1.0 PENDAHULUAN
Kurikulum Baru
Sekolah Rendah (KBSR) mempunyai matlamat memperkembangkan fungsi murid secara
menyeluruh dan bersepadu bagi mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani supaya mereka dapat menjalani kehidupan
seharian mereka dengan berkesan dan penuh tanggungjawab. Untuk mencapai
matlamat ini, di antara lain, guru perlu mempunyai kemahiran memilih kaedah
pengajaran dan pembelajaran dengan bijaksana supaya kaedah yang dipilih itu
sesuai dengan murid-murid yang pelbagai kebolehan dan minat.
Kepentingan melahirkan individu yang
cemerlang jasmani, rohani dan intelek adalah matlamat utama Falsafah Pendidikan
Negara dan ia seharusnya menjadi misi utama setiap entiti yang terlibat dalam
pendidikan. Oleh yang demikian, segala perancangan pendidikan semestinya perlu
bertunjangkan kepada misi yang penting ini. Kaedah pengajaran dan pembelajaran
yang benar-benar berkesan perlu diberi perhatian untuk dilaksanakan kerana
kaedah yang berkesan akan mampu membantu pelajar, guru, sekolah dan seterusnya
kementerian untuk mencapai matlamat yang telah pun digariskan suatu masa
dahulu.
Arus pembangunan globalisasi
menuntut sistem pendidikan agar lebih dinamik dan sentiasa peka pada keperluan
murid. Proses globalisasi telah menjadikan dunia kita semakin kecil dan
mencabar. Sekiranya kita tidak melipatgandakan usaha dan mempertingkatkan daya
saing, sudah pasti kita akan jauh ketinggalan di belakang. Maka pemantapan
harus dibuat dalam sistem pendidikan sehingga ke akar umbi iaitu diperingkat
proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) di dalam kelas agar sistem
pendidikan yang dinamik yang mampu melahirkan individu yang seimbang jasmani,
emosi, rohani dan intelek dapat diwujudkan.
2.0 TEKNIK
MAIN PERANAN
Salah satu
cara untuk mendapatkan penglibatan aktif pelajar dalam proses pengajaran dan
pembelajaran ialah melalui aktiviti main peranan. Aktiviti main peranan boleh
dijalankan di dalam kelas. Murid-murid yang mengambil bahagian hendaklah
membayangkan diri mereka dalam situasi tertentu dan berlagak seperti watak yang
dibayangkan. Apabila aktiviti main peranan dijalankan di dalam kelas ia memberi
peluang kepada murid memainkan peranan sebagai anggota masyarakat dan menguji
tingkah laku atau belajar berinteraksi dalam kumpulan. Selain membantu murid
menguasai kemahiran berbahasa, aktiviti main peranan boleh membantu murid
mengalami sendiri dan memahami tentang sesuatu situasi. (Mok Soon Sang. 2006)
Menurut Mok Soon Sang (2006), main
peranan ialah satu aktiviti dalam pengajaran yang memberi peluang kepada murid
membayangkan dirinya sendiri atau orang lain dalam pelbagai situasi tertentu.
Aktiviti main peranan boleh dijalankan dalam bilik darjah dengan melibatkan
kesemua murid atau sebahagian murid. Murid yang tidak melakonkan watak boleh
menjadi pemerhati situasi yang dilakonkan. Dalam aktiviti main peranan setiap
murid yang berlakon berpeluang menguji tingkah laku atau belajar berinteraksi
dalam kumpulan. Pada akhir aktiviti main peranan, pemain dan pemerhati akan berpeluang
memahami sesuatu watak atau situasi dengan lebih mendalam. Ia membantu murid
lebih memahami perasaan dan tingkah laku diri sendiri dan orang lain.
