. Amoi Chantek Source: http://www.amronbadriza.com/2012/10/cara-membuat-anti-copy-paste-di-blog.html#ixzz2Q2hwp6eP

Wednesday 6 January 2016

PENGENALAN
Pada tugasan kali ini, konsep dan latihan mentrasnkripsikan petikan telah dijadikan tugasan untuk kursus BMM3108. Tugasan ini memberi peluang kepada saya untuk mengenali lebih mendalam tentang konsep fonetik dan fonologi yang terdapat dalam bahasa Melayu. Walaupun bahasa Melayu digunakkan dalam pertuturan seharian, hubungkait struktur bahasa dan cara bunyi-bunyi bahasa dihasilkan untuk pertuturan tidak diambil berat. Oleh demikian, bidang fonetik dan fonologi ini memberi peluang kepada saya untuk mengetahui dan menimba pengalaman perkaitan fonetik dan fonologi dalam bahasa Melayu. Mentranskripsikan petikan teks menggunakan fonem-fonem yang berkaitan turut dilakukan dalam tugasan kali ini. Tugasan ini adalah untuk melatih dan memberi pengalaman dalam menukar petikan teks daripada huruf-huruf biasa kepada fonem-fonem yang melambangkan bunyi-bunyi sebutan huruf yang sepatutnya. Semoga dengan tugasan yang berjaya disiapkan ini, saya memperoleh pengalaman yang bermanfaat untuk digunakan kelak. Maklumat dan cabaran dilalui sepanjang menyiapkan tugasan ini menjadi pengalaman yang berharga kepada diri saya. Diharap tugasan yang berjaya disiapkan ini menjawap soalan-soalan yang dikemukakan.
TUGASAN 1 :  PENULISAN ESEI.
FONETIK
Fonetik ialah satu bidang yang mengkaji bunyi-bunyi yang dihasilkan  oleh manusia. Kajian tersebut merangkumi kajian tentang bunyi-bunyi bahasa atau dikenali sebagai ‘fon’. Selain itu, fonetik juga merupakan bidang yang terlibat dalam mengkaji bagaimana bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh alat-alat artikulasi manusia sehingga menghasilkan bunyi-bunyi yang bermakna. Fonetik membantu dalam memahami penghasilan bunyi-bunyi yang bermakna kepada manusia yang membantu terbentuknya bahasa untuk digunakan sebagai alat komunikasi untuk manusia.

            Fonetik yang berasal daripada bahasa Greek iaitu ‘phone’ membawa maksud bunyi, iaitu kajian tentang bunyi-bunyi yang diujarkan oleh manusia (Siti Hajar Abdul Aziz, Pengajian Melayu 2:         Ketrampilan Bahasa,). Siti Hajar Abdul Aziz turut menyatakan bahawa bidang fonetik lebih menumpukan kepada kajian ‘fon’ atau bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan. Selain itu, bidang ini juga melibatkan bagaimana bunyi yang dihasilkan itu didengar dan diinterprestasikan. Alat-alat artikulasi memainkan peranan yang penting dalam penghasilan bunyi-bunyi tertentu. Kerosakan pada alat artikulasi akan mempengaruhi penghasilan bunyi-bunyi yang dihasilkan. Ini pastinya menyukarkan penghasilan bunyi-bunyi yang bermakna dan menyebabkan bunyi-bunyi yang diujarkan tidak dapat dihasilkan dengan sempurna. Oleh demikian, penghasilan bunyi-bunyi oleh alat artikulasi perlulah sempurna kerana bunyi-bunyi inilah yang membawa kepada penyampaian maklumat dan difahami oleh komuniti penutur bunyi-bunyi bahasa tersebut.

Indirawati Zahid dan Mardian Shah Omar (2006) dalam buku Fonetik dan Fonologi: Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu pula menyatakan fonetik ialah kajian mengenai bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan oleh manusia iaitu bunyi yang digunakan sebagai alat komunikasi. Bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh manusia perlulah bermakna dan difahami. Penghasilan bunyi-bunyi yang tidak bermakna ataupun tidak difahami antara dua pihak pastinya membuatkan bunyi-bunyi yang didengar tidak dapat diinterprestasikan. Oleh demikian, penghasilan bunyi-bunyi yang diinterprestasi  menjadi maklumat adalah tidak bermakna. Alat-alat artikulasi yang menghasilkan bunyi-bunyi tersebut perlulah bermakna dan difahami kepada sesebuah komuniti penutur. Bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan tanpa difahami dan bermakna akan menyebakan komunikasi tidak dapat dicapai dengan maksimum.

