. Amoi Chantek Source: http://www.amronbadriza.com/2012/10/cara-membuat-anti-copy-paste-di-blog.html#ixzz2Q2hwp6eP

Wednesday 6 January 2016

1.0 PENGENALAN
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) merupakan dasar pendidikan yang telah dilaksanakan di negara Malaysia. Berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, setiap aktiviti pendidikan diadakan bagi mencapai intipati utama dalam FPK iaitu melahirkan insan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual.
Murid-murid adalah berbeza dari segi kesediaan belajar dan keupayaan mereka menerima pelajaran. Oleh itu, untuk memenuhi hasrat menyediakan kemudahan-kemudahan yang cukup serta memberi peluang kepada murid-murid menerima pelajaran yang sama, rancangan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) mengandungi program pemulihan dan pengayaan. Berdasarkan prestasi murid yang dikesan melalui sistem penilaian. Murid yang mencapai taraf yang ditentukan diberi peluang mengikuti program pengayaan, manakala murid yang tidak mencapai taraf tersebut diperlukan mengikuti program pemulihan (Kamarudin Hj. Husin, 1997: 191).
Pendidikan pemulihan adalah satu cabang yang khusus bagi mengatasi serba sedikit masalah pendidikan yang timbul pada masa kini, khasnya bagi kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran serta tercicir dan ketinggalan dalam pembelajaran mereka sama ada dijalankan di dalam kelas mahupun di luar. Masalah pembelajaran yang sering dihadapi oleh murid-murid ialah kesukaran menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengiran (3M). Pendidikan pemulihan merupakan satu rancangan khas untuk membantu murid-murid menguasai kemahiran-kemahiran asas tersebut yang disertakan dengan aktiviti pengayaan bagi memperkukuhkan kemahiran yang telah diajarkan.
Dalam tugasan kali ini, penulis telah dikehendaki menghasilkan satu tugasan tentang konsep, objektif dan rasional pendidikan pemulihan dan pengayaan serta menjelaskan cara-cara mengesan murid-murid yang bermasalah dalam pembelajaran. Selain itu, penulis juga diminta untuk membina Rancangan Pengajaran Harian pendidikan pemulihan dan pengayaan serta bahan bantu mengajar berbantukan komputer.
2.0 PEMULIHAN
Pendidikan pemulihan merupakan satu proses pengajaran dan pembelajaran yang memberi keutamaan kepada masalah murid dan langkah-langkah yang sewajarnya diambil untuk mengenalpasti dan memulihkannya. Program pemulihan juga akan memberi perhatian kepada sikap murid-murid yang negatif dan tingkah laku yang kurang baik yang akan menjejaskan pembelajaran dan pembentukan sikap yang baik (Asas KBSR 1, 1982: 134).

Text Box: Perkataan “pulih” bermaksud kembali seperti biasa (keadaan semula). “Pemulihan” bermaksud perbuatan memulihkan, pengembalian kepada keadaan semula. Dalam konteks ini konsep pemulihan merujuk kepada kanak-kanak yang menghadapi masalah dalam pembelajaran. Pembelajaran pemulihan biasanya dikaitkan dengan usaha untuk memperbaiki sesuatu kekurangan atau memperbetul sesuatu.

 2.1 KONSEP PEMULIHAN


     

RAJAH 1 : Kamus Dewan Edisi Keempat 2005: 1245-1246
Text Box: Tindakan khusus yang diambil untuk mengatasi keperluan pendidikan murid yang mengalami kesusahan dari segi pembelajaran dalam darjah khas di sekolah biasa, di pusat khusus yang dihadiri oleh murid secara sambilan dan dalam kumpulan yang diasingkan dari sekolah biasa untuk pengajaran khusus oleh guru pemulihan.
 




      
RAJAH 2 : O.C. Simpson, 1975: 83
Text Box: Pemulihan adalah satu tindakan khusus untuk mengatasi keperluan pendidikan pelajar yang mengalami kesusahan pembelajaran dalam bilik darjah di sekolah biasa, dihadiri secara sambilan yang diasingkan dari kelas biasa dan diajar oleh guru pemulihan.

