1.0
TAJUK
KAJIAN
Mempertingkatkan
minat pelajar dalam matapelajaran Sejarah dengan kaedah pengajaran yang
berpusatkan pelajar. Pembelajaran aktif melalui kaedah simulasi watak (Role
Play Simulation).
2.0 NAMA PENGKAJI
Nama dan Ahli
Jawatankuasa Pengkaji
Kertas
kerja ini dikemukakan oleh Jawatankuasa Penyelidikan Sekolah Menengah
Kebangsaan Kalumpang, Tanjong Malim, Perak.
Nama-nama
guru dalam jawatankuasa adalah:
1.
Siti Zaleha Binti Ramli
2.
Rozana Anak Kuat
3.
Tuan Norhayati Binti Tuan Daud
4.
Pilly Anak Man
5.
Awang Syazwan Bin Awang Hassan
3.0
LATAR BELAKANG KAJIAN
Jere Brophy (2003), mengajar bukan hanya sebuah kurikulum
dan pengajaran semata-mata. Pengajaran turut berkaitan dengan pengurusan bilik
darjah, motivasi murid untuk belajar dan memenuhi keperluan individu dalam
pembelajaran di dalam bilik darjah. Mata pelajaran Sejarah kemahiran mengingati
dan menghayati fakta atau urutan peristiwa sejarah di samping memupuk semangat
patriotisme dan perasaan bangga sebagai warganegara Malaysia. Tinjaun awal yang
dilakukan dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) sejarah mendapati masalah
penglibatan pelajar dalam P&P adalah satu masalah bagi guru. Kekurangan
penglibatan tersebut merencatkan P & P untuk menjadi lebih berkesan dan
bermakna. Pembelajaran yang berpusatkan guru akan menyebabkan mereka pasif
dalam proses pembelajaran dan tidak mengalami proses penaakulan dan deep
learning. P&P yang bersifat sehala dan berpusatkan guru dalam P&P
sejarah telah menjadi pelajar tidak melibatkan diri dalam P&P. Hal ini disebabkan
mereka merasakan P&P sejarah hanyalah mendengar guru berceloteh dari awal
masa dan hingga loceng menandakan tamatnya waktu P&P pada hari tersebut.
Oleh yang demikian, pelajar hanya mendengar celoteh guru dan tidak memperolehi
pelajaran secara maksima kerana aktiviti yang dijalankan lebih kepada kaedah
syarahan yang memerlukan murid untuk mendengar dan tidak melibatkan penglibatan
fizikal dan mental pelajar. Guru dalam
tinjauan tersebut masih berpegang kepada sistem lama iaitu pengajaran bersifat
menghantar dan menerima maklumat yang disampaikan dan pemahaman dinilai
berdasarkan bahan yang sama disampaikan
di dalam pengajaran. Guru menjadi pengarah kepada proses-proses maklumat kepada
bahan pengajaran. Sistem tersebut menjadi murid di dalam kelas menjadi bosan
dan kurang motivasi untuk belajar serta memberikan tumpuan.
Pendekatan bersifat student
centered learning dalam menangani melalui kaedah simulasi watak (Role Play Simulation) dicadangan dalam
kajian tindakan tersebut. Kajian yang dicadangkan terseebut melihat peranan guru untuk berkongsi peranan mengawal dan
pengendalan di dalam pengurusan bilik darjah dalam mengimbangi pengaruh dan
kerjasama murid. Pendekatan tersebut memastikan
aktiviti yang dijalankan di dalam kelas melibatkan pelajar dengan gur bersifat
dua hala dan secara tidak langsung menjana motivasi yang tinggi dalam kalangan
pelajar berbanding dengan sistem lama yang berpusatkan guru. Sistem berpusatkan
murid, murid turut memberikan tanggungjawab di dalam menyediakan sendiri dan
menyampaikan maklumat isi kandungan dengan lebih kreatif. Dalam hal tersebut, pengajaran
berpusatkan murid secara tidak langsung akan membantu murid mempertingkatkan
prestasi secara tidak langsung terdedah kepada lebih banyak maklumat dan
pemahaman terhadap isi kandungan dengan lebih mendalam.
4.0 PERNYATAAN MASALAH
Dalam memperkatakan isu tentang pengajaran pembelajaran
yang berlaku di dalam kelas Sejarah terutamanya, guru dilihat sebagai prospek
besar dalam mempengaruhi proses P&P yang dijalankan. Kecenderungan guru
dalam memilih kaedah pengajarannya akan menentukan sejauhmana berkesannya
proses P&P tersebut. Jikalau guru tidak mementingkan aspek variasi dalam
pengajarannya, ianya akan mencernakan kebosanan dan tidak mampu menarik
perhatian pelajar-pelajar semasa mengajar Sejarah di dalam kelas. Oleh sebab
itulah kaedah ataupun penggunaan kaedah serta metode lakonan di dalam proses
Pengajaran dan Pembelajaran (P&P). Sejarah merupakan kaedah yang dirasakan
mampu menampung lompang-lompang kelemahan proses pengajaran dan pembelajaran
Sejarah pada hari ini. Kita harus sedar dengan dunia yang dilanda fenomena
kepesatan dan kemajuan teknologi lebih-lebih lagi di dalam negara kita yang
semakin dimomokkan dengan konsep globalisasi dunia tanpa sempadan semakin
menjadikan setiap perkara yang menjadi komponen terpenting kepada agen kemajuan
negara termasuklah bidang pendidikan. Mata pelajaran Sejarah juga merupakan
antara aspek terpenting dalam Kurikulum Pendidikan negara kita. Disebabkan
kemajuan dan kepesatan ini, maka minda dan mentaliti masyarakat yang merangkumi
setiap lapisan khususnya para pelajar juga akan bertambah moden dan ideal
sejajar dengan peredaran zaman yang mula berubah. Kita juga sedia maklum bahawa
satu transformasi di dalam arena pendidikan haruslah digubal dan dirangka
seterusnya diimplementasikan di dalam setiap mata pelajaran khususnya Sejarah
agar para pelajar tidak mula berasa bosan dengan pendekatan yang sedia ada dan
disifatkan “lapuk”.
