2.0 MENGHURAIKAN PEMBENTUKAN SERTA
PELAKSANAAN KURIKULUM BARU SEKOLAH RENDAH ( KBSR ) DAN KURIKULUM STANDARD
SEKOLAH RENDAH ( KSSR ) SERTA BANDING BEZAKAN KEDUA-DUA KURIKULUM TERSEBUT
Pendidikan di Malaysia kian pesat membangun. Pelbagai
dasar yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan sebelum dan selepas merdeka demi
memantapkan lagi pendidikan di negara ini seperti Penyata Razak, Ordinan
Pelajaran pada tahun 1952 dan sebagainya. Rentetan daripada perkara ini impak
yang dapat dilihat pada generasi masa kini. Hampir 90 peratus masyarakat yang
buta huruf dapat dikurangkan dan diganti dengan generasi yang celik ilmu dan
hal ini menyebabkan secara langsung membangunkan negara supaya lebih maju dan
berdaya saing. Dalam konteks tugasan ini lebih memfokuskan perihal dua
kurikulum iaitu Kurikulum Baru Sekolah Rendah ( KBSR ) Dan Kurikulum Standard
Sekolah Rendah ( KSSR ).
2.1 Pembentukan Serta Pelaksanaan KBSR dan
KSSR
Pada tahun 1982, KBSR telah dilaksanakan secara percubaan
di 305 buah sekolah di seluruh Malaysia. Kemudian pada tahun berikutnya iaitu
pada tahun 1983, pelaksanaan penuh dikuatkuasa di semua sekolah rendah malah ia
diwajibkan di semua sekolah seluruh Malaysia. Hal ini dilaksanakan kerana,
berlatar belakangkan penggubalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan sepertimana
yang dijelaskan dalam dalamnya, Jawatankuasa Kabinet telah memberi perhatian
serius kepada pembangunan kemanusiaan. Jadi, tindakan untuk menterjemahkan
perkara tersebut telah menjelma dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah seperti
yang ternyata dalam huraian matlamat pendidikan sekolah rendah di bawah:
“…matlamat pendidikan rendah adalah untuk memastikan
perkembangan murid secara menyeluruh. Perkembangan ini meliputi
aspek-aspek intelek, rohani, jasmani, emosi, bakat, akhlak, nilai-nilai
estetika sosial.”
Seiring dengan matlamat tersebut, maka objektif-objektif
pendidikan peringkat rendah juga merangkumi aspek-aspek seperti yang dinyatakan
iaitu yang pertama, supaya murid-murid dapat menguasai Bahasa Melayu selaras
dengan kedudukannya sebagai Bahasa Kebangsaan dan bahasa rasmi negara kita, menguasai
kemahiran asas berbahasa, iaitu bertutur, membaca dan menulis dalam bahasa
pengantar sekolah berkenaan, menguasai kemahiran asas mengira dan menggunakannya
dalam kehidupan harian, menguasai kemahiran berfikir dan belajar serta kemahiran
saintifik dan teknikal, bertutur, membaca, menulis dan memahami
Selain itu, Bahasa Inggeris sesuai dengan kedudukannya
sebagai bahasa kedua, menimba pengetahuan dan berikhtiar untuk meluaskannya,
menguasai kemahiran membaca, menghafaz dan memahami pengertian ayat-ayat al-Quran
bagi murid-murid islam, memperkukuhkan asas keimanan, kerjakan amal ibadat dan
amalkan akhlak mulia mengamalkan sikap dan perlakuan yang berpandukan nilai
murni serta menjadikannya asas bagi amalan hidup dan akhir sekali menikmati dan
sertai aktiviti-aktiviti amal, kesenian dan rekreasi dalam lingkungan
kebudayaan nasional.
