. Amoi Chantek Source: http://www.amronbadriza.com/2012/10/cara-membuat-anti-copy-paste-di-blog.html#ixzz2Q2hwp6eP

Thursday 7 January 2016

1.0       PENDAHULUAN

Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) mempunyai matlamat memperkembangkan fungsi murid secara menyeluruh dan bersepadu bagi mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani supaya mereka dapat menjalani kehidupan seharian mereka dengan berkesan dan penuh tanggungjawab. Untuk mencapai matlamat ini, di antara lain, guru perlu mempunyai kemahiran memilih kaedah pengajaran dan pembelajaran dengan bijaksana supaya kaedah yang dipilih itu sesuai dengan murid-murid yang pelbagai kebolehan dan minat.

            Kepentingan melahirkan individu yang cemerlang jasmani, rohani dan intelek adalah matlamat utama Falsafah Pendidikan Negara dan ia seharusnya menjadi misi utama setiap entiti yang terlibat dalam pendidikan. Oleh yang demikian, segala perancangan pendidikan semestinya perlu bertunjangkan kepada misi yang penting ini. Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang benar-benar berkesan perlu diberi perhatian untuk dilaksanakan kerana kaedah yang berkesan akan mampu membantu pelajar, guru, sekolah dan seterusnya kementerian untuk mencapai matlamat yang telah pun digariskan suatu masa dahulu.

            Arus pembangunan globalisasi menuntut sistem pendidikan agar lebih dinamik dan sentiasa peka pada keperluan murid. Proses globalisasi telah menjadikan dunia kita semakin kecil dan mencabar. Sekiranya kita tidak melipatgandakan usaha dan mempertingkatkan daya saing, sudah pasti kita akan jauh ketinggalan di belakang. Maka pemantapan harus dibuat dalam sistem pendidikan sehingga ke akar umbi iaitu diperingkat proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) di dalam kelas agar sistem pendidikan yang dinamik yang mampu melahirkan individu yang seimbang jasmani, emosi, rohani dan intelek dapat diwujudkan.



2.0       TEKNIK MAIN PERANAN

Salah satu cara untuk mendapatkan penglibatan aktif pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah melalui aktiviti main peranan. Aktiviti main peranan boleh dijalankan di dalam kelas. Murid-murid yang mengambil bahagian hendaklah membayangkan diri mereka dalam situasi tertentu dan berlagak seperti watak yang dibayangkan. Apabila aktiviti main peranan dijalankan di dalam kelas ia memberi peluang kepada murid memainkan peranan sebagai anggota masyarakat dan menguji tingkah laku atau belajar berinteraksi dalam kumpulan. Selain membantu murid menguasai kemahiran berbahasa, aktiviti main peranan boleh membantu murid mengalami sendiri dan memahami tentang sesuatu situasi. (Mok Soon Sang. 2006)

            Menurut Mok Soon Sang (2006), main peranan ialah satu aktiviti dalam pengajaran yang memberi peluang kepada murid membayangkan dirinya sendiri atau orang lain dalam pelbagai situasi tertentu. Aktiviti main peranan boleh dijalankan dalam bilik darjah dengan melibatkan kesemua murid atau sebahagian murid. Murid yang tidak melakonkan watak boleh menjadi pemerhati situasi yang dilakonkan. Dalam aktiviti main peranan setiap murid yang berlakon berpeluang menguji tingkah laku atau belajar berinteraksi dalam kumpulan. Pada akhir aktiviti main peranan, pemain dan pemerhati akan berpeluang memahami sesuatu watak atau situasi dengan lebih mendalam. Ia membantu murid lebih memahami perasaan dan tingkah laku diri sendiri dan orang lain.

            Main peranan bertujuan untuk melatih murid memperoleh sesuatu kemahiran. Oleh itu, tidak wajar jika main peranan yang dijalankan itu menekankan sikap murid. Jika guru mengambil situasi masa lampau, murid mungkin tidak dapat mengaitkan situasi itu dengan situasi sekarang. Oleh itu, lebih baik jika guru menggunakan contoh-contoh situasi masa kini. Semasa guru merancang main peranan, semua unsur seperti senario, peranan dan taklimat latar mesti dipadankan untuk menghasilkan main peranan yang menyeluruh dan menyeronokkan. (Mok Soon Sang, 2004)

