LAPORAN KAJIAN TINDAKAN
TAJUK:
KETIDAKSESUAIN KAEDAH PENGAJARAN YANG DIGUNA GURU DALAM BAHASA
MELAYU
ABSTRAK
Kajian
ini bertujuan untuk meningkatkan kaedah pengajaran guru. Seramai 15 orang murid
dan seorang guru terlibat dalam kajian ini. Saya memfokuskan kepada kaedah
mengajar tatabahasa. Tinjauan awal yang dibuat melalui ujian pengesanan
menunjukkan murid kurang peka terhadap pengajaran saya yang dirancangkan. Oleh
itu, saya telah menggunakan kaedah main sambil belajar untuk meningkatkan pembelajaran
pelajar dalam sesuatu konsep. Saya menjalankan langkah-langkah yang dirancang
dan didapati penguasaan murid semakin memuaskan bernbnding sebelumnya.
Murid-murid tersebut juga menunjukkan sikap yang lebih positif dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran.
1.0 PENGENALAN
Pendidikan
peringkat rendah adalah pendidikan yang bertujuan untuk melahirkan insan yang
seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek,
rohani, emosi, dan jasmani selaras dengan hasrat Kurikulum Bersepadu Sekolah
Rendah (KBSR) dan Falsafah Pendidikan Negara.
Pada peringkat ini, Bahasa Melayu diajarkan sebagai mata pelajaran wajib, selaras dengan status Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara. Bahasa Melayu perlu dikuasai pada peringkat awal bagi membolehkan murid-murid berkomunikasi dan menimba ilmu pengetahuan, seperti kata pepatah Melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Pada peringkat ini, Bahasa Melayu diajarkan sebagai mata pelajaran wajib, selaras dengan status Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara. Bahasa Melayu perlu dikuasai pada peringkat awal bagi membolehkan murid-murid berkomunikasi dan menimba ilmu pengetahuan, seperti kata pepatah Melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Berdasarkan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah telah memuatkan senarai kemahiran asas berbahasa dan tatabahasa yang perlu dikuasai oleh murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Kemahiran-kemahiran berbahasa ini meliputi kemahiran lisan (mendengar dan bertutur), membaca, dan menulis. Tatabahasa pula meliputi aspek morfologi dan sintaksis bahasa Melayu.
Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah ini pula, mengandungi perincian, penjelasan serta huraian tentang Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu. Di dalam Huraian Sukatan Pelajaran ini, dimuatkan senarai kecekapan berbahasa dalam kemahiran mendengar dan bertutur, membaca, menulis, tatabahasa, penjodoh bilangan, peribahasa, dan perbendaharaan kata yang sesuai bagi peringkat persekolahan murid.
Cabaran utama bagi seorang guru dalam proses pembelajaran
adalah senantiasa mengubah dan menyesuaikannya dengan kebolehan dan kemampuan
murid.
Apatah lagi kaedah yang perlu
digunakan agar dapat memberi kesan keatas murid dan seterusnya mencapai
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
1.1 Refleksi
pengajaran dan pembelajaran terdahulu
Semasa
menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran bagi matapelajaran Bahasa Melayu
di kelas 2T, mengenai tajuk Kegunaan Buluh, saya dapati bahawa
murid saya tidak memberikan penumpuan ketika proses pengajaran dan
pembelajaran dijalankan. Saya perhatikan wajah murid yang nampak kebosanan dan
seolah-olah tidak mahu mendengar penerangan mahupun aktiviti yang telah
dirancang oleh saya. Terdapat juga murid yang bermain dan berbual-bual
dalam kumpulan. Ini menimbulkan rasa kurang senang di hati saya. Keadaan murid
yang tidak menumpukan perhatian ini telah menyebabkan
hasil pembelajaran yang dilaksanakan tidak dapat dicapai sepenuhnya.
