Pada sesi
PdP kali ini, saya telah mengambil langkah proaktif dengan memilih untuk
menghasilkan alat bantu mengajar iaitu
kad cantum huruf berdasarkan bahan rangsangan gambar objek yang ditayangkan
oleh guru yang saya namakan ia sebagai ‘Kad Doraemon’. Hal ini kerana, melalui
penggunaan ABM maujud, tahap kefahaman pelajar akan lebih bertambah dengan
wujudnya rangsangan luar ke atas motor kasar dan halus seperti tangan dan ini
sekali gus mempertingkatkan daya kreativiti dan pemikiran kritis pelajar. Menurut
Janet W. Leaner( 1971),proses berlaku apabila wujudnya rangsangan luar yang
boleh kesan dan bertindak dengan organ-organ deria, hasil proses mental dan
neurologi yang mempengaruhi pembentukan konsep-konsep yang jelas dan tepat .
Kaedah
yang diguna pakai dalam melaksanakan ABM ini ialah kaedah main. Saya memilih
kaedah ini kerana main merupakan perkara yang sinonim apabila melibatkan
kanak-kanak. Sudah menjadi fitrah alam bahawa setip kanak-kanak amat sensitif
dan peka terhadap aktiviti permainan. Ahmad Mohd Salleh (2008) mendefinisikan
kaedah sebagai satu perancangan atau prosedur bagi melaksanakan sesuatu
pengajaran secara teratur, kemas dan sistematik. Ia merupakan langkah-langkah
atau peringkat-peringkat pengajaran yang tersusun rapi dan kesinambungan yang
harus dituruti dengan saksama bagi mencapai sesuatu pelajaran. Oleh yang
demikian, penggunaan alat bantu mengajar kad cantum huruf amatlah
bertepatan dengan kaedah main ini.
Seperti biasa, sesi PdP dimulakan dengan doa dan set induksi
serta langkah 1 sebagai input kepada pelajar. Saya menggunakan ABM saya di
langkah 1 sebagai daya penarik dan merangsang minda murid. Saya telah
membahagikan kumpulan di mana setiap kumpulan disertai hanya dua orang ahli
supaya fokus mereka tidak hilang dan melancarkan sesi PdP. Sebelum itu, saya
memberikan sedikit taklimat ringkas kepada murid tentang cara permainan. Kemudian,
setiap kumpulan akan diberikan satu keping gambar yang terdiri daripada anggota
badan dan diminta bersama-sama membentuk perkataan tersebut dengan mencari dan
mencantumkan huruf-huruf tersebut yang terdapat di tengah-tengah ruangan
meja. Apa yang dapat saya kesan
sepanjang mereka melakukan aktiviti ini ialah wujudnya suasana pembelajaran
yang aktif dimana semua murid melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti yang
menyeronokkan. Ini akan menambahkan kefahaman murid sekali gus mereka akan
mendapat pengetahuan baru. Di samping itu, melalui aktiviti penggunaan ABM ini juga, saya dapat melihat semangat kerjasama dalam kalangan murid.
Belajar secara berkumpulan dalam bilik darjah memerlukan kerjasama yang tinggi
di kalangan ahli kerana ianya akan memberikan impak yang besar terhadap suasana
pembelajaran. Semua murid memainkan peranan penting dalam menjaga disiplin diri
dan perlu peka terhadap pengajaran yang diajar oleh guru di semasa proses
pengajaran dan pembelajaran. Contohnya semasa mencantumkan huruf, murid yang
sudah pandai suku kata telah membantu rakan yang masih lemah penguasaan mengeja
mereka dengan menggunakan kad cantum yang diberikan dan telah disediakan oleh
guru.
Jika dilihat dari
segi interaksi pula,saya dapati penggunaan ABM yang berpusatkan
murid ini akan menggalakkan interaksi yang lebih berkesan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Murid tidak akan berasa takut dan malu dengan
murid sebaliknya mencuba segala aktiviti yang diadakan berdasarkan kepada
panduan yang telah diberikan oleh guru. Murid akan bertanya kepada guru
sekiranya mereka kurang jelas tentang isi pelajaran yang diajar.
Namun,setiap yang
dilakukan oleh manusia itu pasti akan ada kurangnya. Saya cuba meminumkan sebanyak
mungkin kekakangan yang wujud agar stigma tidak cekap pengurusan oleh guru
dapat saya elakkan. Apa yang ketara dapat saya lihat ialah dari segi pengurusan
masa. Masa yang saya peruntukkan selama 10 minit itu rupa-rupanya hanyalah baru
setengah daripda masa sebenar aktiviti permainan ini. Saya sewajarnya
memperuntukkan masa sebanyak 15-20 minit
untuk aktiviti ini dengan mengambil kira murid yang bervariasi dan terdiri
daripada kategori sederhana dan lemah. Masa yang terlalu singkat ini telah
memberi impak kepada anjakan masa untuk langkah yang seterusnya. Seterusnya,
saya merasakan tahap pengawalan kelas saya masih dalam agak lemah. Hal ini
kerana, walaupun saya telah memberikan arahan
kepada murid, namun masih ada yang bising dan tidak mengendahkan aktiviti ini.
Natijahnya, murid yang ingin menyiapkan tugasan ini terganggu. Selain itu, saiz
ABM yang agak sederhana menjadikan penglihatan murid kurang jelas dan kurang
daya penarik.
Sesungguhnya, segala
kelemahan ini akan saya atasi dengan memaksimumkan dengan sebaik mungkin ABM
saya agar bahan rangsangan saya itu mampu dicapai dan dilihat dengan jelas oleh semua murid. Selain itu, pengurusan masa juga akan
saya perbaiki serta kawalan kelas akan saya pertingkatkan dan perketatkan
dengan peraturan yang sewajarnya.
Apa yang diharapkan
agar ABM saya ini mampu membantu bunga-bunga bangsa agar dapat terus berkembang
dengan mekarnya mewarnai pentas dunia.
SILA MASUKKAN RUJUKAN DIBAWAH RUJUKAN!TQ
Ahmad Mohd Salleh. (2008). Pengajian Agama Islam &
j-QAF: Metodologi dan Pedagogi Pendidikan. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd. h.
188.
No comments:
Post a Comment