. Amoi Chantek: KERTAS KERJA PERMAINAN TRADISIONAL SEPAK RAGA Source: http://www.amronbadriza.com/2012/10/cara-membuat-anti-copy-paste-di-blog.html#ixzz2Q2hwp6eP

Thursday 7 September 2017

KERTAS KERJA PERMAINAN TRADISIONAL SEPAK RAGA

KERTAS KERJA PERMAINAN TRADISIONAL
SEPAK RAGA
1.0   PENGENALAN PERMAINAN.
Permainan sepak raga wujud sejak 600 tahun lalu. Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, selain dimainkan oleh golongan bangsawan, rakyat jelata juga menggemari permainan ini. Dalam sejarah Melayu menceritakan tentang Raja Muhammad, putera Sultan Mansor Shah Muhammad tertanggal tanjaknya akibat terkena bola raga tendangan Tun Besar. Pada masa sekarang sepak raga lebih dikenali dengan nama sepak takraw. Ia bukan hanya dimainkan oleh orang Melayu sahaja tetapi bangsa-bangsa lain, malah telah dikenali di seluruh. Bola sepak raga diperbuat daripada bilah-bilah rotan yang dianyam bulat seperti raga sebesar isi buah kelapa dua atau tiga lapis.

2.0   SEJARAH PERMAINAN
Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, selain dimainkan oleh golongan bangsawan, rakyat jelata juga menggemari permainan ini. Dalam sejarah Melayu menceritakan tentang Raja Muhammad, putera Sultan Mansor Shah Muhammad tertanggal tanjaknya akibat terkena bola raga tendangan Tun Besar.
Pada alaf ini, permainan sepak takraw adalah amat popular dan di kenali ramai, bukan sahaja di negara kita bahkan di negara-negara lain. Sepak takraw yang asalnya dikenali sebagai sepak raga lengkung atau kandang adalah permainan tradisi pusaka yang dimainkan oleh raja-raja melayu sejak sebelum tahun 1478 lagi. Asal-usul yang sebenarnya permainan ini tidak dapat diberikan kerana telah banyak sejarah termusnah akibat perang dunia kedua. Dengan berlalunya masa dan semakin meluas minat terhadap permainan ini diseluruh Malaya, maka pada akhir tahun 1945 satu peraturan baru lagi moden dengan menggunakan jaring telah diwujudkan oleh pemain-pemain di Pulau Pinang. Dengan terciptanya cara ini, maka tidak dinafikan lagi bahawa Pulau Pinang merupakan tempat asal bermulanya sepak raga menggunakan jaring yang kini dikenali sebagai sepak takraw.
Bagi mempamerkan buat pertama kalinya cara permainan yang baru ini, di atas usaha diantaranya En. Mohamed bin Abdul Rahman, En. Abdul Hamid Mydin dan En. Yacob Syed. Maka pada awal tahun 1946 satu permainan pertunjukkan diantara pasukan Jalan Hatin dan pasukan Patanai Road telah diadakan di Gelanggang Hospital Haiwan, Pulau Pinang dengan sambutan yang begitu meriah walaupun di anggap ganjil. Dari Pulau Pinang dan dalam tahun 1946 juga sepak raga jaring ini telah merebak ke Alor Star, ke Kampung Baru di Kuala Lumpur dan seterusnya ke Singapura.
Sejak perkembangan tersebut pasukan demi pasukan telah ditubuhkan dan pada 25 Jun 1960 Persekutuan Sepak Raga Malaya telah dirasmikan di suatu persidangan yang dipelopori oleh Persatuan Sepak Raga Pulau Pinang. Persekutuan yang julung-julung kali di tubuhkan ini telah melantik Yang Berbahagia Tan Sri Khir Johari sebagai Yang Dipertua. Tindakan segera telah diambil oleh persekutuan tersebut ialah menggubal dan menyusun undang-undang sepak raga jaring yang ada pada masa itu oleh sebuah jawatankuasa kecil yang terdiri daripada wakil-wakil Setiausaha Agong PSM sekarang.

