TIPS & STRATEGI UTAMA PELABURAN AMANAH SAHAM NASIONAL (ASN)
1)SET YOUR TARGET -Seperti di tempat kerja ada KPI masing masing.. set target by yourself.
2)MANAGE YOUR STRATEGY
-Buy low sell high
-DCA
-Hit n Run
-Leverage
-Analysis and study
3)BELIEVE YOUR SELF -Jangan terlalu percaya pada news, rumors, prediction individu. Just believe yourself.
InsyaAllah anda akan berjaya kerana ASN bukan lah seperti FOREX, SAHAM SAHAM KORPORAT, MLM. Risk ASN boleh dikategorikan low and medium range..
Harga jatuh = kumpul unit
Harga mahal=jual unit
Harga tengah-tengah = kumpul dividen tahunan
PANDUAN ASAS MASA YANG SESUAI UTK BELI UNIT ASN
JGN beli unit ASN jika melebihi 0.90
harus mula beli bila nav asn below 0.8300
Mesti start buying when nav asn below 0.8000
More buying when nav asn below 0.7500
Buy in bulk when nav asn below 0.7000
Pulun habis when nav asn below 0.6500
Menyesal tak sudah kalau tak beli asn when nav asn below 0.6000
PANDUAN ASAS MASA YANG SESUAI UTK JUAL UNIT ASN
Jual 95% pegangan unit bagi mengambil untung jika harga melebihi 1.00
Jual 70-95% pegangan unit jika harga melebihi 0.90 bergantung kepada target ROI masing2
Boleh jual 30-70% pegangan unit jika harga 0.85-0.90 atau ROI melebihi 8%
Simpan atau boleh jual 10-30% pegangan unit jika harga 0.80-0.85
Simpan unit bagi mengumpul dividen jika harga dibawah 0.80
KELEBIHAN DIVIDEN ASN BERBANDING ASB
CONTOH TAHUN 2010
ASN NAV 0.7409; Div 6sen/unit
If buy RM1,000 = 1,349.71 units
Dividen = 1,349.71 x 0.06 = RM80.98
ROI = 80.98/1000 = 8.09%
dan tunggu hingga NAV naik sikit 20 mata ker... % NAV ASN akan meningkat.
3 Jan 2011 NAV 0.8350
Div 6 sen ini dibayar dalam unit pada harga NAV 0.8350 = 96.99 units
Pastu pada 10/01/11 iaitu NAV 0.8580 tukar unit dividen itu..
96.99 x 0.8580 = RM83.21 (8.32%)
Wednesday, 24 April 2013
Wednesday, 10 April 2013
Dasar Luar Negara
1.1
Pengenalan
Tugasan kali ini telah meminta kami untuk menyiapkan dan
memahami tajuk yang telah diberikan iaitu berkenaan dengan Dasar Luar Negara.
Terlebih dahulu sebelum kita melangkah dengan lebih dalam lagi, apakah yang
dimaksudkan dengan Dasar Luar Negara? Dasar luar Negara bermaksud dasar
kerajaan terhadap negara-negara lain. Negara juga boleh diibaratkan sebagai
seorang manusia. Oleh itu, sesebuah negara perlulah menjaga keselamatannya.
Kita semua ingin menjalankan tugas rutin harian tanpa diganggu atau diancam
oleh pihak-pihak tertentu. Begitu juga sesebuah negara perlu mengekalkan
kedaulatannya serta menjamin keselamatannya daripada serangan musuh.
Hal ini lebih diutamakan
bagi sesebuah negara yang kecil seperti Malaysia. Kadangkala negara-negara
kecil ini terpaksa mencari perlindungan daripada kuasa-kuasa besar, atau
bekerjasama dengan negara lain untuk mempertahankan kepentingan bersama.
Keperluan asas negara yang berikutnya ialah mencari sumber pendapatan.
Berdasarkan hal ini, sesebuah negara perlulah menjamin kepentingan ekonomi
perdagangan yang menjadi punca pendapatannya. Terdapat banyak definisi atau
pendapat yang diutarakan oleh penulis berkenaan Dasar Luar Malaysia. Menurut
Lew Hee Men, et al. (2005), Dasar Luar bermaksud “berbaik-baik dengan semua
negara demi keamanan dan kesejahteraan dunia”. Menurut beliau juga, dasar luar
dibahagikan kepada dua bentuk, iaitu Hubungan Bilateral (hubungan secara terus
dengan negara-negara tertentu, dan Hubungan Multilateral (hubungan dalam bentuk
kumpulan dan pertubuhan).
Negara-negara yang
bergantung kepada perdagangan tentu akan memelihara hubungan yang baik dengan
negara-negara lain bagi memasarkan barangannya atau bagi mendapatkan bahan
mentah yang diperlukannya. Oleh itu, sekiranya kita ingin memahami dasar luar
sesebuah negara, kita mesti mengetahui keperluan asas negara itu dari segi
keselamatan ekonomi dan politik. Di samping itu pula, kita mesti mengetahui
tentang latar belakang sejarah dan kebudayaan masyarakat tersebut.
Selain itu, Mohd. Nor Mat
Yazid (1994) pula menyatakan, “dasar luar dapat diertikan sebagai matlamat,
rancangan dan tindakan yang dilakukan oleh sesebuah negara dalam usaha
berhubung dengan sesebuah negara lain. Hubungan di antara sebuah negara dengan
negara lain adalah perlu dan penting dalam menjaga kepentingan, keselamatan dan
kemakmuran sesebuah negara”. Akhir sekali, definisi yang dikeluarkan oleh OUM
adalah, Dasar luar negera merangkumi matlamat, perancangan dan tindakan yang
diambil oleh sesebuah negara sehubungan dengan negara-negara lain. Dasar luar
negera mengutamakan aspek tindakan yang diambil oleh sesebuah negara bagi
mempengaruhi keadaan-keadaan diluar bidang kuasanya.
Berdasarkan kepada beberapa
definisi yang dikemukan oleh penulis di atas, dapatlah saya rumuskan bahawa
dasar luar merupakan satu dasar yang dirangka dan dilaksanakan oleh Malaysia
bertujuan untuk mengadakan hubungan baik dengan negara-negara luar bagi tujuan
mewujudkan dan mengekalkan keselamatan, kedamaian, keharmonian serta
kesejahteraan dari aspek ekonomi, politik, sosial dan lain-lain isu yang
mempunyai kepentingan-kepentingan bersama. Bagi menjaga kepentingan, keamanan dan
keselamatan sesebuah negara, hubungan di antara sebuah negara dengan sesebuah
negara yang lain adalah perlu dan penting. Hal ini demikian kerana kebanyakan
negara bergantung antara satu sama lain dalam pelbagai aspek seperti politik,
ekonomi, teknologi dan keselamatan. Negara maju perlu mengadakan hubungan
dengan negara membangun khususnya dalam bidang perdagangan.
1.2 Matlamat Dasar Luar Negara
Dasar Luar Negara ini diwujudkan adalah mempunyai
matlamat dan objektifnya yang tersendiri di mana ia diperlukan untuk menjaga
kepentingan bersama dalam menjamin kehidupan yang lebih lancar dan teratur.
Wujudnya Dasar Luar Negara yang mempunyai matlamat dari segi keselamatan,
ekonom, politik mahupun sosial sesebuah negara. Lew Hee Man, et. Al (2005) pula
menyenaraikan beberapa objektif dan matlamat dasar luar Malaysia iaitu:
Dasar Luar Negara ini menjamin
keselamatan rakyat dan negara ini kerana keselamatan mempunyai hubung kait yang
rapat dengan pengiktirafan. Negara perlu wujud sebagai satu kesatuan. Sesebuah
negara akan dapat mempertahankan diri dari ancaman luar pada bila-bila masa
walaupun terpaksa melalui kekerasan atau peperangan. Oleh sebab itu sesebuah
negara amat memerlukan hubungan yang baik dan erat antara setiap negara untuk
memastikan perkara yang tidak diingini berlaku.
Selain itu, Dasar Luar
Malaysia ini akan memelihara kepentingan nasional dan mengekalkan kedaulatan negara.
Pengiktirafan yang merujuk kepada keinginan sesebuah negara untuk diterima oleh
negara lain sebagai sebuah negara merdeka dan berdaulat serta mempunyai sistem
pentadbiran sendiri. Dasar luar ini
perlu terkawal serta berjaya membawa pembangunan dan keamanan kepada rakyat.
Ia juga menggalakkan pembangunan
dan kemajuan ekonomi dan mewujudkan keamanan sejagat melalui kerjasama
antarabangsa. Setelah wujudnya kerjasama antarabangsa antara negara ia akan menjalinkan
kerjasama dua hala erat dikalangan negara jiran dan serantau serta meningkat
kerjasama di kalangan negara lain yang mempunyai matlamat yang sama dalam
pelbagai aspek ekonomi, politik, keselamatan dan sosial.
Objektif asas dan utama
Dasar Luar Malaysia adalah bertujuan untuk melindungi kepentingan nasional di
arena antarabangsa sekaligus di pentas dunia. Menurut pernyataan mantan Menteri
Luar Negeri, Dato’ Seri Syed Hamid Albar, antara objektif-objektif paling utama
dasar luar negara Malaysia adalah menjaga, mempertahankan dan memajukan
kepentingan-kepentingan Malaysia di peringkat global. Selain itu, dasar ini
turut menjaga dan mempertahankan kemerdekaan, kedaulatan dan keselamatan
Malaysia seterusnya mempertahankan prinsip menghormati kemerdekaan dan
kedaulatan sesebuah wilayah melalui dasar tidak campur tangan dalam hal ehwal
dan masalah dalaman negara lain.
Tambahan lagi, objektif
seterusnya adalah untuk menangani perkembangan dan cabaran politik, ekonomi,
keselamatan dan sosial di pentas dunia. Dasar ini juga dapat memupuk hubungan
baik serta dapat mengeratkan kerjasama dengan negar-negara lain. Selain itu,
pendirian serta kepentingan negara-negara membangun dapat dipertahankan di
peringkat antarabangsa.
