. Amoi Chantek Source: http://www.amronbadriza.com/2012/10/cara-membuat-anti-copy-paste-di-blog.html#ixzz2Q2hwp6eP

Thursday 7 January 2016

PENDAHULUAN
Negara kita Malaysia merupakan sebuah negara yang dihuni oleh kepelbagaian penduduknya yang berbilang bangsa dan keturunan. Kepelbagaian budaya yang istimewa ini telah memperlihatkan keunikan negara kita berbanding negara lain. Tokoh Edward Burnett Tylor, menyatakan budaya atau kebudayaan merupakan keseluruhan yang kompleks, yang di dalamnya terkandung pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral, hukum, adat istiadat dan kemampuan-kemampuan lain yang diperoleh setiap ahli masyarakat.
Kewujudan pelbagai suku kaum etnik di Malaysia negaa kita ini, secara tidak langsung telah menghasilkan kepelbagaian sosio budaya dalam masyarakat kita. Kamus Dewan Edisi Ketiga, menyatakan ungkapan kepelbagaian bermaksud berbagai-bagai, iaitu sesuatu keadaan yang pelbagai dan mempunyai keunikannya yang tersendiri. Sosiobudaya pula merupakan hubungan masyarakat  dengan budaya yang merangkumi cara hidup, adat istiadat  dan sebagainya. Erti kata lain, sosiobudaya boleh didefinisikan sebagai hubungan masyarakat yang mempunyai perbezaan budaya dalam wilayah yang sama dan hidup secara bersama. Perpaduan merupakan elemen terpenting dalam usaha mengekalkan keharmonian negara. Hasil daripada kesedaran itu, maka wujudlah Rukun Negara. Rukun Negara adalah salah satu usaha kerajaan untuk mengekalkan perpaduan suku kaum etnik di Malaysia setelah berlakunya peristiwa berdarah 13 Mei 1963 yang telah menggugat nilai kemerdekaan negara pada ketika itu (Zulhimi Paidi dan Rohani Abdul Ghani, 2003).
Sesungguhnya, kesedaran terhadap kepelbagaian sosiobudaya akan dapat mewujudkan satu bangsa Malaysia yang bersatu melalui penyatuan pemikiran dan persefahaman supaya dapat berkongsi matlamat yang sama dan menjadikan negara kita Malaysia sebagai sebuah negara yang aman, dapat berintegrasi pada semua rakyat yang berbeza kaum. Kesedaran ini pastinya juga secara tidak langsung membantu rakyat untuk hidup dalam suasana harmoni dan bekerjasama antara satu sama lain seterusnya melahirkan satu bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara. Kesedaran terhadap kepelbagaian sosiobudaya ini juga akan dapat mewujudkan sebuah masyarakat Malaysia yang beragama, mempunyai moral yang tinggi dan mengamalkan etika yang baik dalam semua aspek kehidupan. Semua rakyat akan berpegang teguh kepada nilai agama dan kepercayaan masing-masing (Noriati A. Rasyid et. al, 2014).




TUGASAN 1
a)    Cabaran Guru dalam Mengajar Murid-Murid yang Terdiri daripada Pelbagai Suku Kaum Etnik di Malaysia
Kepelbagaian sosiobudaya dalam kalangan masyarakat majmuk di negara kita turut memberikan kesan kepada sistem pendidikan. Hal ini secara tidak langsung memberikan cabaran kepada guru dalam usaha untu memberikan pendidikan yang seimbang kepada murid. Malaysia menggunakan suatu kurikulum yang sama bagi semua murid. Sudah menjadi menjadi satu cabaran besar kepada guru dalam menyampaikan kurikulum tersebut kepada anak didik mereka yang terdiri daripada pelbagai sosiobudaya. Dalam menempuh kepelbgaian sosiobudaya, guru-guru tidak ketinggalan untuk menghadapi cabaran-cabaran yang diberikan.
1.    Cabarannya guru-guru menghadapi kesukaran dalam memahami budaya setiap murid-murid mereka.
Pelajar sekolah terdiri daripada pelbagai latar belakang suku kaum etnik, bahasa dan loghat, struktur dan kelas sosial, agama serta kepercayaan, adat resam disamping persekitaran tempat tinggal yang pelbagai. Kepelbagaian ini telah menghasilkan latar belakang budaya dan pembawaan yang berbeza dalam kalangan murid-murid. Tingkah laku, tindakan dan pandangan dunia murid-murid juga berbeza kesan pengaruh latar budaya masing-masing yang dibawa oleh muird-murid. Kerencaman yang berlaku ini secara tidak langsung memberikan bebanan yang lebih sukar kepada guru-guru. Hasil yang akan diterima nanti akan menyebabkan sesi pengajaran dan pembelajaran tergendala akibat kesukaran memahami budaya murid-murid. Kesukaran ini juga akan menyebabkan berlakunya kejutan budaya dalam kalangan guru. Guru-guru pastinya akan mengambil masa untuk mengadaptasikan kemampuan diri mereka terhadap suasana dan persekitaran budaya yang baru mereka tempuhi (Sharifah Alwiah Alsagoff, 1985).






