. Amoi Chantek: CONTOH RPH LENGKAP SEJARAH TAHUN 4 Source: http://www.amronbadriza.com/2012/10/cara-membuat-anti-copy-paste-di-blog.html#ixzz2Q2hwp6eP

Thursday 7 September 2017

CONTOH RPH LENGKAP SEJARAH TAHUN 4


Text Box: INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJANG
KM 1 JALAN KJD
96509 BINTANGOR
SARAWAK
Description: C:\Users\user\Desktop\Desktop Premier Hotel 31 10 2013\Desktop Mei 2013\Logo IPG New 2011.png



RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
S E J A R A H
TAHUN EMPAT



Disediakan oleh

MOR EDDIN BIN MORTADA
Kumpulan PISMP (SJH) Ambilan Januari 2013
Institut Pendidikan Guru Kampus Rajang
96509 Bintangor


RANCANGAN PELAJARAN HARIAN (RPH) SEJARAH TAHUN EMPAT
Tarikh (Hari)
Masa
Tahun / Kelas
Bilangan Murid
:
:
:
:
6 Ogos 2015 (Khamis)
0845 – 0945 (60 minit)
4 Melur
34 Orang

Tema
Tajuk
Standard Kandungan (SK)
Standard Pembelajaran (SP)
:
:
:
:
SEJARAH AWAL NEGARA
5.     TOKOH-TOKOH TERBILANG KESULTANAN MELAYU MELAKA
5.1    Tokoh-tokoh Terbilang Kesultanan Melayu Melaka
5.1.3  K5.1.6

Objektif Pembelajaran  (OP)
:
Pada akhir pelajaran murid dapat:
1.     Menyatakan peranan jawatan Sultan, Bendahara dan Laksamana dalam membangunkan Kesultanan Melayu Melaka berdasarkan maklumat daripada slaid yang dipaparkan
2.     Menyatakan sekurang-kurangnya 5 kepentingan menghargai tokoh-tokoh terbilang KMM berdasarkan penerangan daripada guru.

Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS)
:

Elemen Asas Sejarah
-       Tokoh
-       Peristiwa

Elemen Merentas Kurikulum (EMK)

:
:
:
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)
Nilai Murni (NM)               :   Keberanian, bertanggungjawab, adil dan kebijaksanaan
Aplikasi TKP (TKP)          :   Interpersonal dan Verbal-linguistik
Kemahiran Berfikir (KBF) :   Menjana Idea dan menerangkan sebab

Bahan Bantu Mengajar
(BBM)
:
:
:
:

Komputer riba
Projektor LCD
Pakej Slaid Pengajaran dan Pembelajaran
Latihan SJH/01




PROSEDUR PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN



LANGKAH


ISI PELAJARAN

AKTIVITI PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN

KAEDAH / TEKNIK /
BBM / EMK / KPS


Set Induksi
(5 minit)


Gambar
Yang Dipertuan Agong: Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah

Perdana Menteri: Dato Seri Najib Tun Abdul Razak

Ketua Polis Negara: Tan Sri Khalid Abu Bakar




Tajuk : Tokoh-tokoh terbilang Kesultanan Melayu Melaka


Isi Pelajaran:
·Peranan jawatan tokoh-tokoh terbilang Melaka seperti Sultan, Bendahara dan Laksamana







1.  Guru menggunakan quiet signal untuk memastikan semua murid memberi tumpuan dan perhatian.

2.  Guru memaparkan gambar Yang Di Pertuan Agong, Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan di slaid

3.  Guru meminta pelajar untuk mengenal pasti siapakah yang dipaparkan dalam gambat tersebut

4.  Guru bertanya kepada  pelajar  tugas-tugas mereka

5.  Guru mengaitkan jawapan murid dengan isi pelajaran dan seterusnya memperkenalkan tajuk pelajaran









KAEDAH/TEKNIK
Teknik Penerangan

BBM
Komputer riba
Projektor LCD
Pakej Slaid PdP

EMK
TMK
NM   - Bertanggungjawab
TKP  - Menjana Idea


Langkah 1
(30 minit)


1.    Peranan jawatan tokoh terbilang dalam membangunkan Kesultanan Melayu Melaka


a.   Peranan Sultan (Parameswara)
·         Berbincang dengan para pembesar bagi melaksanakan sistem pentadbiran yang sistematik
·         Menerima sembah demi mengukuhkan kedaulatan raja
·         Sultan menerima kedatangan pedagang luar bagi memajukan perdagangan di Melaka
·         Menganugerahkan watikah kepada diplomat asing bagi menjalinkan hubungan diplomatik dengan kuasa asing
·         Menjaga keamanan
·         Menjadi imam semasa sembahyang bagi memartabatkan agama Islam
·         Memanggil ulama ke Istana untuk mengajar agama Islam bagi menggalakkan perkembangan  ilmu pengetahuan
·         Memperluaskan jajahan takluk

b.  Peranan Bendahara
·         Penasihat Sultan dalam pentadbiran dan pengurusan Melaka
·         Pemimpin angkatan tentera
·         Ketua Diplomat
·         Penjaga keselamatan Sultan
·         Pemangku Sultan apabila Sultan gering atau keluar negara
·         Pembantu Sultan dalam mengambangkan agama islam

c. Laksamana
·         Menjaga keselamatan perairan Kesultanan Melayu Melaka
·         Menjadi utusan diplomat
·         Menjadi pengawal peribadi Sultan
·         Menjamin keselamatan pedagang yang berdagang di Melaka
·         Melaksanakan perintah Sultan pada bila-bila masa



