Bilangan Jurnal
Minggu Praktikum
Tarikh Peristiwa / Kejadian
Tajuk
Jurnal
|
:
:
:
:
|
Ke-3
Ketiga
01 Ogos 2013
Masalah Pengurusan Masa
|
1. Masalah /
Peristiwa
Hari ini (01 Ogos 2013) saya
telah menghadapi masalah pengurusan kelas khususnya dalam pengurusan masa
pengajaran dan pembelajaran Tahun 4 Adil. Hal ini telah mengakibatkan terdapat
aktiviti atau kemahiran yang hendak diajar terpaksa diajar secara tergesa-gesa
dan saya pasti ini perkara ini menyebabkan murid-murid tidak mempelajari kemahiran
pada hari tersebut dengan sepenuhnya.
2. Analisis
Masalah ini timbul kerana kerana waktu pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Jasmani Tahun 4 Adil pada hari tersebut merupakan waktu berkembar (1
jam) menyebabkan guru mengajar kemahiran yang berbeza dalam tempoh masa
tersebut.Sebagai contoh, guru telah mengajar Kemahiran Hoki pada waktu pertama
dan masa yang diambil untuk mengajar kemahiran yang pertama ini mengambil masa
lebih daripada 30 minit seperti yang dirancangkan. Keadaan ini telah
menyebabkan kemahiran atau aktiviti yang dijalankan pada waktu yang berikutnya
terpaksa diajar secara tergesa-gesa. Selain itu, guru juga mendapati
murid-murid kelihatan sudah letih pada waktu yang kedua kerana telah melakukan
aktiviti yang agak berat pada waktu sebelumnya.
3. Cadangan
Tindakan Susulan
- Untuk masa yang akan datang, saya harus mengubah perancangan saya
iaitu dengan menyediakan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang melibatkan
aktiviti atau kemahiran yang mudah dan ringan sahaja pada waktu yang
pertama dan pada waktu yang berikutnya aktiviti yang akan dirancang adalah
lebih mencabar.
- Jika aktiviti atau kemahiran yang diajar pada hari tersebut memerlukan
peralatan, saya bercadang untuk menyediakan peralatan yang ingin digunakan
lebih awal dan menyusunnya sebelum membawa murid-murid ke tempat
menjalankan aktiviti.
- Saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada guru dan pensyarah pembimbing di sampingberbincang dengan rakan-rakan
guru pelatih.
4. Tempoh Masa
Tindakan Susulan
Saya akan cuba mengatasi
masalah ini dalam tempoh seminggu. Pengurusan kelas yang baik adalah perlu bagi
memastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya masalah ini tidak
dapat diatasi secepat mungkin sudah tentu objektif yang telah dirancangkan
tidak tercapai sepenuhnya.
Disemak oleh Guru Pembimbing
Tandatangan
:
Nama :
Tarikh :
|
Disemak oleh Pensyarah Penyelia
Tandatangan
:
Nama :
Tarikh :
|
No comments:
Post a Comment