Selain itu, guru dilihat Cuma terikat dengan gaya
pengajaran yang terlalu ortodoks ataupun tradisional tanpa memuatkan nilai
tambah di dalam pengajaran. Maka dengan adanya perubahan ini, pastinya
kerancakan dan kehangatan semasa proses Pembelajaran dan Pengajaran ( P&P )
Sejarah berkekalan momentumnya. Kaedah lakonan dirasakan amat sesuai dalam
memantapkan lagi aktiviti pengajaran guru di dalam kelas. Hal ini disebabkan
sudah menjadi adat manusia untuk mencari sesuatu yang baru dan semangat inkuiri
manusia lebih memungkinkan kaedah penyampaiab sesuatu dan dalam konteks ini
para pelajar mula mencari apakah kaedah yang boleh menarik perhatian mereka di
dalam kelas lebih-lebih lagi di dalam mata pelajaran Sejarah. Selain itu, apa
yang hendak ditegaskan dan dipaksikan di sini adalah bagaimana dengan kaedah
lakonan ataupun simulasi dalam mata pelajaran Sejarah ini mampu meningkatkan
minat dan perhatian pelajar kepada proses pengajaran guru Sejarah di dalam
kelas. Kemampuan manusia untuk memberi perhatian kepada sesuatu maklumat yang
sedang disampaikan adalah tidak konsisten dan keberkesanannya adalah bergantung
kepada sejauhmanakah karismatik ataupun tarikan sesuatu kaedah itu di dalam
aspek penyampaian. Jadi dengan adanya kajian ini kita akan dapat melihat
keberkesanan kaedah lakonan di dalam mata pelajaran Sejarah ini. Isu-isu yang
wujud dan juga kaedah bagi menyelesaikannya semestinya berbeza dan perkara ini
penting untuk dikaji supaya murid-murid dari dua kawasan tersebut mendapat
faedah daripada penggunaan teknologi di dalam pengajaran dan pembelajaran
Sejarah. Selain itu, hasil kajian ini juga boleh dijadikan rujukan kepada
Kementerian Pelajaran Malaysia di dalam memperkasan sistem pendidikan Sejarah.
5.0 OBJEKTIF KAJIAN
OBJEKTIF AM
Untuk meningkatkan penglibatan murid dalam Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) sejarah supaya kualiti
“PEMBELAJARAN” murid meningkat sewaktu dalam kelas.
OBJEKTIF
KHUSUS
•
Bertujuan
untuk meningkatkan minat murid dalam pengajaran Sejarah.
•
Pelbagaikan
Strategi Pengajaran dan Pembelajaran sejarah.
•
Untuk mengubah
sikap dan minda murid dalam mata pelajaran Sejarah.
•
Untuk
meningkatkan Kefahaman murid.
•
Untuk
memperbaiki Pencapaian murid.
•
Untuk
penglibatan murid dalam kelas semasa P&P berlangsung.
6.0 LITERATUR KAJIAN
Pengkaji
membuat kajian ini adalah bertujuan untuk meningkatkan minat murid dalam mata
pelajaran Sejarah dengan kaedah pembelajaran yang berpusatkan pelajar, iaitu
pembelajaran aktif melalui kaedah simulasi watak (Role Play Simulation).
6.1 Latar
Belakang Sejarah
Dalam P&P sejarah
pelbagai pendekatan, kaedah dan teknik yang boleh digunakan oleh guru sejarah bagi melibatkan murid dan pengajaran
berpusatkan murid. Prinsip umum pengajaran sejarah yang seharusnya difikirkan
oleh guru sejarah agar pembelajaran disambut baik oleh murid. Dengan ini, murid
akan dapat memahami pengajaran guru dan dengan sendirinya mereka akan tertarik
dengan pengajian sejarah. Antara prinsip-prinsipnya ialah kaedah mengajar
perlulah bersesuaian dengan tajuk yang hendak diajar dan keadaan persekitaran
murid itu sendiri. Seterusnya, bahan-bahan pelajaran yang digunakan dapat
menarik perhatian dan minat murid dan sesuai dengan latar belakang dan keadaan
hidup mereka. Guru juga perlu mengajar daripada apa yang diketahui oleh murid
dahulu sebagai asas pengajarannya kepada yang belum diketahui oleh mereka. Guru
juga perlu mengajar daripada perkara yang mudah kepada yang kompleks dan
abstrak.
Selain
itu, guru perlu membuat persediaan, bijak dalam membuat pemilihan isi kandungan
pelajaran dan menggunakan alat bantu mengajar dengan baik. Guru juga perlu
menggunakan pendekatan, kaedah, dan teknik yang sesuai dengan taraf pencapaian,
kemampuan dan kebolehan murid dalam menerima pengajaran guru. Di samping itu,
guru perlu menyediakan program aktiviti pembelajaran yang sesuai dan dapat
melibatkan murid secara cergas dalam pengajaran guru.
Seterusnya,
pelbagai kaedah boleh digunakan guru walaupun dalam menyampaikan sesuatu
pengajaran. Contohnya, kaedah penyampaian pengajaran guru disesuaikan dengan
keadan pembelajaran murid. Guru juga perlu menggunakan masa pengajaran sepenuhnya
dan guru dapat mengambil kira faktor masa dalam pengajarannya. Guru juga perlu
memikirkan perbezaan individu dalam pengajaran guru dengan menempatkan murid
dalm kumpulan, jika perlu mengikut tahap pencapaian, bakat, dan kebolehan
pelajar dalam bidang akademik dan akhir sekali guru perlu mendapatkan maklum
balas daripada murid dengan menilai kaedah pengajaran guru dan kesan terhadap
pembelajaran murid. Dengan ini jelaslah menunjukkan bahawa jika guru sejarah
mengamalkan prinsip-prinsip tersebut maka penglibatan pelajar aktif meningkat
dan P&P berjaya. Oleh sebab itu, setiap guru sejarah perlu mengamalkan
prinsip-prinsip dalam P&P bagi memantapkan lagi tahap kefahaman murid dan
berpusat pelajar.
