. Amoi Chantek Source: http://www.amronbadriza.com/2012/10/cara-membuat-anti-copy-paste-di-blog.html#ixzz2Q2hwp6eP

Wednesday, 6 September 2017

CONTOH PROPOSAL PERTANDINGAN AMALAN TERBAIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21 PERINGKAT KEBANGSAAN

PERTANDINGAN AMALAN TERBAIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21 PERINGKAT KEBANGSAAN

TAJUK:
PENGGUNAAN PERMAINAN PIZZA SEJARAH UNTUK MENINGKATKAN MINAT MURID DALAM MATA PELAJARAN SEJARAH
OLEH :
MOR EDDIN BIN MORTADA

1.0       OBJEKTIF
Mengkaji bagaimana penggunaan permainan Pizza Sejarah dapat membantu meningkatkan minat murid dalam mata pelajaran Sejarah.
Matlamat projek ini ialah membangkitkan minat murid dalam mata pelajaran Sejarah melalui proses barmain. Seterusnya memudahkan Pdp terhadap aktiviti Sejarah dan meningkatkan pemahaman murid tentang fakta Sejarah.

2.0       SINOPSIS
Pemerhatian awal pengkaji mendapati murid-murid mempunyai masalah dalam menunjukkan minat dalam sesi pengajaran dan pembelajaran Sejarah. Pengkaji melihat bahawa sebahagian murid kurang berminat dalam melakukan aktiviti yang melibatkan sejarah. Hal ini kerana murid-murid menganggap sejarah hanyalah hafalan fakta-fakta sejarah sahaja melalui permerhatian pengkaji. Selain itu, aktiviti yang melibatkan individu mahupun berkumpulan jelas menunjukkan murid-murid tidak menunjukkan minat yang memberangsangkan melalui permerhatian pengkaji. Masalah minat murid-murid terhadap mata pelajaran Sejarah jelas perlu diambil perhatian.
Cabaran utama bagi seorang guru dalam proses pembelajaran ialah mengenal pasti teknik pengajaran yang dapat memberi kesan ke atas pencapaian akademik murid. Dengan itu, penyelidik telah mengenal pasti teknik alternatif bagi meningkatkan minat dan penguasaan pengetahuan murid dalam mata pelajaran Sejarah. Oleh yang demikian, bagi membantu murid-murid mengatasi masalah murid kurang berminat, pengkaji telah mencadangkan penggunaan permainan ‘Pizza Sejarah’ yang memfokuskan kepada membantu meningkatkan minat murid dalam mata pelajaran Sejarah.
Projek ini mendapat sumber ilham daripada kanak-kanak yang mengemari pizza dan permainan puzzle yang ada dipasaran.
Kaum
Bil
Jantina
Bil
Melayu
2
Lelaki
8
Iban
7
Perempuan
4
Melanau
3
Sumber ilham

Kumpulan sasaran ialah murid-murid Tahun 5 yang dipilih berdasarkan ujian penilaian dan permerhatian guru seramai 12 orang.
Kumpulan sasaran


Text Box: Alat&Bahan :-
Ø Kotak pizza (percuma) ataukotak pizza terpakai
Ø Kadboard (RM5.00)
Ø Kertas A4 putih, Kertas laminate (RM2.00)
Ø Polystyrene (RM3.00)
Ø Double tape (RM2.00)
Jumlah: RM12
 




Kos
Perlaksanaan

Pelaksanaan aktiviti
Pelaksanaan aktiviti
Pelaksanaan aktiviti

3.0       SIGNIFIKAN
Kepentingan projek permainan pizza Sejarah mampu memberikan keseronokan disamping menambah ilmu pengetahuan kepada murid. Proses pdp yang tradisional seperti sistem “kuliah” dan “chalk and talk” membosankan murid dalam kelas untuk belajar. Manakala proses pdp akan lebih berkesan dan menarik minat pelajar dengan penggunaan permainan pizza Sejarah ini dalam kelas. Murid-murid akan mudah tertarik kepada proses pembelajaran dan pengajaran kerana proses untuk mengingat fakta melibatkan aktiviti iaitu bermain dan perbincangan.

