1.0 Pengenalan
Menurut Atan Long (1982) bahan-bahan pengajaran
dan alat bantu mengajar ada berbagai-bagai. Bahan-bahan itu mungkin dalam
bentuk buku, carta atau slaid yang dipancarkan pada layar. Alat-alat yang
menyokong penyampaian pembelajaran diberi nama‘Alat Bantu Mengajar’.
Dalam program Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang baru dilaksanakan, pembelajaran Pengajian Sosial yang berkesan dikaitkan dengan penggunaan alat dan bahan yang sesuai, terutamanya yang boleh dilihat, didengar, dirasa, dihidu dan disentuh oleh murid. Mereka boleh mengalami sendiri apa yang disampaikan oleh guru. Ini membuatkan mereka lebih memahami isi pelajaran dan apa yang difahami itu pula akan lebih kekal dalam stor ingatan mereka.
Kesemua sumber, jika digunakan dalam situasi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai akan bertindak sebagai rangsangan untuk mewujudkan situasi pembelajaran yang lebih bermakna (Romiszowski,A.J. 1964). Dengan cara ini, murid akan dapat belajar dalam situasi yang berkesan.
Penggunaan sumber penting dalam pengajaran dan pembelajaran Pengajian Sosial. Hal ini kerana sumber boleh membantu guru menjelaskan isi pelajaran kepada murid dan membantu murid memahami apa yang diajar oleh guru. Sumber pengajaran dan pembelajaran bertindak sebagai media komunikasi, rangsangan, penjelas makna, penggerak pelbagai deria, sumber pengalaman, unsur yang mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran serta pendorong kepada pengajaran terancang.
Sumber pengajaran dan pembelajaran (SPP) adalah faktor terpenting dalam menentukan kejayaan program pembelajaran, menimbulkan rangsangan keinginan pelajar-pelajar untuk mengetahui sesuatu dan untuk menjadikan pembelajaran baik dan lebih menarik. Oleh yang demikian, SPP amat penting untuk membantu guru menyampaikan ilmu dan murid menerima ilmu secara berkesan.
Menurut Noraziah Abdul Hamid (1981), bertajuk “Alatan Mengajar Dalam Pengajaran Bahasa, ‘alat bantu‘ itu mestilah dianggap sebagai satu bahagian yang padu dalam proses tersebut. Ia bertujuan untuk menambah kelancaran perhubungan antara guru dan murid dan sebaliknya, murid sesama murid serta membantu atau mempercepatkan proses pemahaman mereka. Pendapat ini disokong oleh Edgar Dale (1964) yang digambarkan dalam bentuk “cone of experience” di mana proses pembelajaran bermula dengan proses aspek semi-abstrak hingga kepada yang lebih abstrak.
Penggunaan model sebagai sumber pengajaran dan pembelajaran menepati teori yang dikemukakan oleh Bandura. Hal ini kerana, Bandura menyatakan bahawa proses pembelajaran meliputi pemerhatian, pemikiran, peringatan, peniruan dengan tingkah laku atau gerak balas yang sesuai dan diakhiri dengan peneguhan positif.
Model seperti bahan tiga dimensi yang baik seperti kraftangan, replika bangunan boleh ditunjukkan kepada murid-murid sebagai contoh dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan pengetahuan murid-murid melalui pemerhatian dan pemikiran.
Oleh yang demikian, penggunaan SPP dalam sesi pengajaran dan pembelajaran amat penting untuk meneguhkan pemahaman dan ingatan murid terhadap sesuatu isi pelajaran yang berkesan. Secara tidak langsung, murid akan dapat menerima ilu tersebut dengan lebih berkesan.
2.0 Bahan Bercetak
Bahan bercetak merupakan bahan-bahan maklumat
yang dicetak di atas kertas. Ia berbentuk buku teks, buku kerja,buku rujukan,
majalah, risalah, surat khabar, nota-nota, prosiding seminar, surat-surat
berita, laporan tahunan dan sebagainya. Tujuan bahan-bahan ini dicetak adalah
untuk:
i. Memberikan
panduan.
ii. Menyampaikan
maklumat.
iii.
