TUGASAN
1: PENULISAN AKADEMIK (50%)
Cara guru boleh memanfaatkan pembelajaran
sepanjang hayat dan permuafakatan komuniti dalam pendidikan agar
profesionalisme keguruan relevan dengan pembelajaran abad ke-21.
Pembelajaran ialah proses pemerolehan
maklumat dan pengetahuan, penguasaan kemahiran dan tabiat serta pembentukan
sikap dan kepercayaan. Proses pembelajaran berlaku sepanjang hayat seseorang
manusia. Proses pembelajaran berlaku di
mana-mana tempat dan pada sebarang masa. Dalam konteks pendidikan, guru
biasanya berusaha sedaya upaya mengajar
supaya pelajar dapat belajar dan menguasai isi pelajaran bagi mencapai
sesuatu objektif yang ditentukan.
Konsep pendidikan sepanjang hayat
merangkumi pengertian yang begitu luas, konsep ini merangkumi proses pendemokrasian
pendidikan yang memberi peluang pendidikan seluas-luasnya kepada setiap individu
tanpa mengira kelas sosial kaum, umur dan juga jantina. Peluang pendidikan yang
diberikan adalah bagi meningkatkan pengetahuan kemahiran dan kompetensi
seseorang. Pendidikan sepanjang hayat boleh di lakukan samada secara formal seperti
di sekolah institusi pengajian dan pusat latihan vokasional ataupun secara
tidak formal iaitu berdasarkan pengalaman dan latihan ditempat kerja
masing-masing.
Abad ke-21 membawa masyarakat dunia ke
satu lagi fasa penganjakan paradigma kehidupan. Ini meliputi penganjakan
daripada masyarakat perindustrian kepada masyarakat berinformasi, penggunaan
teknologi manusia kepada penciptaan teknologi tinggi, pemusatan kuasa kepada
pengagihan kuasa, konsep hierarki kepada konsep jaringan, ekonomi tempatan
kepada ekonomi antarabangsa dan perancangan jangka pendek kepada perancangan
jangka panjang.
Seiring dengan perubahan ini juga pelbagai
pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran masih diperlukan memandangkan
perbezaan gaya pembelajaran pelajar. Memandangkan senario pembelajaran abad ke
21, yang membayangkan kegunaan komputer yang begitu meluas, pengajaran dan
pembelajaran berbantu komputer akan menjadi satu kaedah yang ditumpukan. Ini juga
bersesuaian dengan prinsip ‘mastery learning’ yang mana pelajar boleh belajar
tanpa bimbingan guru. Abad Ke-21 sering dikaitkan dengan era Teknologi Maklumat
(IT) yang memungkinkan kepantasan dan menjumudkan faktor jarak dan masa.
Perkembangan terkini dalam ‘open sky technology’ membawa implikasi kepada
kehidupan manusia sejagat. Seperti yang kita lihat dan rasa, dunia yang luas
pada hakikatnya telah dikecilkan dengan teknologi komunikasi yang canggih dan
pantas. Pada masa kini, dunia pendidikan turut mengalami tempias gelombang arus
globalisasi yang mengajak masyarakat mengubah paradigma ataupun perpesi ke alam
dunia pendidikan. Oleh demikian, kerajaan kini menumpukan ataupun melahirkan
modal insan kelas pertama untuk menghadapi cabaran globalisasi tersebut.
Keadaan tersebut telah menyebabkan perubahan alam pendidikan negara kita.
Disebabkan perubahan tersebut, guru terpaksa mengubah corak pengajaran mereka
daripada yang lama dengan menerapkan pendidikan sepanjang hayat agar selari dengan
falsafah pendidikan Negara yang ingin melahirkan insan yang seimbang dari
Jasmani, emosi, rohani dan Intelek untuk menghasilkan proses “kemenjadian”
pelajar.