Selain itu, telah menjejaskan markah murid dalam ujian yang dilakukan di akhir
proses pengajaran dan pembelajaran.Dari keputusan ujian yang dijalankan,
didapati jawapan yang diberikan oleh
sesetengah murid tidak menepati skema pemarkahan. Saya berandaian keadaan ini
terjadi berpuncadaripada ketidakfahaman
murid terhadap sesi penerangan yang dilakukan sebelumnya dan
kesannya mereka tidak dapat menjawab soalan dengan betul. Apakah yang menyebabkan mereka tidak dapat menumpukan
perhatian sepenuhnya?Adakah cara penyampaian saya
bermasalah semasa sesi penerangan ? Adakah penyampaian saya tidak menarik dan
telah membuatkan mereka bosan? Atau, adakah penggunaan alat bantu mengajar saya
tidak berkesan untuk menarik minat murid ? Setelah melakukan refleksi terhadap
proses pengajaran dan pembelajaran berkenaan, saya telah mengesan masalah
ini timbul adalah berpunca daripada penggunaan alat bantu mengajar yang
saya tidak menarik dan ianya tidak melibatkan interaksi dua hala antara guru
dan murid. Alat bantu mengajar yang saya gunakan hanya melibatkan interaksi
sehala sahaja, Keadaan ini telah mendorong saya untuk melaksanakan satu kajian
tindakan yang melibatkan penggunaan alat bantu mengajar semasa sesi
pembelajaran.
Ketika
sesi penerangan dalam proses pengajaran dan pembelajaran ini, saya hanya
menggunakan gambar dan papan putih kecil untuk menyampaikan isi pelajaran.
gambar yang dipaparkankan mengenai tajuk pelajaran pada sesi ini iaitu kegunaan
buluh. Saya telah memberikan penerangan dengan menggunakan
gambar.Kaedah ini telah menyebabkan sesetengah murid menjadikan bosan dengan
pengajaran dan pembelajran yang dijalankan oleh guru. Kebosanan yang melanda
diri pelajar menjadikan penyampaian tidak berkesan dan isi pengajaran yang
ingin disampaikan oleh guru kepada murid tidak sampai sepenuhnya . Ini kerana
murid hanya mendengar dan tidak melakukan sebarang aktiviti.
Untuk
itu, saya perlu mencari kaedah alternatif bagi mengatasi masalah kebosanan
murid ini agar perhatian murid dapat dipertingkatkan dan seterusnya memberi
kefahaman terhadap isi pelajaran yang hendak disampaikan.
1.2 FOKUS
KAJIAN
1.2.1 Isu Kajian
Berdasarkan
refleksi pengajaran dan pembelajaran yang terdahulu, masalah yang saya alami
dari sesi pengajaran dan pembelajaran tersebut adalah tahap perhatian dan
kefahaman murid sangat rendah. Ini dibuktikan dengan markah ujian yang ditadbir
selepas sesi pengajaran dan pembelajaran. Keadaan ini berlaku adalah berpunca
daripada kaedah pengajaran dan pembelajaran yang saya gunakan tidak sesuai
dengan keadaan murid.
Menurut
Mok Soon Sang (20060, kaedah pengajaran merujuk kepada penggunaan semua cara
yang efektif bagi membantu guru menyampaikan pengetahuan, kemahiran dan nilai
yang dininginkan oleh murid. Oleh itu, bagi menyampaikan pengajaran dengan
sempurna seseorang guru hendaklah memilih suatu kaedah yang terbaik supaya
dapat memberikan kesan kepada murid yang diajar.
Merujuk
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tahun 2, setiap Rancangan Mingguan terdapat
kemahiran menulis menitik beratkan penggunaan kata nama
Fokus Utama: 3.1 Menyampaikan maklumat
tentang sesuatu perkara atau tajuk dengan menggunakan kata istilah, frasa,
struktur ayat yang betul dan laras bahasa yang sesuai.
Aras (3) i. Menghuraikan
maklumat yang dissampaikan dengan menggunakan bahasa yang sesuai.
Fokus sampingan:8.1 Membina dan menulis
perkataan, ayat tungal, dan ayat majmuk.
Aras (2) Melengkapkan ayat dengan
perkataan yang sesuai.