2.    Guru-guru akan mengalami kesukaran dalam berkomunikasi dengan murid.
Kesan kepelbagaian sosiobudaya yang terdapat dalam sesuatu kelas akan menghasilkan ciri dan struktur komunikasi yang berbeza-beza dalam kalangan murid. Guru-guru pastinya akan memerlukan masa untuk mereka mengadaptasikan persekitaran dengan gaya komunikasi muri-murid. Hal ini kerana, dalam sesuatu kelas pasti terdapatnya murid-murid yang terdiri daripada pelbagai suku kaum etnik dan bahasa. Keadaan yang lebih menyukarkan lagi sekiranya guru-guru berada di kawasan pedalaman. Bagi mewujudkan persekitaran pengajaran yang berkesan, komunikasi dua hala antara guru dan murid hendaklah diutamakan. Namun, jika guru-guru tidak memahami apa yang diungkapkan oleh murid-murid, pastinya hasil sesuatu sesi pembelajaran tersebut tidak akan dapat dicapai dan begitu juga lah halnya yang akan berlaku terhadap murid-murid yang tidak dapat memahami bahasa guru-guru mereka. Bahasa utama yang sering digunakan dalam komunikasi disekolah kebiasaannya adalah bahasa Melayu. Namun, jika bahasa tersebut hanya difaham oleh guru-guru tetapi tidak kepada murid-murid, bagaimanakah sesuatu sesi pengajaran tersebut akan dapat dilaksanakan?. Kesukaran ini akan lebih jelas ternyata jika berlaku di kawasan pedalaman. Guru seharusnya sentiasa peka terhadap isu-isu yang serius seumpama ini (Mok Soon Sang, 2009).
3.    Cabaran kesukaran guru dalam mewujudkan persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang mesra budaya dan kondusif.
Persekitaran mesra budaya dalam suatu sesi pengajaran dan pembelajaran yang teratur dan berkesan akan dapat mewujudkan suasana yang kondusif semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Pengaruh dan latar belakang yang pelbagai dalam kalangan murid di sesuatu kelas memberikan cabaran kepada guru untuk menimbulkan pembelajaran yang mesra budaya. Hal ini kerana persekitaran mesra budaya dan kondusif wujud apabila sesuatu peraturan dan tingkah laku dilaksanakan. Namun, jika seseorang murid tersebut tidak memahami apa yang dinyatakan dalam sesuatu peraturan tersebut, maka ianya tetap tidak akan berhasil bahkan akan lebih menambahkan kekeliruan kepada murid-murid tersebut.
Kebiasaan ini berlaku apabla seseorang guru itu tidak mengambil kira aspek atar belakang murid-murid dan tingkah laku murid-murid tanpa menyelidik terlebih dahulu. Kegagalan guru dalam mewujudkan persekitaran yang mesra budaya akan menyebabkan nilai dan kualiti sesuatu pembelajaran murid akan merosot bahkan akan lebih memberikan impak yang serius khususnya kepada murid-murid yang memerlukan pemulihan ( Mok Soon Sang, 1994).

b)    Langkah-Langkah Untuk Mengintegrasikan Perbezaan Budaya serta Latar Belakang yang Wujud dalam Kalangan Murid-Murid

