. Amoi Chantek: Sistem Ejaan Rumi bahasa Melayu Source: http://www.amronbadriza.com/2012/10/cara-membuat-anti-copy-paste-di-blog.html#ixzz2Q2hwp6eP

Tuesday 9 April 2013

Sistem Ejaan Rumi bahasa Melayu


1.0       Pengenalan
Dalam Sistem Ejaan Rumi bahasa Melayu yang kita guna pada hari ini merangkumi penggunaan abjad, penulisan huruf, pengenalan vokal, penulisan konsonan, penulisan digraf, pembentukan suku kata, penulisan kata, sistem keselarasan vokal, huruf diftong, sistem ejaan kata pinjaman dan juga kesilapan-kesilapan umum dalam tatabahasa bahasa Melayu.

Antara aspek penting yang dikaji dalam tugasan ini pula ialah sistem keselarasan vokal yang secara umumnya terdiri daripada 18 jenis pola keselarasan vokal. Tugasan ini juga meminta untuk menganalisis pola keselarasan vokal yang terdapat di dalam puisi yang dipilih dan seterusnya menulis satu rencana berdasarkan sistem keselarasan vokal yang terdapat di dalam puisi tersebut.

Menurut Siti Hajar Abdul Aziz, keselarasan vokal bermaksud kesesuaian dua huruf vokal yang membentuk dua suku kata pada kata dasar iaitu pasangan antara huruf vokal pada kata pengakhir dengan huruf vokal pada suku kata tertutup. Prinsip keselarasan vokal ini berlaku dengan syarat-syarat berikut iaitu keselarasan  adalah antara dua huruf vokal pada kata dasarnya, kata dasar hendaklah berakhir dengan suku kata tertutup dan bagi kata yang mengandungi lebih daripada dua suku kata yang terlibat dengan sistem keselarasan huruf vokal hanyalah dua suku kata yang terakhir sahaja. 

Aspek keselarasan vokal agak luas mempengaruhi Sistem Ejaan Baru. Dalam sistem baharu ini, pemakaian huruf vokal telah diselaraskan dan dikenali sebagai Sistem Keselarasan Vokal yang mempunyai 18 pola.Penyelarasan vokal dalam Sistem Ejaan Baharu ini selalu disalahfahamkan. Penyelaraaan vokal hanya berlaku pada dua suku kata akhir, kata akhir dan kata akar sahaja, itu pun sekiranya suku kata akhir itu tertutup.
Kata akar ialah bahagian perkataan yang tertinggal apabila semua imbuhan telah diasingkan. Contohnya perkataan ‘mempersoalkan’ akarnya ialah ‘soal’. Suku kata ialah pecahan perkataan mengikut adanya bunyi vokal. Jika perkataan akar itu terdiri daripada tiga suku kata atau lebih, maka penyelarasan vokal hanya berlaku dalam dua suku kata akhir sahaja, sekiranya perkataan itu adalah suku kata akhir tertutup. Suku kata tertutup ialah suku kata yang berakhir dengan huruf konsonan seperti ‘dak’, ‘kang’, ‘ih’, ‘ut’ dan lain-lain. 

Penyelarasan vokal berlaku jika vokal dalam suku kata sebelum akhir itu (iaitu dalam kata akar) terdiri daripada i, a, u dan e taling. Maka hanya vokal i dan u yang boleh berlaku dalam suku kata akhir tertutup contohnya perkataan bilik menjadi bilek.Sekiranya suku kata sebelum akhir mempunyai vokal e atau o, maka suku kata akhir tertutupnya juga mempunyai vokal yang sama.

Selain pola-pola keselarasan vokal tersebut, Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Melayu juga menerima beberapa pola lain sebagai kekecualian kepada pola keselarasan vokal. Pola kekecualian ini digunakan untuk mengeja kata-kata pinjaman seperti kata-kata daripada Nusantara atau bahasa Inggeris. Contohnya seperti perkataan kabaret iaitu perkataan Inggeris. Perkataan ini menggunakan pola vokal a-e( taling ) sepatutnya, tetapi perkataan dikecualikan dalam kerana perkataan tersebut salah satu daripada perkataan pinjaman Bahasa Inggeris.





