. Amoi Chantek Source: http://www.amronbadriza.com/2012/10/cara-membuat-anti-copy-paste-di-blog.html#ixzz2Q2hwp6eP

Wednesday 6 January 2016

TUGASAN 2
LAPORAN UJIAN MULTI STAGE RUN
a) Tajuk : Ujian Multi Stage Run

b) Tujuan Multi Stage Run
Menguji daya tahan kardiovaskular
Mengukur kadar denyutan nadi para guru pelatih

c) Prosedur
Subjek memanaskan badan sebelum berlari.
Menyediakan ruang seluas 20 meter di kawasan berlari dan menyediakan bunyi beep test tersebut.
Subjek bersedia di barisan permulaan.
Subjek berdiri di belakang garisan kecil permulaan yang disediakan
Permulaan larian bervelositi 8.5 km/j dan meningkat 0.5 km/j bagi setiap minit.
Larian secara berterusan antara dua garisan 20 m dengan masa yang diambil berdasarkan rakaman beep.
Selang masa di antara bunti beep akan dikurangkan setiap minit (peringkat).
Masa dan tahap peserta akan dicatat oleh teman yang memain peranan sebagai pencatat masa.
Peserta akan mengira tahap denyutan nadi dalam masa seminit.
Peserta akan mencatat jumlah denyutan nadi.
Peserta akan mengulangi pengiraan tahap denyutan nadi tersebut sehinggalah minit kelima.





d) Keputusan
Kadar nadi sebelum larian = 12x6 = 72 dsm
1. Kadar Nadi Maksimum dan Kadar Rehat Sebelum Aktiviti Multi Stage Run

KADAR NADI
DEFINISI KADAR NADI ALVIN SEBELUM AKTIVITI MULTI STAGE RUN
Kadar Nadi Maksimum Kadar Nadi Maksimum merupakan julat denyutan nadi tertinggi yang mampu dicapai seseorang menerusi senaman berintensiti tinggi.   Umur
= 21 tahun.
Kadar Nadi Maksimum = 190
Kadar Nadi Maksimum Saya
= 190-21
= 169 dsm
Kadar Nadi Rehat Kadar Nadi Rehat ialah denyutan nadi semasa tidak melakukan aktiviti.  Contohnya pada waktu pagi, bangun daripada tidur yang nyenyak.   Kadar Nadi Rehat
= 10x6
= 60 dsm

Jadual 1

2. Analisis Kadar Nadi Selepas Aktiviti Multi Stage Run
MINIT AKTIVITI CATATAN
Minit Pertama
(0 Minit) Mengambil kadar nadi selama 10 saat
Rehat 50 saat
30  6 = 180
Minit Kedua
(1 Minit) Mengambil kadar nadi selama 10 saat
Rehat 50 saat
25  6 = 150
Minit Ketiga
(2 Minit) Mengambil kadar nadi selama 10 saat
Rehat 50 saat
18  6 = 108
Minit Keempat
(3 Minit) Mengambil kadar nadi selama 10 saat
Rehat 50 saat
19  6 = 114
Minit Kelima
(4 Minit) Mengambil kadar nadi selama 10 saat
Rehat 50 saat
12  6 = 72
Jadual 2


Graf 1


Sebelum Larian
Sebelum larian dilakukan, bacaan nadi ialah pada 72 dsm. Bacaan kadar nadi yang rendah ini dicatat kerana belum menjalani sebarang sesi aktiviti memanaskan badan. Degupan jantung masih dalam kiraan yang normal. Selepas melakukan aktiviti memanaskan badan, kadar nadi naik kepada bacaan 90 dsm. Ini disebabkan kadar degupan jantung meningkat selepas memanaskan badan. Walaupun begitu, degupan jantung tersebut bukanlah pada tahap maksima kerana sesi memanaskan badan hanya untuk persediaan untuk aktiviti yang lebih mencabar. Kadar nadi yang diambil selepas aktiviti memanaskan badan ialah 90 dsm. Sehinggalah kembali normal dalam masa dua minit iaitu 72 dsm.

