. Amoi Chantek: teknik bercerita dalam pendidikan moral Source: http://www.amronbadriza.com/2012/10/cara-membuat-anti-copy-paste-di-blog.html#ixzz2Q2hwp6eP

Tuesday 12 August 2014

teknik bercerita dalam pendidikan moral

3.1.2    Bercerita

Bercerita merupakan suatu teknik yang boleh menarik minat kanak-kanak.  Biasanya murid-murid akan lebih cepat menumpukan perhatian terhadap penceritaan guru. Bercerita menjadikan pengajaran pembelajaran lebih menarik dan berkesan. Pelbagai jenis cerita berunsur moral boleh didapati dengan mudah daripada akhbar, majalah, internet dan lisan. Bercerita boleh merangsangkan minda dan menimbulkan minat murid jika guru melaksanakannya secara berkesan. Banyak pengajaran dan nilai moral dapat dicungkil daripada cerita-cerita yang mengandungi unsur moral.

Sekarang marilah kita lihat apakah langkah-langkah yang harus diambil kira oleh guru dalam persediaan teknik bercerita.

Garis Panduan Teknik Bercerita

1)    Pilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan, minat, dan ada kaitan dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan. Pastikan objektif pengajaran dan pembelajaran ada kaitan dengan cerita tersebut

2)    Kaji isi kandungan cerita itu terlebih dahulu dan selitkan nilai-nilai murni yang bersesuaian dengan tema.

3)    Semasa bercerita guru boleh menggunakan gambar, objek-objek sebenarnya seperti patung wayang kulit, pelbagai jenis ‘pupet’, gambar kartun dan alat-alat bantu mengajar yang bersesuaian.

4)    Tempoh masa bagi sesuatu pelajaran sama ada 30 minit atau 60 minit turut mempengaruhi peruntukan masa untuk bercerita

5)    Tahap kebolehan murid dan pengetahuan sedia ada murid amat mempengaruhi guru dalam pemilihan cerita

6)    Cerita boleh diselang-seli dengan latar belakang muzik dan unsur bunyi kehidupan alam yang menarik. Contoh: bunyi air, api, hujan, guruh dll.

7)    Kepelbagaian penekanan nada dan intonasi guru, semasa bercerita menjadikan penyampaian cerita lebih berkesan.

8)    Gerak-geri guru haruslah sesuai dengan isi cerita.

9)    Guru haruslah menggunakan bahasa serta istilah yang mudah agar semua murid dapat memahami cerita yang menjadi isi pelajaran.

10) Mewujudkan peluang untuk murid-murid mengambil bahagian atau turut serta dalam proses penceritaan tersebut.

11) Guru tidak boleh menumpukan perhatian kepada sebahagian murid atau kelompok tertentu sahaja. Sebaliknya cuba memandang kepada keseluruhan kelas secara bergilir-gilir.

12) Akhiri cerita dengan kemas dan berikan suatu kepuasan  kepada murid di samping mengutamakan unsur pengajaran pembelajaran.

13) Murid juga boleh ditugaskan untuk bercerita dengan garis panduan yang diberikan oleh guru.

14) Memasukkan unsur pertandingan bercerita secara spontan/berstruktur. Aktiviti tersebut boleh dijalankan di dalam kelas Pendidikan Moral. Jangka masa bercerita perlu ditetapkan supaya guru dapat mengawal masa.

15) Merakamkan sesi bercerita dan menayangkannya kembali kepada murid.  

16) Selepas mendengar cerita daripada pelbagai pendekatan, minta murid tuliskan sinopsis cerita yang diperolehi daripada cerita itu.

No comments:

Post a Comment