KELEBIHAN DAN
KEKURANGAN BAHAN BERCETAK
Penggunaan
bahan bercetak sebagai sumber pengajaran dan pembelajarandalam Pengajian Sosial
telah diperkenalkan oleh Robert M Gagne. Bahan bercetakdiklasifikasikan kepada
dua jenis iaiatu bahan bergambar dan bahan tidak bergambar.Contoh bahan
bergambar ialah suar khabat, brosur, poster dan gambar manakalacontoh bahan
tidak bergambar ialah seperti graf. Penggunaan bahan bercetakdikenalpasti
mempunyai kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri. Antara kelebihan bahan
bercetak ialah bahan tersebut mudah didapati. Sebagaicontoh, guru boleh
menggunakan bahan-bahan terpakai yang tidak digunakan lagiseperti majalah,
surat khabar serta buku-buku lama yang sudah tidak diguna pakai.Melalui
penggunaan bahan-bahan terpakai, sebenarnya guru boleh menerapkan nilai berjimat
sepanjang aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P). Hal ini kerana
duniakini memperlihatkan kepincangan kekurangan sumber mentah seperti kepupusan
kayubalak bagi penghasilan buku.Seterusnya, bahan bercetak juga senang dibawa
kerana bahan jenis ini yangringan dan mudah disisipkan ke dalam fail. Bahan
bercetak juga tidak memerlukan kospenyediaan serta perbelanjaan yang tinggi
Guru boleh mendapatkan bahan daripadasurat khabar yang dilanggani pada setiap
hari atau ketika pameran di sekolah.Meskipun kadang-kala kita memandang isu
perbelanjaan sebagai suatu senario yangremeh temeh, tetapi sebenarnya setiap
guru perlu bijak menguruskan perbelanjaanpenyediaan bahan bantu mengajar ke
arah yang paling minimum.Selain itu, penggunaan bahan bercetak tidak memerlukan
seseorang guru untukberkemahiran dalam menggunakannya. Tidak seperti bahan
bantu mengajar yang lainseperti bahan multimedia interaktif yang memerlukan
kecekapan seorang guru dalampenghasilan bahan tersebut. Guru hanya perlu bijak
dalam mempelbagaikan kaedahdan strategi pengajaran dan pembelajaran (P&P)
dengan hanya menggunakan satubahan bercetak sahaja seperti peta. Peta daerah
boleh digunakan dalam mengajar taburan penduduk, bentuk muka bumi dan penghasilan
karangan berpandu.
Bahan bercetak juga mudah untuk dijaga dan
tahan lama. Paling utama ialahguru itu sendiri hendaklah mahir dalam memastikan
kaedah penyimpanan bahanbercetak itu berkesan. Sebagai contoh sekiranya guru
menggunaakan poster, guruperlu menggulung poster tersebut dan menyimpannya di
tempat yang elok. Guru tidakseharusnya melipat dan menghempap poster dengan
sebarang objek berat.Penggunaan bahan bergambar seperti buku membantu murid
meluaskanpengetahuan dan pemahaman. Rangasangan luaran seperti gambar mampu
membinaset-set di dalam stor ingatan seseorang individu sama ada berbentuk
ingatan jangkapendek atau jangka panjang. Bahan tidak bergambar seperti pula
mendedahkan muriddengan cabaran kerana mereka dikehendaki mentafsir maklumat
yang diterima sepertimembuat graf atau melukis dan memberi peluang kepada murid
untuk meluaskanpenggunaan bahasa seperti membuat ramalan dan membuat huraian
lanjut tentangsesuatu laporan.Walaupun terdapat banyak kelebihan yang
disenaraikan mengenai bahanbercetak ini, namun bahan jenis ini mempunyai
beberapa kelemahan dalampenggunaannya. Antaranya ialah bahan bercetak tidak
dapat disunting seperti bahanmultimedia interaktif. Sebarang kesilapan dalam
aspek kesalahan tanda baca, ejaanperkataan dan struktur serta nahu ayat tidak
boleh dipadam atau diedit setelah dicetak.Oleh itu, murid akan terpengaruh
dengan kesalahan tersebut seandainya guru tidakmembetulkan kesalahan yang
terdapat pada sumber bahan bercetak. Sebagai contoh,
sekiranya di
dalam brosur terdapat ayat ‘Gempabumi merupakan suatu fenomenaalam’, murid
cenderung untuk menulis frasa ‘gempabumi’ dalam penulisan
karangannya.Selain
itu bahan ini mudah rosak sekiranya tidak disimpan dengan baik sepertidimakan
anai-anai dan kulat. Sukar untuk kita dapati terdapat bilik kedap udara
yangboleh memuatkan kapasiti bahan bercetak bagi tujuan pengurusan
mahupunpenggunaan P&P. Malahan lebih relevan jika dikatakan tiada langsung
bilik kedapudara yang wujud dalam mana-mana institusi pendidikan. Kehadiran
udara terkempap dalam bilik penyimpanan bahan bercetak tidak kira di dalam
kelas atau rumah sebenarnya menyumbang ke arah pembiakan kulat.
Serangga-serangga kecil pula turut membiak. Serangga dan kulat mampu merosakkan
struktur bahan bercetak sepertimajalah dan buku. Bahan-bahan juga mengandungi
info-info serta maklumat yang telah lapuk. Contohnya maklumat-maklumat seperti
yang terdapat di dalam buku-buku sentiasa dikemaskini dari semasa ke semasa dan
berubah. Sebagai contoh, isi kandungan bukuteks akan dirombak semula selang
beberapa tahun bagi menambahbaik kurikulumsedia ada. Hal ini memberi impak
negatif terhadap guru kerana guru terpaksamembiasakan diri dengan isi kandungan
yang baru dan merangka ramalankepincangan yang dihadapi murid.Bahan ini juga
kurang mempunyai unsur-unsur interaktif seperti bahan lain yangmampu merangsang
minat murid. Bahan yang terlalu banyak teks membuatkan muridberasa bosan dan
jemu untuk memberi tumpuan kepada pengajaran guru. Kitaseharusnya sedar pada
peringkat murid sekolah rendah, mereka lebih tertarik denganimej bergerak dan
gabungan penghasilan audiovisual dalam pembelajaran. Hal inimenjadi titik tolak
kepada penghasilan banyak bahan bantu mengajar yang lebihinteraktif seperti
video interaktif.Bukan itu sahaja, malah terdapat bahan bercetak yang mempunyai
aras kognitif yang tidak setara dengan tahap pemikiran murid. Murid mungkin
tidak memahami isipelajaran sedang dipelajari. Tidak semua guru faham tentang
sasaran pembaca yangdisasarkan oleh penulis buku. Oleh itu, guru bersikap
ringkas dengan menggunakanapa jua bahan bercetak sebagai bahan bantu mengajar.
Penggunaan bahan bercetak juga dianggap sebagai bahan hafalan. Oleh itu, murid
kurang dilatih dalammengaplikasikan kemahiran berfikir. Mereka hanya diminta
untuk menghafal maklumatsehingga menjadikan bahan bantu mengajar itu sendiri
sebagai bahan bantu beban.Intihanya, penggunaan bahan bercetak mempunyai
kelebihan dan kekurangandalam segenap aspek. Terpulang kepada guru untuk bijak
menggunakan bahan jenisini dengan kaedah dan strategi tersendiri.
No comments:
Post a Comment