. Amoi Chantek: March 2014 Source: http://www.amronbadriza.com/2012/10/cara-membuat-anti-copy-paste-di-blog.html#ixzz2Q2hwp6eP

Sunday 16 March 2014

Pengenalan.
            Menurut Shamsul  Amri (2008) Baharuddin   dalam bukunya  Modul Hubungan Etnik, Malaysia merupakan negara yang sedar bahawa kemajuan ekonomi sahaja tidak lengkap sekiranya tidak disertai dengan kestabilan politik. Perkara ini jelas menunjukkan bahawa keperluan kepada aspek kestabilan  ekonomi politik mahupun sosial amat diperlukan bagi memastikan kestabilan sesebuah negara terjamin. Aspek ini juga jelas menunjukkan bahawa kestabilan ini lahir daripada  peranan masyarakat  yang mana  terdiri daripada pelbagai kaum, yang mempunyai matlamat, kepentingan dan kelangsungan hidup yang berbeza – beza.
            Oleh yang demikian aspek kepada pemupukan  hubungan secara  terus menerus dan mapan amatlah diperlukan untuk memastikan kelansungan  kestabilan ini akan terus berkekalan daripada semasa ke semasa. Dalam masa yang sama pemupukan hubungan enik juga dilihat sebagai satu usaha kerjasama oleh sebuah pihak untuk memastikan kepentingan semua pihak terjaga di samping mengekalkan dan mempertingkatkan kepentingan serta mengekalkan ciri  etnik masing – masing.
             Oleh itu, semua pihak harus sedar akan kepentingan untuk mengekalkan hubungan etnik ini. Peristiwa berdarah 13 Mei 1969, banyak mengajar kita akan makna perpaduan dan pentingnya menjaga kestabilan serta keseimbangan politik, ekonomi dan sosial.Sekiranya ianya diendahkan pasti akan menyebabkan berlakunya permasalahan yang  bakal menimbulkan kekecohan serta mengancam keselamatan negara dan rakyatnya.Perkara  ini seharusnya di jadikan sebagai sempadan dalam diri masyarakat supaya ianya tidak berulang kembali.
             Peperangan yang berlaku di negara  - negara   luar seperti Afganistan, Libya, Palestin dan sebagainya  turut melambangkan dan memperlihatkan kepada kita kepada pentingnya menjaga hubungan sesama manusia, etnik dan pentingnya kestabilan sesebuah poltik sesebuah negara tersebut. Oleh itu untuk memastikan ianya terus kekal, semua pihak harus sedar akan cabaran – cabaran  yang terdapat dalam pemupukan hubungan etnik ini. Selain itu, semua pihak juga harus sedar dan sentiasa  bertolak ansur dalam semua perkara untuk memastikan hubungan  sesama  etnik ini terjaga dan terpelihara.

2.0 Cabaran Hubungan Etnik Di Malaysia
2.1 Cabaran Kepentingan antara etnik dari aspek sosial
            Cabaran kepentingan  antara etnik daripada aspek fizikal ini boleh dilihat daripada beberapa aspek. Pertamanya daripada aspek pemisahan fizikal. Aspek pemisahan fizikal ini jelas kelihatan pada zaman pemerintahan British yang mana pada zaman tersebut British mengamakan Dasar Pecah dan Perintah. Menurut  Katiman Rostam dalam bukunya Dasar dan Strategi Penempatan dalam Pembangunan Negara  menyifatkan bahawa sistem penempatan di Semenanjung melayu dulunya tidak banyak berubah daripada asalnya yang bersifat tradisional sehinggalah kedatangan orang Inggeris serta kemasukan keturunan China dan India ke negara ini. Penduduk yang datang inilah kemudiannya membina penempatan di bandar bagi kaum Cina dan  ladang  - ladang getah bagi kaum India khususnya melalui aktiviti ekonomi perlombongan dan perniagaan.
            Hal yang sama turut berlaku  antara Semenanjung Tanah Melay dengan Sabah dan Sarawak yang terpisah dengan Laut China Selatan.Pemisahan penempatan fizikal ini bukannnya merenggangkan hubungan dan interaksi  dalam kalangan anggota etnik, tetapi ianya mengukuhkan lagi perasaan kekitaan dan etnosentrisme.
            Selain daripada itu, sistem Pendidikan yang berasingan juga merupakan antara cabaran daripada aspek sosial. Di Malaysia misalannya mempunyai keunikan yang tersendiri kerana mempunyai sistem pendidikan tersendiri. Pelajar melayu belajar di sekolah melayu dan menggunakan Bahasa Melayu, Orang India dengan bahasa tamilnya, serta Orang Cina dengan Bahasa Mandarinnya.
Sistem persekolahan mengikut bahasa ibunda dan perbezaan etnik kurang memainkan peranan yang berkesan dan ianya merupakan cabaran dalam memupuk integrasi dan persefahaman dalam kalangan pelajar. Perkara ini menyebabkan  kalangan pelajar hanya berinteraksi sesama kumpulan etnik mereka sahaja. Walaupun begitu dengan pengenalan Kurikulum Bersepadu dan pengenalan program RIMUP sedikit sebanyak membantu dalam mengertakan lagi hubungan sesama  pelajar yang berlainan etnik.
Tambahan , polarisasi dalam kalangan pelajar juga antara cabaran Pemupukan hubungan  etnik. Bidang pendidikan merupakan mekanisme penting dalam pembentukan insan yang beretika, bermoral, berakomodatif, berbudaya ikram penyayang dan sebagainya. Walaupun integrasi kaum pada peringkat sekolah rendah dan kerenggangan pada peringkat prasekolah khusunya Tadika Perpaduan adalah baik, tetapi keterasingan pada peringkat  rendah dan kerenggangan pada peringkat sekolah menengah serta Institusi Pengajian Tinggi dan swasta masih wujud. Situasi ini menyukarkan lagi pemupukan hubungan etnik.
Selain itu kontrak sosial ini juga merupakan cabarannya. Menurut  Perlembagaan Undang – Undang Am Bahagian II Kebebasan bercakap berhimpun dan berpersatuan perkara (1) (a) menyatakan  bahawa tiap – tiap warganegara berhak kepada kebebasan bercakap dan bersuara. Namun ynang menjadi masalahnya,  apabila wujud kelonggaran  bebas dalam bersuara  wujud  pihak yang tertentu  dan mementingkan diri mempertikaikan sesuatu yang membawa kepada kerenggangan hubungan antara etnik. Acap kali dibangkitkan  isu Kedudukan Istimewa Orang Melayu, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi, Kedudukan Agama Islam dan sebagainya. Perkara ini menimbulkan ketidaksenangan dalam masyarakat berkaitan dan mampu menggangu gugat perpaduan antara etnik.

2.2Cabaran kepentingan antara etnik dari aspek ekonomi
            Menurut Noresah Baharuddin dan rakan – rakan (1993) dalam Kamus Ekonomi, mereka mendefinisikan ekonomi ini sebagai kegiatan manusia dalam pengeluaran, pengagihan dan penggunaan barang dan pengurusan yang cekap.  Apabila dikaitkan dengan hubungan etnik boleh lah difahami sebagai penguasaan  kumpulan masyarakat etnik dalam menguasai sesuatu kegiatan ekonomi  samada kegiatan ekonomi itu berbentuk kecil – kecilan ataupun besar – besaran.
            Dalam cabaran antara etnik dari aspek ekonomi, yang jelas kelihatan adalah dari sudut Penguasaan Ekonomi.  Dalam sektor ekonomi, terdapat jurang yang luas dari segi penguasaan ekonomi. Kebanyakan orang Melayu menguasai sektor pertanian yang banyak memerlukan sumber tenaga manusia dan penggunaaan teknologi yang rendah. Orang cina pula umumnya menguasai sektor yang maju seperti perdagangan perniagaan dan teknologi moden. Impaknya wujud jurang pendapatan yang ketara dan ketidakseimbangan pendapatan turut berlaku. Tiap – tiap golongan etnik berusaha untuk mendapatkan hak dan keuntungan lebih besar daripada pertumbuhan ekonomi dan peluang ekonomi yang wujud. Jurang yang wujud inilah yang membawa kepada ketidakstabilan dalam  jurang antara etnik.
            Tambahan wujud juga  ketidak adilan dalam ekonomi yang mana  wujudnya golongan yang lebih memperjuankan kaum masing – masing daripada kepentingan berekonomi itu sendiri. Menurut Sulong Mohammad dan Rahimah Abdul Aziz (1985) menjelaskan dalam bukunya Pembandaran dan Pembangunan Negara menyatakan wujud tawar – menawar,  tuduh menuduh, tekan menekan, lobi – melobi, diantara organisasi ekonomi yang mewakili kepentingan pelbagai kumpulan etnik itu berlarutan. Tindakan demikian boleh menimbulkan konflik dan menjejaskan perhubungan di antara kumpulan – kumpulan etnik yang berlainan.
            Selain daripada itu perbezaan pekerjaan berdasarkan sektor ekonomi juga merupakan cabaran hubungan etnik. Penguasaan ekonomi membawa kepada pengenalan pekerjaan mengikut etnik atau mewujudkan perbezaan dari sudut pekerjaan. Setiap orang akan dikelaskan mengikut sektor ekonomi yang tertentu seperti perindustrian dan pentadbiran awam.Hal ini lebih  ketara semasa penjajahan British apabila orang Melayu banyak terlibat dalam sektor pertanian, dan nelayan selain daripada berkhidmat sebagai penjawat awam. Kebanyakan Orang Cina dalam bidang perdagangan, Orang India dalam bidang estet dan sebagainya. Perbezaan ini lah yang menghalang kepada interaksi antara kaum dan harus dielakkan.