Dr. Lufti Abas (1975), mendefinisikan fonetik sebagai mempelajari segala bunyi yang diucapkan melalui mulut manusia, baik bunyi manusia, bukan bunyi bahasa, mahu pun bunyi-bunyi marginal, dan memberikan simbol fonetik untuk setiap bunyi. Nik Safiah Karim dan Wan Malini Ahmad (2006)  dalam buku Bahasa Melayu STPM pula mentakrifkan fonetik sebaga bidang yang mengkaji bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh manusia dan memberikan lambang kepada bunyi-bunyi tersebut. Lambang-lambang tersebut membolehkan komunikasi berlaku bukan sahaja secara lisan,tetapi juga berlaku dengan perkataan.  Perkara yang perlu diberi perhatian dalam pengujaran bunyi-bunyi ini ialah perlulah bermakna dan difahami agar maklumat disampaikan dengan tepat.

FONOLOGI
Fonologi ialah bidang yang mengkaji sistem bunyi bahasa. Sistem yang dimaksudkan ialah berkaitan dengan senarai bunyi, ciri-ciri bunyi serta peraturan yang khusus dalam menghubungkait bunyi-bunyi tersebut antara satu sama lain. Bidang fonetik ini dapat membantu seseorang untuk memahami dengan lebih mendalam tentang bentuk bunyi yang dihasilkan dalam sesuatu bahasa dengan lebih terperinci.
Nik Safiah Karim dan Wan Malini Ahmad (2006)   mentakrifkan fonologi sebagai cabang ilmu bahasa yang mengkaji bunyi bahasa sesuatu bahasa dan fungsinya dalam sistem bahasa tersebut. Berdasarkan pandangan kedua-dua tokoh ini, fonologi terbahagi kepada dua iaitu fonetik dan fonemik.  Fonemik merupakan bidang yang mengkaji bunyi-bunyi sesuatu, iaitu pengkajian tentang fungsi atau struktur bunyi bahasa itu. Fonetik pula merupakan bidang yang mengkaji bunyi-bunyi yang dihasilkan  oleh manusia.
Abdullah Hassan (2005), pula menyatakan fonologi ialah bidang yang mengkaji sistem bunyi-bunyi dalam bahasa. Sistem bunyi-bunyi yang tertentu dalam pertuturan inilah yang membentuk struktur yang khusus bagi sesuatu bahasa. Struktur-struktur bunyi ini akan dipersetujui oleh komuniti masyarakat di sesebuah tempat untuk digunapakai. Persetujuan ini menghasilkan bahasa yang seterusnya digunakan oleh sesebuah komuniti masyarakat sebagai alat komunikasi atau dikenali sebagai bahasa untuk menyampaikan maklumat dan berkomunikasi.








PERBEZAAN FONETIK DAN FONOLOGI
Fonetik
Fonologi

Fonetik ialah kajian tentang bunyi yang dihasilkan oleh berdasarkan fisiologi dan anatomi manusia.

Bidang yang mengkaji bunyi bahasa yang mempunyai kaitan dengan fungsi perlakuan, bunyi dan organisasi bunyi.

Fonetik mempunyai tiga cabang kajian iaitu fonetik akustik, fonetik artikulatori dan fonetik auditori.

Mengkaji hubungan antara butir-butir leksikal lain yang membentuk ayat.

Fonetik ialah kajian tentang sifat-sifat semula jadi, produksi dan persepsi bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan.

Kajian tentang sistem bunyi sesuatu bahasa dan sifat-sifat semula jadi sistem tersebut secara umum.

Fonetik mengkaji unsur setiap bunyi.

Fonologi merupakan kajian yang berkaitan dengan penelitian pola-pola intonasi, jeda, dan panjang-pendek .

Transkripsi daripada semua bahasa yang mempunyai bunyi dapat dihasilkan menggunakan fonetik.

Menghasilkan sistem ejaan sesuatu bahasa.


Alat Artikulasi

Alat artikulasi atau artikulator ialah organ yang menghasilkan bunyi bahasa. Bunyi-bunyi yang terhasil disebabkan penyekatan udara mengkut kadar tertentu yang dimanipulasi oleh alat-alat artikulasi. Menurut Faridah Binti Nazir dan Maridah Binti Hj Alias dalam buku Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu, artikulator merupakan bahagian alat pertuturan yang boleh digerak-gerakkan  manakala daerah artikulasi ialah bahagian alat pertuturan yang tidak boleh digerakkan dan hanya dapat didekati dan disentuh dalam proses pengeluaran bunyi-bunyi bahasa. Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2008: 93), alat artikulasi ialah organ atau organ yang berfungsi untuk mengeluarkan bunyi bahasa. Menurut tokoh-tokoh tersebut, pergerakan alat-alat artikulasi inilah yang membantu manusia dalam menghasilkan bunyi-bunyi bahasa untuk tujuan komunikasi. Bunyi-bunyi yang terhasil ditentukan oleh pergerakan alat artikulasi yang tertentu.