Kemahiran abad ke-21 ialah kemahiran-kemahiran yang meliputi kemahiran berkomunikasi, kemahiran 3M (Membaca, Mengira dan Menulis), kemahiran sains dan teknologi, kemahiran interpersonal dan intrapersonal dan sebagainya. Bagi mencapai hasrat negara untuk membangunkan generasi yang mempunyai kemahiran abad-21, seseorang guru perlu menguasai pelbagai bidang, mengikuti perkembangan tentang dasar dan isu pendidikan, mahir dalam pedagogi (pengajaran dan pembelajaran), menggunakan teknologi terkini dan menerapkan nilai-nilai murni bagi tujuan pembentukkan akhlak dan sahsiah yang baik.

Dalam menjalani abad ke-21, kemahiran pedagogi seseorang guru perlu memiliki kemahiran pembelajaran dan inovasi, kemahiran maklumat, media dan teknologi, dan kemahiran hidup. Selain itu terdapat pelbagai elemen yang perlu diberi perhatian dalam menguasai kemahiran abad ke-21 ini antaranya ialah kreativiti dan Inovasi, pemikiran kritis dan penyelesaian masalah, komunikasi dan Kolaborasi.




4.0       IMPAK
Kreativiti Inovasi
Bahan 3D yang diperbuat menggunakan konsep pizza merupakan idea baru yang belum pernah diguna pakai sebelum ini. Konsep pizza yang telah digunakan sememangnya dapat menarik minat murid untuk belajar.
Impak Inovasi
Signifikan mengatasi masalah
Mampu menarik minat murid untuk mengikuti sesi PdP dan terbukti mampu memberikan faedah kepada murid
Keberkesanan
Markah menunjukkan skor murid meningkat sebanyak 40% setelah murid melaksanakan permainan Pizza Sejarah.
Keberkesanan Kos
Nilai inovasi yang hanya memerlukan sebanyak RM12 dan boleh diguna pakai secara berterusan dan boleh diubah suai mengikut keperluan tajuk

5.0       SUMBANGAN DAN POTENSI
Pendidikan yang berkualiti dan cemerlang merupakan wahana usaha membangunkan generasi alaf baru, yang akan menjelang dua tahun akan datang. Sistem pendidikan negara memerlukan usaha-usaha yang strategi yang boleh meningkatkan keupayaan dan kemampuan amalannya ke tahap kualiti yang tinggi dan cemerlang agar dapat menangani cabaran-cabaran abad ke-21. Salah satu projek yang dijalankan untuk menyokong usaha kerajaan bagi menangani cabaran-cabaran abad ke-21 ialah dengan menjalankan projek permainan Pizza Sejarah yang bertujuan untuk membekalkan murid dengan ciri-ciri murid abad ke-21 antaranya ialah berupaya membuat hubung-kait, yakin berkomunikasi, dahagakan ilmu, ingin tahu, menjana idea, fleksibel, tidak berputus asa, berani mencuba, mampu berfikir sendiri, mampu bekerja dengan orang lain dan lain-lain.

Pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 mempunyai ciri-ciri yang berbeza dengan pendidikan masa lampau. Jika suatu ketika dahulu, komunikasi dua hala antara guru dan murid-murid sudah memadai, namun tahap pendidikan masa kini menuntut kemahiran berfikir di luar kotak, kehendak jawapan pula memerlukan cara berfikir aras tinggi. Pengenalan kepada projek ini juga Transformasi pendidikan kepada KBAT adalah sesuai dengan keadaan semasa kerana guru-guru juga berhadapan dengan murid-murid yang jauh berbeza dengan murid-murid masa lalu.

Murid-murid kini lebih terdedah dengan maklumat yang diperoleh daripada pelbagai sumber dan mempunyai kecenderungan untuk mengetahui dan bertanya dengan lebih mendalam. Penerapan KBAT dalam pendidikan menggunakan pendekatan menyeluruh dan sistematik yang merangkumi tujuh elemen, terdiri daripada tiga elemen utama iaitu kurikulum, pentaksiran dan pedagogi serta empat elemen sokongan seperti kokurikulum, sokongan komuniti dan swasta, sumber dan bina upaya. Maka projek ini dilihat mampu untuk menarik minat dan berpotensi digunakan dalam pdp dan penggunaan bahan maujud dalam pengajaran agar murid boleh sentuh, lihat dan rasa.



RUJUKAN
Dokumen Rasmi
Huraian Sukatan Pelajaran Sejarah Tahun 5
Buku
Abdul Latip Abd Rahman & Nor Azam Ariffin (2015). Panduan Penulisan
Laporan Penyelidikan Tindakan. Jabatan Pengajian Melayu, IPG Kampus Pulau Pinang

Akhiar Pardi & Shamsina Shamsuddin (2011). Pengantar Penyelidikan
Tindakan dalam Penyelidikan Pendidikan. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd, Selangor Darul Ehsan.