2.3 Cabaran Kepentingan kaum dari aspek politik.
             Menurut  Ahmad Atory Hassan (1993) dalam bukunya Pentadbiran dan Politik Pembangunan Satu Analisis Terhadap Pembangunan Masyarakat di Malaysia  menyifatkan bahawa politik itu bererti taktik dan strategi untuk mendapakan sesuatu. Oleh itu dalam aspek hubungan etnik pula politik  dilihat sebagai cara yang digunakan oleh badan – badan politik tertentu untuk memperjuangkan hak kaum masing – masing. Politik inilah dikenali sebagai politik perkauman.
 Politik perkauman menimbulkan perasaan tidak senang hati dan mengukuhkan semangat perkauman jika penyuaraan kepentingan antara etnik ini dibuat tanpa mengira kepentingan antara kaum lain. Politik perkauman ini jelas kelihatan kerana persatuan – persatuan atau kumpulan yang mewakili etnik masing – masing lebih memperjuangkan keperluan etnik sendiri berbanding orang lain.
Menurut  Azizatul Haizan Mahbob dan Zari bin Musa(2005) dalam bukunya Tinjauan Baru Politik Malaysia menjelaskan dari sudut badan poltik seperti UMNO, daya tarikannya adalah dari segi kebangsaan dan perjuangan parti yang ingin meningkatkan kedudukan orang melayu. Perkara ini jelas menunjukkan bahawa wujudnya politik perkauman. Perkara seperti inilah yang akan mewujudkan ketidak samaan dalam sesuatu pandangan atau pendapat yang akhirnya akan mewujudkan kepada kerengangan sesama etnik seterusnya membawa kepada cabaran hubungan yang harus diatasi.

2.4 Cabaran Nilai antara etnik
            Perbezaan dari segi agama, bahasa dan kebudayaan lebih ketara dalam masyarakat majmuk. Masing – masing kaum melayu, Cina dan India mempunyai agama, bahasa dan kebudayaan yang berlainan. Perbezaan ini bertambah sukar apabila setiap kaum terus menebal dengan bahasa dan kebudayaan mereka sendiri. Hal ini menyebabkan anggota etnik lebih mengutamakan anggota  daripada etnik  yang sama dalam memilih sahabat, mendapatkan pekerjaan dan natijahnya akam membawa kepada polarisasi antara kaum. Ianua tutut akan menjadi permasalahan sekiranya  fahaman  etnosintrisme itu yang dipegang dan dijadikan amalan dalam masyarakat tersebut.

2.5  Cabaran  Globalisasi
Proses globalisasi atau pembaratan corak   hidup berasaskan gagasan ekonomi dan  politik  Barat sejagat perlu dihadapi oleh rakyat Malaysia . Oleh sebab penjajahan tidak lagi diterima dalam             rangka nilai dan  kebebasan manusia masa kini, maka kuasa Barat dilihat sebagai  memperjuangkan  pula hak yang dikatakan sebagai sesuatu yang dikenali sebagai asasi manusia.
            Pengaruh Barat dari segi ideologi, budaya        hedonisme dan  nilai negatif, ekonomi bebas, sains dan  teknologi yang dilihat  memusnahkan, serta sistem         politik yang  dianggap terbaik bagi semua manusia cuba dibawa masuk ke seluruh dunia.  Melalui globalisasi ini juga mereka dilihat membawa masuk perkara – perkara negatif seperti hiburan yang melalaikan  serta  banyak perkara negatif yang lain seperti kemusnahan alam.
            Malaysia  juga tidak terkecuali daripada  pengaruh arus         pembaratan dan globalisasi yg mendesak.    Globalisasi menjadi faktor perubah budaya yang amat kuat dan  deras, mengakibatkan lenyapnya nilai – nilai  luhur secara tidak disedari dan pemikiran Barat diterima secara halus ke dalam             masyarakat.Globalisasi yang dilakukan secara tersurat dan tersirat ini juga adalah kesan daripada lanjutan  daripada proses  penjajahan budaya abad ke 19 dan berupaya melemahkan tradisi sendiri serta menjadi penghalang kepada pembinaan jati diri dan tamadun Malaysia
           
3.0 Implikasi Hubungan Etnik di malaysia
3.1 Kewujudan masyarakat Pluralistik Alam Melayu dan Malaysia.
3.11 Pluralisme budaya alam melayu.
            Dua konsep yang sering digunakan untuk menjelaskan ciri-ciri Asia Tenggara ialah  pluraliti dan masyarakat plural (plural society). Pluraliti  merupakan istilah yang digunakan untuk merujuk kepada masyarakat pelbagai bangsa di alam Melayu sebelum kedatangan kuasa-kuasa penjajah yang dikenali sebagai Eropah  yang  terbentuk melalui proses semula       jadi tanpa sebarang rancangan pemaksaan di sebaliknya.Manakala  masyarakat plural terbentuk selepas zaman kedatangan orang-orang   Eropah.
Penjajah membawa masuk pendatang asing          dari China dan India ke Asia Tenggara adalah bertujuan  untuk kepentingan ekonomi. Dasar penjajah menyebabkan mereka gagal berasimilasi dengan penduduk, alam     sekitar dan sistem sosial, politik dan agama yang wujud di Asia Tenggara. Kesannya wujud kelompok-kelompok masyarakat yang hidup terasing daripada kelompok yang  lain walaupun tinggal di tempat yang sama atau dikenali sebagai masyarakat majmuk.
 Oleh yang demikian penjajahan Barat  dilihat sebagai menjadi titik pemisah antara Pluraliti dan masyarakat Plural.   Pluraliti alam Melayu boleh dikaji berdasarkan pluraliti sosial dan alam sekitar.Pluraliti sosial dapat dilihat berdasarkan realiti kehidupan masyarakat yang ada. Manakala Pluraliti alam sekitar merujuk kepada keadaan alam sekitar dan muka bumi alam Melayu yang begitu mudah berinteraksi dengan kawasan-kawasan lain di dunia. Contohnya Bunga Raya  Bunga raya sebenarnya dibawa dari kepulauan Pasifik.Manakala  getah  pula dibawa dari Brazil.
            Pembentukan Pluraliti di alam Melayu juga terhasil kesan daripada hubungan diplomatik misalannya antara negara China dan India.Hubungan antara alam Melayu dengan Cina dan India telah lama berlaku. Kesan perdagangan  alam Melayu menjadi persinggahan para pedagang dari kedua-dua benua tersebut.

