. Amoi Chantek: SEJARAH TAHUN 4 Source: http://www.amronbadriza.com/2012/10/cara-membuat-anti-copy-paste-di-blog.html#ixzz2Q2hwp6eP

Thursday 7 September 2017

SEJARAH TAHUN 4


BAHAGIAN A

ARAHAN :.

 Jawab semua soalan di bawah. Pilih dan bulatkan  satu jawapan yang betul sahaja.


1. Maksud sejarah yang paling tepat ialah
A         Sejarah ialah peristiwa yang benar-benar  berlaku pada waktu lampau
B         Sejarah ialah peristiwa yang akan berlaku
C         Sejarah ialah cerita dongeng yang  berlaku pada waktu lampau
D         Sejarah ialah cerita yang menarik untuk dibaca

2. Sumber pertama sejarah boleh didapati dalam bentuk
            A         Buku
            B         Ucapan
            C         Akhbar
            D         Batu bersurat

3. Muzium berperanan sebagai
            A         Tempat bersiar-siar sambil membeli barang purba
            B         Tempat menyimpan dan memelihara bahan-bahan bersejarah
            C         Tempat orang ramai berkumpul dan menjual barang-barang bersejarah
            D         Tempat untuk orang ramai mendapatkan maklumat tentang suatu tempat

4.  Mengapakah sejarah penting dalam kehidupan kita?
            A         Mengetahui cerita seseorang
            B         Boleh menjadi iktibar dan pelajaran
            C         Melahirkan masyarakat yang suka membaca
            D         Bersemangat untuk berperang dengan orang lain







5Yang manakah paling tepat bagi penyataan di bawah?


A.        Kajian sumber daripada bahan bertulis atau bercetak.
B.         Temu bual.
C.         Kajian terhadap tinggalan purba.
D.        Kajian tunggu dan lihat.

6. Apakah maksud biodata diri?
            A         Pengenalan diri seseorang
            B         Dokumen berkaitan orang lain
            C         Keterangan tentang diri dan keluarga
            D         Profil yang mengandungi maklumat tentang diri kita

7. Keluarga asas terdiri daripada
            A         datuk, nenek dan sepupu
            B         ibu saudara, abang dan kakak
            C         ayah, ibu, datuk, nenek dan cucu
            D         ayah, ibu dan anak-anak

8. Bagaimanakah kita menunjukkan rasa hormat kepada ahli keluarga?
            A         Menggunakan kata panggilan yang sesuai dalam keluarga
            B         Meninggikan suara apabila bercakap dengan mereka
            C         Mengambil barang kepunyaan keluarga sesuka hati
            D         Tidak mahu mendengar nasihat daripada ahli keluarga

9 Apakah gelaran nama bagi anak sulung dalam sesebuah keluarga?
            A         Adik
            B         Along
            C         Angah
            D         Mak Su


Soalan 10 berdasarkan rajah di bawah.

Siapakah yang sepatutnya yang berada pada kedudukan A itu?

       A.  Kakak + Abang Ipar
       B.  Abang + Kakak Ipar
       C.  Ayah + Emak
       D.  Datuk + Nenek

11. Siapakah yang memegang jawatan tertinggi dalam organisasi sekolah?
            A         Guru
            B         Murid
            C         Kerani
            D         Guru Besar

12. Siapakah yang membantu Guru Besar mentadbir sekolah?
       I.   Mak cik kantin
       II.  Guru penolong Kanan Pentadbiran
       III. Guru penolong Kanan Hal Ehwal Murid
       IV. Guru Penolng Kanan Kokurikulum
       A.        I, II dan IV
       B.        I, II dan III
       C.        I, III dan IV
       D.        II, III dan IV

13. Apakah yang dimaksudkan dengan visi?
            A         Sesuatu yang hendak dicapai
            B         Lambang kebanggaan sekolah
            C         Wawasan atau berpandangan jauh
            D         Langkah untuk mencapai kejayaan

14. Antara berikut, manakah menunjukkan sikap murid yang bertanggungjawab?
            I    Mematuhi disiplin sekolah
            II   Bermain semasa guru sedang mengajar
            III Membuang sampah di kawasan sekolah
            IV  Menggunakan kemudahan sekolah dengan baik
      A   I dan II                       C   I dan III
      B   II dan III                     D   I dan IV

15. Bagaimanakah caranya untuk menjadikan sekolah kita bersih dan ceria?
            A         Membuang sampah merata-rata
            B         Mencantas pokok dan memetik bunga sesuka hati
            C         Bersama-sama menanam pokok bunga di sekolah
            D         Menconteng dinding sekolah

16. Alamat tempat tinggal dapat menunjukkan
            A         saiz rumah seseorang
            B         taraf hidup seseorang
            C         lokasi tempat tinggal seseorang
            D         bilangan ahli keluarga seseorang