Main peranan bertujuan untuk melatih
murid memperoleh sesuatu kemahiran. Oleh itu, tidak wajar jika main peranan
yang dijalankan itu menekankan sikap murid. Jika guru mengambil situasi masa
lampau, murid mungkin tidak dapat mengaitkan situasi itu dengan situasi
sekarang. Oleh itu, lebih baik jika guru menggunakan contoh-contoh situasi masa
kini. Semasa guru merancang main peranan, semua unsur seperti senario, peranan
dan taklimat latar mesti dipadankan untuk menghasilkan main peranan yang
menyeluruh dan menyeronokkan. (Mok Soon Sang, 2004)
Dalam main peranan, untuk
meningkatkan kefahaman dan menerapkan nilai positif, peluang diberikan kepada
murid untuk mengalami situasi dan watak baru. Contohnya, dalam pengajaran
Bahasa Melayu dan Pendidikan Moral, guru boleh mengadakan situasi dengan
menimbulkan perbincangan dalam kalangan murid untuk menyelesaikan isu atau
masalah yang berkaitan dengan kefahaman dan nilai. Terdapat beberapa matlamat
dalam menjalankan aktiviti main peranan antaranya memberi peluang kepada murid
melahirkan pelbagai peranan dengan bebas mengikut situasi watak yang dimainkan
dengan ini murid berasa prihatin dan memahami masalah orang lain. Murid
berpeluang membincangkan dan memikirkan masalah diri sendiri, dengan itu murid
dapat memahami diri sendiri dengan lebih mendalam. Memberi latihan kepada murid
melakonkan pelbagai tingkah laku atau watak dan mengalami sendiri sesuatu
situasi. Dengan ini, murid dapat meluaskan pengalaman hidup dan memahami
tingkah laku atau watak orang lain. (Ee Ah Meng, 1999)
Selain itu, ia juga membolehkan
murid memperoleh kemahiran dan mengalami pelbagai bentuk masalah social.
Hubungan atau interaksi ahli kumpulan di dalam kelas samada dalam keadaan
formal ataupun tidak formal membolehkan murid mempelajari laras bahasa dan
sebutan yang betul. Menjadikan mata pelajaran seperti Bahasa Melayu atau mata
pelajaran lain disampaikan dalam bentuk yang menarik dan berkesan. Membantu
murid yang bersifat pendiam mengambil
bahagian dalam aktiviti, disamping membina keyakinan diri. Melatih murid untuk
mengawal perasaan dan emosi dalam pelbagai situasi. Menggalakkan murid menggunakan
bahasa yang bernas. Membantu murid berkomunikasi secara berkesan dengan
pelbagai watak. Membina sikap yang positif. (Koo Kee Peng dan Zainab Majid,
1992)
Menurut Mohd Dahlan Mohd Ramli dan
Mohd Kasim Ismail (1992), main peranan juga merupakan satu aktiviti
pembelajaran yang melibatkan murid memainkan sesuatu peranan sama ada sebagai
dirinya atau individu lain. Murid berpeluang beraksi sebagaimana yang dikendaki
oleh situasi yang ditentukan oleh guru. Aktiviti main peranan boleh dijalankan
dalam bilik darjah dengan melibatkan kesemua murid atau sebahagian murid. Murid
yang tidak melakonkan watak boleh menjadi pemerhati kepada situasi yang
dilakonkan. Kaedah ini lebih memberi penekanan kepada kualiti atau mutu aksi
yang dihasilkan oleh setiap peserta. Prinsip-prinsip main peranan ialah seperti
berikut memberikan peluang kepada murid-murid untuk melahirkan idea, berbincang
dan memikirkan masalah diri sendiri dan memahami diri sendiri dengan lebih
mendalam. Kedua ialah melatih murid melakonkan pelbagai watak dan mengalami
sendiri semua situasi. (Mok Soon Sang, 2004)
Kesemua aktiviti main peranan boleh
dijalankan melalui proses-proses tertentu mengikut fungsi watak atau situasi
yang ditentukan. Tiap-tiap aktiviti main peranan boleh berfungsi sebagai memperihal
tentang sesuatu, demostrasi, memberi latihan, cerminan, meningkatkan kepekaan
dan mencipta. Guru boleh mengadakan aktiviti main peranan dengan cara memilih
salah satu daripada enam jenis main peranan mengikut keutamaan fungsinya.