 




Text Box: Pengajaran pemulihan ialah satu bentuk pengajaran yang mengutamakan mata pelajaran asas. Malah beliau menegaskan pengajaran ini ialah satu kaedah pengajaran yang istimewa bagi murid-murid yang gagal dalam mata pelajaran asas di sekolahseperti membaca,menulis dan mengira.RAJAH 3 : Syarifah Alwiah Alsagoff, 1983: 371



RAJAH 4 : Collins (1961)
Text Box: Pendidikan pemulihan merupakan perkhidmatan khas untuk memenuhi keperluan-keperluan kanak-kanak yang menghadapi masalah-masalah pembelajaran di sekolah-sekolah biasa.
 




RAJAH 5 : Ishak Harun & Koh Boh Boon, 1983 : 191
Text Box: Program pemulihan merupakan langkah-langkah khusus yang dijalankan untuk membantu murid yang menghadapi masalah pembelajaran tertentu dalam kemahiran asas 3M.
 




RAJAH 6 : Mengikut konteks Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)

Berdasarkan pendapat-pendapat di atas, dapatlah disimpulkan di sini bahawa pendidikan pemulihan adalah merupakan satu proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan bagi mengesan masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid-murid bagi menguasai satu-satu kemahiran. Proses ini dijalankan sama ada di dalam kelas biasa mahupun di luar kelas. Pendidikan pemulihan ini juga dilakukan dari semasa ke semasa bagi memastikan masalah yang dihadapi dapat diatasi dengan sebaiknya. Melalui pendidikan pemulihan, guru-guru akan dapat memperbaiki kelemahan pelajar sekaligus mengatasi masalah pembelajaran yang dihadapi oleh pelajarnya. Selain itu, jurang antara pencapaian pelajar akan dapat dikurangkan dan mereka akan dapat belajar bersama-sama dalam suasan pembelajaran yang lebih baik di dalam kelas biasa.

2.2 OBJEKTIF PENDIDIKAN PEMULIHAN
Pengajaran dan pendidikan pemulihan mempunyai objektifnya yang tersendiri. Antaranya ialah:
Rounded Rectangle: Membolehkan murid-murid membina, memperoleh dan mengembangkan sikap percayakan diri sendiri dan berdikari apabila berada di dalam sesuatu kumpulan atau masyarakat.

 





2.3 RASIONAL PENDIDIKAN PEMULIHAN
Dalam dunia moden ini, tidak dapat mengenal huruf akan menyekat kemajuan, tidak boleh mengira akan menggangu perjalanan kehidupan seharian dan tidak pandai menulis beerti tidak mempunyai satu kemahiran asas untuk membatang dan menurunkan sesuatu kepada lambang yang telah diterima oleh masyarakat sebagai bukti kebolehan dalam zaman moden ini.
                            Menurut kajian pakar-pakar pendidik, kanak-kanak pada keseluruhannya mempunyai daya intelek dalam kecerdasan  yang rendah serta kurang berkebolehan menerima pendidikan biasa dengan sepenuhnya. Mereka kurang mampu membuat kesimpulan dan kurang memahami tentang pelajaran yang abstrak. Oleh itu, ramai murid yang menghadapi masalah dalam aktiviti pembelajaran mereka. Untuk membantu murid-murid ini menghadapi masalah pembelajaran, program pemulihan merupakan satu-satunya aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang paling berkesan (Mok Soon Sang, 1994: 224).
                 Seperti diketahui umum, murid-murid di dalam sebuah kelas berbeza dari segi intelek, jasmani, rohani, emosi, pengalaman, minat, bakat dan sebagainya. Oleh yang demikian, kadar keupayaan mereka belajar juga berbeza. Di dalam sebuah kelas yang mengandungi ramai murid, perbezaan-pebezaan ini memang tidak dapat diberi perhatian dan dilayani oleh guru. Tambahan pula, untuk menghabiskan sukatan pelajaran begitu berat, guru terpaksa mengguna kaedah seluruh kelas dalam aktiviti pengajaran mereka. Dalam keadaan ini murid-murid yang mempunyai kebolehan rendah tidak boleh menerima apa yang diajarkan oleh guru. Akibatnya, murid-murid ini ketinggalan di belakang kerana tidak dapat menguasai kemahiran-kemahiran asas. Dalam situasi ini, program pemulihan hendaklah disediakan untuk mereka dengan serta merta supaya masalah-masalah pembelajaran tidak berhimpun hingga ke peringkat yang tidak dapat dipulihkan lagi.
                 Murid-murid memang memerlukan banyak perhatian dan bimbingan guru sama ada secara kumpulan kecil atau secara individu. Justeru itu, program pemulihan haruslah disediakan untuk membantu mereka mengatasi masalah pembelajaran yang mereka hadapi.
Up Arrow Callout: Kanak-kanak keseluruhannya mempunyai daya intelek dan kecerdasan yang rendah serta kurang kebolehan menerima pendidikan biasa dengan sepenuhnya. Mereka menghadapi masalah dalam aktiviti pembelajaran dan memerlukan satu program pendidikan yang teratur dan terancang bagi membolehkan mereka belajar seperti murid biasa. Aktiviti yang dijalankan akan dapat membantu mereka menghadapi proses pembelajaran seterusnya.
 











