. Amoi Chantek Source: http://www.amronbadriza.com/2012/10/cara-membuat-anti-copy-paste-di-blog.html#ixzz2Q2hwp6eP

Wednesday 2 April 2014

1.0 PENGENALAN
Dalam Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat, linguistik boleh didefinisikan sebagai kajian saintifik tentang bahasa. Menurut Abdullah Hassan (2009), kajian bahasa merupakan satu kajian yang sama dengan bidang-bidang kajian sains yang lain yang memerlukan pemerhatian yang teliti dan mendalam. Kajian bahasa memerlukan undang-undang dan syarat-syarat tertentu berdasarkan teori- teori yang tertentu. Dengan perkataan lain, kajian bahasa mestilah dilakukan berdasarkan data-data yang empirikal dan dapat dijadikan satu kenyataan. Hasil analisis yang dijalankan mestilah konsisten iaitu tidak bercanggah antara satu sama lain.
Asmah Haji Omar (1993) pula mengatakan bahawa ilmu linguistik mempunyai bidang pengkajian yang sangat luas. Ilmu linguistik mengkaji pelbagai aspek bahasa berdasarkan penggunaan tatabahasanya, sejarah, rumus-rumus bahasa, perubahan psikologi, kaitan dengan masyarakat dan sebagainya ketika seseorang menggunakan bahasa. Zaman perkembangan ilmu linguistik dalam abad ke-20 boleh dianggap sebagai zaman perkembangan linguistik moden. Kajian linguistik pada zaman ini dijalankan berdasarkan kaedah penyelidikan sains. Ramai ahli bahasa yang telah muncul dalam zaman ini dengan membawa pelbagai pembaharuan dalam aspek pengkajian bahasa. Antara ahli bahasa tersebut ialah Edward Sapir, Leonard Bloomfield dan Ferdinand de Saussure.
Seseorang ahli linguistik yang bersandarkan sesuatu teori boleh menjelaskan apa-apa fenomena atau permasalahan dalam bahasanya sendiri atau bahasa-bahasa lain walaupun beliau sendiri tidak memahami bahasa tersebut. Tugasan kali mengkehendaki penulis untuk membandingbezakan pemikiran antara ketiga-tiga tokoh linguistik tersebut berdasarkan kepada perkembangan ilmu bahasa melalui hasil kajian empirikal mereka. Penulis juga akan membincangkan sejauhmana sumbangan mereka kepada perkembangan ilmu linguistik sehingga kini. Selain itu, penulis akan membincang dan menghuraikan tentang ciri-ciri Bahasa Melayu Saintifik dengan menunjukkan contoh-contoh yang sesuai.

2.0 BANDINGBEZA PEMIKIRAN ANTARA EDWARD SAPIR, LEONARD BLOOMFIELD DAN FERDINAND DE SAUSSURE
2.1 Edward Sapir
Edward Sapir dilahirkan di Lauenburg, Jerman pada tahun 1884. Beliau berhijrah ke Amerika Syarikat pada tahun 1889 lalu menetap di New York. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda pada tahun 1904 dan kemudiannya mendapat Ph.D pada tahun 1909 dari Columbia Universiti. Di universiti inilah pemikiran Edward Sapir telah diilhamkan daripada seorang ahli antropologi iaitu Franz Boas (1858-1942). Dalam buku Pengantar Linguistik Bahasa Melayu (2013:53) menerangkan bahawa karya terulung Edward Sapir ialah Language (1921) yang menghuraikan tentang tipologi bahasa. Beliau telah diberi gelaran sebagai Bapa Linguistik Moden dan merupakan sarjana linguistik struktural dan antropologi.
