KERTAS KERJA
PERMAINAN TRADISIONAL
SEPAK RAGA
1.0 PENGENALAN PERMAINAN.
Permainan sepak
raga wujud sejak 600 tahun lalu. Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, selain
dimainkan oleh golongan bangsawan, rakyat jelata juga menggemari permainan ini.
Dalam sejarah Melayu menceritakan tentang Raja Muhammad, putera Sultan Mansor
Shah Muhammad tertanggal tanjaknya akibat terkena bola raga tendangan Tun
Besar. Pada masa sekarang sepak raga lebih dikenali dengan nama sepak takraw. Ia
bukan hanya dimainkan oleh orang Melayu sahaja tetapi bangsa-bangsa lain, malah
telah dikenali di seluruh. Bola sepak raga diperbuat daripada bilah-bilah rotan
yang dianyam bulat seperti raga sebesar isi buah kelapa dua atau tiga lapis.
2.0 SEJARAH PERMAINAN
Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, selain dimainkan oleh golongan bangsawan, rakyat jelata
juga menggemari permainan ini. Dalam sejarah Melayu menceritakan tentang Raja
Muhammad, putera Sultan Mansor Shah Muhammad tertanggal tanjaknya akibat
terkena bola raga tendangan Tun Besar.
Pada alaf ini, permainan sepak takraw adalah amat popular
dan di kenali ramai, bukan sahaja di negara kita bahkan di negara-negara lain.
Sepak takraw yang asalnya dikenali sebagai sepak raga lengkung atau kandang
adalah permainan tradisi pusaka yang dimainkan oleh raja-raja melayu sejak
sebelum tahun 1478 lagi. Asal-usul yang sebenarnya permainan ini tidak dapat
diberikan kerana telah banyak sejarah termusnah akibat perang dunia kedua.
Dengan berlalunya masa dan semakin meluas minat terhadap permainan ini
diseluruh Malaya, maka pada akhir tahun 1945 satu peraturan baru lagi moden
dengan menggunakan jaring telah diwujudkan oleh pemain-pemain di Pulau Pinang.
Dengan terciptanya cara ini, maka tidak dinafikan lagi bahawa Pulau Pinang
merupakan tempat asal bermulanya sepak raga menggunakan jaring yang kini
dikenali sebagai sepak takraw.
Bagi mempamerkan buat pertama kalinya cara permainan yang
baru ini, di atas usaha diantaranya En. Mohamed bin Abdul Rahman, En. Abdul Hamid Mydin dan En. Yacob Syed. Maka pada awal tahun 1946 satu
permainan pertunjukkan diantara pasukan Jalan Hatin dan pasukan Patanai Road
telah diadakan di Gelanggang Hospital Haiwan, Pulau
Pinang dengan sambutan yang
begitu meriah walaupun di anggap ganjil. Dari Pulau Pinang dan dalam tahun 1946
juga sepak raga jaring ini telah merebak ke Alor
Star, ke Kampung Baru di Kuala Lumpur dan seterusnya ke Singapura.
Sejak perkembangan tersebut pasukan demi pasukan telah
ditubuhkan dan pada 25 Jun 1960 Persekutuan Sepak Raga Malaya telah dirasmikan
di suatu persidangan yang dipelopori oleh Persatuan Sepak Raga Pulau Pinang.
Persekutuan yang julung-julung kali di tubuhkan ini telah melantik Yang
Berbahagia Tan Sri Khir Johari sebagai Yang Dipertua. Tindakan segera telah
diambil oleh persekutuan tersebut ialah menggubal dan menyusun undang-undang
sepak raga jaring yang ada pada masa itu oleh sebuah jawatankuasa kecil yang
terdiri daripada wakil-wakil Setiausaha Agong PSM sekarang.
3.0 MATLAMAT
PERMAINAN
Matlamat Pertandingan Permainan
Tradisional ini adalah untuk mendedahkan
permainan tradisional kepada generasi muda zaman sekarang. memberi peserta peluang menambah,mengukuh dan
mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah dipelajari disamping
itu, ia dapat mendidik pelajar supaya mengenali
adat dan permainan tradisional nenek moyang. Dengan ini juga, peserta berbangsa Cina dan India
dapat mengetahui salah satu permainan rakyat yang dimainkan orang melayu Secara keseluruhan, pertandingan ini
bertujuan mengekalkan permainan ini di persada seni dan budaya agar generasi
akan datang dapat menikmati akan keindahan warisan budaya kita di sepanjang
zaman
4.0 OBJEKTIF PERMAINAN.
Permainan tradisional di sekolah banyak bertujuan untuk
membantu murid-murid mencapai perkembangan yang menyeluruh menerusi kegiatan jasmani
yang tersusun. Terdapat tiga objektif terhadap dominan perkembangan iaitu
psikomotor, kognitif dan efektif.