Disamping itu terdapat
beberapa objektif dasar luar Malaysia, yang pernah dikemukakan, di antaranya
ialah kepentingan pengujudan kedamaian dan keharmonian adalah penting dan ini
terpancar dalam dasar luar Malaysia yang merupakan kesinambungan kepada dasar
dalam negeri bertujuan untuk menjaga dan mengekalkan keselamatan, keamanan,
keharmonian, kesejahteraan ekonomi dan lain-lain kepentingan-kepentingan negara
dan persekitaran. Ini ialah penting bagi menjamin keselamatan yang lebih
berkesan jika dilakukan dengan bersama dan lebih kerap lagi.
Kebanyakan pembentukan dasar
luar Malaysia secara lazimnya berusaha keras bagi membantu perkembangan ekonomi
dalam negeri dengan membawa masuk seberapa ramai pelabur-pelabur asing. Sebagai
contoh dengan menjemput pelabur-pelabur dari luar negara untuk melihat dan
meyakinkan mereka untuk turut melabur ke dalam industri mahupun ke dalam
sektor-sektor lain yang dapat memberi pulangan yang berpatutan kepada mereka.
Dengan ini, ia akan mengembangkan lagi ekonomi negara dengan melancarkan dan
melicinkan lagi proses pembangunan negara.
Meskipun terdapat sedikit
perbezaan dari segi matlamat dan objektif yang dinyatakan oleh penulis di atas,
kita dapat rumuskan bahawa objektif Dasar luar yang paling utama adalah sama,
iaitu ke arah menjaga kedamaian, keharmonian dan mengekalkan kepentingan
Malaysia di arena antarabangsa seterusnya berusaha memakmurkan negara jiran.
Ini juga menjamin ekomoni yang terus berkembang dalam pembangunan negara.
2.0 Prinsip-prinsip penentuan Dasar Luar Malaysia
Malaysia mempunyai beberapa prinsip atau tafsiran yang menjadi
panduan dalam melaksanakan dan membentuk dasar luarnya. Terdapat beberapa
prinsip yang menentukan corak dan arah
dasar luar negara. Antaranya ialah, geopolitik, sejarah, ekonomi, sistem antarabangsa,
demografi, dan agama. Bermula dengan prinsip dari segi geopolitik iaitu negara
kita yang terletak dalam kawasan yang mustahak dari sudut geopolitik di rantau
Asia-Pasifik. Sebagai sebuah negara yang terletak di persimpangan dua jalan
yang penting, iaitu Lautan India dan Lautan Pasifik yang kaya dengan sumber
galian seperti minyak, bererti kedudukan negara kita adalah penting dari segi
kestabilan dan keselamatan di rantau Asia- Pasifik.
Perinsip
yang kedua adalah dari segi sejarah. Sejak
zaman Kesultanan Melayu Melaka telah terjalin hubungan dengan negara luar
seperti China, Arab, Siam dan juga negeri-negeri di Kepulauan Melayu. Hubungan
luar ini lebih berbentuk hubungan perdagangan. Pada masa ini telah terjalin
hubungan Melayu serumpun di Kepulauan Melayu termasuklah negara-negara yang ada
pada hari ini dikenali sebagai Indonesia, Brunei, Singapura dan Malaysia.
Setelah mencapai kemerdekaan, Malaysia menyertai pertubuhan Komanwel dan
meneruskan hubungan diplomatik dengan Britain dan negara Komanwel lain seperti
Australia dan New Zealand.
Pada masa itu,
Malaysia sedang diancam oleh fahaman komunis yang disebarkan oleh Parti Komunis
Malaya (PKM). Ancaman komunis ini menggugat keselamatan negara Malaysia dan
dengan ini mendorong Malaysia mengamalkan dasar luar yang pro-Barat dan
antikomunis. Pada masa yang sama, Malaysia masih bergantung kepada kuasa Barat
kerana Malaysia belum mempunyai keupayaan pertahanan
Selain
itu, dari segi ekonomi pula Malaysia merupakan
negara yang mengamalkan pasaran bebas dan dengan ini menjalin hubungan baik
dengan negara-negara lain di dunia dalam usaha memajukan ekonominya. Sejak
zaman penjajahan British lagi, Malaysia merupakan antara negara pengeluar utama
bijih timah dan getah. Pada masa ini telah terjalin hubungan ekonomi antara
Malaysia dengan negara-negara maju seperti Britain dan Amerika Syarikat.
Setelah
Malaysia mencapai kemerdekaan, Malaysia masih mengharapkan pasaran dan juga
modal dari negara-negara tersebut. Malaysia sendiri mempunyai kekayaan yang
agak menarik dan ekonominya adalah berlandaskan keupayaan dan kebolehan
mengeksport bahan-bahan mentah serta barangan yang diproses. Ini membantu
meningkatkan taraf hidup dan ekonomi yang kukuh di Asia. Namun begitu,
persekitaran Asia Tenggara sentiasa bergolak dengan permasalahan politik yang
boleh mengancam kedudukan ekonomi dan politik negara.
Prinsip
keempat pula adalah dari segi sistem antarabangsa. Malaysia yang sentiasa
menghormati kemerdekaan dan kedaulatan sesebuah negara serta terhindar daripada
penindasan adalah sangat penting dalam menentukan dasar luar negara. Berdasarkan
prinsip ini, Malaysia amat berpegang teguh dengan konsep Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu (PBB), iaitu kewujudan sistem antarabangsa di mana semua masyarakat di
dunia ini dapat hidup dengan aman dan harmoni serta terhindar daripada
penindasan. Dalam hal ini, Malaysia telah memainkan peranan aktif dan
memberikan sumbangan yang bermakna terhadap PBB melalui penyertaan penuh
semangat dalam agensi-agensi PBB seperti UNESCO dan UNCTA D. Sebagai contoh,
Malaysia telah menghantar tentera pendamai ke Congo, Afrika (Zaire) pada tahun
1960 bagi menamatkan perang saudara di sana. Malaysia juga memberikan sokongan
terhadap orde baru Ekonomi Antarabangsa dan kegiatan-kegiatan Negara-Negara 77
untuk mencapai keadilan dalam sistem perdagangan yang selama ini memihak kepada
negara maju sahaja.
Yang
kelima adalah dari faktor demografi iaitu Malaysia
telah menjalinkan hubungan diplomatik yang baik dengan negara-negara Islam
sejajar dengan penduduknya yang majority beragama Islam. Malaysia tidak
mengadakan hubungan diplomatik dengan negara Israel disebabkan dasar negara
berkenaan yang menceroboh dan menindas peribumi Palestin. Rakyat Malaysia yang
terdiri daripada pelbagai kaum dan agama juga diberikan kebebasan sepenuhnya
untuk mengamalkan budaya hidup dan agama masing-masing. Amalan konsep perpaduan
dan sikap komited terhadap hak asasi manusia meneybabkan Malaysia menentang
keras Dasar Apartheid yang diamalkan di Afrika Selatan. Malaysia juga tidak
mengadakan sebarang hubungan diplomatik dengan negara berkenaan sehinggalah
undang-undang dasar apartheid itu dihapuskan oleh kerajaan Afrika Selatan. Oleh
itu, faktor kepelbagaian kaum di negara ini amat mempengaruhi pembentukan dasar
luar Malaysia.
Prinsip yang terakhir pula adalah dari
segi agama. Malaysia sebagai sebuah
negara yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi telah berkemampuan untuk menjalinkan hubungan erat dengan negara-negara
Islam. Malaysia telah memainkan peranan yang penting dalam Pertubuhan
Negara-Negara Islam (OIC). Malah, YTM Tunku Abdul Rahman telah dialntik sebagai
Setiausaha Agung pertama OIC. Malaysia telah memberikan komitmen yang tinggi
terhadap hubungan dengan negara-negara Islam sebagai salah satu asas hubungan
luarnya.
Tuntasnya, prinsip-prinsip penentuan
dasar luar negara dari segi geopolitik, ekonomi, sistem antarabangsa, demografi
dan agama hanya merupakan sebahagian kecil daripada prinsip yang dapat menjadi
asas kepada pelaksanaan dasar luar Malaysia. Ini kerana dasar luar negara
adalah berbentuk dinamik iaitu akan sentiasa mengalami perubahan berikutan
dengan dasar yang diamalkan oleh pemimpin-pemimipin semasa.
3.0 Dasar Luar Negara Tanah Melayu dan Malaysia
Dasar luar negara merupakan polisi sesebuah Negara dalam
menjalinkan hubungan antarabangsa dengan negara lain. Menurut buku Dasar Luar
Era Mahathir, ada menyatakan bahawa dasar luar ialah alat atau instrumen yang
diperlukan oleh sebuah negara untuk berinteraksi dengan sebuah negara yang
lain, baik yang berjiran dengannya atau yang berada jauh darinya. Melalui dasar
luar ini, sesebuah negara menyatakan pendirian mereka terhadap perkembangan dan
perolakan yang berlaku di luar sempadan negara dalam hubungan antarabangsa.
(Chairil Wariya, 1989) Selain itu, dalam buku Perhubungan Antarabangsa: Konsep
dan Konteks juga ada menyebut bahawa dasar luar adalah dasar yang diamalkan
oleh sesebuah negara dalam menjalin hubungan dengan sebuah negara yang lain.
Dasar luar merujuk kepada tindakan atau idea yang dibuat oleh pembuat dasar
untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau membawa perubahan suasana politik
antarabangsa (Mokhtar Muhammad, 2005). Kesimpulannya, definisi dan konsep dasar
luar negara adalah merujuk kepada langkah-langkah atau peranan yang diambil
oleh pemimpin negara bagi menjaga keamanan dan kestabilan politik, ekonomi dan
sosial negara di peringkat antarabangsa.
Dasar Luar Malaysia sentiasa berubah
mengikut peredaran masa setelah mencapai kemerdekaan.Menurut buku Malaysia
Kita, sejak dari tahun 1957, iaitu selepas Persekutuan Tanah Melayu merdeka,
negara ini telah mengamalkan dasar luar yang serdehana. Dasar ini telah
mengutamakan semangat setiakawan dan menjalin hubungan yang baik dengan semua
negara tanpa mengira kedudukan ideologi mereka. Perkambangan dasar luar
Malaysia dapat dibahagikan kepada empat tahap, iaitu berdasarkan era
pemerintahan kelima-lima Perdana Menteri Malaysia. Pada
era pemerintahan Tunku Adbul Rahman Putera AL-Haj (1957-1970) adalah merupakan
Dasar Luar Malaysia tahap pertama. Bagi tahap kedua pula merupakan era
pemerintahan Tun Abdul Razak (1972-1976).Era pemerintahan Tun Hussien Onn
(1976-1981)pula berada pada tahap ketiga. Seterusnya adalah tahap keempat iaitu
pada era pemerintahan Tun Dr. Mahathir bin Mohamad (1981-2003). Tahap yang
terakhir iaitu tahap kelima adalah pada era pemerintahan Datuk Seri Abdullah
Ahmad Badawi iaitu dari 2003 tahun sehingga hari ini.