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Kementerian Pelajaran Malaysia.
(2008). Buku Manual Kajian Tindakan. Percetakan Nasional Malaysia Berhad, Kuala Lumpur

Chow Fook Meng & Jaizah Mahamud (2011). Kajian Tindakan: Konsep &
Amalan dalam Pengajaran. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd, Selangor Darul Ehsan 

Chua Yan Piaw (2006). Buku 1: Kaedah Penyelidikan. Mc Graw Hill
Education (Asia), Kuala Lumpur

Khairuddin et. al. (2014). Penyelididkan Dalam Pendidikan Malaysia.
Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj Musa & Abdul Hamid Mahmood
(2004). Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Dawama Sdn. Bhd, Selangor Darul Ehsan

Rosinah Edinin (2012). Penyelidikan Tindakan Kaedah Dan Penulisan
Freemind Horizons Sdn. Bhd, Kuala Lumpur

Shamsina Shamsuddin (2013). Panduan Melaksanakan Kajian Tindakan di

Sekolah. Freemind Horizons Sdn. Bhd, Kuala Lumpur

ARTIKAL KAJIAN TINDAKAN (RUJUKAN)

PDF: CONTOH ARTIKAL KAJIAN TINDAKAN

PENGGUNAAN PERMAINAN PIZZA SEJARAH UNTUK MENINGKATKAN MINAT MURID DALAM MATA PELAJARAN SEJARAH TAHUN LIMA
MOR EDDIN BIN MORTADA
WONG MEE LENG
PISMP SEJARAH AMBILAN JANUARI 2013
JABATAN SAINS SOSIAL
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJANG, SARAWAK

ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk mengkaji keberkesanan permainan Pizza Sejarah dalam meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran Sejarah dalam kalangan murid Tahun 5 di Sekolah Kebangsaan Batu 15, Sibu. Kajian ini melibatkan seramai 12 orang peserta kajian yang terdiri daripada lima orang peserta kajian lelaki dan tujuh orang peserta kajian perempuan. Pengkaji telah menggunakan enam cara pengumpulan data dalam kajian ini iaitu temu bual, pemerhatian, soal selidik, analisis dokumen, penilaian kitaran 1 dan 2. Data yang diperoleh melalui instrumen tersebut telah dianalisis menggunakan peratusan, kekerapan dan seterusnya dirumuskan secara kualitatif. Objektif kajian ini ialah menilai kekuatan dan kelemahan Pizza Sejarah dalam meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran Sejarah serta menghuraikan penambahbaikkan yang terdapat pada Pizza Sejarah untuk meningkatkan minat-murid terhadap mata pelajaran Sejarah. Dapatan kajian mendapati bahawa kesemua peserta kajian telah memberi respon positif mengenai permainan Pizza Sejarah sepanjang kajian dijalankan. Hasil analisis penilaian kitaran 1 dan 2, pengkaji mendapati bahawa peserta kajian menunjukkan peningkatan markah dalam penilaian kitaran 2 yang telah dijalankan. Keputusan kajian jelas menunjukkan permainan Pizza Sejarah amat berkesan dalam meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran Sejarah dalam kalangan peserta kajian. Pengkaji mencadangkan bahawa kajian seumpama ini diperluaskan lagi skop kajiannya iaitu melibatkan lebih ramai peserta kajian dan mengaplikasikan permainan Pizza Sejarah secara menyeluruh di peringkat sekolah rendah.

ABSTRACT
This research was conducted to examine the effectiveness of the game of the ‘Pizza Sejarah’ in enhancing the pupils’ interest in History subject among the pupils in Year 5 in Sekolah Kebangsan Batu 15, Sibu. This research was involving 12 participants consists of five of the participants are boys and seven of the participants are girls. The researcher had used six ways of collecting data in this research which were interview, observation, questionnaires, document analysis, evaluation of cycle 1 and 2. The data obtained through the instruments were analysed by using percentage, frequency and summarised qualitatively. The objective of this study is to accessess of ‘Pizza Sejarah’ in enhancing students’ interest in learning History and elaborating the improvement on the ‘Pizza Sejarah’ to raise students’ interest in learning History. The research found that all of the participants gave positive response about the game of the ‘Pizza Sejarah’ during the whole research was conducted. The result of the evaluation of cycle 1 and 2 were the researcher found that the participants for the research showed the increase of the scores in evaluation of cycle 2. The result of the research clearly showed the ‘Pizza Sejarah’ is very effective in improving the pupils’ interest in History subject among the research participants. The researcher suggests that the scope of the research should be expanded by involving more participants for the research and applies the game of the ‘Pizza Sejarah’ in the primary school.