Setiap jenis main peranan tersebut memerlukan pendekatan yang berbeza. Sebelum
menjalankan main peranan mengikut fungsi, guru hendaklah memberi penerangan
yang jelas tentang peranan-peranan yang akan dimainkan oleh murid. Semasa main
peranan dijalankan, guru perlu mengawasi suasana supaya aktiviti main peranan
berjalan lancer dan mencapai matlamatnya. (Koo Kee Peng dan Zainab Majid, 1992)
Menurut Mok Soon Sang (2006), main
peranan memberi peluang kepada murid melibatkan diri dalam lakonan dan
perbincangan. Ia juga membolehkan murid-murid yang pasif melibatkan diri dalam
aktiviti pengajaran dan. Ia membolehkan murid berinteraksi sesama mereka dan
berkomunikasi secara berkesan dalam watak-watak yang dimainkan. Di dalam
melaksanakan teknik main peranan perkara-perkara yang mesti di beri perhatian
ialah pertama sekali guru mesti memilih tajuk yang sesuai dengan kebolehan dan
minat murid. Kedua ialah penerangan guru mesti jelas /simulasi masalah yang
perlu dilaksanakan. Ketiga ialah penentuan peserta-peserta untuk memainkan
peranan. Seterusnya murid-murid lain diterangkan peranan sebagai pemerhati yang
aktif. Peserta memainkan peranan masing-masing. Masa yang diberikan antara 15
hingga 20 minit untuk sesuatu sesi main peranan. Selepas itu, pemerhati akan
berbincang tentang lakonan oleh para peserta.
Berikut ialah contoh-contoh main
peranan pertama ialah temu duga melakonkan watak murid sedang ditemuduga oleh
guru Lembaga Pengawas dalam pemilihan calon Ketua Pengawas sekolah rendah.
Kedua ialah pegawai polis menyoal siasat penjenayah iaitu dengan melakonkan
pegawai polis sedang menyoal siasat tertuduh yang disyaki merompak bank.
Seterusnya ialah kaunselor menasihati pelajar yang bermasalah dengan melakonkan
watak kaunselor yang mengendalikan sesi kaunseling dengan seorang murid yang
sering ponteng sekolah, merokok dan mencuri. Contoh lain ialah seorang murid
menasihati rakannya yang ditangkap kerana mencuri wang di dalam kelas iaitu
dengan melakonkan watak murid yang menasihati rakannya yang ditangkap kerana
mencuri. Seorang doktor dengan pesakit iaitu melakonkan watak doktor yang
sedang memeriksa pesakit yang keracunan makanan. Gengsterisme di sekolah
seperti seorang murid yang kaki buli telah memeras ugut murid Tahun 5 untuk
memberikan wang perlindungan sebanyak RM 2.00. Ini merupakan contoh-contoh main
peranan yang boleh dijalankan oleh guru-guru di sekolah. (Tam Yeow Kwai, 2006)
Teori utama yang digunakan dalam teknik
ini adalah teori konstuktivisme. Konstruktivisime merupakan proses pembelajaran
yang menerangkan bagaimana pengetahuan disusun dalam minda manusia. Unsur-unsur
konstruktivisme telah lama dipraktikkan dalam kaedah pengajaran dan
pembelajaran di peringkat sekolah, maktab dan universiti tetapi tidak begitu
ketara dan tidak ditekankan. Mengikut kefahaman konstruktivisme, ilmu
pengetahuan sekolah tidak boeh dipindahkan daripada guru kepada guru dalam
bentuk yang serba sempurna. Murid perlu bina sesuatu pengetahuan iut mengikut
pengalaman masing-masing. Pembelajaran adalah hasil daripada usaha murid itu
sendiri dan guru tidak boleh belajar untuk murid. Blok binaan asas bagi ilmu
pengetahuan sekolah ialah satu skema iaiatu aktiviti mental yang digunakan oleh
murid sebagai bahan mentah bagi proses renungan dan pengabstrakan. Fikiran
murid tidak akan menghadapi realiti yang wujud secara terasing dalam
persekitaran. Realiti yang diketahui murid adalah realiti yang dia bina
sendiri. Murid sebenarnya telah mempunyai satu set idea dan pengalaman yang
membentuk struktur kognitif terhadap persekitaran mereka. (Raminah Sabran dan
Rahim Syam, 1985)
Kelebihan teknik main peranan ialah
ia meningkatkan penguasaan bahasa di kalangan murid-murid. Teknik ini membantu
murid meningkatkan kemahiran-kemahiran seperti menyoal dan mendapatkan maklumat
tambahan. Ia juga menolong murid melahirkan perasaan dengan menggunakan bahasa
dan aksi yang sesuai. Untuk membantu murid membina konsep atau pengetahuan
baru, guru harus mengambil kira struktur kognitif yang sedia ada pada mereka.