            Dalam main peranan, untuk meningkatkan kefahaman dan menerapkan nilai positif, peluang diberikan kepada murid untuk mengalami situasi dan watak baru. Contohnya, dalam pengajaran Bahasa Melayu dan Pendidikan Moral, guru boleh mengadakan situasi dengan menimbulkan perbincangan dalam kalangan murid untuk menyelesaikan isu atau masalah yang berkaitan dengan kefahaman dan nilai. Terdapat beberapa matlamat dalam menjalankan aktiviti main peranan antaranya memberi peluang kepada murid melahirkan pelbagai peranan dengan bebas mengikut situasi watak yang dimainkan dengan ini murid berasa prihatin dan memahami masalah orang lain. Murid berpeluang membincangkan dan memikirkan masalah diri sendiri, dengan itu murid dapat memahami diri sendiri dengan lebih mendalam. Memberi latihan kepada murid melakonkan pelbagai tingkah laku atau watak dan mengalami sendiri sesuatu situasi. Dengan ini, murid dapat meluaskan pengalaman hidup dan memahami tingkah laku atau watak orang lain. (Ee Ah Meng, 1999)

            Selain itu, ia juga membolehkan murid memperoleh kemahiran dan mengalami pelbagai bentuk masalah social. Hubungan atau interaksi ahli kumpulan di dalam kelas samada dalam keadaan formal ataupun tidak formal membolehkan murid mempelajari laras bahasa dan sebutan yang betul. Menjadikan mata pelajaran seperti Bahasa Melayu atau mata pelajaran lain disampaikan dalam bentuk yang menarik dan berkesan. Membantu murid  yang bersifat pendiam mengambil bahagian dalam aktiviti, disamping membina keyakinan diri. Melatih murid untuk mengawal perasaan dan emosi dalam pelbagai situasi. Menggalakkan murid menggunakan bahasa yang bernas. Membantu murid berkomunikasi secara berkesan dengan pelbagai watak. Membina sikap yang positif. (Koo Kee Peng dan Zainab Majid, 1992)

            Menurut Mohd Dahlan Mohd Ramli dan Mohd Kasim Ismail (1992), main peranan juga merupakan satu aktiviti pembelajaran yang melibatkan murid memainkan sesuatu peranan sama ada sebagai dirinya atau individu lain. Murid berpeluang beraksi sebagaimana yang dikendaki oleh situasi yang ditentukan oleh guru. Aktiviti main peranan boleh dijalankan dalam bilik darjah dengan melibatkan kesemua murid atau sebahagian murid. Murid yang tidak melakonkan watak boleh menjadi pemerhati kepada situasi yang dilakonkan. Kaedah ini lebih memberi penekanan kepada kualiti atau mutu aksi yang dihasilkan oleh setiap peserta. Prinsip-prinsip main peranan ialah seperti berikut memberikan peluang kepada murid-murid untuk melahirkan idea, berbincang dan memikirkan masalah diri sendiri dan memahami diri sendiri dengan lebih mendalam. Kedua ialah melatih murid melakonkan pelbagai watak dan mengalami sendiri semua situasi. (Mok Soon Sang, 2004)

            Kesemua aktiviti main peranan boleh dijalankan melalui proses-proses tertentu mengikut fungsi watak atau situasi yang ditentukan. Tiap-tiap aktiviti main peranan boleh berfungsi sebagai memperihal tentang sesuatu, demostrasi, memberi latihan, cerminan, meningkatkan kepekaan dan mencipta. Guru boleh mengadakan aktiviti main peranan dengan cara memilih salah satu daripada enam jenis main peranan mengikut keutamaan fungsinya. Setiap jenis main peranan tersebut memerlukan pendekatan yang berbeza. Sebelum menjalankan main peranan mengikut fungsi, guru hendaklah memberi penerangan yang jelas tentang peranan-peranan yang akan dimainkan oleh murid. Semasa main peranan dijalankan, guru perlu mengawasi suasana supaya aktiviti main peranan berjalan lancer dan mencapai matlamatnya. (Koo Kee Peng dan Zainab Majid, 1992)

            Menurut Mok Soon Sang (2006), main peranan memberi peluang kepada murid melibatkan diri dalam lakonan dan perbincangan. Ia juga membolehkan murid-murid yang pasif melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan. Ia membolehkan murid berinteraksi sesama mereka dan berkomunikasi secara berkesan dalam watak-watak yang dimainkan. Di dalam melaksanakan teknik main peranan perkara-perkara yang mesti di beri perhatian ialah pertama sekali guru mesti memilih tajuk yang sesuai dengan kebolehan dan minat murid. Kedua ialah penerangan guru mesti jelas /simulasi masalah yang perlu dilaksanakan. Ketiga ialah penentuan peserta-peserta untuk memainkan peranan. Seterusnya murid-murid lain diterangkan peranan sebagai pemerhati yang aktif. Peserta memainkan peranan masing-masing. Masa yang diberikan antara 15 hingga 20 minit untuk sesuatu sesi main peranan. Selepas itu, pemerhati akan berbincang tentang lakonan oleh para peserta.