Edward Sapir (1884-1939) merupakan seorang ahli linguistik Amerika yang pertama yang mengkaji dengan teliti hubungan-hubungan antara kajian bahasa dengan antropologi.  Antropologi ialah kajian saintifik tentang asal usul manusia yang meliputi perkembangan fizikal, budaya, ciri-ciri ras dan adat resam serta kepercayaan. Skop pengkajian yang dilaksanakan oleh Sapir ialah mengenai klasifikasi bahasa-bahasa suku etnik Indian di Amerika Syarikat. Pendapat beliau tentang ilmu bahasa hampir serupa dengan pendapat Van Humboldt. Beliau mengatakan bahawa manusia hidup di dunia ini di bawah belas kasihan bahasanya yang telah menjadi alat pengantar dalam masyarakatnya. Menurut Sapir, dunia sesuatu masyarakat didirikan di atas tabiat-tabiat bahasa masyarakat itu sendiri dan kerana itulah terdapat dua bahasa yang betul-betul sama sehingga dapat dianggap mewakili masyarakat yang sama.
Edward Sapir telah memperkenalkan Hipotesis Sapir-Whorf hasil gabungan pemikiran beliau dan anak muridnya Benjamin Lee Whorf. Hipotesis Sapir-Whorf menekankan beberapa hubungan yang penting dalam aliran linguistik yang dibawakan oleh mereka, iaitu bahasa, pemikiran dan budaya. Hipotesis mereka ditulis secara tidak formal dan disertakan dengan formula-formula empirik, tetapi melalui kajian yang mendalam menerusi penulisan perkara-perkara berkaitan dengan linguistik, dan akhirnya mereka menemui dua idea yang menjadi tunjang kepada aliran mereka. Pertama ialah teori linguistik penentuan yang menyatakan bahawa bahasa yang kita gunakan akan menentukan bagaimana kita akan mengintepretasi dunia sekeliling. Kedua pula ialah teori linguisitik relatif yang menyatakan bahawa bahasa mempunyai sedikit kesan dalam mempengaruhi pemikiran kita terhadap realiti hidup.
Hasil daripada hipotesis tersebut, Sapir-Whorf menekankan bahawa budaya yang menentukan bahasa. Menurut hipotesis tersebut, latar belakang linguistik yang sama serta diselaraskan dengan cara yang sama membolehkan pengguna-pengguna bahasa mendapatkan gambaran hidup yang sama. Tatabahasa sesuatu bahasa juga dapat menjadi pembentuk sesuatu idea di samping merupakan alat untuk menyuarakan idea-idea kerana tatabahasa yang akan menentukan pemikiran seseorang bukan kata-kata. Bersesuaian dengan hipotesis tersebut, dapat dijelaskan di sini bahawa cara hidup dan pandangan hidup bangsa-bangsa Melayu di Nusantara adalah sama seperti bangsa Malaysia, bangsa Filipina, bangsa Indonesia dan beberapa bangsa di Pasifik. Hal ini adalah kerana bahasa-bahasa setiap bangsa tersebut diselaraskan dengan struktur yang sama.
Sapir juga menegaskan fonem sebagai satuan psikologi kerana bahasa dapat melahirkan perkataan-perkataan, lambang dan makna pada setiap ujaran. Selain itu, Sapir menjelaskan bahawa bahasa bersifat distingtif iaitu membezakan makna daripada perkataan-perkataan yang diujarkan yang lahir daripada interpretasi individu terhadap persekitaran seseorang individu. Di samping itu, Sapir juga mengemukakan teori struktural yang menyentuh aspek struktur bahasa yang merangkumi pola dan pembinaan sesuatu ayat.
2.2 Leonard Bloomfield
Leonard Bloomfield dilahirkan pada 1 April 1887 di Chicago, Amerika Syarikat. Beliau merupakan ahli linguistik dan menjadi pengasas kepada Persatuan Linguistik Amerika Syarikat. Bloomfield merupakan ahli linguistik yang mempelopori teori behaviourisme yang berkait rapat dengan fahaman ahli psikologi dalam menghuraikan bahasa.
