PENGENALAN TUGASAN
Bimbingan
bukanlah elemen yang baru dalam masyarakat kita. Sejak dahulu lagi bimbingan
telah wujud dan sebati dengan corak kehidupan masyarakat. Perkhidmatan
Bimbingan dan Kaunseling di sekolah Malaysia telah mula diperkenalkan pada
tahun 1960. Di sekolah, perkhidmatan bimbingan adalah bersifat peribadi yang
bertujuan memberi bantuan kepada individu untuk membuat pilihan dan peyesuaian
diri dalam hidupnya. Manakala, di peringkat sekolah rendah ia merupakan
peringkat pertengahan zaman kanak-kanak iaitu dari umur 6 hingga 12 tahun. Pada
usia ini, kanak-kanak yang diistilahkan sebagai murid-murid ketika berada di
sekolah lebih cenderung kepada aktiviti-aktiviti yang bercorak permainan.
Selain itu, perkhidmatan Bimbingan
dan Kaunseling bertambah penting sekarang kerana negara-negara mengalami
perubahan pesat. Faktor kesibukan ibu bapa, pengaruh rakan sebaya dan media
massa telah mendatangkan pelbagai kesan kepada masyarakat dan negara. Bagi
merealisasikan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan menyahut cabaran
Wawasan 2020 perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling ini semakin penting serta
dapat membantu murid mencapai celik akal dan kesejahteraan hidup. Dalam masa
yang sama keberkesanan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah dapat
membantu mengatasi masalah sosial dalam kalangan murid.
Tugasan EDU 3073 iaitu Bimbingan dan
Kaunseling Kanak-kanak pada semester 7 ini, dalam penulisan esei, penulis
dikehendaki untuk memilih dua jenis terapi yang sesuai untuk membantu murid
bermasalah tingkah laku dalam pembelajaran yang serius. Penulis juga
dikehendaki untuk mendapatkan seorang murid yang bermasalah dan aplikasikan dua
terapi tersebut bagi membantunya serta menerangkan langkah-langkah (prosedur)
pelaksanaan secara teliti dan sistematik berhubung aplikasi (penggunaan) terapi
yang telah dipilih. Bagi tugasan seterusnya pula, penulis diminta untuk membuat
refleksi keseluruhan tugasan yang panjangnya dalam lingkungan 500 patah
perkataan.
Penulisan Esei
Sebagai seorang guru bimbingan di sekolah, pilih dua
jenis terapi yang sesuai untuk membantu murid bermasalah tingkah laku dalam
pembelajaran yang serius. Dapatkan seorang murid yang bermasalah dan
aplikasikan dua terapi tersebut bagi membantunya. Terangkan langkah-langkah
(prosedur) perlaksanaan secara teliti dan sistematik berhubung aplikasi
(penggunaan) terapi yang telah dipilih.
|
1.0 KONSEP BIMBINGAN, KAUNSELING DAN PSIKOTERAPI
Secara amnya
perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling adalah bersifat peribadi yang bertujuan
memberi bantuan kepada individu untuk membuat pilihan dan penyesuaian diri
dalam kehidupan seharian. Untuk memahami bagaimana kaunselor sekolah bekerja
bersama murid dalam program Bimbingan dan Kaunseling yang komprehensif, adalah
penting untuk kita memahami bagaiamana Bimbingan dan Kaunseling berkembang di
sekolah. Berikut merupakan konsep bimbingan kaunseling dan psikoterapi yang
diberikan oleh beberapa orang tokoh dalam bidang Bimbingan dan Kaunseling:
1.1 Konsep Bimbingan
Bimbingan atau guidance dalam bahasa Inggeris membawa
erti memberi panduan atau nasihat kepada seseorang. Crow dan Crow (1983) dalam buku Konsep Bimbingan dan Kaunseling
menjelaskan bahawa bimbingan di bawah konteks pendidikan merujuk kepada bantuan
atau pertolongan yang diberikan dengan betul kepada murid yang berkenaan.