6.2 Latar
Belakang Teoretikal
Menurut
Kamus Dewan Edisi Ketiga, Teoretikal didefinisikan sebagai berdasarkan teori
iaitu, tidak pada pengalaman atau amalan. Slavin (1987) telah mencadangkan 2
perspektif teori yang dapat dikaitkan dengan kesan positif pembelajaran
koperatif iaitu teori motivasi dan teori kognitif. Menurut Slavin (1990), dari
perspektif motivasi, penetapan gol secara koperatif seperti dalam pembelajaran
koperatif mewujudkan satu situasi di mana setiap ahli kumpulan akan hanya dapat
mencapai matlamat peribadi sekiranya kumpulannya berjaya. Justeru, demi
mencapai matlamat peribadi, pelajar akan cuba memberi galakan kepada
rakan-rakan sekumpulan serta membantu mereka agar kumpulan mereka akan berjaya.
Menurut
Slavin (1987) juga dari perspektif kognitif pula, 2 teori dapat digunakan untuk
menjelaskan kesan pembelajaran koperatif, iaitu teori perkembangan
(developmental) dan teori elaborasi (elaboration). Manakala menurut Damon
(1987), teori developmental bermaksud mengandaikan bahawa interaksi sesama
pelajar dalam menjalankan tugasan yang bersesuaian akan dapat meningkatkan
tahap penguasaan mereka terhadap konsep-konsep penting Hal ini kerana melalui
proses interaksi dengan pelajar lain, pelajar akan terpaksa menerangkan dan
membincangkan perspektif masing-masing terhadap sesuatu tajuk/isu, dan ini seterusnya
membawa kepada peningkatan penguasaan mereka terhadap apa yang mereka pelajari.
Di
samping itu, usaha untuk menyelesaikan percanggahan pendapat yang mungkin
timbul semasa perbincangan mereka turut mengakibatkan peningkatan tahap
pemahaman terhadap konten yang dipelajari. Penjelasan dari perspektif teori
elaborasi pula menekankan bahawa salah satu cara pembelajaran yang paling
berkesan adalah untuk menerangkan bahan yang dipelajari kepada orang lain.
Aktiviti pembelajaran koperatif seperti model STAD akan menggalakkan pemikiran
elaboratif dan meningkatkan kekerapan memberi dan menerima penjelasan, justeru
dipercayai berpotensi untuk menambahkan tahap pemahaman, kualiti penaakulan,
dan meningkatkan tahap ketepatan ingatan jangka panjang (Johnson, Johnson,
& Holubec, 1986).
Pengkaji
telah menggunakan teori Konstruktivisme dalam P&P bagi meningkatkan
penglibatan murid dalam P&P. Teori konstruktivisme ini akan menyebab murid berpeluang
membina pengetahuan secara aktif melalui
proses saling pengaruh antara pembelajaran terdahulu dengan pembelajaran
terbaru. Pembelajaran terdahulu dikaitkan dengan pembelajaran terbaru.
Perkaitan ini dibina sendiri oleh
pelajar. Menurut teori konstruktivisme, konsep-konsep yang dibina pada struktur
kognitif seseorang akan berkembang dan berubah apabila ia mendapat pengetahuan
atau pembelajaran kerana pelajar digalakkan membina konsep sendiri dengan
menghubungkaitkan perkara yang dipelajari dengan pengetahuan sedia ada pelajar.
Dalam proses ini, pelajar dapat meningkatkan pengetahuan mereka tentang sesuatu
perkara.
Seterusnya,
pengkaji menggunakan teori inkuiri bagi menyelesaikan masalah kajian. Teori
inkuiri iaitu teori penemuan, merupakan pendekatan yang mementingkan
pembelajaran melalui pengalaman. Inkuiri secara am bermaksud mencari maklumat,
menyoal dan menyiasat sesuatu fenomena yang berlaku di sekeliling. Penemuan merupakan sifat utama inkuiri. Oleh
itu, teori ini sesuai digunakan bagi menyelesaikan masalah kajian kerana
penemuan baru akan melibatkan penglibatan pelajar dan berpusatkan pelajar. Pembelajaran
secara penemuan berlaku apabila konsep dan prinsip utama dikaji dan ditemui
oleh murid sendiri. Murid melalui aktiviti seperti ujikaji akan menyiasat
sesuatu fenomena dan mencapai kesimpulan sendiri. Selain itu, teori Problem Bases Learning (PBL) juga boleh
digunakan dalam mengatasi masalah kajian. Teori ini lebih kepada belajar
berlandaskan masalah yang dihadapi. Murid belajar melalui masalah yang
ditimbulkan oleh guru. Dengan ini, murid akan melibatkan diri secara aktif. Dengan
ini jelaslah menunjukkan pengajaran berpusatkan pelajar dapat dilaksanakan
dengan menggunakan teori konstruktivisme, teori inkuiri dan teori PBL .
6.2 Kajian Terdahulu
Beberapa
kajian telah menyelidiki kesan kaedah pembelajaran koperatif terhadap
pembelajaran pelajar. Antaranya, Humphreys dan Johnson (1982) membuat
perbandingan strategi pembelajaran secara koperatif, kompetitif, dan
individulistik dalam pembelajaran Sains. Hasil kajian mereka menunjukkan bahawa
pelajar yang diajar dengan kaedah koperatif dapat mengingat dan mengekalkan
ingatan tentang lebih banyak maklumat yang dipelajari, berbanding dengan
pelajar yang belajar secara kompetitif dan individulistik. Dalam hal ini juga,
Sherman dan Thomas (1986) turut mendapat hasil dapatan yang serupa dalam kajian
mereka yang dijalankan ke atas pembelajaran matematik moden di sekolah menengah
atas. Allen dan Van Sickle (1984) dalam satu kajian eksperimental dalam
kalangan pelajar lemah pencapaian akademik, menggunakan Model Pengajaran STAD
sebagai rawatan, dan mendapati bahawa pelajar lemah yang diajar berasaskan
model STAD mendapat skor yang lebih tinggi dalam ujian subjek Geografi Dunia.