Leonard Bloomfield (1887-1949) merupakan salah seorang ahli linguistik struktural yang terkenal di Amerika Syarikat pada zamannya. Bloomfiled menggunakan konsep Ferdinand de Saussure sebagai asas pengkajian, iaitu dalam struktur bahasa. Beliau turut meneliti dua kejadian sejarah di Amerika sehingga mencetuskan pemesatan perkembangan aliran struktural. Hashim Hj. Musa (1994) menyatakan, kajian sejarah yang dilakukan oleh Bloomfield ialah berkenaan wujudnya bahasa-bahasa orang asli di Amerika Syarikat yang begitu banyak dan pelbagai serta kegiatan penaklukan dan peperangan yang mengakibatkan kehilangan bahasa-bahasa tersebut ekoran kematian penutur-penutur jati bahasa itu.
Pada tahun 1914, Bloomfield telah menulis buku An Introduction to Linguistic Science. Artikel beliau banyak diterbitkan dalam jurnal Language yang dihasilkan oleh Linguistic Society of America tahun 1924. Pada tahun 1933, Bloomfield menerbitkan buku Language yang menghuraikan pandangan behaviourismenya berkaitan dengan fakta bahasa iaitu stimulus-response ataupun ransangan dan tindak balas. Pemikiran linguistik beliau bertentangan dengan Edward Sapir. Sapir berpendapat bahawa fonem sebagai satuan psikologi tetapi bagi Bloomfield, fonem merupakan satuan behavioral ( Faridah Nasir dan Tuan Jah Tuan Yusof, 2013:54).
Beliau beranggapan bahawa bahasa merupakan pangkalan data segala ucapan yang dituturkan yang boleh mengeluarkan segala unit bahasa. Dengan kata lain, ayat-ayat itu tersusun di dalam otak dan dikeluarkan apabila adanya ransangan. Sekiranya tingkah laku manusia lain berpunca daripada adanya ransangan, maka bahasa pun dapat dilahirkan sebagai gerak balas terhadap ransangan tersebut. Bagi Bloomfield, aspek luaran atau fizikal yang akan menentukan bentuk sesuatu lakuan bahasa. Rangsangan dan gerak balas yang berlaku secara berterusan akan membentuk sesuatu tabiat bahasa.
Bagi memahami teori linguistik Bloomfield, dapat dijelaskan melalui anekdotnya yang terkenal yang bertajuk Jack and Jill. Dalam buku berjudul Pengantar Psikolinguistik (1987:41) menerangkan bahawa dalam anekdot tersebut, digambarkan bahawa Jack dan jill sedang berjalan-jalan. Semasa mereka berjalan, Jill ternampak buah epal yang sedang masak di atas pohon. Jill berkata kepada Jack bahawa dia berasa lapar dan inginkan epat tersebut. Jack memanjat pohon tersebut dan memetik epal dan memberikannya kepada Jill.
Melalui anekdot tersebut dapat dirumuskan di sini bahawa buah epal tersebut menjadi satu ransangan kepada Jill sehingga Jill telah memberitahu kepada Jack bahawa dia hendak makan epal tersebut kerana lapar. Tindak balas berlaku apabila Jill mengeluarkan bunyi-bunyi bahasa dan perilakunya semasa bercakap kepada Jack. Begitu juga dengan Jack di mana Jack menerima ransangan setelah mendengar bunyi-bunyi yang dikeluarkan oleh Jill dan dia terus bertindak dengan memetik epal dengan memanjat pohon tersebut dan memberinya kepada Jill. Dapat disimpulkan di sini bahawa tingkah laku manusia berpunca dengan adanya rangsangan dan bahasa terlahir sebagai gerak balas atau respons terhadap ransangan tersebut.
Beliau juga beranggapan bahawa bahasa ialah satu tingkah laku manusia. Beliau memperlihatkan konsep saintifik dalam kajiannya, iaitu suatu kenyataan yang menunjukkan bahawa semua bahan kajian hendaklah dapat diperhatikan dan dianalisis secara empirikal. Menurut Bloomfield, bahasa merupakan sejumlah isyarat yang berupa unsur-unsur vokal. Hasil daripada analisis yang dilakukan pada bahasa adalah sama. Beliau menemui hakikat bahawa hubungan bahagian bermula daripada fonem, morfem, kata, frasa dan seterusnya ayat. Hal ini juga dikenali sebagai Linguistik Taksonomi kerana mengkaji bahagian-bahagian bahasa dengan terperinci.