3.1 Fasa I (1957-1969)
Dasar Luar Malaysia pada tahap pertama adalah di bawah
kepimpinan Tunku Abdul Rahman. Tunku Abdul Rahman merupakan Ketua Menteri
Persekutuan Tanah Melayu dari 1955, dan Perdana Menteri pertama sejak
kemerdekaan pada tahun 1957 sehingga 1970. Beliau dilahirkan di Istana Tiga Tingkat, Alor Setar, Kedah yang lebih
dikenali sebagai Istana Pelamin, Tunku merupakan anak lelaki yang ketujuh
kepada Sultan Abdul Hamid Halim Shah iaitu Sultan Kedah yang ke-24. Menurut
buku Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj, Tunku Abdul Rahman sebagai seorang
putera raja, beliau dibesarkan dalam suasana diraja. Beliau dididik tentang
disiplin, adab sopan serta menghormati adat dan budaya Melayu. Hasilnya beliau
membesar menjadi seorang yang menerima unsure-unsur adat tradisional Melayu. Pembentukan Malaysia pada tahun 1963
merupakan satu daripada pencapaiannya yang teragung. Menuru buku
Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj, hasil kebijaksanaan beliau, memungkinkan
Tanah Melayu mencapai kemerdekaan dengan aman dan secara diplomasi. (Siti Mariam
Daud,1996) Beliau juga dikenali sebagai “Bapa Kemerdekaan” dan “Bapa Malaysia” Pada
era pemerintahan beliau telah terdapat tiga corak dasar luar luar Malaysia,
iaitu dasar luar Malaysia yang bercorak
dasar pro-Barat, anti komunis dan menjalinkan hubungan baik dengan
negara-negara Komanwel.
Menurut
buku Malaysia Melangkah ke Hadapan, dunia pada ketika itu sedang mengalami
konflik Perang Dingin antara Blok Barat yang diketuai Amerika Syarikat dengan
Blok Komunis pimpinan Soviet Union dan Republik Rakyat China. Persekutuan Tanah
Melayu pula masih berada dalam keadaan darurat akibat pemberontakan Parti
Komunis Malaya (PKM) yang bertujuan mengambil alih kuasa kerajaan secara
kekerasan. Perjuangan PKM mendapat sokongan Parti Komunis China. Oleh itu adalah
tidak hairan jika Persekutuan Tanah Melayu yang baru mencapai kemerdekaan
daripada Britain dan sedang mengalami pemberontakan komunis mengamalkan dasar
luar yang pro-Barat dan anti-komunis.
Malaysia
sebagai sebuah negara kecil sebenarnya tidak mempunyai banyak pilihan.
Pertahanan negara pada masa itu amat bergantung kepada Britain, dan sekutunya
Amerika Syarikat. Sejajar dengan dasar pro-Barat, Tunku Abdul Rahman telah
menandatangani Perjanjian Pertahanan Anglo-Malaya 1957 atau Anglo-Malaya Defence Agreement (AMDA) di mana British menjamin
bantuan ketenteraan sekiranya Tanah Melayu diserang oleh mana-mana negara luar.
AMDA merupakan tulang belakang dasar keselamatan Tanah Melayu.
Ini bermakna bahawa Malaya terpaksa bersifat
pro-Barat dalam hubungan luarnya demi menjamin keselamatannya. Tunku Abdul
Rahman telah menyedari bahawa sekiranya Malaya bersifat pro-Rusia atau China
adalah merupakan satu tindakan yang akan mengancam kedudukan Malaya dari segi
keselamatan. Seterusnya, pendirian anti-komunis kerajaan adalah jelas menonjol
sewaktu Tunku Abdul Rahman memberikan sokongan penuh kepada Amerika Syarikat
demi menangani perluasan kuasa komunis di Vietnam Selatan.
Selain daripada
dasar pro-Barat dan anti-Komunis, dasar luar negara pada tahap ini juga ada
mewujudkan kerjasama serantau dan berbaik-baik dengan negara jiran. Langkah ini
dilakukan ekoran daripada beberapa krisis yang dihadapi oleh negara selepas
penubuhan Malaysia. Antara krisis-krissi yang berlaku adalah Konfrontasi dengan
Indonesia (1963-1965) dan terputusnya hubungan diplomatik dengan Filipina
(1963-1965). Menurut buku Mengenal Malaysia dari perspektif kenegaraan,
pembentukan Malaysia telah membawa tentangan dari Filipina dengan Indonesia.
Filipina menuntut Sabah sebagai sebahagian daripada wilayahnya. Manakala
Indonesia di bawah pimpinan Presiden Sukarno, melancarkan konfrontasi. Ini
telah membawa kepada tergendalanya hubungan Malaysia dengan kedua-dua negara
(Lim Kim Hui.et al, 1988). Di samping itu, pemisahan Singapura dari Malaysia
pada tahun 1965 juga merupakan salah satu krisis selepas penubuhan Malaysia.
Rentetan itu,
Malaysia telah berusaha untuk berbaik-baik semula dengan negara jiran ini.
Usaha-usaha Malaysia dapat dilihat melalui beberapa perjanjian yang
ditandatangani. Dalam konteks Asia Tenggara, Persekutuan Tanah Melayu telah
memainkan peranan aktif daalm penubuhan Persatuan Negeri-negeri Asia Tenggara/
Association of Southeast Asian States (ASA) pada tahun 1951 bersama-sama dengan
Thailand dan Filipina. (Nadzan Haron, 2001) Seterusnya, penubuhan MAPHILINDO
pada tahun 1961 yang melibatkan Filipina dan Indonesia juga salah satu usaha
Malaysia yang cuba berbaik-baik dengan negara jiran. Hal ini dikatakan demikian
kerana menurut buku Malaysia Kita, matlamat penubuhan MAPHILINDO adalah untuk
menjaga dan mengekalkan keamanan serantau, mewujudkan persefahaman di kalangan
negara-negara anggota dan mewujudkan kerjasama serantau dalam bidang
ekonomi.(Hj. Dr Syed Ibrahim) Selain itu, terdapat juga penubuhan ASEAN yang
diwartakan melalui Deklarasi Bangkok pada 8 Ogos 1967 yang bersama-sama dengan
Thailand, Indonesia, Filipina dan Singapura.(Looi Lin Eng et.al, 1988) Penubuhan ini telah memberi penekanan kepada
kerjasama ekonomi serantau dan kestabilan sosial. Justeru, tidak dapat
dinafikan bahawa penubuhan ASEAN ini telah membawa persahabatan yang lebih
kukuh dalam hubungan luar Malaysia dengan negara-negara anggotanya.
DASAR LUAR MALAYSIA
DI BAWAH KEPIMPINAN ALLAHYARHAM TUN ABDUL RAZAK HUSEIN
Di bawah kepimpinan Tun Razak, terdapat sedikit perubahan telah dilakukan
terhadap Dasar Luar Malaysia. Dasar berkecuali
Asia Tenggara telah menjadi satu matlamat yang dijuruskan dalam
pelaksanaan dasar luar Malaysia. Ini adalah selaras dengan komitmen Malaysia terhadap penglibatannya
dalam pakatan ASEAN iaitu Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara. Dasar ASEAN adalah jelas iaitu
kuasa-kuasa besar perlu mengiktiraf ASEAN sebagai sebuah kawasan atau zon yang
aman, bebas dan berkecuali. Sewaktu zaman peralihan kuasa, Malaysia telah mengadakan hubungan
diplomatik dengan Rusia.
Permulaannya,
Malaysia telah membuat usul bahawa kawasan serantau harus dikecualikan dari
pengaruh Kuasa-kuasa besar. Kuasa-kuasa besar haruslah berjanji agar tidak
campur tangan dalam hal ehwal serantau dan syarat pelaksanaan konsep ini ialah
semua negara di Asia Tenggara hendaklah mengiktiraf dan menerima konsep ini.
Pada peringkat awal, Malaysia mengharapkan ketiga-tiga Kuasa-kuasa Besar yakni
Amerika Syarikat, China dan Rusia akan mengiktiraf konsep ini bagi menjamin
keselamatan kawasan serantau. Namun demikian, Malaysia terpaksa meminda konsep
ini dan Kuasa-kuasa Besar tidak lagi diseru untuk menjamin dasar berkecuali
Asia Tenggara tetapi harus menghormati kawasan serantau dan mengiktiraf kawasan
serantau sebagai sebuah zon yang aman, bebas dan berkecuali ( Zone Of Peace, Freedom And Neutrality – ZOPFAN
). Malaysia dibawah kepimpinan Tun Abdul Razak telah mengambil usaha untuk
menaja konsep ini dan menjelaskan bahawa konsep ini adalah amat sesuai bagi memelihara dan mengekalkan kestabilan kawasan serantau.
Dasar berkecuali ini jelas memperlihatkan dasar luar
negara dibawah pimpinan Tunku Abdul Razak adalah berbeza berbanding dasar
Malaysia dibawah pimpinan Tunku Abdul Rahman. Tunku Abdul Rahman telah
membentuk dasar pro – Amerika dan menyokong negara itu dalam persaingannya
dengan kuasa-kuasa Besar lain terutamanya negara China. Manakala dasar luar
yang dibentuk oleh Tun Abdul Razak tidak menyokong mana-mana Kuasa Besar.
Beliau berpendapat Malaysia harus berkecuali dalam sebarang Kuasa-kuasa Besar
tersebut. Malaysia telah menjalin hubungan dengan negara Rusia ketika pucuk
pimpinan negara ini bertukar tangan. Namun demikian, negara China merupakan
negara Kuasa Besar yang tidak diiktiraf Malaysia ketika itu. Dasar berkecuali
bermakna Malaysia harus mengubah sikap dan penderiannya terhadap China. Jika
perkara ini berterusan, China tidak akan menyokong dasar berkecuali Malaysia
kecuali Malaysia berbaik-baik dengan China. Malaysia berharap dapat menjalinkan
hubungan dengan China agar ancaman terhadap komunis dapat dikurangkan. Hubungan
diplomatik Malaysia-China telah terjalin apabila Tun Abdul Razak membuat lawatan
rasmi ke China pada tahun 1974.