Mempertingkatkan
tumpuan atau fokus perhatian pada bidang
yang dicetak.
Ciri
penting pada bahan bercetak ialah ianya mestilah dihasilkan melalui cetakan dan
bukan hasil daripada tulisan tangan mana-mana individu. Bahan bercetak boleh
didefinisikan sebagai bahan yang mempunyai tulisan dan wujud secara fizikal.
Bahan ini boleh disentuh dan boleh dibaca secara terus. Bahan bercetak meliputi
buku, majalah, jurnal, ensiklopedia, surat khabar, kad katalog, kamus, buku
teks dan sebagainya yang dihasilkan secara bercetak.
Walaupun
bahan bercetak sukar dikemaskini dalam masa yang singkat dan penyediaan bahan
pengajaran dan pembelajaran mengambil masa yang lama, namun ianya sangat
berkesan. Bahan bercetak seperti ini banyak di pusat sumber atau disimpan di
perpustakaan ataupun di arkib. Semuanya dihasilkan oleh penulis-penulis atau
pereka-pereka yang mahir dan terkenal di bidang masing-masing. Sumber
pengajaran dan pembelajaran ini telah digunakan secara meluas oleh guru-guru di
sekolah sejak beberapa lama kerana kelebihan yang terdapat pada bahan ini.
Bahan ini murah dan senang didapati di mana-mana. Selain itu ia adalah bahan
yang kekal dan mudah dirujuk pada bila-bila masa.
3.0 Fungsi
Bahan Bercetak
Secara umumnya bahan
bercetak boleh diklasifikasikan kepada empat fungsi sebagaimana yang dinyatakan
seperti berikut:
a.
Alat bantu mengajar
b.
Bahan untuk latihan
c.
Bahan maklumat
d.
Bahan untuk peningkatan ilmu
Rajah 2: Contoh
Bahan Bercetak
3.1 Bahan Bercetak Sebagai Alat Bantu
Mengajar
Bahan bercetak yang berperanan sebagai alat
bantu belajar merupakan bahan-bahan yang mempunyai instruksi atau panduan
sumber belajar. Lazimnya instruksi yang terdapat dalam bahan bantu mengajar itu
dibentuk tahap demi tahap atau langkah demi langkah untuk memudahkan murid
mengguna dan memahamkan pelajaran
dengan
mudah. Ia berbentuk ’guide sheet’, ’jobs aids’ dan sebagai satu gambar
bersiri.
Maklumat dalam ”guide sheet” akan
menampilkan kata-kata atau arahan secara keseluruhan sedangkan ”jobs aids”
selain dari kata-kata atau arahan tadi terdapat juga beberapa ilustrasi atau
gambar bersama-sama arahan tadi, manakala ”picture series” merupakan
maklumat yang disampaikan dalam gambar bersiri.
3.2 Bahan Bercetak
Sebagai Bahan Untuk Latihan
Bahan yang berperanan sebagai bahan untuk
latihan lazimnya ia berbentuk intruksi. Di sini pembaca akan disugukkan dengan
pelbagai maklumat atau petunjuk yang berkaitan dengan pelajaran yang diajar.
Bahan untuk latihan ini adalah berbentuk ”manual” , ”handout” dan
ada yang berbentuk Panduan Pembelajaran(study guides).
3.3 Manual
Manual
adalah petunjuk yang praktikal bagi sesuatu kerja yang perlu dilaksanakan.
Biasanya pelatih-pelatih akan menggunakan manual ini untuk melaksanakan sesuatu
kerja atau projek mengikut langkah-langkah yang instruktornya telah rancang dan
catatkan di manual yang diedarkan itu.