2.0       Pengertian dan Konsep Sistem Keselarasan Vokal Dalam
Bahasa Melayu
Keselarasan vokal bermaksud kesesuaian dua vokal yang membentuk dua suku kata pada kata dasar, iaitu pasangan di antara huruf vokal pada suku kata praakhir dengan huruf vokal pada suku kata akhir tertutup.

2.1       Pola Keselarasan Huruf Vokal
              I.        Keselarasan di antara dua huruf vokal pada kata dasar.
            II.        Kata dasar hendaklah berakhir dengan suku kata tertutup.
           III.        Bagi kata yang mengandungi suku kata lebih daripada dua, yang terlibat dengan sistem keselarasan huruf vokal hanyalah dua suku kata terakhir sahaja.
Terdapat 18 pola keselarasan vokal mengikut sistem ejaan baru bahasa   Melayu.
Contoh pola keselarasan vokal daripada puisi yang telah dipilih ialah;


Bil.
Suku Kata Praakhir
Suku kata Tertutup
Contoh Perkataan
1
a
-a
Jalan,kamar, halaman,bayang, malam,bawah,pasar, wajah,belakang
2
a
-i
Balik,masjid
3
a
-u
Dapur,warung
4
e pepet
-a
bendang, terbang, kelab, gelap
5
e pepet
-i
Cermin,letih
6
e pepet
-u
Ketuk
7
e taling
-e taling
Stesen
8
i
-i
Klinik
9
O
-e taling
Hotel
10
O
-o
Kosong,lombong,pohon, lorong,pondok,
11
U
-a
Rumah,bukan
12
U
-i
Bukit,
13
U
-u
Hujung,sudut,


2.2       Analisis Pola Keselarasan Vokal Puisi





Rajah 1
















2.3       Kesimpulan Analisis Pola Keselarasan Vokal
Di dalam puisi yang bertajuk “Siapakah yang Kaucari?” ini saya hanya dapat mengesan terdapat 13jenis pola keselarasan vokal mengikut sistem ejaan baru bahasa Melayu. Pola keselarasan vokal yang terbanyak yang telah saya temui di dalam puisi ini ialah (a, -a) iaitu lapan perkataan antara contohnya ialah jalan, kamar, bawah, pasar dan lain-lain. Sebilangan kecil saja pola keselarasan vokal jenis (a, -i) balik dan masjid dan (a, -u) dapur dan warung.

Jumlah perkataan bagi pola keselarasan vokal jenis (e pepet, -a) iaitu sebanyak lima perkataan antaranya ialah terbang, kelab, gelap, belakang dan bendang. Saya dapat mengesan penggunaan pola keselarasan vokal (e pepet, -i) contoh perkataannya ialah cermin dan letih, (e pepet, -u) terdapat satu perkataan sahaja iaitu ketuk. Seterusnya ialah pola keselarasan (e taling, -e taling) mempunyai satu perkataan juga iaitu stesen. Bagi pola keselarasan vokal (i, -i) pula, saya hanya dapat mengesan satu juga iaitu klinik.

Manakala (o, -e taling) pula sebanyak satu patah perkataan sahaja iaitu hotel. Seterusnya pola keselarasan vokal jenis (o, -o) saya menemui sebanyak lima patah perkataan antaranya ialah kosong, lombong, pohon dan lain-lain. Saya hanya dapat mengesan sedikit sahaja penggunaan pola keselarasan vokal jenis (u, -a) iaitu rumah dan bukan, (u, -i) bukit (u, -u) hujung dan sudut.









2.4       Puisi: Siapakah yang Kaucari?

Siapakah yang kaucari?

Berjalan ke kamar ke dapur
Ke ruang tamu ke beranda
Ke belakangrumahke halaman
Memerhatikan bayangan satu persatu
Berjalan dari ruang ke ruangkosong
Setiapmalam

Siapakah yang kaucari?

Berjalan ke hujungbendang
Ke tepi sungai ke bukit
Ke tepi lombong ke pantai sepi
Berdiri di bawahpohon di balik batu
Merenung lama-lama
Setiap malam

Siapakah yang kaucari?
Berjalan ke warung ke pasar minggu
Ke pesta ria ke kelab tari-menari
Mengamati sudut-sudut cermin
Setiapmalam


Siapakah yang kaucari?

