Pernyataan Profesional
Praktikum
pengajaran di sekolah rendah merupakan satu pengalaman yang bermakna untuk
tempoh tiga bulan ini yang juga merupakan pengalaman ketiga bagi saya.
Perjalanan bagi menjadi seorang guru yang bertauliah dan terlatih kini telah
hampir tiba. Melalui praktikum ini, pendedahan awal dalam pengajaran murid di
sekolah dapat saya lalui. Praktikum Fasa 3 yang akan saya jalani ini bermula
dari 25 Januari hingga 22 April 2016
iaitu selama 12 minggu. Hakikat yang dihadapi kini adalah satu pengalaman yang
perlu dihadapi guru dalam menempuh kehidupan sebenar alam persekolahan.
Praktikum yang
akan dijalani ini merupakan satu instrumen praktik yang amat penting dalam
menjana perkembangan proses pembelajaan dan pembentukan guru yang mahir dan
berpengetahuan luas dalam pengajarannya di peringkat sekolah. Apabila berada di
sekolah, segala bentuk teknik, kaedah dan teori yang telah dipelajari akan saya
aplikasikan semasa menjalankan proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas berdasarkan kepada kesesuaian
penggunaannya. Oleh yang demikian, praktikum ini sebenarnya membantu dalam
menterjemahkan segala dapatan secara realiti dan konkrit mengikut situasi
sebenar semasa berada di sekolah.
Sepanjang tempoh dua
belas minggu praktikum yang dijalankan, perkara utama yang saya harapkan ialah untuk mampu
mempraktikkan segala ilmu pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari di IPG
sepanjang pembelajaran. Apa yang diharapkan, praktikum ini dapat membuka satu
ruang pengetahuan yang bermakna dan berguna kepada saya sebagai pelajar bagi
memantapkan lagi ilmu pendidikan, kemahiran, bakat, minat dan kaedah serta
pendekatan sedia ada. Kesannya juga akan dapat menjana pengetahuan yang baru.
Sekolah rendah merupakan gedung yang dipenuhi dengan pelbagai sumber yang boleh
dijadikan rujukan. Hasilnya, ilmu yang akan diperoleh itu akan memberikan makna yang bermanfaat kepada guru
pelatih dalam menjana perkembangan ke arah pemupukan jati diri guru yang
cemerlang.
Selain itu, dalam
merealisasikan keinginan membina persepsi diri sebagai seorang guru, pembinaan
jati diri juga turut menjadi keutamaan saya. Pembinaan jati diri ini saya perlu memperolehi pelbagai
pendedahan dalam pelbagai bidang berkaitan perguruan. Melalui praktikum ini
juga, saya dapat memahami dan mengenali
sedalamnya mengenai budaya murid dan guru serta suasana di sekolah rendah
sebagai pendedahan awal sebelum ditauliahkan sebagai seorang guru nanti.
Pendedahan awal ini sangat penting kepada bakal guru supaya teknik pengajaran dapat
dijalankan dengan betul mengikut ketetapan yang telah ditetapkan oleh
kementerian pelajaran. Semoga saya dapat
mengambil dan menimba ilmu sebanyak mungkin agar dapat digunakan dan
diaplikasikan semasa mengajar kelak. Akhir kata, apa yang diharapkan kehadiran
saya dapat diterima oleh warga sekolah disamping menimba banyak perkara berguna
sebagai persediaan untuk bergelar guru kelak.
No comments:
Post a Comment