Oleh
itu, saya mesti lakukan sesuatu kajian dijalankan keatas permasalahan yang
timbul dengan merancang kaedah pengajaran yang berlainan sebagai langkah untuk
mengatasi masalah ini. Saya perlu meningkatkan penguasaan kemahiran penggunaan
kata nama melalui kaedah yang dirancang. Sebelum itu, saya telah mengenalpasti
peserta yang akan diketengahkan dalam kajian ini iaitu sebahagian murid dari kelas
yang sama. Berdasarkan catatan markah ujian dalam pengajaran dan pembelajaran
terdahulu, seramai 15 murid dipilih sebagai peserta bagi kajian ini. 15 orang
murid yang dipilih ini telah memperolehi markah terendah dalam ujian yang
dijalankan daripada sesi pengajaran dan pembelajaran terdahulu.
Setelah
mengenalpasti masalah yang timbul adalah berpunca daripada ketidaksesuaian
kaedah yang digunakan dalam sesi pengajaran, maka saya telah memilih kaedah
bermain meneka silang kata untuk meningkatkan perbendaharaan kata dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran bagi kajian ini.
Teka silang kata ialah permainan untuk menguji minda dengan
menggunakan huruf-huruf yang dicantum menjadi perkatan, biasanya diberikan
soalan atau pembayang untuk menjawab pada kotak-kotak yang disediakan.
1.3 OBJEKTIF KAJIAN
1.3.1 Objektif Umum
i) Meningkatkan kefahaman murid dalam matapelajaran Bahasa Melayu
melalui kaedah bermain silang kata.
1.3.2 Objektif Khusus
i) Meningkatkan penguasaan murid terhadap pengajaran dan
pembelajran Bahasa Melayu melalui kaedah bermain silang kata..
ii) Meningkatkan daya ingatan murid terhadap penggunaan kata nama.
iii) Menilai keberkesanan kaedah bermain silang kata dalam
meningkatkan kefahaman dan perhatian murid.
1.4 Persoalan Kajian
i) Adakah kaedah bermain silang kata dapat meningkatkan kefahaman
murid?
ii) Adakah dengan bermain silang kata dapat meningkatkan perhatian
murid?
iii) Adakah kaedah bermain silang kata berkesan dalam meningkatkan
kefahaman dan perhatian murid?
1.5 Tinjauan Literatur
Kajian
yang telah dijalankan adalah berfokus kepada kaedah pengajaran dan pembelajaran
yang digunakan, bagi bertujuan meningkatkan perhatian dan kefahaman murid
terhadap isi pelajaran yang disampaikan oleh guru.
Menurut
Tengku Sarina Aina dan Yusmini (2006), terdapat pelbagai kaedah yang dapat
digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran diantaranya adalah kaedah
hafalan, syarahan, kuliah, soal jawab, permainan, penyelesaian masalah dan
sebagainya.
Menurut
Tengku Sarina Aina dan Yusmina (2006) lagi, permainan adalah satu cara bagi
melatih murid memperolehi sesuatu maklumat berdasarkan pada mesej yang tersirat
di sebalik aktiviti permainan yang dilaksanakan.
Jika
dilihat pada sesi pengajaran dan pembelajaran yang terdahulu, saya hanya
menerangkan dengan menggunakan gambar sebagai bahan bantu mengajar. Menurut
Abdul Ghafar (2003) kaedah kuliah atau kaedah knovensional menyebabkan ramai
pelajar menjadi bosan dengan pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh
guru. Kebosanan yang melanda diri murid menjadikan penyampaian tidak berkesan
dan isi pengajaran yang ingin disampaikan oleh guru kepada murid tidak sampai
sepenuhnya secara maknsimum. Keadaan ini secara tidak langsung telah
menjejaskan pemahaman dan perhatian murid terhadap isi pelajaran tersebut.
Dengan
itu, saya telah mencari kaedah alternatif bagi menghilangkan kebosanan murid
terhadap pengajaran dan pembelajaran. Kaedah yang saya pilih adalah kaedah
permainan. Menurut Shahabuddin, Rozaini dan Mohd Zohir (2003) tokoh yang banyak
membincangkan peranan bermain dalam pendidikan ialah Froebel.Menurut beliau,
aktiviti bermain dapat meningkatkan kemahiran belajar dikalangan murid. Di
peringkat rendah, kanak-kanak perlu bermain bagi meningkatkan kemahiran
psikomotor dan kemahiran sosial mereka. Permainan yang digunakan untuk setiap
umur adalah bebeza mengikut tahap kematangan murid.