Abad ke-7 Masehi  pula menyaksikan kewujudan institusi pengajian agama di alam Melayu pada zaman kerajaan Melayu Sri Vijaya. Alam Melayu terkenal sebagai pusat pengajian dan penyebaran ilmu pengetahuan. Pada  Zaman Hinduisme dan Buddhisme juga dilihat  sebagai faktor antara kewujudan pluraliti di alam Melayu  namuan ianya tidak memberi kesan yang  besar dalam kehidupan rakyat biasa berbeza dengan pengaruh Islam Buktinya apabila  tidak terdapat kitab-kitab yang membincangkan idea-idea besar seperti falsafah, ketuhanan dan lain – lain berdasarkan Hinduisme  dan Buddhisme di alam Melayu, yang  ada cuma kitab-kitab yang bersifat kesenian.
Hinduisme dan Buddhisme diterima baik dalam kalangan pemerintah alam Melayu sebelum kedatangan Islam. Mitos Hinduisme mengukuhkan institusi raja di alam Melayu. Kebesaran raja-raja juga digambarkan menerusi candi-candi yang didirikan. Selain itu penjelmaan dari segi material dan  bukan material juga antara faktornya ianya Dapat dilihat dan difahami berdasarkan perubahan yang bersifat epistemologikal yng dibawa oleh penjajah Inggeris.Epistemologikal ialah  asal mula sesuatu ilmu             pengetahuan. Perubahan epistemologikal pula merupakan  perubahan dari segi ilmu pengetahuan yang melibatkan cara berfikir dan cara melihat sesuatu yang seterusnya akan melibatkan perubahan terhadap cara memahami sesuatu.
            Sebelum kedatangan penjajah Inggeris, ilmu pengetahuan di alam Melayu banyak berasaskan epistemologi yang bercorak metafizik atau ilmu yang bersumberkan alam ghaib.Amalan perubatan perdukunan dan perbomohan yang menggunakan jampi mantera dalam berinteraksi dengan pihak alam ghaib adalah manifestasi yang jelas mengenai ilmu metafizik alam Melayu. Kedatangan Inggeris mengubah epistemologi yang bersifat  bukan material ini kepada epistemologi fizikal yang bersifat rasional saintifik. Asasnya ialah pembuktian sesuatu material menerusi panca indera dan kemudiannya dipertingkatkan menerusi alat-alat saintifik.
Kesannya muncul pelbagai ilmu dan institusi moden, pengenalan kepada ekonomi kapitalis yangg berorientasikan pasaran dan birokrasi politik. Kesemua ini kemudiannya dikenali sebagai ilmu kolonial.
Puncak Pluraliti Alam Melayu juga dilihat  kesan daripada  Empayar Melaka dan Mercu Hubungan Etnik Pra-Penjajahan. Zaman empayar Melaka merupakan  zaman keemasan dan kemuncak keagungan kerajaan Melayu. Melaka menjadi tempat pertemuan para pedagang dari seluruh pelosok dunia sehingga digelar “The Venice of the East”
Dari segi pemerintahan Para pegawai istana terdiri daripada campuran orang-orang Melayu tempatan dengan bangsa-bangsa asing yang datang berdagang dan menetap di istana. Perkahwinan campur di antara pemerintah Melaka dengan  anak pemerintah China  turut berlaku. Selain itu Pemerintah Melaka mengambil kira keharmonian di antara kaum.Perlembagaan Melaka yang berasaskan ajaran Islam  pula menyumbang kepada kemakmuran dan kemajuan sistem pemerintahan Melaka.
            Dari aspek perdagangan pula, Melaka berjalan dengan lancar hasil daripada sistem pemerintahan terbuka dan pentadbiran pelabuhan yang cekap.Pelaksanaan Undang-undang Laut Melaka menjamin tahap keselamatan yang tinggi kepada ribuan kapal pedagang serta  kecekapan kawalan terhadap hasil rempah-ratus yang menjadi tarikan kepada kedatangan pedagang asing.
            Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka berlaku penghijrahan secara alamiah tanpa ada paksaan daripada mana-mana pihak, mereka tidak memerlukan pasport dan visa untuk memasuki sesuatu kawasan.Pedagang Arab, Cina, India dan lain – lain  telah berasimilasi dengan penduduk tempatan dengan baik sekali dan telah mewujudkan kategori masyarakat yg tidak pernah wujud sebelumnya iaitu masyarakat baba dan Nyonya.
Empayar Melaka memperlihatkan wujudnya interaksi aktif di kalangan pelbagai kaum dan bangsa di Melaka.  Kita boleh lihat daripada aspek Kebudayaan.Keterbukaan pemerintah empayar Melaka menerima kehadiran para pedagang daripada seluruh pelosok dunia tanpa syarat-syarat yang  menyulitkan memungkinkan pelabuhan Melaka berkembang sebagai  pelabuhan penting dunia.
Kemajuan perdagangan dan kemajuan sebagai kota metropolitan memungkinkan Melaka wujud sebagai kota multi-budaya, setiap budaya mempunyai tempat masing-masing.
Pluralisme budaya bukanlah suatu fenomena baharu dalam alam Melayu. Interaksi antara pelbagai budaya seperti Arab pra-Islam, Hinduisme, Buddhisme, Arab Islam, Portugis, Sepanyol, Belanda dan  British dengan budaya alam Melayu telah berlaku sekurang-kurangnya sejak abad ke-5 Masihi lagi. Pertemuan dan  pertembungan budaya-budaya besar dunia tersebut telah melahirkan satu ciri fenomena sosial yang istimewa dalam alam Melayu, iaitu fenomena kepluralitian budaya.
Pengasasan Masyarakat Plural pula berlaku pada zaman penjajahan British. Penjajahan British membawa bersama-sama dasar pentadbiran yang selaras dengan kemajuan mereka dari segi ilmu pengetahuan.Prinsip, sistem, struktur dan dasar yang diamalkan dalam pemerintahan mereka jauh berbeza dengan sistem yang ada di alam Melayu.
Perubahan epistemologikal yang besar ialah dari segi pemisahan di antara Negara dan Agama. Kesannya di alam Melayu, pemerintahan negara dikawal oleh penjajah manakala agama dan adat istiadat peribumi di bawah pengawasan sultan Melayu. Dalam sistem pentadbiran  pula ianya berasaskan pengagihan kuasa di antara tiga unsur penting: Legislatif, Eksekutif dan Kehakiman diperkenalkan. Berbeza dengan kuasa mutlak raja yang tiada agihan kuasa.
Hasil daripada pemerintahan moden itu berkembangnya sistem ekonomi kapitalis yang berasaskan ekonomi perindustrian dan perdagangan. Sistem ekonomi ini bergantung kepada pasaran, modal dan buruh. Perkembangan pesat ekonomi kapitalis inilah yang mendorong kepada kewujudan masyarakat plural di alam Melayu dengan kemasukan bangsa asing yang dibawa oleh penjajah untuk tujuan pengeksploitasian ekonomi dengan segera dan menguntungkan.
Latar belakang bangsa malaysia dalam konteks kepulauan melayu. Dilihat dalam aspek yang berikut. Pertamanya  dari aspek Geografi budaya. Kepulauan Melayu  khususnya Nusantara , Semenanjung Tanah Melayu, Pulau Borneo, selatan Filipina, gugusan Kepulauan Maluku, Jawa  dan Sumatera.
Dari aspek kependudukan, masyarakat terawal ialah orang Melayu yang terdiri daripada pelbagai suku etnik dan mempunyai pelbagai kepercayaan dan  cara hidup. Mereka terangkum sebagai Rumpun Melayu kerana mempunyai ciri-ciri persamaan budaya yang jelas antara satu suku dengan suku yang lain.
Di Semenanjung Tanah Melayu: Penduduknya ialah kelompok Melayu yang bertutur dalam bahasa Melayu, mengamalkan cara hidup orang Melayu dan  beragama Islam.Sebahagiannya datang dari sekitar Kepulauan Melayu. Contohnya  Jawa, Banjar, Bugis, Minangkabau, Melayu-Patani.
            Di Sabah pula ,Penduduknya lebih heterogenes dan dikenali sebagai bumiputera.Terdapat pelbagai suku peribumi seperti Kadazandusun, Murut, Bajau, Bisaya, Suluk, Iranun, Idahan, Melayu-Brunei, Kedayan dan sebagainya. Manakala Sarawak penduduknya lebih heterogenes dan dikenali sebagai bumiputera. Terdapat pelbagai suku peribumi contohnya  Iban, Melanau, Kelabit, Bidayuh, Penan, Melayu, Murut, Bisaya, Kenyah, Kayan, Kedayan dan lain - lain.
.           Dari sudut bahasa pula Bahasa Melayu  berasal merupakan  bahasa Austronesia juga dikenali sebagai bahasa Malay-Polinesia. Bahasa Melayu  berkembang menjadi 150 cabang bahasa lain mengikut suku yg ada di Kepulauan Melayu..Kedatangan ajaran Hindu - pengaruh bahasa Sanskrit dalam Bahasa Melayu kuno.Pengaruh Islam pada Abad ke-13 dan ke-14 Masihi meperlihatkan Bahasa Melayu  berkembang pesat, pengenalan tulisan Jawi menyebabkan perkembangan ilmu (Kesusasteraan, Teologi, Falsafah dan Tasawuf)

Tidak dapat dinafikan juga bahawa campur tangan British juga membawa kepada kewujudan masyarakat pluralistik . Mulanya Penguasaan ke atas Melaka: Portugis - 1511, Belanda -1641. Seterusnya Penguasaan British ke atas pelabuhan P.Pinang -1786, Melaka - 1824  dan Singapura - 1826. Ianya membawa kepada Perjanjian Inggeris-Belanda 1824  Pembentukan sempadan Kepulauan Melayu di bawah pengaruh British dan Belanda. Manakala 1874, Pengenalan terhadap Sistem Residen di Negeri – Negeri  Melayu Bersekutu dan  Sistem Penasihat di Negeri –Negeri Melayu Tidak Bersekutu .