Kesimpulannya, dengan terlaksananya dasar berkecuali ini,
secara tidak langsung keselamatan Malaysia terjamin serta kestabilab politik
terjaga. Langkah bijak ini juga telah membuka banyak peluang kepada rakyat
tempatan agar mengambil kesempatan dalam memajukan diri dari segi politik,
sosial dan ekonomi.
DASAR LUAR MALAYSIA
DI BAWAH KEPIMPINAN ALLAHYARHAM TUN HUSSEIN ONN
Dasar luar Malaysia telah diteruskan oleh Tun Hussein Onn
selepas kematian Tun Abdul Razak pada 14 Januari 1976 tetapi hanya untuk masa
lebih kurang lima tahun sahaja. Beliau dalam dasar luarnya telah mengeratkan
lagi kerjasama serantau dan hubungan dengan negara-negara Islam serta dengan
negara-negara Dunia Ketiga.
Pada
masa ini, dasar yang dibentuk oleh Malaysia yang dipimpin Tun Hussein Onn ialah
dasar luar yang mempunyai objektif berkecuali dan berpendirian sama tanpa
mengira ideologi atau system sosial negara tersebut. Dasar yang dibentuk oleh Malaysia adalah
dasar berasaskan persahabatan dan saling hormat-menghormati, tidak ebrcampur
tangan dan mengekalkan prinsip kewilayahan serantau. Hasilnya, negara Malaysia
mempunyai hubungan yang erat dengan negara-negara di Asia Tenggara dan
Indochina terutamanya Republik Demokratik Vietnam. Hubungan demokratik
Malaysia-Vietnam adalah sebagai satu sumbangan terhadap perkembangan dan
keteguhan kerjasama serantau. Malaysia bukan sahaja menaja konsep ZOPFAN tetapi
juga mempertahankan Deklarasi Berkecuali ( 1971 ) ASEAN. Di luar ASEAN dan dari
aspek kerjasama serantau, dasar luar Malaysia telah ditumpukan kepada hubungan
persahabatan yang teguh terutamanya negara Vietnam.
Pada tahun 1975, Malaysia telah memperbaharui hubungan
rasmi dengan negara Vietnam Selatan. Namun begitu, pada awal tahun 1976,
Malaysia telah menjalinkan hubungan rasmi dengan negara baru Republik Sosialis
Vietnam ( penyatuan Negara Vietnam Selatan dan Utara ). Pembentukan ini adalah
penting untuk jangka masa panjang kerana bagi mengekalkan konsep zon
berkecuali.usaha Malaysia ke arah mewujudkan hubungan diplomatik dengan dengan
Hanoi adalah azam Kuala Lumpur yang bertindak sebagai “jambatan” bagi
menghubungkan ASEAN dengan Vietnam. Hubungan Kuala Lumpur-Hanoi telah
termaterai pada tahun 1978 iaitu sebelum pencerobohan Vietnam terhadap
Cambodia. Malaysia telah memberikan perjanjian untuk menghulurkan bantuan
pembangunan untuk Hanoi. Lawatan Perdana Menteri Vietnam, Pham Van dong ke
Malaysia dan dua buah negara ASEAN yang lain merupakan isyarat bahawa Vietnam
akan mengekalkan persahabatan dengan Malaysia dan ASEAN. Memandangkan hubungan
Hanoi dengan China dan Kampuchea kian merosot, Vietnam bersedia berbincang
mengenai konsep ZOPFAN dengan ASEAN. Di samping itu juga, Perdana Menteri
Vietnam pada masa itu telah membuat pengumuman rasmi bahawa Vietnam tidak akan
membantu gerakan pengganas komunis di Thailand dan Malaysia.
Sengketa China-Vietnam dan Vietnam-Kompuchea semakin
meruncing akibat pertikaian China-Soviet dan Union ( Rusia ). Dalam keadaan ini
Moscow telah memberi bantuan kepada Vietnam. Beijing pula meneguhkan
sokongannya terhadap Kompuchea. Manakala hubungan Malaysia-China di sekitar
tahun 1975-1978 secara perbandingan tidak begitu mesra. Hal ini kerana sokongan
berterusan oleh China kepada gerakan komunis di negara ini. Situasi ini telah
menyebabkan Malaysia berwaspada untuk menjalinkan hubungan mesra dengan China.
Lawatan Perdana Menteri China ke Malaysia merupakan kunjungan balas Tun Abdul
Razak ke Beijing pada tahun 1974. Namun begitu, tujuan utama di sebalik lawatan
ialah untuk mengetepikan pengaruh Vietnam dan Rusia di kawasan serantau.
Malaysia pula tidak mahu diserat dalam kancah politik antarabangsa China.
Kenyataan Perdana Menteri China mengenai isu sensitif iaitu rakyat keterunan
cina di Malaysia dan keengganan beliau untuk memberi jaminan bahawa China
menghentikan sokongan moral kepada Parti Komunis Malaya di Malaysia bukan
sahaja menimbulkan sikap tidak senang tetapi juga membimbangkan Malaysia.
Perdana Menteri China juga menegaskan bahawa beliau tidak akan mengiktiraf
kewarganegaraan kembar kepada rakyat China yang bermastautin di Malaysia.
Selain itu juga, Malaysia tidak senang dengan penderian
Perdana Menteri China terhadap Parti Komunis China dengan Parti komunis Malaya.
Perdana Menteri China berpendapat bahawa hubungan antara parti adalah berlainan
dengan hubungan dengan negara. Hal ini menyebabkan Malaysia mengamalkan dasar
berwaspada terhadap Beijing, China.
Kesimpulannya, dasar Malaysia di bawah tapuk pimpinan Tun
Hussein Onn adalah lebih bertumpu kepada Hanoi. Namun begitu, negara China
hanya memperoleh kepentingan dan faedah yang sedikit sekali daripada hubungan
diplomatiknya dengan Malaysia pada masa itu.
1.3 Penutup
Kepentingan pengwujudan kedamaian dan keharmonian adalah
penting dan ini terpancar dalam dasar luar Malaysia yang merupakan kesinambungan
kepada dasar dalam negeri bertujuan untuk menjaga dan mengekalkan keselamatan,
keharmonian, keharmonian, kesejahteraan ekonomi dan lain-lain
kepentingan-kepentingan negara dan persekitaran.
Kepelbagaian faktor
geografi, sejarah, sosial dan politik menyumbang kepada pembentukan dan
hala-tuju hubungan antarabangsa Malaysia dengan negara-negara lain. Selain
daripada faktor-faktor tersebut, faktor globalisasi di ambang perkembangan era
komunikasi dan teknologi maklumat juga memainkan peranan yang semakin penting.
Walau apa pun
prinsip-prinsipnya, objektif dasarnya adalah sama iaitu ke arah menjaga
kedamaian, keharmonian dan mengekalkan kepentingan Malaysia di arena
antarabangsa seterusnya berusaha memakmurkan jiran. Pengwujudan kedamaian dan
keharmonian boleh diteliti sejak zaman pucuk pimpinan politik negara pertama
iaitu Tunku Abdul Rahman. Perdana Menteri Malaysia yang pertama, telah
mengamalkan dasar anti-Komunis dan sikap pro-Barat dengan mengadakan hubungan
yang rapat dengan negara-negara Komanwel. Beliau juga telah merintis usaha
kepada dasar berkecuali, neutral dan keamanan bersama.
Akhir kata, Dasar Luar
Malaysia yang mengutamakan kesejahteraan
dan keamanan seluruh dunia banyak memberi kesan yang positif kepada
Malaysia sendiri. Ketokohan para pemimpin yang dimiliki oleh Malaysia telah
banyak membantu Malaysia terkenal di mata dunia. Malaysia kini mampu
meneruskan cabarannya sebagai sebuah negara yang membangun untuk
menjadi negara maju yang aman damai, cemerlang, gemilang dan terbilang.
dan keamanan seluruh dunia banyak memberi kesan yang positif kepada
Malaysia sendiri. Ketokohan para pemimpin yang dimiliki oleh Malaysia telah
banyak membantu Malaysia terkenal di mata dunia. Malaysia kini mampu
meneruskan cabarannya sebagai sebuah negara yang membangun untuk
menjadi negara maju yang aman damai, cemerlang, gemilang dan terbilang.
RUJUKAN
Bibliografi
Chairil Wariya (1989), Dasar Luar Era Mahatir, Penerbit Fajar Bakti: Petaling Jaya
Lim Kin Hui et.al (1988), Mengenal Malaysia dari perspektif kenegaraan, Penerbit Elman: Kuala Lumpur
Nadzan Haron et.al (2001), Malaysia Melangkah ke Hadapan, Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd: Selangor
Mokhtar Muhammad (2005), Perhubungan Antarabangsa: Konteks dan Konsep, Anzagain: Kuala Lumpur
Siti Mariam Daud et.al (1996), Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj, Jade Green Publications: Kuala Lumpur
Malaysia Kita (2000), Hj.Dr. Syed Ibrahim, International Law Book Services: Petaling Jaya
Chairil Wariya, 1989. Dasar
luar era Mahathir. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti.
Lew He Men, et. al. 2005.
Sejarah Dunia, Selangor: Penerbit Fajar Bakti.
Pembentukan Malaysia
1.0
Pengenalan
Persekutuan
Tanah Melyu secara rasminya telah diisytiharkan merdeka pada 31 ogos 1957
melalui rundingan. Walau bagaimanapun, wilayah-wilayah negeri Melayu yang lain
seperti Singapura, Sarawak, Borneo Utara dan Brunei masih lagi belum mencapai kemerdekaan
dan masih menjadi tanah jajahan British. Cadangan-cadangan dan idea-idea bagi
menggabungkan kesemua wilayah ini sebagai sebuah negara dibuat beberapa kali
sejak tahun 1880-an sehinggalah 1960. Malahan, Kesatuan Melayu Muda turut
mencadangkan gagasan ‘Melayu Raya’ atau ‘Indonesia Raya’ yang menggabungkan
Indonesia dengan Tanah Melayu sebelum kedatangan Jepun lagi.
