. Amoi Chantek Source: http://www.amronbadriza.com/2012/10/cara-membuat-anti-copy-paste-di-blog.html#ixzz2Q2hwp6eP

Wednesday 6 January 2016

1.0  PENGENALAN
Pendidikan pemulihan dan pengayaan amat penting dalam mengatasi masalah pembelajaran yang berlaku dalam kalangan murid. Pendidikan pemulihan dan pengayaan diwujudkan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mementingkan perkembangan potensi diri dalam individu. Potensi yang ada dalam diri dapat mewujudkan individu yang proaktif dan berkemampuan meneraju diri, masyarakat dan negara. Walaupun begitu, jika murid tidak dapat mengatasi masalah pembelajaran, pastinya sukar untuk memajukan diri.
            Oleh demikian, pendidikan pemulihan dan pengayaan diwujudkan untuk mengembalikan keyakinan diri dalam diri murid. Keyakinan yang dimantapkan akan menjadikan murid lebih yakin untuk belajar disamping mendidik mereka berusaha mengatasi masalah pembelajaran yang dihadapi. Tugasan untuk subjek BMM3106  banyak memberi maklumat serta pengalaman dalam mencari maklumat terhadap pendidikan pemulihan dan pengayaan yang merupakan faktor penting dalam mengatasi masalah pembelajaran dalam kalangan murid.

2.0  KONSEP PEMULIHAN
Menurut pandangan Blair (1956) dalam buku Pedagogi Bahasa Melayu yang dikaran Abd. Aziz Abd Talib,  pemulihan ialah program khas berbentuk tambahan bagi memenuhi keperluan kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran agar ketidakupayaan yang menghalangnya dapat diatasi. Aktiviti pemulihan tertumpu kepada penguasaan kemahiran. Menurut O.C Simpson (1975) pula, aktiviti pemulihan merupakan tindakan khas atau tindakan khusus yang diambil untuk mengatasi keperluan pendidikan murid yang mengalami kesulitan dalam pembelajaran.
            Tuan Jah Tuan Yusof (Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah, 2011) pula berpendapat pemulihan ialah satu tindakan yang diambil untuk mengatasi keperluan pendidikan murid yang mengalami kesusahan dari segi pembelajaran dalam darjah khas di sekolah biasa, di pusat khusus yang diasingkan daripada sekolah biasa dan dalam darjah untuk pengajaran pembelajaran biasa Ishak Harun dan Koh Boh Boon  (Literasi Bahasa Melayu, 2011:99) pemulihan ialah perkhidmatan khas untuk memenuhi keperluan kanak-kanak yang menghadapi pembelajaran di sekolah biasa.

2.1       OBJEKTIF PENDIDIKAN PEMULIHAN
Aktiviti yang dijalankan oleh guru dalam pengajaran adalah untuk mencapai sesuatu objektif yang dirancang. Salah satu objektif dalam pengajaran pemulihan ialah mengatasi masalah pembelajaran dalam kemahiran-kemahiran tertentu. Dalam sesebuah bilik darjah, pastinya terdapat sebahagian murid yang tidak menguasai kemahiran-kemahiran tertentu. Pengajaran pemulihan ini membantu murid dalam  mengatasi masalah tersebut. Sikap yakin diri dalam diri murid juga dapat ditingkatkan dengan adanya aktiviti pemulihan. Kelemahan diri dapat diperbaiki dengan adanya aktiviti pemulihan.
Selain itu, pengajaran pemulihan berupaya memperbaiki tingkah laku negatif yang ada dalam sikap seseorang murid. Tingkah laku negatif yang berlaku ini biasanya berpunca daripada sikap sambil lewa kerana gagal menguasai sesuatu kemahiran. Apabila kemahiran dapat dikuasai, maka pandangan negatif ini dapat diubah kepada sesuatu yang positif.
Kemahiran seseorang murid bergantung kepada keupayaan murid itu sendiri. Oleh itu, aktiviti pemulihan ini membantu murid menguasai kemahiran tertentu menggunakan cara ataupun kaedah yang lain dan lebih mudah difahami. Aktiviti pemulihan juga berupaya memperkembang mental murid yang lemah kerana aktiviti yang diajar mengikut keupayaan murid itu. Guru memainkan peranan dalam merangka aktiviti pemulihan yang menarik untuk memperkembang daya mental murid.