Rajah 3: Contoh handout
Nota atau catatan yang dibuat oleh guru atau tenaga
pengajar yang diedarkan kepada murid. Lazimnya catatan itu berkaitan dengan isi
pelajaran. Maklumat yang terdapat dalam bahan edaran itu antara lainya adalah
jadual pelajaran, sinopsis pelajaran dan objektif yang ingin dicapai,
tugas-tugas yang perlu disempurnakan, sumber-sumber bahan untuk rujukan.
3.4 Panduan
Pembelajaran (Study Guides)
Secara
kasarnya ” study guides” ini mempunyai ciri seakan-akan serupa dengan ”handout”
dari aspek penggunaannya. Kedua-dua bahan ini bertujuan untuk murid dan
poeserta membuat latihan. Perbezaan yang nyata terhadap ”handout” dengan
”study guides” adalah dari aspek penjelasan isi bagi sesuatu topik
pengajaran. Pada ”handout” penjelasan yang dapat kita lihat adalah
ringkas terhadap sesuatu topik manakala ”study guides” maklumat yang
diterangkan itu didapati terperinci
3.5 Bahan Bercetak
Sebagai Bahan Maklumat
Bahan bercetak berperanan sebagai
bahan maklumat foreka dengan tujuan untuk memberi mahlumat dan mitibasi. Ia
dapat menarik perhatian seseorang dengan menampilkan sesuatu yang dimiliki oleh
sesebuah organisasi; Lazimnya, ia berbentuk risalah (brochure) surat
khabar, laporan tahunan dan sebagainya.
3.6 Bahan Bercetak
Sebagai bahan Peningkatan Ilmu
Bahan bercetak berbentuk buku boleh
berperanan sebagai alat yang dapat meningkatkan ilmu seseorang dengan lebih
mendalam. Jenis bahan berbentuk buku dan bukan buku ini boleh diklasifikasikan
pada bahan rujukan, fiksyen dan bukan fiksyen yang Dewey klasifikasikan kepada
10 kod yang bermula dari kod 000 hingga ke kod 999 dan Library Congress
menggunakan notasi bercampur.
4.0 Kebaikan Bahan Bercetak
Bahan
bercetak sebagaimana yang tersenarai di atas jika dibandingkan dengan media
lain, ia mempunyai beberapa kebaikan seperti berikut:
i. Bentuk
bahan bercetak didapati mudah dibawa dan mudah juga digunakan di mana sahaja.
ii. bahan
bercetak didapati lebih ekonomi, mudah disebar, mudah dipindah-pindahkan dari
seorang pengguna kepada pengguna yang lain.
iii. Pembaca
boleh mengambil masa yang lama untuk mencerna isi maklumat yang terkandung di
dalamnya dan boleh diulang-ulang mengikut keperluan pengguna.
iv. Bahan
bercetak mampu menyimpan maklumat yang konsisten dan tepat dan dapat
menghasilkan kesamaan pengertian maklumat untuk hari ini dan juga untuk sedekad
yang akan datang.
v. Bahan
bercetak digunakan begitu meluas kerana terdapat beberapa ciri yang positif
seperti berikut:
a. Digunakan
begitu meluas.
b. Mudah
disedia dan diterbitkan.
c. Digunakan
sebagai alat pengajaran utama.
d. Tidak
menggunakan alat lain semasa menggunakannya.
e. Mudah
dikemas kini.
f. Murid
dapat mengawal masa, tempat dan tempoh pembelajaran mereka.
g.
Bahan bercetak mempunyai latihan di akhir
modulnya, mempunyai pengajaran yang sudah dirancang dengan penerangannya
dilengkapkan dengan gambar, carta, jadual dan gambar-gambar kartun.
4.1 Kelemahan Bahan Bercetak
Bahan
bercetak apabila dibandingkan dengan media lain seperti audio, video terdapat
beberapa kelemahan seperti berikut:
i. Bahan
bercetak tidak dapat menampilkan gambar bergerak dan bersuara yang dapat
memberikan pengalaman murid bersifat konkrit.
ii. Keberkesanan
bahan bercetak banyak bergantung pada kebolehan individu menguasai bacaan. Jika
kebolehan membaca lemah maka pembaca akan menghadapi masalah untuk memahami isi
maklumat.
iii. Maklum
balas tidak dapat disampaikan serta merta kecuali menggunakan kemudahan telefon
atau internet.