PENGENALAN
Kajian tindakan adalah satu pendekatan untuk memperbaiki dan meningkatkan pendidikan melalui perubahan yang menggalakkan guru-guru menjadi lebih sedar, kritis dan bersedia untuk mengubah amalan-amalannya. Tindakan ini dilakukan secara berterusan sehingga permasalahan di dalam kelas itu menemui jalannya. Guru bertindak sebagai penyelidik bagi bilik darjah mereka sendiri dan cuba membuat penambahbaikkan kepada pembelajaran dan pengajaran. Sekiranya berkesan, kajian tersebut boleh menjadi sumber kepada organisasi sekolah itu sendiri. (Othman Lebar, 2011).

Cabaran utama bagi seorang guru dalam proses pembelajaran ialah mengenal pasti teknik pengajaran yang dapat memberi kesan ke atas pencapaian akademik murid. Dengan itu, penyelidik telah mengenal pasti teknik alternatif bagi meningkatkan minat dan penguasaan pengetahuan murid dalam mata pelajaran Sejarah. Oleh yang demikian, bagi membantu murid-murid mengatasi masalah murid kurang berminat, pengkaji telah mencadangkan penggunaan permainan ‘Pizza Sejarah’ yang memfokuskan kepada membantu meningkatkan minat murid dalam mata pelajaran Sejarah.Penggunaan kaedah permainan ini amat sesuai mengikut tahap kematangan murid Tahun 5B yang berumur 11 Tahun. Permainan ‘Pizza Sejarah’ merupakan satu kaedah yang boleh digunakan untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang seronok dan menarik.

FOKUS KAJIAN
Fokus kajian tindakan ini ialah membantu meningkatkan minat dengan mata pelajaran Sejarah dengan tumpuan khusus kepada menarik minat murid dengan mata pelajaran Sejarah. Penggunaan permainan Pizza Sejarah dalam mata pelajaran Sejarah adalah pendekatan yang difikirkan oleh guru untuk mengatasi masalah pelajar yang kurang meminati pembelajaran sejarah dalam kelas dan kesusahan untuk mengingati fakta. Kajian ini juga dari aspek kebolehtadbiran ianya mudah ditadbir dan diuruskan. Permainan ini boleh dilaksanakan di dalam kelas. Kelas merupakan kawasan yang terbaik untuk menjalankan intervensi dengan selamat. Selain itu, dari aspek kebolehgunaan, kajian dan intervensi ini sesuai digunakan oleh semua murid Tahap Dua di sekolah rendah. Kerelevanan kajian ini dilihat relevan dengan pembangunan kecerdasan murid-murid serta emosi kanak-kanak. Kawalan kajian yang baik merangkumi perkara-perkara seperti peserta kajian, peralatan, lokasi serta cara perlaksanaan intervensi yang mudah dikawal. (Linah Summase, 2009).

Pengkaji akan membuat kajian yang berfokuskan kepada untuk meningkatkan minat murid dalam mata pelajaran Sejarah. Melalui pemerhatian penyelidik semasa pengajaran dan pembelajaran Sejarah, murid kurang berminat dan kurang bersemangat untuk mengikuti kelas Sejarah. Semasa murid-murid dikehendaki menjawab soalan-soalan yang ditanya oleh guru berkenaan dengan tajuk yang telah diajar, respon yang telah diberikan oleh murid agak kurang memuaskan dan ramai dalam kalangan mereka memberikan jawapan yang salah.    

OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN
Objektif Kajian
i.          Menghuraikan kekuatan Pizza Sejarah dalam meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran Sejarah.
ii.         Menghuraikan kelemahan Pizza Sejarah dalam meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran Sejarah.
iii.         Mengemukakan cadangan tindakan susulan terhadap penggunaan Pizza Sejarah untuk meningkatkan minat-murid terhadap mata pelajaran Sejarah.

Soalan Kajian
i.          Apakah kekuatan Pizza Sejarah dalam meningkatkan minat murid dalam mata pelajaran Sejarah?.
ii.         Apakah kelemahan Pizza Sejarah untuk meningkatkan minat murid dalam mata pelajaran Sejarah?.
iii.         Apakah cadangan tindakan susulan boleh dibuat pada Pizza Sejarah untuk meningkatkan minat murid dalam mata pelajaran Sejarah?.