Di Sarawak pula Penguasaan keluarga Brooke pada 1841-1946. ManakalaPemerintahan Syarikat Berpiagam Borneo Utara (SBBU) (1881-1946).Dalam proses campur tangan  ke atas kerajaan Melayu, kuasa Barat (British) mengiktiraf orang Melayu sebagai Tuan kepada tanah airnya.  British berhubung dgn sultan-sultan Melayu untuk mendapatkan persetujuan mereka.
Penjajahan mengakibatkan penentangan masyarakat tempatan.Penjajahan British  juga meninggalkan kesan yang besar dalam politik, demografik dan  sosioekonomi Tanah Melayu. Semuanya berkait rapat dengan dasar British mengeksploitasi ekonomi Tanah  Melayu untuk keuntungan yang  cepat dan maksimum. Kesannya Migrasi orang Cina dari Kwangtung dan  Fukien yang dibawa masuk melalui sistem kontrak buruh, tiket kredit, secara berkumpulan dan  persendirian.
Pada 1895-1927 - lebih aripada  6 juta orang Cina berhijrah ke T.Melayu. 1931 - 34% daripada penduduk Tanah Melayu ialah orang Cina.Di Sarawak pula  Cina bertumpu di kawasan bandar Sibu, Miri  dan Bintulu.Di Sabah  pula SBBU membawa masuk buruh asing seperti orang  Cina, Filipina, Jawa dan Jepun – pula bekerja di ladang tembakau, getah, kelapa, pembalakan dan pemeliharaan mutiara.
Migrasi orang India  pula dari India Selatan dandibawa melalui sistem Kangani. Ianya Bermula pada tahun1880-an dan berkembang  pesat pada abad ke-20.1911- org India - 10% drp penduduk anah .Melayu. dan  meningkat  kepada  15% pada tahun 1921.Mereka bekerja di lading – lading getah, sektor perkhidmatan dan kerja raya.Migrasi penduduk Melayu dari  Indonesia, Jawa dan  Sumatera pula berlaku dan mereka  bekerja dalam sektor pertanian dan  tinggal di luar bandar.Terdapat juga migrasi penduduk Arab-Parsi dan  Ceylon.Imigran yang masih tinggal di Tanah Melayu membentuk satu masyarakat yang tetap dan mengasaskan organisasi sosial masing-masing.  Contohnya orang-orang Cina membentuk persatuan dan pertubuhan sosial masyarakat mereka dikenali sebagai Huatuan
Untuk memudahkan urusan pentadibiran British melaksanakan dasar Pecah dan Perintah bagi memudahkan kawalan ke atas imigran tersebut. Yang jelas kelihatan adalah tiga kaum yang mendiami  Semenanjung tanah Melayu pada masa  tersebut yakni Melayu Cina dan Orang India.Kesannya tercetuslah pengenalan kaum mengikut  fungsi ekonomi,  pengasingan tempat tinggal dan pengasingan sistem pendidikan.
3.1.2 Masyarakat Pluralistik selepas merdeka
3.1.2.1 Kesan Politik Dalam Aspek Hubungan Etnik
            Secara umumnya  di kebanyakan negara sedang membangun, aspek etnik selalunya mencorakkan pentas politiknya. Politik malaysia juga tidak terlepas daripada dipengaruhi  oleh aspek etnik. Oleh itu, usaha untuk memelihara kestabilan politik  yang bersandarkan     kepada kerjasama antara etnik untuk terus mwnjadi agenda  utama negara, Walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran, Malaysia masih lagi dianggap sebagai sebuah negara yang melaksanakan sistem demokrasi yang berkesan.
            Dalam konteks politik domestik , demokrsi di negara ini telah berjalan dengan lancar  terutamanya selepas  pilihan raya umum pertama pada tahun 1955. Kerana Orang Melayu, Orang Cina dan Orang India telah mendesak British untuk memberikan kemerdekaan.Pada peringkat ni, perjuangan menuntut kemerdekaan menjadi pengikat ketiga – tiga kumpulan etnik untuk bersatu di bawah satu parti perikatan. Parti perikatan yang terdiri daripada United Malay National Organization (UMNO), Malayan Chinese Association(MCA) dan Malayan Indian Congress.
            Selain itu pimpinan parti  perikatan yang mengamalkan  sikap bertolak ansur serta  terbuka juga merupakan kunci kejayaan mereka. Dalam tempoh 1957 – 1959, politik Malaysia telah melalui berbagai liku dan cabaran, terdapat beberapa pergolakan antara  parti perikatan. MCA menghadapi kemelut apabila ada golongan yang tidka berpuas hati dengan pimpinan Tun Tan Cheng Lock.memaksa beliau digantikan dengan Dr Lim Chong Eu. Dr Lim pula telah memaksa Parti Perikatan untuk menyediakan kerusi yang lebih semasa pilihanraya 1959, yang akhirnya membawa kepa peletakan jawatan kuasa beliau sendiri, MIC juga tidak terlepas dengan  kemelut politiknya, apabila wujud segelintir pihak yang tidak berpuas hati dengan pucuk pimpinannya . namun dengan perundingan yang betul segalanya dapat diselesaikan deengan cara yang baik.
             Selain daripada itu juga cabaran yang terbesar adalah ketegangan antara kaum yang memuncak sehingga mencetuskan peristiwa 13 Mei 1969. Peristiwa ini merupakan cabaran bagi Parti Perikatan dan Pembangkang dalam memimpin Negara. Peristiwa hitam ini turut memaksa pucuk pimpinan yang diterajui oleh Tunku Abdul Rahman untuk mengisytiharkan darurat. Menurut Tunku Abdul  Rahman  (2007) dalam bukunya 13 Mei Sebelum dan Selepas menyatakan digambarkan darurat terpaksa diidytiharkan dengan persetujuan Yang Di – Pertuan Agong. Perkara ini menjelaskan bahawa cabaraan yang dihadapi pada ketika ini bukanlah kecil yang harus ditangani oleh Parti Perikatan ketika itu.
            Dasar – dasar Kerajaan dalam  menguruskan pelbagai perkara yang berkaitan dengan hubungan  melalui formula tolak ansur telah berjaya  mengekang pihak tertentu yang berusaha untuk memecahbelahkannya. Justeru struktur  struktur hubungan etnik di Malaysia kini lini dipengaruhi oleh kumpulan etnik yang memiliki batas yang nipis. Bentuk perhubungan mereka berasaskan  perkiraan bukan etnik.

3.1.1.2 Kesan Sosial Dalam Aspek Hubungan Etnik
             Menurut  Mohamad Suhaimi Isa dan rakan – rakan (2011)  dalam bukunya Hubungan Etnik: Kelangsungan Pembunaan Negara Bangsa,perlembagaan  merupakan panduan asas kepada perlaksanaan sistem politik di tanah Melayu kesan daripada kemerdekaan tanah air .Sebagaimana telah disebutkan di atas terdapat persekutuan berlapis, iaitu Persekutuan  Tanah Melayu dan Persekutuan Malaysia. Walaubagaimanapun  Perlembagaan Persekutuan ialah penerusan daripada Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu walaupun terdapat beberapa  dan pengubah suaian. Perlembagaan  Persekutuan Malaysia merupakan Undang – Undang tertinggi di Malaysia dan ianya merupakan sumber kepada undang – undang lain di negara Malaysia.
            Perlembagaan merupakan panduan asas kepada perlaksanaan pentadbiran. Perlembagaan tokoh Melayu merupakan panduan asas yang berlandaskan suatu kontrak sosial  yang persetujuan antara kaum di negara ini. Dari segi sejarah, terdapat dua peringkat kontrak sosial di alam Melayu. Pertama pada zaman pluraliti iaitu janji taat setia dan saling menghormati antara rakyat dan raja. Janji taat setia dan saling menghormati ini diistilahkan sebagai waad . Perkara ini berlaku antara Demang Lebar Daun yang mewakili  rakyat dan SangSapurba mewakili raja atau pemerintah.
            Kontrak sosial kedua pula berlaku dalam konteks masyarakat pluralistik hasil daripada syarat yang dikenakan British umtuk memberikan kemerdekan untuk Tanah Melayu . Antara perkara yang dikaitkan dengan kontrak ini ialah hal kerakyatan. Orang Melayu  mengiktiraf dan memberikan hak kerakyatan kepada orang bukan melayu, dalam masa yang sama Orang bukan Melayu mengiktiraf keistimewaan orang melayu. Pada masa yang sama juga setiap  kumpulan etnik juga mempunyai wakil dalam parti politik dan mereka bersetuju untuk hidup aman damai di negara Malaysia. Oleh itu jelaslah menunjukkan bahawa kelansungan hidup  antara etnik itu perlu dengan tolak ansur antara satu sama lain.