Aspek
|
Kekuatan
|
Kekurangan
|
Masa
|
• Murid-murid
boleh menggunakannya mengikut kadar kecepatan mereka sendiri.
• Bahan-bahan
tercetak boleh dibaca dengan cepat.
• Maklumat
penting boleh dipelajari tanpa mengikut sesuatu masa pengajaran.
|
·
Penggunaan bahan-bahan bercetak memerlukan kebolehan
murid membaca.
·
Bahan bercetak tidak tahan lama kerana bahan bercetak
adalah bahan yang mudah kelihatan buruk apabila sudah terlalu lama dan ada
kemungkinan menjadi reput.
|
Perancangan
|
• Pendapat-pendapat
yang berbeza serta aspek-aspek berlainan boleh dikaji pada satu masa yang
sama dan boleh diulangkaji kembali atau dirujuk oleh murid beberapa kali jika
perlu.
• Buku
kerja boleh diterbitkan bersama dengan buku teks atau siri kuliah untuk
membolehkan murid belajar dengan lebih berkesan dan maklumat dari teks atau
siri kuliah boleh dimasukkan ke dalam buku kerja tersebut.
• Bahan
bercetak beri lebih banyak peluang
kepada murid untuk mengambil peranan dan bahagian yang aktif.
|
|
Faktor
Fizikal
|
• Tidak
memerlukan alat yang kompleks dan mahal untuk menyampaikan maklumat.
• Tidak
memerlukan bekalan kuasa elektrik atau sumber cahaya semasa menggunakannya.
• Bahan
bercetak adalah bahan mudah alih mengikut keadaan atau keperluan tajuk atau subjek yang berkenaan
|
· Bahan bercetak
tidak akan dapat menarik perhatian
murid jika digunakan oleh guru terlalu kerap kerana bahan bercetak selalunya
berwarna hitam putih
|
Kos
|
• Pencetakan
bahan yang banyak akan mengurangkan kos jika dibandingkan dengan bahan
pandang-dengar yang lain.
• Bahan-bahan
bercetak, cetakan tempatan atau cetakan sendiri berharga murah dan boleh
disediakan dengan cepat.
|
|
5.0 Cadangan
Mengatasi
Bahan
cetak mengandungi buku, majalah, jurnal, surat khabar dan risalah. Di
sekolah-sekolah kini, bahan-bahan pengajaran yang lazim digunakan oleh guru
adalah diambil daripada bahan-bahan yang terdapat daripada buku-buku teks,
bahan-bahan tambahan dari jabatan-jabatan tertentu dalam Kementerian Pendidikan
Negeri, Daerah dan lain-lain. Walau bagaimanapun, selain daripada bahan-bahan
binaan sendiri, bahan-bahan pengajaran yang sering dan paling utama digunakan
oleh guru- guru ialah bahan-bahan daripada buku teks.
Penggunaan
buku teks telah menjadi amalan biasa dan tradisi bagi sesetengah guru.
Kebanyakan mereka menganggap jumlah buku-buku teks yang ada dan boleh digunakan
di sekolah terlau banyak sehingga mereka tidak perlu mencari bahan-bahan
daripada sumber-sumber lain. buku-buku teks dalam andaian lain sudah lebih dari
mencukupi. Anggapan seperti ini sebenarnya memanglah kurang wajar kerana
seperti yang kita semua sedari, buku-buku teks itu sendiri mempunyai
kelemahan-kelemahannya yang tersendiri. Perbuatan terlalu bergantung kepada
teks kadangkala boleh menjejaskan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
Sebenarnya
kedudukan teks, kebiasaan dan kecenderungan menggunakan teks bahasa dalam
pendidikan, pengajaran dan pembelajaran seperti itu bukanlah satu cara yang
baik untuk diamalkan dan dikekalkan. Penggunaannya melalui cara yang lebih luas
dan kepelbagaian kegiatan amat diperlukan. Dengan itu, pengajaran bahasa akan
memberi kesan yang lebih baik, menarik hati pelajar dan dapat mengurangkan
masalah yang timbul.