Kesannya, maka
pada akhir persekolahan rendah nanti, murid-murid dapat menggunakan kemahiran
bahasa dan matematik untuk berfikir, berkomunikasi dan menyelesaikan
masalah. Selain itu, mereka juga akan dapat berfikir secara logik serta
memahami isu-isu kemasyarakatan dan negara. Peluang-peluang juga
disediakan untuk murid-murid mengembangkan potensi, bakat, minat dan daya
kreatif mereka melalui muzik, lukisan dan penulisan. Namun pada tahun 1988,
KBSR telah disemak semula bagi mengetahui kelemahan dan
kekuatannya. Lanjutan daripada itu, KBSR yang dahulunya dikenali sebagai
Kurikulum Baru Sekolah Rendah telah ditukar menjadi Kurikulum Bersepadu Sekolah
Rendah.
Untuk KSSR pula melalui konteks ini, ia diperkenalkan
untuk menyusun semula dan menambah baik kurikulum sedia ada bagi memastikan
murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai relevan untuk memenuhi
keperluan semasa serta menghadapi cabaran abad ke-21. KSSR juga diterapkan kepada murid tahun satu kerana kesesuaian murid tersebut
yang baru menduduki alam persekolahan atau peringkat awal pendidikan mereka. Penerapan dari peringkat awal akan membantu memudahkan perjalanan serta pembelajaran murid-murid tersebut yang akan melangkah ke
tahun-tahun seterusnya sejajar dengan perubahan umur.
Menurut Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata,
KSSR tidak akan menggantikan tetapi beriringan dengan Kurikulum Bersepadu
Sekolah Rendah (KBSR). Melalui KSSR katanya, pengajaran dan pembelajaran akan menggunakan modul
yang akan menggantikan buku teks, oleh itu guru-guru sedang disedia dan dilatih untuk KSSR. Ia diharap dapat meningkatkan penguasaan
murid-murid sekolah rendah khususnya dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Pendekatan teknik pengajaran dan pembelajaran
(P&P) akan menjadi lebih menarik dan interaktif di mana ia melibatkan penggunaan
dua bahasa tersebut serta meningkatkan penguasaannya bagi guru-guru untuk
mengajar dalam subjek Matematik dan Sains sejajar dengan matlamat kerajaan.
KSSR juga digubal
dalam pernyataan standard terdiri daripada standard kandungan dan pembelajaran
yang perlu dicapai murid dalam satu tahap persekolahan. Standard Kandungan
ialah penyataan spesifik mengenai perkara murid patut ketahui dan boleh lakukan
dalam tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai,
manakala Standard Pembelajaran ialah penetapan kriteria atau petunjuk kualiti
pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan.
2.1 Pebezaan KBSR dan KSSR
Tidak dinafikan terdapat banyak perbezaan antara KBSR
dengan KSSR. Antara perbezaan yang ketara ialah dari segi reka bentuk kurikulum kedua-duanya. Kurikulum
Baru Sekolah Rendah ( KBSR ) adalah
reka bentuk kurikulum berasaskan tiga bidang iaitu Komunikasi iaitu manusia dan
alam kelilingnya dan perkembangan diri individu. Kaedah ini menggunakan Elemen
Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif dengan fokus kepada 3M iaitu membaca,
menulis dan mengira. Untuk Kurikulum
Standard Sekolah Rendah ( KSSR ) pula, konsepnya ialah reka bentuk kurikulum
berasaskan enam tunjang iaitu komunikasi, kerohanian, sikap dan nilai,
kemanusiaan, perkembangan fizikal dan estetika, sains dan teknologi serta
keterampilan diri. KSSR menggunakan Elemen Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan
dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) secara eksplisit dengan memfokuskan
kepada 4M iaitu membaca, menulis, mengira dan menaakul.