Sebagai rumusan, meta-analisis yang dilakukan oleh Johnson, Maruyama, Johnson,
Nelson, dan Skon (1981) ke atas 122 kajian yang telah dijalankan menunjukkan
bahawa terdapat bukti yang kukuh tentang kelebihan pembelajaran koperatif
berbanding dengan pendekatan lain yang bersifat kompetitif dan individulistik,
dalam meningkatkan pencapaian akademik pelajar.
Menurut
kajian Subadrah Nair dan Malar a/p
Muthiah (2005), pengkaji berfokus pada kajian mengenai Penggunaan Model Konstruktivisme Lima Fasa
Needham Dalam Pembelajaran Sejarah. Dalam kajian ini pengkaji menekankan
kepada penggunaan model konstruktivisme dalam pembelajaran sejarah dan
bagaimana cara ini dipraktiskan dalam pengajaran sejarah. Menurut Caprio
(1994), McBrien dan Brandt (1997), dan Nik Aziz
(1999) kelebihan teori konstruktivisme ialah pelajar berpeluang membina
pengetahuan secara aktif melalui proses saling pengaruh antara pembelajaran
terdahulu dengan pembelajaran terbaru. Pembelajaran terdahulu dikaitkan dengan
pembelajaran terbaru. Perkaitan ini dibina sendiri oleh pelajar. Menurut
teori konstruktivisme, konsep-konsep yang dibina pada struktur kognitif
seseorang akan berkembang dan berubah apabila ia mendapat pengetahuan atau
pembelajaran kerana pelajar digalakkan membina konsep sendiri dengan
menghubungkaitkan perkara yang dipelajari dengan pengetahuan sedia ada pelajar.
Dalam proses ini, pelajar dapat meningkatkan pengetahuan mereka tentang sesuatu
perkara. Hasil daripada kajian ini,
pengkaji dapat menjadikannya sebagai sorotan kajian. Hal ini demikian kerana,
penggunaan model konstruktisme lebih kepada pembelajaran berpusatkan pelajar.
Oleh sebab itu, kajian ini boleh dijadikan panduan oleh pengkaji. Hasil
kajian Lily Azian Abdullah (2005), mengenai pembelajaran
aktif untuk meningkatkan kualiti pembelajaran murid dalam mata pelajaran
sejarah yang perlu diteruskan oleh gelung seterusnya. Oleh sebab itu,
kajian ini dijadikan sebagai sorotan kajian oleh pengkaji bagi mendapat sedikit
input dan membuat penambahbaikan ke atas kajian ini seterusnya, dijadikan
sebagai panduan untuk pengkaji membuat kajian.
Berdasarkan kepada pembacaan pengkaji pula, dalam buku learner-Centerd Instruction: Building
Realtionships for student Success yang ditulis oleh Jeffrey H. D. Cornelisu
White dan Adam P. Harbaugh. Buku tersebut mengandungi pelbagai kaedah, strategi
pengurusan bilik darjah dan cara melibatkan pelajar dan membantu ke arah
kejayaan mereka. Buku tersebut memperkenalkan kepada guru-guru untuk
menggunakan kaedah model berdasarkan pembelajaran yang berpusatkan pelajar
untuk mempertingkatkan perhubungan guru dengan pelajar, ibu bapa, pentadbir dan
guru lain dan ahli profesional organisasi yang lain. Guru turut ditunjukan
peranan untuk berkongsi peranan dalam mengawal dan pengendalan didalam
pengurusan bilik darjah dalam mengimbangi pengaruh dan kerjasama. Penyelidikan
yang terbaik dan teori di dalam buku tersebut menekankan galakan, cabaran, dan
adaptasi dalam setiap pelbagai kaedah pengajaran seperti inkuiri dan kerjasama
pembelajaran kumpulan kecil dan kepercayaan serta usaha yang relevan. Kajian
yang dilakukan terhadap pelajar yang boleh dipraktikan melalui kaedah kumpulan
kecil dan pengurusan kendiri. Kaedah Think-Pair-Share
merupakan kaedah yang boleh dipraktikan di dalam strategi pegajaran untuk
mempertingkatkan penyertaan berdasarkan interaksi sesama pelajar. Dalam kaedah
tersebut, pelajar berkongsi maklumat dan pendapat tentang isi kandungan yang
ingin disampaikan oleh guru. Patilo and Vaughn (1992) di dalam buku tersebut,
ada menyentuh tentang pembelajaran berpusat yang bermakna galakan
perhubungan. Hal ini bermakna galakan
antara pelajar tersebut sendiri akan memperkembangkan pengelapastian
pembelajaran di dalam komuniti dan
memahami perhubungan sosial dengan pelajar lain untuk mencari jawapan kepada
isi kandungan pelajaran.
Pembacaan
seterusnya melibatkan buku Student-Centred
Classroom Assessment yang ditulis
oleh Richard J. Stiggins. Buku tersebut memperkenalkan hasil dua puluh tahun
persediaan pendidikan cemerlang di peringkat rendah, tadika, junior tinggi, dan
sekolah tinggi. Buku tersebut secara relaliti memberikan kebijaksaan secara
kolektif dalam menilai idea, ketidak pastian dan kekecewaan dalam pengajaran.