2.2       RASIONAL PENDIDIKAN PEMULIHAN
Pendidikan pemulihan diwujudkan berpandukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).  Dalam FPK telah dinyatakan salah satu prinsipnya ialah mengembangkan potensi individu. Oleh demikian, pendidikan pemulihan membantu dalam mengembangkan potensi yang ada dalam diri murid. Pengembangan potensi ini berlaku dalam diri murid secara bimbingan guru. Kepelbagaian tahap kognitif, afektif dan psikomotor dalam kalangan murid yang menwujudkan cabaran dalam pendidikan pemulihan. Guru menggunakan pendidikan pemulihan untuk membantu murid menguasai kemahiran-kemahiran yang diajar supaya potensi diri  dapat dikembangkan. Ada kalanya murid yang tidak menguasai kemahiran-kemahiran yang diajar akan merasa terpinggir dan rendah diri. Rasa tidak yakin dalam diri pastinya dikuasai kerana kekurangan diri. Perkara ini akan menghalang perkembangan potensi diri dalam diri murid. Oleh sebab itu, pendidikan pemulihan yang dijalankan oleh guru membantu mengatasi masalah ini. Guru menjadi pembimbing yang mengembalikan semula keyakinan dalam diri murid yang mempunyai masalah tidak yakin dengan diri.
            Pendidikan pemulihan turut membantu murid dalam tertinggal ataupun tercicir dalam pembelajaran. Pendidikan pemulihan membantu murid untuk menguasai ilmu yang diajar oleh guru. Perbezaan individu dari aspek kognitif, afektif dan psikomotor pastinya mewujudkan jurang dalam kalangan murid. Jika murid yang lebih cerdik diutamakan manakala murid yang kurang cerdik diabaikan, pastinya keputusan ujian dalam kalangan murid mempunyai jurang yang ketara. Guru perlu berusaha mengurangkan jurang ini dengan menggunakan pendidikan pemulihan sebagai alternatif untuk memperbaiki keupayaan murid. Pengaruh persekitaran, pengalaman, minat dan sebagainya mempengaruhi daya penguasaan murid dalam pembelajaran. Oleh demikian, pendidikan pemulihan ini digunakan untuk mengatasi daya penguasaan murid dalam pembelajaran walaupun berbeza faktor yang mempengaruhi pembelajaran.

2.3       KESIMPULAN
Pendidikan pemulihan banyak membantu murid dalam mengembangkan potensi diri. Walaupun seseorang murid itu tidak dapat menguasai kemahiran yang diajar dalam sesebuah pembelajaran, pendidikan pemulihan membantu murid tersebut dalam menguasainya.
            Kreativiti guru menjadi kunci kepada kejayaan pendidikan pemulihan ini. Disebabkan kaedah, teknik dan pendekatan biasa tidak berkesan kepada murid yang mengalami masalah pembelajaran, guru bertanggungjawab menggabungjalin kaedah, teknik dan pendekatan yang lain untuk memudahkan seseorang murid itu dapat menguasai kemahiran yang diajar.
Pendidikan pemulihan juga berupaya meningkatkan keyakinan murid supaya lebih yakin dengan diri. Keyakinan diri yang kurang apabila tidak menguasai sesuatu kemahiran pastinya menjadi faktor seseorang murid meras dirinya terpinggir. Jika ini berlarutan, potensi diri dalam murid akan terbantut. Pendidikan pemulihan inilah yang diwujudkan untuk membantu murid dengan bimbingan guru. Guru dapat memberikan fokus yang lebih dalam pendidikan pemulihan kerana sesi pendidikan pemulihan boleh  dilaksanakan selepas waktu pengajaran. Selain itu, guru juga dapat mengenal pasti dengan lebih terperinci masalah yang dihadapi murid. Dalam erti kata lain, guru dapat merancang pengajaran yang khusus untuk mengatasi masalah kemahiran yang dihadapi murid.