Rajah 1.0 Alat-alat Artikulasi





Alat Artikulasi
Alat Artikulasi
1.    Bibir atas
2.    Bibir bawah
3.    Gigi atas
4.    Gigi bawah
5.    Gusi
6.    Lelangit keras
7.    Lelangit lembut
8.    Anak tekak
9.    Hujung lidah
10. Hadapan lidah
11. Tengah lidah
12. Belakang lidah
13. Akar lidah
14. Epiglottis
15. Pita suara
16. Rongga tekak
17. Rongga hidung
18. Rongga mulut
19. Rahang


Alat-alat artikulasi amat penting dalam penghasilan bunyi-bunyi huruf untuk pertuturan. Penghasilan bunyi vokal, konsonan dan  diftong dalam bahasa Melayu melibatkan pergerakan yang tertentu untuk menghasilkannya. Pergerakan alat-alat artikulasi  dalam menghasilkan bunyi-bunyi huruf ini membantu manusia untuk berkomunikasi dengan lebih berkesan. Bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh alat artikulasi memerlukan udara daripada paru-paru untuk menghasilkan bunyi. Udara tersebut akan disalurkan ke larinks yang mempunyai kotak suara melalui trakea . Kotak suara berfungsi sebagai alat penghasilkan bunyi-bunyi  mengikut kedudukan yang diubah suai. Kotak suara ini pula mempunyai pita suara yang mengawal kuantiti udara yang disalurkan melalui pergerakan tertutup rapat atupun direnggang untuk dibuka luas.

Dalam penghasilan bunyi sama ada secara sengauan ataupun tidak melibatkan peranan lelangit. Udara yang diterima daripada pita suara seterusnya dimanipulasi oleh lelangit untuk menentukan bunyi bahasa yang akan dihasilkan. Lelangit yang terdiri daripada dua iaitu lelangit keras dan lelangit lembut. Lelangit keras terletak di antara gusi dan lelangit lembut. Lelangit keras berfungsi sebagai daerah artikulasi dalam pengeluaran bunyi-bunyi. Lelangit lembut pula terletak ke dalam sedikit, iaitu selepas lelangit keras dan sebelum anak tekak. Lelangit lembut boleh diturunnaikkan. Apabila lelangit lembut diturunkan, rongga mulut akan tertutup dan udara akan keluar melalui rongga hidung yang menyebabkan bunyi sengauan. Manakala apabila lelangit dinaikkan bunyi yang keluar bukanlah bunyi sengau dan keluar melalui rongga mulut.

Seterusnya, bunyi-bunyi yang terhasil akan dipengaruhi oleh pergerakan alat-alat artikulasi. Alat –alat artikulasi terbahagi kepada dua iaitu alat artikulasi aktif dan alat artikulasi pasif. Artikulasi aktif adalah alat yang boleh digerakkan manakala yang pasif pula adalah sebaliknya. Antara alat artikulasi aktif ialah lidah, lelangit lembut dan gigi bawah. Antara alat arikulasi pasif pula terdiri daripada gigi, lelangit keras dan alat-alat yang tidak dapat digerakkan.

Selain itu, lidah juga merupakan alat yang paling aktif dalam menghasilkan bunyi bahasa. Lidah terbahagi kepada hujung lidah, depan lidah dan belakang lidah. Hujung lidah dapat digerakkan ke depan dan ke belakang bagi menghasilkan bunyi. Depan lidah pula boleh diangkat ke atas menyentuh lelangit keras, dan belakang lidah boleh diangkat menyentuh lelangit lembut. Pergerakan ini membantu penghasilan bunyi yang berbeza mengikut kedudukan lidah. Penghasilan bunyi juga dimanipulasi oleh pergerakan bibir. Bibir dapat berfungsi menyekat perjalanan udara daripada keluar terus daripada rongga mulut. Penyekatan ini yang membantu penghasilan bunyi huruf yang berbeza.