Guru memainkan peranan yang sangat penting dalam menangani isu-isu kepelbagaian sosiobudaya dalam kalangan murid yang berbeza etnik dan latar belakang. Kelancaran dan penyampaian pengajaran dan pembelajaran yang baik oleh guru mampu untuk membentuk perkembangan minda murid dan menarik minat murid untuk teru mengikut serta secara aktif dalam pendidikan bilik darjah  tanpa adanya perasaan diskriminasi antara etnik dan budaya. Terdapat beberapa langkah yang boleh dilaksanakan oleh guru dalam menyampaikan ilmu dengan memberi peluang sama rata terhadap semua murid pelbagai etnik dan budaya dalam bilik darjah. Hal ini haruslah ditekankan dan sejajar dengan falsafah pendidikan guru yang telah dinyatakan :
”Guru yang bepekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik , bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.” (Falsafah dan Pendidikan di Malaysia)

1.    Merancang strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai berteraskan aspek kepelbagaian sosiobudaya murid-murid.
Gaya pembelajaran setiap murid adalah berbeza antara satu sama lain bergantung kepada pengaruh persekitaran yang telah mereka adaptasikan. Sekiranya guru silap dalam memilih kaedah, hal ini akan menjadi murid-murid kurang berminat dan tidaka akan berjaya dalam pembelajaran mereka.