Menurut Mok Soon Sang (2010) murid
yang memerlukan bimbingan merujuk kepada murid yang menghadapi masalah peribadi
dari segi intelek, rohani, emosi ataupun sosial. Masalah-masalah yang dihadapi
oleh murid di peringkat sekolah boleh digolongkan dalam dua kategori utama,
iaitu masalah akademik dan masalah emosi-sosial. Di dalam proses bimbingan,
murid yang berkenaan akan diberi panduan atau nasihat yang boleh membantunya
menyelesaikan masalah tertentu.
Shertzer dan Stone (1974) dalam buku
Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak menerangkan bimbingan sebagai suatu proses
yang membantu individu memahami diri mereka dan dunia mereka. Individu tersebut
akan dibantu oleh guru bimbingan atau kaunselor agar menyedari segala kekuatan
dan kelemahan diri mereka. Dengan itu, mereka akan menentukan aras aspirasi
yang lebih realistik dengan kebolehan dan minat mereka.
Menurut Alice Crow (1964) pula, bimbingan sebagai bantuan yang diberi
kepada seseorang individu bagi menentukan matlamat jangka pendek dan panjang,
merancang cara-cara bertindak serta memperbaiki sikap dan tingkah laku dalam
aspek-aspek yang perlu.
D.W.
Lefever (1970) menjelaskan bimbingan sebagai suatu proses pendidikan yang
berlanjutan, tersusun dan sistematik. Bimbingan bertujuan membantu seseorang
individu melalui daya usahanya sendiri untuk mengembangkan kebolehannya serta
membuat penyesuaian diri dengan kehendak masyarakat agar memperoleh
kesejahteraan hidup.
Lee
Keok Cheong et. all (2012) menyatakan bahawa bimbingan bukan merupakan
proses memberikan arahan kerana pembimbing tidak membuat keputusan untuk murid
atau klien tanpa mengambil kira apa langkah yang diambil ketika membimbing,
matlamat atau hasil yang dicapai merupakan usaha individu itu sendiri. Selain
itu, pembimbing tidak menentukan cara-cara individu itu memenuhi kehendak,
keperluan atau minatnya di samping diikhtiarkan oleh individu itu sendiri.
Menurut Akhiar Pardi dan Shamsina Shamsuddin (2013) bimbingan merupakan
bantuan yang diberikan kepada murid agar mereka dapat menyesuaikan diri dengan
orang lain serta persekitaran bilik darjah tempat murid tersebut belajar.
Bimbingan adalah satu proses di mana murid dibantu untuk belajar menyesuaikan
diri sendiri dengan orang lain dan situasi yang dihadapi.
1.2 Konsep Kaunseling
Secara amnya
kaunseling bukanlah bererti nasihat walaupun terdapat unsur nasihat di
dalamnya. Kaunseling adalah perkhidmatan utama yang termasuk dalam program
bimbingan. Ini kerana perkhidmatan kaunseling sering disifatkan sebagai nadi
kepadaa program bimbingan. Menurut Lee Keok Cheong et. all (2012) istilah
kaunseling berasal daripada perkataan Inggeris iaitu counseling. Berikut merupakan pengertian kaunseling yang diberikan
oleh beberapa orang tokoh dalam buku Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak
(2012):
Shertzer
dan Stone (1974) mentakrifkan kaunseling sebagai suatu proses interaksi
yang membolehkan individu itu memahami diri dan persekitarannya. Hal ini akan
membantunya membentuk matlamat dan nilai yang akan menjadi asas kepada tingkah
lakunya pada masa hadapan.
Menurut Boy dan Pine (1968) kaunseling ialah suatu perhubungan bersemuka di
mana seorang klien mendapatkan bantuan daripada seorang kaunselor. Perhubungan
ini mempunyai ciri-ciri seperti komunikasi yang efektif, saling
hormat-menghormati, penerimaan klien seccara tulen oleh kaunselor dan penumpuan
diberikan kepada keperluan masalah serta perasaan klien.
Manakala menurut Arbuckle (1965) menjelaskan kaunseling
ialah proses membantu klien melihat siapa sebenar dirinya, apa yang dimilikinya
dan apa yang dia tidak boleh buat dengan mudah, apa yang sukar untuk dicapai
dan apa yang tidak boleh dicapai langsung.