17. Pernyataan di bawah menunjukkan keistimewaan kawasan setempat, kecuali
            A         mempunyai kemudahan asas yang mencukupi
            B         mempunyai pemandangan semulajadi yang indah
            C         dikelilingi oleh kawasan kilang yang pesat membangun
            D         kawasan yang mempunyai nilai sejarah yang menjadi sebutan hingga kini


 18. Mengapakah kita perlu menjaga dan mengindahkan kawsan persekitaran tempat  
        tinggal?
            A         Mengharapkan pujian orang lain
            B         Untuk memenangi pertandingan yang dianjurkan
            C         Untuk menjamin kesihatan dan keselesaan hidup
            D         Menggalakkan golongan remaja melepak di kawasan tersebut

19. Manakah antara berikut merupakan adab menggunakan telefon awam?
            A         Meletakkan semula telefon ke gagang telefon selepas menggunakannya
            B         Menghempas telefon dengan kuat kerana marah
            C         Membuang sampah di tempat tersembunyi di pondok telefon
            D         Membiarkan sahaja jika telefon rosak tanpa membuat aduan

20. Pada pendapat kamu, mengapakah kita perlu menjaga kemudahan awam ditempat  
      kita?
      A. Kerana saya tidak menggunakan kemudahan awam.
      B. Kerana kita perlu membayar jika hendak menggunakannya.
      C. Supaya dapat berfungsi dengan baik.
      D. Kerana saya tidak suka menggunkan kemudahan yang berada dirumah saya.

21. Mengapakah tempat bersejarah perlu dikekalkan?
            A. Untuk mendapat duit dari tempat-tempat tersebut..
            B .Bukti kukuh tentang peristiwa sejarah yang telah berlaku kepada generasi akan
                Datang
            C. Untuk memberi peluang pekerjaan kepada penduduk.
            D. Supaya tanah-tanah di Malaysia digunakan sepenuhnya.











Soalan 22  berdasar kenyataan di bawah.
·         Bercakap dengan sopan
·         Tidak meninggikan suara
·         Menggunakan nama panggilan yang sopan
 
 



.




   Adab bagi amalan di atas ialah…
            A. Ketika ingin keluar dari rumah
            B. Ketika makan
            C. Ketika lalu di hadapan orang tua
            D. Ketika berbual               

Soalan 23 berdasarkan gambar di bawah.
23. Apakah maksud Sijil Kelahiran?
       A. Sijil lahir yang mengandungi keterangan mengenai butir-butir kelahiran.
       B. Sijil yang dikeluarkan untuk tujuan pembaziran.
       C. Sijil lahir yang mengandungi maklumat mengenai sekolah.
       D. Sijil penghargaan kepada individu.


24. Mengapakah sijil kelahiran penting bagi setiap penduduk di Malaysia?
            A. Mendapat pengesahan warganegara ketika membuat kad pengenalan.
            B. Supaya saya tahu saya rakyat Malaysia.
            C. Kerana kerajaan mewajibkannya kepada setiap orang.
            D. Ibu bapa saya ingin memperkenalkan diri saya kepada orang.







30 Markah





















BAHAGIAN B
Jawab semua solalan.
 Isikan tempat kosong dengan jawapan yang betul.

sayang menyayangi                               anak-anak                                            hormat

                         rajah salasilah                                                  maruah


1.         Keluarga asas terdiri daripada ibu, ayah dan _____________________.
2.         _____________________ antara satu sama lain di dalam keluarga amat penting  
            untuk membina keluarga yang bahagia.
3.         Sikap ____________________ perlu ada dalam diri setiap ahli keluarga kerana ia
           dapat mengelak daripada berlakunya perselisihan faham.
4.         Kita mesti menjaga __________________ keluarga supaya nama baik keluarga
             tidak tercemar.
5.         ____________________ keluarga adalah sebuah rajah yang menerangkan asal
            usul sebuah keluarga.

10 Markah







            BAHAGIAN C  
            Tandakan (   /  ) pada pernyataan yang menunjukkan peristiwa sejarah dan tandakan  ( X ) pada pernyataan yang bukan menunjukkan peristiwa sejarah.

1.
Saya mula memasuki Tahun Satu semasa umur saya tujuh tahun.

2.
Setiap hujung minggu saya dan kakak akan pergi ke perpustakaan.

3.
Saya pernah berjumpa dengan Perdana Menteri Malaysia dua tahun yang lalu.

4.
Saya selalu mengulangkaji pelajaran bersama rakan-rakan.

5.
Negara kita mencapai Kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.





10 Markah














BAHAGIAN D
           Senaraikan kemudahan yang terdapat di sekolah kamu dan nyatakan cara kamu menjaga kemudahan tersebut.


Bil
Kemudahan Sekolah
Cara menjaga kemudahan sekolah
1.
Makmal komputer
Menjaga kebersihan bilik komputer dan menggunakan komputer dengan cermat dan berhemah
2.


3.


4.


5.


6.




       05 Markah                              10 Markah                                                            
























No comments:

Post a Comment