3.0  MATLAMAT PERMAINAN
         Matlamat Pertandingan Permainan Tradisional ini  adalah untuk mendedahkan permainan tradisional kepada generasi muda zaman sekarang. memberi  peserta peluang menambah,mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah dipelajari disamping itu, ia dapat mendidik pelajar supaya mengenali adat dan permainan tradisional nenek moyang. Dengan ini juga, peserta berbangsa Cina dan India dapat mengetahui salah satu permainan rakyat yang dimainkan orang melayu Secara keseluruhan, pertandingan ini bertujuan mengekalkan permainan ini di persada seni dan budaya agar generasi akan datang dapat menikmati akan keindahan warisan budaya kita di sepanjang zaman

4.0   OBJEKTIF PERMAINAN.
Permainan tradisional di sekolah banyak bertujuan untuk membantu murid-murid mencapai perkembangan yang menyeluruh menerusi kegiatan jasmani yang tersusun. Terdapat tiga objektif terhadap dominan perkembangan iaitu psikomotor, kognitif dan efektif.

3.1  Bidang Psikomotor
1.    Dapat menghasilkan kertas kerja untuk mengelola sekurang-kurangnya satu permainan tradisional.
2.    Dapat melibatkan koordinasi otot-saraf,kelajuan,imbangan,kelenturan dan daya tahan secara maksimum .
3.    Dapat mengaplikasi pemahaman terhadap tahap kecergasan seperti kepantasan, ketangkasan dan kekuatan dapat dipertingkatkan.
3.2 Bidang Kognitif
1.    Dapat belajar dan menghasilkan satu kertas kerja yang bermutu.
2.    Dapat menyelesaikan dan menyatakan langkah-langkah permainan tradisional serta peraturan permainan tersebut.
3.    Dapat menyesuaikan peraturan tradisional bersesuaian dengan keadaan dan tahap kognitif murid.
3.3 Bidang Efektif
1.    Dapat memupuk sikap berkerjasama dalam ahli kumpulan.
2.    Dapat belajar membahagikan tugasan yang diberi bagi memastikan kerja dapat diselesaikan tepat pada masanya.
3.    Dapat menerapkan nilai-nilai murni seperti semangat kesukanan, semangat berkerjasama, kebolehan menyesuaikan diri dan kebolehan memimpin pasukan dalam diri pelajar.
4.    Dapat membina keyakinan dan komitmen pelajar terhadap tugasan yang diberi.

5.0   KUMPULAN SASARAN.
      I.        PISMP Sejarah Semester 3 Ambilan  Januari 2013
    II.        PISMP TESL Semester 3 Ambilan Januari 2013
   III.        PISMP Bahasa Iban Semester 3 Ambilan Januari 2013
  IV.        PISMP Bahasa Iban Semester 1 Ambilan Januari 2014
    V.        PPISMP Matematik Semester 2 Ambilan Jun 2013
  VI.        PPISMP Bahasa Iban Semester 2 Ambilan Jun 2013


6.0   TARIKH.
         Karnival Permainan Tradisional 2014 PISMP Semester 5 ini akan di jalankan pada Mac 2014.

7.0   TEMPAT PERMAINAN
Pusat Latihan Kokurikulum (PULAKO), IPG Kampus Rajang.

8.0   ORGANISASI JAWATANKUASA PERMAINAN.
Sebelum pertandingan
Pengerusi                      :  Khairul Azman Bin Askor
Naib Pengerusi            :  Corina Mon
Setiausaha                   :  Nurul Syazwani Binti Awang Noordin
Bendahari                      :  Dorence  anak Julius Tungkiong
AJK Peralatan              :  Darwan Bin Nasir
AJK Teknikal                :  Bandang anak Galayan
AJK Tugas Khas           :  Elizabeth Umang anak Daok

Semasa Pertandingan
Ketua hakim      :  Khairul Azman Bin Askor
Hakim mata      :  Bandang anak Galayan
   Darwan Bin Nasir
   Dorence anak Julius Tungkiong
   Elizabeth Umang anak Daok
  
   Nurul Syazwani Binti Awang Noordin


9.0    PENGURUSAN PERMAINAN
9.1   Sebelum
9.1.1      Mengetahui jenis permainan tradisional yang perlu dikendalikan
9.1.2      Mengetahui cara bermain dengan betul.
9.1.3      Mengetahui semua peraturan yang ada dalam permainan.
9.1.4      Menyediakan borang penyertaan peserta.
9.1.5      Menyediakan borang keputusan pertandingan
9.1.6      Mengenal pasti dan menyediakan semua senarai peserta/pemain
9.1.7      Mengenal pasti alatan yang perlu digunakan.
9.1.8      Menyediakan ukuran teknikal gelanggang permainan.
9.1.9      Menyediakan kertas konsep berkaitan permainan tradisional yang hendak dikendalikan.
9.1.10   Menetapkan peraturan dan cara pemarkahan
9.1.11   Menyediakan persembahan powerpoint untuk dibentangkan di dalam kelas kepada rakan-rakan dan pensyarah penasihat.
9.1.12   Mengetahui jumlah alatan dan bajet yang diperlukan dalam permainan ini.
9.1.13   Berbincang dengan pensyarah penasihat mengenai kesesuaian permainan yang ditetapkan.