Gustael
dan Berdie (1953) mentakrifkan kaunseling sebagai proses berorientasikan
pembelajaran yang dijalankan dalam suatu suasana sosial yang mudah, di mana
kaunselor yang terlatih cuba membantu klien mencapai matlamat-matlamat hidup
agar dia menjadi anggota masyarakat yang gembira dan produktif.
Kesimpulannya, kaunseling adalah
suatu perhubungan bersemuka yang disifatkan sebagai komunikasi yang berkesan
dan penerimaan klien secara tulen oleh kaunselor serta perhubungan unik yang
menggalakkan kebebasan pemikiran dan pernyataan perasaan klien. Perhubungan ini
adalah secara terbuka di mana tanggungjawab hasil prosesnya bergantung kepada
klien dan bukannya kaunselor.
1.3 Konsep Psikoterapi
Terapi ialah
rawatan sesuatu penyakit fizikal atau mental melalui proses pemulihan tanpa
penggunaan ubat atau pembedahan. Rawatan gangguan mental dilakukan melalui
pelbagai bentuk terapi, yang merangkumi prosedur untuk memulihkan orang yang
menghadapi gangguan mental.
Terapi psikologi yang berasaskan
andaian bahawa gangguan mental adalah disebabkan oleh konflik emosi,
pembelajaran mala adaptif atau salah suai, kognitif atau tingkah laku
bermasalah. Psikoterapi boleh diertikan sebagai pemulihan minda atau pemulihan
kendiri iaitu rawatan sakit jiwa atau gangguan mental dengan menggunakan kaedah
psikologi (Mok Soon Sang, 2010).
Menurut Lee Keok Cheong et. all (2012) perkataan psikoterapi sering
digunakan untuk membawa makna yang hampir sama dengan kaunseling. Oleh itu,
perbezaan yang nyata antara psikoterapi dengan kaunseling tidak dapat
ditentukan. Perbezaan antara kaunseling di sekolah dan situasi klinikal ialah di
sekolah perkhidmatan kaunseling dikenali sebagai kaunselor manakala dalam
situasi klinikal dikenali sebagai ahli psikoterapi.
Cotton
(1992) dalam buku Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak telah menekankan
bahawa perbezaan antara kaunseling dengan psikoterapi adalah masih kurang
jelas. Hal ini kerana, program berasaskan hospital juga menyediakan
perkhidmatan kaunseling dan perkhidmatan terapi.
Terapi berasaskan biologi bermula
dengan andaian bahawa gangguan mental adalah di bawah bidang patologi otak dan sistem
saraf. Terapi ini yang berdasarkan andaian bahawa kesakitan individu mempunyai
kecenderungan genetik yang menimbulkan gangguan mental, ketidakseimbangan
sistem saraf, masalah hormon atau infleksi.
2.0 SIFAT-SIFAT SEORANG GURU BIMBINGAN YANG UNGGUL
Menurut Mok Soon Sang (2011) guru biasa
memainkan peranan yang penting dalam membimbing murid di bawah jagaannya.
Antara tugas guru sebagai pembimbing murid ialah penyesuaian peribadi, sosial,
emosi dan akademik dengan persekitaran sekolah serta peraturan-peraturan
tatatertib dan sebagainya, khasnya dalam awal persekolahan. Dalam masa yang
sama, guru hendaklah memberi kesedaran kepada murid-murid di peringkat awal
sehingga mereka berjaya menanamkan sikap suka belajar dalam diri mereka.
Berikut merupakan sifat-sifat yang perlu ada dalam diri seorang guru bimbingan:
Seorang guru
bimbingan hendaklah memiliki sifat-sifat yang positif dan terbuka yang boleh
dicontohi oleh orang lain terutamanya murid-murid. Guru bimbingan tidak
seharusnya bersifat hipokrit untuk menarik minat atau kepercayaan orang lain
kepadanya. Sifat hipokrit yang ada dalam diri seorang guru bimbingan akan
membawa suasana terapeutik yang cuba diwujudkan dalam setiap sesi adalah
bersifat kepura-puraan dan dalam keadaan terpaksa. Walaupun setiap individu
bukanlah bersifat sempurna, namun hubungan yang dijalinkan hendaklah adanya
sifat kejujuran dan keikhlasan supaya klien mempercayai kita sepenuhnya.