Corak
pemerintahan British terhadap tanah jajahan mereka adalah berteraskan penyatuan
dan keseragaman seperti mana yang dapat dilihat melalui penubuhan Negeri-Negeri
Melayu Bersekutu, Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu dan Negeri-Negeri Selat.
Cadangan bagi menggabungkan Tanah Melayu dengan negeri-negeri Melayu lain yang
belum merdeka adalah bagi memudahkan pihak British. Banyak pegawai-pegawai
British yang telah mengemukakan cadangan mengenai penggabungan Tanah Melayu
dengan Singapura, Sarawak, Borneo Utara dan juga Brunei.
Cadangan
bagi menggabungkan Tanah Melayu dengan wilayah-wilayah yang dikuasai oleh
British di Asia Tenggara di bawah satu unit pentadbiran telah bermula sejak
Tanah Melayu belum mencapai kemerdekaan lagi. Cadangan penggabungan ini bukan
sahaja dikemukakan oleh pemimpin-pemimpin di Asia Tenggara, tetapi juga banyak
dikemukakan oleh pegawai-pegawai British sendiri, namun tidak mendapat reaksi
yang positif.
2.0
Pembentukan
Malaysia
2.1 Cadangan
Awal Penubuhan
Pada
tahun 1887, pengarah Syarikat Berpiagam Borneo Utara iaitu Lord Brassey telah
mencadangkan agar Tanah Melayu, Negeri-negeri Selat, brunei, Sabah dan Sarawak
disatukan sebagai sebuah tanah jajahan yang besar. Namun, cadangan yang ini
telah ditolak sepenuhnya oleh para pemegang saham Syarikat Berpiagam Borneo
Utara. Pada tahun 1888, Kabinet British turut membicangkan hal mengenai
penggabungan ini namun lenyap begitu sahaja kerana tiada tindakan susulan yang
dilakukan. Begitu juga dengan cadangan yang dikemukakan oleh Gabenor
Negeri-negeri Selat dan Pesuruhjaya Tinggi British di Asia Tenggara iaitu Sir
Cecil Clementi agar ditubuhkan Persekutuan Borneo yang menggabungkan Brunei,
Sabah dan Sarawak tidak berjaya kerana tidak mendapat sambutan.
Cadangan
itu disuarakan semula oleh Sir Malcolm MacDonald selaku Pesuruhjaya Tinggi
British di Asia Tenggara yang ditugaskan untuk menyelaraskan dasar-dasar dan
pentadbiran British di Borneo dan Singapura. Pada 23 April 1953, beliau telah
mempengurusikan satu persidangan yang dikenali sebagai Persidangan Sarawak,
Borneo Utara dan Brunei sebagai usaha awal menggabungkan ketiga-tiga wilayah
tersebut. Namun usaha itu gagal disebabkan Sultan Brunei tidak berminat dengan
sebarang bentuk persekutuan. Bukan sahaja MacDonald yang menggerakkan cadangan
tersebut, sebelum tahun 1956 telah ada parti politik yang turut mengerakkan
cadangan penggabungan tersebut iaitu Parti Progresif Singapura. Parti ini
mentakrifkan kesemua wilayah British di Asia Tenggara dengan nama Malaya
(Ruslan Zainuddin, 2003).
Pada
tahun 1948 dan 1951, Naib Presiden Parti Progresif iaitu Thio Chan Bee
mencadangkan Singapura, Tanah Melayu dan Borneo disatukan ke dalam satu unit
pentadbiran. Menjelang tahun 1950-an, konsep ‘Malaysia’ telah disuarakan oleh
Parti Progresif Singapura dan hal ini telah menarik banyak perhatian daripada
beberapa pihak di Tanah Melayu. Mohd Ghazali bin Shafie pada Mac 1954 telah
memberikan sokongan terhadap konsep tersebut dan pada Februari 1955, Presiden
MCA iaitu Tan Cheng Lock tutut melahirkan sokongan yang sama. Lee Kuan Yew dan
dua orang pemimpin Singapura iaitu David Marshall dan Lim Yew Hock pernah
menyuarakan supaya Singapura digabungkan dengan Tanah Melayu disebabkan oleh
kedua-dua wilayah tersebut merupakan satu unit ekonomi yang sama tetapi diasingkan
oleh pihak British.
Sehingga
tahun 1955 masih belum ada tokoh dari Tanah Melayu sendiri yang memberikan
pandangan kepada cadangan-cadangan awal yang dibuat. Hanya pada tahun 1953,
Ghazali Shafie iaitu seorang peguam muda menyatakan akan sokongan beliau
terhadap penyatuan politik dibuat antara wilayah-wilayah tersebut. Kemudian
barulah kenyataan daripada tokoh Tanah Melayu iaitu pada 26 Disember 1955 dalam
Perhimpunan Agung UMNO, Tunku Abdul Rahman telah mengesyorkan supaya Singapura
mencapai kemerdekaan melalui Tanah Melayu. Namun, hal ini telah mendapat
tentangan daripada UMNO kerana UMNO bimbang kemasukan Singapura akan
menyebabkan imbangan kaum Melayu dan bukan Melayu terjejas berikutan bilangan
penduduk Cina yang ramai di Singapura. Selain itu, UMNO juga bimbang sikap
antikomunis kerajaan Tanah Melayu akan menghalangnya untuk bergabung dengan
sebuah negeri yang corak politiknya cenderung ke kiri.
Segala
cadangan awal, saranan dan pandangan diakhiri oleh kenyataan rasmi Tunku Abdul
Rahman sebagai Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka
menyuarakan konsep atau Gagasan Malaysia. Pengumuman Tunku telah dibuat semasa
ucapannya kepada Persatuan Wartawan-wartawan Luar Negara di Hotel Adelphi,
Singapura pada 27 Mei 1961. Gagasan Malaysia yang dikemukakan oleh Tunku
melibatkan penggabungan Singapura, Sarawak, Sabah dan Brunei.
2.2 Faktor
Pembentukan
Kenyataan
yang telah dibuat oleh Tunku Abdul Rahman semasa berada di Singapura bukanlah
sesuatu yang baru. Tunku mengemukakan kenyataan mengenai cadangan Gagasan
Malaysia adalah berdasarkan beberapa faktor. Faktor-faktor inilah yang telah
memainkan peranan yang penting bagi Tunku untuk membuat kenyataan mengenai
cadangan Gagasan Malaysia.
Faktor
yang pertama yang telah mempengaruhi Tunku untuk membuat kenyataan mengenai
cadangan Gagasan Malaysia ialah faktor keselamatan. Faktor keselamatan
merupakan faktor utama kepada cadangan Gagasan Malaysia. Hal ini berkaitan
dengan keadaan politik dalaman Singapura yang tidak stabil. Barisan Sosialis
telah memenangi kerusi semasa pilihan raya di kawasan Hong Lim di Singapura
diadakan. Kemenangan Gerakan Sosialis telah menunjukkan pengaruh parti Tindakan
Rakyat atau People`s Actin Party (PAP) merosot. Perkara yang paling
membimbangkan Tunku ialah apabila pihak Komunis dapat menyerap penguasaan
menerusi Barisan Sosialis yang berhaluan kiri. Hal ini akan mengancam Tanah
Melayu yang baru sahaja selesai membanteras ancaman PKM. Tunku bimbang jika
pengaruh komunis dari negara jiran iaitu Singapura akan mewujudkan suasana yang
tidak aman dan tidak disenangi rakyat Tanah Melayu. Oleh itu, penggabungan
Singapura dengan Tanah Melayu dapat membantu mengatasi masalah tersebut.
Selain itu, faktor lain yang
memainkan peranan penting yang mempengaruhi cadangan Gagasan Malaysia ialah
aspek imbangan kaum. Penggabungan Singapura dengan Tanah Melayu akan
mengakibatkan jumlah orang Melayu akan diatasi oleh orang Cina. Bilangan
penduduk Cina di Singapura dan Tanah Melayu adalah lebih banyak jika
dibandingkan dengan penduduk Melayu di Singapura dan Tanah Melayu. Bagi
mengatasi masalah ini, Borneo haruslah digabungkan bersama. Kemasukan Borneo mampu mengimbangi jumlah
penduduk Tanah Melayu dan Singapura. Justeru, Tunku telah melahirkan cadangan
Gagasan Malaysia yang meliputi Sabah, Sarawak dan Brunei bagi mengimbangi
jumlah penduduk Melayu dengan bukan Melayu.
Aspek
ekonomi turut memainkan peranan dalam pembentukan Gagasan Malaysia. Tanah
Melayu mempunyai ekonomi yang stabil dengan bahan mentah yang banyak dan dengan
kemasukan Singapura, kedudukan ekonomi akan menjadi lebih. Hal ini dilihat oleh
Tunku sebagai keperluan ekonomi bersama. Penggabungan Tanah Melayu dengan
Singapura juga akan dapat memberikan ruang kepada Singapura menyelesaikan
masalah-masalah ekonomi yang disebabkan oleh peningkatan populasi dan
perdagangan yang memerlukan pulau itu melancarkan program berskala maksimum ke
arah industrialisasi. Oleh itu, penggabungan ini akan mewujudkan kestabilan
politik dan sebuah pasaran yang akan dapat menarik kemasukan pelabur asing
tanpa ada persaingan antara Tanah Melayu dengan Singapura serta mempunyai asas
ekonomi yang kukuh dan sangat kuat.
Faktor yang seterusnya ialah bagi
memelihara kepentingan Sabah dan Sarawak. Walaupun Sabah dan Sarawak berada di
bawah pentadbiran British, namun penduduk bumiputera telah diabaikan serta
diberi layanan yang tidak sewajarnya sebagai penduduk asal negeri tersebut.
Jawatan-jawatan penting lebih banyak dikuasai oleh pegawai British sendiri dan
orang luar yang datang ke Sabah dan Sarawak berbanding dengan penduduk
bumiputera. Hal ini disebabkan oleh pencapaian penduduk bumiputera dalam bidang
pendidikan agak rendah jika dibandingkan dengan orang luar. Melalui Gagasan
Malaysia, usaha untuk memperbaiki kedudukan kaum bumiputera Sabah dan Sarawak
boleh dilaksanakan. Kerajaan Persekutuan turut memperluaskan peruntukan tentang
kedudukan istimewa orang Melayu dan kaum Bumiputera lain ke Sabah dan Sarawak.