Apabila maklumat baru telah disesuaikan dan diserap untik dijadikan sebahagian
daripada pegangan kuat mereka, barulah kerangka baru tentang sesuatu bentuk
ilmu pengetahuan dapat dibina. Proses ini dinamakan konstruktivisme. Beberapa
ahli konstruktivisme yang terkemuka berpendapat bahawa pembelajaran yang
bermakna itu bermula dengan pengetahuan atau pengalaman sedia ada murid.
Rutherford dan Ahlgren berpendapat bahawa murid mempunyai idea mereka sendiri
tentang hampir semua perkara, di mana ada yang betul dan ada yang salah. Jika
kefahaman dan miskonsepsi ini diabaikan atau tidak ditangani dengan baik,
kefahaman atau kepercayaan asal mereka itu akan tetap kekal walaupun dalam
peperiksaan mereka mungkin memberi jawapan seperti yang dikehendaki oleh guru.
(Raminah Sabran dan Rahim Syam, 1985)
John Dewey menguatkan lagi teori
konstruktivisme ini dengan mengatakan bahawa pendidik yang cekap harus
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sebagai proses menyusun atau membina
pengalaman secara berterusan. Beliau juga menekankan kepentingan penyertaan
murid di dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Menurut Ang Huat
Bin (2001), dari persepektif epistemologi yang disarankan dalam konstruktivisme
fungsi guru akan berubah. Perubahan akan berlaku dalam teknik pengajaran dan
pembelajaran, penilaian, penyelidikan dan cara melaksanakan kurikulum. Sebagai
contoh, perspektif ini akan mengubah kaedah pengajaran dan pembelajaran yang
menumpu kepada kejayaan murid meniur dengan tepat apa saja yang disampaikan
oleh guru kepada kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menumpu kepada
kejayaan murid membina skema pengkonsepan berdasarkan kepada pengalaman yang
aktif. Ia juga akan mengubah tumpuan penyelidikan daripada pembinaan model
daripada kaca mata guru kepada pembelajaran sesuatu konsep daripada kaca mata
murid.
3.0 TEKNIK
BERCERITA
Bercerita
menjadikan pengajaran pembelajaran lebih menarik dan berkesan. Pelbagai jenis
cerita berunsur moral boleh didapati dengan mudah daripada akhbar, majalah,
internet dan lisan. Bercerita boleh merangsangkan minda dan menimbulkan minat
murid jika guru melaksanakannya secara berkesan. Banyak pengajaran dan nilai
moral dapat dicungkil daripada cerita-cerita yang mengandungi unsur moral. Teknik
Bercerita bermaksud menggunakan cerita untuk mengajar sesuatu kepada murid.
Teknik ini pernah digunakan oleh
orang-orang kita sewaktu menyampaikan sesuatu pengajaran kepada anak-anak
mereka. Ia acap kali digunakan oleh guru dalam proses pengajaran mereka.
Biasanya murid-murid akan lebih cepat menumpukan perhatian di samping
menjadikan pembelajaran itu berlaku dalam keadaan yang menyeronokkan.