Alat-alat artikulasi amat penting dalam penghasilan bunyi-bunyi bahasa. Oleh demikian, penjagaan alat-alat artikulasi ini amat penting kepada kita. Kecederaan dan kecacatan pada alat artikulasi dapat mempengaruhi penghasilan bunyi-bunyi bahasa yang cuba dihasilkan. Ini pastinya menyukarkan proses komunikasi kerana penghasilan bunyi yang cuba dihasilkan tidak terhasil dengan sempurna 



Rajah 2.0 Kedudukan Bunyi Vokal Bahasa Melayu


Vokal
Vokal ialah bunyi oral tetapi dinasalkan dan juga tergolong sebagai bunyi bersuara (Faridah binti Nasir & Maridah binti Hj Alias, Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu, 2013:33). Penghasilan bunyi vokal amat penting dalam bahasa Melayu kerana bunyi vokal banyak digunakan. Vokal terbahagi kepada tiga jenis iaitu vokal hadapan, vokal tengah dan vokal belakang.



Huruf

Fonem

Jenis Vokal

Bunyi Vokal
Penggunaan Fonem Vokal


Awal
Tengah
Akhir
ɑ
/ɑ/



Vokal hadapan

Vokal hadapan luas
[ɑwɑl]
[tukɑr]
[kirɑ]
i
/i/
Vokal hadapan sempit
[ikɑn]
[lihɑt]
[tɑli]
e
/ɛ/
Vokal hadapan separuh sempit

-
[kɛcɛk]
(cakap)
[Kawɛ]
(saya)
e
/e/
Vokal hadapan separuh luas
[eloʔ]
[keju]
[tɑuge]

e
/ә/

Vokal Tengah
Vokal tengah pendek
[әmɑʔ ]
[lәmɑŋ]
[nɑsionɑlismә]
e
/з/
Vokal tengah panjang
-
-
[manjз]
(manja)

o
/o/


Vokal belakang

Vokal Belakang
Vokal belakang separuh sempit
[obor]
[rodɑ]
[kilo]
u
/u/
Vokal belakang sempit
[ulɑr]
[butɑng]
[bɑju]

/ɔ/
Vokal belakang separuh luas
[ɔrang]
(orang)
[bɔrɔng]
(borong)
[tekɔ]
(teko)

/D/
Vokal belakang luas
-
-
[gulD]
(gulai)
Konsonan
Konsonan ialah bunyi-bunyi bahasa yang dikeluarkan menerima sekatan, sempitan dan geseran sama ada di bahagian rongga mulut, tekak atau hidung (Faridah binti Nasir & Maridah binti Hj Alias, Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu, 2013:33). Berikut merupakan konsonan yang terdapat dalam bahasa Melayu:


Huruf
Fonem
Jenis Konsonan
Penggunaan Fonem Konsonan
Awal
Tengah
Akhir
b
/b/



Konsonan Letupan
[bolɑ]
[lobɑʔ]
[kitɑb]
p
/p/
[pisɑh]
[kepɑh]
[ɑtɑp]
t
/t/
[tidur]
[putɑr]
[kilɑt]
d
/d/
[dɑpur]
[dɑdɑ]
[ɑhɑd]
k
/k/
[kursus]
[pәkɑʔ]
[rәtɑʔ]
g
/g/
[gɑjɑh]
[gigi]
[beg]
k
[ʔ]
-
-
[kataʔ]

c
/c/
Konsonan Letusan
[cɑntiʔ]
[bɑcɑ]
[mɑc]
j
/ĵ/
[jɑguh]
[rajah]
[gɑrɑj]

m
/m/

Konsonan Sengauan

[mintɑ]
[sɑmɑ]
[tikɑm]
n
/n/
[nɑsi]
[ɛnaʔ]
[pәlɑn]
ng
/ŋ/
[ŋɑŋɑ]
[buŋɑ]
[#ɑlɑŋ]
ny
/ɲ/
[ɲɑriŋ]
[kәɲɑŋ]
-

l
/l/
Konsonan Sisian
[lihɑt]
[sәlipar]
[botol]

h
/h/


Konsonan


Geseran
[hɑri]
[lihɑt]
[kɑlɑh]
f
/f/
[filәm]
[sifɑt]
[wakaf]
s
/s/
[sɑkit]
[pusɑt]
[lipɑs]
sy
/š/
[šɑbɑs]
[mәšuɑrɑt]
[skuaš ]
v
/v/
[vɑn]
[lɑvɑ]
[petrov]
z
/z/
[zɑlim]
[uzu]
-

w
/w/

Konsonan Malaran
[wɑtɑʔ]
[kɑwɑn]
[tɑkrɑw]
y
/j/
[yurɑn]
[wɑyɑng]
-

r
/r/
Konsonan Getaran
[rodɑ]
[kirɑ]
[putɑr]

Konsonan letupan ialah konsonan yang menghasilkan bunyi letupan hasil daripada hentian sepenuhnya. Sekatan sepenuhnya yang disalurkan daripada paru-paru dilakukan oleh alat-alat artikulasi. Sekatan yang dilakukan berlaku sama ada pada bahagian bibir, lelangit keras, lelangit ataupun pita suara. Antara fonem konsonan letupan ialah  [p], [b], [t], [d], [k], [g], [ʔ]   . Berbeza dengan konsonan letupan yang menyekat udara tanpa dilepaskan, konsonan letusan melepaskan udara secara perlahan-lahan setelah sekatan penuh dilakukan terhadap udara daripada paru-paru.  Udara yang dilepaskan ini membantu penghasilan bunyi [c] dan [j].