Selain
itu, menurut Rashidi dan Abd Razak (1996) penggunaan kaedah permainan adalah
utuk menambahkan keseronokan kepada pembelajaran. Permainan juga mempunyai
ciri-ciri yang tertentu. Ciri yang paling menarik dalam kaedah permainan ini
adalah wujud unsur-unsur persaingan dan cabaran dalam aktiviti yang dirancang.
Kaedah ini dapat mengurangkan kebosanan yang biasanya dikaitkan dengan
pembelajaran melalui kaedah pengajaran seperti latih tubi dan kuliah.
Menurut
Endra Devi Supiah dan Che Nasir (2008) pula, kanak-kanak amat sinonim dengan
bermain. Melalui bermain seorang kanak-kanak dapat mengembangkan kemahiran
mereka secara menyeluruh. Sebagai contoh, kemahiran interpersonal mewujudkan
ciri-ciri pembelajran sembil bermain dan mengetengahkan penerokaan bagi
merangsang minda mereka dengan cara yang tepat untuk perkembangan.
Selain
tokoh barat, terdapat juga tokoh insan islam yang membincangkan peranan bermain
kepada kanak-kanak iaitu Imam Al-Ghzali. Imam Al-Ghazali (Hassan
Langgulung,1979) berpendapat, menitikberatkan bermain bagi murid kerana dengan
bermain mlurid boleh mengembangkan sikap semula jadi mereka disamping
menyihatkan tubuh dan menguatkan otot-otot. Beliau juga menyatakan dengan
bermalin boleh mendatangkan kegembiraan, kerehatan bagi kanak-kanak selepaas
penat belajar. Perlaksanaan pendekatan belajar melalui bermain hendaklah
dijalankan degan mengambil kira hasil pembelajaran yang ingin dicapai dan
ditentukan. Bahan juga perlu sesuai dan berfaedah kepada perkembangan murid.
Melalui pendekatan ini juga dapat mengukuhkan penguasaan konsep pembelajaran
umum kepada yang leih spesifik.
Menurut
Raghir Kaur (2007) bermain merupakan aktiviti kegemaran murid-murid kerana
mereka dapat mengekspresikan perasaan dan emosi gembira. Mereka. Menurut beliau
juga, kaedah permainan terdiri daripada aktiviti yang dijalankan secara spontan
yang membawa kepada pembelajaran. Satu daripada kebaikan kaedah ini adalah
ianya memberi peluang kepada murid untuk belajar sambil bermain. Terdapat
beberapa bentuk aktiviti dalam kaedah permainan antaranya adalah sseperti
permainan dengan barang maujud, permainan khyalan, bermain dengan menjelajah
dan permainan mengambil bahagian dan mencantum semula.
Menurut
Shahabuddin, Rozaini dan Mohd Zohir (2003) antara tokoh lain yang menyatakan
mengenai keperluan bermain adalah Pieget. Pieget menyatakan permainan dapat
menimbulkan perasaan seronok kepada murid dan seterusnya menggalkkan interaksi
dan kefahaman kepada murid. Permainan seperti teka silang kata, puzzle,
teka-tekai, maze, mencari barang tersembunyi dan seumpamanya amat sesuai
digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajran. Oleh itu, saya telah memilih
permainan teka silang kata sebagai bahan bantu mengajar dalam melakukan kaian
ini.
1.6 Kumpulan Sasaran
Kajian
ini melibatkan 15 orang murid Tahun 2 yang terdiri daripada 8 lelaki dan 7
perempuan. Murid-murid ini sentiasa tidakmengambil
berat terhadap penggunaan kata nama.
Murid yang cemerlang juga kadangkala cuai dalam penggunaan kata nama apatah
lagi murid lemah. Oleh itu saya menjalankan Program Kajian Tindakan ini untuk
mengatasi masalah tersebut.
