. Amoi Chantek: Pernyataan Profesional (PRAKTIKUM) Source: http://www.amronbadriza.com/2012/10/cara-membuat-anti-copy-paste-di-blog.html#ixzz2Q2hwp6eP

Thursday 7 September 2017

Pernyataan Profesional (PRAKTIKUM)

Pernyataan Profesional
Praktikum pengajaran di sekolah rendah merupakan satu pengalaman yang bermakna untuk tempoh tiga bulan ini yang juga merupakan pengalaman ketiga bagi saya. Perjalanan bagi menjadi seorang guru yang bertauliah dan terlatih kini telah hampir tiba. Melalui praktikum ini, pendedahan awal dalam pengajaran murid di sekolah dapat saya lalui. Praktikum Fasa 3 yang akan saya jalani ini bermula dari 25 Januari hingga  22 April 2016 iaitu selama 12 minggu. Hakikat yang dihadapi kini adalah satu pengalaman yang perlu dihadapi guru dalam menempuh kehidupan sebenar alam persekolahan.

Praktikum yang akan dijalani ini merupakan satu instrumen praktik yang amat penting dalam menjana perkembangan proses pembelajaan dan pembentukan guru yang mahir dan berpengetahuan luas dalam pengajarannya di peringkat sekolah. Apabila berada di sekolah, segala bentuk teknik, kaedah dan teori yang telah dipelajari akan saya aplikasikan semasa menjalankan  proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas berdasarkan kepada kesesuaian penggunaannya. Oleh yang demikian, praktikum ini sebenarnya membantu dalam menterjemahkan segala dapatan secara realiti dan konkrit mengikut situasi sebenar semasa berada di sekolah.

Sepanjang tempoh dua belas minggu praktikum yang dijalankan, perkara utama  yang saya harapkan ialah untuk mampu mempraktikkan segala ilmu pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari di IPG sepanjang pembelajaran. Apa yang diharapkan, praktikum ini dapat membuka satu ruang pengetahuan yang bermakna dan berguna kepada saya sebagai pelajar bagi memantapkan lagi ilmu pendidikan, kemahiran, bakat, minat dan kaedah serta pendekatan sedia ada. Kesannya juga akan dapat menjana pengetahuan yang baru. Sekolah rendah merupakan gedung yang dipenuhi dengan pelbagai sumber yang boleh dijadikan rujukan. Hasilnya, ilmu yang akan diperoleh itu akan  memberikan makna yang bermanfaat kepada guru pelatih dalam menjana perkembangan ke arah pemupukan jati diri guru yang cemerlang.


Selain itu, dalam merealisasikan keinginan membina persepsi diri sebagai seorang guru, pembinaan jati diri juga turut menjadi keutamaan saya. Pembinaan jati diri  ini saya perlu memperolehi pelbagai pendedahan dalam pelbagai bidang berkaitan perguruan. Melalui praktikum ini juga, saya dapat memahami  dan mengenali sedalamnya mengenai budaya murid dan guru serta suasana di sekolah rendah sebagai pendedahan awal sebelum ditauliahkan sebagai seorang guru nanti. Pendedahan awal ini sangat penting kepada bakal guru supaya teknik pengajaran dapat dijalankan dengan betul mengikut ketetapan yang telah ditetapkan oleh kementerian pelajaran. Semoga saya dapat  mengambil dan menimba ilmu sebanyak mungkin agar dapat digunakan dan diaplikasikan semasa mengajar kelak. Akhir kata, apa yang diharapkan kehadiran saya dapat diterima oleh warga sekolah disamping menimba banyak perkara berguna sebagai persediaan untuk bergelar guru kelak.

No comments:

Post a Comment