Mata Pelajaran : Pendidikan
Moral
Kelas : 6 Merah
Tarikh : 13 Jun 2014
Masa : 7:30 am – 8:30am
Bilangan Murid : 30
orang
Bidang
Pengajaran : 3. Nilai berkaitan dengan diri dan masyarakat
Nilai : 3.4 Peka terhadap isu-isu sosial
Topik : Unit 17: Rakyat prihatin negara
sejahtera
Bahan/Sumber
P&P : i) LCD, laptop, Pen
marker, white board, Gambar, kertas, kertas majong,
kertas lukisan.
Pendekatan : Penyayang dan pemupukan nilai
Teknik : Perbincangan Kumpulan dan penerangan.
Pengetahuan
Sedia Ada : Murid-murid tahu akan isu-isu
sosial yang terjadi disekeliling mereka.
Hasil
Pembelajaran : Pada akhir pengajaran
dan pembelajaran, pelajar akan dapat:
Kognitif : a) Menyatakan 3 isu-isu sosial yang dapat
mencemarkan imej negara.
b) Menyatakan 3 kesan isu-isu sosial kepada diri, keluarga dan negara.
Afektif : a) Rasa bertanggungjawab dan prihatin terhadap
kesejahteraan masyarakat.
b) Peka terhadap isu- isu yang berkaitan
dengan masalah sosial.
Psikomotor : a) Mengamalkan gaya hidup sihat dengan mematuhi
undang-undang yang telah ditetapkan.
b) Mengamalkan sikap bekerjasama dalam
menghasilkan projek yang diberikan.
Kemahiran
Berfikir : a) Menganalisis
b) Menjana idea
LANGKAH
|
ISI KANDUNGAN
|
AKTIVITI PENGAJARAN
PEMBELAJARAN
|
CATATAN / BAHAN BANTU
MENGAJAR
|
SET INDUKSI
(5 MINIT)
LANGKAH 1
(5MINIT)
|
Pengenalan isu-isu sosial melalui
tayangan video
Murid diberi pendedahan dengan isu-isu sosial yang berlaku
dalam masyarakat.
Sedar dan mengetahui isu-isu sosial yang boleh
mencemarkan imej negara.
|
Guru menunjukkan gambar mengenai isu-isu sosial
Guru bersoal jawap dengan murid mengapa isu-isu sosial
ini sering berlaku.
Guru menerangkan kesan-kesan isu-isu sosial tersebut
kepada negara.
|
Bahan Bantu Mengajar:
LCD, laptop, pen marker, white board,
kertas mahjong, kertas lukisan, kertas
Gambar: penagih dadah, dvd cetak
rompak, pelumba haram
Teknik:
Perbincangan Kumpulan dan
penerangan.
Pendekatan:
Penyayang dan pemupukan nilai
|
c) Membuat kesimpulan
LANGKAH 2
( 7 MINIT)
|
Prihatin
dengan masalah sosial dan menjauhkan diri daripada terlibat dalam kegiatan
yang tidak sihat.
|
Dalam 5
kumpulan yang mengandungi 5 orang ahli, murid dikehendaki menyenaraikan kesan-kesan yang
diterima oleh seseorang apabila
terjebak dengan isu-isu sosial pada peta minda yang diagihkan guru.
Hasil
perbincangan dicatat di papan tulis oleh ahli kumpulan.
Perbincangan
kelas dilakukan setelah selesai perbincangan kumpulan untuk memastikan murid
faham kesan yang diterima oleh individu
yang terjebak dengan isu-isu sosial .
|
Kemahiran berfikir:
Menganalisis,
menjana idea dan membuat kesimpulan.
|
LANGKAH 3
( 8 MINIT)
|
Menilai dan
menggambarkan kehidupan seseorang yang terlibat dengan isu-isu sosial melalui
lukisan poster.
|
Murid
diedarkan kertas lukisan.
Berdasarkan
perbincangan yang dilakukan, dalam kumpulan murid dikehendaki melukis poster
yang menggambarkan kegiatan isu-isu sosial sama ada kepada diri, masyarakat
atau negara.
Murid
dikehendaki menerangkan apa nilai yang terdapat dalam poster yang dilukis.
Lukisan
berkenaan hendaklah diwarnakan dan hasilnya akan dilekatkan pada sudut
Pendidikan Moral di dalam kelas.
|
|
PENUTUP
(5 MINIT)
|
Rumusan daripada
proses pengajaran dan pembelajaran yang berkaitan dengan kesan isu-isu sosial
kepada diri, keluarga, masyarakat, agama dan negara.
|
Guru bersoal
jawab dengan murid tentang tahap isu-isu
sosial di Malaysia
Guru
membimbing murid membuat kesimpulan terhadap proses pengajaran dan
pembelajaran.
|
|
No comments:
Post a Comment