Berjalanmundar-mandir
Ke lorong-lorong kota ke hotel
Ke rumah urut ke rumah peranginan
Ke kamarterpencil dan gelap
Mengetuk-ngetukpintu
Setiap malam

Siapakah yang kaucari?

Berjalan ke surau ke masjid ke pondok
Ke hospital ke stesen keretapi
Ke stesen bas ke klinik
Ke lapanganterbang ke feri
Melihat wajah-wajah yang letih
Setiap malam

Siapakah yang kaucari?
Kalau bukan dirimu sendiri
Setiap malam







3.0       Penulisan Rencana Tentang Isu Pendidikan

Cabaran Guru Masa Kini
Oleh Mor Eddin bin Mortada

Hanya tinggal 8 tahun saja lagi negara kita Malaysia bakal menjadi negara maju menjelang 2020. Adakah realisasi untuk mencapai Wawasan 2020 ini akan tercapai ataupun sebaliknya. Dalam merealisasikan impian negara untuk mencapai Wawasan tersebut, cabaran yang bakal ditempuhi oleh seorang insan yang bergelar guru amat mencabar. Hal ini kerana, guru yang harus membentuk peribadi pelajar untuk memastikan pelajar tersebut berjaya ataupun sebaliknya. Bukan itu saja, malah guru juga yang banyak dipersalahkan jika seseorang pelajar itu banyak membuat masalah. Tentunya ini merupakan satu fenomena yang baharu  bagi seorang guru.

Pada hemat saya, untuk mencapai status negara maju pada 2020, sistem pendidikan di negara kita haruslah mempunyai teknologi yang lebih tinggi daripada sekarang. Sistem pendidikan perlu menjalankan tanggungjawab untuk menyediakan generasi muda dengan pelbagai pengetahuan dan kemahiran supaya mereka dapat menghadapi alam dewasa. Kementerian pelajaran telah menyusun dan merancang strategi dan memperkukuhkan pendidikan negara kita sesuai dengan perubahan semasa kehidupan masyarakat di sesebuah kawasan itu. Salah satu perkara yang harus dititikberatkan ialah memberikan pendidikan yang sama rata tanpa mengira warna kulit, budaya, agama dan sesuatu kaum tersebut.

Jika guru tersebut mengamalkan budaya yang kurang sihat seperti memberi perhatian kepada murid yang pandai dan kaya saja, maka murid-murid juga akan terikut perangai buruk guru tersebut. Guru tidak seharusnya bersikap sedemikian rupa, malah guru haruslah mempunyai rasa cinta terhadap murid-murid dan bukan pilih kasih terhadap sesuatu perkara. Kita tidak dapat menafikan ada sebilangan guru yang bersifat sedemikian, malah lebih teruk lagi daripada apa yang diperkatakan.
Falsafah Pendidikan Negara telah menggariskan bahawa pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah usaha untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Pepatah Melayu menganalogikan guru sebagai lilin membakar diri bagi menerangi orang lain masih relevan dalam era globalisasi. Apa tidaknya, kejayaan seseorang itu adalah bergantung kepada seorang guru. Guru tidak pernah mengenal erti lelah dalam hidupnya jauh sekali berasa letih mengajar, kerana mendidik anak-anak bangsa adalah tanggungjawab mereka yang bergelar seorang guru. Tidak dapat dinafikan bahawa, sesetengah pelajar sangat benci kepada seorang guru terutamanya, guru yang garang. Ingin saya katakan di sini, seburuk manapun guru tersebut, ianya tetap seorang guru, kerana ilmu dan doa seseorang guru itu sangat berkat. Jika seseorang anak murid itu berjaya, golongan guru boleh menguntum senyuman kerana jasa mereka terpapar pada kejayaan dikecapi, bukan saja murid diajar bahkan pada setiap pelosok pembangunan. Inilah lilin yang membakar diri demi kebahagiaan orang lain.Ingin saya katakan di sini, profesion perguruan merupakan profesion tertua di muka bumi ciptaan Tuhan ini.

