. Amoi Chantek: teknik main peranan dalam pendidikan moral Source: http://www.amronbadriza.com/2012/10/cara-membuat-anti-copy-paste-di-blog.html#ixzz2Q2hwp6eP

Tuesday 12 August 2014

teknik main peranan dalam pendidikan moral

3.1.4    Main Peranan

Mari kita melihat pula apa yang dimaksudkan dengan teknik Main Peranan.  Main Peranan merupakan satu teknik pengajaran yang melibatkan satu lakonan spontan tentang satu-satu isu atau masalah oleh murid-murid yang telah dipilih oleh guru.

Berikut ialah contoh-contoh Main Peranan:

1
Satu temu duga

Melakonkan watak murid sedang ditemuduga oleh guru Lembaga Pengawas dalam pemilihan calon Ketua Pengawas sekolah rendah
2
Pegawai polis menyoal siasat penjenayah
Melakonkan pegawai polis sedang menyoal siasat tertuduh yang disyaki merompak bank
3
Kaunselor menasihati pelajar yang bermasalah

Melakonkan watak kaunselor yang mengendalikan sesi kaunseling dengan seorang murid yang sering ponteng sekolah, merokok dan mencuri.
4
Seorang murid menasihati rakannya yang ditangkap kerana mencuri wang di dalam kelas
Melakonkan watak murid yang menasihati rakannya yang ditangkap kerana mencuri.
5
Seorang doktor dengan pesakit
Melakonkan watak doktor yang sedang memeriksa pesakit yang keracunan makanan
6
Gengsterisme di sekolah
Seorang murid yang kaki buli telah memeras ugut murid Tahun 5 untuk memberikan wang perlindungan sebanyak RM 2.00

No comments:

Post a Comment