KPS:   Tokoh dan Peristiwa



1.  Guru menerangkan isi pelajaran bagi standard pembelajaran 5.1.3 dengan bantuan slaid pengajaran dan pembelajaran yang dipaparkan melalui Projektor LCD
2.  Murid mendengar penerangan guru sambil mencatat isi-isi penting dalam buku catatan/kertas kosong
3.  Guru menilai tahap penguasaan murid terhadap standard pembelajaran 5.1.3 melalui soalan kuiz yang dipaparkan melalui projektor LCD seperti berikut:

  1. Apakah peranan sultan?
  2. Apakah peranan Bendahara?
  3. Apakah peranan Laksamana?

4.  Guru membuat rumusan dan seterusnya menerapkan nilai patriotik dalam diri pelajar



KAEDAH/TEKNIK
Kaedah Penerangan

BBM
Komputer riba
Projektor LCD
Pakej Slaid PdP

EMK
TMK
NM  - Bertanggungjawab
-       Nilai Patriotik
TKP – Kecerdasan visual
           dan ruang

KPS
-       Elemen Asas sejarah
§  Peristiwa
§  Tokoh

Langkah 2
(20 minit)


2.   Kepentingan menghargai tokoh-tokoh
      terbilang Kesultanan Melayu Melaka
  • Menanam semangat patrotik dalam diri
  • Mereka telah berusaha membangunkan Melaka sehingga menjadi terkenal di seluruh dunia
  • Agama islam dapat berkembang atas usaha Sultan yang mengembangkan agama Islam
  • Dapat memupuk semangat keberanian dalam diri
  • Mereka telah banyak berjasa dalam melindungi Melaka daripada kuasa jajahan luar seperti China

1.     Murid-murid dibahagikan kepada 4 kumpulan. Setiap kumpulan memilih seorang ketua, pelapor, material monitor dan pencatat.

2.     Material monitor mengambil artikel “Kepentingan menghargai tokoh-tokoh Kesultanan Melayu Melaka”, kad manila dan pen marker dari meja guru.

3.     Setiap kumpulan membaca artikel “Kepentingan menghargai tokoh-tokoh Kesultanan Melayu Melaka”, berbincang dan seterusnya menyenaraikan kepentingan menghargai tokoh-tokoh kesultanan Melayu Melaka  dalam kehidupan harian pada kad manila dalam tempoh 10 minit.

4.     Hasil kerja setiap kumpulan dipamerkan pada papan tulis

5.     Beberapa orang pelapor diminta menyatakan kepentingan menghargai tokoh-tokoh terbilang kesultanan Melayu Melaka berdasarkan hasil perbincangan kumpulan

6.     Guru membuat rumusan dan seterusnya menerapkan nilai berkerjasama


KAEDAH/TEKNIK
Kaedah Perbincangan

BBM
Komputer riba
Projektor LCD
Pakej Slaid PdP

EMK
TMK
NM  - Kerjasama
TKP – Interpersonal dan
           Verbal-linguistik
KBF -  Menerangkan sebab
         


Penutup
(5 minit)

1.   Penutup Kognitif

      IsI kandungan Pelajaran 1
  • Peranan Sultan
  • Peranan Bendahara
  • Peranan Laksamana
  • Kepentingan menghargai tokoh-tokoh terbilang Kesultanan Melayu Melaka



2.  Penutup Sosial
  • Perasaan pencapaian
  • Peneguhan positif
  • Membuat perkaitan
  • Perasaan ingin tahu

3. Aktiviti Susulan
  • Latihan SJH/01
           (SP 5.1.3 Dan K.5.1.6)



1.  Guru merumuskan keseluruhan isi kandungan pelajaran dengan bantuan slaid pengajaran dan pembelajaran yang dipaparkan melalui Projektor LCD

2.  Guru menimbulkan perasaan pencapaian murid dan memberikan peneguhan positif

3.  Guru mengaitkan pelajaran hari ini dengan pelajaran yang akan datang.

4.  Material monitor mengambil Latihan SJH/01 dari meja guru dan mengedarkannya kepada ahli-ahli kumpulan masing-masing.

5.  Latihan SJH/01 perlu disiapkan dan dihantar kepada guru pada keesokan harinya.


BBM
Komuter riba
Projektor LCD
Pakej Slaid PdP
Latihan SJH/01

EMK
TMK
NM - Kerajinan



Disemak oleh Guru Pembimbing / Pensyarah Penyelia





Tandatangan :
Nama            :
Tarikh            :
Disahkan oleh Guru Besar





Tandatangan :
Nama            :
Tarikh            :



No comments:

Post a Comment