Kini, peranan guru sangat penting sebagai pemudah proses pembelajaran. Guru perlu lebih sedia dan peka melahir dan menggunakan situasi-situasi pembelajaran secara cekap dan berkesan di dalam bilik darjah. Murid perlu selalu digerak untuk berfikir secara kreatif dan kritikal. Malahan, murid dijangka dapat menyoal guru serta membantu guru membuka luas pintu pembelajarannya. Dahulu, guru hanya berpandukan buku teks dan menulis di papan hitam untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Sekarang, lebih banyak bilik darjah ditukar menjadi bilik darjah bestari yang membolehkan pelajar menggunakan komputer untuk mencari lebih banyak pengetahuan dan maklumat. Bagaimanapun, kehadiran guru penting untuk membimbing pelajar membuat pilihan ilmu dan maklumat yang betul. Jika melihat daripada sudut negatif bila dibiarkan pelajar itu sendiri, kemungkinan mereka akan melayari laman sesawang yang lain terutamanya murid sekolah rendah mereka akan mencari gambar-gambar kartun kegemaran mereka.

Perkara yang paling penting bagi guru zaman globalisasi ini ialah meningkatkan kemahiran dalam penggunaan ICT. Bidang perguruan sentiasa berkembang dan berubah sejajar dengan perubahan zaman. Perkembangan global dengan teknologi telekomunikasi dan internet menuntut banyak cabaran kepada pendidik untuk mencapai Misi Nasional. Para guru mesti bersikap proaktif dan terangsang dengan perkembangan teknologi yang semakin canggih ini. Ilmu ICT mesti terlebih dahulu dapat dikuasai oleh para pendidik sebagaimelengkapkan diri dengan kemahiran terkini agar tidak kosongbagi menyempurnakan penubuhan sekolah bestari yang berteraskan penggunaan komputer sebagai satu bentuk kurikulum wawasan negara Malaysia untuk menjadikan negara maju menjelang 2020.

Guru juga harus memperlengkapkan diri secara global kerana dalam era teknologi maklumat masa kini masyarakat terpaksa berdepan dengan pelbagai peralatan elektronik dalam kehidupan harian sebagai cara hidup moden. Melalui perkara ini juga, Kementerian Pelajaran Malaysia, hendaklah menyediakan peralatan elektronik seperti ini juga di kawasan pedalaman agar tidak berlaku kekosongan di sekolah tersebut. Ada sesetengah sekolah di kawasan pedalaman kekurangan peralatan elektronik seperti itu, malah ada juga guru yang membeli sendiri peralatan itu. Ini membuktikan bahawa guru tersebut ada kesungguhan untuk mengajar dan membangunkan anak-anak bangsa di kawasan pedalaman.

Guru harus bangkit daripada kesibukan bagi memberi didikan kepada anak bangsa untuk mencapai kejayaan cemerlang. Inilah satu lagi peranan guru sebagai seorang pembangun dan peneraju negara. Ini kerana di bawah jagaannya adalah sekumpulan manusia muda yang akan diasuh dan dididik supaya menjadi anggota masyarakat yang bertanggungjawab, tidak mempunyai masa depan yang gelap dan berguna pada masa akan datang. Justeru, fokus guru adalah lebih daripada pembelajaran. Ia melibatkan pendidikan meliputi segala aspek meliputi pembangunan mental, fizikal, emosi, sosial dan psikologi. Guru harus berperanan untuk mengenal pasti dan membangunkan potensi diri pelajar. Peranan guru ini amat penting dalam menentukan corak pembangunan sesebuah negara. Kita perlu sedar, kejayaan negara sehingga kini, sebahagian besar adalah hasil sumbangan kerjaya keguruan. Ini kerana persediaan bagi pengeluaran tenaga kerja negara di semua sektor bermula dari sekolah yang sudah pastinya memerlukan khidmat dan jasa guru.

Guru juga adalah model manusia berkelakuan baik. Guru mesti bebas daripada bersikap negatif dan sempit daripada aspek bangsa, kelas, sosial, kedaerahan dan politik. Ia dapat mencerminkan seorang guru yang baik. Bagi merealisasikan wawasan negara untuk mencapai negara maju menjelang 2020, guru haruslah bersifat proaktif semasa mengajar, malah guru juga tidak seharusnya cetak ilmu terutamanya ilmu tentang keagamaan. Seperti yang kita sedia maklum, peranan guru ini sangat tinggi dan mencabar jika kita lihat dari segi akar umbi. Apa tidaknya, guru banyak berhadapan dengan karenah murid-murid yang berbeza latar belakangnya. Ada murid yang bijak dan ada murid yang lambat untuk menerima ilmu yang disampaikan oleh guru.