Selain itu, pembentukan Malaysia juga akan membolehkan Sabah dan Sarawak
mencapai kemerdekaan dengan lebih cepat.
Namun, semasa
Tunku mengusulkan pembentukan Malaysia, Sarawak dan Sabah belum lagi bersedia
untuk mempunyai pemerintahan sendiri. Di Sarawak, pemerintahan Brooke baru saja
berakhir apabila British mengambilalih kuasa untuk mengawasi tugas membangunkan
semula negeri itu. Semasa pemerintahan Brooke, Brooke telah mengekalkan cara
hidup rakyat bumiputera khusunya kumpulan terbesar iaitu suku Iban. Brooke juga
telah menghadkan perkhidmatan awam dan perkhidmatan sosial pada takat yang
minimum sahaja kerana beliau ingin mengekalkan tradisi hidup rakyat tempatan.
Oleh itu, Sarawak belum bersedia untuk menerima cadangan Tunku mengenai
pembentukan Malaysia. Di Sabah juga, kedudukan politik banyak menyerupai
keadaan di Sarawak. Sabah dan Pulau Labuan telah diserahkan kepada Great
Britain disebabkan oleh perbelanjaan yang ditanggung oleh North Borneo Company
bagi membina semula negeri tersebut selepas perang. Kedua-dua negeri ini tidak ingin
menyertai Malaysia kerana kebimbangan yang meluas mengenai masa depan negeri
mereka tanpa pemerintahan paternalis (Andaya dan Andaya, 1983).
3.0 Proses Pembentukan Malaysia
Rundingan
bagi mendapatkan persetujuan dengan pemimpin-pemimpin wilayah yang terlibat
dijalankan setelah Tunku membuat kenyataan mengenai Gagasan Malaysia di
Singapura. Rundingan amat penting untuk dijalankan lebih-lebih lagi apabila
reaksi awal yang ditunjukkan oleh sesetengah pihak di Borneo Utara dan Sarawak
tidak menggalakkan. Pada Julai 1961, kerajaan British menghantar beberapa orang
wakil dari Sabah dan Sarawak untuk menghadiri persidangan Persatuan Parlimen
Komanwel (CPA) di Singapura yang juga dihadiri oleh wakil-wakil dari Tanah
Melayu dan Singapura. Peluang ini digunakan oleh wakil-wakil Tanah Melayu dan
Singapura untuk menjelaskan konsep Malaysia kepada wakil-wakil Sabah dan
Sarawak. Akhirnya, perbincangan ini telah membawa kepada penubuhan sebuah
jawatankuasa khas yang dikenali sebagai Jawatankuasa Perundingan Perpaduan
Malaysia (MSCC) pada 23 Julai 1963.
Penubuhan
jawatankuasa ini bertujuan untuk menyelesaikan pandangan yang berbeza berhubung
dengan cadangan Gagasan Malaysia. MSCC dipengerusikan oleh Donald Stephen dan
dianggotai oleh wakil-wakil dari Tanah Melayu, Singapura, Sarawak, Brunei dan
Sabah. MSSC ditugaskan bagi mengumpulkan pandangan tentang Gagasan Malaysia di
ketiga-tiga wilayah yang terlibat dan turut berperanan menyebarkan maklumat
bagi menggalakkan perbincangan untuk mempercepatkan kesedaran penduduk terhadap
cadangan Gagasan Malaysia. Setelah beberapa rundingan dibuat iaitu di Jesselton
pada 21 Ogos 1961, Kuching pada 18 Disember 1961, Kuala Lumpur pada 6 Januari
1962 dan Singapura pada 1 Februari 1962, MSCC mencapai persetujuan tentang beberapa
cadangan pembentukan Malaysia.
Antara cadangan yang dipersetujui
ialah satu suruhanjaya dibentuk bagi meninjau pandangan rakyat Sarawak dan
Sabah tentang cadangan pembentukan Malaysia. Malaysia yang dicadangkan itu
haruslah mempunyai sebuah Kerajaan Persekutuan yang kuat dan berkuasa dalam
bidang perhubungan luar, pertahanan dan keselamatan. Selain itu, perwakilan di
Parlimen tidak dibuat berasaskan bilangan penduduk di dalam sesebuah kawasan
tetapi luas kawasan juga diambil kira. Bagi bidang kuasa pula, pembahagian
kuasa antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dipersetujui, tetapi
Sabah dan Sarawak diberi beberapa kuasa istimewa termasuk dalam bidang
imigresen. Di samping itu, agama Islam menjadi agama rasmi Persekutuan dan
bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi. Kedudukan istimewa kaum bumiputera di
Sabah dan Sarawak juga akan dikekalkan.
Seterusnya
ialah pembentukan Suruhanjaya Cobbold. Pembentukan Suruhanjaya ini adalah hasil
daripada rundingan yang telah diadakan mengenai cadangan penubuhan Malaysia
antara Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dengan pihak British di London pada
tahun 1961. Suruhanjaya ini ditubuhkan bertujuan bagi meninjau pandangan
penduduk Borneo Utara dan Sarawak berkenaan dengan Gagasan Malaysia. Lord
Cobbold sebagai pengerusi manakala ahlinya ialah Sir Anthony Abell dan Sir
David Watherston wakil daripada kerajaan British, Ghazali Safie dan Wong Pow
Nee wakil dari Persekutuan Tanah Melayu.
Menurut Zulhilmi dan Rohani (2003), Laporan
Suruhanjaya Cobbold dikemukakan kepada Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan
Kerajaan British pada bulan Jun 1962 setelah mula menjalankan tugas pada bulan
Februari sehingga bulan April 1962. Menurut laporan tersebut, satu per tiga
daripada penduduk Borneo Utara dan Sarawak bersetuju menerima penubuhan sebuah
Persekutuan bersama dengan Tanah Melayu dan Singapura tanpa mengenakan apa-apa
syarat. Satu per tiga lagi menentang dan mahukan kemerdekaan secara berasingan
dan yang selebihnya menerima penubuhan sebuah Persekutuan dengan Tanah Melayu
dan Singapura dengan syarat hak-hak mereka dijamin terlebih dahulu. Suruhanjaya
telah menggubal satu perlembagaan bersama yang menjadi tambahan kepada
perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 setelah persetujuan daripada rakyat
diterima.
Proses
pembentukan ini juga dilakukan oleh Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK). Pada 1
Ogos 1962, kerajaan British dan Tanah Melayu mengumumkan bahawa kedua-dua
kerajaan menerima dengan sebulat suara hampir semua cadangan yang dibuat oleh
Suruhanjaya Cobbold dan menetapkan Malaysia ditubuhkan pada 31 Ogos 1963 kerana
hari kemerdekaan Tanah Melayu jatuh pada tarikh yang sama. Sabah dan Sarawak
juga setuju dengan tarikh tersebut. Seiring dengan itu, satu Jawatankuasa
Antara Kerajan (JAK) dibentuk (Nazaruddin et al, 2001).
JAK
dibentuk untuk merangka Perlembagaan Persekutuan Malaysia di samping melindungi
hak serta kepentingan rakyat di Sabah dan Sarawak. JAK diketuai oleh Lord
Landsdowne sebagai pengerusi, Dato’ Abdul Razak sebagai timbalan pengerusi
serta wakil-wakil daripada kerajaan British, Singapura, Sabah dan Sarawak. Menurut
buku Malaysia Kita (2005), JAK menerima pandangan daripada pelbagai pihak,
khususnya dari Sabah dan Sarawak tentang kedudukan kedua-dua negeri tersebut
dalam Persekutuan Malaysia. Wakil-wakil dari Sabah menghantar satu memorandum
yang mengandungi 20 Perkara untuk melindungi hak dan kepentingan rakyat Sabah.
Walaupun para pemimpin Sarawak tidak menghantar sebarang tuntutan, tetapi
mereka bersetuju dengan perkara ynag terkandung dalam Tuntutan 20 Perkara.
JAK
mengeluarkan laporannya pada bulan Februari 1963. Laporan itu dibincangkan
dalam Majlis Negeri Sarawak pada 8 Mac 1963 dan diikuti oleh Sabah pada 13 Mac
1963 sebelum dibentangkan dalam Persidangan Parlimen Tanah Melayu dan
diluluskan sebagai Akta Malaysia, 1963. Laporan JAK menjadi asas kepada
Perjanjian Malaysia yang ditandatangani di London pada 8 Julai 1963. Menerusi
perjanjian itu, kerajaan British bersetuju memberi kemerdekaan kepada
Singapura, Sabah dan Sarawak yang akan bergabung dengan Persekutuan Tanah Melayu
melalui pembentukan Malaysia (Mohd. Isa Othman, 2002).
Proses
pembentukan Malaysia diteruskan dengan referendum Singapura. Menurut Nazaruddin
et al (2001), pungutan suara atau referendum yang diadakan pada 1 September
1962 bertujuan untuk menentukan syarat-syarat yang dipersetujui oleh penduduk
Singapura untuk bercantum dengan Persekutuan Tanah Melayu dan bukannya bermakna
penduduk Singapura berpeluang menolak rancangan Malaysia. Pengundi diberi tiga
pilihan iaitu Pilihan A iaitu percantuman yang memberikan Singapura kuasa
autonomi dalam buruh, pelajaran dan perkara-perkara lain dan dengan sendirinya
rakyat Singapura menjadi rakyat Malaysia.
Seterusnya
ialah pilihan B iaitu percantuman penuh tanpa syarat bagi Singapura sebagai
negeri yang sama taraf dengan 11 buah negeri-negeri Melayu yang lain. Iaitu
Singapura akan dimasukan ke dalam Persekutuan Tanah Melayu tanpa apa-apa syarat
dan tarafnya sama dengan 11 negeri yang lain. Manakala pilihan C pula ialah
percantuman dengan syarat-syarat yang sama seperti yang diberikan kepada
wilayah-wilayah Borneo. Pilihan C ini pula mengenakan syarat sama seperti yang
di minta oleh Sabah dan Sarawak.