Kajian tersebut mengambil salah satu prinsip di dalam penilaian positif kaedah
persekitaran konstruk iaitu menekakan pelajar sebagai kunci penilaian
pengajaran di dalam mengetahui perbezaan di dalam prestasi dan pemahaman
terhadap kualiti prestasi. Hal ini lebih memberikan gambaran prestasi pelajar
menjadi penilai kepada kaedah konstruk yang dijalankan yang bersifat
berpusatkan pelajar. Perbezaan yang ketara juga diketengahkan di dalam sistem
tradisonal dan sistem berpusatkan pelajar tersebut adalah perlakuan iaitu
kejayaan sasaran iaitu pelajar terlibat di dalam proses komunikasi. Perbezaan
antara sistem tersebut adalam sistem yang tradisonal bersifat menghantar dan
menerima maklumt yang disampaikan dan pemahaman dinilai berdasarkan bahan yag sama disampaikan di dalam
pengajaran. Pembelajaran berpusatkan pelajar lebih kepada membawa kepada
pembelajaran yang lebih mendalam dan isu dibincangka secara serius di antara
para pelajar. Selain itu, sistem lama menyebabkan guru menjadi pengarah kepada
proses, semua maklumat kepada bahan pengajaran. Manakala sistem berpusatkan
pelajar, pelajar turut bertanggungjawab di dalam menyedakan dan menyampaikan
maklumat. Pengajaran berpustakan pelajar secara tidak langsung akan membantu
para pelajar mempertingkatkan prestasi secara tidak langsung terdedah kepada
lebih banyak maklumat dan pemahaman terhadap is kandungan.
Buku
berikutnya, How Student Lear: Reforming
Schools Through Learner-Centered Education yang diedit oleh Nadine M.
Lamber & Barbara L. McCombs yang membincangkan kaedah pengajaran yang unik
dan pengenalan kepada perbezaan pelajar.
Buku tersebut menyelidik tentang pembelajaran pelajar dan memperkenalkan
perspektif teori danpenyelesaian kepada psikologi pendidikan. Selain itu, buku
mempersembahkan perbezaan hasil kerja yang dilakukan oleh pendidik dan ahli
psikologi dalam memperkembangkan dan penerangan ilmu psikologi berdasarkan
pendidikan yang paling relevan.
Berdasarkan laporan di American Psychogical Asociation
(APA) di dalam pendididkan 1993, pembelajaran berpusatkan pelajar memaksimakan intellegent Challenged di dalam
menghubung kaitkan maklumat baru dengan pengetahuan yang sedia ada dalam kaedah
yang lebih bermakna. Ringkasnya, jangkaan positif terhadap perlaksaan latihan inovatif boleh
dibuat melalui elemen-lemen seperti kurikulum, kumpulan, penilaian,
motivasi,tanggungjawab belajar, perhubungan kelas dan sebagainya. Pendekata
boleh dibuat secara inovatif adalah memperkayakan bahan kurikulum pembacaan
pelajar dan pengajaran kaedah yang pelbagai kumpulan yang mengedit sesebuah
penulisan dan mencipta bahan bersejarah. Dalam kumpulan pula,
aktivitiberkumpulan membolehkan para pelajar berkerjasama dengan semua orang.
Kumpulan yang pelbagai di dalam kelas mewujudkan penghargaan di dalmkelas dan
galakan kepada pelajar melibatkan diri dalam aktivit pembelajaran. Penilaian
boleh dilakukan dengan presasi kepada kejayaan sesebuah role plays, dan drama.
Motivasi digalakan dengan kerjasama daripada strategi pemgajaran persaingan dan
memfokuskan kepada motivasi intrisik iaitu galakan kepada minat pelajar.
Tanggungjawab di dalam pengajaran melibatkan lebih banyak peryertaan pelajar.
Mereka membuat pilihan di dalam isi kandungan aktiviti, bertanggungjawab memimpin
di dalam kumpulan kecil, maklum balas dalam setiap ahli kumpulan dan belajar
mempertingkatkan kemahiran belajar serta strategi konflik pengurusan.
Perhubungan kelas emperkembangkan perhubunga individu setiap pelajar di dalam
penulisan tugasan dan perbincanganserta mengalakan kepelbagaian bakat dan
pandangan.
7.0 METODOLOGI KAJIAN
7.1 Reka Bentuk Kajian
Kajian
tindakan ini dijalankan mengikut gelung kajian tindakan Kurt Lewin seperti
berikut :
Rajah 1: Model Kajian
Tindakan
|
|||||
Kajian ini akan dilaksanakan
mengikut proses dan prosedur kajian tindakan mengikut model Somekh (1989)
seperti berikut:
Langkah 1- Mengenalpasti masalah/
fokus yang diminati
Pengkaji pergi ke sekolah dan
mengenalpasti masalah yang berlaku dan memfokuskan kajian yang ingin
dijalankan. Setelah masalah dikenalpasti, pengkaji akan meneruskan kajian
kepada langkah 2.
Langkah 2- Mengumpul data
Pengkaji merancang untuk menemubual
guru kelas dan guru sejarah yang terlibat dengan sampel yang akan dikaji,
sampel kajian merupakan pelajar dari kelas Peralihan Satu Azam Sekolah Menengah
Kebangsaan Kalumpang.
Langkah 3- Menganalisis data/ membentuk
hipotesis
Pengkaji merancang akan melakukan
ujian pra terlebih dahulu. Ujian pra ini merupakan ujian yang akan dilakukan
sebelum aktiviti dijalankan terhadap pelajar-pelajar tersebut. Ujian pra akan
dijalankan bagi mengetahui tahap pencapaian pelajar kelas ini dalam menguasai
matapelajaran Sejarah. Ujian ini akan melibatkan 25 orang pelajar.
Langkah 4- Merancang pelan tindakan
Setelah
berbincang antara ahli kumpulan, kami merancang untuk menggunakan kaeah yang berpusatkan pelajar dalam
pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah di Sekolah Menengah
Kebangsaan Kalumpang. Contohnya , dengan menjalankan aktiviti pengajan seperti
kaedah lakonan atau simulasi watak.
Langkah 5- Melaksanakan pelan
tindakan
Simulasi
watak (Role Play Simulation) akan dilakukan:
Aktiviti 1: Mengenalpasti ciri-ciri
penduduk yang tinggal di kawasan Agraria
dan Maritim.
Aktiviti 2:
Lakonan dalam Kumpulan
Aktiviti 3: Penekanan
fakta semasa lakonan tersebut.
Langkah 6- Mengumpul data untuk mengesahkan
perubahan
Ujian pasca adalah ujian yang akan
dijalankan selepas aktiviti dilaksanakan terhadap pelajar-pelajar tersebut.