Selain itu, seorang guru bimbingan
hendaklah mampu menyesuaikan diri dalam segala keadaan atau situasi. Sifat ini
akan mampu membina hubungan yang baik antara guru bimbingan dan murid-murid.
Guru bimbingan mestilah memiliki dan menguasai kemahiran-kemahiran Bimbingan
dan Kaunseling, kemahiran mendengar, kemahiran memimpin, kemahiran refleksi dan
sebagainya supaya mudah untuk berkomunikasi secara berkesan dengan murid-murid.
Guru bimbingan juga hendaklah
berusaha mempertingkatkan prestasi dirinya dari semasa ke semasa terutamanya
dari aspek pencapaian akademik, penguasaan kemahiran-kemahiran terkini, membina
hubungan yang baik dengan semua individu dan sebagainya. Dalam masa yang sama,
guru bimbingan juga perlu bersedia untuk memberi perkhidmatan tanpa mengira
batasan dan masa serta perlulah menjalani banyak latihan dan sentiasa
mempertingkatkan diri dalam aspek pengetahuan.
3.0 DUA JENIS TERAPI YANG SESUAI UNTUK MEMBANTU MURID
BERMASALAH
TINGKAH
LAKU DALAM PEMBELAJARAN YANG SERIUS
Terapi sangat
penting untuk menarik minat dan membantu murid bermasalah tingkah laku dalam
pembelajaran. Tidak dinafikan bahawa masalah tingkah laku murid ini secara
tidak langsungnya mempengaruhi orang sekeliling. Jadi, sebagai seorang guru
bimbingan di sekolah hendaklah bijak memilih terapi yang sesuai digunakan untuk
mengatasi masalah ini serta perlu merancang dan melaksanakan intervensi dengan
teratur dan rapi.
Mok
Soon Sang (2010), intervensi merupakan teknik digunakan dalam sesi terapi.
Maka, intervensi sering diaplikasikan untuk menangani masalah peribadi yang teruk,
termasuk penyalahgunaan dadah, gangguan makan, mencederakan diri,
penyalahgunaan komputer atau aktiviti menonton televisyen secara keterlaluan
dan terutamanya gangguan mental dan emosi.
Selain itu, intervensi langsung menggunakan
teknik kaunseling individu atau kumpulan, manakala intervensi secara tidak
langsung melibatkan kerjasama keluarga klien untuk menggalakkan mereka membantu
klien menyelesaikan masalah yang dihadapi. Terapi untuk kanak-kanak adalah
berlainan dengan remaja dan orang dewasa kerana kanak-kanak masih kurang matang
serta menghadapi masalah kekurangan perbendaharaan kata yang cukup untuk
menjelaskan gangguan mental dan emosi yang abstrak. Berikut merupakan dua jenis
terapi yang sesuai digunakan untuk membantu murid bermasalah tingkah laku dalam
pembelajaran yang serius:
3.1 Terapi Bercerita
Terapi bercerita
ialah seni mempengaruhi orang lain dengan bercerita berkenaan dilema
persendirian mereka. Terapi ini juga merupakan media komunikasi antara ahli
terapi dengan klien. Komunikasi ini digunakan sebagai psikoterapi untuk mempengaruhi
klien mengembangkan diri mereka dalam cara yang dipersetujui antara ahi terapi
dengan klien (Lee Keok Cheong et. all 2012).
Terapi bercerita merupakan suatu
pendekatan yang paling berkesan untuk kaunseling kanak-kanak yang mempunyai
tingkah laku bermasalah. Melalui pencertitaan yang mengandungi nilai-nilai
moral yang berkaitan, kanak-kanak dapat mempelajari cara menyelesaikan masalah sebagaimana
yang digunakan oleh watak cerita.