1.7 METHODOLOGI KAJIAN
Methodologi yang digunakan ialah:
a. Pemerhatian
Mnurut
Sidek Mohd Noah (2002) pemerhatian merupakan satu kaedah penyelidikan ang
digunakan untuk mengukur pemboleh ubah penyelididkan. Melalui pemerhatian
seseorang penyelidik dapat mengamati sesuatu tingkah laku subjek berpandukan
pemboleh ubah-pemboleh ubah yang telah dikenalpasti. Jenis pemerhatian yang
digunakan di dalam kajian ini adalah pemerhatian peserta. Pemerhatian jenis ini
melibatkan pemerhatian atau pengkaji menjadi salah seorang daripada ahli
kumpulan yang hendak dikaji dan dalam masa yang sama bertindak sebagai
pemerhatian. Kebaikan kaedah pemerhatian ini ialah penyelidik dapat mengalami
sendiri aktiviti yang dirancang dan ini menjadikan dapat pemerhatian menjadi
leblih sah dan boleh dipercayai.
Pemerhatian
yang dijalankan dalam proses pengumpulan data ini adalah pemerhatian
berstruktur. Menurut Chua Yan Piaw (2006) melalui pemerhatian berstruktur
pengkaji mengumpul data berdasarkan tingkahlaku yang diperhatikan, di mana
tingkahlaku-tingkahlaku tersebut telah disenaraikan dalam borang pemerhatian .
Tingkahlaku ini juga disebut sebagai pembolehubah.
Bagi
kaedah pemerhatian ini, saya telah menyediakan satu borang bagi kumpulan
peserta yang hendak dikaji. Pemerhatian dilakukan berdasarkan sikap murid
dilihat secara tidak langsung ketika aktiviti pengajaran dan pembelajaran
dijalankan.
b. Soal selidik
Borang
soal selidik diberi kepada murid dan guru membacakannya untuk mendapatkan
jawapan yang tepat secara jujur. Soal selidik dijalankan adalah bertujuan untuk
menilai keberkesanan kaedah bermain silang kata dapat meningkatkan perhatian
dan kefahaman murid terhadap tajuk pelajaran yang diajar. Soal selidik yang
dibina mempunyai dua bahagian yang ingin dilihat iaitu bahagian 1 kefahaman
manakala bahagian 2 adalah pemerhatian. Borang soal selidik ini akan diedarkan
setelah selesai proses pengajaran dan pembelajaran yang mengguankan kaedah main
sambil belajar. Murid diminta mengisi borang sejurus selesai proses pengajaran
dan pembelajaran tersebut.
c. Ujian Pengesanan
Diberi
kepada murid untuk mengukur sejauh mana pencapaian dan pemahaman mereka.
Menurut
Mohamad Najib Abd Ghafar (1999) sesebuah penyelidikan yang berdasarkan prestasi
memerlukan penyelidik menyediakan ujian yang mana proses tersebut dinamakan
pengujian. Menurutnya lagi, pengukuran yang menggunakan teknik ujian
menghasilkan skor. Skor atau markah mengikut skala tetentu adalah data
kuantitatif yang selalu digunakan dalam analisis. Skor-skor ini diperolehi
daripada jawapan subjek berdasarkan soalan yang disediakan oleh penyelidik.
Reka
bentuk ujian yang telah digunakan dalam kajian ini adalah reka bentuk ujian
pasca. Menurut Chua Yan Piaw (2006) ujian pasca merupakan reka bentuk
eksperimental benar yang paling ringkas tetapi ia mempunyai kesahan dalaman
yang tinggi.Dalam reka bentuk ini, murid-murid diagihkan ke dalam dua kumpulan
secara rawak, dan variebel bersandar hanya diukur sekali sahaja, iaitu melalui
ujian pasca.
Berdasarkan
kajian ini, ujian diadakan adalah bertujuan untuk menguji samaada kaedah
bermain sambil belajar dapat meningkatkan peratus skor murid dalam ujian atau
tidak, Ujian yang dibina mempunyai 5 soalan struktur yang mana setiap soalan
adalah berdasarkan kepada tajuk pelajaran yang diajar. Skor keseluruhan bagi
ujian ini adalah 10 markah iaitu 2 markah untuk setiap soalan.
1.8
PELAKSANAAN KAJIAN
Sebelum
langkah-langkah yang seterusnya diambil, saya telah
meninjau masalah-masalah yang menyebabkan kegagalan murid dalam
menguasai kemahiran penggunaan kata nama methodologi yang dinyatakan.
