. Amoi Chantek Source: http://www.amronbadriza.com/2012/10/cara-membuat-anti-copy-paste-di-blog.html#ixzz2Q2hwp6eP

Thursday 28 August 2014

Mata Pelajaran            :           Pendidikan Moral
Kelas                           :           6 Merah
Tarikh                          :           13 Jun 2014
Masa                           :           7:30 am – 8:30am
Bilangan Murid            :           30 orang
Bidang Pengajaran     :           3. Nilai berkaitan dengan diri dan masyarakat
Nilai                             :           3.4 Peka terhadap isu-isu sosial
Topik                           :           Unit 17: Rakyat prihatin negara sejahtera
Bahan/Sumber P&P   :           i) LCD, laptop, Pen marker, white board, Gambar, kertas, kertas                                                     majong, kertas lukisan.
Pendekatan                 :           Penyayang dan pemupukan nilai
Teknik                         :           Perbincangan Kumpulan dan penerangan.
Pengetahuan Sedia Ada         : Murid-murid tahu akan isu-isu sosial yang terjadi disekeliling                                                          mereka.
Hasil Pembelajaran     : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, pelajar akan dapat:
           Kognitif              : a) Menyatakan 3 isu-isu sosial yang dapat mencemarkan imej negara.
               b) Menyatakan 3 kesan isu-isu sosial kepada diri, keluarga dan negara.
            Afektif             : a) Rasa bertanggungjawab dan prihatin terhadap kesejahteraan                                                      masyarakat.
                                      b) Peka terhadap isu- isu yang berkaitan dengan masalah sosial.
           Psikomotor       : a) Mengamalkan gaya hidup sihat dengan mematuhi undang-undang                                             yang telah ditetapkan.
                                      b) Mengamalkan sikap bekerjasama dalam menghasilkan projek yang                                          diberikan.
Kemahiran Berfikir      : a) Menganalisis
                                      b) Menjana idea

LANGKAH

ISI KANDUNGAN

AKTIVITI PENGAJARAN PEMBELAJARAN

CATATAN / BAHAN BANTU MENGAJAR

SET INDUKSI
(5 MINIT)





LANGKAH 1
(5MINIT)

Pengenalan isu-isu sosial melalui tayangan video





Murid diberi pendedahan dengan isu-isu sosial yang berlaku dalam masyarakat.

Sedar dan mengetahui isu-isu sosial yang boleh mencemarkan imej negara.

Guru menunjukkan gambar mengenai isu-isu sosial






Guru bersoal jawap dengan murid mengapa isu-isu sosial ini sering berlaku.

Guru menerangkan kesan-kesan isu-isu sosial tersebut kepada negara.



Bahan Bantu Mengajar:
LCD, laptop, pen marker, white board, kertas mahjong, kertas lukisan, kertas
Gambar: penagih dadah, dvd cetak rompak, pelumba haram
Teknik:
Perbincangan Kumpulan dan penerangan.
Pendekatan:
Penyayang dan pemupukan nilai
                                      c) Membuat kesimpulan


LANGKAH 2
( 7 MINIT)


Prihatin dengan masalah sosial dan menjauhkan diri daripada terlibat dalam kegiatan yang tidak sihat.

Dalam 5 kumpulan yang mengandungi 5 orang ahli, murid dikehendaki  menyenaraikan kesan-kesan yang diterima  oleh seseorang apabila terjebak dengan isu-isu sosial pada peta minda yang diagihkan guru.

Hasil perbincangan dicatat di papan tulis oleh ahli kumpulan.

Perbincangan kelas dilakukan setelah selesai perbincangan kumpulan untuk memastikan murid faham kesan yang diterima oleh individu  yang terjebak dengan isu-isu sosial .


Kemahiran berfikir:
Menganalisis, menjana idea dan membuat kesimpulan.


LANGKAH 3
( 8 MINIT)





















Menilai dan menggambarkan kehidupan seseorang yang terlibat dengan isu-isu sosial melalui lukisan poster.

Murid diedarkan kertas lukisan.

Berdasarkan perbincangan yang dilakukan, dalam kumpulan murid dikehendaki melukis poster yang menggambarkan kegiatan isu-isu sosial sama ada kepada diri, masyarakat atau negara.

Murid dikehendaki menerangkan apa nilai yang terdapat dalam poster yang dilukis.

Lukisan berkenaan hendaklah diwarnakan dan hasilnya akan dilekatkan pada sudut Pendidikan Moral di dalam kelas.




PENUTUP
(5 MINIT)

Rumusan daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang berkaitan dengan kesan isu-isu sosial kepada diri, keluarga, masyarakat, agama dan negara.

Guru bersoal jawab dengan murid tentang  tahap isu-isu sosial di Malaysia

Guru membimbing murid membuat kesimpulan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran.







No comments:

Post a Comment