Selepas Multi Stage Run
Kadar nadi selepas Multi Stage Run ialah 180 dsm. Ini disebabkan jantung berdegup pada tahap yang maksima. Kadar nadi yang diambil ialah 180 dsm. Kadar tersebut menurun pada minit ke dua dengan bacaan 150 dsm. Kemudian kadar nadi dicatat pada kadar 108 dsm,  bacaan kembali normal selepas bacaan ke lima.  Degupan mengalami bacaan yang tinggi pada bacaan pertama kerana mengalami proses mengepam yang aktif sepanjang Multi Stage Run. Jantung mengepam darah yang kaya dengan oksigen kerana otot-otot memerlukan oksigen yang banyak untuk melakukan aktiviti larian.  Selepas menarik nafas, kadar nadi beransur normal kerana aktivti aktif tidak dilakukan lagi dan jantung cuba menyalurkan darah yang kaya dengan oksigen ke otot-otot sasaran untuk kembali normal. Bacaan nadi yang normal disebabkan otot-otot kembali pulih dengan tahap oksigen yang normal dan jantung tidak perlu mengepam darah ke otot-otot sasaran untuk menyalurkan oksigen yang kaya dengan oksigen.




e) Kesimpulan
Berdasarkan graf di atas, merujuk tentang analisis kadar nadi Mor Eddin selepas aktiviti Multi Stage Run.  Menurut graf di atas, kadar nadi pada minit yang pertama iaitu diambil selepas aktiviti Multi Stage Run ialah 180.  Selepas berehat 50 saat, maka kadar nadi pada minit yang kedua ialah 150.  Seterusnya, kadar nadi pada minit yang ketiga ialah 108.  Selanjutnya, kadar nadi pada minit yang keempat ialah 114 manakala kadar nadi pada minit kelima ialah 72.

Perbezaan kadar nadi pada 0 minit hingga 1 minit ialah 30.  Seterusnya, pada 1 minit sehingga 2, perbezaan kadar nadi ialah 42. Selanjutnya, kadar nadi bertambah sebanyak 6. Manakala kadar nadi bagi 3 minit dan 4 minit mengalami perbezaan sebanyak 42. Berdasarkan perbezaan kadar nadi tersebut, dapat dilihat bahawa kadar nadi Mor Eddin mengalami ketidakseimbangan iaitu mula-mula kadar nadi menurun dan pada pertengahan ianya menaik semula sedikit dan selepas itu menurun kembali. Hal ini dinamakan sebagai ‘Abnormal Heartbeat or Heart Rate’.

Manakala, kadar nadi pemulihan yang diambil bagi pulih semula mengambil masa yang agak singkat iaitu 5 minit kerana Mor Eddin mengalami ketidakseimbangan kadar denyutan nadi. Kadar nadi pemulihan ialah salah satu cara untuk mengetahui sama ada individu mendapat manfaat dari senaman yang anda lakukan adalah dengan cara mengukur Kadar Denyutan Nadi Pemulihan (Recovery Heart Rate). Ia mengukur berapa cepat seseorang individu kembali kepada keadaan Kadar Nadi Semasa Berehat (Resting Heart Rate) selepas bersenam.

Hal ini telah menunjukkan kesan senaman dan stamina yang tinggi. Oleh sebab itu, sebagai langkah penyelesaian, digalakkan untuk mengekalkan atau meningkatkan lagi aktiviti membuat senaman dan mengambil pemakanan yang seimbang dan berkhasiat.  Oleh itu, harus mementingkan aktiviti senaman pada setiap minggu dan merancang satu program senaman berdasar prinsip asas senaman bagi menjaga kesihatan diri dan daya tahan kardiovaskularnya.

No comments:

Post a Comment