. Amoi Chantek Source: http://www.amronbadriza.com/2012/10/cara-membuat-anti-copy-paste-di-blog.html#ixzz2Q2hwp6eP

Thursday 28 August 2014

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN BAHAN BERCETAK
Penggunaan bahan bercetak sebagai sumber pengajaran dan pembelajarandalam Pengajian Sosial telah diperkenalkan oleh Robert M Gagne. Bahan bercetakdiklasifikasikan kepada dua jenis iaiatu bahan bergambar dan bahan tidak bergambar.Contoh bahan bergambar ialah suar khabat, brosur, poster dan gambar manakalacontoh bahan tidak bergambar ialah seperti graf. Penggunaan bahan bercetakdikenalpasti mempunyai kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri. Antara kelebihan bahan bercetak ialah bahan tersebut mudah didapati. Sebagaicontoh, guru boleh menggunakan bahan-bahan terpakai yang tidak digunakan lagiseperti majalah, surat khabar serta buku-buku lama yang sudah tidak diguna pakai.Melalui penggunaan bahan-bahan terpakai, sebenarnya guru boleh menerapkan nilai berjimat sepanjang aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P). Hal ini kerana duniakini memperlihatkan kepincangan kekurangan sumber mentah seperti kepupusan kayubalak bagi penghasilan buku.Seterusnya, bahan bercetak juga senang dibawa kerana bahan jenis ini yangringan dan mudah disisipkan ke dalam fail. Bahan bercetak juga tidak memerlukan kospenyediaan serta perbelanjaan yang tinggi Guru boleh mendapatkan bahan daripadasurat khabar yang dilanggani pada setiap hari atau ketika pameran di sekolah.Meskipun kadang-kala kita memandang isu perbelanjaan sebagai suatu senario yangremeh temeh, tetapi sebenarnya setiap guru perlu bijak menguruskan perbelanjaanpenyediaan bahan bantu mengajar ke arah yang paling minimum.Selain itu, penggunaan bahan bercetak tidak memerlukan seseorang guru untukberkemahiran dalam menggunakannya. Tidak seperti bahan bantu mengajar yang lainseperti bahan multimedia interaktif yang memerlukan kecekapan seorang guru dalampenghasilan bahan tersebut. Guru hanya perlu bijak dalam mempelbagaikan kaedahdan strategi pengajaran dan pembelajaran (P&P) dengan hanya menggunakan satubahan bercetak sahaja seperti peta. Peta daerah boleh digunakan dalam mengajar taburan penduduk, bentuk muka bumi dan penghasilan karangan berpandu.

 Bahan bercetak juga mudah untuk dijaga dan tahan lama. Paling utama ialahguru itu sendiri hendaklah mahir dalam memastikan kaedah penyimpanan bahanbercetak itu berkesan. Sebagai contoh sekiranya guru menggunaakan poster, guruperlu menggulung poster tersebut dan menyimpannya di tempat yang elok. Guru tidakseharusnya melipat dan menghempap poster dengan sebarang objek berat.Penggunaan bahan bergambar seperti buku membantu murid meluaskanpengetahuan dan pemahaman. Rangasangan luaran seperti gambar mampu membinaset-set di dalam stor ingatan seseorang individu sama ada berbentuk ingatan jangkapendek atau jangka panjang. Bahan tidak bergambar seperti pula mendedahkan muriddengan cabaran kerana mereka dikehendaki mentafsir maklumat yang diterima sepertimembuat graf atau melukis dan memberi peluang kepada murid untuk meluaskanpenggunaan bahasa seperti membuat ramalan dan membuat huraian lanjut tentangsesuatu laporan.Walaupun terdapat banyak kelebihan yang disenaraikan mengenai bahanbercetak ini, namun bahan jenis ini mempunyai beberapa kelemahan dalampenggunaannya. Antaranya ialah bahan bercetak tidak dapat disunting seperti bahanmultimedia interaktif. Sebarang kesilapan dalam aspek kesalahan tanda baca, ejaanperkataan dan struktur serta nahu ayat tidak boleh dipadam atau diedit setelah dicetak.Oleh itu, murid akan terpengaruh dengan kesalahan tersebut seandainya guru tidakmembetulkan kesalahan yang terdapat pada sumber bahan bercetak. Sebagai contoh,
sekiranya di dalam brosur terdapat ayat ‘Gempabumi merupakan suatu fenomenaalam’, murid cenderung untuk menulis frasa ‘gempabumi’ dalam penulisan

karangannya.Selain itu bahan ini mudah rosak sekiranya tidak disimpan dengan baik sepertidimakan anai-anai dan kulat. Sukar untuk kita dapati terdapat bilik kedap udara yangboleh memuatkan kapasiti bahan bercetak bagi tujuan pengurusan mahupunpenggunaan P&P. Malahan lebih relevan jika dikatakan tiada langsung bilik kedapudara yang wujud dalam mana-mana institusi pendidikan. Kehadiran udara terkempap dalam bilik penyimpanan bahan bercetak tidak kira di dalam kelas atau rumah sebenarnya menyumbang ke arah pembiakan kulat. Serangga-serangga kecil pula turut membiak. Serangga dan kulat mampu merosakkan struktur bahan bercetak sepertimajalah dan buku. Bahan-bahan juga mengandungi info-info serta maklumat yang telah lapuk. Contohnya maklumat-maklumat seperti yang terdapat di dalam buku-buku sentiasa dikemaskini dari semasa ke semasa dan berubah. Sebagai contoh, isi kandungan bukuteks akan dirombak semula selang beberapa tahun bagi menambahbaik kurikulumsedia ada. Hal ini memberi impak negatif terhadap guru kerana guru terpaksamembiasakan diri dengan isi kandungan yang baru dan merangka ramalankepincangan yang dihadapi murid.Bahan ini juga kurang mempunyai unsur-unsur interaktif seperti bahan lain yangmampu merangsang minat murid. Bahan yang terlalu banyak teks membuatkan muridberasa bosan dan jemu untuk memberi tumpuan kepada pengajaran guru. Kitaseharusnya sedar pada peringkat murid sekolah rendah, mereka lebih tertarik denganimej bergerak dan gabungan penghasilan audiovisual dalam pembelajaran. Hal inimenjadi titik tolak kepada penghasilan banyak bahan bantu mengajar yang lebihinteraktif seperti video interaktif.Bukan itu sahaja, malah terdapat bahan bercetak yang mempunyai aras kognitif yang tidak setara dengan tahap pemikiran murid. Murid mungkin tidak memahami isipelajaran sedang dipelajari. Tidak semua guru faham tentang sasaran pembaca yangdisasarkan oleh penulis buku. Oleh itu, guru bersikap ringkas dengan menggunakanapa jua bahan bercetak sebagai bahan bantu mengajar. Penggunaan bahan bercetak juga dianggap sebagai bahan hafalan. Oleh itu, murid kurang dilatih dalammengaplikasikan kemahiran berfikir. Mereka hanya diminta untuk menghafal maklumatsehingga menjadikan bahan bantu mengajar itu sendiri sebagai bahan bantu beban.Intihanya, penggunaan bahan bercetak mempunyai kelebihan dan kekurangandalam segenap aspek. Terpulang kepada guru untuk bijak menggunakan bahan jenisini dengan kaedah dan strategi tersendiri.

No comments:

Post a Comment