PENGUMPULAN DATA AWAL
Ujian Diagnostik
Ujian ini digunakan untuk membantu guru mengesan bahagian kelemahan dan kekuatan yang dihadapi oleh setiap murid. Analisis kesalahan ujian tersebut dapat membantu guru merancang satu program pengajaran yang khusus kepada seseorang individu atau kepada satu kumpulan dengan lebih sistematik dan tepat.

Temu bual
Tujuan temu bual ini dijalankan adalah untuk mengetahui sama ada wujud atau tidak masalah yang dikaji terhadap peserta kajian yang dikenal pasti dan menjadi sokongan kepada data yang sedia ada.

Pemerhatian
Pengkaji telah membuat pemerhatian dari segi sikap dan sahsiah murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Pengkaji memerhati tingkah laku murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan di dalam kelas.

PESERTA KAJIAN
Pengkaji menjalankan kajian ini di Sekolah Kebangsaan Batu 15, Sibu yang terdiri daripada 19 orang murid lelaki dan sembilan orang murid perempuan. Pengkaji telah memilih peserta kajian untuk kajian ini melalui proses pemerhatian dan ujian penilaian yang dijalankan oleh pengkaji selepas mengambil alih kelas tersebut daripada guru pembimbing. Pengkaji telah memilih lima orang peserta kajian lelaki dan tujuh orang peserta kajian perempuan.

TINDAKAN YANG DIJALANKAN
Dalam kajian yang dijalankan ini, pengkaji menggunakan reka bentuk yang dipelopori oleh Stephen Kemmis dan Mc Taggart (1988). Menurut Abdul Latip Abd Rahman dan Nor Azam Ariffin (2015) pada amnya terdapat empat langkah dalam menjalankan pengkajian tindakan yang berdasarkan gelung tersebut iaitu mereflek (reflect), merancang (plan), melaksanakan tindakan (action) dan memerhati (observe). Menurut Rosinah Edinin (2012) model berkenaan dilaksanakan secara berulang-ulang sehingga masalah yang dihadapi dapat diselesaikan sepenuhnya:

Rajah 1: Model Penyelidikan Stephen Kemmis dan Mc Taggart (1988)
Dalam kajian ini, saya telah mengikut langkah-langkah yang terdapat dalam model Stephen Kemmis untuk menjalankan kajian tindakan saya di sekolah. Pada peringkat mulanya, saya telah membuat perancangan yang rapi untuk memulakan kajian tindakan ini. Selepas itu, saya akan bertindak mengikut perancangan. Saya akan memerhati dan membuat refleksi berdasarkan tindakan yang dilakukan.

Pertama sekali pengkaji akan membuat refleksi untuk menilai potensi dan kelemahan murid  sebelum merancang intervensi. Kemudian perancangan berfokus kepada masalah murid dan membina alat untuk membantu murid disamping mengekalkan kemampuan murid. Seterusnya melaksanakan tindakan mengikut prosuder dan mengumpul data menggunakan tiga kaedah (ujian,pemerhatian, analisis dokumen). Pada bahagian pemerhatian pula pengkaji akan memerhati perubahan minat yang telah ditunjukkan murid terhadap mata pelajaran Sejarah. 

Setelah peserta kajian ditetapkan, pengkaji telah merancang satu pengajaran yang menggunakan ‘Pizza Sejarah sebagai asas pengajaran. Berikut merupakan ringkasan daripada rancangan perancangan harian mengenai pengajaran ‘Pizza Sejarah’ ini :



Jadual 1
Langkah-langkah Permainan ‘Pizza Sejarah’

Langkah
Penjelasan
1
Murid diagihkan kepada kumpulan masing-masing. Setiap kumpulan mendapat satu set pizza.
2
Secara berkumpulan murid akan berbincang untuk melengkapkan kepingan pizza tersebut.
3
Setelah berbincang murid dikehendaki menyiapkan kepingan pizza tersebut.
4
Menyemak jawapan murid


Langkah-langkah Perlaksanaan Tindakan
·         Setiap kumpulan akan mendapat satu set Pizza Sejarah.
·         Murid akan berbincang dalam kumpulan sebelum melengkapkan pizza.
·         Murid akan berbincang bahan-bahan yang terdapat pada pizza tersebut.