Sungguhpun teknik ini selalu digunakan bagi pengajaran sekolah rendah, ia juga
sesuai digunakan bagi mengajar murid-murid di sekolah menengah terutama sekali
dalam mata pelajaran sastera. Seseorang guru itu harus ingat bahawa objektif
pengajaran itu adalah penting. Janganlah sampai disebabkan terlalu seronok
bercerita, objektif pengajaran menjadi kabur. (Balakhisnan Mutin dan Ahmad
Shahril Rajain, 1992)
Menurut Balakhisnan Mutin dan Ahmad Shahril Rajain (1992), teknik ialah
cara yang lebih khusus yang dicipta untuk mencapai sesuatu objektif pengajaran.
Teknik boleh dilihat sebagai satu cara khusus untuk membantu dan menjayakan
sesuatu kaedah pengajaran. Teknik ini mudah menarik minat anak-anak itu.
Keadaan yang sama juga boleh dilakukan semasa guru-guru menyampaikan pelajaran
kepada anak-anak murid mereka. Biasanya murid-murid akan lebih cepat menumpukan
perhatian di samping menjadikan pembelajran itu berlaku dalam keadaan yang
menyeronokkan. Murid-murid, khususnya di sekolah-sekolah rendah, amat gemar
mendengar cerita. Walaupun mereka masih kecil, tetapi apa yang diceritakan
kepada mereka itu dapat segera difahami dan kadangkala dapat pula sekaligus
memahami maksud cerita itu. Oleh yang demikian, jika murid-murid tadi diberi
peluang belajar dalam suasana yang menyeronokkan, pasti proses pengajaran dan pembelajaran
akan lebih berkesan. Walau bagaimanapun, guru-guru mestilah sedar bahawa teknik
bercerita dan pengajaran cerita adalah dua perkara yang berlainan. Guru perlu
ingat, bercerita itu hanyalah sebagai alat untuk menyalurkan isi-isi pelajaran,
sedangkan aspek-aspek yang hendak disampaikan itu adalah lebih penting dan
seharusnya menjadi tumpuan utama. (Ee Ah Meng. 1999)
Cara melaksanakan teknik bercerita
itu samalah seperti guru menjalankan pelajaran cerita, tetapi apa yang penting
ialah aspek-aspek bahasa yang hendak diajarkan itu seharusnya ada dan
terkandung di dalam cerita itu. Penekanan harus dilakukan kepada aspek-aspek
tersebut semasa guru bercerita. Teknik bercerita dapat membantu guru untuk
meningkatkan kemahiran mendengar, kemahiran menulis dan kemahiran bertutur
murid-murid iaitu semasa guru bercerita murid perlu memberi perhatian mendengar
dengan teliti apa yang diceritakan oleh guru dan guru akan bersoal jawab dengan
murid yang melibatkan kemahiran bertutur. setelah guru bercerita guru akan meminta
murid membuat ulasan terhadap tajuk yang diceritakan oleh guru dan ini
melibatkan kemahiran menulis dan membaca. (Tam Yeow Kwai, 2006)
Teknik bercerita merupakan salah
satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasa kerana
cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatian murid. Latihan
pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa dapat disampaikan.
Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat permulaan,
kemuncak dan kesudahan cerita. Perhatian perlu diberi kepada teknik
persembahan, suara, gerak laku dan kawalan mata. Suara memainkan peranan yang
penting dimana ia harus dikawal supaya jangan mendatar dan tidak menimbulkan
kebosanan. (Raminah Sabran dan Rahim Syam, 1985)
Menurut Ee Ah Meng (1999), aktiviti
brcerita merupakan satu lagi kemahiran generik iaitu suatu cara yang boleh
digunakan oleh guru. Aktiviti ini boleh mempromosikan minat dalam mana-mana
bahagian kurikulum. Selain itu ia dapat mengembangkan penghargaan dan keseronokan
untuk menikmati kesusasteraan, pengayaan bahasa, pelbagai pengalaman,
mengembang kemahiran mendengar dan memotivasi murid-murid membaca. Guru
seharusnya berinovatif dalam mencari cerita yang sesuai dengan objektif
pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, guru juga berperanan untuk memastikan
cerita yang dipilh sesuai dengan peringkat umur murid-murid dan dapat menarik
minat mereka
Secara tambahannya pula, guru boleh
menggunakan bahan-bahan sampingan yang dapat menarik lagi minat murid-murid
terhadap cerita yang hendak disampaikan seperti boneka, tali, binatang mainan,
kertas dan sebagainya. Kebaikan teknik bercerita ialah ia dapat melengkapi
murid dengan pelbagai kemahiran dan kecekapan bahasa terutamanya kecekapan
lisan. Kaedah ini menggalakkan murid untuk berfikir secara kritis dan kreatif
khasnya apabila guru beranyakan soalan tentang moral sesuatu cerita.
Kemahiran-kemahiran yang guru perlu menggunakan dalam teknik bercerita ialah
Kemahiran verbal seperti projeksi suara, penekanan fasa atau bunyi dan
penggunaan ayat-ayat yang mudah dan nada suara yang sesuai untuk menggambarkan
siuasi tertentu dan memiliki kebolehan memanipulsi mimik muka untuk menunjukkan
emosi yang berlainan. (Ee Ah Meng, 1999)
Langkah-langkah dalam persediaan
teknik bercerita ialah pilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan dan
minat murid-murid. Kemudian, sesuaikan pula dengan isi muridan yang hendak
disampaikan. Mengkaji cerita itu dan cuba masukkan aspek-aspek bahasa dan
hafazkan frasa atau ayat-ayat penting. Seterusnya melatih bercerita seolah-olah
guru berada dihadapan murid-murid sekurang-kurangnya sekali sebelum menggunakan
teknik ini. Guru bercerita dalam keadaan yang selesa dan guru boleh menggunakan
gambar, objek-objek sebenar atau lain-lain bahan bantu mengajar. Sediakan
kad-kad perkataan, frasa-frasa atau ayat-ayat yang berkaitan dengan aspek-aspek
bahasa yang hendak disampaikan (Mok Soon Sang, 2006)
Menurut Mok Soon Sang (2006), dalam
teknik bercerita terdapat beberapa langkah yang telah ditetapkan iaitu Sebelum
bercerita dan semasa bercerita. Sebelum bercerita guru perlu menyediakan
persekitaran yang selesa. Jika boleh, suatu tempat duduk itu perlulah dikemas
supaya murid-murid boleh duduk di tempat tersebut dan mengelilingi pencerita.
Jika waktu tersebut guru ialah pencerita, guru tersebut perlu menimbangkan
perkara-perkara seperti memastikan cerita yang diperdengarkan boleh didengari
oleh semua murid. Kemudian pastikan bahawa semua murid dapat melihat pencerita,
terutama muka dan tangan.
Guru tersebut juga perlu bercerita
dengan kuat dan jelas dengan intonasi suara dan eksperesi muka yang bersesuain
dengan cerita. Sekiranya pencerita tidak mahu diganggu, guru perlu memberitahu
murid supaya tidak bertanyakan soalan sehingga penghabisan cerita. Perkara yang
paling utama ialah memastikan semua murid memberi perhatian sebelum cerita itu
dimulakan. Walaubagaimanapun, guru juga boleh menggunakan kaeadah memberi
peluang kepada murid untuk bercerita bersama-sama. Langkah yang harus di ambil
oleh guru tersebut ialah memberi maklumat tentang bahagian-bahagian dan urutan
cerita yang berkaitan. Guru juga harus memberi peluang murid untuk berkongsi
cerita, peristiwa dalam satu keadaan tidak formal sebagai permulaan kepada
pengalaman bercerita lebih mendalam.
Semasa bercerita pula kaedah ini
memberi peluang kepada murid-murid untuk mencatat nota daripada cerita yang
diperolehi untuk perbincangan lanjut. Selain itu, ia juga bertujuan untuk
memastikan agar murid-murid memberi perhatian terhadap cerita yang diperdengarkan.
