. Amoi Chantek: SOALAN SEJARAH TAHUN 4 Source: http://www.amronbadriza.com/2012/10/cara-membuat-anti-copy-paste-di-blog.html#ixzz2Q2hwp6eP

Thursday 7 September 2017

SOALAN SEJARAH TAHUN 4

Bahagian A.
Arahan: Pilih jawapan yang sesuai.

1. Apakah sejarah?
A. Sejarah ialah peristiwa yang benar-benar berlaku pada waktu lampau
B. Sejarah ialah peristiwa yang akan berlaku
C. Sejarah ialah cerita dongeng yang berlaku pada waktu lampau

Sejarah ialah tindakan manusia dan sebab-sebab yang dilakukan oleh mereka

 
 





2. Pernyataan di atas merujuk kepada pendapat sejarawan terkenal:-
A. Herodotus
B. Ibn Khaldun
C. Ibn Batuta

3. Siapakah Herodatus?
A. Sejarawan islam
B. Sejarawan Yunani
C. Sejarawan Mesir

4. Sumber sejarah terbahagi kepada dua iaitu……………………
A. Sumber asli dan sumber baharu
B. Sumber pertama dan sumber kedua
C. Sumber tiruan dan rekaan

5. Pilih pernyataan yang BENAR;
A. Sumber pertama ialah sumber asli dan sumber kedua ialah penulisan
B. Sumber pertama ialah sumber asli dan sumber kedua ialah artifak
C. Sumber pertama ialah sumber  majalah dan sumber kedua ialah penulisan

6. Berikut ialah contoh sumber Pertama, kecuali;
A. Fosil
B. Manuskrip
C. Internet

7. Kaedah arkeologi ialah
A. kajian sumber dari bahan bertulis
B. kajian secara temubual
C. Kajian terhadap tinggalan purba




·         Tun Abdul Razak
·         Tun Hussein Onn
·         Tun Dr. Mahathir Mohammad
 
 



8. Tokoh-tokoh berikut merupakan ;
A. Seniman
B. Sejarawan
C. Pemimpin negara

9. Gua Niah ialah gua yang……………………………….. di Asia Tenggara.
A. Terbesar                             
B. Tertua                                 
C. Tercantik


10. Berikut merupakan kepentingan sejarah dalam kehidupan, kecuali ;
A. Memberi pengetahuan tentang peristiwa lampau
B. Menghargai jasa dan usaha pemimpin dulu dan kini
C. Mengulangi kesilapan yang telah berlaku pada masa lampau

Sijil rasmi yang mengandungi keterangan mengenai butir-butir kelahiran.
 
 




11. Pernyataan di atas merujuk kepada;
A. Sijil berdaftar
B. Sijil kelahiran
C. Mykid

12. _____________ penting untuk mengetahui asal usul keluarga.
A. Salasilah keluarga
B. Keluarga asas
C. Keluarga kembangan
·         Appa, Amma, Annan

 
 



13. Berikut merupakan panggilan dalam keluarga bagi bangsa ;
A. Iban
B. Kadazandusun
C. India

14. Kita perlu meminta __________ daripada bapa, ibu atau penjaga sebelum keluar rumah ;
A. Wang                                   B. Kebenaran                             C. Maaf

15. Berikut merupakan amalan adab yang mulia, adat tersebut berkait dengan;
A. Adab ketika makan
B. Adab ketika berbual
C. Adab ketika lalu di hadapan orang tua
16. _____________ terdiri daripada cogan kata, visi, misi, bendera dan lencana.
A. Matlamat
B. Identiti
C. Pelan sekolah
Wawasan atau pandangan jauh

 
 




17. Pernyataan di atas merujuk kepada;
A. Visi
B. Misi
C. Moto

18. Guru yang bertanggungjawab mengendalikan perkara berkaitan dengan kebajikan dan keselamatan murid di sekolah ialah;
A. Guru Besar                   
B. Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid           
C. Guru Mata pelajaran
NO.15, Jalan Panjang Boh, Kampung Pasir Salak, 36800 Kampung Gajah, Perak.

 
 



19. Pernyataan berikut merujuk kepada;
A. Lokasi
B. Alamat
C. Tempat tinggal

20. Berikut merupakan kepentingan tanah tinggi, kecuali ;
A. Kawasan pelancongan
B. Jalan pengangkutan utama
C. Kegiatan pertanian


Bahagian B.
Arahan: Jawab soalan-soalan di bawah.

1.      Nyatakan  jenis sumber di bawah beserta contohnya.
a.    Sumber ini belum diolah dan dicetak, bersifat asli.
________________________________
Contoh :__________________________

b.    Sumber ini merupakan bahan yang dikaji melalui pembacaan bahan bertulis oleh pengkaji sejarah dan diolah, dicetak serta disebar kepada umum.
________________________________
Contoh :__________________________                               (4 Markah)

2.    Nyatakan tiga kaedah mendapatkan sumber sejarah.
a.    ________________________________
b.    ________________________________
c.    ________________________________                                (3 Markah)

3.    Apakah yang kamu faham tentang keluarga asas?
___________________________________________________________
___________________________________________________________
   (1 Markah)

4.    Senaraikan empat tanggungjawab kamu sebagai seorang murid di sekolah kamu.
a.    ________________________________________________________
b.    ________________________________________________________
c.    ________________________________________________________
d.    ________________________________________________________
          (8 Markah)
5.    Apakah peranan seorang Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid?
__________________________________________________________
__________________________________________________________
          (2 Markah)

6.    Di sesebuah sekolah, siapakah yang bertanggungjawab menguruskan semua aktiviti kokurikulum?
__________________________________________________________
(1 Markah)
7.    Nyatakan visi sekolah kamu.
__________________________________________________________
__________________________________________________________
          (2 Markah)

8.    Senaraikan lima jenis kemudahan awam yang terdapat di kawasan tempat tinggal kamu.
a.    ________________________________________________________
b.    ________________________________________________________
c.    ________________________________________________________
d.    ________________________________________________________
e.    ________________________________________________________
          (5 Markah)

9.    Nyatakan tanggungjawab kamu dalam menjaga kemudahan awam yang disediakan di tempat tinggal kamu.
a.    ________________________________________________________
b.    ________________________________________________________
          (4 Markah)

Skema jawapan sejarah tahun 4 (struktur )
1.     Sumber pertama/ primer-
contoh: diari, manuskrip, batu bersurat, fail rasmi kerajaan dsbgnya
Sumber kedua/ sekunder-
contoh: buku, majalah, jurnal, akhbar, ensiklopedia dsbgnya
2.    Kaedah lisan, kaedah bertulis dan kaedah arkeologi
3.    Keluarga asas terdiri dripada ibu, bapa dan anak
4.    Menjaga nama baik sekolah, belajar bersungguh-sungguh, menjaga dan memelihara harta benda sekolah, membantu menceriakan sekolah,sentiasa menghormati dan mematuhi arahan dll.
5.    Mengendalikan semua perkara berkaitan dengan kebajikan dan keselamatan murid.
6.    Guru penolong kanan kokurikulum
7.    ________________________________________________
8.    Kemudahan yang disediakan oleh pihak tertentu untuk kegunaan orang ramai.
9.    Kemudahan pengangkutan awam, jalan raya, dewan orang ramai, pondok telefon awam, tandas awam, rumah ibadat, sekolah dsbgnya.
10.  Sentiasa menjaga kebersihan, menggunakan dengan cermat dan apabila perlu sahaja, tidak merosakkan kemudahan awam, melaporkan kerosakkan yang berlaku kepada pihak berkuasa dsbgnya



No comments:

Post a Comment