·         Setelah berbincang setiap kumpulan akan bersama-sama melengkapkan pizza menggunakan fakta yang betul.
·         Setelah siap setiap kepingan pizza akan dimasukkan ke tempat yang telah disediakan.
·         Setelah setiap kumpulan siap melengkapkan ke semua kepingan pizza tersebut. Guru akan bersama-sama dengan murid akan menyemak jawapan yang betul pada setiap pizza.
Kaedah Mengumpul Data
Untuk pengumpulan data, pengumpulan data dapat dibahagikan kepada dua iaitu pengumpulan data secara kualitatif dan kuantitatif. Pengumpulan data secara kualitatif melibatkan kaedah pemerhatian, temu bual, foto dan analisis dokumen. Manakala pengumpulan data secara kuantitatif melibatkan kaedah ujian dan soal selidik.

Cara Menganalisis Data
Hasil kajian tindakan ini dapat dilihat dalam perubahan markah jawapan penilaian kitaran 1 dan 2 yang dibuat ke atas sembilan orang peserta kajian murid. Cara analisis data yang digunakan dalam kajian ini berdasarkan analisis deskriptif. Melalui analisis ini, pengkaji menggunakan kaedah kuantitatif dan kualitatif. Data-data yang diperoleh dipindahkan dalam bentuk jadual, graf dan peratusan. Untuk data kualitatif yang diperolehi daripada kajian ini dianalisis secara terperinci dan disusun mengikut kategori yang betul dan tepat sepertimana yang telah dicadangkan. Analisis data kualitatif ini dikumpul dan dianalisis dengan menggunakan ujian statistik. Pengkaji telah menjalankan kajian deskriptif yang mana semua data dikumpul daripada seluruh populasi dan statistik asas seperti frekuensi dan peratusan dilaporkan.

Cara Menyemak Data
Dalam perancangan untuk menyemak data, pengkaji telah menggunakan dua kaedah triangulasi iaitu triangulasi kaedah dan triangulasi masa. Menurut Merriem (dalam Taylor & Wallace, 2007), triangulasi merupakan salah satu kaedah yang boleh meningkatkan kebolehpercayaan sesuatu penyelidikan kualitatif. Pengkaji mendapati bahawa triangulasi bukan hanya meningkatkan kebolehpercayaan sesuatu penyelidikan kualitatif malah triangulasi turut mengukuhkan kesahan data kuantitatif dalam penyelidikan tindakan yang menggabungkan kaedah kualitatif dan kaedah kuantitatif.

DAPATAN KAJIAN
Perbandingan antara penilaian kitaran 1 dan penilaian kitaran 2 ini menunjukkan bahawa permainan Pizza Sejarah boleh meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran Sejarah. Berikut merupakan graf perbandingan antara penilaian kitaran 1 dan penilaian kitaran 2;


+ 24 %
 
Graf 1: Skor Min Penilaian Kitaran 1 dan 2
Kesimpulannya, peningkatan graf ini menunjukkan bahawa permainan Pizza Sejarah sangat berkesan dalam meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran Sejarah. Hasil daripada penilaian yang dijalankan ke atas peserta kajian menunjukkan bahawa tindakan yang diambil berkesan dengan peningkatan sebanyak 24% untuk pencapaian peserta kajian.

Melalui pemerhatian juga pengkaji mendapati peserta kajian telah menunjukkan minat yang sangat baik terhadap kaedah yang telah digunakan oleh pengkaji. Penggunaan permainan Pizza Sejarah telah berjaya menarik minat murid untuk menjalankan aktiviti dan mengambil serta dalam sesi pengajaran.

Temu bual bersama guru juga telah dijalankan dan pengkaji telah meminta pendapat guru mata pelajaran tersebut untuk memberikan pandangan dan komen beliau mengenai bahan yang telah digunakan oleh pengkaji. Sememangnya bahan ini telah terbukti berkesan dan dapat menarik minat murid untuk turut serta dalam aktivi yang dijalankan oleh guru.

REFLEKSI

Menerusi kajian tindakan ini, saya telah mengalami banyak perkara yang dapat mendatangkan pengetahuan baru. Sebelum menjalankan kajian ini, saya telah merancangkan langkah-langkah yang betul untuk satu kajian penyelidikan. Bermula daripada mengesan isu-isu masalah yang terdapat dalam kelas, saya telah memperoleh ilmu pengetahuan yang baru dan berguna. Saya mulakan dengan merancang beberapa langkah untuk mengesan tingkah laku dan maklum balas murid sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

Semasa saya menjalankan kajian ini saya telah membina sebuah bahan yang dinamakan Pizza Sejarah. Selepas menghasilkan bahan tersebut saya merancang untuk penggunaannya ke dalam aktiviti pengajaran dan pengajaran saya untuk membantu minat murid terhadap mata pelajaran Sejarah. Saya juga menjalankan ujian, pemerhatian dan analisis dokumen untuk menguji data yang diperolehi.