            Dalam pendidikan pula, sehingga Penyata Razak 1956, tiada terdapat satu sistem pendidikan nasional di Tanah Melayu, Apa yang wujud terdapat empat aliran pendidikan yang berlainan, iaitu aliran Inggeris, Melayu,  Cina dan India.  Menurut  Shahril @ Charil Marzuki (1999) dalam  bukunya Isu Pendidikan di Malaysia  Sorotan dan Cabaran menyatakan bahawa  terdapat empat aliran persekolahan di tanah Melayu pada zaman pemerintahan British. Keadaan ini wujud dengan dasar Pecah dan Perintah yang bertujuan untuk memecahkan perpaduan kaum dan juga untuk menebalkan semangat kedaerahan dalam kalangan rakyat  Setiap kumpulan etnik mempunyai aduan dan acuan pendidikan yang berbeza. Semasa zaman penjajahan, sistem pendidikan di Persekutuan Tanah Melayu boleh dibahagikan kepada tiga peringkat.
Pertama pada  zaman pendidikan British rendah dan menengah yang dihadiri oleh anak – anak kalangan bangsawan Melayu dan Hartawan Cina dan India. Kedua, sekolah Melayu peringkat rendah yang dibantu oleh British dengan matlamat untuk menjadikan mereka sebagai petani yang  lebih baik sedikit daripada ibu bapa mereka. Pihak British juga membenarkan kewujudan sekolah agama dan mengaji  Quran. Pada peringkat ini tiada sekolah menengah melayu. Ketiga, sekolah Vernakular Cina dan India. Sekolah Cina dibiayai oleh masyarakat Cina sendiri.
            Walaubagaimanapun sistem pendidikan negara era pascamerdeka telah berubah kepada satu corak  baharu yang berorientasikan unsur – unsur  tempatan. Sistem pendidikan kebangsaan telah dibentuk berasaskan kesergaman kuriklum. Sukatan matapelajaran dan orientasi. Pendidikan kebangsaan penting sebagai satu wadah bagi menyatukan kepelbagaian budaya, nilai norma dan masyarakat ke dalam satu acuan demi mencapai matlamat membentuk identiti kebangsaan Malaysia. Usaha kearah ini sebenarnya telah dilakukan semenjak  sebelum merdeka lagi khususnya melalui dua laporan iaitu Penyata Razak tahun 1956 dan Penyata Rahman Talib tahun 1960. Matlamat  pendidikan ini adalah bertujuan untuk menyatukan kanak – kanak yang berbilang kaum di bawah satu perantaraan penggunaan bahasa yakni bahasa Melayu.
            Lebih jauh daripada itu, dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan bagi kemerdekaan pada tahun 1957, bahasa Melayu telah dijadikan  bahasa kebangsaan dengan bahasa Inggeris masih lagi dugunakan sebagai bahasa rasmi.  Walaubagaimanapun pucuk pimpinan parti perikatan telah mencapai  kesepakatan pada tahun 1956 dan bersetuju dengan akta Pendidikan 1957 atas prinsip berikut. Antaranya Sekolah pelbagai aliran adalah dibenarkan  dan pengajaran bahasa ibunda masing – masing adalah dibenarkan.
Oleh sebab bahasa Melayu merupakan Bahasa Kebangsaan, maka sekolah aliran Bahaca Cina dan india wajib mengajar  bahasa melayu sebagai salah satu daripada matapelajaran. Selain itu pendekatan dalam mata pelajaran sejarah, geografi dan buku – buku hendaklah berteraskan  malaysia dan bukan berasal daripada Nehara Cina atau India. Persetujuan  kepimpinan  parti Perikatan terhadap Penyata Razak   1956 dan Rahman Talib 1960 melalui proses musyawarah telah secara langsung mengiktiraf Bahasa Melayu sebagai  alat untuk penyatuan tanpa mengabaikan  dan menjejaskan Bahasa etnik lain. Namun begitu juga terdapat  pandanhan yang menyatakan pemggunaan bahasa ini mempunyai motif  ekonomi seperti yang tercatat dalam Laporan Jawatankuasa Barnes tahun 1951.
Oleh itu selepas tragedi 13 Mei 1969,  parti UMNO yang menerajui parti perikatan telah menegaskan bahawa pendidikan perlu diseimbangkan bagi memperkasakan Orang Melayu. Secara beransur – ansur, mulai julai 1969, kerajaan telah melaksanakan pengunaan Bahasa Melayu  dalam semua sekolah bantuan kerajaan.Selain itu kerajaan juga telah melaksanakan dasar kuota untuk biasiswa dan kemasukan ke Universiti. Kesannya kemasukan pelajar melayu meningkat daripada 20 peatus pada tahun 1960 – 1964 kepada 60 peratus pada tahun 1975.
Pada masa yang sama golongan  Bukan  Bumiputera   khususnya Orang Cina ingin mengekalkan  warisan nenek moyang mereka. Oleh yang demikian dikekalkan sekolah Jenis Kebangsaan Cina. Namun begitu  sekolah Kebangsaan jenis Cina ini  mengikut  apa yang titetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Hal ini penting untuk memastikan perpaduan negara dan pembinaan bangsa Malaysia dicapai.
3.1.1.3 Kesan Ekonomi dalam Aspek hubungan Etnik
            Selepas mendapat kemerdekaan pada tahun 1957 kerajaan telah menggiatkan usaha untuk mengatasi masalah sosioekonomi dan sosiopolitik.Rancangan Pembangunan Ekonomi negara dibahagikan kepada empat peringkat. Pertama rancangan pramerdeka iaitu Rancangan pembangunan Persekutuan tanah Melayu dan Rancangan Persekutuan Tanah Melayu Pertama( 1956 – 1960). Kedua perancangan selepas merdeka,  merangkumi Rancangan Persekutuan Tanah Melayu Melayu Kedua ( 1961 – 1965) dan sebahagian daripada  Rancangan malaysia Pertama ( 1966 – 1970). Ketiga, perancangan dalam era Dasar Ekonomi baru dan keempat  Dasar – dasar Pembangunan Negara.
            Sistem ekonomi moden  yang mendominasi keseluruhan organisasi pengeluaran. Sistem ekonomi penjajah tertumpu kepada perdagangan moden terutamanya  berasaskan  getah dan bijih timah. Sistem ekonomi ini berorientasikan bandar dengan asas pasaran bandar . Mobilisasi  modal juga berasaskan sumber bandar. Sistem ekonomi moden ini dibawah kawalan firma asing dan British. Sektor ini banyak melibatkan Orang Cina dan India manakala sektor  pertanian pula didominasi oleh orang melayu yang mana teknik pengeluarannya  berdasarkan budaya Melayu Luar bandar.
 Secara langsung ekonomi Dualisme ini telah menyebabkan dan membahagilan agihan tenaga mengikut etnik.  Etnik Melayu dengan, pertanian kecil – kecilan, seperti pesawah, petani dan pekebun – pekebun. Dalam sektor ini kemiskinan berada pada tahap yang tertinggi berbanding sektor moden yang dikuasai oleh orang Cina.
Dalam sektor ketiga pula, jelas berlaku keidakseimbangan dalam hubungan etnik. Etnik Cina menguasai tiga perempat daripada sektor ini, manakal Etnik Melayu dan India hanya menguasai satu perempat sahaja daripada keseluruhan. Ianya terbukti apabila etnik Melayu  terlibat dalam sektor awam termasuk polis. Etnik Cina pula menguasai sektor swasta seperti perdagangan, pengangkutan, perniagaan dan kewangan. Sementara etnik India pula ramai terlibat dalam sektor pengangkutan awam terutamanya keretaapi dan perkhidmatan awam serta kewangan.
Berdasarkan gambaran yang diberikan jelaslah menunjukkan bahawa berlaku ketidakseimbangan dan perkara inilah yang membawa kepada kerenggangan hubungan antara etnik. Keperluan untuk membetulkan penguasaan ini merupakan perkara yang mendesak kerana ianya dilihat sebagai perkara yang sangat berkait rapat dengan hubungan etnik. Ketidakseimbangan inilah yang harus diatasi kerana ianya yang akan mencetuskan ketegangan  seperti apa yang telah berlaku pada 13 Mei 1969.
           