Selain itu, perbezaan
matlamat pula antara kedua-dua kurikulum ini ialah pertama sekali matlamat KBSR ialah untuk
memastikan perkembangan pelajar secara menyeluruh dan seimbang sama ada
dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi. Selain perkembangan individu KBSR
juga menekankan ciri-ciri komunikasi berkesan, kemanusiaan dan persekitaran. Untuk
KSSR pula menumpukan aspek-aspek seperti komunikasi, kerohanian, sikap dan
nilai kemanusiaan, perkembangan fizikal dan estetika, sains dan teknologi
serta ketrampilan diri.
Di samping itu juga, perbezaan lain yang dapat
dilihat antara KBSR dan KSSR ialah dari segi organisasinya. Untuk kurikulum
KBSR, ia lebih kepada pembahagian kurikulum mengikut tahap dan umur seseorang
pelajar. Kurikulum KBSR ini boleh terbahagi kepada dua iaitu tahap satu dan
tahap dua. Bagi tahap satu, ia merangkumi tahun satu, dua dan tiga dan tahap
kedua ialah merangkumi tahun empat, lima dan enam. Kesua sukatan pelajaran ini
berdasarkan matapelajaran wajib, teras dan tambahan.
Untuk KSSR
pula, organisasi kurikulumnya kebanyakan sama dengan kurikulum KBSR cuma
terdapat pertambahan sedikit dalam struktur organisasinya. Untuk tahap satu, KSSR
menggunakan Modul
Teras Asas, Modul Teras Tema dan Modul Elektif dan bagi tahap dua pula,
kurikulumnya adalah Mata pelajaran Teras
dan Elektif. Jadi disini kita dapat perhatikan perbezaannya melalui struktur
organisasinya. Tahap yang digunakan adalah sama cuma kandungan dalamnya yang
berbeza mengikut tahap dan umur para pelajar.
Antara perbezaan lain KBSR dan KSSR ialah dokumen
kurikulum KSSR dipanggil sebagai Dokumen Standard dan tiada lagi Sukatan
Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran.
KBSR menetapkan hasil
pembelajaran ( learning outcome ) sebagai sasaran yang ingin
dicapai setelah menamatkan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran namun
bagi KSSR ia menekankan standard kandungan dan standard pembelajaran sebagai sasarannya
sewaktu guru merancang pembelajaran dan pengajaran. Selain itu, strategi untuk
murid menguasai Bahasa Inggeris dalam KBSR ialah dasar PPSMI sementara dalam KSSR pula strateginya ialah
dasar MBMMBI.
Penilaian dalam KBSR menggunakan kaedah konvensyenal
ujian dan peperiksaan sementara dalam KSSR pula menggunakan Standard Prestasi
(yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan) sebagai panduan wajib guru untuk
melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah ( PBS ). Ujian dan peperiksaan
sudah tidak lagi wajib dilaksanakan. Pencapaian atau perkembangan murid akan
dilabelkan dengan band.
Tidak ada lagi nombor ( kedudukan ) dalam peperiksaan sebaliknya mereka
dilabel dengan band dari satu hingga enam. Band enam adalah aras
tertinggi sementara band satu pula adalah sebaliknya. Dasar MBMMBI telah
merubah struktur mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dari segi
komponen, peruntukan bilangan masa pembelajaran dan pengajaran, pendekatan
serta mewajibkan kedua-dua mata pelajaran tersebut diajar oleh guru
opsyen.
3.0 KURIKULUM STANDARD RENDAH (KSSR) DAPAT
MEREALISASIKAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
KURIKULUM Standard Sekolah Rendah (KSSR) diperkenalkan
sebagai usaha menyusun semula dan menambah baik kurikulum sedia ada bagi
memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai relevan
untuk memenuhi keperluan semasa serta menghadapi cabaran abad ke-21. Pelaksanaan
KSSR menggantikan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) bermula sesi
persekolahan Januari lalu bertujuan meningkatkan minat murid terhadap mata
pelajaran bahasa Inggeris.