Pencerita pula perlu mengambil langkah supaya bertentangan mata (eye contact)
dengan pendengar dan bertutur secara terus menerus kepada pendengarnya. (Mohd
Dahlan Mohd Ramli dan Mohd Kasim Ismail, 1992)
Melalui teknik bercerita ini
terdapat banyak kelebihan. Pertama, melalui penyampaian cerita, guru dapat
membina satu suasana yang menyenangkan dan mengasyikkan. Hal ini demikian
kerana cerita merupakan bentuk seni sastera yang memiliki keindahan dan
kenikmatan, lebih-lebih lagi jika jalan cerita yang disampaikan mempunyai
hubungkait dengan lingkungan kehidupan murid-murid. Jika guru berjaya membina
suasana penceritaan yang menyenangkan dan mengasyikkan, mereka juga akan lebih
menumpukan perhatian sepenuhnya dan akan memudahkan mereka memahami cerita yang
disampaikan. Pemahaman murid terhadap cerita boleh diuji menerusi soal jawab
antara guru dan murid mengenai pengajaran dan nilai murni daripada cerita yang
disampaikan serta murid mampu untuk merumuskan isi-isi penting dalam cerita.
Hal ini seterusnya dapat mencerna minda dan daya imiginasi serta menggalakkan
kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. (Raminah Sabran dan Rahim Syam,
1985)
Kedua, cerita yang penuh dengan
nilai-nilai murni mampu menanamkan sikap jujur, berani, setia, ramah dan sikap positif
lain yang berguna dalam pembentukan budi pekerti atau keperibadian murid-murid.
Mereka akan menjadikan nilai dan tauladan yang diperoleh menerusi sesebuah
cerita sebagai panduan untuk menjalani kehidupan seharian dengan lebih baik.
Sebagai contoh, guru meminta murid melakonkan watak dalam cerita. Hal ini bukan
sahaja dapat disematkan dalam fikiran dan jiwa murid, malah dapat memupuk serta
mengembangkan sikap keyakinan diri serta sikap positif dalam pembelajaran. Hal
ini selaras dengan objektif utama program pemulihan dalam KBSR. (Raminah Sabran
dan Rahim Syam, 1985)
Seterusnya ialah yang ketiga,
melalui teknik bercerita, murid-murid dapat mengenali fakta-fakta alam sekitar
mahupun pengetahuan sosial yang berguna bagi perkembangan kognitif mereka. Kebiasaannya,
cerita-cerita yang dipilih dan diceritakan oleh guru, mempunyai perkaitan
dengan persekitaran murid. Selain itu, murid juga dapat dipupuk dengan rasa
peka serta prihatin terhadap masyarakat sekeliling. Jadi, sedikit sebanyak guru
dapat membantu dalam meluaskan ilmu pengetahuan murid dan kesedaran diri serta
tanggungjawab mereka dalam masyarakat. Perkembangan kognitif mereka juga akan
bertambah berikutan pengalaman dan pengetahuan yang baru diperoleh. (Raminah
Sabran dan Rahim Syam, 1985)
Akhir sekali, terdapat banyak aspek
yang boleh dipelajari oleh murid-murid dalam satu-satu masa. Penggabungjalinan
kemahiran berbahasa seperti mendengar, bertutur, menulis dan membaca yang
berlaku ketika murid-murid mendengar atau membaca cerita dapat membantu mereka
menajamkan lagi kemahiran-kemahiran yang terlibat. Jika dikaitkan dengan
pendidikan pemulihan sama ada pemulihan khas atau biasa, guru boleh menggunakan
teknik ini dalam usaha membantu penguasaan kemahiran membaca dan menulis. Guru
harus memastikan aktiviti pengajaran saling berkait rapat dan berjalan dengan
lancar (Raminah Sabran dan Rahim Syam, 1985)
No comments:
Post a Comment