Konsonan sengauan terhasil daripada sekatan sepenuhnya terhadap udara yang disebabkan oleh anak tekak diturunkan untuk menutup rongga mulut. Udara keluar melalui rongga hidung dan menghasilkan bunyi sengauan. Antara konsonan sengauan ialah [m], [n], [ŋ], dan [ɲ]. Konsonan sisian iaitu [l] mengalami penyekatan arus udara di bahagian lelangit keras oleh hujung lidah yang menyebabkan udara hanya melalui kawasan sisi di kiri dan kanan rongga mulut untuk ketika menghasilkan bunyi konsonan ini. Hentian sebahagian berlaku untuk menghasilkan bunyi konsonan sisian.

Konsonan geseran terhasil apabila  saluran udara disempitkan yang menyebabkan udara bergeser dan terhasilnya bunyi geseran . [f], [v], [s], [z], [š], dan [h] merupakan konsonan geseran yang terdapat dalam bahasa Melayu. Konsonan malaran iaitu [w] dan [y] merupakan konsonan yang penghasilannya dikenali sebagai bunyi separuh vokal. Penghasilan bunyi konsonan malaran terhasil seperti bunyi konsonan geseran, tetapi dihasilkan secara lebih lemah daripada bunyi geseran. Bunyi konsonan malaran juga menghasilkan bunyi-bunyi vokal seperti [w]. Konsonan getaran berlaku apabila sekatan sekejap-sekejap dilakukan terhadap udara yang keluar dari rongga mulut. Hujung lidah digetarkan di lelangit keras untuk penghasilan bunyi konsonan getaran iaitu [r].

Konsonan Pinjaman
Konsonan pinjaman ialah konsonan yang dimasukkan ke dalam bahasa Melayu.  Konsonan-konsonan pinjaman ini dipinjam daripada bahasa asing yang kemudiannya digantikan dengan konsonan Melayu. Berikut merupakan konsonan pinjaman dalam konsonan Melayu:

Huruf

Fonem
Jenis Konsonan Pinjaman
Penggunaan Fonem

Awal
Tengah
Akhir
f
/f/
Konsonan geseran bibir-gigi
[filәm]
[sifɑt]
[wakaf]
v
/v/
[vɑn]
[lɑvɑ]
[petrov]
th
/ө/
Konsonan geseran gigi
[өɑlɑөɑ]
[miөɑli]
[hɑdiө]
dh
/ð/
[ðɑrɑb]
[rɛðɑ]
-
dz
/z/
Konsonan geseran gusi
[zɑlim]
[uzu]
-
sy
/š/
Konsonan geseran gusi-lelangit keras
[šɑbɑs]
[mәšuɑrɑt ]
[skuaš ]
kh
/x/
Konsonan geseran lelangit lembut
[xɑmis]
[bɑxil]
[tɑrix]
gh
/ɤ/
[ɤɑib]
[loɤɑt]
[mubɑliɤ]

Kebanyakkan fonem pinjaman dihasilkan daripada bunyi-bunyi geseran. Geseran –geseran ini yang terdapat dalam fonem pinjaman ialah konsonan geseran bibir-gigi, konsonan geseran gigi, konsonan geseran gusi, konsonan geseran gusi-lelangit keras dan konsonan geseran lelangit lembut.

Diftong
Diftong ialah huruf gabungan vokal yang hadir dalam perkataan secar bergandingan. Terdapat tiga jenis diftong dalam bahasa Melayu [ai], [au] dan [oi].

Huruf
Diftong
Fonem
Cara Penghasilan Bunyi Diftong
Penggunaan Fonem

Awal
Tengah
Akhir
ai
/ai/
Vokal depan luas digelunsurkan ke vokal depan sempit
[ɑir]
[ɤɑib]
[pɑndɑi]
au
/au/
Vokal depan luas digelunsurkan ke vokal belakang sempit
[ɑurɑt]
[dɑulɑt]
[bɑŋɑu]
oi
/oi/
Vokal belakang separuh sempit digelunsurkan ke vokal depan sempit
-
[boikot]
[kɑloi]


FONEM SUPRASEGMENTAL
Suprasegmental ialah cara menuturkan pelbagai konsonan, vokal dan diftong dengan pelbagai tekanan dan  nada. Intonasi nada, jeda, tekanan, dan panjang-pendek sesuatu segmen perkataan akan membawa maksud yang tertentu mengikut cara penghasilannya. Suprasegemental terdiri daripada tekanan, panjang pendek (mora), jeda, nada dan intonasi. Berikut merupakan fonem-fonem suprasegemental yang terdapat dalam bahasa Melayu:
SIMBOL
MAKSUD SIMBOL
/
 Tanda koma (,).