3.0  KONSEP PENDIDIKAN PENGAYAAN
Pengayaan merupakan aktiviti tambahan kepada aktiviti asas pembelajaran yang dilakukan sama ada semasa sesi persekolahan atau di luar waktu persekolahan. Tujuan aktiviti pengayaan ialah untuk mengukuhkan lagi pengetahuan sedia ada murid disamping meluaskan pengalaman yang ada pada murid. Kemahiran yang telah dikuasai oleh murid juga dapat dikukuhkan lagi dengan adanya aktiviti pengayaan. Pengetahuan dan kemahiran yang diperluaskan ini berupaya membentuk murid yang lebih berdaya kreatif, lebih yakin, berdaya saing dan sebagainya kerana sifat ingin tahu yang ada dalam diri murid telah diasah untuk digunakan dalam memajukan diri.
            Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat (2005: 693), pengayaan  ditakrifkan sebagai “perihal (usaha, proses, dsb) mengayakan, misalnya mengayakan atau meluaskan kosa kata”. Takrifan ini bermaksud aktiviti yang dilaksanakan membantu murid dalam memperoleh pengetahuan lebih dan memperluaskan sesuatu kemahiran.
            Mok Soon Sang pula dalam bukunya Pedagogi Untuk Pengajaran Dan Pembelajaran menjelaskan bahawa aktiviti pengayaan disediakan untuk semua murid di dalam kelas, sama ada di peringkat sekolah rendah, menengah, sama ada dalam kumpulan cerdas, sederhana, atau lambat. Aktiviti pengayaan yang dijalankan berupaya memperluas pengalaman dan pengetahuan yang berupaya menjurus kebolehan dan minat mereka dalam sesuatu bidang pelajaran tertentu.
            Justeru, aktiviti pengayaan berupaya memperluas pengetahuan dan pengalaman murid yang diajar. Selain itu, kemahiran yang diajar juga dapat diperkukuhkan. Tingkah laku positif ini membimbing murid untuk terus berusaha memajukan diri. Selain itu, murid-murid juga dapat mewujudkan persekitaran yang berdaya saing kerana aktiviti pengayaan ini membantu murid menimba pengetahuan yang lebih luas dalam sesebuah mata pelajaran.

3.1       OBJEKTIF PENGAYAAN
Sama seperti aktiviti pemulihan, pengajaran pengayaan kepada murid-murid juga mempunyai objektifnya sendiri. Objektif yang paling utama dalam pengajaran pengayaan  ialah memperluas pengetahuan dan pengalaman yang ada dalam diri murid. Aktiviti pengayaan yang dijalankan juga mampu mewujudkan pembelajaran yang lebih mencabar kerana aktiviti yang dirangka bertujuan memperluas pengetahuan murid. Pembelajaran yang mencabar ini membolehkan murid belajar untuk berdikari dalam mencari ilmu pengetahuan yang lebih meluas kerana pengajaran pengayaan ini dilakukan semasa ataupun selepas waktu pembelajaran dan pengajaran.
Pengayaan juga melatih murid dalam memupuk dan meminati ilmu pengetahuan. Ilmu pengetahuan yang diperoleh berdasarkan pelbagai rujukan ini memberi peluang kepada murid untuk menanam  minat membaca. Rujukan biasanya diperoleh dalam bentuk artikel ataupun rujukan bertulis. Oleh demikian, ilmu pengetahuan tersebut diperoleh dengan bacaan. Ilmu pengetahuan yang luas ini akan membuka minda murid. Masa lapang selepas sesi persekolahan juga dapat diisi dengan perkara yang bermanfaat kerana aktivit pengayaan ini boleh dilakukan selepas aktiviti persekolahan.

3.2       RASIONAL PENDIDIKAN PENGAYAAN
Sama seperti pendidikan pemulihan, pendidikan pengayaan wujud selaras dengan pembangunan potensi diri individu yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Pendidikan pengayaan diwujudkan untuk mengukuhkan pengetahuan sedia ada murid. Selain itu, pengayaan juga membantu murid dalam meluaskan pengalaman yang berguna untuk pembelajaran.
Pendidikan pengayaan biasanya melibatkan pengelasan murid mengikut tahap keupayaan pembelajaran murid. Murid dibahagikan kepada kumpulan cerdik, sederhana dan lambat. Tujuannya adalah untuk memudahkan guru merancang pengajaran yang lebih efisien supaya murid lebih mudah mengukuhkan pengetahuan sedia ada disamping meluaskan pengalaman.  Jika pembelajaran dijalankan tanpa mengambil berat tahap penerimaan murid, pastinya murid yang lemah akan tercicir. Oleh demikian, pembahagian kumpulan ini akan membantu guru dalam menjalankan pendidikan pengayaan yang sesuai dengan tahap keupayaan murid.
Selain itu, pendidikan pengayaan juga memberi peluang kepada murid untuk menikmati pelbagai pengalaman baharu. Secara tidak lansung, pengalaman baharu ini akan  menimbulkan minat mereka dalam proses pembelajaran.