Maka dari itu, guru hendaklah sentiasa berusaha melengkapkan diri dengan mengemaskini ilmu pengetahuan dan kemahiran mengajar dari semasa ke semasa. Pendidikan amatlah penting dan sewajarnya diberikan kepada murid-murid (Abd. Ghafar Md. Din, 2003).
“Pendidikan ialah suatu proses atau aktiviti yang berusaha untuk memperkembangkan fizikal, intelek, sosial dan emosi seseorang individu serta menambahkan kemahiran, kebolehan, pengetahuan dan pengalaman serta menambhakan kemahiran, kebolehan, pengetahuan dan pengalaman mereka supaya dapat memberi kegembiraan , faedah dan kemajuan dalam kehidupannya, membantu dan mendorongnya bertindak dengan cara yang sihat bagi faedah diri serta masyarakat, bangsa dan negaranya.” (Mok Soon Sang, 2009)
Guru haruslah menggunakan kaedah pembelajaran yang interaktif serta relevan dengan syarat bersesuain dengan budaya murid-murid. Menurut Sparks (2000), mencadangkan pembelajaran koperatif, bahan pengajaran visual, pendekatan menggunakan cerita dan lagu. Melalui pembelajaran secara koperaif misalnya, murid-murid akan dapat berkongsi pengetahuan dan pengalaman, belajar bersama-sama, saling membantu dan berinteraksi untuk memastikan pencapaian mereka. Murid-murid yang mempunyai pelbagai latar belakang, etnik, taraf sosial dan pencapaian dapat saling belajar dan mengenali budaya masin-masing secara tidak langsung. Penggunaan aktiviti cerita amatlah brsesuaian dengan kehidupan murid-murid kerana mereka akan diberikan peluang untuk menceritakan latar belakang masing-masing yang akan turut membantu guru-guru untuk memahami budaya murid-murid. Selain itu, kaedah pembelajaran secara holistik juga dapat dilaksanakan. Pembelajaran secara holistik berkait rapat dengan aktiviti sedia ada murid. pendekatan ini mampu merangsang kreativiti dengan penggunaan visual dan sentuhan (Prinsip dan Amalan Pengajaran).
2.    Membina hubungan dan interaksi komunikasi yang sepadu antara pelbagai kaum dalam bilik darjah.
Perancangan pengajaran dan pembelajaran guru perlu melibatkan komunikasi dua hala antara guru dengan murid dan antara sesama murid. komunikasi merupakan medium dan salauran yang baik untuk menghubungkan individu dengan individu lain.
Guru mestilah berupaya menyusun dan merangka pelbagai aktiviti yang melibatkan penyertaan semua murid. aktiviti pengajaran dan pembelajaran perlu mengambil kira peluang yang sama rata kepada setiap ahli kumpulan. Hal ini bermaksud setiap kumpulan yang terdiri daripada pelbagai  kaum perlu mengambil peranan penting untuk menjayakan tugasan yang diberi (Psikologi Pendidikan, 2003)
Dengan adanya aktiviti yang dirangka dengan baik, guru dapat mengelakkan prejudis antara murid setiap murid bahkan terhadap guru sendiri. Prejudis berlaku dalam bentuk pandangan negatif yang tersemat dalam hati seseorang yang berbeza kelompok etnik terhadap etnik lain (Shamsul Amri Baharuddin, 2007). Sikap prejudis perlu dikikis dan dihapuskan dan sebaliknya menerapkan nilai-nilai murni yang baik sangka sama ada antara guru dan murid mahupun antara sesama murid. Hubungan interaksi komunikasi yang baik antara guru dengan murid juga akan dapat dimantapkan lagi sekiranya guru-guru mempunyai pengetahuan tentang budaya  murid-murid. Budaya tersebut merangkumi tentang adat resam, budaya, kepercayaan dan sistem nilai. Tujuannya adalah untuk menambahkan dan meluaskan pengetahuan guru berkaitan amalan dan budaya murid-murid mereka. Tambahan itu, guru perlu lah juga bijak untuk mencari persamaan yang terdapat dalam setiap kaum meskipun ada perbezaan pada luarannya. Ciri-ciri persamaan yang terdapat dalam setiap budaya akan mampu membentuk hubungan yang harmonis (Sharifah Alwiah Alsagoff, 1985).
3.    Guru merancang langkah mewujudkan suasana bilik darjah yang mesra budaya.
Kesedaran guru tentang hubungan yang harnonis antara murid-murid pelbagai kaum akan mewujudkan suasana bilik darjah yang mesra budaya. Kelancaran pengajaran dan pembelajaran banyak disumbangkan oleh kerjasama dan perhatian yang diberikan murid-murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlaku. Sebarang gangguan dari murid akan menjejaskan tumpuan murid-murid lain dan guru. Salah satu cara yang boleh dilaksanakan ialah dengan mengambil kira aspek penyusunan kedudukan meja. Penyusunan meja murid-murid dalam bilik darjah hendaklah melibatkan semua kaum. Hasilnya nanti, mereka akan dapat melakukan pelbagai aktiviti bersama-sama di sepanjang sesi persekolahan. Konflik yang timbul sesama murid dalam bilik darjah terutamanya yang melibatkan perkauman perlu diatasi segera bagi mengelakkan masalah menjadi lebih besar. Justeru, penerapan nilai-nilai murni dan moral harus diterapkan di dalam setiap mata pelajaran. Penerapan nilai-nilai murni dan moral pada setiap proses pengajaran dan pembelajaran mampu membentuk dan mencorakkan peribadi murid-murid dalam menghadapi masa akan datang (Noriati A. Rasyid et. al, 2014).
Tambahan itu, suasana mesra budaya boleh dipupuk apabila guru-guru memberikan layanan yang sama rata tanpa ada berat sebelah kepada murid-murid tanpa mengira status dan latar belakang kehidupan seseorang murid. Guru seharusnya bersikap adil dan saksama kepada murid-murid mereka. Sebagai contoh, apabila seseorang guru itu berbangsa Melayu, guru tersebut tidak seharusnya melebihkan murid bangsanya sendiri daripada murid-murid berbangsa lain. Keadaan tersebut akan memberi kesan kepada murid-murid berbangsa lain dan memberikan perspektif yang negatif terhadap guru tersebut. Dalam erti yang tersirat, guru-guru sebenarnya mendidik murid supaya menghormati antara satu sama lain serta memupuk sikap baik dalam kalangan mereka. Usaha-usaha tanpa putus yang dijlankan ini pasti akan dapat mewujudkan suasana bilik darjah yang mesra budaya (Sharifah Alwiah Alsagoff, 1985).