Tekanan
/ /
Tandah noktah (.).
1 (rendah), 2 (biasa), 3 (tinggi), 4 (tinggi sekali)
Kadar meninggi atau menurun pengucupan sesuatu suku kata.
Nada
#
Memisahkan sama ada perkataan, ayat atau rangkai kata. Tanda kesenyapan digunakan untuk memulakan ayat dan mengakhiri ayat.


Jeda
[:], [::]
Panjang sebutan sama ada satu mora ataupun dua mora
 Panjang-pendek
[ ]
Digunakan untuk satu perkataan atau ayat.
Akronim dieja. Contoh nya RTM menjadi [ar.ti.em]. Penggunaan nombor juga dieja contoh nya 50 menjadi [li.ma.pu.luh]
Kata Nama Khas dieja menggunakan huruf kecil.

Penggunaan fonem suprasegmental amat penting dalam fonetik dan fonologi bahasa Melayu. Tanpa fonem suprasegmental, intonasi nada, jeda, tekanan, dan panjang-pendek sesebuah ayat ataupun perkataan pastinya tidak dapat dikenal pasti. Fonem suprasegmental juga membantu seseorang untuk memahami cara sesebuah perkataan disuarakan dengan cara yang betul. Perbezaan intonasi, nada, jeda, tekanan mahupun panjang-pendek sesuatu ayat ataupun perkataan membawa maksud yang berlainan. Oleh itu, kepentingan penggunaan fonem suprasegmental membantu seseorang menyuarakan bunyi-bunyi bahasa dengan lebih mudah dan betul.