Ujian pasca akan dijalankan bagi mengetahui tahap peningkatan pelajar setelah
kaedah lakon semula dijalankan terhadap pelajar ini melalui proses P & P.
Semua soalan berbentuk aneka pilihan ini melibatkan soalan-soalan berkaitan
ciri-ciri kerajaan Agariria dan Maritim bertujuan menguji sejauhmana kemampuan
pelajar mengingati faktatersebut.
Langkah 7- Menganalisis dan menilai
Analisis dan penilaian akan
dilakukan berdasarkan perbandingan keputusan ujian pra dan post bagi menilai
keberkesanan pelaksanaan aktiviti simulasi watak.
Langkah 8- Refleksi
Refleksi akan dilakukan bagi membuat
penilaian bagi keseluruhan keberkesan kajian ini.
7.2 Sasaran
Kajian
Kumpulan sasaran yang akan
terlibat dalam kajian ini adalah terdiri daripada kumpulan pengkaji, gur-guru
yang mengajar Sejarah Tingkatan 1. Kajian tindakan ini berfokus kepada 25 orang
pelajar tingkatan 1 Azam yang menghadapi masalah pembelajaran dalam mata
pelajaran Sejarah.
7.3 Instrumen Kajian
Dalam kajian akan
digunakan tiga kaedah pengumpulan data iaitu:
I.
Pemerhatian
dan temubual- pemerhatian akan dilakukan oleh pengkaji terhadap tingkahlaku
pembelajaran pelajar-pelajar di dalam kelas 1 Azam semasa pengajaran
dilaksanakan. Tujuannya untuk mengenalpasti sikap murid semasa P&P sejarah,
bagaimana mereka memberi tindakbalas terhadap pengajaran guru sama ada melalui
latihan perbincangan, mengemukakan fakta dan pendapat, menjawab soalan
objektif, melalui penulis esei atau melaui aktiviti berkumpulan. Cara
pemerhatian yang digunakan ialah dengan menghasilkan video. Setiap aktiviti murid
di dalam kelas dirakam.
II.
Soalan-soalan
ujian- Pengkaji akan mengedarkan dua set
soalan ujian iaitu Pra-ujian dan Pos Ujian akan diberikan kepada pelajar
berkaitan dengan topik “ Ciri-ciri Kerajaan Agraria” . Pelaksanan ini
dijalankan di dalam kelas melalui ujian pembacaan aktif, pendengaran aktif,
penulisan aktif, percakapan aktif, dan manipulasi. Tujuan pra ujian dan pos
ujian dijalankan adalah untuk melihat pencapaian pelajar bagi kedua-dua ujian
tersebut. Berdasarkan perbandingan yang dibuat, akan diketahui sama ada
berkesan atau tidak penggunan strategi aktiviti berpusatkan murid dalam
pengajaran sejarah.
III.
Kaji
selidik- Pengkaji akan mengedarkan borang soal selidik kepada murid. Kaedah ini
bertujuan untuk mengenalpasti sejauhmana minat murid itu dalam mempelajari
subjek sejarah.
PEMBELAJARAN AKTIF
PROGRAM KAJIAN TINDAKAN
(Borang soal – selidik)
Sila tandakan jawapan anda
berdasarkan
1. Tidak setuju
2. Setuju
3. Amat setuju
SOALAN
|
JAWAPAN
|
1) Saya merasakan matapelajaran
Sejarah sangat sukar
|
( )
|
2) Saya menganggap matapelajaran
Sejarah tidak penting
|
( )
|
3) Saya bosan belajar Sejarah
|
( )
|
4) Saya sukar mengingat fakta Sejarah
|
( )
|
5) Saya tidak pasti mengapa saya
belajar Sejarah
|
( )
|
6) Saya inginkan perubahan suasana
belajar yang lebih bebas
|
( )
|
7) Saya ingin diberi peluang utk
melakukan proses pembelajaran sendiri
|
( )
|
8) Saya suka suasana yang humor dan
ceria ketika belajar
|
( )
|
9) Saya mahu menyediakan sendiri nota
sendiri dengan bimbingan guru
|
( )
|
10) Saya mahu diberi peluang
berinteraksi semasa belajar
|
( )
|
7.4 Metod
Analisis
Analisis data akan dilakukan bagi
mengetahui sejauhmana keberkesanan
tindakan kajian yang akan
diambil. Dua metod analisis yang akan digunakan ialah:
Ujian pra - merupakan ujian yang
akan dilakukan sebelum aktiviti dijalankan terhadap pelajar-pelajar tersebut.
Ujian pra akan dijalankan bagi mengetahui tahap pencapaiaan pelajar kelas
tibgkatan Satu ini dalam menguasai fakta dan menanam minat dalam matapelajaran
Sejarah. Ujian ini akan melibatkan 25 orang pelajar bukan.
Ujian pasca - ujian yang akan
dijalankan selepas aktiviti dijalankan kepada pelajar-pelajar tersebut. Ujian
pasca akan dijalankan bagi mengetahui tahap peningkatan pelajar setelah kaedah
lakon semula dijalankan terhadap pelajar ini melalui proses P & P.
Perbandingan markah di antara dua
ujian iaitu ujian pra dan ujian pasca akan
menentukan keberkesanan tindakan kajian yang diambil. Markah ujian pasca
yang lebih tinggi daripada ujian pra menunjukkan bahawa tindakan yang
dilaksanakan berkesan sehingga
meningkatkan markah pelajar berbanding sebelum tindakan dijalankan.Semua peraturan
am tentang pentadbiran bagi kedua-dua ujian ini adalah sama dengan pentadbiran
ujian penilaian yang lazim diamalkan di sekolah-sekolah. Sebelum ujian
dijalankan, persetujuan dengan pihak pentadbiran dan guru mata pelajaran perlu
diperolehi. Kedua-dua ujian akan dijalankan dalam masa 60 minit yang mana
jangka masa bagi ujian ini bersesuaian dengan satu waktu pelajaran yang
terdapat di sekolah ini.
