunakan alat tradisional.

7. (Salasilah keluarga, keluarga asas ) penting untuk mengetahui asal usul keluarga.

8. Bahasa utama yang menjadi bahasa perhubungan harian dan perniagaan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka (Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris)

9. Parameswara merupakan pemimpin yang ulung. Sebagai seorang murid, apakah sifat kepimpinan yang anda boleh contohi __________. (berpandangan jauh, mementingkan diri)

10. Jawatan (Bendahara, Temenggung) ini berperanan untuk memimpin angkatan tentera perang dan menjadi pemangku Sultan semasa Sultan gering atau keluar Negara.




c) Arahan : Jawab semua soalan-soalan dibawah. (10 MARKAH)

1. Mengemukakan asal usul nama Melaka berdasarkan dua sumber berikut.

Sejarah Melayu : ________________________________________________________
Mitos Hindu       : ________________________________________________________

2. Menyenaraikan dua nama Sultan semasa Tun Perak menjadi Bendahara Melaka.
a) ____________________________________________________________________
b) ____________________________________________________________________  
                                       
3. Melengkapkan dua peranan Sultan semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka.
a) ____________________________________________________________________
b) ____________________________________________________________________

4. Membahaskan dua peranan Laksamana Hang Tuah.
a)_____________________________________________________________________
b_____________________________________________________________________

5. Gambarkan bagaimana cara anda menzahirkan taat dan setia kepada pemimpin.
______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

No comments:

Post a Comment