Menuntut ilmu merupakan satu keperluan
asas yang wajib bagi setiap individu tanpa mengira kaum dan agama. Konsep
pendidikan sepanjang hayat bukanlah suatu perkara baharu sebaliknya konsep ini
telah lama diamalkan oelh kebanyakkan masyarakat dunia. Kemajuan sesuatu bangsa
terletak kepada unsur-unsur kecemerlangan yang ada di dalam diri individu atau
modal insannya. Dalam pembangunan modal insan perkara-perkara yang berkaitan dengan
pendidikan dan pembelajaran baik yang bersifat ilmiah professional mahupun vokasional
diberi perhatian yang serius. Pembelajaran sepanjang hayat berperanan besar
dalam memastikan kemampuan yang ada dalam modal insan digilap agar dapat
menghasilkan satu tahap kecemerlangan yang diinginkan oleh seseorang individu masyarakat
dan juga Negara. Jika dikaitkan konsep pembelajaran sepanjang hayat ini dengan pembelajaran
abad ke-21 ia menjelaskan kepada kita bahawa untuk menuntut ilmu ia merupakan
satu proses yang berterusan dan berpanjangan. Oleh itu setiap guru perlu
mempunyai semangat dan cita-cita yang kuat untuk meneruskan kehidupan dengan
menambahkan ilmu di dada.
Pembelajaran boleh belaku secara
formal ataupun tidak formal setiap guru perlu mengemaskinikan ilmu dan
kemahiran dalam memastikan perkembangan dan peningkatan profesionalisme guru
yang sejajar dengan perubahan dan cabaran yang dihadapi dari satu masa ke satu
masa. Perubahan yang belaku dalam era globalisasi pada hari ini menuntut setiap
guru menguasai ilmu dan kemahiran dalam bidang yang berkaitan dengan
pendidikan, pada waktu yang sama unsur-unsur insanian tidak boleh diabaikan
sama sekali memandang unsur-unsur insaniah yang menjurus kearah nilai-nilai
kemanusian dan kekuatan spiritual menjadi tuntutan yang akan menyeimbangkan
kehidupan manusia maka setiap guru perlu mempunyai plan pembelajaran kendiri
yang berupa rancangan dan peluang-peluang yang ada perlu direbut oleh setiap
guru dalam usha meningkatkan ilmu dan kemahiran lebih-lebih lagi pelbagai
pendekatan dalam pembelajaran abad ke-21.
Generasi yang ingin dihasilkan dalam
abad ke-21 ini ialah generasi yang dapat menghadapi cabaran dalam situasi kehidupan
sebenar di samping bertanggungjawab untuk mengekalkan pembangunan di dunia ini
dan menjadikannya tempat yang lebih baik. Negara memerlukan rakyat yang
berpengetahuan, berkemahiran tinggi, tabah menghadapi cabaran dan cemerlang
dalam semua aspek pendidikan. Rakyat yang mempunyai kemahiran abad ke-21 dapat membantu
mencergaskan semula ekonomi yang malap, mengukuhkan sistem penjagaan kesihatan
dan dapat memelihara alam sekitar yang semakin musnah. Oleh itu fokus utama
pembelajaran untuk menghadapi cabaran abad ke-21 ialah memberi penekanan
terhadap semua aspek pembangunan individu dalam menghadapi dunia pekerjaan dan kehidupan.
Tuntutan globalisasi ini memerlukan
pelajar belajar untuk menjadi individu yang mempunyai sifat ingin tahu,
terkawal, bebas dan aktif dalam pembelajaran mereka. Secara tidak langsung
pembelajaran sedemikian membolehkan pelajar menyesuaikan diri dengan situasi
yang sentiasa berubah-ubah dalam dunia pekerjaan, kehidupan peribadi dan
kehidupan sosial dalam masyarakat berpengetahuan (Chee, Shanti, Tan,& Mun,
2011). Adalah sangat penting bagi guru menganalisis dan menilai perkembangan
terkini untuk membuat keputusan mengenai kaedah pengajaran yang sesuai supaya
pelajar bersedia untuk menghadapi situasi tersebut. Dengan adanya pengetahuan
mengenai pembelajaran abad ke-21, guru sedar ianya merupakan penekanan baru ke
atas kemahiran dan keupayaan, bukan pada domain khusus isi kandungan mata
pelajaran semata-mata (Breslow, 2015). Kebanyakan pekerjaan dalam abad ke-21
ini seolah terhad kepada bidang teknologi maklumat dan komputer, tetapi guru
perlu peka tentang pelbagai kemungkinan pekerjaan yang memerlukan kepakaran
individu seperti bekerja dengan idea-idea, manusia atau sistem, bukannya objek
fizikal semata-mata. Justeru, dengan adanya persediaan ilmu daripada guru dengan
kaedah yang dipilih bukan sahaja mementingkan hasil pembelajaran yang bakal
diperoleh pelajar tetapi mestilah menitik beratkan perkara yang pelajar perlu
tahu dan perkara yang pelajar dapat lakukan.