            Berikut ialah contoh-contoh main peranan pertama ialah temu duga melakonkan watak murid sedang ditemuduga oleh guru Lembaga Pengawas dalam pemilihan calon Ketua Pengawas sekolah rendah. Kedua ialah pegawai polis menyoal siasat penjenayah iaitu dengan melakonkan pegawai polis sedang menyoal siasat tertuduh yang disyaki merompak bank. Seterusnya ialah kaunselor menasihati pelajar yang bermasalah dengan melakonkan watak kaunselor yang mengendalikan sesi kaunseling dengan seorang murid yang sering ponteng sekolah, merokok dan mencuri. Contoh lain ialah seorang murid menasihati rakannya yang ditangkap kerana mencuri wang di dalam kelas iaitu dengan melakonkan watak murid yang menasihati rakannya yang ditangkap kerana mencuri. Seorang doktor dengan pesakit iaitu melakonkan watak doktor yang sedang memeriksa pesakit yang keracunan makanan. Gengsterisme di sekolah seperti seorang murid yang kaki buli telah memeras ugut murid Tahun 5 untuk memberikan wang perlindungan sebanyak RM 2.00. Ini merupakan contoh-contoh main peranan yang boleh dijalankan oleh guru-guru di sekolah. (Tam Yeow Kwai, 2006)

            Teori utama yang digunakan dalam teknik ini adalah teori konstuktivisme. Konstruktivisime merupakan proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana pengetahuan disusun dalam minda manusia. Unsur-unsur konstruktivisme telah lama dipraktikkan dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah, maktab dan universiti tetapi tidak begitu ketara dan tidak ditekankan. Mengikut kefahaman konstruktivisme, ilmu pengetahuan sekolah tidak boeh dipindahkan daripada guru kepada guru dalam bentuk yang serba sempurna. Murid perlu bina sesuatu pengetahuan iut mengikut pengalaman masing-masing. Pembelajaran adalah hasil daripada usaha murid itu sendiri dan guru tidak boleh belajar untuk murid. Blok binaan asas bagi ilmu pengetahuan sekolah ialah satu skema iaiatu aktiviti mental yang digunakan oleh murid sebagai bahan mentah bagi proses renungan dan pengabstrakan. Fikiran murid tidak akan menghadapi realiti yang wujud secara terasing dalam persekitaran. Realiti yang diketahui murid adalah realiti yang dia bina sendiri. Murid sebenarnya telah mempunyai satu set idea dan pengalaman yang membentuk struktur kognitif terhadap persekitaran mereka. (Raminah Sabran dan Rahim Syam, 1985)

            Kelebihan teknik main peranan ialah ia meningkatkan penguasaan bahasa di kalangan murid-murid. Teknik ini membantu murid meningkatkan kemahiran-kemahiran seperti menyoal dan mendapatkan maklumat tambahan. Ia juga menolong murid melahirkan perasaan dengan menggunakan bahasa dan aksi yang sesuai. Untuk membantu murid membina konsep atau pengetahuan baru, guru harus mengambil kira struktur kognitif yang sedia ada pada mereka. Apabila maklumat baru telah disesuaikan dan diserap untik dijadikan sebahagian daripada pegangan kuat mereka, barulah kerangka baru tentang sesuatu bentuk ilmu pengetahuan dapat dibina. Proses ini dinamakan konstruktivisme. Beberapa ahli konstruktivisme yang terkemuka berpendapat bahawa pembelajaran yang bermakna itu bermula dengan pengetahuan atau pengalaman sedia ada murid. Rutherford dan Ahlgren berpendapat bahawa murid mempunyai idea mereka sendiri tentang hampir semua perkara, di mana ada yang betul dan ada yang salah. Jika kefahaman dan miskonsepsi ini diabaikan atau tidak ditangani dengan baik, kefahaman atau kepercayaan asal mereka itu akan tetap kekal walaupun dalam peperiksaan mereka mungkin memberi jawapan seperti yang dikehendaki oleh guru. (Raminah Sabran dan Rahim Syam, 1985)