KSSR digubal dalam pernyataan standard
terdiri daripada standard kandungan dan pembelajaran yang perlu dicapai murid
dalam satu tahap persekolahan. Standard Kandungan ialah penyataan spesifik mengenai
perkara murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam tempoh persekolahan
merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai, manakala Standard
Pembelajaran ialah penetapan kriteria atau petunjuk kualiti pembelajaran dan
pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan.
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
jelas sekali berlandaskan dan dapat merealisasikan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan ini menekankan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK) mengandungi sebelas unsur-unsur yang penting. Unsur-unsur
tersebut ialah pendidikan suatu usaha berterusan, memperkembang potensi
individu, perkembangan potensi secara menyeluruh dan bersepadu. Seterusnya, insan
yang seimbang dan harmonis, kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan, rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan, rakyat Malaysia yang berketrampilan. Selain
itu, rakyat Malaysia yang berakhlak mulia, rakyat Malaysia yang
bertanggungjawab. rakyat Malaysia yang berkeupayaan menikmati kesejahteraan
diri dan rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan.
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) pula
menekankan tentang KSSR adalah reka bentuk kurikulum berasaskan 6 tunjang iaitu
Komunikasi; Kerohanian, Sikap dan Nilai; Kemanusiaan, Perkembangan Fizikal dan
Estetika; Sains dan Teknologi serta Keterampilan Diri. KSSR menggunakan Elemen
Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(TMK) secara eksplisit dengan memfokuskan kepada 4M (Membaca, Menulis, Mengira
dan Menaakul). KSSR dan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK) mempunyai matlamat dan hala tuju yang sama dan
salin berkait rapat.
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
telah menyemaikan ke dalam masyarakat Malaysia yang berilmu pengetahuan dan dan
berketrampilan seharusnya memiliki sifat cinta dan sentiasa dahagakan ilmu, suka
membaca dan mengamalkan konsep pendidikan sepanjang hayat. Manusia yang
memiliki sifat – sifat ini akan menggunakan ilmu tersebut untuk manfaat diri
dan orang lain. Maksudnya di sini ialah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang
mencintai ilmu pengetahuan dan sentiasa berusaha untuk mendapat, meningkat, dan
menyebarkan ilmu serta meletakkan ilmu sebagai keutamaan dalam kehidupan, unsur
ini amatlah dititik beratkan. Mereka juga hendaklah berupaya memanfaatkan ilmu untuk
diri sendiri dan orang lain serta melakukan aktiviti kehidupan berasaskan ilmu
pengetahuan di samping menghayati dan mengamalkan prinsip ' pendidikan
sepanjang hayat '.
Implikasi
unsur ini terhadap pengajaran dan pembelajaran guru di dalam bilik darjah ialah
suasana pembelajaran akan lebih rancak dan menarik kerana apabila lahirnya
pelajar atau rakyat Malaysia yang mencintai ilmu pengetahuan, ianya akan lebih
menggalakkan pelajar untuk membaca lebih banyak buku untuk mendapatkan ilmu
pengetahuan dan berlumba-lumba untuk mendapatkan ilmu pengetahuan baik daripada
guru mahupun daripada usaha sendiri seperti membeli bahan bacaan ilmiah ataupun
pergi ke perpustakaan untuk meminjam buku – buku. Contohnya, buku cerita,
rujukan dan pelbagai lagi .
Selain
itu, program buku nilam telah ditubuhkan di sekolah rendah bagi mengalakkan
murid – murid membaca . Membaca ini dapat menambahkan pengetahuan murid – murid
. Program ini juga turut menyediakan beberapa anugerah dan sijil oleh sekolah
tertentu kepada murid yang paling ramai membaca buku. Program seperti ini
secara tidak langsung akan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada semua
pelajar . Dengan itu, pelajar akan mampu melahirkan idea-idea yang logik ,
bernas dan mampu menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru mereka .