3.0 PENGAYAAN
Pengayaan merupakan aktiviti tambahan kepada aktiviti asas pembelajaran yang dilakukan sama ada semasa sesi persekolahan atau di luar waktu persekolahan. Tujuan program pengayaan ialah untuk meluaskan pengetahuan dan pengalaman di samping mengukuhkan kemahiran yang sedang dipelajari. Penglibatan murid-murid dalam aktiviti ini membolehkan mereka mengembangkan lagi sifat ingin tahu, minat, kreativiti, sikap berdikari dan bakat kepimpinan serta melibatkan diri dalam membuat sesuatu keputusan untuk diri sendiri, kumpulan dan masyarakat.

Text Box: Pengayaan ialah aktiviti-aktiviti tambahan kepada aktiviti-aktiviti asas pembelajaran yang dijalankan sama ada di dalam atau di luar waktu sekolah. Ia mengandungi unsur-unsur untuk meluaskan pengetahuan dan pengalaman serta mengukuhkan kemahiran yang sedang dipelajri.

3.1 KONSEP PENDIDIKAN PENGAYAAN



RAJAH 1 : Pengajian Melayu 1, 1997: 202
Text Box: Mentakrifkan bahawa pengayaan sebagai “perihal” (usaha, proses dan sebagainya) mengayakan, misalnya mengayakan atau meluaskan kosa kata. Pengayaan merupakan aktiviti tambahan kepada aktiviti asas pembelajaran yang dilakukan sama ada semasa sesi persekolahan atau di luar waktu persekolahan.

 





RAJAH 2 : Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005: 693
Text Box: Aktiviti pengayaan disediakan untuk semua murid di dalam kelas, sama ada di peringkat sekolah rendah, menengah, sama ada dalam kumpulan cerdas, sederhana atau lambat. Menurutnya lagi, melalui aktiviti pengayaan, murid dapat memperluas pengalaman dan pengetahuan sejajar dengan kebolehan dan minat mereka dalam sesuatu bidang pelajaran yang tertentu.

 





Text Box: Pengayaan ialah satu rancangan pembelajaran yang disediakan untuk semua murid bagi membolehkan mereka mendapat pengalaman dan pengetahuan yang berbagai-bagai berdasarkan aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan kebolehan dan keupayaan mereka. Aktiviti-aktiviti yang dibentuk itu hendaklah menarik dan mencabar selaras dengan peringkat kebolehan mereka.

RAJAH 3 : Mok Soon Sang, 1990: 55





RAJAH 4 : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu KBSR, 1994: 5
Text Box: Pengayaan adalah sejenis aktiviti pembelajaran yang menarik dan mencabar untuk memberi peluang kepada murid-murid mengembangkan lagi sifat ingin tahu, semangat berdikari, daya cipta serta bakat kepimpinan mereka.
 




Rajah 5 : Pedagogi Untuk Pengajaran dan Pembelajaran Edisi 2, 2010: 505

                 Berdasarkan konsep-konsep di atas, dapatlah disimpulkan di sini bahawa pendidikan pengayaan merupakan sesuatu aktiviti yang dijalankan bagi mengukuhkan lagi pengetahuan dan pembelajaran murid-murid terhadap sesuatu kemahiran yang diajarkan kepada mereka. Aktiviti pengayaan disediakan untuk semua murid di dalam kelas, sama ada peringkat sekolah rendah atau menengah mahupun dalam kumpulan cerdas, sederhana atau lambat. Biasanya, aktiviti pengayaan diberikan kepada murid-murid selepas mereka telah berjaya menguasai satu atau beberapa kemahiran asas tertentu. Melalui aktiviti pengayaan ini, murid-murid akan dapat memperluaskan pengalaman dan pengetahuan mereka sekaligus masalah pembelajaran akan dapat di atasi.