1.8.1 Prosedur tindakan
1. Melakukan tinjauan awal terhadap kumpulan sasaran mengikut
kelas yang diajar dan memerhatikan keadaan fizikal murid.
2. Mengadakan proses pengajaran dan pembelajaran yang pertama
menggunakan kaedah slaide.Seterusnya saya membuat pemerhatian terhadap keadaan
murid dan membuat refleksi selepas sesi pembelajaran.
3. Dengan menganalisis refleksi pengajaran awal. Saya dapat
mengenalpasti permasalahan yang wujud dalam proses pengajaran
dan pembelajaran serta menetapkan masalah yang hendak dijadikan subjek kajian.
4. Saya mendapatkan maklumat murid untuk membuat kajian.
5. Saya merancang proses pengajaran dan pembelajaran yang
menggunakan kaedah bermain silang kata. Saya menyediakan rancangan pengajaran
yang baharu dan menyediakan silang kata.
6. Saya melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan
mengaplikasikan kaedah bermain silang kata. Saya membuat pemerhatian semasa
proses pembelajaran dan mengadakan ujian selepas sesi pengajaran dan
pembelajaran.Selepas itu, saya mengedarkan borang soal selidik. Akhir sekali,
saya melakukan refleksi pengajaran.
7. Saya menganalisis keputusan ujian, pemerhatian dan soal
selidik.
8. membuat perbandingan terhadap keputusan ujian, pemerhatian dan
soal selidik dengan pembelajaran terdahulu.
1.8.2 DAPATAN KAJIAN
Di
dalam bab ini kaitan antara tiga elemen utama dalam kajian ini akan dihuraikan
iaitu persoalan kajian, analisis instrument kajian dan tinjauan literatur yang
berkaitan.
Persoalan 1 : Adakah kaedah bermain
silang kata dapat meningkatkan kefahaman murid ?
Berdasarkan
keputusan analisis ujian yang dilakukan, dapat dirumuskan bahawa markah murid
telah dapat dipertingkatkan dengan penggunaan kaedah bermain silang kata dalam
proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.
Keadaan
ini bertepatan dengan kajian yang dijalankan oleh Nor Fatihah Nordin(2009).
Berdasarkan ujian yang dilakukan, telah mengenalpasti kaitan penggunaan kaedah
permainan dapat meningkatan perestasi murid terhadap
tajuk pelajaran, didapati peratus peningkatan ujian adalah 0-50
peratus. Ini menunjukkan penggunaan kaedah permainan telah dapat meningkatkan
prestasi murid dalam ujian.
Permainan
boleh menjadi satu cara yang efektif untuk membantu murid mempelajari kemahiran
asas dan seterusnya untuk membaca dengan lancar. Kebolehan murid menjawab
soalan dengan tepat ini telah mempengaruhi markah ujian mereka.
Keadaan
ini secara tidak lagsung telah dapat menjawab kepada persoalan kajian saya yang
pertama iaitu adakah kaedah main sambil belajar dapat meningkatkan kefahaman
murid.
Persoalan 2 : Adakah dengan bermain silang kata dapat meningkatkan
perhatian murid?
Persoalan
kajian kedua yang perlu dijawab melalui kajian ini ialah, adakah kaedah
permainan silang kata dapat meningkatkan perhatian murid. Bagi menjawab
persoalan kajian ini, suatu pemerhatian telah dilakukan keatas peserta yang
telah dipilih. Aspek-aspek pemerhatian telah ditetapkan terlebih
dahulu seperti adakah murid dapat menjawab soalan yang diberi oleh guru dan
murid dapat menyenaraikan isi pelajaran dari proses pengajaran dan
pembelajaran. Seperti yang telah diterangkan di dalam bab cara pengumpulan
data, kesemua aspek yang diperhatikan ini mempunyai kaitan dengan perhatian
Menurut Kajian yang dijalankan oleh Ahmad Damanhuri (2005) berdasarkan
pemerhatian beliau, semasa proses pengajaran dan pembelajaran, kebanyakan murid
cuba sedaya upaya menjawab soalan yang diberikan dalam bentuk permainan
bahasa.Mereka membuat rujukan dan berlumba-lumba untuk menjadi orang pertama
yang menjawab soalan. Pelajar kelihatan tidak tertekan dan proaktif dalam
menjawab soalan.