3.3       PRINSIP PROGRAM PENGAYAAN
Aktiviti pengayaan memberi penekanan kepada aktiviti yang bersifat kreatif dan eksperimental. Penekanan dalam sifat kreatif dan eksperimental dalam aktiviti pengayaan melatih berupaya melatih daya kognitif murid untuk lebih aktif. Aktiviti pengayaan juga bertujuan melatih murid untuk melakukan sesuatu kerja dengan daya usaha sendiri. Aktiviti yang dirangka untuk murid selepas ataupun semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dilakukan untuk memperbaiki dan menambahbaik kemahiran yang ada dalam diri murid untuk kemajuan diri.
Aktiviti yang dilaksanakan untuk kemajuan diri ini juga dapat memupuk sifat kepimpinan dalam diri murid. Keyakinan diri dalam mencari maklumat tambahan serta memperkukuh kemahiran yang dikuasai menjadikan murid lebih yakin terhadap diri sendiri. Ditambah dengan bimbingan guru sebagai pendidik, seseorang murid dapat dilatih menjadi pemimpin dalam sesuatu organisasi berkumpulan kerana keyakinan diri untuk memimpin telah dibentuk.

3.4       CARA-CARA MENGESAN MURID-MURID YANG BERMASALAH DALAM PEMBELAJARAN
Masalah pembelajaran dalam kalangan murid memang sukar untuk dikenalpasti jika tidak dikesan. Bilangan murid yang ramai pastinya menyukarkan lagi masalah mengesan murid yang mempunyai masalah pembelajaran ini. Guru boleh mengesan masalah pembelajaran yang ada dalam kalangan murid dengan menggunakan kaedah:

3.4.1   PEMERHATIAN
Teknik pemerhatian sering digunakan dalam mengenalpasti penguasaan murid dalam kemahiran seperti dalam faktor kognitif, afektif dan psikomotor. Selain itu, aktiviti pemerhatian juga dilakukan terhadap tingkah laku murid.  Pemerhatian yang dilakukan adalah berdasarkan respon dan tingkah laku murid semasa di dalam  sesi pengajaran dan pembelajaran mahupun di luar bilik darjah.
            Melalui pemerhatian, guru berupaya mengesan perubahan yang mungkin berlaku dalam diri murid terutamanya dari aspek  aspek emosi, perubahan tingkah laku daya kognitif, dan sebagainya.

3.4.2   PENTAFSIRAN REKOD PRESTASI
Rekod prestasi merupakan rekod yang  mempunyai maklumat pencapaian murid merangkumi pencapaian akademik murid dan peningkatan prestasi murid dalam pelbagai penguasaan dalam mata pelajaran tertentu.  Guru dapat menilai murid dengan bantuan rekod prestasi ini dan merangka pengajaran yang dilakukan. Perubahan dapat dilihat dalam jangka panjang dan pendek bergantung kepada pengajaran yang dirancang.
            Rekod prestasi juga mempengaruhi ibu bapa. Rekod prestasi ini membantu ibu bapa dalam mendapatkan prestasi akademik anak-anak mereka. Maklumat yang diperoleh dari rekod prestasi pastinya membantu ibu bapa dalam mengenal pasti kelemahan anak-anak. Bimbingan di rumah pasti dapat dilakukan dan ibu bapa pastinya akan lebih mengambil berat terhadap perkembangan anak-anak mereka.

3.4.3   REKOD PROFIL
Rekod profil ialah rekod  pencapaian murid-murid dalam semua mata pelajaran yang dipelajari murid. Pencapaian murid dalam rekod profil ini direkod dalam bentuk markah dan gred. Prestasi murid pada setiap penghujung semester direkod untuk tujuan pemerhatian. Rekod ini menggunakan ujian sumatif untuk mendapatkan rekod.

3.4.4   UJIAN KERTAS DAN PENSIL
Ujian kertas dan pensel biasanya dalam bentuk ujian objektif dan ujian subjektif. Ini bermakna dalam sesuatu ujian, soalan-soalan itu memerlukan murid membaca, meneliti, mengkaji dan menulis jawapan. Secara tidak lansung, ujian seperti ini menguji kemahiran berbahasa murid yang meliputi pelbagai kemahiran. Kelemahan murid dalam kemahiran tertentu dapat dikesan dalam ujian kertas dan pensil.