3.2 OBJEKTIF PENDIDIKAN PENGAYAAN
Aktiviti-aktiviti pengayaan bertujuan untuk membolehkan murid-murid:
3.3 RASIONAL PENDIDIKAN PENGAYAAN
Pada peringkat permulaan persekolahan, semua murid didedahkan kepada pengalaman pembelajaran yang sama. Pada hakikatnya, murid-murid adalah berbeza dari segi fizikal, emosi, minat, mental, bakat, latar belakang sosial dan sebagainya. Oleh yang demikian, pertimbangan yang wajar harus diberikan dalam menentukan corak layanan yang diperlukan oleh murid-murid tersebut.
                 Pada umumnya, dalam sesuatu situasi pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat dikelaskan dalam tiga kumpulan, iaitu kumpulan cerdas, sederhana dan lamabat. Murid-murid ini haruslah menerima layanan dan kemudahan pembelajaran yang sesuai dengan perkembangan dan pertumbuhan fizikal dan mental mereka. Murid-murid yang cerdas dan sederhana merupakan murid-murid yang kurang bermasalah atau yang berpotensi dalam pelajaran mereka. Walau bagaimanapun, murid-murid ini mungkin akan menghadapi masalah sekiranya mereka tidak mendapat layanan pembelajaran yang sesuai dengan mereka. Oleh yang demikian, murid-murid ini patutlah diberi program pengayaan. Melalui program ini, mereka berpeluang mengikuti berbagai-bagai bentuk aktiviti yang menarik dan mencabar (Pengajian Melayu 1, 1997: 203-204).
                 Kesilapan dalam memberikan perhatian dan menyediakan wadah yang sesuai dengan ciri-ciri murid dan tahap kemampuan mereka boleh menjadi punca masalah kerana ianya berkemungkinan akan membantutkan minat belajar murid. Contohnya, mereka berasa bosan kerana saban hari dan waktu diajar dengan corak pembelajaran yang sama. Aktiviti yang dijalankan sama untuk keseluruhan kelas juga boleh menghilangkan keghairahan untuk belajar terutama bagi murid yang cerdas yang merasai aktiviti tersebut tidak mencaba kemampuan mereka.
                 Bagi murid-murid dalam kumpulan lambat, selain aktiviti pemulihan, mereka juga harus diberi program pengayaan yang sesuai dengan kebolehan mereka. Melalui program ini, mereka akan sama-sama berpeluang menikmati berbagai-berbagai pengalaman, seterusnya menimbulkan minat mereka dalam aktiviti pembelajaran. Dengan adanya program pengayaan, adalah diharapkan setiap orang murid bukan sahaja dapat mengalami suasana pembelajaran yang lebih menarik dan menggembirakan tetapi juga mengembangkan aspek fizikal emosi, minat, kebolehan, daya cita dan bakat individu secara menyeluruh.

4.0 CARA-CARA MENGESAN MURID-MURID YANG BERMASALAH DALAM PEMBELAJARAN
Beberapa kaedah yang harus dilakukan bagi mengenalpasti murid-murid yang bermasalah dalam pembelajaran. Antaranya ialah melalui :