3.1 Bidang Psikomotor
1.
Dapat menghasilkan kertas kerja untuk mengelola
sekurang-kurangnya satu permainan tradisional.
2.
Dapat melibatkan koordinasi
otot-saraf,kelajuan,imbangan,kelenturan dan daya tahan secara maksimum .
3.
Dapat mengaplikasi pemahaman terhadap tahap kecergasan
seperti kepantasan, ketangkasan dan kekuatan dapat dipertingkatkan.
3.2 Bidang Kognitif
1.
Dapat belajar dan menghasilkan satu kertas kerja yang
bermutu.
2.
Dapat menyelesaikan dan menyatakan langkah-langkah
permainan tradisional serta peraturan permainan tersebut.
3.
Dapat menyesuaikan peraturan tradisional bersesuaian
dengan keadaan dan tahap kognitif murid.
3.3 Bidang Efektif
1.
Dapat memupuk sikap berkerjasama dalam ahli kumpulan.
2.
Dapat belajar membahagikan tugasan yang diberi bagi
memastikan kerja dapat diselesaikan tepat pada masanya.
3.
Dapat menerapkan nilai-nilai murni seperti semangat
kesukanan, semangat berkerjasama, kebolehan menyesuaikan diri dan kebolehan
memimpin pasukan dalam diri pelajar.
4.
Dapat membina keyakinan dan komitmen pelajar terhadap
tugasan yang diberi.
5.0 KUMPULAN SASARAN.
I.
PISMP Sejarah Semester 3 Ambilan Januari 2013
II.
PISMP TESL Semester 3 Ambilan Januari 2013
III.
PISMP Bahasa Iban Semester 3 Ambilan Januari 2013
IV.
PISMP Bahasa Iban Semester 1 Ambilan Januari 2014
V.
PPISMP Matematik Semester 2 Ambilan Jun 2013
VI.
PPISMP Bahasa Iban Semester 2 Ambilan Jun 2013
6.0 TARIKH.
Karnival Permainan Tradisional 2014
PISMP Semester 5 ini akan di jalankan pada Mac 2014.
7.0 TEMPAT PERMAINAN
Pusat Latihan
Kokurikulum (PULAKO), IPG Kampus Rajang.
8.0 ORGANISASI JAWATANKUASA PERMAINAN.
Sebelum
pertandingan
Pengerusi
: Khairul Azman Bin Askor
Naib
Pengerusi : Corina Mon
Setiausaha : Nurul Syazwani Binti Awang Noordin
Bendahari :
Dorence anak Julius Tungkiong
AJK
Peralatan : Darwan Bin Nasir
AJK
Teknikal : Bandang anak Galayan
AJK Tugas
Khas : Elizabeth Umang anak Daok
Semasa
Pertandingan
Ketua
hakim : Khairul Azman Bin Askor
Hakim
mata : Bandang anak Galayan
Darwan Bin Nasir
Dorence
anak Julius Tungkiong
Elizabeth Umang anak Daok
Nurul Syazwani Binti Awang Noordin
9.0
PENGURUSAN
PERMAINAN
9.1
Sebelum
9.1.1 Mengetahui jenis
permainan tradisional yang perlu dikendalikan
9.1.2 Mengetahui cara
bermain dengan betul.
9.1.3 Mengetahui semua
peraturan yang ada dalam permainan.
9.1.4 Menyediakan
borang penyertaan peserta.
9.1.5 Menyediakan
borang keputusan pertandingan
9.1.6 Mengenal pasti
dan menyediakan semua senarai peserta/pemain
9.1.7 Mengenal pasti
alatan yang perlu digunakan.
9.1.8 Menyediakan
ukuran teknikal gelanggang permainan.
9.1.9 Menyediakan
kertas konsep berkaitan permainan tradisional yang hendak dikendalikan.
9.1.10 Menetapkan
peraturan dan cara pemarkahan
9.1.11 Menyediakan
persembahan powerpoint untuk dibentangkan di dalam kelas kepada rakan-rakan dan
pensyarah penasihat.