TUGASAN 2: TRANSKRIPSI FONETIK
Bukan mahu menuding jari kepada individu  atau pihak yang terlibat, tetapi sepatutnya sistem latihan sepak takraw ini disusun secara rapi di peringkat sekolah lagi, barulah negara tidak ketandusan pemain yang berbakat. Secara logiknya mustahil dalam kalangan ratusan ribu orang pelajar sekolah di negara ini tidak ada pelajar yang benar-benar berbakat untuk dilatih menjadi seorang pemain yang hebat. Sepak takraw sebagai sukan tradisional di negara ini bukanlah sukan yang asing dalam kalangan masyarakat. Namun, muthakhir ini Malaysia semakin ketinggalan dengan kehebatan Thailand yang mempamerkan permainan serta kemunculan pelapisnya yang hebat.
Ekoran kehebatan Thailand yang masih belum ditemui formula terbaik untuk menewaskannya, timbul pula cadangan daripada pengurusan tertinggi PSM yang mahu mendapatkan “sentuhan” jurulatih dari Thailand. Baru sahaja di peringkat cadangan, hasrat tersebut terus dikecam oleh beberapa individu yang merasakan pembaziran jika menggunakan khidmat jurulatih asing. Dari sudut positif, ada baiknya menggunakan khidmat jurulatih luar negara. Hal ini demikian kerana mereka lebih fokus terhadap pembinaan serta kemahiran pemain dan bukannya sibuk menjaga “periuk nasi” sendiri. Masalah ini yang kerap terjadi dalam mana-mana persatuan di negara ini. Konsep mengutamakan “kepentingan diri sendiri” berbanding dengan kemajuan dan prestasi pemain sering menjadi punca kegagalan.
[#  bukɑn mɑhu mənuding jɑri kəpɑdɑ individu ɑtɑw pihɑʔ yɑŋ tərlibɑt/ tətɑpi səpɑtutɲɑ sistəm lɑtihɑn sɛpɑk tɑkrɑw ini disusun səcɑrɑ rɑpi di pəriŋkɑt səkolɑh lɑgi/ bɑrulɑh nəgɑrɑ tidɑʔ kətɑndusɑn pəmɑin yɑŋ berbɑkɑt // # səcɑrɑ logiʔɲɑ mustɑhil dɑlɑm kɑlɑŋɑn rɑtusɑn ribu orɑŋ pəlɑjɑr səkolɑh di nəgɑrɑ ini tidɑʔ ɑdɑ pəlɑjɑr yɑŋ bənɑr-bənɑr bərbɑkɑt untuʔ dilɑtih mənjɑdi səorɑŋ pəmɑʸin yɑŋ həbɑt// səpɑk tɑʔrɑw səbɑgɑy sukɑn trɑdisiʸonɑl di nəgɑrɑ ini bukɑnlɑh sukɑn yɑŋ ɑsiŋ dɑlɑm kɑlɑngɑn mɑšɑrɑkɑt// #nɑmun/ muɵɑxir ini Mɑlɑysiʸɑ səmɑkin kətinggɑlɑn dəngɑn kəhɛbɑtɑn ɵɑylɑnd yɑŋ məmpɑmɛrkɑn pərmaʸinan sərta kəmunculɑn pəlɑpisɲɑ yɑŋ hɛbɑt//#]
         [# ɛkorɑn kəhɛbɑtɑn ɵaylɑnd  yɑŋ mɑsih bəlum ditəmuʸi formulɑ tərbɑʸiʔ untuʔ mənɛwɑskɑnɲɑ/ timbul pulɑ cɑdɑŋɑn dɑripɑdɑ pəngurusɑn tərtiŋgi pi.es.em yɑŋ mɑhu məndɑpɑtkɑn “səntuhɑn” jurulɑtih dɑri ɵaylɑnd// #bɑru sɑhɑjɑ di pəriŋkɑt cɑdɑŋɑn/ hɑsrɑt tərsəbut tərus dikəcɑm olɛh bəbərɑpɑ individu yɑŋ mərɑsɑkɑn pəmbɑzirɑn jikɑ mənggunɑkɑn xidmɑt jurulɑtih ɑsiŋ// dɑri sudut positif/ ɑdɑ jugɑ bɑiʔɲɑ məŋgunɑkɑn xidmɑt jurulɑtih luʷɑr negɑrɑ// # hɑl ini dəmikiʸɑn kərɑnɑ mərɛkɑ ləbih fokus tərhɑdɑp pəmbinɑɑn pəmɑin dɑn bukɑŋɑ sibuʔ mənjɑgɑ ‘pəriʸuʔ nɑsi’ səndiri/ mɑsɑlɑh ini yɑŋ kərɑp tərjɑdi dɑlɑm mɑnɑ-mɑnɑ pərsɑtuʷɑn di nəgɑrɑ ini// # konsep məngutɑmɑkɑn ‘kəpəntingɑn diri səndiri’ bərbɑndiŋ dəŋɑn kəmɑjuʷɑn dɑn prɛstɑsi pəmɑʸin səriŋ mənjɑdi puncɑ kəgɑgɑlɑn//#]

PENUTUP
Fonetik dan fonologi merupakan bidang yang menarik untuk dikaji. Penghasilan bunyi-bunyi bahasa dan struktur bahasa  yang dihasilkan melalui alat-alat artikulasi manusia menjadikan bidang fonetik dan fonologi lebih bermakna kerana manusia menggunakan alat-alat artikulasi untuk berkomunikasi setiap hari. Alat-alat artikulasi memainkan peranan penting dalam penghasilan bunyi-bunyi yang dikehendaki. Kerosakan atau kegagalan alat artikulasi untuk berfungsi dengan baik akan menyebabkan penghasilan bunyi yang berlainan dan mungkin menyebabkan makna bunyi yang lain. Disamping itu, kajian dalam bidang fonetik dan fonologi juga merangkumi fonem yang dilambangkan melalui simbol-simbol tertentu yang melambangkan bunyi-bunyi tertentu. Simbol-simbol yang digunakkan membolehkan perkataan dibaca dengan bunyi yang betul. Latihan mentranskripsi petikan teks menggunakan simbol-simbol ini membolehkan saya memahami dengan lebih mudah penggunaan simbol-simbol fonem dalam sesebuah ayat. Pemahaman yang diperoleh melalui tugasan ini amat bermakna untuk digunakan dalam bidang bahasa Melayu. Semoga ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan sepenuhnya.