4.0 Pemupukan Hubungan Etnik Dalam Masyarakat Malaysia.

4.1 Usaha – usaha pemupukan hubungan etnik.
4.1.1 Pemupukan hubungan etnik melalui kerajaan
4.1.1.1 Penubuhan Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional
            Peristiwa yang berlaku pada 13 Mei 1969  telah membuka mata semua pihak dalam mengurus sensitiviti sesebuah kaum terhadap sesuatu perkara. Berikutan peristiwa tersebut telah menyebabkan tertubuhnya MAGERAN atau lebih dikenali sebagai Majlis Tindakan Negara pada tahun 1 Julai 1969.  Jabatan Perppaduan Negara yang diletakkan dibawah MAGERAN ini diwujudkan bertujuan untuk  bagi menangani masalah perpaduan dalam kalangan masyarakat.
             Selepas MAGERAN, Majlis Penasihat Perpaduan Negara ditubuhkan  pada 23 Februari 1971.  Tanggungjawab untuk memastikan perpaduan Negara terjamin terus diletakkan diabawah Jabatan Perpaduan Negara. Pada tahun 1999 – 2004 Jabatan Perpaduan Negara telah diletakkan dibawah Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat.
            Bermula daripada kemersekaan hingga kini , kerajaan telah merangka dan memberi penekanan kepada beberapa dasar dalam bidang  sosioekonomi yang menjurus terhadap pembentukan perpaduan ini. Dasar  - dasar tersebut termasuklah Dasar Pendidikan Kebangsaan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan  dan Dasar Ekonomi Baru. Dasar tersebut telah dikukuhkan lagi dengan ideologi negara yakni Rukun Negara. Untuk mengukuhkan lagi perpaduan ini telah diperkenalkan juga Dasar Wawasan, Dasar Pembangunan Negara dan Dasar Sosial Negara.
             Oleh yang demikian berbagai strategi telah dirangka Dalam  Pelan Tindakan Perpaduan dan Integrasi Nasional untuk mempertingkatkan perpaduan. Antaranya melalui strategi politik.  Perlembagaan telah menetapkan  bentuk dan lambing – lambing negara, Kedudukan dan hak istimewa orang Melayu dan bukan Melayu,  Oleh yang demikian langkah yang diambil oleh kerajaan untuk memajukan Negara haruslah berteraskan perlembagaan disamping memupuk hubungan yang akrab antara etnik.
            Selain itu apabila wujud kesedaran satu bangsa Malaysia menjadi semakin mantap dan  semangat kewilayahan semakin cair,  maka pertubuhan – pertubuhan yang merentasi batas – batas perkauman akan muncul . Perkembangan  positif  ini akan mempercepatkan lagi proses pembentukan bangsa Malaysia yang bersatu padu.
             Daripada strategi  ekonomi pula  dilihat sebagai satu usaha untuk mewujudkan keseimbangan. Salah satu faktor yang menyebabkan ketegangan adalan disebabkan ketidakseimbangan ekonomi serta taraf sosioekonomi itu sendiri . masalah ini dirumitkan apabila etnik – etnik tertentu dikaitkan dengan aktiviti – aktiviti ekonomi tertentu.
             Oleh yang demikian untuk memastikan ianya tidak terjadi beberpa langkah harus diambil. Antaranya  Pengimbangan taraf ekonomi antara kaum dan wilayah harus diusahakan tanpa merugikan mana – mana pihak. Selain itu juga program untuk mengurangkan kemiskinan juga perlu tanpa mengira sebarang kaum. Dan yang terakhir sekali,  sektor swasta juga harus memainkan peranan yang aktif dalam mengurangkan ketidakseimbangan ini  dan usaha – usaha mengurangkan ekonomi berasaskan pengenalan kaum ini juga haruslah dielakkan.
            Daripada aspek pendidikan pula ianya sangat penting dalam membina wadah dan jati diri seseorang Menurut Sufean Hussin  (2000) dalam bukunya   Motivasi Dasar Pendidikan Perspektif Sistem dan Organisasi menyatakan pendidikan merupakan faktor yang penting  bagi perubahan dan kemajuan ekonomi sesebuah negara. Pendidikan juga dikatakan sebagai wadah perjuangan bagi merealisasikan wawasan 2020  kearah membentuk masyarakat Malaysia yang progresif dalam bidang sains dan teknologi, integrasi nasional dan  dan ketahanan mora serta berfikiran terbuka.
            Peranan sistem pendidikan  ialah untuk menyediakan persekitaran sera kemudahan bersosialisasi dalam kalangan rakyat dan menyediakan persekitaran serta kemudahan untuk golongan muda agar akses terhadap perpaduan ini dapat ditingkatkan.
Dalam aspek Penggunaaan Bahasa Kebangsaan pula, Penggunaan satu bahasa yang sama amat penting. Ianya sangat berkesan dalam  memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat yang serba berbeza daripada aspek kebudayaan agama dan bahasa. Usaha ini akan membentuk satu komunikasi yang sempurna. Ianya sangat penting supaya cirri persamaan antara kaum itu dapat ditingkatkan seterusnya membawa kepada perpaduan yang erat dalam negara.
Dalam  Strategi Agama pula semua rakyat Malaysia adalah bebas untuk mengamalkan ajaran dan agama masing – masing. Oleh yang demikian setiap daripada warganegara haruslah menghormati agama lain dan bukannya mencari perbezaan. Setiap perkara dan tindak tanduk yang dilakukan berdasarkan agama juga hendaklah dilaksanakan dengan penuh berhati – hati tanpa menyinggung mana – mana pihak.
 Untuk kebudayaan pula,  dizahirkan satu kebudayaan nasional yang menjadi milik bersama rakyat negara tanpa mengira kaum, keturunan dan wilayah yang merupakan asas pembentukan bangsa.   Kebudayaan ini terbentuk hasil daripada apa yang telah termaktub dalam  Dasar Kebudayaan Kebangsaan untuk memastikan ianya mengambil kira semua pihak dalam hubungan etnik ini.
Dalam Strategi wilayah pula  kedudukan  Geografi banyak melahirkan integrasi yang kukuh antara Negeri - Negeri di Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak.  Pelbagai langkah yang telah diambil untk mengintegrasikan antara – kedua – dua wilayah ini. Antaranya  penambahbaikan dalam sistem perhubungan kebangsaan dan pengangkutan.
Dalam strategi Keselamatan pula melibatkan dua perkara iaitu pencegahan dan pemulihan. Pencegahan melibatkan usaha – usaha untuk mencegah daripada berlakunya ancaman – ancaman kepada keselamatan Negara khususnya dalam aspek ketegangan antara kaum . Manakala pemulihan pula  merupakan usaha yang dilakukan  untuk  memulih semula setelah berlakunya beberapa konflik.
Seterusnya daripada aspek Pembangunan Kawasan. Pemaju - pemaju sesuat kawasan harus mengambil kira  aspek perpaduan untuk memajukan sesuatu kawasan.  Sesuatu kawasan itu harus lah didiami oleh penduduk yang berlainan kaum. Hal ini supaya sentiment perkauman dapat dielakkan. Perlaksanaan aktiviti seperti rukun Tetangga dan sebgainya juga harus dilaksanakan tanpa mengira agama dan kaum. Ianya sangat penting supaya perpaduan dapat dibentuk.
 Dalam strategi Penggunaan Tenaga Manusia pula  majikan samada dalam sektor swasta mahupun kerajaan perlulah memastikan agar perlantikan sesuatu jawatan tidak berdasarkan kepada faktor budaya, agama dan kaum. Pemilihan perlulah berdasarkan keadilan dan kerakyatan. Ianya sangat penting supaya wujud  keadilan dan perkara ini akan membawa kepada perpaduan antara etnik itu sendiri.
 Dalam strategi Media massa pula  merupakan satu usaha untuk memaparkan dan menghubungkan semua rakyat hinggalah ke kawasan pedalaman. Penyampaian maklumat juga haruslah bersifat positif, memupuk nilai – nilai murni kearah membentuk negara harmoni dan maju. Strategi – strategi lain termasuklah dalam bidang kesukanan, pemasyarakatan perpaduan, penubuhan sukarela penyelidikan, program aktiviti perpaduan dan pemantauan isu – isu semasa dan konflik.
4.1.1.2 Memperkenalkan Sekolah Kebangsaan
            Sistem Pendidikan pelbagai aliran  menyebabkan tidak ada acuan khusus untuk membentuk perpaduan antara kaum. Sistem pendidikan yang wujud sekarang telah mengakibatkan ibu bapa memilih aliran mengikut kaum masing – masing. Usaha untuk memupuk perpaduan ini hendaklah membabitlkan murid sekolah rendah sejak awal lagi.. Oleh yang demikian, sekolah kebangsaan ini haruslah  diperkasakan lagi bagi membentuk masyarakat berbilang kaum yang mempunyai jati diri nasional yang tinggi, saling bekerjasama  dan mempunyai semangat patriotisme yang unggul.
            Bagi memupuk semangat perpaduan dan keyakinan terhadap sistem sekolah kebangsaan , sekolah kebangsaan perlu dijadikan lebih menarik untuk menarik minat orang bukan melayu. Antara perkara yang boleh dilaksanakan alaah seperti berikut. Tidak mengetepikan Bahasa Ibunda disamping memperkenalkan Bahasa Cina dan Bahasa Tamil, member kesedaran tentang pentingnya hubungan etnik, dan memasukkan unsur – unsur interaksi etnik dalam aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan.