4.1 PEMERHATIAN
Teknik pemerhatian boleh digunakan untuk mengenalpasti ciri-ciri perkembangan murid daripada bidang afektif dan psikomotor, khasnya bagi mata pelajaran Agama Islam, Pendidikan Moral, Muzik dan Pendidikan Jasmani. Aktiviti pemerhatian tingkah laku murid harus dibuat berdasarkan perlakuan mereka semasa di dalam dan luar bilik darjah.
                 Melalui cara ini, guru akan mengetahui perubahan yang mungkin jelas kelihatan misalnya dari aspek emosi, ketegangan murid, kedudukan tubuh badan yang tidak semula jadi dan perubahan tingkah laku.
4.2 PENTAFSIRAN REKOD PRESTASI
Rekod prestasi merupakan rekod yang menyimpan maklumat tentang pencapaian akademik murid dan keterangan yang tepat dan lengkap tentang pencapaian murid dalam kelas. Pentingnya rekod prestasi ini antaranya dapat membantu guru menilai secara jangka panjang dan membolehkan guru sentiasa mempunyai pengetahuan tentang murid-murid mereka.
                 Bagi ibu bapa pula, rekod prestasi dapat membantu mereka memahami prestasi akademik, perkembangan sosila, fizikal dan emosi anak-anak. Melalui sumber berkenaan, ibu bapa dapat membantu pihak sekolah seperti menilai anak-anak, meningkatkan tanggungjawab sebagai penjaga dengan menasihati dan memberi tunjuk ajar di rumah.
4.3 REKOD PROFIL
Rekod profil ialah rekod yang memberi maklumat tentang pencapaian murid-murid dalam semua mata pelajaran yang diikuti di sekolah. Pencapaian ini ditunjukkan dengan menggunakan markah dan gred. Rekod ini mencatatkan prestasi murid-murid setiap penghujung semester. Biasanya catatan dibuat pada awal tahun, pertengahan tahun dan akhir tahun atau mengikut semester. Pencapaian dalam rekod ini berdasarkan satu ujian sumatif pada akhir setiap semester.
                 Rekod profil yang disarankan dalam KBSR dan KBSM adalah bentuk senarai kemahiran, minat , bakat dan lain-lain yang tidak begitu formal bentuknya. Segala maklumat tentang murid-murid haruslah didasarkan kepada penilaian yang dibuat dalam bentuk pemerhatian yang dilakukan secara tidak formal. Walau bagaimanapun, ujian kertas dan pensel yang biasanya dibuat secara formal juga dilaksanakan.


4.4 UJIAN KERTAS DAN PENSIL
Ujian bentuk ini melibatkan penggunaan perkataan secara tidak langsung menguji penguasaan bahasa murid. Ujian kertas dan pensel terdiri daripada ujian objektif dan ujian subjektif. Ini bermakna dalam sesuatu ujian, soalan-soalan itu memerlukan murid membaca, meneliti, mengkaji dan menulis jawapan.
4.5 UJIAN DAN LATIHAN HARIAN
Guru boleh mengesan masalah pembelajaran murid-murid melalui pemeriksaan dan keputusan ujian murid atau latihan harian bertulis. Keputusan ujian dan hasil kerja murid dalam latihan harian akan memberi gambaran yang jelas tentang kelemahan penguasaan kemahiran menulis dan mengira seseorang murid.
4.5 SOAL JAWAB ATAU KUIZ
Soal jawab atau kuiz merupakan cara yang paling cepat untuk mengesan masalah pembelajaran yang dihadapi oleh seseorang murid. Melalui aktiviti soal jawab di dalam kelas, bidang kelemahan penguasaan kemahiran membaca atau mengira dapat dikesan dengan serta-merta.
                 Aktiviti soal jawab atau kuiz ini merupakan sejenis aktiviti penilaian formatif yang dilakukan semasa guru menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Dengan cara ini, guru seterusnya akan dapat membetulkan kesilapan murid dan memberi aktiviti pengukuhan bagi kemahiran yang berkenaan.
4.6 TEMU BUAL DENGAN GURU DARJAH
Perbincangan dengan guru darjah dapat memberi maklumat tentang seseorang murid yang hendak dikenal pasti. Melalui temu bual dengan guru darjah atau guru mata pelajaranm kita boleh mendapatkan maklumat-maklumat seperti rekod kedatangan, ketepatan masa, pencapaian kerja akademik, ciri-ciri tingkah laku yang khusus dan perbezaan-perbezaan individu dalam kalangan murid-murid yang lain. Maklumat-maklumat ini dianalisis dan hasilnya akan dapat membantu guru mengesan masalah pembelajaran murid.
4.7 TEMUBUAL DENGAN IBU BAPA
Ibu bapa seharusnya bekerjasama dengan guru untuk memberi maklumat tentang masalah pembelajaran murid, terutamanya murid Tahun Satu. Melalui temu bual dengan ibu bapa, guru dapat mengetahui banyak maklumat contohnya tentang latar belakang keluarga, aspek kesihatan, pemakanan, kemudahan pembelajaran dan kemudahan asas yang lain di rumah. Dengan adanya maklumat ini, guru dapat mengenal pasti punca-punca masalah pembelajaran murid dan dpat merangka suatu perancangan yang berkesan untuk membantu murid-murid bermasalah.

5.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN PEMULIHAN DAN PENGAYAAN


No comments:

Post a Comment