. Amoi Chantek Source: http://www.amronbadriza.com/2012/10/cara-membuat-anti-copy-paste-di-blog.html#ixzz2Q2hwp6eP

Thursday 28 August 2014


Soalan: 5 kelebihan dan 5 kekurangan bahan bercetak.


Bahan-bahan cetak merupakan media pendidikan yang paling mudah didapati dan disediakan. Penggunaan bahan cetak sebagai bahan pengajaran tidak terhad asalkan ia menepati objektif. Contoh bahan bercetak adalah seperti buku teks, buku kerja, buku fiksyen, buku rujukan, majalah, risalah, jurnal, surat, berita, peta, surat khabar dan nota-nota bercetak. Bahan bercetak seperti ini mengandungi maklumat dalam bentuk perkataan, lukisan atau gambar. Gagne telah memilih bahan bercetak sebagai sumber pengajaran dan pembelajaran yang paling sesuai untuk murid-murid

Kepentingan menggunakan bahan cetak ini ialah mewujudkan rangsangan awal kepada murid untuk mempelajari topik tersebut. Rangsangan awal yang diwujudkan melibatkan rangsangan deria mata dan tangan. Kanak-kanak lumrahnya akan tertarik dengan pelbagai warna dan bentuk yang berwarna warni, mereka juga mempunyai tahap inkuiri yang tinggi untuk meneroka sesuatu yang berada di hadapan mereka. Oleh itu, penggunaan bahan bercetak seperti buku teks boleh membantu merangsang minat murid dan perasaan inkuiri murid dengan pelbagai gambar yang menarik dan dapat dipegang oleh mereka sendiri. Ini dapat memberi pengalaman yang bermakna kepada murid. Contohnya gambar seperti rajah kitaran hujan akan menunjukkan proses yang berlaku sehingga terbentuknya air hujan. Dengan berpandukan gambar rajah tersebut, murid akan tertarik untuk melihat satu persatu proses berlakunya hujan berbanding mereka perlu membaca satu persatu proses berlaku dalam bentuk ayat atau penulisan. Setelah mereka mendapat pengetahuan awal berkenaan gambar tersebut, kebiasaannya barulah mereka meneruskan pembacaan yang menarik minat mereka untuk mengetahui lebih lanjut. Maka salah satu kelebihan menggunakan bahan bercetak telah dibuktikan dapat menarik minat murid untuk menerokai gambar-gambar tersebut.
Selain itu, penggunaan bahan bercetak juga boleh menjimatkan masa dan dibawa kemana-mana sahaja. Contohnya poster, seandainya guru ingin mengadakan kelas di dalam bilik interaksi di perpustakaan, dengan menggunakan poster sebagai sumber pengajaran, dan sifat poster yang ringan, mudah dibawa, tidak mudah rosak memudahkan urusan guru untuk memindahkan bahan tersebut ke bilik interaksi daripada meja beliau di dalam bilik guru dan pembalajaran masih dapat diteruskan seperti biasa.

Tambahan pula, bahan bercetak juga lebih murah kosnya berbanding bahan bersumberkan komputer yang memerlukan kos yang besar untuk mengendalikannya. Guru tidak perlu mengeluarkan belanja yang besar untuk menyediakan bahan pembelajaran, contohnya guru ingin menyediakan teks cerita pendek untuk muridnya, guru boleh mencetak ke kertas lain dalam kuantiti yang di perlukan dan mengedarkannya kepada murid-murid. Cara ini bukan sahaja menjimatkan kos malahan boleh menjimatkan masa yang diperlukan untuk menyediakan bahan.

Selain kelebihannya menjimatkan, baha bercetak juga lebih mudah untuk dirujuk. Contoh bahan ialah surat majalah, guru ingin mengajar topik menjaga kebersihan diri, dalam ruangan kandungan guru boleh merujuk muka surat yang dikehendaki untuk melihat artikel yang berkaitan. Cara ini akan memudahkan lagi urusan guru kerana masa untuk mencari bahan dapat di singkatkan dan penumpuan terhadapt pembelajaran dapat di tingkatkan.


Bahan bercetak juga tahan lama, contohnya buku-buku, majalah, boleh digunakan untuk jangka masa yang panjang. Bahan seperti ini juga guru boleh gunakan pada bila-bila masa, dengan murid kelas berlainan dan pada tahun berlainan. Contohnya, guru menggunakan contoh surat kiriman rasmi sebagai sumber pengajaran dan pembelajaran di kelas 4 Amanah, dan dalam masa yang sama semasa mengajar di kelas 4 Cergas, guru boleh menggunakan bahan yang sama untuk menunjukkan kepada murid contoh surat kiriman rasmi.

No comments:

Post a Comment