Pengalaman traumatik kanak-kanak
membolehkan mereka memproses pengalaman yang dihadapi dengan teknik bercerita.
Hal ini bertujuan supaya dapat belajar sifat kepercayaan dan perasaan
keselamatan dengan menggunakan proses modeling atau peniruan. Terapi ini dikira
berjaya sekiranya klien mengenali elemen-elemen dalam cerita itu dan
menggunakan hasil yang ada dalam cerita itu sebagai hasil mereka sendiri. Klien
boleh menyelesaikan masalah yang dihadapi setelah membuat pengenalan serta
membentuk visual dan imej dalaman.
Akhiar
Pardi dan Shamsina Shamsuddin (2013) menyatakan bahawa kanak-kanak boleh
menyerap pengajaran yang dipelajari daripada watak-watak dalam cerita tersebut
tanpa perlu bersikap defensif atau mempertahankan isu sendiri. Kanak-kanak akan
menganggap dan yakin bahawa kejayaan memang boleh dicapai secara realistik.
Cerita yang hendak diserap hendaklah berkaitan dengan pengalaman kanak-kanak
dan cerita hendaklah berakhir secara positif.
Selain itu, aktiviti bercerita
biasanya mengandungi tiga peringkat yang utama iaitu peracangan dan persediaan,
sesi bercerita dan penutup. Sebagai guru bimbingan tiga peringkat ini hendaklah
dirancang dengan baik supaya tidak menjadi kucar kacir semasa pelaksanaan
terapi bercerita ini nanti. Harus bagi seorang guru bimbingan untuk menarik
minat klien terapi ini berjaya mencapai matlamat yang diinginkan.
Dalam peringkat perancangan dan
persediaan, guru memilih cerita yang sesuai, menghafaz isi pentingnya dan
menyediakan alat bantu mengajar yang berkaitan. Guru hendaklah memulakan dengan
memperkenalkan tajuk cerita semasa terapi cerita ini dijalankan dan kemudian
menggunakan teknik bercerita serta menyampaikan isi kandungannya dengan suara
yang menarik. Peringkat penutup pula dijalankan oleh guru bimbingan sebagai
aktiviti susulan, misalnya perbincangan tema cerita dan moral yang terkandung
dalam cerita itu.
Jadual berikut merupakan teknik
terapi bercerita yang berkesan menurut Mok
Soon Sang (2010):
Teknik
|
Huraian
|
1.
Harus sensitif
|
Elok menggunakan haiwan sebagai watak cerita atau
menukar watak jantina, misalnya diri perempuan kepada lelaki.
|
2.
Harus kreatif
|
Cerita harus disampaikan secara kreatif dan dengan
penuh semangat dan perasaan supaya menarik perhatian kanak-kanak untuk
mendengar.
|
3.
Harus positif
|
Sentiasa mengakhiri cerita dengan peristiwa positif dan
kejayaan watak menangani masalah serupa dihadapi oleh kanak-kanak.
|
4.
Menggalakkan kanak-kanak mereka cerita
|
Selepas mendengar cerita, kanak-kanak digalakkan untuk
mereka cerita serupa tema yang diceritakan. Tujuan mereka cerita ini adalah
untuk menambah keyakinan kanak-kanak menyelesaikan masalah sendiri.
|
Jadual 1: Teknik terapi bercerita
3.2 Terapi Muzik
Lee Keok Cheong et. all (2012) menjelaskan
bahawa muzik adalah universal, kreatif dan adanya apresiasi bunyi. Manusia
bertindak balas terhadap muzik dari segi mental, emosi, fizikal dan rohani.
Muzik berupaya mengubah dan mewujudkan perasaan yang berlainan serta boleh
mempercepat ekspresi emosi di samping mengurangkan tekanan dan keresahan.