Keseluruhannya, selepas menjalankan kajian ini jelas menunjukkan bahawa penggunaan permainan Pizza Sejarah telah meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran Sejarah. Pelaksanaan permainan yang menyeronokkan dan teratur dapat meningkatkan minat dan kefahaman murid dalam belajar sejarah serta perubahan sikap yang ditunjukkan oleh murid melalui pemerhatian semasa intervensi dijalankan menunjukkan murid berkeyakinan dan menunjukkan minat yang sangat baik dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka.

CADANGAN TINDAKAN SUSULAN
Penggunaan permainan Pizza Sejarah dalam meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran Sejarah dalam kalangan peserta kajian sememangnya berkesan. Walaubagaimananapun, melalui cadangan yang dikemukakan adalah sebagai penambahbaikan yang boleh dilakukan sekiranya kajian seumpama ini dijalankan lagi pada masa akan datang. Antara cadangan yang dikemukakan adalah seperti berikut:

i.        Kajian ini hanya terbatas kepada 12 orang murid Tahun 5 dalam sebuah kelas sahaja sebagai peserta kajian. Kajan lanjutan dicadangkan supaya melibatkan lebih ramai orang murid.

ii.        Kajian ini hanya dibataskan kepada Sekolah Kebangsaan Batu 15, Sibu. Kajian lanjutan dicadangkan agar kajian dapat dijalankan di sekolah-sekolah rendah yang lain. Hal ini adalah untuk memberi ruang kepada pengkaji melakukan penyelidikan dalam keadaan persekitaran yang berbeza.

iii.        Kajian ini hanya dijalankan dalam tempoh sebulan sahaja. Kajian lanjutan dicadangkan agar tempoh pelaksanaan kajian pada masa akan datang dilanjutkan dalam jangka masa yang lama supaya murid dapat meningkatkan minat terhadap mata pelajaran Sejarah.

iv.        Kajian ini hanya dibataskan dalam permainan berasaskan beberapa tajuk sahaja. Kajian lanjutan dicadangkan supaya permainan pizza Sejarah dapat digunakan dalam mengatasi masalah mengingati kronologi dan sebagainya.

Secara keseluruhannya, dapatlah disimpulkan bahawa cadangan kajian lanjutan merupakan aspek penting berdasarkan masalah yang dihadapi ketika membuat kajian yang perlu difokuskan oleh pengkaji yang akan melakukan kajian baharu. Cadangan kajian lanjutan memberi peluang kepada pengkaji untuk menyatakan aspek-aspek yang perlu dikaji secara teliti dan mendalam seterusnya dapat melaksanakan kajian dengan lebih sistematik lagi. Selain itu, cadangan kajian lanjutan yang dinyatakan juga boleh membantu mengurangkan masalah pengajaran dan pembelajaran jika dilaksanakan oleh pengkaji yang lain pada masa akan datang.

RUJUKAN

(a) Buku
Abdul Latip Abd Rahman & Nor Azam Ariffin (2015). Panduan Penulisan Laporan
Penyelidikan Tindakan. Jabatan Pengajian Melayu, IPG Kampus Pulau Pinang.

Akhiar Pardi & Shamsina Shamsuddin (2012). Pengantar Penyelidikan Tindakan
dalam Penyelidikan Pendidikan. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd, Selangor Darul Ehsan.

Azizi Ahmad & Mohd Isha bin Awang (2006). Pengukuran dan Penilaian dalam
Pendidikan. Kuala Lumpur: Meteor Doc. Sdn Bhd.

Chow Fook Meng & Jaizah Mahamud (2011). Kajian Tindakan: Konsep & Amalan
dalam Pengajaran. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd, Selangor Darul Ehsan.

Chua Yan Piaw (2006). Buku 1: Kaedah Penyelidikan. Mc Graw Hill Education (Asia),
Kuala Lumpur.

Dewan Bahasa dan Pustaka (2007). Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa
dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Mohd. Majid Konting. (2005). Kaedah Penyelidikan Pendidikan Pendidikan. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj Musa & Abdul Hamid Mahmood (2004).
Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Dawama Sdn. Bhd, Selangor Darul Ehsan.