Pemerhatian - Sikap pelajar sebelum
dan selepas tindakan diambil boleh
dianalisis melalui pemerhatian. Perubahan positif yang dilihat seperti pelajar
mampu berinteraksi dalam kumpulan sambil mengingtai fakta yang betul menunjukkan keberkesanan tindakan yang
diambil. Selain itu pemerhatian ini juga dapat mengenalpasti sikap belajar
pelajar-pelajar ini dan bagaimanakah mereka membuat respon terhadap pengajaran
guru.
7.5 PELAKSANAAN
KAJIAN
Bil
|
Aktiviti
|
Tarikh
|
1
|
Mengenal pasti
masalah.
|
8 Febuari 2011
|
2
|
Menulis
proposal kajian.
|
11 Feb 2011
|
3
|
Merancang
tindakan.
|
18 Feb 2011
|
4
|
Melaksanakan
tindakan.
|
Mac 2011
|
5
|
Membincangkan
masalah yang timbul
|
Mac 2011
|
6
|
Ujian untuk
mengesan pencapaian murid.
|
Mac 2011
|
7
|
Refleksi
kajian
|
Mac 2011
|
8
|
Menulis
Laporan
|
April 2011
|
9
|
Pembentangan
dapatan kajian.
|
April 2011
|
8.0 KESIGNIFIKAN
KAJIAN
Apabila kita memperkatakan tentang kepentingan mahupun
signifikan kajian tindakan berhubung dengan penggunaan lakonan di dalam proses
pengajaran dan pemebelajaran Sejarah, pastinya kita tertanya-tanya
kesesuaiannya dengan nilai-nilai Sejarah itu sendiri. Dapatan kajian ini merupakan satu maklumat yang penting bagi dunia
pendidikan kerana membantu pihak pentadbiran di dalam bidang pendidikan di
dalam menguruskan sekolah-sekolah berkenaan dengan penggunaan kaedah lakonan di
dalam mata pelajaran Sejarah ini. Selain itu, dapatan kajian ini juga penting
bagi rujukan guru-guru di sekolah di dalam mengaplikasikan kaedah lakonan
ataupun simulasi ini di dalam proses pengajaran dan pembelajaran Sejarah di
sekolah-sekolah. Perkongsian terhadap data kajian ini pastinya akan membantu
guru-guru, para pelajar dan pihak pentadbiran di dalam penggunaan kaedah
lakonan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran Sejarah kerana terdapatnya
segala permasalahan yang telah dibincangkan serta jawaban kepada permasalahan
tersebut. Oleh itu, kajian ini merupakan satu kajian yang penting dan perlu
untuk dilaksanakan bagi memudahkan guru Sejarah di dalam proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas dengan adanya aplikasi lakonan yang mantap.
Selain itu, dengan kita membuat kajian terhadap
penggunaan kaedah lakonan di dalam P&P Sejarah, interaksi guru dengan para
pelajar akan lebih dominan dan jelas kerana bukan sahaja melenyapkan
persempadanan antara guru dengan pelajar malah guru mampu mengetahui masalah
sebenar yang melanda diri pelajar. Pentingnya kajian ini adalah dengan dapatan
yang diperoleh nanti, kita dapat melihat bagaimana sebenarnya kefahaman dan
pengetahuan para pelajar itu dapat ditingkatkan. Walaupun terdapat alasan lain yang diluahkan oleh pelajar menyebabkan
mereka melabel sejarah sebagai matapelajaran yang membosankan tetapi majoriti
tetap menganggap kesusahan mengingat sebagai sebab nombor satu kepada
permasalahan. Oleh demikian fokus kajian hanya berpaksikan kepada bagaimana
kaedah yang sesuai untuk mengingat longgokan fakta-fakta sejarah yang
sememangnya tidak boleh dipesongkan. Kita sedia maklum bahawa pelajar
sememangnya mempunyai masalah untuk mengingat dan memahami. Dengan membantu
pelajar mengingat fakta sejarah menggunakan pendekatan yang berkesan seperti
lakonan, ianya mampu membantu pelajar mengingat dan memahami peristiwa sejarah
serta mengambil iktibar daripada peristiwa tersebut. Apabila pelajar berjaya
mengingat dan memahami fakta sejarah akan membantu pelajar untuk menjawab
soalan peperiksaan dan memperolehi keputusan yang cemerlang. Di samping itu, keadaan
ini juga akan melahirkan masyarakat yang holistik dan mempunyai semangat
cintakan negara yang unggul. Selain
itu, apa yang menjadi jawapan ataupun kepentingan kajian ini adalah berhubung
dengan konsep pengajaran mata pelajaran Sejarah itu sendiri. Kita sedia maklum
betapa sejak dari dulu lagi konsep pengajaran Sejarah dikaitkan dengan hafalan
dan ingatan semata-mata. Mata pelajaran Sejarah seolah-olah dianggap
berorientasikan hafalan dan jika tidak berjaya menghafal fakta-fakta penting
maka akan gagal mencapai objektif pengajaran Sejarah. Kita perlu tahu sebagai
guru, amanah yang disandarkan kepada kita dalam merealisasikan matlamat
pembudayaan nilai dan semangat patriotisme adalah intipati utama yang menjadi
tunjang kepada pengenalan mata pelajaran Sejarah di sekolah-sekolah.