Pemilihan
bahan buku amatlah penting dengan kesesuaian pembaca. Buku yang mengandungi
saiz font yang besar dengan ilustrasi berwarna amat menarik para pembaca di
peringkat permulaan bacaan. Di samping itu jumlah muka surat yang sedikit juga
akan memberi kepuasan dan secara langsung memberi menggalakkan untuk membaca
lebih banyak lagi.
Apabila
penguasaan bacaan meningkat, maka saiz font dicetak lebih kecil dan jumlah
perkataan dalam sesuatu muka surat akan bertambah di samping ilustrasi juga
dikurangkan. Sebagai guru kita perlu memahami cara pemilihan bahan buku yang
sesuai dengan usia kanak-kanak dan tahap penguasaan bacaan kanak-kanak.
6.0 Rumusan
Sumber
pengajaran ialah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru atau murid untuk
membantunya dalam menyampaikan pengajaran di dalam kelas. Peralatan mengajar
bukan terhad kepada buku-buku teks, papan hitam, kapur dan gambar-gambar
sahaja, tetapi ia merangkumi segala benda yang digunakan dalam pengajaran yang
melibatkan semua pancaindera melihat, mendengar, rasa, hidu dan sebagainya,
merangkumi apa sahaja yang dapat dialami oleh murid-murid.
Penggunaan
sumber dalam pengajaran dan pembelajaran mewujudkan sikap yakin kepada diri
sendiri seseorang murid itu dan melatih kemahiran belajar sepanjang hayat. Ia
bukan sahaja membantu murid-murid yang
lembab dalam pembelajaran malah
membolehkan murid-murid menjadi proaktif dan membina pengetahuan mengikut pilihan, kadar dan
kehendak sendiri. Hasil kajian menunjukkan bahawa pembelajaran yang berkesan boleh
tercapai sekiranya murid-murid terlibat aktif dalam pembelajaran. Murid-murid
perlu melihat, mendengar dan melakukan sesuatu aktiviti. Sebagai guru, kita
haruslah tahu memilih, mengurus dan
menggunakan sumber secara bijak selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara serta tidak
bercanggah dengan nilai masyarakat.
7.0 Rujukan
Panel
Penulis Pusat Perkembangan Kurikulum (2004) Buku Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan Tahun 4 Sekolah Kebangsaan, Dawama Sdn.Bhd.

Kewarganegaraan Tahun 4 Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, Multi Educational Book
Enterprise Sdn.Bhd.
Mok
Soon Sang, (2008), Psikologi Pendidikan dan Pedagogi, Penerbitan Multimedia
Sdn.Bhd.
Mazlan Ismail M.A (UKM), B.A. Hons (2010), Pendidikan
sivik dan Kewarganegaraan Tahun 4, Marshall Cavendish Education, Sentosa
Sdn.Bhd.
Azman Larut, (2005), Panduan Mengurus Pusat SUmber
Sekolah, PTS Professional, Publishing Sdn. Bhd.
CARIAN INTERNET
http://news.mylaunchpad.com.my/Home/EditorsCorner/BM/Article?Key=34a78a8c- 6591-4be9-872f-acad9737199
http://www.google.com.my/#hl=en&xhr=t&q=bahan+bantu+mengajar+bahasa+m
elayu&cp=0&pq=filetype%3Adoc%22bahan%20bantu%20mengajar
%22&pf=p&sclient=psy&source=hp&aq=0&aqi=&aql=&oq=
%22bahan+bantu+mengajar%22&pbx=1&fp=1&bs=1&cad=b

No comments:
Post a Comment