9.1.12 Mengetahui jumlah
alatan dan bajet yang diperlukan dalam permainan ini.
9.1.13 Berbincang dengan
pensyarah penasihat mengenai kesesuaian permainan yang ditetapkan.
9.2
Semasa
9.2.1 Memastikan peserta tiba awal di kawasan
permainan.
9.2.2 Memastikan semua peserta/pemain berada dalam
kumpulan masing-masing
9.2.3 Memastikan semua peserta betul mengikut nama
di dalam borang penyertaan.
9.2.4 Memastikan semua peserta mendapat penerangan
yang jelas mengenai cara
bermain dan
peraturan
9.2.5 Memastikan
kawasan permainan berada dalam keadaan yang selamat
9.2.6 Memastikan semua
alatan yang hendak digunakan mencukupi.
9.2.7 Memastikan semua
peserta bermain dengan jujur.
9.2.8 Memastikan jadual
perlawanan berlangsung mengikut seperti yang telah dirancang.
9.2.9 Memastikan
peserta bermain dalam keadaan yang terkawal yakni tiada sebarang gangguan
daripada segi mental,emosi dan fizikal.
9.2.10 Memastikan AJK
Teknikal menjalankan tugas di setiap kawasan permainan.
9.2.11 Memastikan mata
dikira dengan betul.
9.3
Selepas
9.3.1 Membersihkan
kawasan permainan.
9.3.2 Membuat refleksi
mengenai pengendalian permainan tradisional.
9.3.3 Membuat
post-mortem.
9.3.4 Menyediakan laporan keseluruhan pelaksanaan.
10.0
PERATURAN
PERMAINAN
10.1
Setiap kumpulan
terdiri daripada 5 orang pemain
10.2
Setiap kumpulan
diberikan sebanyak 3 pusingan untuk melambungkan bola
10.3
Setiap pemain
dibenarkan melambung bola sebanyak 3 kali sahaja
10.4
Sekiranya
pemain yang sama melambungkan bola lebih dari 3 kali, yang selebihnya tidak
akan dikira
10.5
Kelima-lima
pemain harus melambungkan bola dalam setiap pusingan
10.6
Pusingan
tersebut dianggap tamat setelah bola jatuh ke tanah, terkena bahagian tangan
pemain dan mana-mana pemain tidak menerima atau melambungkan bola
10.7
Markah setiap
kumpulan ialah campuran lambungan bola dalam setiap pusingan
11.0
PROSEDUR PERMAINAN
11.1
5 orang pemain
akan membentuk bulatan
11.2
Permainan
dimulakan oleh pemain pertama dengan melambungkan bola sebanyak 3 kali
11.3
Bola tersebut dihantar kepada mana-mana pemain
11.4
Pusingan
pertama tamat setelah bola jatuh ke tanah, terkena bahagian tangan pemain dan
mana-mana pemain tidak menerima atau melambungkan bola
11.5
Bola akan dilambungkan sekali lagi oleh pemain pertama
untuk memulakan pusingan kedua dan seterusnya
12.0 ORGANISASI PERMAINAN
Rujuk Lampiran 2
13.0 SENARAI PERALATAN
Rujuk Lampiran 3
14.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
Tiada
perbelanjaan
15.0 PENUTUP
Akhir sekali, diharapkan Pengelolaan
Pertandingan Permainan Tradisional ini diharapkan dapat dilaksanakan dengan
lancar hasil kerjasama bersama ahli-ahli yang lain. Melalui pengendalian
pertandingan ini juga diharapkan peserta mendapat pendedahan mengenai permainan
tradisional yang semakin dilupakan ini. Semoga dengan pengelolaan ini kami
mendapat pendedahan awal untuk digunakan di sekolah kelak.
Lampiran 2
ORGANISASI
PERMAINAN
SENARAI PERALATAN
Berikut merupakan
senarai peralatan yang diperlukan.
Bil
|
Perkara
|
Kuantiti
|
1
|
Bola Sepak Raga
|
2 biji
|
2
|
Meja Ketua Hakim
|
2 buah
|
3
|
Kerusi
|
2 buah
|
4
|
Kertas A4
|
10 helai
|
5
|
Pen
|
4 batang
|
6
|
Pita Pelekat
|
1 gulung
|
7
|
White board
|
1 buah
|
8
|
White board marker
|
3 batang
|
9
|
Kon Kecil
|
6 kon
|
No comments:
Post a Comment