Menurut Costa dan Kallick (2003), jika
kita percaya bahawa kita sedang menyediakan pelajar untuk berhadapan dengan
cabaran masa hadapan yang semakin kompleks maka fokus pendidikan mestilah turut
berubah. Maka semua tahap pendidikan, dari peringkat sekolah rendah sehingga
peringkat universiti, mesti berubah daripada pendidikan berasaskan disiplin
tertentu kepada penyediaan pelajar yang berkemahiran abad ke-21 yang bersifat
global, berpusatkan teknologi dan maklumat (Soulé & Warrick, 2015). Oleh
yang demikian, kedua-dua guru dan pelajar mestilah menjadi pelajar berterusan
sepanjang hayat yang sentiasa mempunyai dorongan dalaman untuk melakukan
analisis kendiri, rujukan kendiri, penilaian kendiri dan pembetulan kendiri. Guru
yang melengkapkan diri dengan pengetahuan ikhtisas ini adalah guru yang telah memperolehi
kualiti profesional dan konteks pendidikan.
Permuafakatan komuniti merupakan aspek
penting yang harus dilaksanakan. Ini kerana kejayaan pendidikan bukan sahaja
terletak kepada sekolah tetapi faktor persekitaran turut menyumbang kepada
kejayaannya. Justeru itu masyarakat iaitu individu, agensi- agensi kerajaan dan
NGOs harus dilibatkan sama. Perkara ini selaras dengan Falsafah Pendidikan
Negara. Dalam proses menjayakan permuafakatan ini ia harus dilaksanakan dengan
terancang supaya mencapai matlamat. Kegagalan perancangan akan menyebabkan
masalah timbul.
Permuafakatan menurut Kamus Dewan
(1997) ialah melibatkan proses perundingan, persetujuan atau permesyuaratan.
Manakala komuniti pula sekumpulan manusia yang hidup bersamamengikut peraturan
dan cara tertentu merujuk masyarakat kecil yang ditempatkan dalam satu kawasan
tertentu dan ditadbirkan oleh kerajaan tempatan yang dikenali sebagai Majlis
Daerah atau Majlis Perbandaran. Justeru itu Permuafakatan komuniti merupakan
satu gerakan menyatukan sumber komuniti dan sekolah untuk memenuhi keperluan
bersama. Ianya bertujuan untuk mewujudkan satu suasana dan persekitran belajar
yang sempurna penglibatanya terdiri dari Sekolah, Keluarga, PIBG, Masyarakat,
Agensi Kerajaan dan Pihak Swasta bersama- sama berusaha bukan sahaja untuk
kebaikan pelajar tetapi juga untuk kesejahteraan masyarakat keseluruhannya.
Menurut Sulaiman Daud (1995),
pendidikan pada abad ke- 21 bukan sahaja memerlukan kita melahirkan insan yang
berpengetahuan dan berkemahiran tinggi dalam bidang industri dan teknologi,
pengurusan dan perdagangan tetapi juga harus menghasilkan insan yang mempunyai
sistem nilai dan etika serta akhlak yang baik, berperibadi mulia,
bertanggungjawab, patuh kepada Tuhan serta berkemampuan untuk membangunkan
masyarakat dan negara (dalam Shahril dan Habib 2001). Dalam dunia moden yang
berkembang pesat ini, peranan sekolah telah berubah dan guru perlu meningkatkan
domain pengetahuan dan kecekapan-kecekapan baru untuk membolehkan mereka
mengikut peredaran zaman ( Mohammed Sani 2005) Cabaran kepada guru dalam
pendidikan kini merangkumi usaha melengkapkan diri dengan kemahiran teknologi
maklumat dan komunikasi, menangani masalah disiplin dan gejala sosial,
pengurusan sekolah yang berkesan, harapan menggunung masyarakat dan banyak
lagi. Oleh itu, para guru hendaklah terdiri dari golongan yang kuat semangat
perjuangannya dan bersedia untuk mengadaptasi diri dengan perubahan yang
berlaku begitu pantas masa kini.