Semasa
pungutan suara dijalankan, Barisan Sosiolis (Socialist Front) meneruskan
tentangan dengan meminta penduduk Singapura untuk memulangkan kertas undi
kosong sebagai tanda bantahan. Kerajaan Singapura menegaskan bahawa sesiapa
yang memulangkan kertas undi kosong dianggap sebagai orang yang belum membuat
keputusan. Oleh itu, undi mereka ditakrifkan mengikut Artikel 29, Ordinan
Pungutan Suara yang menyebut bahawa sesiapa yang memulangkan kertas undi kosong
tanpa ditanda dianggap sebagai bersetuju dengan sebarang keputusan Majlis
Undangan Singapura. Setelah selesai, hasil referendum ini mendapati 397626 penduduk
menyokong pilihan A dan 7911 penduduk penyokong pilihan C manakala 9422
penduduk menyokong pilihan B dan selebihnya sebanyak 144077 undi rosak (Malaysia
Kita, 2005).
4.0 Cabaran
Terhadap Pembentukan Malaysia
Setelah
usaha pembentukan Malaysia dilaksanakan yang pada mulanya melihat kepada
cadangan awal penubuhannya dan apakah yang menjadi faktor kepada penubuhannya
sehinggalah membawa kepada proses pembentukannya iaitu melalui beberapa
peringkat antaranya ialah wujudnya Suruhanjaya Cobbold. Wujud juga Jawatankuasa
Antara Kerajaan (JAK) dan juga referendum di Singapura. Namun proses terhadap
pembentukan Persekutuan Malaysia menghadapi beberapa cabaran dan tentangan dari
dalam dan juga luar negeri. Di antara cabaran dan halangan yang dihadapi oleh
Persekutuan Tanah Melayu dalam usaha menubuhkan Malaysia adalah tentangan dari
negara-negara jiran seperti Brunei, Indonesia dan Filipina. Terdapat juga
masalah yang wujud dari dalam negara sendiri.
Pertama
sekali ialah konfrontasi Indonesia. Secara umumnya, reaksi menentang gagasan
Malaysia yang dilakukan oleh Indonesia melalui dua tahap utama. Tahap pertama
berlaku sebelum sebelum meletusnya pemberontakan di Brunei iaitu dari tahun 27
Mei 1961 hingga 7 Disember 1962. Manakala tahap kedua pula telah berlaku
selepas pemberontakan di Brunei iaitu sejak 9 Disember 1962 sehingga 16
September 1963. Pada peringkat awal Indonesia tidak mengatakan tentangan
terhadap gagasan Malaysia. Apabila pemberontakan Brunei meletus, Indonesia
memberi simpatinya kepada Parti Rakyat Brunei (Mohd. Isa Othman, 2002). Dasar
Indonesia kemudiannya berubah kepada anti-Malaysia.
Sebelum
itu, menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, konfrontasi juga dapat ditakrifkan
sebagai bertentangan secara langsung yang boleh mencetuskan pergaduhan,
peperangan dan sebagainya, masing-masing terhadap yang lain. Sememangnya,
terdapat pelbagai sebab yang membawa reaksi konfrontasi negara jiran terhadap
penubuhan Gagasan Malaysia. Antara sebabnya ialah cadangan Tunku Abdul Rahman
membentuk Malaysia. Bagi Tunku Abdul Rahman, penubuhan Gagasan Malaysia ini
adalah bertujuan untuk mengimbangi sumber ekonomi Tanah Melayu, Sarawak, Borneo
Utara, Brunei dan Singapura selain mengeratkan politik antara wilayah-wilayah
tersebut. Sejak pengumuman tersebut, hubungan antara Tanah Melayu dan Indonesia
sudah kelihatan suram dan semakin renggang.
Menurut
Mohd. Isa Othman (2002), penentangan terhadap Gagasan Malaysia juga dikaitkan
dengan pendirian Sukarno dan hasratnya yang tersendiri. Beliau sebenarnya
mempunyai hasrat yang hampir sama dengan hasrat Tunku Abdul Rahman yang ingin
menggabungkan wilayah sekitarnya menjadi sebuah negara yang bersatu. Indonesia
pada awalnya ingin mengemukakan cadangan untuk menyatukan Indonesia dan wilayah
sekitarnya yang meliputi Tanah Melayu, Borneo, dan Filipina bagi membentuk satu
kesatuan iaitu Indonesia Raya berdasarkan warisan kerajaan Majapahit. Namun,
hasrat Sukarno untuk membentuk Indonesia Raya ternyata terlambat setelah
mendapati Tunku Abdul Rahman terlebih dahulu menyuarakan hasratnya untuk
menubuhkan Malaysia. Sukarno juga mengatakan bahawa pembentukan Malaysia adalah
merupakan dasar perluasan Imperialisme Barat dan Nekolonialisme ( Andaya dan
Andaya, 1983).
PKI
mempunyai alasannya yang tersendiri yang membawa kepada penentangan penubuhan
Malaysia iaitu PKI berpendapat bahawa cadangan Malaysia merupakan satu tipu
helah yang dilakar oleh penjajah British untuk menjamin kepentingan kompeni
tersebut di tanah Asia Tenggara. Sebab kedua ialah PKI menuduh bahawa Britain
tidak dapat meneruskan penjajahan bentuk lama di kawasan Kalimantan Utara
kerana penduduk di kawasan tersebut menunjukkan reaksi untuk menuntut
kemerdekaan. Tidak cukup dengan itu, PKI turut menambah bahawa Malaysia adalah
satu bentuk neokolonialisme untuk mengawal tuntutan kemerdekaan bagi Singapura,
Brunei, Sarawak dan Borneo Utara ( Andaya dan Andaya, 1983).
Perkembangan
politik yang berlaku di negara lain selain Indonesia juga mempengaruhi reaksi
konfrontasi Indonesia terhadap penubuhan Gagasan Malaysia. Di Brunei umpamanya
terdapat gerakan politik yang menentang Gagasan Malaysia iaitu Parti Rakyat
Brunei (PRB). AM Azahari telah mengadakan hubungan sulit dengan kerajaan
Indonesia untuk mencapai hasrat menentang Gagasan Malaysia. AM Azahari telah mengadakan
lawatan ke Indonesia bagi meminta bantuan daripada kerajaan Indonesia dalam
melaksanakan perjuangan beliau. AM Azahari juga membuat kerjasama dengan
Filipina pada Jun 1962 berikutan tuntutan Filipina terhadap Sabah tetapi telah
ditolak oleh Filipina ( Andaya dan Andaya, 1983).
Indonesia
juga menyuarakan kebimbangan mereka terhadap perluasan pengaruh Cina di Tanah
Melayu dan Asia Tenggara akan berlaku sekiranya Malaysia ditubuhkan. Berlakunya
tentangan yang cukup hebat dari negara jiran kita ini membuatkan proses
pembentukan Malaysia menghadapi kesukaran. Malah ia menjadi di antara halangan
yang paling mencabar dalam menubuhkan Persekutuan Malaysia.
Cabaran
seterusnya ialah tuntutan Filipina terhadap Sabah. Pada asalnya, Filipina
memberi reaksi positif terhadap penubuhan Malaysia. Namun, dalam penerimaan
gagasan tersebut Filipina juga turut menyuarakan rasa tidak puas hati. Di
Filipina, Presiden Macapagal membantah kemasukan Borneo Utara ke dalam Gagasan
Malaysia. Bagi Filipina, Sabah adalah tanah pajakan yang dibuat antara Sultan
Sulu dan Overbeck dan Alfred Dent pada tahun 1878 dan bukannya serahan. Walau
bagaimana pun, tuntutan itu tidak diendahkan oleh British dan menganggap ia
adalah sebuah pajakan yang kekal. Pada bulan Februari 1963, kedua –dua pihak
setuju berunding di London tetapi rundingan itu gagal kerana kerajaan British
enggan mengiktiraf kedaulatan Filipina ke atas Sabah. Oleh kerana tuntutan itu
tidak dilayan, hubungan antara kedua-dua negara itu menjadi renggang (Nazaruddin
et al, 2001).
Pada
tahun 1963, 70% penduduk Sabah telah bersetuju untuk bersama-sama 13 negeri yg
lain menubuhkan Persekutuan Malaysia. Maka, secara jelas bahawa Sabah adalah
sebahagian dari Malaysia. Namun, kedaulatan sabah sebagai sebuah negeri yg
merdeka ini digugat oleh tuntutan negara jiran iaitu Filipina yg mendakwa
Filipina adalah wilayah mereka. Tuntutan Filipina ke atas Sabah bermula sejak
tahun 1962 apabila keturunan Sultan Sulu menyerahkan hak tuntutan ke atas Sabah
kepada Republik Filipina. Kerajaan Filipina
telah meneruskan tuntutannya terhadap Sabah selepas Malaysia ditubuhkan
dan tuntutan ini dibuat kepada Kerajaan Malaysia sendiri. Hal tersebut
menyebabkan beberapa kesulitan kepada Kerajaan Malaysia dalam usahanya hendak
menubuhkan Malaysia (Malaysia Kita, 1991).
Pada
9 Ogos 1965 iaitu hampir dua tahun penubuhan Malaysia, Tunku Abdul Rahman telah
mengambil keputusan nekad untuk memisahkan Singapura daripada Malaysia.
Singapura juga dianggap ‘duri dalam daging’ yang telah banyak menimbulkan
banyak masalah. Pada bulan November 1963, Lee Kuan Yew menyatakan bahawa
kegiatan politik PAP akan hanya terbatas di Singapura dan parti itu tidak
bercadang untuk mengambil bahagian dalam pilihan raya Tanah Melayu dalam tempoh
lima tahun selepas penyatuan. PAP kemudiannya mengubah keputusan dan bergiat
aktif di Tanah Melayu dengan bertanding dalam Pilihan Raya 1964 (Abdul Rahman,
2005).
Hubungan
di antara UMNO dan PAP menjadi semakin renggang akibat beberapa peristiwa yang
berlaku di Singapura. Setelah menyertai Malaysia, orang Melayu di negeri itu
masih merasakan diri mereka ‘diabaikan’ dan kerajaan Singapura tidak mengambil
tindakan untuk membaiki kedudukan mereka, keadaan ini menimbulkan rasa kurang
senang dalam kalangan orang Melayu di Singapura. Beberapa buah pertubuhan yang
mewakili orang Melayu kemudiannya menemui Tunku Abdul Rahman untuk melaporkan
perkara itu. Keadaan menjadi semakin serius selepas Setiausaha Agung UMNO, Syed
Jaafar Albar menuduh pemimpin PAP cuba memecahkan perpaduan masyarakat Melayu
di Singapura ( Andaya dan Andaya, 1983).