3.4.5   UJIAN DAN LATIHAN HARIAN
Teknik ujian dan latihan harian paling kerap digunakan guru dalam mengesan masalah pembelajaran dalam kalangan murid. Guru boleh mendapatan penguasaan murid dalam pengajaran yang diajar melalui pemeriksaan dan keputusan ujian murid atau latihan harian bertulis. Keputusan ujian dan latihan tersebut memberi gambaran awal kepada guru terhadap ujian sumatif yang bakal dihadapi oleh murid pada pertengahan ataupun hujung semester. Guru dapat merangka pengajaran yang lebih terperinci untuk membaiki keputusan murid.

3.4.6   SOAL JAWAB ATAU KUIZ
Soal jawab atau kuiz membantu guru mengesan kelemahan penguasaan kemahiran membaca atau mengira dapat dikesan dengan serta-merta. Soal jawab atau kuiz ini tidak tertumpu kepada kemahiran menulis kerana soal jawab dan kuiz lebih berfokus kepada jawapan spontan murid. Aktiviti penilaian formatif ini biasanya dilakukan guru semasa guru menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Guru dapat memberi bimbingan secara terus jika murid melakukan kesilapan.

3.5       KESIMPULAN
Pendidikan pengayaan melatih murid menggunakan kemahiran yang sedia ada untuk memperluas pengetahuan dan pengalaman mereka. Ini membantu murid untuk mengisi masa lapang selepas sesi persekolahan. Kemahiran yang dipelajari digunakan sebaiknya dengan mencari pelbagai maklumat tambahan untuk pengetahuan diri.
            Pendidikan pengayaan adalah aktiviti yang dilaksanakan sama ada semasa ataupun selepas sesi pengajaran dan pembelajaran. Menggunakan kemahiran yang telah dikuasai dalam pembelajaran bagi memperluaskan lagi pengetahuan dan pengalaman mereka adalah objektif pendidikan pengayaan. Kemahiran yang dipelajari digunakan untuk menimba pengalaman baharu murid. Pengalaman dan pengetahuan yang baharu pastinya mewujudkan rasa seronok dalam menimba ilmu.
            Pendidikan pengayaan juga membantu dalam menyemai usaha berdikari murid. Disebabkan pemerolehan ilmu pengukuhan dalam pengayaan dilakukan dengan usaha sendiri, murid belajar untuk menimba ilmu tanpa dipengaruhi bantuan orang lain. Guru hanya membimbing dan bukannya memberi bantuan secara terus kepada murid dalam pendidikan pengayaan.
            Pendidikan pengayaan yang dilaksanakan oleh guru berupaya mengembangkan lagi potensi yang ada dalam diri murid. Ini kerana murid belajar dengan usaha sendiri dengan membimbang guru. Murid akan lebih memahami apa yang dipelajari dengan usaha sendiri da dengan sedikit bimbingan daripada guru, pastinya potensi dalam diri murid dapat dikembangkan.

4.0       RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) UNTUK PENDIDIKAN PENGAYAAN DAN PENDIDIKAN PEMULIHAN
4.1       Rancangan Pengajaran Harian (Pengayaan)              
Kelas             : Tahun 4 Cemerlang
Jumlah          : 30 orang
Tajuk             : Simpulan Bahasa
Objektif         : Pada akhir pembelajaran, murid dapat:
a)  Mengetahui dan mengenali simpulan bahasa
b)  Mengetahui maksud simpulan bahasa yang diajar
Pengalaman sedia ada:  
a)    Murid pandai membaca secara senyap
b)    Murid mendengar secara aktif
Bahan Bantu Mengajar    :
a)            Klip video pidato yang bertajuk “Jagalah Kesihatan Kita”
b)            Teks pidato
c)            Lembaran kerja (teka silang kata)

Masa/Langkah
Aktiviti
Catatan


Set Induksi
4 minit
·         Guru menunjukkan gaya dan bertutur dengan intonasi orang berpidato dihadapan murid.
·         Guru meminta murid untuk menyatakan apakah kemahiran lisan yang dilakukannya sebentar tadi.
·         Guru memberi tahu murid kemahiran lisan yang dilakukan dan memberi tahu tajuk pembelajaran iaitu simpulan bahasa.