2.3 Ferdinand De Saussure
Ferdinand de Saussure dilahirkan di Genewa pada 26 November 1857. Beliau daripada keluarga protestan Perancis yang berhijrah dari daerah Lorraine ketika perang agama pada akhir abad ke-16. Pada tahun 1870, beliau belajar di Institut Martine, di Paris. Essai sur les langues merupakan karya pertama beliau yang dipersembahkan kepada Pictet pada tahun 1872. Mula belajar bahasa Sanskrit dan akhirnya, Saussure semakin tertarik pada kajian terhadap bahasa dan mempelajarinya di Leipzig. Di institut tersebutlah beliau telah menimba ilmu daripada tokoh linguistik iaitu Brugmann dan Hubschmann. Beliau telah dikenali sebagai Bapa Linguistik Moden kerana beliau merupakan pengasas kepada linguistik moden.
Beliau berpendapat bahawa bahasa lisan lebih utama daripada bahasa tulisan. Penulisan hanya merupakan satu sarana yang mewakili ujaran. Linguistik bersifat deskriptif, bukan preskriptif seperti tatabahasa tradisional. Para ahli linguistik mendeskripsikan bagaimana orang berbicara dan menulis dalam bahasanya, bukan memberi keputusan bagaimana seseorang seharusnya berbicara. Pemikiran linguistik Ferdinand de Saussure yang paling utama ialah kajiannya dalam bidang linguistik, iaitu linguistik perbandingan, linguistik deskriptif struktur dan linguistik sinkronik serta diakronik.
Menurut Faridah Nazir dan Tuan Jah Tuan Yusof (2013), linguistik sinkronik merujuk kepada kajian terhadap sesuatu bahasa tertentu dalam jangka masa tertentu. Manakala, linguistik diakronik pula bermaksud kajian yang dijalankan berdasarkan perkembangan yang dilalui oleh sesuatu bahasa. Ferdinand mengemukakan bahawa linguistik deskriptif (sinkronik) haruslah dibezakan daripada linguistik historis (diakronik) kerana kedua-duanya menggunakan pendekatan yang berlainan, khususnya dalam menganalisis sesuatu bahasa. Beliau juga mengulas berkenaan tugas seorang linguistik yang seharusnya bertindak sebagai mendeskripsikan cara-cara seseorang itu bertutur dan menulis dalam bahasa yang dituturkan dan bukan memberi keputusan kepada kaedah atau cara seseorang itu harus berbicara atau bertutur.
Beliau juga berpendapat bahasa dibezakan antara hubungan sintagmatik dan paradigmatik dalam sesuatu bahasa. Hubungan sintagmatik merupakan peraturan penyusunan bahan bahasa menurut penyusunan secara linear atau mendatar, manakala hubungan paradigmatik ialah keterampilan memilih output bahasa yang paling sesuai untuk digunakan dalam keperihalan keadaan tertentu untuk memenuhi tujuan komunikasi yang tertentu. Zulkifley Hamid (2012) berpendapat sintagmatik melibatkan aspek nahu dan paradigmatik pula melibatkan aspek kecekapan berbahasa.
Bahagian yang terpenting daripada teori linguistik Ferdinand de Saussure adalah pengertian istilah yang diberikan olehnya iaitu sign, tanda atau lambang. Hal ini adalah kerana bahasa merupakan satu sistem daripada tanda-tanda tersebut. Tanda linguistik ini adalah merupakan satu psikologi dan kedua-dua unsur ini dipersatukan sehingga mempunyai perkaitan antara satu sama lain. Tanda yang dimaksudkan oleh beliau ialah konsep dan bayangan bunyi.