Keadaan
yang sama juga berlaku ke atas kajian ini dimana hasil pemerhatian yang
dilakukan ke atas peserta melalui dua sesi pengajaran dan pembelajaran iaitu
pengajaran menggunakan kaedah kuliah biasa dan pengajaran menggunakan kaedah
bermain silang kata. Didapati, sesi pengajaran dan pembelajaran menggunakan
kaedah bermain silang kata telah mencatatkan markah yang lebih tinggi
berdasarkan aspek pemerhatian yang telah ditetapkan.
Hasil
dapatan dari pemerhatian ini telah dapat membuktikan bahawa berlaku peningkatan
tahap perhatian murid terhadap pengajaran dan pembelajaran guru dengan
penggunaan kaedah bermain silang kata.
Pieget
menurut Shahabuddin, Rozaini dan Mohd Zohir (2003)menyatakan, permainan dapat
menimbulkan perasaan seronok kepada murid danseterusnya menggalakkan interaksi
dan kefahaman kepada murid. Perasaan seronok ini juga dapat menggambarkan
bahawa murid mengambil perhatian terhadap apa yang dipelajari mereka.
Persoalan
3: Adakah kaedah bermain silang kata berkesan dalam
meningkatkan kefahaman dan perhatian murid?
Bagi
menilai tahap kefahaman dan perhatian mrid, saya telah menjalankan soal selidik
ke atas peserta yang menjalani sesi pengajaran dan pembelajaran menggunakan
kaedah bermain silang kata.
Nor
Fatihah Nordin (2009) dalam soal selidik yang dijalankan keatas kajian beliau
mendapati, secara keseluruhan peserta kajian bersetuju bahawa kaedah permainan
dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu telah mewujudkan situasi
pembelajaran yang menyeronokkan kepada murid.
Menurut
Rashidi dan Abd Razak (1996) penggunaan kaedah permainan adalah untuk
menambahkan keseronokkan kepada pembelajaran. Permainan juga mempunyai
ciri-ciri yang tertentu seperti wujudnya unsur-unsur persaingan dan cabaran
dalam aktiviti yang dirancang. Kaedah ini dapat mengurangkan kebosanan yang
biasanya dikaitkan dengan pembelajaran melalui kaedah pengajaran seperti latih
tubi dan kuliah.
1.8. 3 REFLEKSI KAJIAN
Kaedah
bermain sememangnya suatu kaedah yang disukai oleh murid-murid di sekolah
rendah. Ini kerana dengan bermain mereka akan berasa seronok dan secara tidak
langsung akan dapat memberikan tumpuan terhadap proses pengajaran dan
pembelajaran. Berbeza dengan kaedah kuliah biasa yang menggunakan slaid,murid
hanya menjadi pendengar dan keadaan ini telah menimbulkan rasa bosan di dalam
diri murid. Kebosanan murid telah memberi kesan ke atas kefahaman dan perhatian
murid terhadap pengajaran guru.
Menyedari
keadaan ini saya telah melaksanakan suatu kajian yang berfokuskan kepada kaedah
bermain sambil belajar dalam pengajaran dan pembelajaran bagi
menggantikan kaedah kuliah biasa menggunakan slaid bertujuan untuk
menyelesaikan masalah kefahaman dan perhatian murid.
Sebelum
memilih kaedah permainan silang kata saya terlebih dahulu telah
membuat tinjauan literatur mengenai pendapat tokoh tentang kelebihan kaedah
bermain serta keberkesanannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Terdapat banyak tokoh yang membincangkan mengenai keberkesanan kaedah bermain
dalam pembelajaran murid. Dan bertitik tolak dari keadaan ini telah mendorong
saya memilih kaedah ini iaitu main sambil belajar untuk dijadikan
fokus kajian. Namun begitu, dalam usaha untuk mencari literatur mengenai kajian
yang dilakukan penyelidik terdahulu mengenai kaedah permainan telah menemui
jalan buntu. Ini kerana tidak banyak kajian yang berkaitan dengan kaedah ini.
kebanyakan literatur yang dapat diperolehi hanya berkaitan dengan kaedah
bermain sahaja. Ini telah sedikit sebanyak merencatkan proses kajian saya.