            John Dewey menguatkan lagi teori konstruktivisme ini dengan mengatakan bahawa pendidik yang cekap harus melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sebagai proses menyusun atau membina pengalaman secara berterusan. Beliau juga menekankan kepentingan penyertaan murid di dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Menurut Ang Huat Bin (2001), dari persepektif epistemologi yang disarankan dalam konstruktivisme fungsi guru akan berubah. Perubahan akan berlaku dalam teknik pengajaran dan pembelajaran, penilaian, penyelidikan dan cara melaksanakan kurikulum. Sebagai contoh, perspektif ini akan mengubah kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menumpu kepada kejayaan murid meniur dengan tepat apa saja yang disampaikan oleh guru kepada kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menumpu kepada kejayaan murid membina skema pengkonsepan berdasarkan kepada pengalaman yang aktif. Ia juga akan mengubah tumpuan penyelidikan daripada pembinaan model daripada kaca mata guru kepada pembelajaran sesuatu konsep daripada kaca mata murid.



3.0       TEKNIK BERCERITA

Bercerita menjadikan pengajaran pembelajaran lebih menarik dan berkesan. Pelbagai jenis cerita berunsur moral boleh didapati dengan mudah daripada akhbar, majalah, internet dan lisan. Bercerita boleh merangsangkan minda dan menimbulkan minat murid jika guru melaksanakannya secara berkesan. Banyak pengajaran dan nilai moral dapat dicungkil daripada cerita-cerita yang mengandungi unsur moral. Teknik Bercerita bermaksud menggunakan cerita untuk mengajar sesuatu kepada murid. Teknik ini  pernah digunakan oleh orang-orang kita sewaktu menyampaikan sesuatu pengajaran kepada anak-anak mereka. Ia acap kali digunakan oleh guru dalam proses pengajaran mereka. Biasanya murid-murid akan lebih cepat menumpukan perhatian di samping menjadikan pembelajaran itu berlaku dalam keadaan yang menyeronokkan. Sungguhpun teknik ini selalu digunakan bagi pengajaran sekolah rendah, ia juga sesuai digunakan bagi mengajar murid-murid di sekolah menengah terutama sekali dalam mata pelajaran sastera. Seseorang guru itu harus ingat bahawa objektif pengajaran itu adalah penting. Janganlah sampai disebabkan terlalu seronok bercerita, objektif pengajaran menjadi kabur. (Balakhisnan Mutin dan Ahmad Shahril Rajain, 1992)

            Menurut Balakhisnan Mutin dan Ahmad Shahril Rajain (1992), teknik ialah cara yang lebih khusus yang dicipta untuk mencapai sesuatu objektif pengajaran. Teknik boleh dilihat sebagai satu cara khusus untuk membantu dan menjayakan sesuatu kaedah pengajaran. Teknik ini mudah menarik minat anak-anak itu. Keadaan yang sama juga boleh dilakukan semasa guru-guru menyampaikan pelajaran kepada anak-anak murid mereka. Biasanya murid-murid akan lebih cepat menumpukan perhatian di samping menjadikan pembelajran itu berlaku dalam keadaan yang menyeronokkan. Murid-murid, khususnya di sekolah-sekolah rendah, amat gemar mendengar cerita. Walaupun mereka masih kecil, tetapi apa yang diceritakan kepada mereka itu dapat segera difahami dan kadangkala dapat pula sekaligus memahami maksud cerita itu. Oleh yang demikian, jika murid-murid tadi diberi peluang belajar dalam suasana yang menyeronokkan, pasti proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan. Walau bagaimanapun, guru-guru mestilah sedar bahawa teknik bercerita dan pengajaran cerita adalah dua perkara yang berlainan. Guru perlu ingat, bercerita itu hanyalah sebagai alat untuk menyalurkan isi-isi pelajaran, sedangkan aspek-aspek yang hendak disampaikan itu adalah lebih penting dan seharusnya menjadi tumpuan utama. (Ee Ah Meng. 1999)

            Cara melaksanakan teknik bercerita itu samalah seperti guru menjalankan pelajaran cerita, tetapi apa yang penting ialah aspek-aspek bahasa yang hendak diajarkan itu seharusnya ada dan terkandung di dalam cerita itu. Penekanan harus dilakukan kepada aspek-aspek tersebut semasa guru bercerita. Teknik bercerita dapat membantu guru untuk meningkatkan kemahiran mendengar, kemahiran menulis dan kemahiran bertutur murid-murid iaitu semasa guru bercerita murid perlu memberi perhatian mendengar dengan teliti apa yang diceritakan oleh guru dan guru akan bersoal jawab dengan murid yang melibatkan kemahiran bertutur. setelah guru bercerita guru akan meminta murid membuat ulasan terhadap tajuk yang diceritakan oleh guru dan ini melibatkan kemahiran menulis dan membaca. (Tam Yeow Kwai, 2006)