Langkah 1
7 minit
·         Murid dibahagikan kepada kumpulan mengikut kemampuan iaitu cerdik, sederhana dan lemah.
·         Video pidato yang bertajuk “Jagalah Jantung Kita” dipertontonkan oleh guru kepada murid dan guru meminta murid untuk mendengar kandungan teks pidato yang dihujah.
·         Setelah tamat video pidato tersebut, murid diagihkan teks pidato yang dipertontonkan tadi.
·         Murid diminta mengenal pasti simpulan bahasa yang ada dalam pidato yang ditonton.
·         Murid juga diminta membaca secara senyap teks tersebut seiring dengan video yang dimainkan sekali lagi.
·         Video pidato dimainkan buat kali kedua




BBM:
Ø Video pidato
Ø Teks pidao


Langkah 2
7 minit

·         Setelah tamat tontonan video buat kali kedua, murid diberi lembaran kerja.
·         Dalam lembaran kerja tersebut ialah permainan bahasa iaitu isi tempat kosong berdasarkan teks pidato yang ditonton.
·         Murid diminta mencari simpulan bahasa yang dikehendaki pada permainan teka silang kata berdasarkan pembayang yang diberi iaitu maksud simpulan bahasa yang dicari ke dalam kotak kosong

BBM
Ø Lembaran kerja
Ø Permainan bahasa (Isi tempat kosong



Langkah 3
6 minit

·         Guru memberi jawapan terhadap permainan bahasa isi tempat kosong.
·         Guru menerangkan maksud secara lebih mendalam perkataan yang terdapat pada permainan isi tempat kosong.



BBM
Ø Permainan bahasa (isi tempat kosong)



Kesimpulan
5 minit

·         Guru membimbing murid dalam membuat rumusan terhadap apa yang dipelajari.
·         Guru menerapkan nilai-nilai murni ke dalam rumusan yang dibuat oleh murid apabila merumuskan sesi pembelajaran.



4.2       Rancangan Pengajaran Harian (Pemulihan)
Kelas             : Tahun 3 Didik
Jumlah          : 15 orang
Tajuk             : Kata Majmuk
Objektif         : Pada akhir pembelajaran, murid dapat:
a)    Mengetahui dan memahami maksud kata majmuk
b)    Mengeja dengan lancar
Pengalaman sedia ada:  
a)    Murid mengenal abjad
b)    Murid mengeja mengikut suku kata
Bahan Bantu Mengajar    :
a)    Kad perkataan
b)    Gambar objek berkaitan kata majmuk

Masa/Langkah
Aktiviti
Catatan

Set Induksi
5 minit
·         Guru menunjukkan gambar yang berkaitan dengan gambar objek yang berkaitan dengan kata majmuk menggunakan slide yang dipaparkan menggunakan LCD.
·         Guru menanyakan soalan kepada murid tentang apa yang dilihat pada gambar yang dipaparkan.
·         Guru menerangkan maksud gambar dan menerangkan tajuk pembelajaran ialah kata majmuk.
BBM
·         Slide
·         LCD




Langkah 1
10 minit

·         Guru menunjukkan kad perkataan yang mengandungi gambar berkaitan kata majmuk.
·         Kad perkataan yang ditunjukkan mengandungi perkataan yang telah dibatangkan suku kata.
·         Guru membimbing murid untuk mengeja secara beramai-ramai.
·         Guru meminta murid mengeja beramai-ramai tanpa bimbingan guru.
·         Guru memilih murid untuk mengeja kata majmuk berdasarkan kad perkataan yang ditunjukkan oleh guru secara individu.




BBM
Ø Kad perkataan



Langkah 2
10 minit

·         Murid dibahagikan kepada tiga kumpulan.
·         Guru mengagihkan kad perkataan yang menpunyai kata majmuk, berbeza daripada yang dieja sebelum ini.
·         Dalam kumpulan, murid diminta mengeja kata majmuk dalam kad perkataan yang dibatangkan suku kata bersama ahli kumpulan yang diagihkan.
·         Ejaan dibuat secara bersuara dan jelas.
·         Guru membimbing kumpulan yang mengeja secara bergilir-gilir.
·         Selepas ejaan dibuat secara kumpulan, guru memilih murid dalam setiap kumpulan untuk mengeja secara individu.
·         Ejaan yang dibuat secara bersuara dan jelas.
·         Bimbingan daripada guru dibuat sehingga semua murid berjaya mengeja berdasarkan kad perkataan yang telah dibatangkan suku kata.


BBM
Ø Kad Perkataan



Kesimpulan
5 minit

·         Guru membimbing murid dalam membuat rumusan terhadap apa yang dipelajari.
·         Guru menerapkan nilai-nilai murni ke dalam rumusan yang dibuat oleh murid apabila merumuskan sesi pembelajaran






No comments:

Post a Comment