Jadi dengan pengenalan dan
kajian terhadap keberkesanan kaedah atau metode lakonan ini, para pendidik akan
dapat mengetahui jalan ataupun solusi sebenar ke arah pembudayaan semangat
patriotisme dalam kalangan pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran
Sejarah. Para pendidik juga akan dapat melihat sejauhmanakah dengan pelaksanaan
kaedah lakonan di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran Sejarah dapat
menyemai dan memupuk semangat patriotisme dalam kalangan pelajar Sejarah. Kita
juga akan dapat mengatasi masalah mentaliti konsep Sejarah iaitu “menghafal”
kepada “menghayati” serta meneroka sendiri. Ketertinggian nilai-nilai yang
terdapat di dalam mata pelajaran Sejarah juga akan dapat mendidik para pelajar
merasai sendiri dan mewujudkan indikator-indikator empati dalam memahami setiap
peristiwa-peristiwa Sejarah. Kajian sebegini juga dapat memaparkan kepada
guru-guru terutamanya tentang keberkesanan kaedah lakonan dalam P&P Sejarah
dan dapat menilai sama ada pelajar-pelajar Sejarah berpuas hati atau tidak
terhadap cara sebegini. Secara umumnya kita menjangkakan para pelajar akan
berpuas hati kerana suasana pembelajaran akan menjadi lebih menarik dan tidak
terlalu memberi tekanan kepada para pelajar di dalam mengingati fakta-fakta
yang berlaku di dalam seseuatu peristiwa.
9.0 ANGGARAN
PERBELANJAAN
Anggaran
Perbelanjaan Kewangan
Setiap
kajian tindakan yang dijalankan, sememangnya akan melibatkan kos dan tanggungan
perbelanjaan kewangan. Anggarang perbelajaan mengambil kira aspek kos
pengangkutan iaitu penggunaan kendereaan untuk ke sampai ke tempat kajiaan
tersebut merangkui aspke pergi dan balik. Kos turut mengambik kira aspek bahan
dan alat bantu mengajar (BBM). Seterusnya kos melibatkan aspek untuk menyalin
sesuatu sumber dan bahan untuk keperluan kajian tersebut. Kos untuk menjilidkan
kajian tersebut dalam mengabungkan semua aspek dan sumber dan bahan yang telah
dikaji. Selain itu, kos juga mengambil kira aspek mesyuarat yang diadakan iaitu
melibatkan pertemuan sesama pelajar dan guru sebelum melaksanakan sesuatu
kajiaan tindakan. Berikut merupakan anggaran perbelanjaan kewangan kajian
tindakan ini.
BIL
|
PERKARA
|
JUMLAH KOS
|
1.
|
Kos perjalanan
|
RM 50.00
|
2.
|
Bahan dan alat
bantu mengajar
|
RM 20.00
|
3.
|
Fotostat
|
RM 20.00
|
4.
|
Penjilidan
|
RM 40.00
|
5.
|
Mesyuarat
|
RM 60.00
|
6.
|
Pelaksanaan
|
RM 50.00
|
Jumlah
Keseluruhan
|
RM 240.00
|
Jadual 2 : Anggaran
Perbelanjaan Kewangan Cadangan Kajian Tindakan
10.0 JADUAL KERJA
Jadual
Perancangan Pelaksanaan Penyelidikan
Sebelum
menjalankan sesuatu kajian tindakan, pengkaji mestilah merancang dan meneliti
jadual pelaksanaan kajiannya. Hal ini bagi memberi pendedahan awal kepada
pihak-pihak yang akan terlibat dengan kajian tindakan ini seperti para guru
sejarah, pihak pentadbiran termasuk pengetua dan penolong kanan sekolah dan
murid-murid yang akan digunakan sebagai sampel utama kajian. Maka, dengan itu,
pihak-pihak ini akan tersedia maklum mengenai peruntukan masa dan takwim kajian
tindakan ini untuk suatu tempoh tertentu agar mereka dapat membuat perancangan
masa yang baik dan turut serta secara aktif dalam kajian tindakan ini.
Berikut merupakan
Jadual Perancangan Pelaksanaan Kajian Tindakan yang akan dijalankan.
BIL.
|
PERKARA
|
TARIKH
|
1.
|
Perbincangan Ahli Kumpulan
|
22 Februari 2011
|
2.
|
Pemerhatian awal ke SMK Kalumpang
|
24 Februari 2011
|
3.
|
Pembahagian Tugasan Cadangan Kajian Tindakan
|
26 Februari 2011
|
4.
|
Menghantar kertas cadangan untuk semakan pensyarah
|
1 Mac 2011
|
5.
|
Membawa kertas cadangan untuk perbincangan bersama
pengetua
|
3 Mac 2011
|
6.
|
Mesyuarat Jawatankuasa yang terlibat
|
9 Mac 2011
|
7.
|
Menjalankan Ujian Pra
|
10 Jun 2011
|
8.
|
– Menjalankan sesi temubual dengan pelajar dan guru.
(mendapatkan nota & latihan setiap sampel murid)
– Mengaplikasikan “kaedah jigsaw” dalam p & p
|
11 Jun – 13 Jun 2011
|
9.
|
Menjalankan Ujian Post
|
15 Jun 2011
|
10.
|
Analisis data keputusan ujian Post
|
16-17 Jun 2011
|
11.
|
Menyiapkan laporan kajian tindakan
|
20 jun – 24 Jun
2011
|
12.
|
Hantar laporan kajian tindakan
– salinan sekolah
– salinan universiti/pensyarah
|
25 – 27 jun 2011
|
Jadual 3 : Jadual Perancangan
Pelaksanaan Penyelidikan Kajian Tindakan.
Bibliografi
Brophy, Jere. (2003). Teaching
Problem Students. New York: The Guilford Press.
Cornelisu-White, Jeffrey H. D. dan Harbaugh. Adam P. (2010).
learner-Centerd Instruction:
Building
Realtionships for student Success.
California: SAGE Publications, Inc.
David W. Johnson, Roger T. Johnson,
Edythe Johnson Holubec 1986. Cooperation
in the classroom. Interaction Book Company.
Lambert, Nadine M
& McCombs, Barbara L.(ed.) (1998). How Student Lear: Reforming
Schools
Through Learner-Centered Education.
Washington: American Pyschological Association.
Robert E. Slavin 1987. Education for all. Lisse:
Swets & Zeitlinger.
Stinggins, richard J. (1994). Student-Centred Classroom Assessment. New York: Macmillan
College Publishing Company.
William Damon,
Richard M. Lerner 1987. Handbook
of Child Psychology: Theoretical models of human development. New Jersey, Hoboken: John Wiley & Sons, Inc.
No comments:
Post a Comment