Menurut Mok Soon Sang (2010) terapi muzik merupakan suatu profesion penjagaan
kesihatan yang menggunakan muzik untuk menjaga keperluan individu dan dari
aspek fizikal, emosi, kognitif dan sosial. American Music Therapy Association
dalam buku Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak Psikologi Pendidikan dan
Pedagogi (2010) mendefinisikan terapi muzik ialah intervensi muzik klinikal
untuk mencapai matlamat individu di bawah hubungan terapeutik yang dilaksanakan
oleh terapis yang telah dilatih dan berjaya dalam program terapi muzik yang
diakui.
Terapi muzik sesuai diaplikasikan untuk
individu yang menghadapi masalah komunikasi yang merupakan intervensi
terapeutik berbentuk bukan verbal. Idea terapi muzik digunakan sebagai pengaruh
pemulihan yang boleh membawa kesan terhadap kesihatan dan tingkah laku
individu.
Selain itu, dalam pemilihan muzik
untuk menjalankan terapi ini adalah berdasarkan matlamat kaunseling sama ada
untuk mengadakan kaunseling pemulihan atau pencegahan. Dalam pemilihan muzik
ini sangat penting berdasarkan personaliti dan masalah klien tersebut.
Contohnya, jika klien seorang yang muram, pemilihan muzik yang bercorak riang
akan membuat klien tersebut memberontak secara senyap. Justeru, pemilihan muzik
juga mestilah berdasarkan keperluan-keperluan individu klien tersebut.
Menurut Akhiar Pardi dan Shamsina Shamsuddin (2013)
banyak pakar menjelaskan bahawa irama muzik atau rentak muzik sebenarnya yang
mempunyai kesai yang dapat mententeramkan manusia. Bukan mudah untuk memilih
muzik yang sesuai untuk klien kerana kebanyakkan individu akan memilih rentak
dan irama yang disukai dan bukan pada kesan yang diperoleh daripada rentak dan
irama muzik tersebut.
Umumnya, terapi muzik sesuai
digunakan oleh individu yang menghidapi Autism
Spectrum Disorder (ASD). Autisme ini membawa gangguan interaksi sosial,
komunikasi dan imaginasi individu iaitu termasuk tingkah laku dengan gaya yang
sama serta berulang-ulang, dan tentangan perubahan rutin. Seorang yang
menghadapi autisme ini biasanya suka bersendirian, pasif, aktif tetapi ganjil
melebihi formal, kaku dan kekok.
Dalam pada itu, Brown (1994) menjelaskan terapi muzik sebagai alat terapeutik yang
amat berguna untuk penghidap autisme. Elemen muzik boleh digunakan untuk
menjalin hubungan sosial, dan dengan bunyinya seperti nada (pitch), irama dan
rentak (rhythm) boleh diinterprestasi oleh terapis sebagai komunikasi emosi
yang berguna. Pada masa kini, sebagai intervensi kanak-kanak yang menghadapi
austisme, terapi muzik dijalankan serentak dengan pendekatan terapi bercerita.
Walau bagaimanapun, terapi muzik juga boleh dijalankan untuk murid-murid yang
menghadapi masalah tingkah laku yang serius dalam bilik darjah.
Dalam Islam,
muzik yang tidak membawa kepada perbuatan mungkar adalah dibenarkan. Para
ulama’ bersetuju muzik tidak dilarang Islam berdasarkan kepada firman Allah SWT
dalam Surah Luqman (31:19) yang bermaksud: “Dan sederhanakanlah langkahmu
semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya
seburuk-buruk suara ialah suara keldai.” Menurut al-Ghazali dalam ayat yang
berkaitan, Allah s.w.t memuji suara yang baik, sehingga tidak dilarang
mendengarkan nyanyian yang baik.
Kesimpulannya, terapi muzik boleh
memainkan peranan signifikan dalam proses penilaian kanak-kanak yang menghadapi
gangguan komunikasi kerana ciri muzik adalah bukan verbal dan medium digunakan
dalam sistem komunikasi praverbal. Gunakan muzik alam seperti bunyi ombak di
pantai, deruan angina perlahan atau bunyi unggas untuk tempoh masa selama 20
minit hingga 25 minit.
