Soalan: 5 kelebihan dan 5 kekurangan bahan bercetak.
Bahan-bahan
cetak merupakan media pendidikan yang paling mudah didapati dan disediakan.
Penggunaan bahan cetak sebagai bahan pengajaran tidak terhad asalkan ia
menepati objektif. Contoh bahan bercetak adalah seperti buku teks, buku kerja,
buku fiksyen, buku rujukan, majalah, risalah, jurnal, surat, berita, peta,
surat khabar dan nota-nota bercetak. Bahan bercetak seperti ini mengandungi
maklumat dalam bentuk perkataan, lukisan atau gambar. Gagne telah memilih bahan
bercetak sebagai sumber pengajaran dan pembelajaran yang paling sesuai untuk
murid-murid
Kepentingan menggunakan bahan cetak ini ialah
mewujudkan rangsangan awal kepada murid untuk mempelajari topik tersebut.
Rangsangan awal yang diwujudkan melibatkan rangsangan deria mata dan tangan.
Kanak-kanak lumrahnya akan tertarik dengan pelbagai warna dan bentuk yang
berwarna warni, mereka juga mempunyai tahap inkuiri yang tinggi untuk meneroka
sesuatu yang berada di hadapan mereka. Oleh itu, penggunaan bahan bercetak
seperti buku teks boleh membantu merangsang minat murid dan perasaan inkuiri
murid dengan pelbagai gambar yang menarik dan dapat dipegang oleh mereka
sendiri. Ini dapat memberi pengalaman yang bermakna kepada murid. Contohnya
gambar seperti rajah kitaran hujan akan menunjukkan proses yang berlaku
sehingga terbentuknya air hujan. Dengan berpandukan gambar rajah tersebut,
murid akan tertarik untuk melihat satu persatu proses berlakunya hujan
berbanding mereka perlu membaca satu persatu proses berlaku dalam bentuk ayat
atau penulisan. Setelah mereka mendapat pengetahuan awal berkenaan gambar
tersebut, kebiasaannya barulah mereka meneruskan pembacaan yang menarik minat
mereka untuk mengetahui lebih lanjut. Maka salah satu kelebihan menggunakan
bahan bercetak telah dibuktikan dapat menarik minat murid untuk menerokai
gambar-gambar tersebut.
Selain itu, penggunaan bahan bercetak juga boleh
menjimatkan masa dan dibawa kemana-mana sahaja. Contohnya poster, seandainya
guru ingin mengadakan kelas di dalam bilik interaksi di perpustakaan, dengan
menggunakan poster sebagai sumber pengajaran, dan sifat poster yang ringan,
mudah dibawa, tidak mudah rosak memudahkan urusan guru untuk memindahkan bahan
tersebut ke bilik interaksi daripada meja beliau di dalam bilik guru dan
pembalajaran masih dapat diteruskan seperti biasa.
Tambahan pula, bahan bercetak juga lebih murah kosnya
berbanding bahan bersumberkan komputer yang memerlukan kos yang besar untuk
mengendalikannya. Guru tidak perlu mengeluarkan belanja yang besar untuk
menyediakan bahan pembelajaran, contohnya guru ingin menyediakan teks cerita
pendek untuk muridnya, guru boleh mencetak ke kertas lain dalam kuantiti yang
di perlukan dan mengedarkannya kepada murid-murid. Cara ini bukan sahaja
menjimatkan kos malahan boleh menjimatkan masa yang diperlukan untuk
menyediakan bahan.
Selain kelebihannya menjimatkan, baha bercetak juga
lebih mudah untuk dirujuk. Contoh bahan ialah surat majalah, guru ingin
mengajar topik menjaga kebersihan diri, dalam ruangan kandungan guru boleh
merujuk muka surat yang dikehendaki untuk melihat artikel yang berkaitan. Cara
ini akan memudahkan lagi urusan guru kerana masa untuk mencari bahan dapat di
singkatkan dan penumpuan terhadapt pembelajaran dapat di tingkatkan.
Bahan bercetak juga tahan lama, contohnya buku-buku,
majalah, boleh digunakan untuk jangka masa yang panjang. Bahan seperti ini juga
guru boleh gunakan pada bila-bila masa, dengan murid kelas berlainan dan pada
tahun berlainan. Contohnya, guru menggunakan contoh surat kiriman rasmi sebagai
sumber pengajaran dan pembelajaran di kelas 4 Amanah, dan dalam masa yang sama
semasa mengajar di kelas 4 Cergas, guru boleh menggunakan bahan yang sama untuk
menunjukkan kepada murid contoh surat kiriman rasmi.
No comments:
Post a Comment