Jadual dibawah menunjukkan secara ringkas perbezaan pemikiran ketiga-tiga tokoh tersebut:
EDWARD
SAPIR
LEONARD BLOOMFIELD
FERDINAND DE SAUSSURE
Ketiga-tiga tokoh tersebut merupakan Bapa Linguistik
 Moden
Bahasa bersifat arbitrari bagi menyampaikan perasaan dan fikiran.
Bahasa sebagai pangkalan data ucapan yang boleh mengeluarkan segala unit bahasa.
Kajian bahasa dilakukan dari sudut yang berbeza-beza iaitu secara sinkronis dan diakronis.
Menggunakan pendekatan antropologi yang melihat bahasa dari segi fungsinya dalam masyarakat.
Bahasa ialah satu tingkah laku manusia.
Menganggap bahawa bahasa lisan lebih utama daripada bahasa tulis.
Struktur bahasa merupakan unsur yang menentukan struktur pemikiran manusia.
Ayat-ayat akan tersusun di dalam otak dan dikeluarkan apabila adanya rangsangan.
Bahasa terdiri dari signifiant (penanda) dan sigfnifie (petanda).
Mengkaji hubungan bahasa dengan pemikiran manusia dari aspek psikologi.
Menyatakan bahawa semua bahan kajian hendaklah diperhatikan dan dianalisis secara empirikal.
Bahasa dibezakan antara hubungan sintagmatik dan paradigmatik dalam sesuatu bahasa.
Merumuskan bahawa tiada bahasa yang sempurna kerana bahasa akan sentiasa berubah.
Merumuskan sekiranya tingkah laku manusia lain berpunca daripada adanya rangsangan, maka bahasa pun dapat dilahirkan sebagai gerak balas terhadap ransangan.

Bahasa adalah satu sistem tanda-tanda atau lambang-lambang yang arbitrari dan digunakan untuk menyampaikan idea yang tersusun yang digabungkan dengan bunyi.


3.0 SUMBANGAN EDWARD SAPIR, LEONARD BLOOMFIELD DAN FERDINAND DE SAUSSURE DALAM PERKEMBANGAN ILMU LINGUISTIK
3.1 Edward Sapir



3.2 Leonard Bloomfield
L. Bloomfield telah menghasilkan karyayang berjudul Language (1933). Konsep yang diketengahkannya telah membawa matra baharu dalam ilmu bahasa, yang kemudiannya terkenal dengan nama aliran Struktural. Bloomfield mengatakan bahawa apapun yang dilafazkan pasti mempunyai struktur. Jika kita menyebut rumah, maka strukturnya [rumah] bukan[hamur] atau [maruh]. Bloomfield lebih mengutamakan bahasa lisan sebagai objek kajiannya. Hal ini telah menyebabkan wujudnya linguistik deskriptif.
Oleh sebab bahasa mempunyai struktur, makakaedah penganalisisan struktur perluditentukan. Antara kaedahnya ialahpemenggalan bentuk yang ada. Contoh:
>Orang itu akan pergi ke bulan
> Orang itu + akan + pergi + ke bulan
> Dilaksanakan: laksana, di + laksana + kan
Pandangan Bloomfield berasaskanteori
Behaviorisme
, iaitu yangberanggapan bahawa tingkah lakumanusia dapat ditanggap olehindera. Setiap rangsangan(stimulus) akan mewujudkan tindakbalas (respons).
berasaskan analisisbahasa melalui teori Stimulus –Respons. Aliran Bloomfield terus berkembang dankemudiannya telah mewujudkan aliranbaharu yang dinamakan tagmemik. Teori Tagmemik ini telahdiketengahkan oleh K. L. Pike. Teoriini menekankan proses penemuanyang tidak bersifat mekanis tetapibersifat intuisi. Teori Tagmemik ini dapatditerapkan pada semua peringkat,iaitu ayat, klausa, frasa, kata dan morfem. Dalam teori Tagmemik, unit terkecilyang berfungsi dalam ujaran disebut tagmeme. Setiap tagmeme dapat mengisi slot dalam suatu konstruksi.Contoh: > Saya menendang bola: saya dapat diisi oleh KN, menendang dapat diisi oleh KKJ, dan bola dapat diisi oleh Obj.