4.0 PROSEDUR DAN APLIKASI TERAPI BERCERITA DAN TERAPI
MUZIK BAGI
MEMBANTU MURID
YANG BERMASALAH TINGKAH LAKU DALAM
PEMBELAJARAN
YANG SERIUS
Penulisan
Refleksi
Membuat refleksi keseluruhan tugasan yang panjangnya
dalam lingkungan 500 patah perkataan.
|
Terlebih dahulu
saya ingin menyatakan rasa bersyukur kepada Allah s.w.t kerana saya dapat
menyiapkan tugasan projek EDU 3073 ini dengan jayanya. Pelaksanaan Pentaksiran
Kerja Kursus Projek bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan EDU 3073 iaitu
Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak pada semester 7 ini memberi peluang kepada
saya untuk menimba pengetahuan dan
kemahiran sebagai pendidik dan seterusnya bijak membuat keputusan dalam bilik
darjah. Dengan adanya tugasan ini, saya dapat merancang dan melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran yang berdaya fikir dan efektif dalam bilik darjah
mahupun luar bilik darjah. Selain itu, saya juga mampu mengaplikasikan segala
kemahiran berkaitan dengan ilmu Bimbingan dan Kaunseling kanak-kanak yang saya
telah pelajari hasil dari tugasan EDU 3073 di samping mampu menyediakan
keperluan fizikal dan mental dalam menghadapi hari esok sebagai seorang
pendidik.
Sejurus sahaja
selepas mendapat soalan tugasan projek ini, pelbagai perancangan telah saya
atur dan lakukan bagi memastikan tugasan ini dapat disiapkan dengan sebaiknya
dan dihantar pada masa yang telah ditetapkan. Saya cuba sedaya upaya untuk
merancang segala keperluan bagi memastikan pelaksanaan tugasan ini teratur
dengan rapi. Saya telah mencari bahan dan maklumat yang diperlukan dalam
tugasan ini terutamanya buku rujukan yang berkaitan dengan Bimbingan dan
Kaunseling kanak-kanak.
Tugasan ini
dibahagikan kepada dua bahagian iaitu penulisan esei dan penulisan refleksi.
Dalam penulisan esei, penulis dikehendaki memilih dua jenis terapi yang sesuai
untuk membantu murid bermasalah tingkah laku dalam pembelajaran yang serius.
Selain itu, penulis dihendaki memilih seorang murid yang bermasalah untuk
mengaplikasikan dua terapi yang sudah dipilih untuk membantu murid tersebut.
Penulis juga hendaklah menerangkan langkah-langkah (prosedur) perlaksanaan
secara teliti dan sistematik berhubung aplikasi (penggunaan) terapi yang telah
dipilih. Manakala, tugasan seterusnya penulisan refleksi iaitu membuat refleksi
keseluruhan tugasan yang panjangna dalam lingkungan 500 patah perkataan.
Dalam refleksi
ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih khususnya kepada Encik Adib
Farhan Bin Sapian iaitu pensyarah bagi kursus EDU 3073 ini di atas segala
maklumat dan bimbingan yang telah diberikan kepada saya sebelum dan sepanjang
melaksanakan tugasan ini. Segala maklumat serta info-info yang disampaikan oleh
beliau di dalam bilik kuliah dapat saya gunakan dalam tugasan projek EDU 3073
ini. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan sekelas yang sentiasa memberi tunjuk
ajar dan bimbingan sepanjang melaksanakan tugasan ini.
Kelebihan yang
saya dapat sepanjang melaksanakan tugasan ini, saya mampu berinteraksi dan
berkolaborasi dengan lebih baik lagi bersama pensyarah sepanjang tempoh
menyiapkan tugasan projek ini. Segala ilmu dan nota yang diberi oleh pensyarah
kursus EDU 3073 ini digunakan sepenuhnya oleh saya untuk memastikan tugasan ini
siap dengan baiknya. Tugasan ini juga mampu memotivasikan diri saya supaya
lebih menepati masa dan mendisiplinkan diri dalam kehidupan seharian bergelar
sebagai seorang guru pelatih. Dalam pada itu, kelebihan yang saya dapat ialah
rakan-rakan telah banyak membantu dari segi mendapatkan maklumat kerana tanpa
bantuan daripada mereka, tugasan yang saya laksanakan ini tidak sebaik yang
diharapkan. Pelaksanaan tugasan ini telah banyak memberi ilmu pengetahuan
baharu kepada saya berkaitan dengan ilmu Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak
yang diaplikasikan semasa menjalani praktikum dan bergelar seorang pendidik
masa akan datang. Selain itu, kelebihan yang saya dapat juga ialah, saya dapat
membantu murid yang bermasalah tingkah laku dengan menggunakan terapi yang
telah dipilih untuk membantu murid tersebut mengatasi masalah yang dihadapi.