            Di samping itu, cabaran kini, guru juga perlu mempunyai dan mengamalkan sifat-sifat tingkah laku yang positif. Dalam menghadapi krisis pendidikan dalam era globalisasi ini, guru boleh berfikir sejenak terhadap tugas dan tanggungjawab yang harus dipikul bagi memenuhi tuntutan semasa di bawah arus pemodenan ini. Di dalam Islam meletakkan profesion perguruan ini sangat tinggi darjatnya. Guru haruslah mempunyai keperibadian yang unggul dan tinggi supaya murid  menghormati dan menjadikan seorang guru itu sebagai idola mereka. Seorang guru hendaklah menjaga tingkahlakunya, jangan hanya mengaanggap gaji guru masa sekarang besar jadi tanggungjawab terhadap anak murid diabaikan.

            Guru juga harus berfikiran jauh, dengan memikirkan budaya dan amalan yang diamalkan ditempat mereka mengajar. Guru tidak seharusnya takut untuk dihantar ke pedalaman kerana seorang insan yang bergelar guru haruslah menunaikan tanggungjawab mereka kepada anak-anak bangsa terutamanya di pedalaman kerana wajah-wajah anak ini yang akan mencorak negara pada masa yang akan datang. Janganlah kita memandang rendah kepada penduduk dan anak-anak orang asli di pedalaman, kerana mereka juga boleh berjaya seperti anak-anak di bandar. Cuma peluang untuk mereka menonjol dan mengetengahkan diri sendiri tidak kesampaian. Dalam hal ini, seorang guru yang harus bertanggungjawab untuk memastikan anak-anak di pedalaman akan berjaya. Jika dulu kita sering mendengar, anak-anak remaja yang duduk di bandar saja yang boleh melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dan ada yang lebih beruntung mendapat penajaan dan biasiswa daripada pihak kerajaan untuk melanjutkan pelajaran di luar negara, sekarang cuba kita lihat, anak-anak remaja yang duduk di pedalaman juga sudah mendapat tempat di Institut-institut pengajian tinggi di negara kita ini. Malah ada juga yang dapat melanjutkan pelajaran ke luar negara.

            Seorang guru berkualiti juga perlu mempertingkatkan Profesionalisme. Guru harus sedar tentang tugas dan amanah yang dipikul untuk mendidik generasi yang akan mencapai wawasan negara. Kemahiran dan pengetahuan dalam aspek pendidikan perlu dikemaskini. Berusaha mengaplikasi kaedah- kaedah pengajaran dan pendidikan terkini. Guru perlu menyambut baik dengan mengikuti kursus-kursus pendidikan yang dianjurkan oleh pihak-pihak berwajib agar dapat mempertingkatkan keupayaan, ketahanan dan prestasi bagi mendepani cabaran yang semakin kompleks ini. Dengan ini suatu anjakan paradigma dapat dilakukan oleh para pendidik.

            Bukan sahaja seorang guru perlulah berpengetahuan, berdaya Fikir dan berakhlak. Guru yang berpengetahuan perlu serba tahu dengan menambah pembacaan untuk peningkatan ilmu serta dapat membawa isu-isu semasa untuk dibincang dan mencari penyelesaian. Isu-isu semasa berkaitan dengan kekeluargaan dan komuniti, ekonomi dan sebagainya. Guru yang berpengetahuan dapat melahirkan generasi anak didik yang cemerlang di kemudian hari. Dalam perubahan sistem pendidikan yang semakin mencabar ini, profesion perguruan perlu menyediakan diri dengan amalan nilai murni dan akhlak yang terpuji. Dalam kurikulum pendidikan ditegaskan nilai-nilai murni yang perlu diserapkan disebalikpengajaran kepada pelajar dalam bilik darjah. Penerapan nilai murni ini penting untuk menyediakan para pelajar menjadi warga yang berguna kepada bangsa dan negara.