Othman Lebar. (2011). Kajian tindakan dalam pendidikan: Teori dan amalan. 
Penerbitan Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak,  Malaysia

Rosinah Edinin (2012). Penyelidikan Tindakan Kaedah Dan Penulisan. Freemind
Horizons Sdn. Bhd, Kuala Lumpur.

Shamsina Shamsuddin (2013). Panduan Melaksanakan Kajian Tindakan di Sekolah.
Freemind Horizons Sdn. Bhd, Kuala Lumpur.

(b) Dokumen Rasmi

Huraian Sukatan Pelajaran Sejarah Tahun 5

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Kementerian Pelajaran Malaysia. (2008).
Buku Manual Kajian Tindakan. Percetakan Nasional Malaysia Berhad, Kuala Lumpur.

(c) Jurnal
Aniza Abu Samah. (2008). Jurnal Akademik: Maktab Perguruan Sarawak Miri

Linah Summase. (2009). Belajar Sambil Bermain. 94

Malar Muthiah, Pushpavalli Appoo, Allimalai Subramaniam. (2010). Kesan Aktiviti
Bermain Sambil Belajar Dalam Kalangan Murid Tadika RPS Banun, 6.

Zaharim Tawang. (2010). Teori Perkembangan Kanank-kanak: Implikasi Terhadap

Proses Pengajaran dan Pembelajaran. 49, 51, 56.

KOLEKSI SOALAN SOALAN SPM SEJARAH KERTAS 1, 2, 3

LINK KE PDF CONTOH SOALAN SEJARAH SPM


https://drive.google.com/file/d/0B_qcDNv7VAQHQlhBd09aQkh3cFU/view?usp=sharing
https://drive.google.com/file/d/0B_qcDNv7VAQHb3lqbUlMZnFFZ00/view?usp=sharing
https://drive.google.com/file/d/0B_qcDNv7VAQHcnVrakExYjB6STg/view?usp=sharing
https://drive.google.com/file/d/0B_qcDNv7VAQHYUpZZk1IdHlTbVE/view?usp=sharing
https://drive.google.com/file/d/0B_qcDNv7VAQHQmxVZFdKOUhNaE0/view?usp=sharing
https://drive.google.com/file/d/0B_qcDNv7VAQHc1F4Y0JqeE02SnM/view?usp=sharing
https://drive.google.com/file/d/0B_qcDNv7VAQHUlNGWHdaN0EtMWs/view?usp=sharing
https://drive.google.com/file/d/0B_qcDNv7VAQHWVpRWmdMazN4ejg/view?usp=sharing
https://drive.google.com/file/d/0B_qcDNv7VAQHYXRCOXF2aDNsNzg/view?usp=sharing
https://drive.google.com/file/d/0B_qcDNv7VAQHVWxwZGRCQzFNcm8/view?usp=sharing
https://drive.google.com/file/d/0B_qcDNv7VAQHaEFZZ2cxLVl0cWc/view?usp=sharing
https://drive.google.com/file/d/0B_qcDNv7VAQHMGlfeVlmS2o3VzQ/view?usp=sharing
https://drive.google.com/file/d/0B_qcDNv7VAQHN3lfdVVPUzVEd3c/view?usp=sharing
https://drive.google.com/file/d/0B_qcDNv7VAQHb1g2WDFzdGQxZG8/view?usp=sharing
https://drive.google.com/file/d/0B_qcDNv7VAQHWWNIZVZqT2tUaEE/view?usp=sharing
https://drive.google.com/file/d/0B_qcDNv7VAQHMTNHRTBsR2pHQzg/view?usp=sharing
https://drive.google.com/file/d/0B_qcDNv7VAQHMU1remtLV0xMdW8/view?usp=sharing
https://drive.google.com/file/d/0B_qcDNv7VAQHN211eWRyejJPdFk/view?usp=sharing
https://drive.google.com/file/d/0B_qcDNv7VAQHMUYtUlFIVVJmeWs/view?usp=sharing
https://drive.google.com/file/d/0B_qcDNv7VAQHcEhzRHZwUERzTWs/view?usp=sharing
https://drive.google.com/file/d/0B_qcDNv7VAQHTjlvRzYxSi1fOHc/view?usp=sharing
https://drive.google.com/file/d/0B_qcDNv7VAQHR09BeUtNTXdlTG8/view?usp=sharing