3.3 Ferdinand de Saussure
Ferdinand de Saussure (1857-1913) merupakan seorang ahli linguistik yang memulakan kajian tentang linguistik deskriptif. Pada awalnya, beliau lebih cenderung dalam bidang linguistik sejarah dan perbandingan. Hashim Hj. Musa (1994) berpendapat bahawa aliran linguistik formal atau struktural ini bertujuan untuk membebaskan kajian linguistik daripada cengkaman kaedah historis (sejarah) dan komparatif (perbandingan). Oleh hal yang demikian, pemikiran beliau telah berkembang dengan pesat serta mendapat perhatian yang meluas dan menerima ramai pengikut hasil daripada pemikiran yang dibawa oleh beliau.
Saussure merupakan orang pertama yang merumuskan secara sistematik cara untuk menganalisis bahasa bagi memahami sistem tanda atau simbol dengan menggunakan analisis struktural dalam kehidupan masyarakat. Beliau beranggapan bahawa bahasa adalah sistem tanda yang paling lengkap kerana mengungkapkan gagasan struktural yang terungkap dalam sistem tanda dan simbol tersebut. Oleh yang demikian, bahasa sangat penting dalam sistem interdisipliner yang mencakupi nilai dan makna sehingga memperkuat landasan filosofi yang di analisis. Kajian Saussure memang tidak lepas dari aspek linguistik, sehingga analisis strukturalisme yang dibawanya mempunyai perkaitan dengan sistem tanda mahupun bahasa.
            Pertama, tulisannya di antara 1878-1924 yang dikarang dalam bentuksebuah memoir, membicarakan darihal sistem vokal primitif dalambahasa
 proto Indo-Eropah.

- Beliau membezakan kajian llinguistik secara sinkronik dan dikronik.Sinkronik bermaksud kajian mengenai sesuatu item dalam bahasa. Manakala, dikronik ialah kajian mengenai sistem bahasa.
- Kedua, beliau menimbulkan perbezaan antara langue dan parole.Istilah langue
bererti bahasa manakala parole sama pengertiannya dengan loghat.
-Parole terdiri daripada ciri-ciri bahasa yang sama terdapat dalampertuturan beberapa penutur loghat yang sama. Kita dapat melihat ciri-ciri yang dikongsi bersama oleh penutur-penutur tersebut, di sampingciri-ciri yang membezakan setiap penutur individu.
- Langue pula terdiri daripada ciri-ciri parole yang umum dalam sekelompok parole daripadabahasa yang sama. De Saussure juga mengatakan bahawa bahasa mempunyai bahan danbentuk. Bunyi-bunyi yang dituturkan itu adalah bahan bunyi, garis-garislakar dikatakan bahan grafik dan lain-lain bagi sesebuah bahasa.Bantuk pula ialah pola-pola perhubungan yang abstrak ditentukan olehsesuatu bahasa itu ke atas bahannya. Apabila kita mengkaji fonetikatau bunyi bahasa Melayu, kita mengkaji pola-pola pembentukanperkataan daripada bahan bunyi ini, kita mengkaji bentuknya. Begitu jugalah pola-pola ayat tatabahasa adalah bentuk-bentuk dalambahasa.

Ferdinand menghuraikan bahasa merupakan sistem tanda yang terdiridaripada signifier dan signified, iaitu penanda dan petanda. Kedua-dua unsur ini salingberkaitan dan wujud secara terikut. Apabila satu daripada unsurnya berubah, makaunsur yang lain juga akan berubah. Ferdinand berpendapat signifier merupakan citrabunyian dan bersifat fizikal serta dapat ditaakuli deria manusia, manakala signified ialah konsep yang tidak berkaitan dengan bentuk-bentuk fizikal. Hal ini bermaksud acuanpersepsi atau idea yang terdapat dalam otak manusia yang pelbagai. Selain itu,Ferdinand juga menyebut signified melibatkan konsep mental, iaitu suatu perkara yangdipengaruhi budaya yang terdapat dalam sesebuah masyarakat serta satu hak mutlakyang diperlukan untuk melakukan komunikasi signifikan antara individu dalammasyarakat tersebut. Dengan kata lain, signified bersifat arbitrari atau sewenang-wenangnya diujarkan oleh individu tersebut.