KESIMPULAN
            Sebagai kesimpulannnya, kebudayaan meliputi hasil kehidupan kelompok yang bercorak kebendaan dan bukan kebendaan. Kebudayaan berbeza-beza dari satu masyarakat dengan masyarakat yang lain. Namun, beberapa aspek yang sama didapati wujud dalam kalangan semua masyarakat seperti bahasa, amalan keagamaan, sistem kekeluargaan dan nilai kesenian. Persamaan tersebut dikatakan sebagai pola kebudayaan yang sejagat. Perubahan merupakan sifat penting bagi sesuatu kebudayaan. Perubahan dalam budaya juga mengikut perkembangan sesuatu masyarakat.
Pada masa yang sama, sifat masyarakat Malaysia yang multikultural merupakan suatu hakikat yang wujud dalam masyarakat moden pada hari ini sehingga memerlukan setiap ahli masyarakat mengambil langkah untuk saling mengenali. Prinsip kemajmukan dalam masyarakat perlu ditanam dalam diri setiap individu demi mengekalkan keharmonian dan saling menghormati antara suku kaum etnik yang akhirnya membolehkan keamanan negara dapat dikekalkan sepanjang masa. Oleh hal yang demikian, prinsip tersebut sewajarnya diterapkan dalam sistem pendidikan negara sekolah merupakan antara ruang fizikal yang paling sesuai untuk menerapkan kefahaman mengenai asal-usul, sejarah dan hal tuju negara kepada generasi muda masa hadapan.
Kepelbagaian sosiobudaya dalam kalangan murid secara tidak langsung menjadi cabaran utama dalam menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Guru perlu kreatif serta peka dengan aspek ini kerana ia akan berubah mengikut peredaran masa. Guru yang berjaya merealisasikan perkara-perkara ini merupakan guru yang berkesan dan cemerlang. Kepekaan guru terhadap kepelbagaian sosiobudaya ini adalah sangat penting dalam dunia pendidikan. Apa jua cabaran yang mendatang, inilah dunia pendidikan yang sebenar dalam usaha menyatukan kepelbagaian murid yang pelbagai budaya seiring dengan konsep satu Malaysia.
            Pengurusan persekitaran sosioemosi murid mempengaruhi perkembangan murid dalam aspek sosioemosi dan persekitaran kehidupan murid. Pemahaman guru terhadap perhubungan kelompok suku kaum etnik dan peranan guru sebagai ejen pembinaan perpaduan dan integrasi nasional akan mampu  mewujudkan perskitaran pengajaran dan pembelajaran yang mesra budaya. Pedagogi relevan budaya merupakan antara satu pendekatandan panduan yang boleh diaplikasikan oleh guru dalam menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
            Dalam konteks pendidikan di Malaysia, aspek kebudayaan dan masyarakat perlu dititikberatkan kerana murid-murid secara realitinya hidup dalam masyarakat yang berbilang kaum, agama dan budaya. Tanpa pendidikan yang bercorak kepelbagaian budaya, murid-murid tidak akan mengenali jati diri masyarakat. Hal tersebut adalah kerana budaya merupakan sebahagian daripada warisan yang diperturunkan dan dipelajari sejak dahulu lagi dan ianya akan sentiasa berterusan sehingga ke generasi-generasi akan datang.
           






























           
TUGASAN 2
Refleksi
Pembuka kata saya dahulukan dengan ucapan kesyukuran kerana telah diberikan ruang dan kesempatan untuk menyiapkan tugasan untuk kursus ini. Tugasan yang saya kendalikan ini adalah kursus EDU 3106 iaitu Budaya dan Pembelajaran. Kursus yang dipelajari ini banyak memberikan pendedahan tentang kepelbagaian kelompok masyarakat di Malaysia di samping memberikan kesedaran perlunya pengtahuan terhadap budaya dan adat kaum lain agar generasi Malaysia yang jaya dapat diinspirasikan.
Tugasan yang dibincangkan kali ini adalah berkenaan dengan cabaran yang perlu dihadapi oleh guru-guru dalam mengajar sebuah kelas yang terdiri daripada murid yang pelbagai suku kaum etnik. Tambahan daripada itu, kami juga perlu mengemukakan langkah-langkah yang perlu diambil oleh seorang guru bagi mengintegrasikan perbezaan budaya serta latar belakang yang wujud dalam kalangan murid-murid.
Sepanjang menjalankan tugasan ini, terdapat beberapa pengalaman baru yang saya perolehi. Antara pengalaman yang diperoleh ialah pemerolehan ilmu yang berguna dalam mengenali kepelbagaian budaya di negara kita Malaysia. Kita sebagai rakyat yang mengambil berat akan kepentingan perpaduan dan yang menginginkan kehidupan yang harmoni hendaklah berusaha untuk mengenali dan mendalami budaya setiap masyarakat di negara ini. Pengalaman daripada tugasan ini telah menyedarkan saya bahawa sebagai guru, kita mempunyai tanggungjawab yang besar dalam merealisasikan kehidupan kepelbagaian budaya yang aman dalam kehidupan masyarakat. Tugasan yang dilaksanakan ini merupakan anatara cadangan yang boleh diaplikasikan oleh guru-guru dalam mewujudkan kepelagaian sosiobudaya yang harmoni dalam masyarakat. Maka dari itu, usaha ini hedaklah bermula daripada murid-murid yang perlu dijaga dan diasuh.
Selain itu, cabaran yang mendatang turut muncul sepanjang menyiapkan tugasan ini. Menjadi lumrah kekangan masa menjadi cabaran dalam menjalankan suatu tugasan. Dalam menyiapkan tugasan ini, masa-masa lain telah kami peruntukkan untuk mengikuti aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam pembelajaran kami pada semester kali ini disamping menyiapkan tugasan matapelajaran lain. Oleh yang demikian, saya telah membahagikan masa yang sepatutnya untuk menyiapkan tugasan ini termasuklah tugasan yang lain dengan mengutamakan terlebih dahulu matapelajaran yang perlu disiapkan lebih awal.