            Tanggungjawab merupakan suatu perkara yang amat penting untuk membimbing pelajar bagi mencapai kemajuan dan wawasan, para guru perlu melaksanakan tanggungjawab terhadap pelajar seperti mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar, bersikap adil, memupuk nilai murni. Tanggungjawab terhadap ibu bapa juga penting seperti seperti mewujudkan hubungan mesra, menghormati mereka, tidak dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi mereka dan memberi maklumat kepada mereka untuk kepentingan anak-anak mereka. Seterusnya tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara seperti mengelak dari menyebar perkara negatif, menghormati masyarakat setempat serta menggalakkan kerjasama dan persefahaman. Dan akhirnya tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion seperti mengelak dari membuat kenyataan negatif, tidak melibat diri dalam kegiatan yang menjejaskan kepercayaan masyarakat serta membantu rakan sejawat.

            Kesimpulannya, peranan guru sangat penting dalam membentuk modal insan cemerlang. Oleh itu, reformasi pendidikan memainkan peranan yang penting untuk melahirkan Wawasan 2020 supaya menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju dan kecemerlangan pendidikan dalam erti kata yang sebenar. Oleh itu, sama-samalah kita berdoa semoga negara kita Malaysia ini mampu mencapai wawasan pada tahun 2020 nanti. Masyarakat di luar sana juga haruslah berfikiran positif dan menyokong guru-guru di Malaysia ini, untuk mendidik anak-anak bangsa yang bakal memimpin dan menerajui negara kita ini suatu hari kelak.
                                                                                    (1758 Patah perkataan)


Bibliografi
Abdul Hamid Mahmood, 2007, Kuasai Sistem Ejaan Baharu Bahasa Melayu,
Penerbitan Universiti Sultan Idris Tanjung Malim, Selangor.
Dewan Sastera, Disember 2004, Dewan Bahasa dan Pustaka, Selangor.
Habibah Binti Mohd. Samin (Munsyi Dewan) dan Hasnah binti Awang (2010).
Revisi Bahasa Melayu Akademik 1 untuk PPISMP (Cetakan Pertama). Kumpulan Budiman Sdn. Bhd Kuala Lumpur.
Muhani Haji Abd. Ghani 1987, Mengeja Ejaan Rumi Dengan Betul, Fajar Bakti
Sdn Bhd. Petaling Jaya.
Siti Hajar  Hj. Abdul Aziz (1997). Pengajian Melayu 3, Komunikasi Bahasa
(Cetakan Kedua), : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd, Selangor.
Zainal Abidin Bin Ahmad, 1962, Ilmu Mengarang Melayu, Percetakan Dewama
            Sdn. Bhd. Selangor.


1 comment:

  1. Ich bin Black Rambo von Grammy, ich arbeite im Grammy Camp, Meine Frau starb vor 6 Jahren und seit ich mich um meinen einzigen Sohn namens Clinton, einen Freund meines Rats, nach einer Frau zu suchen, auf meiner Suche traf ich Jennifer sie war und Englische Frau, Ich liebte sie so sehr, dass ich ihr alles geben konnte, was sie im Alter von 37 Jahren war, nach einiger Zeit der Dating war ich so sehr in sie verliebt, hatten wir einige Missverständnisse, und sie trennte sich von mir und ich flehte sie an, dass mein Sohn sie zurückrief, sagte sie nein, dass sie jemand anderen gefunden hat, und wir lieben uns so sehr, nachdem ich einen Artikel darüber gelesen habe, wie Dr. Lomi helfen kann, die zerbrochene Beziehung zurückzubringen. , Ich beschloss, einen Versuch zu geben, ich kontaktiere Dr. Lomi für Hilfe, er sagte mir, was zu tun, um meine Geliebte zurückzubringen, die ich tat, er tat die Gebete und Jennifer war zurück, sie liebt mich und schätzen mich mehr jetzt, und wir haben die beste Zeit unseres Lebens, Dr. Lomi bereiten auch einige natürliche Kräuter, die mich stark und gesund wieder jetzt machte ich fühle mich wie ein junger Mann Ich fühlte mich wie ein junger Mann Ich zufrieden sie sexuell sehr gut sind wir beide glücklich, kontaktieren Sie Dr. Lomi auf WhatsApp Nummer +2349034287285 oder mailen Sie ihm auf lomiultimatetemple@gmail.com HE HAT DIE BESTE LÖSUNG FÜR SIE.

    ReplyDelete