Namun kajian-kajian yang menggunakan kaedah bermain ini telah
menjadikan rujukan utama saya ketika kajian ini dilakukan.
Daripada
keseluruhan kajian yang dijalankan, didapati bahawa 3 persoalan kajian yang
diketengahkan di awal kajian telah dapat dirungkai satu persatu berdasarkan
dapatan kajian yang dilakukan. Ternyata kaedah bermain sambil belajar telah
dapat meningkatkan kefahaman dan perhatian murid dan secara tidak langsung
telah meningkatkan kefahaman murid .Kenyataan ini telah disokong dengan
keputusan daripada instrument-instrumen kajian yang dilaksanakan. Hasil
daripada analisis data instrument kajian yang juga dikukuhkan lagi dengan
pendapat-pendapat daripada tinjauan literatur, telah menjadikan kajian ini sebuah
kajian yang berjaya menyelesaikan masalah yang dikenalpasti.Bersesuaian dengan
tujuan kajian tindakan diadakan iaitu untuk menyelesaikan suatu permasalahan
dengan menggunakan kaedah tertentu.
1.8.4
CADANGAN TINDAKAN SETERUSNYA
Bagi
kajian yang seterusnya, saya mencadangkan agar kajian mengenai sikap murid
terhadap matapelajaran Bahasa Melayu melalui kaedah main sambil belajar
dijalankan ini. Ini kerana saya dapati murid sangat tertarik dengan penerapan
kaedah bermain dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian yang saya
jalankan ini hanya ingin melihat sejauhmana keberkesanan kaedah bermain dapat
meningkatkan kefahaman murid. Oleh itu saya memfokus kepada keputusan
instrumen-instrumen kajian seperti ujian dan pemerhatian. Berlainan dengan
kajian yang ingin melihat sikap murid terhadap sesuatu matapelajaran yang mana
kajian seperti ini akan dapat melihat penerimaan murid terhadap pembelajaran
menggunakan kaedah bermain.
Dengan
melakukan kajian mengenai sikap ini juga, seseorang pengkaji akan dapat
membuktikan lagi keberkesanan keadaan bermain ini dalam pembelajaran murid. Ini
kerana kajian memfokus kepada tingkahlaku murid semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran dengan menggunakan kaedah bermain. Ini bersesuaian dengan mendapat
beberapa tokoh yang menyatakan kaedah main sambil belajar akan dapat memberikan
pelbagai manfaat kepada murid dan guru dengan secara tidak langsung.
RUJUKAN
1) Abdul
Ghafar Md Din (2003) Prinsip dan Amalan Pengajaran.Kuala Lumpur :
UtusanPublication & Distributors Sdn Bhd.
2) Chua
Yan Piaw (2006) Kaedah Penyelidikan Buku 1.McGraw Hill (Malaysia) Sdn Bhd.
3) Endra
Devi Supiah (SMK Dato’Mohd Reza, N.Sembilan) Che Nasir Che Hussin ( SMK Putera
Kota Bharu, Kelantan) Kaedah Belajar Sambil Bermain.Kuala Lumpur
4) Mohamad
Najib Abdul Ghafar (1999) Penyelidikan Tindakan.Johor : UniversitiTeknologi
Malaysia.
5) Mok
Soon Sang (2008) Psikologi Pendidikan dan Pedagogi : Murid dan Alam
Belajar.Selangor : Penerbit Multimedia Sdn Bhd.
6) Musthafa
Bacharudin (2003) EFL for Young Learners : Course Materials.Bandung,Indonesia,
Universiti of education.
7) Raghir
Kaur a/p Loginder Singh (2007) Panduan Ulangkaji Ilmu Pendidikan
Untuk Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) Sekolah rendah dan
Menengah.Selangor : Kumpulan Budiman Sdn Bhd.
8) Rashidi
Azizan dan Abd Razak Habib (1996) Pengajaran Bilik Darjah-Kaedah
danStrategi.Selangor : Masa Enterprise Sdn Bhd.
No comments:
Post a Comment