4.1.1.3 Sekolah Wawasan
            Konsep sekolah Wawasan diperkenalkan sebagai satu pendekatan  alternatif  untuk mebina perpaduan antara kaum dan integrasi nasional dalam membina dua atau tiga jenis sekolah rendah baharu yang berlainan bahasa pengantar  dan pentadbiran dalam kawasan yang sama dan berkongsi kemudahan asa seperti dewan,  padang dan sebagainya.  Perlaksanaan Sekolah kawasan ini adalah satu usaha untuk mewujudkan persekitaran yang member peluang yang luas kepada para pelajar berbagai kaum tanpa menjejaskan perkembangan sekolaj jenis SJK yang sedia ada di negara Malaysia khususnya
4.1.1.4 Program latihan Khidmat Negara
            Program Latihan Khidmat negara (PIKN) yang mula dilaksanakan pada tahun 2004 merupakan khusus latihan wajib selama tiga bulan secara berkhemah dan berasrama  bagi remaja Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).  PLKN merpaka kurikulum yang mengandungi modul – modul yang tertentu yakni Modul Fizikal, kenegaraan, Pembinaan Karakter dan Modul Khidmat komuniti.
             Seperti yang dinyatakan oleh Jabatan khidmat Negara, PLKN bertujuan untuk mempertingkatkan semangat Patriotisme dalam kalangan generasi muda, memupuk  perpaduan, perwatakan yang baik menyemarakkan semangat kesukarelaan dan melahirkan generasi muda yang lebih cergas, cerdas dan penuh keyakinan.
4.1.2 Pemupukan Hubungan Etnik melalui Masyarakat
4.1.2.1  Rukun Tetangga
             Skim rukun Tetaangga telah dipeerkenalkan Rukun Tetangga telah ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia pada tahun 1975 asalnya untuk menjamin keselamatan penduduk setempat . Satu akta yang dikenali sebagai Peraturan Rukun Tetangga 1975 (P.U. (A) 279/75) telah diluluskan untuk memberikan kuasa-kuasa tertentu kepada pertubuhan tersebut. Pada 1984, fokus pertubuhan ini bertukar kepada merapatkan hubungan di antara pelbagai kaum di Malaysia. Kemudian pada 2001, fokus program ini sekali lagi bertukar kepada fokus sekarang, iaitu pembangunan masyarakat setempat.
Peranan utama Rukun Tetangga ialah menganjurkan kumpulan-kumpulan rondaan yang bertugas pada waktu malam untuk mengurangkan kegiatan jenayah di sekitar kawasan kejiranan. Anggota kumpulan rondaan biasanya dianggotai oleh ahli-ahli masyarakat di kawasan kejiranan tersebut. Selain itu, setiap Kakitangan Rukun Tetangga digalakkan menganjurkan seberapa banyak kegiatan berbentuk kemasyarakatan, kebajikan dan pendidikan selain program meningkatkan perpaduan dan integrasi kaum.
Selain itu visi Rukun Tetangga ialah membantu dalam pembentukan satu bangsa  Malaysia yang bersatu padu dalam kontes pencapaian wawasan 2020. Manakala misinya ialahmemupuk kesefahaman dan bertolak ansur kearah pembangunan bangsa Malaysia yang bersatu padu serta identity sendiri dan motornya pula ialah Bersatu Terus Maju.
Objektif Rukun  Tetangga, iaitu memelihara, meningkat dan mengukuhkan perpaduan rakyat dan integrasi nasional selaras dengan dasar – dasar pembangunan negara berlandaskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara. Sehingga Mei 2006 sebanyak  3 228 kawasan Rukun Tetangga telah ditubuhkan di seluruh  negara. Jawatankuasa Rukun Tetangga telah menganjurkan pelbagai aktiviti dalam komuniti mereka.Jawatankuasa Rukun Negara  di seluruh negara telah melaksanakan sebanyak 36029 aktiviti. Aktiviti ini bertujuan untuk membolehkan penduduk setempat berkenalan, bantu membantu dalam menghadapi masalah bersama, berinteraksi dan merapatkan hubungan  pada peringkat akar umbi antara pemimpin dengan rakyat dan antara rakyat pelbagai keturunan, adat dan budaya.
4.1.2.2  Rumah Terbuka
             Rumah terbuka akan diadakan oleh rakyat Malaysia apabila tiba musim perayaan.Setiap golongan etnik akan sering kunjung mengunjungi kerumah tetangga berlainan etnik. Hari raya Aidilfitri  yang dirayakan etnik Melayu misalannya dikunjungi oleh etnik -  etnik lain, begitu juga sebaliknya. Pada masa ini Orang Cina akan menghidangkan masakan yang halal kepada Orang Melayu . Masyarakat Melayu juga tidak  menghidangkan daging lembu sebagai menghormati masyarakat India sewaktu perayaan. Hubungan yang terjalin kukuh  dalam kalangan rakyat dan saling faham memahami dan menghormati budaya orang lain akan merpatkan lagi hubungan abtara etnik ini.
4.1. 2. 3 Penerimaan  budaya
            Dewasa ini masyarakat Melayu mula menerima budaya masyarakat Bukan Melayu dari segi pakaian dan pemakanan.Contohnya, Orang bukan  Melayu segak menggayakan baju kurung dan baju melayu. Bagi orang melayu pula mereka mula menerima masakan  masakan Cina dan India serta pemberian duit  raya telah mengunakan sampul atau angpau yang terkenal dalam kalangan masyarakat Cina. Perkara ini dilihat sebagai aspek yang sangat penting dalam pemupukan hubungan etnik di Malaysia.
4.1.2.4 Program di Institusi Pengajian Tinggi (IPT)
             Bahagian Hal Ehwal pelajar pada peringkat ini haruslah menyediakan aktiviti yang banyak melibatkan program pemupukan perpaduan sesame mahasiswa.  Misalannya aktiviti Pesta Angpau, bukan sahaja diraikan oleh masyarakat Cina, tetapi turut diraikan oleh etnik lain.  Dalam Majlis Pimpinan Pelajar (MPP) pula , bukan hanya didominasi oleh sesuatu kaum sahaja.
            Kandungan kursus di semua Institusi pendidikan juga harus menitikberatkan pendidikan yang harmonis dalam sesebuah masyarakat majmuk. Saranan untuk membuka Rukun Tetangga di  IPT merupakan satu usaha yang baik kearah membentuk perpaduan  antara kaum. Oleh itu pihak institusi haruslah member sokongan sepenuhnya terhadap aktiviti seperti ini. Perkara – perkara seperti inilah yang akan membentuk perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum , bangsa dan agama ini.

5.0 Kesimpulan
Malaysia pada hari ini didiami oleh pelbagai bangsa, kaum dan etnik dari Perlis hingga ke Sabah. Kepelbagaian kaum dan etnik inilah maka wujud pula kepelbagaian budaya, bahasa, agama dan adat resam. Corak masyarakat Malaysia seperti ini berlaku disebabkan oleh perubahan masa dan keadaan, seperti yang berlaku terhadap perubahan struktur politiknya. Sebelum abad ke-18 dan ke-19, masyarakat Malaysia tidak begini coraknya. Sebaliknya boleh dikatakan bahawa, semenanjung Tahan Melayu ketika itu didiami oleh orang Melayu dan Orang Asli bersama sebilangan kecil bangsa atau kaum lain. Tetapi kini coraknya telah berubah dan wujudlah pembentukan masayarakat majmuk.
J.S.Furnivall merupakan orang pertama yang mengemukakan konsep masyarakat majmuk berdasarkan kajiannya di Indonesia dan Burma. Menurut J.S.Furnivall (1967:54), masyarakat majmuk terdiri daripada pelbagai kaum yang mempunyai kebudayaan, agama, bahasa dan adat resam yang tersendiri. Walaupun pelbagai kaum berganding bahu di bawah sistem politik yang sama tetapi kehidupan mereka adalah berasingan dan interaksi sosial dalam kalangan mereka amat berkurangan dan hubungan mereka hanya terbatas kepada hal ekonomi dalam jual beli. Kekurangan Interaksi ini  menyebabkan wujudnya kerenggangan yang harus diatasi antara etnik. Ianya sangat penting kerana walaupun kita tinggal dalam masyarakat majmuk yang berlainan budaya, bahasa dan agama namun kita masih mampu untuk hidup dalam suasana kerjasama yang erat dan persekitaran yang harmonis dan terjamin.
Idea Furnivall mengenai masyarakat majmuk telah banyak dibincangkan oleh tokoh-tokoh sosiologi yang terkemudian. M.G. Smith merupakan salah seorang yang telah memberikan satu analisis yang panjang lebar mengenai konsep ini. M.G. Smith juga menganggap masyarakat majmuk sebagai masyarakat yang mempunyai pelbagai budaya, perpecahan sosial dan perselisihan. Dari segi politik pula, masyarakat majmuk dikuasai oleh satu kelompok minoriti yang mempunyai kebudayaan yang tersendiri. Smith juga berpendapat bahawa masyarakat wujud atas dasar konflik dan paksaan, bukannya atas dasar nilai bersama. Selain daripada Furnivall dan Smith, P.L. Van Den Berghe juga memberikan sumbangan terhadap perbincangan mengenai konsep masyarakat majmuk. Beliau membezakan kemajmukkan sosial iaitu masyarakat dipecahkan kepada kelompok korporat dan bukannya budaya daripada kemajmukkan budaya iaitu wujud daripada beberapa kelompok etnik.
Sebelum abad ke-18, penduduk di Tanah Melayu dan kepulauan borneo ketika itu didominasi oleh orang Asli, orang Melayu dan kaum bumiputera Sabah dan Sarawak. Migrasi daripada luar juga berlaku tetapi jumlahnya terhad. Selain itu, terdapat juga kaum pendatang daripada Sumatera, Indonesia. Tetapi tidak menjejaskan corak masyarakat ketika itu kerana kaum pendatang ini adalah daripada rumpun bangsa yang sama .Disini memperlihatkan kepada kita bahawa dari awal lagi sudah berlaku hubungan ah=ntara etnik itu di Tanah Melayu.
Pada awal abad ke-18, perubahan dalam struktur masyarakat berlaku di Malaysia disebabkan oleh fenomena migrasi dari luar yang berlaku akibat faktor penarik yang ada di bumi mahupun faktor penolak di negara asal masing-masing yang bertanggungjawab mencernakan perubahan yang berkekalan sehingga ke hari ini. Struktur masyarakat di Malaysia berubah adalah disebabkan migrasi daripada luar dan juga faktor penolak dan penarik. Migrasi ini berlaku sedikit demi sedikit sebelum penjajahan barat, tetapi berleluasa setelah penjajahan berlaku. Aktiviti ekonomi dan perladangan menjadi faktor utama dalam aktiviti migrasi daripada luar terutamanya daripada China dan India.
Menurut B.W. Andaya dan L.Y Andaya (1983:159), masyarakat Cina daripada negara China sebenarnya ingin keluar daripada hidup penuh dengan kemiskinan dan penderitaan. Oleh itu, mereka terpaksa keluar berhijrah sehingga ke Tanah Melayu. Kemasukan buruh-buruh Cina ke Tanah Melayu melalui beberapa cara yang dikenalpasti diusahakan oleh orang Cina sendiri yang telah menetap lama di Tanah Melayu melalui sistem tiket yang sangat popular. Menurut W.L. Blythe (1953:3), bilangan buruh Cina yang berhijrah memang ramai dan sentiasa bertambah dari semasa ke semasa. Namun angka yang tepat sukar ditentukan kerana ketiadaan dokumen yang sah dan kemasukan secara haram ke Tanah Melayu.