Guru yang inovasi dan kreatif dalam
melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka sesuai dengan misi dan visi sekolah
serta mampu memenuhi matlamat pendidikan negara ke arah meningkatkan kualiti
pendidikan seiring dengan cabaran dunia globalisasi. Cabaran global kini
memerlukan guru mempunyai keunggulan hasil inovasi dalam pedagogi yang
ditentukan oleh cara kurikulum yang dilaksanakan dan disesuaikan dengan konteks
budaya yang diwakili oleh setiap murid yang berlainan bangsa.
Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay
Kim menegaskan bahawa untuk melonjak transformasi pendidikan, kerajaan perlu
melakukan perubahan terhadap guru terlebih dahulu. Dalam mencapai taraf negara
maju pada abad ke 21, Malaysia memerlukan warganegara yang mempunyai
pengetahuan dan kemahiran dalam bidang Sains dan Matematik. Antara peranan guru
dalam melonjak transformasi pendidikan negara ini adalah dengan mempersiapkan
diri untuk membangunkan kemahiran dalam menjadi seorang yang kreatif dan
berinovasi. Guru sebagai sumber manusia dalam bidang pendidikan yang
bertanggungjawab membina kreativiti dan inovasi dalam setiap program pendidikan
secara terancang dan sistematik. Sehubunagn dengan itu, permuafakatan komuniti
dalam pendidikan yang dipraktkikan di sekolah mesti menyediakan tenaga guru
yang dapat menonjolkan peranan mereka dengan lebih efisyen dan berdaya saing
dalam masyarakat untuk menempuh dunia moden disamping melengkapkan diri dengan
pengetahuan dan kemahiran insaniah yang diperlukan selaras dengan kehendak
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Falsafah pendidikan Negara menjelaskan
Pendidikan Di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan
lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan
yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah melahirkan
rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
Pembelajaran merupakan satu proses
yang berterusan dan ianya tidak bergantung kepada kebolehan semulajadi dan
suasana fizikalnya ( Nichols & Nicholls 1975). Sebenarnya proses
pembelajaran adalah bergantung kepada faktor-faktor sosial khususnya pengaruh
orang lain samada secara langsung atau tidak. Mereka yang dimaksudkan orang
lain itu ialah ibu bapa, sahabat andai, rakan sebaya dan komuniti secara
menyeluruh. Kita kerap kali melihat seorang guru cuba mempengaruhi pelajaran
anak muridnya, malangnya ada kuasa lain yang mempengaruhi mereka. Ini ditambah
pula seorang guru hanya mampu bersama muridnya pada kadar waktu yang terbatas,
sedangkan sebahagian pelajar diluar kelas. Perkembangan teknologi terkini turut
mempengaruhi situasi ini. Justeru itu tidak hairanlah akan wujud konflik antara
guru dan pelajar. Situasi di luar mengganggu apa yang cuba diajar oleh guru. Bagi
tujuan inilah maka masyarakat harus memberi sumbangan positif ke arah
peningkatan mutu pendidikan. Perkongsian atau permuafakatan perlu ada bagi
mewujudkan satu pembelajran yang berkesan. Pada masa kini terdapat beberapa isu
yang memerlukan sokongan masyarakat terhadap meningkatkan mutu pendidikan
supaya mnjadikan sekolah lebih berkesan.
Keseluruhannya kita melihat bahawa
sekolah dan masyarakat perlu wujud permuafakatan yang baik. Usaha-usaha
mewujudkan permuafakatan tidak mudah. Ia memerlukan komitmen yang
bersungguh-sungguh semua pihak supaya apa yang dihajatkan akan tercapai.
Semuanya dilakukan untuk merealisasikan pembangunan insan, masyarakat dan
negara pada masa hadapan. Untuk meneruskan kelangsungan permuafakatan, ianya
harus diterjemahkan dalam bentuk aktiviti. Menerusi aktiviti akan wujud
interaksi antara masyarakat dan sekolah. Justeru itu aktiviti yang dirancang
haruslah berkesan dan setiap ahli berasa diri turut terlibat yang akhirnya
merasa seronok apatah lagi permuafakatan itu mendatangkan hasil. Kita tidak
perlu memikirkan aktiviti yang hebat atau gah, tetapi memadai sesuatu yang
mampu dilaksanakan dan mendatangkan impak.
