kepentingan
dan Tujuan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran dalam Pendidikan Moral.
Semua
pelajar adalah berbeza dari segi keperluan,minat dan kebolehan. Cara mengajar
perlu diubahsuai dengan kebolehan,keperluan dan minat pelajar. Oleh itu guru
perlu mempelbagaikan sumber pengajaran. Pengajian sosial adalah bidang yang
luas berkaitan dengan interaksi persekitaran. Oleh yang demikian pembelajaran
kaedah terus iaitu hanya melalui penyampaian guru tidak mencukupi untuk memberi
pengajaran yang berkesan kepada pelajar.
Sumber
pengajaran membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sumber
pengajaran akan membantu guru dalam mengaitkan pengalaman sedia ada pelajar
denngan maklumat yang ingin disampaikan. Kepentingan dan tujuan sumber
pengajaran dalam Pendidikan Moral ialah:
i. KEMAHIRAN BERFIKIR
Kemahiran
ini sangat diperlukan untuk murid-murid melakukan analisis, mencari maklumat,
banding beza, pengkelasan, menjana idea, membuat inferens serta mengumpul
maklumat dll semasa penglibatan mereka dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
Penggunaan
sumber P&P dapat membantu murid-murid untuk menajamkan lagi kemahiran
berfikir mereka. Perasaan ingin tahu akan mula wujud dan murid-murid akan
melibatkan secara aktif dalam proses P&P. Ini kerana terdapat sumber
P&P yang memerlukan murid-murid untuk membuat analisis dan seterusnya
melakukan pengkelasan di mana semua ini memerlukan kemahiran berfikir yang
baik. Melalui pengalaman sedia ada, murid akan cuba menganalisa dan mengamati
maklumat baru yang disampaikan agar lebih memahami perkara yang disamapaikan
dalam pembelajaran.
ii. KESERONOKAN DALAM PEMBELAJARAN
Keseronokan
dalam pembelajaran boleh dicipta oleh guru untuk mengekalkan perhatian
murid-murid supaya mereka mendapat isi pelajaran yang hendak disampaikan.
Dengan mengaitkan pengalaman sedia ada pelajar dengan aktiviti pembelajaran
akan memudahkan lagi P&P dan pelajar akan lebih berminat untuk melibatkan
diri.
Contohnya
penggunaan bahan realia akan meransang minat murid kerana murid didedahkan
dengan pengetahuan yang baru dan tidak biasa diketahui. Sentuhan dan pengamatan
kepada bahan memberi peluang kepada pelajar untuk merasai dan melihat dengan
lebih dekat kepada bahan tersebut.
Selain
daripada itu guru juga boleh membuat lawatan sambil belajar agar murid melihat
sendiri tempat-tempat yang ingin dipelajari contohnya lawatan ke tempat-tempat
sejarah seperti kota a famosa. Ini akan menambahkan keseronokan pelajar.
iii. PENINGKATAN DAYA INGATAN
Daya
ingatan murid-murid boleh ditingkatkan dengan guru memberikan maklumat baru
melalui penggunaan sumber P&P yang sesuai.Penambahan sebarang maklumat yang
baru akan menyebabkan peningkatan daya ingatan mereka kepada sesuatu perkara.
Dibuktikan melalui teori konstruktivisme yang disokong oleh Von Glassefel,
Piaget dan Vygotsky di mana mereka menyatakan Ilmu pengetahuan terbina hasil
penglibatan aktif individu yang menghubungkait maklumat baru dengan pengalaman
sedia ada.
Penglibatan
murid secara aktif memberi pengalaman baru kepada murid dengan merasainya
sendiri dan dengan ini maklumat akan dismpan dalam stor ingatan jangka panjang
berikutan proses pembelajaran yang menarik dan murid merasai sendiri pengalaman
tersebut.
iv. MENARIK DAN MENGEKAL MINAT DAN
TUMPUAN MELALUI PELBAGAI MEDIA
Cara
yang paling berkesan untuk membantu murid memahami persekitaran semulajadi
serta persekitaran sosial mereka adalah dengan memberi mereka pengalaman
sebenar atau yang hampir sebenar untuk dilihat dengan teliti yang kemudiannya
menghasilkan soalan untuk dikaji.
Pengguanaan
pelbagai sumber media seperti tayangan video,bahan bercetak, bahan tiga dimensi
dan sebagainya akan mengekalkan tumpuan murid dan meransang pengetahuan ingin
tahu murid yang seterusnya akan mewujudkan minat murid yang kemudiannya akan
mengekalkan lagi tumpuan murid kepada pembelajaran sesuatu tajuk.
Oleh
yang demikian guru mampu mencapai objektif pengajaran yang ingin disasarkan dan
juga kawalan kelas secara menyeluruh dapat dilakukan oleh guru. Tumpuan dan
pengamatan pelajar akan memudahkan penyampaian maklumat yang ingin disampaikan
oleh guru kepda pelajar.
V. PENINGKATAN KREATIVITI
Guru
boleh menggunakan bahan teknologi maklumat, contohnya tayangan video untuk
memberi pendedahan kepada murid-murid .Kemudian melalui penggunaan bahan maujud
guru boleh menguji daya kreativi murid-murid dengan mengadakan aktiviti melukis
poster. Daya kreativiti murid-murid boleh dikesan melalui idea-idea yang
dicurahkan ke atas kertas lukisan mereka.
Selain
darikreativiti, ini juga akan mengembangkan lagi idea pelajar kepada tahap yang
maksimum agar pelajar lebih kreatif dan inovatif dalam pembelajarannya.
murid-murid boleh diberikan tugas seperti menghasilkan folio berkenaan dengan
tokoh negara, melalui cara ini persembahan folio tersebut boleh mengembangkan
lagi kreativiti murid-murid dalam mencari sumber maklumat dan guru hanya
bertindak sebagai fesilitator.
vi. MEMBERI PELUANG UNTUK MAIN PERANAN
DAN SIMULASI
Guru
boleh menggunakan teknik main peranan dan simulasi dalam pengajaran. Murid akan
berpeluang mengaplikasikan situasi sebenar dalam pembelajaran mereka dan
seterusnya maklumat yang ingin disampaikan lebih mudah difahami.
Teknik
simulasi dan main peranan akan melibatkan semua pelajar secara aktif. Seperti
yang ditekankan dalam teori Bandura pembelajaran berlaku melalui pemerhatian
dan peniruan. Melalui pemerhatian dan peniruan akan berlakunya pembelajaran
melalui teladan dan akan memotovasikan pelajar. Contohnya memainkan peranan
pekerjaan yang ingin mereka kecapi apabila dewasa kelak.
No comments:
Post a Comment