TUGASAN 3: PENULISAN REFLEKSI
Terlebih dahulu saya ingin menyatakan rasa syukur kepada Allah S.W.T dengan limpahan kurniaNya, tugasan menyiapkan kerja kursus ini dipermudahkan. Segala rahmat dan kurniaanNya memudahkan segala urusan dalam tanggungjawab yang diamanahkan.
            Jutaan terima kasih ingin saya ucapkan kepada Puan Hajah Noor Zila Binti Md Yusuf Sebagai pensyarah yang mengajar subjek Fonetik dan Fonologi, bantuan dan bimbingan beliau amat saya hargai. Kolaborasi yang berlaku banyak membantu saya dalam memperbaiki kelemahan yang ada dalam kerja kursus yang dibuat. Beliau juga banyak memberi idea dan panduan sepanjang proses saya menyiapkan kerja kursus ini. Sekali lagi ucapkan jutaan terima kasih kepada Puan Hajah Noor Zila Binti Md Yusuf kerana membantu dan membimbing saya tanpa berasa jemu dan bosan.
            Sepanjang proses menyiapkan tugasan ini, pelbagai cabaran dan pengalaman yang dihadapi. Berdasarkan pengalaman yang lepas, sebaik sahaja mendapat tajuk tugasan, saya dengan sedaya upaya cuba untuk mencari maklumat berkaitan tajuk tugasan. Tugasan kali ini mencabar kerana berkaitan dengan konsep fonetik dan fonologi serta mentranskripsikan petikan  teks.  Penggunaan simbol-simbol fonem ada kalanya mengelirukan saya. Oleh demikian, pencarian maklumat tambahan amat diperlukan untuk mengatasi masalah tersebut. Disebabkan kurang berpengalaman berkaitan penggunaan simbol-simbol fonem dalam transkripsi teks, saya kerap melakukan kesalahan mentranskripsikan teks petikan yang dipilih. Maklumat  tambahan berkaitan penggunaan fonem dicari untuk mengatasi masalah ini. Penambahbaikan terhadap pencarian maklumat seperti capaian dari laman sesawang dan maklumat dari pusat sumber yang berada luar dari kampus dilakukan. Semoga penambahbaikan ini dapat dilakukan untuk masa akan datang.
            Kolaborasi turut berlaku sepanjang melaksanakan kerja kursus ini. Walaupun kolaborasi bersama pensyarah berlaku, kolaborasi bersama rakan-rakan turut dilakukan untuk menyelesaikan masalah yang timbul. Kolaborasi bersama rakan-rakan turut membantu saya dalam menambah maklumat. Kami saling bertukar maklumat dalam usaha memudahkan pencarian maklumat. Disebabkan subjek fonetik dan fonologi mempunyai sumber rujukan yang yang luas, kerjasama dalam mencari dan menganalisis maklumat amat penting. Kerjasama ini mengajar saya untuk belajar bekerja dalam satu kumpulan.
            Pengurusan masa memainkan peranan yang penting dalam menyiapkan tugasan yang diberi. Saya berusaha sebaik mungkin dalam mengurus masa sepanjang menyiapkan kerja kursus ini kerana tanggungjawab dalam melaksanakan tugasan yang lain juga. Jadual pelaksanaan tugas membantu mendisiplinkan diri saya untuk bekerja mengikut tempoh masa yang ditetapkan. Walaupun kadang-kadang leka dengan kerja lain, tetapi kerja yang perlu dilaksanakan perlu dilakukan mengikut perancangan. Sebagai penambahbaikan, semoga saya dapat membaiki diri dalam menjadi seorang yang berdisiplin dalam menguruskan serta mengikut masa yang telah ditetapkan.
Tekanan kerja yang banyak kadang-kadang melemahkan semangat saya untuk menyiapkan tugasan ini. Rasa lemah dan malas menguasai diri apabila rasa letih menguasai diri. Itulah kelemahan yang sering dihadapi sepanjang menyiapkan tugasan kali ini. Mujurlah dengan bimbingan dan motivasi daripada pensyarah pembimbing, perkara ini sedikit sebanyak dapat diatasi. Demi menyiapkan tugasan yang penting untuk pengalaman yang bermakna, saya berusaha memotivasikan diri menggunakan kata-kata  nasihat dan tunjuk ajar yang diberikan oleh Puan Hajah Noor Zila Binti Md Yusuf untuk memotivasikan kami. Alhamdullilah, masalah ini dapat diatasi. Semoga saya sentiasa dapat memotivasikan diri pada masa akan datang tanpa rasa letih dan jemu lagi dengan cabaran yang menimpa.
Pengalaman dan cabaran dalam menyiapkan tugasan kerja kursus ini menjadikan saya lebih matang dalam melaksanakan sesuatu kerja. Kepentingan komunikasi dengan orang disekeliling kita amat penting dalam kehidupan kerana komunikasi ini membantu dalam memperbaiki kelemahan diri. Semoga kerja kursus yang berjaya disiapkan ini mendapat menjadi contoh dan permulaan kepada kejayaan yang lebih baik kepada diri saya. Kelemahan diri akan saya cuba perbaiki dengan adanya pelaksanaan penambahbaikan terhadap masalah yang ada. Segala keburukan adalah dari kelemahan diri ini dan segala kebaikan adalah daripada Allah S.W.T.




No comments:

Post a Comment