            Teknik bercerita merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatian murid. Latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa dapat disampaikan. Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat permulaan, kemuncak dan kesudahan cerita. Perhatian perlu diberi kepada teknik persembahan, suara, gerak laku dan kawalan mata. Suara memainkan peranan yang penting dimana ia harus dikawal supaya jangan mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan. (Raminah Sabran dan Rahim Syam, 1985)

            Menurut Ee Ah Meng (1999), aktiviti brcerita merupakan satu lagi kemahiran generik iaitu suatu cara yang boleh digunakan oleh guru. Aktiviti ini boleh mempromosikan minat dalam mana-mana bahagian kurikulum. Selain itu ia dapat mengembangkan penghargaan dan keseronokan untuk menikmati kesusasteraan, pengayaan bahasa, pelbagai pengalaman, mengembang kemahiran mendengar dan memotivasi murid-murid membaca. Guru seharusnya berinovatif dalam mencari cerita yang sesuai dengan objektif pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, guru juga berperanan untuk memastikan cerita yang dipilh sesuai dengan peringkat umur murid-murid dan dapat menarik minat mereka
            Secara tambahannya pula, guru boleh menggunakan bahan-bahan sampingan yang dapat menarik lagi minat murid-murid terhadap cerita yang hendak disampaikan seperti boneka, tali, binatang mainan, kertas dan sebagainya. Kebaikan teknik bercerita ialah ia dapat melengkapi murid dengan pelbagai kemahiran dan kecekapan bahasa terutamanya kecekapan lisan. Kaedah ini menggalakkan murid untuk berfikir secara kritis dan kreatif khasnya apabila guru beranyakan soalan tentang moral sesuatu cerita. Kemahiran-kemahiran yang guru perlu menggunakan dalam teknik bercerita ialah Kemahiran verbal seperti projeksi suara, penekanan fasa atau bunyi dan penggunaan ayat-ayat yang mudah dan nada suara yang sesuai untuk menggambarkan siuasi tertentu dan memiliki kebolehan memanipulsi mimik muka untuk menunjukkan emosi yang berlainan. (Ee Ah Meng, 1999)

            Langkah-langkah dalam persediaan teknik bercerita ialah pilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan dan minat murid-murid. Kemudian, sesuaikan pula dengan isi muridan yang hendak disampaikan. Mengkaji cerita itu dan cuba masukkan aspek-aspek bahasa dan hafazkan frasa atau ayat-ayat penting. Seterusnya melatih bercerita seolah-olah guru berada dihadapan murid-murid sekurang-kurangnya sekali sebelum menggunakan teknik ini. Guru bercerita dalam keadaan yang selesa dan guru boleh menggunakan gambar, objek-objek sebenar atau lain-lain bahan bantu mengajar. Sediakan kad-kad perkataan, frasa-frasa atau ayat-ayat yang berkaitan dengan aspek-aspek bahasa yang hendak disampaikan (Mok Soon Sang, 2006)

            Menurut Mok Soon Sang (2006), dalam teknik bercerita terdapat beberapa langkah yang telah ditetapkan iaitu Sebelum bercerita dan semasa bercerita. Sebelum bercerita guru perlu menyediakan persekitaran yang selesa. Jika boleh, suatu tempat duduk itu perlulah dikemas supaya murid-murid boleh duduk di tempat tersebut dan mengelilingi pencerita. Jika waktu tersebut guru ialah pencerita, guru tersebut perlu menimbangkan perkara-perkara seperti memastikan cerita yang diperdengarkan boleh didengari oleh semua murid. Kemudian pastikan bahawa semua murid dapat melihat pencerita, terutama muka dan tangan.