Kemasukkan masyarakat Cina ke Tanah Melayu menunjukkan bermulanya proses pembentukan masyarakat majmuk daripada pengaruh masyarakat Cina yang semakin bertambah. Pengaruh masyarakat Cina ke Tanah Melayu telah mengubah corak dan sistem sosial Alam Melayu dan juga masyarakat Melayu ketika itu. Kedatangan masyarakat Melayu ke Tanah Melayu akhirnya telah membentuk satu masyarakat baru iaitu Baba Nyonya dan Cina Muslim. Wujudnya golongan baru ini membawa kepelbagaian atau kemajmukkan masyarakat di Malaysia dan mengambarkan keunikannya pada pandangan masyarakat luar.
Migran kedua terbesar selepas China adalah kelompok daripada India. Kebanyakan mereka berasal daripada India Selatan iaitu dari Negapatam dan Madras. India juga mengalami masalahnya tersendiri yang menyebabkan penduduknya berhijrah ke luar. Suasana di negara itu yang dilanda kemiskinan dan kebuluran yang mendorong penduduknya berhijrah keluar ke negara-negara lain termasuk ke Tanah Melayu ketika itu. Migran India datang sejak pembukaan Pulau Pinang oleh Inggeris. Pada waktu itu bilangan mereka masih kecil dan bertambah setelah Inggeris berjaya benguasai negeri-negeri Melayu.
Selain migran daripada negara China dan India, Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak juga menjadi tumpuan daripada masyarakat luar seperti dari Indonesia dan Ceylon. Namun, bilangan mereka jauh lebih rendah berbanding dengan buruh daripada China dan India. Kebanyakan pendatang Indonesia berasal daripada Jawa, Kalimantan (Banjarmasin), Celebes, Timor dan Sulawesi serta beberapa bahagain kepulauan yang berhampiran dengan Selat Melaka.. Pendatang daripada Indonesia juga berbilang suku kaum dan etnik antaranya orang Jawa, Bugis, Minang dan Banjar. Menurut S.N. Arseculeratne (1991:8), pendatang dari Ceylon kebanyakannya terdiri daripada kaum Sinhalese. Mereka datang dari kawasan pantai selatan negara tersebut. Mereka datang dengan jumlah yang agak ramai selepas abad ke-19 berterusan hingga abad ke-20. Kedatangan berterusan ini disebabkan penjajahan British di Ceylon. Faktor ekomoni adalah bukan faktor utama penghijrahan mereka, sebaliknya mereka ingin mencari rezeki yang lebih berbanding apa yang mereka dapat di negara asal mereka (S.N. Arseculeratne,1991:10).
Setelah kemasukan migran daripada luar, bermulalah proses pembentukan masyarakat majmuk yang berbilang kaum seperti sekarang. Proses pembentukan masyarakat pada mulanya sukar kerana berbeza fahaman, amalan, ras dan etnik serta kehidupan seharian. Banyak konflik yang berlaku dalam proses pembentukan ini seperti peristiwa 13 mei 1969. Apabila konflik berlaku dalam masyarakat majmuk, konflik berkenaan mengikut garisan pemisah ras, bukan garisan kelas. Pengambilan pekerja buruh daripada luar di buat secara tetap sudah pasti akan menimbulkan masalah sosio-ekonomi dan politik yang lebih membimbangkan dan bagi mengelak pembentukan masyarakat majmuk pelbagai etnik atau heterogeneous seperti mana yang cuba dielak oleh negara-negara Eropah Barat dan Telok (Weiner, 1990:143).
Campur tangan Inggeris di Tanah Melayu bermula apabila Francis Light menduduki Pulau Pinang pada Ogos 1786, menyebabkan kemasukkan migran secara besar-besaran daripada luar. Dalam jangka masa yang panjang semasa pemerintahan kolonial British di Malaysia iaitu selama lebih satu ratus lima puluh tahun bermula 1786 hingga 1957. Antara tahun itu, Malaysia telah diduduki oleh Jepun semasa perang dunia kedua. Walau bagaimanapun, jangka masa singkat itu dianggap tidak mempunyai signifikan yang besar kepada komposisi dan mobiliti penduduk. Masyarakat homogenis Melayu Tanah Melayu telah mengalami transformasi kepada masyarakat heterogenios Malaysia yang mengandungi etnik-etnik Melayu, Cina dan India sebagai komponen utamanya.
Setelah kemasukan migran dari luar akhirnya lahirnya kelompok dari keturunan Cina dan India yang berasimilasi dengan budaya tempatan seperti kelompok Baba-Nyonya yang berketurunan Cina dan kelompok Chitty yang berketurunan India. Asimilasi bangsa juga turut berlaku apabila perkahwinan antara orang asing dengan penduduk tempatan, maka wujud beberapa sub-kategori penduduk berdarah campuran seperti kelompok Peranakan, kelompok Syed dan lain-lain. Kini kebanyakan penduduk Malaysia mempunyai darah kacukan Melayu-Arab, Melayu-India, Melayu-Cina dan lain-lain.
Kesimpulannya, pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia bermula apabila kemasukan migran daripada luar. Proses ini berterusan sehingga penjajahan British di Tanah Melayu. Oleh itu, wujud masyarakat berbilang kaum, ras, etnik dan bangsa di Malaysia. Kehadiran kelompok-kelompok ini menjadikan Malaysia sebuah negara yang kaya dengan budaya, adab resam, bahasa dan latar berlakang kebudayaan yang berlainan. Kemajmukan masyarakat Malaysia menjadikan negara ini menjadi tarikan masyarakat luar.
Oleh itu semua pihak yang mendiami tanah Malaysia ini haruslah sedar akan kewujudan cabaran – cabaran yang boleh mengganggu gugat hubungan antara etnik. Biarlah kita  berasal daripada etnik yang berbeza, namun identiti dan ideologi kita sebagai rakyat  harulah sama dan tidak berbelah bagi. Perpaduan yang ada ini sangat penting bagi kita dan masyarakat Malaysia khususnya, supaya kelansungan hidup kita mampu diteruskan  dan kehidupan harmonis yang kita nikmati sekarang akan terus berkekalan sehinggalah pada generasi yang mendatang.

6.0 Refleksi  
Sepanjang melaksanakan Kerja Kursus Pendek  ini saya mendapati  banyak kekuatan yang dikenal pasti antaranya kepentingan hubungan antara etnik itu sendiri. Peristiwa berdarah 13 Mei 1969 mengajar kita peri pahit  kehidupan yang  terancam .Oleh yang demikian  ianya haruslah dijadikan sebagai pengajaran kepada kita untuk terus mengelakkannya daripada berulang.  Setiap daripada kitaharuslah mempunyai perasaan kekitaan untuk memastikan hubungan antara etnik itu terpelihara dan tidak dinodai dengan unsur – unsur yang mementingkan diri.
Selain itu saya juga mendapati bahawa  wujudnya cabaran dalam pempupukan hubungan etnik itu sendiri. Namun cabaran yang wujud ini, sebenarnya membantu kita dalam memupuk lagi hubungan etnik ini sekiranya diamati dengan mendalam. Contohnya cabaran dalam aspek nilai. Kita sedar bahawa setipa etnik mempunyai pegangan nilai yang berbeza, namun sekiranya kita benar – benar insane yang mementingkan perpaduan dan tolak ansur, kita pasti tidak akan mencari perbezaan ini, sebaliknya mencari kesamaan yang mana kesamaan inilah yang akan membawa kepada persefahaman seterusnya keamanan dalam masyarakat berbilang kaum . Sekiranya konsep ini difahamai tidak mustahil perpaduan itu dapat dicapai.
Saya juga mendapati terdapat beberapa kelemahan sepanjang saya melaksanakan tugasan ini. Antaranya  saya mendapati begitu sukar sesuatu perpaduan itu dicapai walaupun diwujudkan  jalan penyelesaian, dan usaha – usaha yang dilakukan. Perkara ini adalah disebabkan sentimen – sentiment ataupun wujud golongan yang sangat mementingkan diri dalam  mencapai matlamatnya. Namun perkara ini dapat dielakkan sekiranya golongan seperti ini dipulau oleh masyarakat  serta di ambil tindakan yang tegas oleh badan kerajaan.
Saya juga berharap agar tugasan  hubungan etnik ini boleh diperluaskan dan diperkembangkan skop soalannya untuk memastikan setiap daripada kita mengamalkan  dan memahami erti sebenar perpaduan, hormat menghormati antara masyarakat berbilang kaum di negara kita khususnya.Hal ini penting supaya kita dapat hidup dalam suasana yang aman dan harmonis.

7.0 Bibliografi

Sulong Mohammad dan Rahimah Abd Aziz  (1985). Pembandaran dan
Pembangunan Negara. Bangi Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia.

 Shamsul Ari Baharuddin, . (2008). Modul Hubungan Etnik. Shah Alam Selangor:
Universiti Teknologi mara .

Sufean Hussin. (2000). Inovasi Dasar Pendidikan Perspektif Sistem dan Organisasi.
Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Azizatul haizan mahbob dan Mohd Zari Musa  (2005). Tinjauan Baru Politk Malaysia.
Bangi Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Perlembagaan Undang - Undang Am. ( 2006). Kuala Lumpur : MDC Publisher Sdn
Bhd.

Noresah Baharom dan rakan - rakan  (1993). Kamus Ekonomi. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

 Mohad Sohaimi dan rakan - rakan  (2011). Hubungan Etnik : Kelangsungan
Pembinaan Negara

Bangsa. Puchong Selangor Darul Ehsan : PENERBITAN MULTIMEDIA SDN. BHD.

Katiman Rostam (2001 ). Dasar dan Strategi Petempatan dan Pembangunan. Bangi
Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ahmad Atory Hassan ( 1993).  Pentadbiran dan Politik pembangunan satu analisis
terhadap pembangunan masyarakat di malaysia:  Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

8.0 Lampiran

8.0 Lampiran