. Amoi Chantek: JURNAL PRAKTIKUM MINGGU 3 Source: http://www.amronbadriza.com/2012/10/cara-membuat-anti-copy-paste-di-blog.html#ixzz2Q2hwp6eP

Thursday 7 September 2017

JURNAL PRAKTIKUM MINGGU 3


Bilangan Jurnal 
Minggu  Praktikum
Tarikh Peristiwa / Kejadian   
Tajuk Jurnal    
:
:
:
:
Ke-3
Ketiga
01 Ogos 2013
Masalah Pengurusan Masa

1.   Masalah / Peristiwa

Hari ini (01 Ogos 2013) saya telah menghadapi masalah pengurusan kelas khususnya dalam pengurusan masa pengajaran dan pembelajaran Tahun 4 Adil. Hal ini telah mengakibatkan terdapat aktiviti atau kemahiran yang hendak diajar terpaksa diajar secara tergesa-gesa dan saya pasti ini perkara ini menyebabkan murid-murid tidak mempelajari kemahiran pada hari tersebut dengan sepenuhnya.

2.   Analisis

      Masalah ini timbul kerana  kerana waktu pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani Tahun 4 Adil pada hari tersebut merupakan waktu berkembar (1 jam) menyebabkan guru mengajar kemahiran yang berbeza dalam tempoh masa tersebut.Sebagai contoh, guru telah mengajar Kemahiran Hoki pada waktu pertama dan masa yang diambil untuk mengajar kemahiran yang pertama ini mengambil masa lebih daripada 30 minit seperti yang dirancangkan. Keadaan ini telah menyebabkan kemahiran atau aktiviti yang dijalankan pada waktu yang berikutnya terpaksa diajar secara tergesa-gesa. Selain itu, guru juga mendapati murid-murid kelihatan sudah letih pada waktu yang kedua kerana telah melakukan aktiviti yang agak berat pada waktu sebelumnya.

3.   Cadangan Tindakan Susulan


  1. Untuk masa yang akan datang, saya harus mengubah perancangan saya iaitu dengan menyediakan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang melibatkan aktiviti atau kemahiran yang mudah dan ringan sahaja pada waktu yang pertama dan pada waktu yang berikutnya aktiviti yang akan dirancang adalah lebih mencabar.

  1. Jika aktiviti atau kemahiran yang diajar pada hari tersebut memerlukan peralatan, saya bercadang untuk menyediakan peralatan yang ingin digunakan lebih awal dan menyusunnya sebelum membawa murid-murid ke tempat menjalankan aktiviti.

  1. Saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada guru dan pensyarah pembimbing di sampingberbincang dengan rakan-rakan guru pelatih.

4.   Tempoh Masa Tindakan Susulan

Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu. Pengurusan kelas yang baik adalah perlu bagi memastikan  kelancaran proses  pengajaran dan  pembelajaran. Sekiranya masalah ini tidak dapat diatasi secepat mungkin sudah tentu objektif yang telah dirancangkan tidak tercapai sepenuhnya.



Disemak oleh Guru Pembimbing


Tandatangan :
Nama            :
Tarikh            :

Disemak oleh Pensyarah Penyelia


Tandatangan :
Nama            :
Tarikh            :


No comments:

Post a Comment