Menurut
Nazaruddin et al (2001), sikap pemimpin Singapura yang memperjuangkan konsep
‘Malaysian Malaysia’ tidak disenangi pemimpin UMNO. Konsep ini seolah-olah
menafikan institusi Kesultanan Melayu serta mencabar hak istimewa orang Melayu
dan bumiputera. Pada bulan Mei 1965, Lee Kuan Yew menubuhkan Malaysia
Solidarity Convention dengan slogan ‘a democratic Malaysian Malaysia’ sebagai
satu pakatan di kalangan parti pembangkang untuk menandingi Parti Perikatan.
Beliau ingin mewujudkan satu ‘persamaan hak bagi semua’ melalui satu ideologi
politik, sosial dan ekonomi yang sama untuk semua kaum.
Mengikut
perjanjian Malaysia, Singapura diberi kuasa untuk memungut cukai. Hasil yang
dikutip akan dibahagikan berasaskan kadar 60% untuk Singapura dan 40% untuk
kerajaan persekutuan. Memandangkan beban cukai Singapura adalah paling ringan
dan bertambahnya perbelanjaan pertahanan akibat konfrontasi dengan Indonesia,
kerajaan persekutuan bercadang untuk mengkaji semula agihan hasil itu yang
menetapkan Singapura menyerahkan 60 % dan bukan lagi 40% hasilnya. Cadangan ini
menimbulkan kemarahan dan rasa tidak puas hati pemimpin Singapura
Menurut
Abdul Rahman (2005), menjelang bulan Mei 1965, hubungan antara Singapura dan
Kuala Lumpur terus tegang hingga membimbangkan Tunku Abdul Rahman. Akhirnya
beliau memaklumkan keputusan beliau untuk menyingkirkan Singapura kepada Tun
Abdul Razak dan Dato’ Dr Ismail Abdul Rahman. Pada 9 Ogos 1965, Tunku membuat
pengumuman rasmi di Dewan Rakyat mengenai perpisahan Singapura daripada
Malaysia. Keadaan ini menjadi cabaran setelah tertubuhnya Malaysia dimana
kehadiran Singapura dalam Malaysia telah menjadi satu episod hitam dalam
sejarah. Demi keselamatan dan kemakmuran Malaysia, Tunku Abdul Rahman mengambil
keputusan memisahkan Singapura. Walaubagaimanapun, kepimpinan PAP telah
menimbulkan masalah politik perkauman sehinggalah terjadinya trategi 13 Mei
1969.
Rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 adalah
peristiwa tragis yang terburuk dialami oleh Malaysia. Peristiwa ini merupakan
cabaran yang telah meninggalkan kesan yang dalam terhadap negara. Peristiwa ini
hampir-hampir memusnahkan negara ini. Walaubagaimanapun, dengan kebijaksanaan
pemimpin dan semangat setia kawan rakyat, bencana itu telah dapat ditangani dan
negara kembali pulih seperti sediakala. Banyak pengajaran yang boleh dipelajari
daripada bencana itu. Antara yang terpenting ialah mustahaknya memperkukuhkan
perasaan muhibah dan ikatan perpaduan antara kaum demi kestabilan politik dan
keselamatan Malaysia yang berbilang kaum ini.
Menurut
Tunku Abdul Rahman (2007), dalam penelitiannya, Tunku merumuskan bahawa rusuhan
kaum pada 13 Mei 1969 itu adalah angkara golongan pelampau dan golongan
komunis. Kedua-dua golongan ini, tegas Tunku, sejak sebelum merdeka lagi
berusaha untuk mencetuskan kekacauan dalam negara. Golongan ini telah terlibat
dalam mencetuskan ketegangan dalam peristiwa hartal (1967), hukuman gantung
(1968) dan pemulauan pilihan raya (1969), perarakan mayat pada 9 Mei dan
perarakan kemenangan oleh parti-parti pembangkang pada 12 Mei 1969. Akibat
provokasi golongan ini ketegangan kaum terjadi dan rusuhan kaum berlaku.
Menurut
Ishak Saat (2009), lebih memburukkan lagi keadaan ialah apabila mereka yang
ingin mengambil kesempatan telah mendesak pihak polis agar satu perarakkan
mayat diadakan pada 10 Mei 1969, iaitu pada tarikh hari pengundian. Namun
mereka hanya dibenarkan berarak pada 9 Mei 1969, mengikut jalan yang telah
ditetapkan dengan seramai 1000 orang sahaja. Akibat campur tangan anasir-anasir
jahat daripada komunis dan Parti Buruh, perarakkan itu telah melibatkan seramai
lebih kurang 10,000 orang. Mengikut pegawai-pegawai polis yang hadir, keranda
mayat telah diisikan dengan senjata dan mayat lelaki tersebut telah diletakkan
di luar. Sambil berarak mereka telah menghina kerajaan, orang Melayu dan memuji
Mao Tze Tung. Inilah detik-detik yang dapat saya ringkaskan sebelum negara
dibakar.
Tunku
Abdul Rahman telah menerima cabaran yang hebat, bukan senang hendak menjadi
pemimpin. Seperti kata Tunku, “Memang mudah menabur janji yang kosong daripada
menunaikannya.” Kisah Tunku Abdul Rahman difitnah bahawa beliau bukan Islam
sebaliknya Siam banyak melukakan hati beliau. Bahkan atas jasa beliaulah
lahirnya Tilawah Antarabangsa, Masjid Negara, Persidangan Islam Antarabangsa
yang pertama kalinya menyatukan negara Islam di seluruh dunia dan lain-lain lagi.
Kemuncak
peristiwa 13 Mei berdasarkan statistik diberikan Tunku dalam bukuna ini selepas
tiga bulan dua hari dari tarikh 13 Mei ialah 184 orang telah terbunuh, 356
orang luka, 753 kejadian membakar bangunan dan 211 kenderaan dibakar. Kita
berdoa agar peristiwa hitam sebegini tidak akan lagi berulang di negara kita.
Hanya 14 tahun selepas merdeka, negara Malaysia dilanda krisis perkauman maha
hebat yang pernah disaksikan. Ini menjadikan ia satu halangan dalam pembentukan
Malaysia setelah wujudnya sebuah negara ini. Dengan berlakunya peristiwa ini
akan menyedarkan setiap kaum bahawa pentingnya persefahaman, tolak ansur dan
saling mempercayai sesama sendiri (Tunku Abdul Rahman, 2007).
5.0 Penutup
Sejarah pembentukan Malaysia mempunyai episod-episod yang
ditempuhi bukanlah setakat kejadian atau peristiwa semata-mata tetapi merupakan
halangan atau cabaran yang telah mempercepatkan proses kemantapan negara baru
itu. Pelbagai isu seperti minat negeri-negeri bakal anggota, masalah-masalah
dalaman, kerjasama dan konflik, penentangan terhadap Malaysia adalah
perkara-perkara yang banyak memberi pengajaran. Sesungguhnya usaha-usaha
membentuk Malaysia adalah satu perjuangan yang tidak kurang cabarannya.
Pelbagai masalah yang timbul
telah menuntut tindakan bijak dan segera. Tanpa tindakan dan keputusan yang
tepat daripada pemimpin terdahulu tidakmungkin wujud Malaysia seperti sedia ada
sekarang. Dengan sokongan dan kerjasama serta pengorbanan pemimpin-pemimpin
lain semua masalah dapat diatasi. Akhirnya dalam tempoh kurang daripada 30
bulan semenjak Tunku melahirkan gagasan Malaysianya, negara baru yang
dihasratkan diisytiharkan pada 16 September 1963.
Hari ini, hampir empat dekat
telah membuktikan, setelah memahami latar belakang pembentukannya berasa
was-was, melainkan yakin bahawa perjuangan pemimpin-pemimpin dan pengorbanan
rakyat tidak sia-sia. Objektif-objektif utama pembentukan Malaysia telah
tercapai. Keamanan dan kestabilan serantau yang menjadi pendorong utama semua
pihak, berjaya dikawal bersama. Dengan keamanan yanag dicapai pembangunan telah
dapat dijalankan. Kini masyarakat Malaysia bukan sahaja aman, makmur dan maju
tetapi juga semakin bersatu.
Tunku Abdul Rahman. (2007). 13 Mei Sebelum Dan Selepas.
Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributions.
Abdul Rahman Embong.
(2001). Negara-Bangsa: Proses dan Perbahasan. Bangi: Penebit UKM.
Abu Hassan Adam.
(1992). Menghala Wawasan 2020. Kuala Lumpur: Arena Ilmu Sendirian Berhad.
Abu Hassan Othman.
(1997). “Tranformasi Masyarakat dalam Konteks Pembinaan Negara-bangsa
Malaysia”. Dlm M. Yaakob Johari.(ed). Agenda Pembinaan Negara-Bangsa Malaysia
dalam Era Kebangkitan Asia. Kota Kinabalu: Institut Kajian Pembangunan (Sabah).
Ahmad Atory Hussain.
(1987). Kepimpinan Masa Depan. Kuala Lumpur: Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd.
Ahmad Fauzi Basri.
(1997). “Pembinaan Negara-bangsa Malaysia dan Pencapaian Kini”. Dlm M. Yaakob
Johari.(ed). Agenda Pembinaan Negara-Bangsa Malaysia dalam Era Kebangkitan
Asia. Kota Kinabalu: Institut Kajian Pembangunan (Sabah).
Ahmat Adam. (1997).
“Budaya Popular dan Sepunya Dalam Konteks Pembentukan Kebudayaan Kebangsaan”.
Dlm M. Yaakob Johari.(ed). Agenda Pembinaan Negara-Bangsa Malaysia dalam Era
Kebangkitan Asia. Kota Kinabalu: Institut Kajian Pembangunan (Sabah).
Asnarulkhadi &
Jayum A. Jawan. (ed) (1997). Kenegaraan Malaysia. Serdang, Selangor: Penerbit
Universiti Putra Malaysia.
Subscribe to:
Posts (Atom)