Selain
itu, sekiranya pelajar minat membaca, perkara inilah perkara utama yang
menyumbang kepada kejayaan pengajaran dan pembelajaran guru di bilik darjah
kerana, apabila pelajar mempunyai nilai suka membaca buku, mereka tidak perlu
disuruh atau tidak lagi menunggu arahan untuk menimba ilmu pengetahuan.
Sebaliknya mereka akan berusaha sendiri untuk menimba ilmu pengetahuan. Sikap
seperti inilah yang akan menjadikan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas lebih senang dan mudah dijalankan .
Disamping itu ialah perkembangan secara
menyeluruh dan bersepadu yang ditekankan di dalam KSSR juga selaras dengan
unsur-unsur yang terdapat di dalam FPK. Kesemua unsur yang yang ada pada diri
manusia dikembangkan secara optimum dan pengembangan itu dilakukan tidak secara
berasingan tetapi sentiasa dikaitkan di antara satu sama lain. Bakat, potensi
dan kebolehan seseorang individu tidak boleh dikembangkan secara berasingan,
sebaliknya ia dihubungkaitkan atau diselaraskan bagi mengelakkan pertentangan
antara satu sama lain. Perkembangan dan peningkatan ini seelok – eloknya merangkumi
empat aspek iaitu intelek, rohani, emosi dan jasmani. Pendek kata, semua unsur
ini diperlukan bagi memperkembangan setiap keboleh upayaan seseorang individu
terutamanya gologan murid.
Manusia memerlukan air dan makanan untuk
hidup. Tanpa keperluan asas ini, manusia akan mati kebuluran. Sebegitu juga
dengan keperluan manusia dalam ilmu, kemahiran dan nilai murni mengikut unsur
itu tadi. Oleh itu, semua potensi perlu dikembangkan secara menyeluruh. Setiap
potensi perlu dihubungkaitkan dengan potensi yang lain supaya semuanya
berkembang secara tergabung dan saling berkaitan antara satu sama lain . Semua
potensi dikembang secara bersepadu di atas suatu paksi iaitu prinsip ketuhanan.
Nilai kehidupan, kemahiran, pengetahuan dan nilai murni ini juga tidak boleh
bertentangan dengan prinsip agama seseorang individu . Keseimbangan diperlukan
dalam menguasai unsur ini .
Potensi dan kebolehan dalam domain-domain
berikut perlu dipupuk secara bersepadu dan menyeluruh iaitu dari segi
intelektual, rohani, emosi dan fizikal. Sekiranya potensi dan kebolehan secara
intelektual individu tersebut diperkembangkan, maka individu tersebut akan
memiliki pengetahuan yang sebenar dan memiliki serta menghasilkan pemikiran
yang kritis dan kreatif. Seterusnya, individu tersebut akan menggunakan
pengetahuan yang telah diperolehinya untuk dirinya sendiri dan orang lain
dengan cara menyebarkan pengetahuan yang dimilikinya dengan orang lain. Kesan
perkembangan intelektual ini terhadap pengajaran dan pembelajaran guru di bilik
darjah ialah pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah akan menjadi lebih
menarik kerana pelajar-pelajar mampu untuk memikirkan sesuatu yang kritis dan
menghasilkan jawapan yang kreatif bagi soalan-soalan yang diajukan oleh guru di
dalam kelas.
Aspek dan unsur-unsur rohani juga hendaklah
ditekankan kerana dengan penekanan yang lebih terhadap unsur rohani ini akan
membentuk individu yang percaya kepada Tuhan , beragama , bernilai moral yang
tinggi , bertingkah laku baik , setia dan rela berkorban demi pembangunan
Negara . Implikasi perkembangan rohani ini terhadap proses pengajaran dan
pembelajaran guru di bilik darjah ialah ianya akan lebih mendisiplinkan diri
pelajar tersebut dan akan memudahkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran di
dalam bilik darjah kerana murid yang berdisiplin akan mematuhi peraturan dan
secara automatik mengamankan suasana di dalam bilik darjah agar murid dan guru
dapat menjalani proses pengajaran dan pembelajaran dalam keadaaan yang selesa .