            Guru tersebut juga perlu bercerita dengan kuat dan jelas dengan intonasi suara dan eksperesi muka yang bersesuain dengan cerita. Sekiranya pencerita tidak mahu diganggu, guru perlu memberitahu murid supaya tidak bertanyakan soalan sehingga penghabisan cerita. Perkara yang paling utama ialah memastikan semua murid memberi perhatian sebelum cerita itu dimulakan. Walaubagaimanapun, guru juga boleh menggunakan kaeadah memberi peluang kepada murid untuk bercerita bersama-sama. Langkah yang harus di ambil oleh guru tersebut ialah memberi maklumat tentang bahagian-bahagian dan urutan cerita yang berkaitan. Guru juga harus memberi peluang murid untuk berkongsi cerita, peristiwa dalam satu keadaan tidak formal sebagai permulaan kepada pengalaman bercerita lebih mendalam.

            Semasa bercerita pula kaedah ini memberi peluang kepada murid-murid untuk mencatat nota daripada cerita yang diperolehi untuk perbincangan lanjut. Selain itu, ia juga bertujuan untuk memastikan agar murid-murid memberi perhatian terhadap cerita yang diperdengarkan. Pencerita pula perlu mengambil langkah supaya bertentangan mata (eye contact) dengan pendengar dan bertutur secara terus menerus kepada pendengarnya. (Mohd Dahlan Mohd Ramli dan Mohd Kasim Ismail, 1992)

            Melalui teknik bercerita ini terdapat banyak kelebihan. Pertama, melalui penyampaian cerita, guru dapat membina satu suasana yang menyenangkan dan mengasyikkan. Hal ini demikian kerana cerita merupakan bentuk seni sastera yang memiliki keindahan dan kenikmatan, lebih-lebih lagi jika jalan cerita yang disampaikan mempunyai hubungkait dengan lingkungan kehidupan murid-murid. Jika guru berjaya membina suasana penceritaan yang menyenangkan dan mengasyikkan, mereka juga akan lebih menumpukan perhatian sepenuhnya dan akan memudahkan mereka memahami cerita yang disampaikan. Pemahaman murid terhadap cerita boleh diuji menerusi soal jawab antara guru dan murid mengenai pengajaran dan nilai murni daripada cerita yang disampaikan serta murid mampu untuk merumuskan isi-isi penting dalam cerita. Hal ini seterusnya dapat mencerna minda dan daya imiginasi serta menggalakkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. (Raminah Sabran dan Rahim Syam, 1985)

            Kedua, cerita yang penuh dengan nilai-nilai murni mampu menanamkan sikap jujur, berani, setia, ramah dan sikap positif lain yang berguna dalam pembentukan budi pekerti atau keperibadian murid-murid. Mereka akan menjadikan nilai dan tauladan yang diperoleh menerusi sesebuah cerita sebagai panduan untuk menjalani kehidupan seharian dengan lebih baik. Sebagai contoh, guru meminta murid melakonkan watak dalam cerita. Hal ini bukan sahaja dapat disematkan dalam fikiran dan jiwa murid, malah dapat memupuk serta mengembangkan sikap keyakinan diri serta sikap positif dalam pembelajaran. Hal ini selaras dengan objektif utama program pemulihan dalam KBSR. (Raminah Sabran dan Rahim Syam, 1985)

            Seterusnya ialah yang ketiga, melalui teknik bercerita, murid-murid dapat mengenali fakta-fakta alam sekitar mahupun pengetahuan sosial yang berguna bagi perkembangan kognitif mereka. Kebiasaannya, cerita-cerita yang dipilih dan diceritakan oleh guru, mempunyai perkaitan dengan persekitaran murid. Selain itu, murid juga dapat dipupuk dengan rasa peka serta prihatin terhadap masyarakat sekeliling. Jadi, sedikit sebanyak guru dapat membantu dalam meluaskan ilmu pengetahuan murid dan kesedaran diri serta tanggungjawab mereka dalam masyarakat. Perkembangan kognitif mereka juga akan bertambah berikutan pengalaman dan pengetahuan yang baru diperoleh. (Raminah Sabran dan Rahim Syam, 1985)

            Akhir sekali, terdapat banyak aspek yang boleh dipelajari oleh murid-murid dalam satu-satu masa. Penggabungjalinan kemahiran berbahasa seperti mendengar, bertutur, menulis dan membaca yang berlaku ketika murid-murid mendengar atau membaca cerita dapat membantu mereka menajamkan lagi kemahiran-kemahiran yang terlibat. Jika dikaitkan dengan pendidikan pemulihan sama ada pemulihan khas atau biasa, guru boleh menggunakan teknik ini dalam usaha membantu penguasaan kemahiran membaca dan menulis. Guru harus memastikan aktiviti pengajaran saling berkait rapat dan berjalan dengan lancar (Raminah Sabran dan Rahim Syam, 1985)




No comments:

Post a Comment