Secara tidak langsung, tugasan ini membawa saya untuk menerokai ilmu Bimbingan
dan Kaunseling dengan lebih dalam lagi. Seterusnya, tugasan ini membawa saya lebih
banyak membaca berkaitan dengan ilmu Bimbingan dan Kaunseling di media
elektronik. Sememangnya, ilmu ini sangat penting yang perlu ada dalam diri
seorang guru untuk menghadapi dunia pendidikan yang penuh dengan cabaran pada
masa kini. Kelebihan yang saya dapat ini saya akan sentiasa aplikasikan apabila
berada dalam bilik kuliah, menjalani praktikum dan menjadi pendidik yang
sebenar pada masa akan datang.
Dalam usaha saya
menyiapkan tugasan ini, kekurangan yang saya dapat ialah, saya menghadapi
masalah kekangan masa dan dalam masa yang sama menjalani praktikum fasa 3
selama tiga bulan. Kekangan masa ini ditambah lagi dengan tugasan bagi kursus
yang lain pula pada semester 7 ini serta kesibukan dengan aktiviti sekolah yang
sentiasa padat pada setiap petang. Namun saya sentiasa bersabar dan cuba
membahagikan masa dengan lebih bijak untuk menyiapkan segala tugasan yang
diberi. Kekurangan yang saya hadapi juga ialah masa saya banyak terbuang dalam
mencari seorang murid yang bermasalah di sekolah saya menjalani praktikum. Hal
ini kerana, masa tidak mengizinkan saya untuk menjalankan sesi terapi ke atas
murid. Terus terang saya katakan di sini, tugasan bagi EDU 3073 ini sangat
mencabar bagi diri saya kerana ianya memerlukan pengetahuan dan pemahaman yang
kukuh berkaitan dengan ilmu perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.
Tugasan ini juga
memberi impak yang besar ke atas diri saya sebagai seorang bakal pendidik. Hal
ini kerana, tugasan ini banyak mengajar saya untuk lebih cekap dari segi
membahagikan masa dan bertindak dalam kehidupan seharian. Seorang guru mestilah
menepati masa dan mampu untuk menyiapkan pelbagai kerja yang dikehendaki.
Selain itu, saya juga lebih rapat dengan rakan-rakan sekelas, kerana mereka
telah banyak berkolaborasi dengan saya. Mereka telah banyak memberi tunjuk ajar
ke atas diri saya yang serba kekurangan ini. Tugasan ini juga mengajar saya
erti kesabaran yang tinggi dalam kehidupan seharian dan seterusnya mampu
memotivasikan diri saya sendiri supaya tidak terlalu tertekan dengan tugasan
EDU 3073 ini.
Alhamdulillah, di atas segala usaha yang saya buat,
akhirnya tugasan projek bagi kursus EDU 3073 iaitu Bimbingan dan Kaunseling
Kanak-kanak ini siap sepenuhnya. Sesungguhnya melalui tugasan ini banyak
membuka minda saya untuk berfikir dan memahami kerjaya seorang guru yang
komited dengan tugasnya. Harapan saya semoga dengan berakhirnya tugasan ini
mampu mendidik saya menjadi seorang yang rajin dan menepati masa yang telah
ditetapkan. Dalam pada itu, pengalaman melalui penulisan tugasan ini akan saya
bawa apabila bergelar seorang pendidik pada masa akan datang.
No comments:
Post a Comment