9.2  Semasa
9.2.1       Memastikan peserta tiba awal di kawasan permainan.
9.2.2       Memastikan semua peserta/pemain berada dalam kumpulan masing-masing
9.2.3       Memastikan semua peserta betul mengikut nama di dalam borang penyertaan.
9.2.4       Memastikan semua peserta mendapat penerangan yang jelas mengenai cara      
 bermain dan peraturan
9.2.5      Memastikan kawasan permainan berada dalam keadaan yang selamat
9.2.6      Memastikan semua alatan yang hendak digunakan mencukupi.
9.2.7      Memastikan semua peserta bermain dengan jujur.
9.2.8      Memastikan jadual perlawanan berlangsung mengikut seperti yang telah dirancang.
9.2.9      Memastikan peserta bermain dalam keadaan yang terkawal yakni tiada sebarang gangguan daripada segi mental,emosi dan fizikal.
9.2.10   Memastikan AJK Teknikal menjalankan tugas di setiap kawasan permainan.
9.2.11   Memastikan mata dikira dengan betul.

9.3  Selepas
9.3.1      Membersihkan kawasan permainan.
9.3.2      Membuat refleksi mengenai pengendalian permainan tradisional.
9.3.3      Membuat post-mortem.
 9.3.4   Menyediakan laporan keseluruhan pelaksanaan.

10.0  PERATURAN PERMAINAN
10.1 Setiap kumpulan terdiri daripada 5 orang pemain
10.2 Setiap kumpulan diberikan sebanyak 3 pusingan untuk melambungkan bola
10.3 Setiap pemain dibenarkan melambung bola sebanyak 3 kali sahaja
10.4 Sekiranya pemain yang sama melambungkan bola lebih dari 3 kali, yang selebihnya tidak akan dikira
10.5 Kelima-lima pemain harus melambungkan bola dalam setiap pusingan
10.6 Pusingan tersebut dianggap tamat setelah bola jatuh ke tanah, terkena bahagian tangan pemain dan mana-mana pemain tidak menerima atau melambungkan bola
10.7 Markah setiap kumpulan ialah campuran lambungan bola dalam setiap pusingan

11.0  PROSEDUR PERMAINAN
11.1  5 orang pemain akan membentuk bulatan
11.2  Permainan dimulakan oleh pemain pertama dengan melambungkan bola sebanyak 3 kali
11.3 Bola tersebut dihantar kepada mana-mana pemain
11.4 Pusingan pertama tamat setelah bola jatuh ke tanah, terkena bahagian tangan pemain dan mana-mana pemain tidak menerima atau melambungkan bola
11.5 Bola akan dilambungkan sekali lagi oleh pemain pertama untuk memulakan pusingan kedua dan seterusnya

12.0  ORGANISASI PERMAINAN
Rujuk Lampiran 2

13.0  SENARAI PERALATAN
Rujuk Lampiran 3

14.0  ANGGARAN PERBELANJAAN
Tiada perbelanjaan

15.0  PENUTUP
          Akhir sekali, diharapkan Pengelolaan Pertandingan Permainan Tradisional ini diharapkan dapat dilaksanakan dengan lancar hasil kerjasama bersama ahli-ahli yang lain. Melalui pengendalian pertandingan ini juga diharapkan peserta mendapat pendedahan mengenai permainan tradisional yang semakin dilupakan ini. Semoga dengan pengelolaan ini kami mendapat pendedahan awal untuk digunakan di sekolah kelak.




Lampiran 2
ORGANISASI PERMAINAN


 



















SENARAI PERALATAN
Berikut merupakan senarai peralatan yang diperlukan.
Bil
Perkara
Kuantiti
1
Bola Sepak Raga
2 biji
2
Meja Ketua Hakim
2 buah
3
Kerusi
2 buah
4
Kertas A4
10 helai
5
Pen
4 batang
6
Pita Pelekat
1 gulung
7
White board
1 buah
8
White board marker
3 batang
9
Kon Kecil
6 kon




No comments:

Post a Comment