CIRI-CIRI BAHASA MELAYU SAINTIFIK
Bahasa saintifik turut dikenali sebagai bahasa akademik yang merupakan bahasa yang wujud dengan munculnya pelbagai bidang ilmu. Bahasa yang digunakan untuk mengungkap ilmu dan memiliki ciri-ciri yang tersendiri itulah dinamakan sebagai bahasa ilmu. Abdullah Hassan (1986) mentakrifkan bahasa ilmu sebagai bahasa yang digunakan dengan teratur untuk mengungkapkan sesuatu konsep, proses, sifat atau ciri dalam konteks intelektual dan ilmiah. Bahasa formal atau bahasa tinggi ini perlu mengatasi dialek atau idiolek seseorang yang berusaha menggunakannya. Jenis bahasa ini mempunyai ciri-ciri gramatis, halus, jitu, intelektual dan elitis. Justeru, karya ilmu mestilah bukan hanya cemerlang dalam hal kandungan ilmunya tetapi cemerlang dalam penyampaiannya atau bahasanya.
Terdapat bukti bahawa Bahasa Melayu sudah menjadi bahasa ilmu yang mampu memperkatakan pelbagai bidang ilmu sejak abad ke-7 Masihi lagi. Menurut Shahrir Mohammad Zain (2005), selepas kedatangan Islam ke Alam Melayu terdapat banyak manuskrip dan buku atau kitab Melayu yang menunjukkan kewujudan ilmu SAKTI iaitu sains, kesihatan, kejuruteraan dan teknologi selain daripada ilmu sakti biasa seperti ilmu sihir dan ajaib. Bahasa Melayu saintifik boleh mengungkapkan pelbagai bidang ilmu seperti sains fizikal, sains perubatan, sains tabii, sains sosial dan sebagainya.
Asmah Haji Omar (1987) berpendapat bahawa konsep saintifik tidak terhad kepada pengertian sains seperti matematik, kimia, biologi, dan fizik malah ia merangkumi bidang-bidang sains sosial. Justeru, konsep bahasa Melayu saintifik mempunyai pengertian yang sama dengan konsep bahasa akademik atau ilmu. Sebagai bahasa akademik, bahasa Melayu saintifik mempunyai laras bahasa khusus untuk menjelaskan pelbagai bidang ilmu misalnya, bidang perubatan. Contohnya  laras bahasa yang digunakan ialah biokimia, fisiologi, obstetrik, ginakologi dan sebagainya.
 Ilmu bahasa Melayu saintifik mempunyai perbendaharaan kata, istilah dan bahasa yang sesuai untuk menghuraikan tentang konsep dan pemikiran tentang hal-hal perdagangan antarabangsa, perniagaan saham, perindustrian ringan dan berat serta pengurusan perakaunan dan perangkaan. Dengan kata lain, bahasa Melayu saintifik mempunyai keupayaan yang setanding dengan bahasa Inggeris dalam memperkatakan konsep dan pemikiran ilmu moden. Di samping itu, bahasa Melayu saintifik juga mempunyai ciri-ciri keintelektualan dan kesempurnaan bahasa melalui perbendaharaan kata dan sistem tatabahasanya yang mantap (Pengantar Linguistik Bahasa Melayu, 2013:111).
Perkataan saintifik dan akademik sebenarnya mempunyai maksud yang sama. Bahasa Melayu saintifik sebenarnya mempunyai satu ciri utama iaitu fungsinya sebagai rujukan melalui penggunaan gaya, istilah dan laras bahasa sesuatu bidang tertentu.





No comments:

Post a Comment