Persaingan pada abad ke-21 amat
memerlukan para pelajar yang berani dari segi menampilkan diri dengan pendapat,
kreativiti, dan inovasi. Kemahiran soft skilled amat perlu dikuasai oleh setiap
pelajar supaya lebih berkeyakinan tinggi untuk bercakap, mempertahankan
pendirian dan memasarkan diri ke pasaran kerja semasa tempatan ataupun
antarabangsa. Bagi menerapkan kemahiran ini agar menjadi kebiasaan dalam diri
pelajar, pihak sekolah serta guru perlu menggembleng tenaga bersama pihak
komuniti dan usaha bersama-sama serta mula menyusun program bercorak
pengaplikasian kemahiran yang membolehkan pelajar mempamerkan kelebihan
masing-masing agar dapat diaplikasikan ke dalam bidang-bidang tertentu yang
boleh melonjakkan nama sekolah dan institusi pendidikan kita dan menyumbang ke
arah keberhasilan negara.
Oleh itu, pencapaian tahap kemahiran
bergantung kepada peranan yang dimainkan oleh setiap warga. Setiapa pelaksana
yang kompeten dan mempunyai kemahuan untuk menyumbang atas dasar kepentingan
dan manfaat bersama kepada negara perlulah hadir secara berterusan. Semangat
dan iltizam serta keterbukaan setiap pelaksana untuk menilai secara berterusan
daripada tindakan-tindakan yang dilaksanakan perlulah seiring dengan
perkembangan pada abad ke-21. Langkah ini seterusnya akan dapat menambahbaik
sistem pendidikan di Malaysia.
Hakikatnya terdapat pelbagai langkah
yang boleh dilaksanakan dalam meningkat kualiti pengajaran guru dalam
memastikan peranan guru melonjak transformasi pendidikan negara dilaksanakan.
Semua pihak harus memberikan jalinan kerjasama dalam memastikan pendidikan yang
diberikan dapat menjamin kualiti dan mutu generasi pemimpin kita pada masa akan
datang. Perkembangan dunia aspek ekonomi, sosial, politik dan teknologi
seharusnya menjadi indikator asas kepada sistem pendidikan dan persekolahan
untuk memenuhi keperluan tenaga manusia yang berteraskan keilmuan yang
berkualiti, asas nilai dan moral yang berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan,
memelihara perpaduan rakyat sebagai bangsa Malaysia, dan manusia yang bertaraf
dunia. Para pendidik adalah wahana yang boleh menentukan corak manusia yang
mampu menghadapi alaf baru, abad ke-21. Sistem pendidikan yang terbaik akan
menghasilkan pelajar yang cemerlang dan membentuk modal insan yang berahlak
mulia. Guru sememangnya membentuk modal insan yang terbilang,cemerlang dan
gemilang.
RUJUKAN
Shahril @ Charil Marzuki & Habib
Mat Som (2001). Isu Pendidikan di
Malaysia,
Sorotan dan Cabaran. Kuala
Lumpur :Utusan Publication.
Kementerian Pendidikan Malaysia
(2001), Pembangunan Pendidikan 2001 –
2010,
Kuala Lumpur.
Mohammed Sani Ibrahim (2005). Teacher Education Reforms and Teacher
Professional
Standards : How can we help teachers to cope with the changes and challenges in
education ? Kertas
Kerja Persidangan Antarabangsa ke-12 Rangkaian Penyelidikan Literasi dan
Pendidikan dalam Pembelajaran di Fakulti Pendidikan. Universiti Granada,
Sepanyol, 11-14 Julai 2005.
Mohammed Sani Ibrahim (1998). Perancangan Dan Strategi Pelaksanaan Latihan
Guru-Guru
Sekolah Bestari.
Proseding Seminar Isu-isu Pendidikan Negara. Universiti Kebangsaan
Malaysia.November .26-27
Rohani Abdul Hamid (1998). Keperluan pendidikan abad ke-21: Projek
Sekolah
Bestari.
Proseding Seminar Isu-isu Pendidikan Negara. Universiti
Kebangsaan
Malaysia.November 26-27.
No comments:
Post a Comment