Guru juga akan lebih mudah mengajar dalam suasana yang kondisif .
Unsur emosi juga tidak harus diabaikan kerana
perkembangan emosi yang baik akan membentuk individu yang pandai berdikari,
tenang, bertingkah laku baik, bersikap penyayang dan bersemangat setiakawan.
Mereka juga akan turut menghargai kecantikan dan seni. Implikasi perkembangan
potensi dari aspek emosi ini terhadap proses pengajaran dan pembelajaran di
dalam bilik darjah ialah proses P&P akan berada dalam keadaan yang lebih
terkawal dan memberansangkan. Hal ini adalah kerana dengan perkembangan emosi,
pelajar-pelajar tidak akan bergantung sepenuhnya kepada guru dan lebih tenang
dalam melakukan sesuatu keputusan.
Pembelajaran juga akan menjadi lebih menarik
kerana adanya semangat setiakawan dan penyayang yang akan mendorong pelajar
untuk menolong antara satu sama lain. Guru seharusnya pandai mengawal emosi
dalam mengawal keadaan kelas yang agak aktif. Pendekatan saling berkomunikasi
dengan mereka dapat mendekatkan seorang guru itu dengan murid. Murid akan mudah
dan suka berkongsi masalah dengan guru tersebut. Emosi kedua – dua pihak akan
dapat dikawal. Jika emosi tidak dapat dikawal, maka konflik akan terjadi .
Seterusnya ialah unsur fizikal bagi
melahirkan individu yang tangkas dan sihat. Unsur ini penting bagi
memperkembangkan bakat dan kemahiran teknikal serta manipulatif. Implikasinya
terhadap pengajaran dan pembelajaran guru di bilik darjah ialah pengajaran dan
pembelajaran guru dalam bilik darjah akan menjadi lebih selesa jika pelajar
mengetahui cara-cara menjaga kesihatan tubuh badan diri kerana guru akan dapat
menyampaikan ilmu kepada semua pelajarnya . Oleh yang demikian, subjek
Pendidikan Jasmani dibuat bagi menyeimbangi aspek fizikal murid dan mental
emosi murid. Contohnya, murid akan dapat mengurangkan sedikit tekanan semasa
melakukan senaman badan .
Di samping itu, ia juga akan dapat membantu guru
menjalankan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah dengan lancar jika semua
pelajar memanfaatkan tenaga fizikal secara berdikari tanpa terlalu mengharapkan
bantuan guru. Tambahan lagi, unsur jasmani dalam pengajaran dan pembelajaran
guru dalam bilik darjah akan dapat membantu guru kerana pelajar akan
menggunakan bakat dan kemahiran teknikal atau manipulatif dengan cekap.
Rujukan
Choong Lean Keow (2008). Falsafah dan Pendidikan di
Malaysia untuk
Program Perguruan Pendidikan
Rendah Pengajian 4 Tahun. Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Ee Ah Meng (2005). Ilmu Pendidikan, Pengetahuan dan
Ketrampilan Ikhtisas
(Semester 1),Shah Alam,
Selangor : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd
Mok Song Sang (1996). Pendidikan Di Malaysia Untuk
Diploma Pendidikan.
Kuala Lumpur : Kumpulan
Budiman Sdn. Bhd
Ragbir Kaur a/p Joginder Singh (2005). Panduan Ulangkaji
Ilmu
Pendidikan untuk KPLI. Selangor:
Kumpulan Budiman Sdn Bhd.
Sufean Hussin (2004). Pendidikan di Malaysia Sejarah,
Sistem dan Falsafah.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
menariknya boleh mintak tak cikgu sebagai bahan assigment saya .kalau boleh send lah kepada saya pgsr09nafasah.gmail.com
ReplyDelete