Seterusnya, usaha dalam mencari sumber maklumat untuk tugasan ini merupakan juga antara cabaran yang perlu dihadapi. Hal ini kerana, untuk membuat kefahaman terhadap tugasan ini, saya memerlukan sebanyak mungkin sember rujukan yang ada namun disebabkan kekurangan maklumat yang terdapat diperoleh. Bagi menghadapi kesukaran ini, saya telah berusaha untuk berkongsi pendapat dan maklumat bersama-sama rakan sekelas yang lain. Hasil ini telah mendatangkan kefahaman yang lebih baik terhadap tugasan yang saya jalankan ini. Terima kasih saya ucapkan kepada rakan-rakan yang memberikan bantuan mereka.
Pelajaran ini pada pandangan keseluruhannya merupakan satu agen perpaduan dan perubahan yang boleh menyatupadukan masyarakat kita dengan ilmu adat resam dan kebudayaan pelbagai suku kaum etnik di Malaysia. Hasilnya nanti, kita akan bersama-sama dan saling menghormati masyarakat kaum sendiri dan kaum lain disamping tidak akan melakukan perkara bercanggah terhadap masyarakat di Malaysia.
Tambahan itu, kefahaman yang dapat saya nyatakan terhadap tugasan yang dijalankan ini telah menyedarkan diri terhadap penting dan perlunya kita mengetahui tentang kepelbagaian budaya dalam realiti masyarakat Malaysia seumpama kepelbagaian bahasa, etnik, agama, bakat dan fizikal. Kepelbagaian yang wujud ini telah menjadi cabaran dan juga kekuatan kepada diri sendiri bahkan untuk setiap warga negara bagi merealisasikan kehidupan bersama dan bersatu ke arah hidup yang harmoni dan sejahtera.
Pengalaman pembelajaran terhadap Budaya dan Pembelajaran ini akan mengembangkan sivik nilai sivik yang menjadi nadi bagi kehidupan masyarakat yang harmonis. Antara nilai yang diperlukan oleh sesuatu masyarakat yang pelbagai budaya ialah toleransi, hormat-menghormati, kasih sayang serta kepatuhan kepada peraturan dan undang-undang. Bagi mengembangkan nilai yang harmonis ini, guru-guru haruslah berusaha mewujudkan suasana pembelajaran yang menggalakkan interaksi dan integrasi dalam kalangan murid didalam mahupun diluar bilik darjah.
Perkara yang sedemikian haruslah berbalik semula kepada tugas guru yang telah diamanahkan dan sepatutnya mereka laksanakan sebagaimana yang terkandung dalam falsafah pendidikan guru :
“Guru yang bepekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin pembangunan individu dan memlihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.”
Guru hendaklah kreatif dan kritis dalam menyampaikan ilmu mereka kepada anak didik masing-masing. Konsep, kaedah dan strategi yang dilaksanakan hendaklah bertepatan dengan suasana dan cara hidup murid-murid disamping mengambil kira kesamarataan terhadap setiap murid. Guru-guru pada masa yang sama hendaklah berusaha untuk menyemai dan menanamkan nilai kemasyarakatan dan kebudayaan dalam diri murid-murid agar kehidupan generasi masyarakat Malaysia kelak akan dapat disemai dan mewujudkan persekitaran kehidupan yang harmonis dan bahagia meskipun terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik. Semoga setiap masyarakat Malaysia dapat menyedari akan kepentingan kehidupan bermasyarakat dan tidak sesekali memusnahkan negara kita yang telah terbina ini. Sekian.























No comments:

Post a Comment